wira persona avatari

22
NAMA : MUHAMMAD AJWAD BIN HASHIM NO. KAD PENGENALAN : 970423-14-6739 TINGKATAN : 2 (2011) TARIKH PENYERAHAN : 3 JANUARI 2011 TANDATANGAN IBU/BAPA : ............................................ ......................... ( ) ISI KANDUNGAN

Upload: ajwad-hashim

Post on 30-Jun-2015

13.434 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wira Persona Avatari

NAMA : MUHAMMAD AJWAD BIN HASHIM

NO. KAD PENGENALAN : 970423-14-6739

TINGKATAN : 2 (2011)

TARIKH PENYERAHAN : 3 JANUARI 2011

TANDATANGAN IBU/BAPA : .....................................................................

( )

ISI KANDUNGAN

No. Perkara M/s

1 Sinopsis 1

Page 2: Wira Persona Avatari

2 Tema 2

3 Persoalan 2

4 Plot 3-7

5 Watak dan perwatakan 8-12

6 Gaya Bahasa 13-15

7 Latar 16-17

8 Nilai murni 18

9 Pengajaran 19

Sinopsis

Pasukan Zamrud II yang diwakili Anas, Adeen, Anas, Aina Zuriani dan

Pauline menuju ke bilik persalinan mereka bagi membuat persediaan untuk

pertandingan akhir pertandingan Avatari. Walaubagaimanapun, terdapat dua

Page 3: Wira Persona Avatari

orang penceroboh di bilik tersebut. Seorang daripada mereka berjaya ditangkap

manakala seorang lagi meloloskan diri setelah menembak Aina.

Zuriani memberitahu Aina mengenai Pertandingan Avatari Kebangsaan

Kesepuluh yang diumumkan. Semasa abangnya, Anas kembali ke rumah,

mereka berbincang mengenai pertandingan tersebut. Mereka berjaya

mendapatkan bantuan Pak Cik Ho, rakan bapa Aina dan Anas. Aina dan Anas

membentuk kumpulan Zamrud II bersama Pauline dan Kumar bagi menyertai

pertandingan tersebut. Mereka melantik Adeen sebagai pengatur cara komputer.

Namun, Kumar menarik diri kerana ego. Mujurlah, Anas berjaya memujuk

Anjali menyertai mereka. Aina mengajak Zuriani menyertai mereka setelah

Zuriani merajuk kerana tidak rapat dengannya lagi.

Pada hari pertandingan, mereka menempuh pelbagai halangan sebelum

dinobatkan sebagai juara. Salah satu halangan yang penting ialah sabotaj yang

dilakukan pihak musuh kepada Pak Cik Ho. Musuh itu ialah ketua samseng

yang hendak membeli pusat permainan Game Star daripada pak Cik Ho.

Antaranya halangan mereka dalah salah satu cip mesin Avatari Zamrud II hilang

ketika peringkat kedua bermula. Di samping itu, salah seorang ahli Zamrud II

kena tembak sebelum peringkat akhir Avatari.

Namun, dengan kebijaksanaan, ketabahan dan kerjasama Zamrud II, mereka

menepis segala halangan dan cabaran yang tiba. Akhirnya, mereka muncul

sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan Kesepuluh dan menjadi jutawan

muda.

Tema

Menerapkan semangat bekerjasama dan patriotisme melalui penguasaan

teknologi maklumat dalam kalangan remaja. Aina, baru sahaja mencecah 12

tahun, tetapi dengan kebolehannya dalam bidang teknologi maklumat dan

kerjasama daripada daripada rakan-rakannya, mereka berjaya menaikkan imej

Page 4: Wira Persona Avatari

negara di persada dunia setelah menjadi juara Pertandingan Avatari Kebangsaan

Kesepuluh.

Persoalan

1. Teknologi maklumat dan komunikasi menjadi satu keperluan di zaman

moden. Contohnya, Aina membuat kerja sekolahnya melalui sumber daripada

internet. Encik Ho Shao Long menjalankan perniagaan dengan membuka kafe

siber.

2. Persekitaran membentuk sahsiah seseorang. Contohnya, Anjali bersifat

kelakian kerana dibesarkan oleh abangnya yang merupakan seorang ketua

samseng. Kumar pula bersikap sombong dan angkuh kerana dibesarkan dalam

suasana yang mewah.

3. Unsur perpaduan merupakan salah satu faktor penting untuk membangunkan

negara yang berbilang kaum. Contohnya, ahli pasukan Zamrud yang

berbilang kaum tetap berkawan sejak sekian lama. Atas dasar ini jugalah

Aina, Anas, Adeen Anjali, Pauline dan Zuriani dapat memenangi

pertandingan Avatari.

Plot

Binaan plot

Page 5: Wira Persona Avatari

Pada bahagian permulaan, pengarang menceritakan tentang keadaan di pantai

pada hujung minggu serta memberitahu tentang keadaan di pusat membeli-belah

Anggun. Pembaca diperkenalkan dengan enam orang remaja, iaitu Aina, Anas,

Anjali, Adeen, dan Zuriani yang menuju ke bilik persalinan mereka setelah

berjaya memasuki pertandingan akhir pertandingan Avatari. Mereka terkejut

kerana terdapat dua orang penceroboh yang menggeledah bilik mereka.

Walaubagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya ditangkap manakala

seorang lagi meloloskan diri setelah menembak Aina.

Penceritaan dikembangkan.

Secara imbas kembali, Aina yang sedang

membuat kerja sekolahnya manakala pelajar

yang lain keluar kelas untuk berehat.

Zuriani datang dan memberitahu Aina

bahawa pertandingan Avatari Kesepuluh

telah diumumkan. Aina berbincang di

rumah dengan abangnya, Anas bagi mendapatkan maklumat lanjut melalui

internet. Mereka mendapati keperluan untuk menyertai sangat mahal.

Alhamdulillah, mereka diberi keizinan untuk menggunakan mesin Avatari serta

wang kemenangan pasukan Zamrud.

Konflik mula berlaku apabila Kumar, salah seorang ahli pasukan Zamrud II

menarik diri kerana ego. Mujurlah, Anas berjaya memujuk Anjali menyertai

pasukan tersebut. Namun, kehadiran Anjali dicemburui Pauline kerana Anjali

sangat rapat dengan Anas. Zuriani yang merajuk kerana Aina tidak lagi rapat

dengannya diajak Aina untuk menyertai Zamrud II. Jalan cerita menjadi

semakin menarik apabila pertandingan bermula. Pasukan Zamrud II berjaya

mendapat pasu emas seperti yang dikehendaki penganjur, namun mereka

diserang dan pasu tersebut dirampas oleh pasukan Aura Suci. Pasukan Zamrud

Page 6: Wira Persona Avatari

II layak ke pusingan kedua kerana perbuatan Aura Suci dianggap tidak bermoral

dan disingkirkan. Semasa pusingan kedua hendak bermula, salah satu cip

mikroelektrik mesin Avatari hilang Nasib menyebelahi mereka, Adeen

membawa cip mikroelektrik gantian dan mereka akhirnya berjaya meneruskan

cabaran ke pusingan ketiga. Setelah pusingan ketiga tamat, Malaysia yang

diwakili Zamrud II telah seri dengan Thailand dan Republik Rakyat China.

Namun, Malaysia bernasib baik kerana memenangi persaingan pemecah seri dan

layak ke pusingan akhir.

Pada bahagian klimaks, plot kembali ke peristiwa semasa, Aina dibawa ke

hospital kerana ditembak. Ho Sao Long menghalang niat mereka menarik diri

dan meminta mereka meneruskan cabaran. Zuriani menggantikan tempat Aina.

Dalam pusingan terakhir, mereka dikehendaki mengubah sejarah dengan

menggunakan mesin masa. Pasukan Rusia merupakan pasukan terakhir

memasuki mesin masa. Mereka memilih untuk membunuh Nabi Muhammad.

Tiba-tiba Anas berfikir, mereka akan mendapat kemenangan moral pihak bukan

Islam. Untuk menghalang niat mereka, mesin masa perlu ditamatkan. Sementara

mereka berusaha mematikan mesin masa tersebut, avatar yang lain menyerang.

Akhirnya mereka berjaya dan lampu terpadam menandakan pertandingan

Avatari tamat. Zamrud II dipilih sebagai pemenang.

Pada pengakhiran cerita, pendeta tua menerangkan sebab-sebab kemenangan

Zamrud II dari Malaysia diberi kemenangan. Kumar yang menarik diri daripada

menyertai pertandingan Avatari menyesal setelah dimarahi bapanya. Dia

bertambah menyesal apabila melihat kemenangan pasukan Zamrud II. Anjali

termasuk ke dalam perangkap Pak Cik Tan. Rupa-rupanya, dialah yang mencuri

cip Avatari pasukan Zamrud II.

Teknik Plot

Page 7: Wira Persona Avatari

Teknik pemerian

Pengarang memerihalkan persona Badang yang digunakan oleh pasukan Zamrud

II dalam pertandingan Avatari. Contohnya:

Pasukan Zamrud II menggunakan persona Badang untuk mewakili mereka

dalam saringan pertama. Badang, watak wira

dalam Sejarah Melayu, difikirkan watak paling

sesuai untuk melambangkan aspirasi pasukan

mereka. Empat buah avatar yang sama rupa itu

sah berjaya memasuki ruang siber. Hanya

nombor satu hingga empat di baju mereka yang

membezakan mereka. (hal. 111)

Teknik dialog

Terdapat banyak dialog antara watak-wataknya. Contohnya:

“Hah, bagaimana, nak datang petang ni?” gesa Aina apabila melihat

kawannya masih diam.

“Baiklah, Zu datang. Di mana kita nak jumpa?”

“Zu datanglah ke rumah Aina. Kita pergi bersama-sama dengan Abang

Anas.”

“Setuju?”

“Tentu sekali, setuju!” (hal.86)

Teknik imbas kembali

Page 8: Wira Persona Avatari

Ada beberapa peristiwa yang disorot kembali oleh pengarang.Antaranya

termasuklah Aina membayangkan semula peristiwa sebelumnya bagaimana dia

menyertai Avatari.Contohnya:

Aina yang masih di pangku ibunya tidak dapat berkata apa-apa. Matanya

berpinar-pinar dan keadaan sekeliling semakin gelap dirasakan. Antara

separuh sedar itu, fikirannya melayang-layang memikirkan kenapa dia sanggup

menentang ibunya dan memasuki pertandingan itu? Mindanya yang semakin

lemah itu cuna juga mencari jawapan. (hal.19)

Teknik imbas muka

a) Ketika peringkat akhir Avatari, pasukan Rusia memilih untuk mengubah

sejarah menggunakan mesin masa dengan membunuh Rasulullah. Anas

berfikir sekiranya pasukan Rusia menang Avatari, mereka dapat memenangi

kemenangan moral terhadap panganut Islam.

b) Aina mengajak Zuriani mengajak menyertai Zamrud II sebagai ahli simpanan.

Dia mengatakan kepada Zuriani bahawa ahli yang bertanding akan dipilih

kemudian. Zuriani akhirnya menggantikan tempat Aina yang ditembak pada

peringkat terakhir Avatari.

Teknik suspens/saspens

a) Pembaca ingin tahu mengapa Zamrud II yang memenangi Avatari walaupun

mereka tidak memenuhi kehendak arahan.

b) Pembaca ternanti-nanti akan keadaan Aina setelah terjatuh ke dalam sebuah

lubang ketika peringkat kedua Avatari.

Teknik kejutan

Page 9: Wira Persona Avatari

a) Ketika peringkat kedua Avatari hendak bermula, Adeen tidak menyangka

bahawa salah satu cip mesin Avatari kumpulannya hilang. Mujurlah, Pak Cik

Tan membawa papan litar gentian dan cip yang sama ada pada papan litar

tersebut.

b) Semasa Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen, dia telah mengatakan

bahawa Anas sudah mencupnya. Anas dan Pauline terkejut tidak menyangka

Aina akan berkata sedemikian.

Teknik monolog

a) Semasa Anas membaca sajak yang ditulis Aina.Contohnya:

“Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi,”

kata Anas sendirian. (hal. 37)

Teknik monolog dalaman

a) Semasa Aina membuat kerja sekolahnya, dia dipanggil oleh Zuriani.

Contohnya:

“Aina!”

Itu suara Zuriani, detik hati Aina. (hal.9)

b) Pauline memikirkan akan kata-kata Anas untuk mengajak Anjali menjadi ahli

pasukan kelima Zamrud II. Contohnya:

Ahli kelima? bisik hati kecilnya. (hal. 81)

Watak dan Perwatakan

a) Watak-watak utama

Aina

Page 10: Wira Persona Avatari

Aina berusia 12 tahun dan sedang belajar dalam tahun enam.

Aina anak kepada Profesor Fitri dan Puan Maizan, adik kepada Anas serta

kawan baik Zuriani.

Aina berbadan kecil dan pintar. Dia digelar cili padi oleh rakan-rakannya.

Aina merupakan salah seorang ahli pasukan Zamrud II.

Aina mempunyai pelbagai

kemahiran seperti bersilat,

menulis sajak dan bermain

congkak. Dia menggunakan

kemahirannya bermain congkak

ketika peringkat ketiga Avatari.

Aina mengambil berat dan mengamalkan aspek keagamaan. Dia

memakai tudung dan berpuasa sunat.

Anas

Anas remaja berusia 17 tahun dan sedang belajar dalam tingkatan lima di

sebuah sekolah dengan Pauline tetapi berlainan kelas.

Anas anak kepada Profesor Fitri dan Puan Maizan serta abang Aina.

Anas mempunyai ciri-ciri kepemimpinan. Semasa Pertandingan Avatari,

Anas merupakan ketua di medan pertempuran Avatari. Atas kepintaran

dan kecekapannya bertindak, Zamrud II berjaya menjadi juara.

Anas merupakan salah seorang pemain hoki pasukan sekolahnya.

Page 11: Wira Persona Avatari

Anas mempunyai ciri-ciri kepemimpinan. Semasa Pertandingan Avatari,

Anas merupakan ketua di medan pertempuran Avatari. Atas kepintaran

dan kecekapannya bertindak, Zamrud II berjaya menjadi juara.

Anas bijak bermain catur dan dam haji.

Kemahirannya membantunya

semasa mengambil bahagian dalam

Avatari.

b) Watak-watak sampingan

Adeen

Adeen remaja berusia 18 tahun. Orangnya tinggi dan berambut pendek.

Adeen anak kepada Profesor Zakri ,seorang pakar komputer di UTM.

Adeen pernah tinggal berjiran dengan Aina dan Anas.

Adeen mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang komputer. Hal ini

kerana dia digalakkan menggunakan komputer sejak kecil oleh bapanya.

Oleh yang demikian, dia dilantik menjadi pengatur cara komputer

Zamrud II.

Adeen bersikap tenang, sabar, dan tidak mudah marah. Adeen masih

bersikap tenang walaupun Kumar telah berlaku biadap terhadapnya.

Anjali

Anjali gadis remaja India yang lincah. Nama sebenarnya Laksimini.

Anjali membesar tanpa didikan ibu dan bapanya. Ibunya telah meninggal

dunia. Bapanya pula telah menghilangkan diri tanpa berita. Abang

keduanya, Muthu merupakan ketua samseng dan membesarkannya.

Semasa membesar, Anjali membesar sebagai remaja yang bermasalah.

Anjali rapat dengan Anas. Akibatnya, dia dicemburui Pauline.

Page 12: Wira Persona Avatari

Anjali pakar permainan video. Dia berjaya mengalahkan remaja lelaki

yang lain dalam permainan video Robot War.

Anjali pada dasarnya adalah seorang yang baik, tetapi keadaan telah

memaksa dia melakukan perkara negatif. Dia dipaksa mencuri cip Avatari

kerana diarah abangnya walaupun tidak bersetuju.

Pauline

Pauline anak tunggal Encik Ho Shao Long dan Puan Angie. Dia berusia

17 tahun.

Pauline seorang yang kritis dan sedia berhujah kerana dia ingin menjadi

peguam. Dia mencabar Kumar menarik diri apabila Kumar memperkecil-

kecilkan ahli-ahli Zamrud II yang lain untuk menyertai Avatari.

Pauline berkawan rapat dengan Anas sejak kecil kerana berjiran. Oleh

sebab itulah, Pauline menyimpan perasaan kasih terhadap Anas.

Pauline mahir dalam seni mempertahankan diri. Dia mempelajari wushu

dengan Pak Cik Tan.

Pauline seorang pendendam. Dia ingin

mencederakan Anjali ketika latihan tempur

kerana mencemburui Anjali yang rapat dengan

Anas.

Kumar

Kumar remaja lelaki berusia 15 tahun. Anak bongsu kepada Encik

Kuppusamy, seorang jutawan rangkaian emas ternama di Malaysia.

Kumar panas baran dan tidak sabar. Semasa menunggu Adeen di Game

Star yang lambat tiba, dia sengaja meninggikan suara bagi menunjukkan

amarahnya.

Page 13: Wira Persona Avatari

Kumar bersikap sinis dan memperkecilkan orang lain. Kumar menyindir

ahli-ahli Zamrud II yang lain.

Kumar menyesali perbuatannya yang lepas apabila dimarahi bapanya dan

melihat kemenangan Zamrud II.

Pak Cik Ho (Ho Shao Long)

Beliau adalah bapa Pauline dan suami Mak Cik Angie.

Beliau bekas pengatur cara Pasukan Zamrud, bersama dengan Profesor

Fitri, dan tiga orang lain pernah memenangi pertandingan Avatari sepuluh

tahun lalu.

Beliau baik hati. Beliau membenarkan Pasukan Zamrud II menggunakan

mesin Avatari miliknya.

Walaupun berumur, dia masih berminat dalan mengatur cara komputer.

Dia membantu Adeen untuk memperbaiki mesin Avatari.

Pak Cik Tan (Tan Beng Kiat)

Pak Cik Tan lelaki Cina yang berusia lewat enam puluhan.

Dia menjadi pengurus Game Star milik Pak Cik Ho.

Dia kelihatan sihat dan tegap kerana

mengamalkan tai chi dan minum teh

ginseng

Berpegang kepada janji kerana berjanji

akan

Page 14: Wira Persona Avatari

melepaskan Anjali sekiranya dia

memberitahu perkara sebenar dan dia

mengotakan janjinya.

Watak-watak sampingan yang lain ialah Zuriani, Cikgu Nisah, Maizan, Ah

Kong dan Samy.

c) Watak pipih yakni watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan dalam

karya terdiri daripada Profesor Muhammad Fitri Izzati, Profesor Zakri, Encik

Kuppusamy, Muthu, Chan Kok Meng, Mak Cik Nora, Vicky, Mak Cik Angie.

Page 15: Wira Persona Avatari

Gaya Bahasa

Diksi

Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita

yang berkaitan dengan kepintaran dalam bidang pengkomputeran serta teknologi

maklumat dan komunikasi. Contoh kata-kata tersebut seperti modul litar, cip

mikroelektrik, ruang siber, realiti maya, dan sebagainya.

Ayat

a) Ayat pendek. Contohnya:

“Masuk?” (hal. 11)

Anas terdiam. (hal.40)

b) Ayat panjang. Contohnya:

Kelas silat yang dihadirinya di sekolah setiap petang Selasa dan Khamis

banyak memberi gadis itu keyakinan diri dan kemahiran hidup

berdikari. (hal.13)

Di hujung talian kawalan avatar Shogun, di sebuah kafe siber di

kawasan hiburan Tokyo, seorang gadis bernama Aya Morita mendengar

jawapan Hang Tuah dengan teliti melalui skrin komputer

multimedianya. (hal. 33)

Simile

Page 16: Wira Persona Avatari

Banyak unsur simile digunakan pengarang. Antaranya:

a) Mereka nampak pergerakannya seperti satu tarian yang lancar dan penuh

seni, tetapi masih pasti amat berbisa. (hal. 64)

b) Kalau ikatan untk bersama dalam satu pasukan itu kuat, maka ribut yang

berlaku tak ubah seperti ribut dalam cawan. (hal.74)

Personafikasi

Unsur personafikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara

tertentu dimasukkan oleh pengarang. Contohnya:

a) Adeen, Anas, Aina, dan Pauline diam kerana minda mereka masih

menghadam apa yang baru disampaikan oleh Cikgu Nisah. (hal. 65)

b) Petang semakin tua. (hal. 17)

Sinkope

Pengarang menggunakan sinkope atau singakatan kata. Contohnya:

a) “Papa ni... kalau kami menang papa pun tentu akan dapat pulangan berlipat

ganda daripada pelaburan papa tu,” usik Pauline pula. (hal. 59)

b) “Ala, Abang Anas ni. Aina bergurau sikit pun tak boleh.” (hal.55)

Metafora

Unsur gaya metafora juga digunakan. Contohnya:

a) Memang ayah pelita hidup ibu. (hal.23)

b) Senyuman yang sejak tadi menghiasi bibir tuanya terus lenyap dimamah bisa

kata-kata Kumar. (hal.59)

Peribahasa

Page 17: Wira Persona Avatari

Terdapat peribahasa yang digunakan pengarang. Antaranya:

a) Hendak seribu daya, tidak hendak seribu seribu dalih. (hal.28)

b) Kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga. (hal.28)

Falsafah/Kata-kata hikmat

Falafah hidup atau kata-kata hikmat digunakan oleh pengarang. Antaranya:

a) Tiada guna api melawan api. Dia lebih suka menjadi air yang sejuk dan

tenang. (hal. 55)

b) Jodoh, pertemuan, ajaldan maut di tangan Allah. Berpantang mati sebelum

ajal. Selagi ada nyawa selagi itu ada saya. (hal. 23)

Penggunaan Bahasa Inggeris

a) Penyemak lewa atau browser Internet yang sudah dilancarkan. (hal. 25)

b) “Macam rapper saja. Habislah kita. Tahukah dia guna komputer? (hal. 53)

Page 18: Wira Persona Avatari

Latar

Latar tempat

Bilik persalinan Zamrud II

- Pak Cik Tan berjaya menjumpai salah satu cip Avatari yang hilang.

- Seorang penceroboh menembak Aina lalu melarikan diri. Seorang lagi

berjaya ditangkap oleh Adeen dan rakan-rakannya.

Rumah Aina

- Tempat tinggal Puan Maizan, Aina dan Anas

- Aina dan Anas berbincang bagi mendapatkan peruntukan untuk membiayai

mereka memasuki pertandingan Avatari

Rumah Pak Cik Ho

- Tempat tinggal Pak Cik Ho, Pauline, dan Mak Cik Angie

- Aina dan Anas meminta bantuan Pak Cik Ho memberikan peruntukan

untuk membiayai mereka memasuki pertandingan Avatari

Latar masa

Pagi

- Aina membuat kerja sekolahnya

manakala pelajar yang lain ke kantin

untuk rehat

- Zamrud II menjalani latihan kembara di

Batu Layar setiap pagi Sabtu

Petang

Page 19: Wira Persona Avatari

- Aina menghadiri kelas silat pada setiap petang Selasa dan Khamis

- Zamrud II berlatih pada setiap

petang Rabu dan Sabtu selepas Asar

Malam

- Aina dan Anas melawat tapak web Avatari

- Aina dan Anas berbincang bagi mendapatkan peruntukan untuk membiayai

mereka memasuki pertandingan Avatari

Latar masyarakat

Masyarakat pelajar atau mahasiswa

- Aina dan Zuriani belajar di sekolah rendah manakala Anas dan Pauline

belajar di sekolah menengah.

- Adeen menuntut di universiti.

Masyarakat yang menjalankan perniagaan

- Ho Shao Long menjalankan perniagaan kedai permainan video iaitu Game

Star.

- Encik Kuppusamy pula merupakan jutawan yang memiliki rangkaian kedai

barang kemas ternama di Malaysia.

Masyarakat yang celik komputer dan teknologi maklumat

- Aina dan Anas mencari maklumat mengenai pertandingan Avatri

Kesepuluh melalui laman sesawang.

- Adeen sangat mahir mengendalikan program dan perkakasan komputer.

Page 20: Wira Persona Avatari

Nilai murni

1. Baik hati

Pasukan Zamrud sanggup memberikan mesin Avatari mereka serta wang

kemengan kepada pasukan Zamrud II bagi membiayai perbelanjaan mereka.

Pak Cik Ho membenarkan ahli Zamrud II menjalani latihan di pusat

permainan video miliknya.

2. Keberanian

Anas, Adeen , Aina , dan ahli Zamrud II yang lain dengan berani menyerang

penceroboh yang menceroboh bilik persalinan mereka. Anas sanggup

memasukkan bicu ke dalam soket mesin masa dan menekan butang merah di

atas mesin masa walaupun berbahaya.

3. Patriotisme

Pasukan Zamrud II hampir-hampir menarik diri apabila Aina cedera setelah

ditembak. Oleh kerana, mereka memikirkan harapan negara terletak di bahu

mereka, mereka meneruskan perjuangan. Selain itu, Pauline sanggup

membantu Anas mematikan mesin masa di peringkat akhir kerana

menghargai kebebasan beragama di Malaysia.

Page 21: Wira Persona Avatari

Unsur-unsur pengajaran

1. Kita mestilah belajar daripada kesilapan. Contohnya, Aina menerima teguran

Zuriani dengan positif lalu mengajaknya menyertai pasukan Zamrud II.

Kumar yang menarik diri daripada memasuki pertandingan Avatari menyesal

setelah dimarahi ayahnya dan melihat kemenangan pasukan Zamrud II.

2. Kita harus mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Contohnya,

Profesor Fitri, Ho Shao Long dan ahli Zamrud lain tetap berkawan walaupun

setelah memenangi pertandingan avatari sepuluh tahun lalu. Atas dasar

setiakawan jugalah Zamrud II dapat bersatu dan memenangi Pertandingan

Avatari Kebangsaan Kesepuluh .

3. Kemudahan teknologi membawa kebaikan dan keburukan. Contohnya, Anas

leka menggunakan kemudahan kamar bicara di tapak web Avatari sehingga

sedar sudah pukul 1.00 pagi. Walaubagaimanapun, Zamrud II memenangi

Avatari oleh kerana pengendalian teknologi yang cekap oleh Adeen.