pokok neem amali 4

6
Bagi amali kali ini saya dan ahli kumpulan saya telah mengkaji tentang Pokok Neem. Berikut adalah ciri-ciri pokok neem. Pada asalnya pohon ini terdapat di negara-negara Asia dan Afrika, kini ia juga ditanam di negara-negara barat. Pohon neem dikenali dengan pelbagai nama di seluruh dunia. Berikut adalah senarai nama bagi pokok neem di seluruh dunia. Pakistan - nimmi dan limbo Burma - tamaka atau tama Indonesia - mindi dan mimbo Thailand – kwinin Jerman - niem atau nim Perancis - azadirac dan margousier Australia, Papua New Guinea, Fiji, Amerika dan Britain - neem Ciri-ciri fizikal Pokok sebatang pokok hijau berdaun lebat terbahagi kepada helaian- helaian daun dimana setiap daun menyamai daun yang matang. Ia mempunyai bunga putih kecil di hujung ranting buah berukuran 1.2 to 1.8 cm panjang berwarna hijau atau kuning dan setiap satunya berbiji. Pokok ini boleh membesar sehingga 10 ke 10.5 meter tinggi dengan lilitan berukuran lebih kurang 2 hingga 3 meters. Batangnya adalah bertonik pahit dan berangsangan. Kulit akar POKOK NEEM

Upload: shangkaran-manickam

Post on 13-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

biodata pokok neem

TRANSCRIPT

Page 1: Pokok Neem Amali 4

Bagi amali kali ini saya dan ahli kumpulan saya telah mengkaji tentang Pokok

Neem. Berikut adalah ciri-ciri pokok neem. Pada asalnya pohon ini terdapat di

negara-negara Asia dan Afrika, kini ia juga ditanam di negara-negara barat. Pohon

neem dikenali dengan pelbagai nama di seluruh dunia. Berikut adalah senarai nama

bagi pokok neem di seluruh dunia.

Pakistan - nimmi dan limbo

Burma - tamaka atau tama

Indonesia - mindi dan mimbo

Thailand – kwinin

Jerman - niem atau nim

Perancis - azadirac dan margousier

Australia, Papua New Guinea, Fiji, Amerika dan Britain - neem

Ciri-ciri fizikal Pokok Neem

sebatang pokok hijau berdaun lebat terbahagi kepada helaian-helaian daun

dimana setiap daun menyamai daun yang matang.

Ia mempunyai bunga putih kecil di hujung ranting

buah berukuran 1.2 to 1.8 cm panjang berwarna hijau atau kuning dan setiap

satunya berbiji.

Pokok ini boleh membesar sehingga 10 ke 10.5 meter tinggi dengan lilitan

berukuran lebih kurang 2 hingga 3 meters.

Batangnya adalah bertonik pahit dan berangsangan. Kulit akar mempunyai ciri-ciri

yang sama dengan kulit batang.

POKOK NEEM

Page 2: Pokok Neem Amali 4

Terdapat beberapa kegunaan pokok neem yang dikenali sebagai pokok

margosa juga. Ianya memberi banyak manfaat kapada manusia untuk mengubati

banyak penyakit tanpa menggunakan ubat-ubat yang moden. Berikut merupakan

perubatan-perubatan tersebut.

Kegunaan Sebagai Makanan

Bunga dimasukkan ke dalam masakan kari.

Di India, bunga pokok bambu/semambu/mambu/neem

dan gula merah dibuat gula2.

Pucuk muda dan bunga pokok ini dijadikan sayur di

India, Vietnam dan Myanmar. 

KHASIAT POKOK NEEM/MARGOSA

Pokok Margosa dianggap sebagai pembersih udara dan mencegah dari

penyakit demam Malaria dan kolera.Infusi atau air rebusan daun segarnya

adalah merupakan tonik sayuran pahit dan alternatif terutama bagi

mengubati demam malaria yang kronik disebabkan tindak balasnya ke atas hati.

Ianya hendaklah diambil dengan kadar 15 ke 60 grams.

1

Seterusnya ialah Daun Margosa digunakan atau disapu dibahagian luaran sangat

berkesan kepada penyakit kulit terutamanya bisul, ulser kronik, letusan cacar

(smallpox), kudis sifilis, bengkak kelenjar dan luka. Ianya boleh digunakan secara

tuam, rebusan atau sapuan.

2

Menggunakan 3 grams kulit kayu bahagian dalam Margosa dengan 6 grams gula

kelapa atau kabung setiap pagi sangat berkesan untuk mengubati penyakit buasir.

Untuk mengatasi buasir berdarah, 3 atau 4 biji buah Margosa boleh dicampur

dengan air dan diminum

3

Page 3: Pokok Neem Amali 4

Salap (oinmen) yang disediakan dari daun Margosa sangat berguna untuk

mengubati ulser dan luka. Salap ini disediakan dengan menggoreng 50 grams

daun Margosa bersama dengan 50 grams minyak sapi dan melenyek campuran

tersebut dengan baik sehingga salap diperolehi dengan serata. Pes yang

disediakan dari kulit kayunya dengan menggosoknya di dalam air juga boleh

digunakan untuk menggubati luka.

4

Air dari pokok Margosa telah didapati berguna untuk mengubati penyakit kusta 

apabila diambil dengan kadar 60 gram setiap hari. Sekaligus badan pesakit di

urut dengan air dari pokok ini. Cara ini diteruskan untuk selama 40 hari. Jika air

dari pokok Margosa ini tidak boleh didapati, 12 gram daunnya dan 3

decigram lada hitam ditumbuk bersama dengan air dan dimakan.

5

Membasuh rambut dengan air rebusan daun Margosa dapat menghalang

rambut dari gugur atau hilang. Ianya bukan sahaja dapat mengelakkan rambut

dari gugur malah ianya membantu penumbuhan rambut. Penggunaan minyak

neem/margosa juga dapat menghapuskan serangga/kutu dikepala.

6

Neem juga berguna pada penyakit mata. Menitiskan jus daun neem/margosa ke

mata setiap malam sangat berkesan untuk mengubati penyakit buta waktu

malam. Daunnya hendaklah ditumbuk sehinggal halus dan dicampurkan dengan

air. Jus tersebut dikeluarkan dengan memerah nya melalui kain yang bersih and

dititiskan kedalam mata dengan menggunakan rod penitis mata.

7

Jus yang dikeluarkan dengan menggosok beberapa helai daunnya dengan

sedikit air dan diperah dengan kain yang bersih sangat berguna untuk

mengubati sakit pada mata akibat konjunktivitis. Ianya disuamkan dan dititiskan

beberapa titis kedalam telinga bertentangan dengan mata yang sakit

untuk melegakan kesakitan. Mata akan menjadi baik setelah diulangi beberapa

kali.

8

Page 4: Pokok Neem Amali 4

Membersih gigi selalu dengan ranting neem/margosa dapat mengelakkan dari

penyakit gusi. Ia mengukuhkan gigi yang longgar, melegakan sakit gigi,

menghilangkan bau busuk dan melindungi mulut dari pelbagai jangkitan.

9

Margosa sangat berguna semasa bersalin. Penggunaan jus daun

neem/margosa kepada wanita yang hendak bersalin sebelum kelahiran dapat

mewujudkan kontraksi normal pada rahim dan dapat menggelakkan

kemungkinan keradangan. Ia juga membetulkan pergerakkan perut dan

mengawal demam dan dengan itu membantu bersalin secara normal.

Menggunakan air suam rebusan daun margosa untuk membasuh faraj dapat

menyembuhkan luka akibat dari bersalin dan menggelakkan jangkitan dalam

lorong faraj.

1

Margosa juga adalah pemusnah serangga yang kuat untuk membunuh nematod

tanah dan parasit tumbuh-tumbuhan yang lain.

1

Fomentasi wap hasil dari rebusan daun Margosa dapat memberikan kelegaan

bagi kes-kes sakit telinga. Beberapa helaian daun margosa hendaklah direbus

dekatkan teliga kepada wap yang keluar dari rebusan tersebut. Jus daun

margosa dicampur dengan sama banyak kuantiti madu lebah amat berkesan

untuk mengubati bisul didalam telinga. Jus tersebut disuamkan dahulu dan

kemudian dititiskan beberapa titisan kedalam telinga. Diulangi beberapa hari

akan melegakan sakit akibat bisul tersebut.

1

Page 5: Pokok Neem Amali 4

Bibliografi

Khasiat Daun Semambu. (2014). Diperoleh dari

http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-daun-semambu.html

Uthaya Sankar. (2012). Neem: Legenda yang Hidup. Diperoleh dari

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/03/12/neem-

legenda-yang-hidup/