pmr' karangan

Upload: linda-izrin-mahmood

Post on 02-Jun-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 pmr' karangan

    1/5

    Bahagian A : Ringkasan dan Pemahaman

    Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan RangsanganKarangan Contoh 1 : Perpaduan kaumKarangan Contoh 2 : Ciri-ciri pelajar cemerlangKarangan Contoh 3 : Manfaat penjagaan kebersihanKarangan Contoh 4 : Kepentingan sungai kepada manusia

    Bahagian C : Karangan Respons Terbuka

    Karangan Contoh 1 : Memartabatkan bahasa kebangsaanKarangan Contoh 2 : Kemalangan jalan raya

    LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA VANDALISME Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan. Tidak kurang

    juga berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatanhampir pada setiap hari. Remaja sebenarnya bolehlah dianalogikan sebagai batu permata yang bakalmencorakkan masa depan negara. Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka seringmelakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan denganperkataan vandalisme. Hal ini demikian, adalah disebabkan oleh sikap kebiasaan, tiada kesedaran danmencari keseronokan untuk melepas tekanan.

    Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan agama dan nilaimoral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anakmereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal merekamahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya merekamendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Halini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuaidengan kata orang- orang tua,Sayangkan anak, tangan -tangankan.

    Di sampi ng itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme menjalar denganberleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan, merosakkantelefon awam, buaian di taman permainan dan tong sampah awam wajar diambil perhatian. Masyarakat disesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakantindakan seperti denda berupa bayaran kepada ibu bapa yang didapati anaknya terlibat dalam salah laku ini.Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka.

    Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala vandalisme.Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untukmenangani gejala yang semakin membarahi negara ini. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaunyang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan hartabenda awam. Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah dan membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Natijahnya, sudah pasti gejala vandalisme akan dapat diatasi dengan penguatkuasaanundang-undang yang tegas oleh pihak berwajib.

    Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-samamemerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu teruk, tetapi ingatlah bahawa iadapat memberi impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua kemuahan awam kita tidak bolehdigunakan atau diconteng, maka di manakah kita hendak meletakkan air muka kita. Imej negara yang bersihhanya akan tinggal kenangan sahaja. Ayuhlah kita bertindak segera untuk memerangi gejala ini dan ingatlah ,jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah.

    LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH

    Ramai yang berbicara tentang dadah, tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri apakah yangdimaksudkan dengan dadah? Dadah merupakan najis yang telah mengancam negara kita sejak sekian lamadan isu penyalahgunaan dadah masih kekal menjadi musuh utama negara. Dadah secara rasionalnyadigambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadahdigunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseorang tanpa pengawasan pihak perubatan.

    Dadah memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Keburukan yangditerima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding kebaikan dan manfaatnya yang boleh didapati.Jika diteliti, dadah disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit,

    https://docs.google.com/open?id=0B_Y2d6B-91t7cHVhYzZac01TWWVEbnpoMEVTblpFZwhttps://docs.google.com/open?id=0B_Y2d6B-91t7TklPcUYyNHpUdzZvRWY3ejZNNTBzUQhttps://docs.google.com/file/d/0B_Y2d6B-91t7SHFjRjhrN0ZrS1U/edit?usp=sharinghttps://docs.google.com/file/d/0B_Y2d6B-91t7SEFMODE4blZEOFk/edit?usp=sharinghttps://docs.google.com/file/d/0B_Y2d6B-91t7YkpTaFJ0NHNzQWM/edit?usp=sharinghttps://docs.google.com/open?id=0B_Y2d6B-91t7c0h0bkFHVC1TWDJJTkFJYWg2SDhDUQhttps://docs.google.com/file/d/0B_Y2d6B-91t7czlQVlpOY1ZCWlk/edit?usp=sharinghttps://docs.google.com/file/d/0B_Y2d6B-91t7czlQVlpOY1ZCWlk/edit?usp=sharinghttps://docs.google.com/open?id=0B_Y2d6B-91t7c0h0bkFHVC1TWDJJTkFJYWg2SDhDUQhttps://docs.google.com/file/d/0B_Y2d6B-91t7YkpTaFJ0NHNzQWM/edit?usp=sharinghttps://docs.google.com/file/d/0B_Y2d6B-91t7SEFMODE4blZEOFk/edit?usp=sharinghttps://docs.google.com/file/d/0B_Y2d6B-91t7SHFjRjhrN0ZrS1U/edit?usp=sharinghttps://docs.google.com/open?id=0B_Y2d6B-91t7TklPcUYyNHpUdzZvRWY3ejZNNTBzUQhttps://docs.google.com/open?id=0B_Y2d6B-91t7cHVhYzZac01TWWVEbnpoMEVTblpFZw
  • 8/11/2019 pmr' karangan

    2/5

    mendapatkan rasa segar, mengelakkan tekanan hidup, melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya.

    Masalah penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat dan sebagai sebuah rantau yangdikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia turutmengalami pelbagai gejala sosial. Penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan remaja amatmembimbangkan dan ia berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, danperjudian. Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama adadalam bidang ekonomi, sosio-budaya, politik mahupun keselamatan. Dengan lain perkataan, kemajuan sertapembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah tidak

    dapat diatasi segera.

    Oleh itu, pelbagai langkah drastik perlu direncanakan dan dilaksanakan untuk memerangi ancaman dadah.Dalam usaha untuk membendung masalah yang semakin gawat ini, ibu bapa memainkan peranan yang cukuppenting untuk memastikan anak-anak mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini. Mereka perlumeluangkan masa secukupnya untuk bersama anak-anak. Sikap ambil berat dan bertanggungjawab sertapenyayang ini mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam maslah penyalahgunaan dadah. Ibu bapaperlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal mahupun yang tidak formal dalamusaha membendung anak-anak mereka dari terjebak ke perangkap penyalahgunaan dadah. Anak-anakhendaklah diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan merekasejak dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusikekeluargaan.

    Pendidikan pencegahan pnyalahgunaan dadah di sekolah merupakan langkah awal untuk membendungpenyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Seandainya tidak dibendung, masalah ini akan terusmengancam dan menggugat kesejahteraan negara. Pendidikan pencegahan pada dasarnya bertujuan untukmendidik di samping memberikan maklumat untuk menyedarkan remaja mengenai bahayanyapenyalahgunaan dadah sebelum ianya terlambat. Sudah tentu kita tidak ingin melihat remaja terjerumus kedalam jurang kehinaan ini. Peranan pihak sekolah dalam membenteras masalah ini amatlah penting. Antaraprogram yang boleh dilaksanakan ialah Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR)Program ini diatur untukmemberikan kesedaran kepada pelajar mengenai risiko penyalahgunaan dadah dan secara tidak langsungmendidik mereka untuk menjauhi najis dadah. Oleh yang demikian, peranan pihak sekolah amat penting dalammenerapkan budaya remaja benci dahah dan seterusnya membantu golongan ini menjauhi najis dadahsebelum ia menjadi parah.

    Di samping itu, pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan dalam usahamengurangkan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah melalui program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain program yang meliputi pelbagai aktiviti. Hal ini demikian kerana melalui kem-kem ini para remaja dapatmemenuhi masa senggang mereka dengan aktiviti lebih berfaedah. Pihak kerajaan juga boleh mengadakankempen anti-dahad dan menyiarkannya melalui media massa. Undang-undang dan hukuman bagi kesalahanpenyalahgunaan dadah dan mengedar dadah hendaklah diketatkan lagi bagi mengelakkan masalah ini terusberleluasa. Agensi yang ditubuhkan seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan jentera mereka memantau bekas penagih agar mereka tidak kembali menagih dadah kembali.

    Selain itu, kesedaran diri remaja penting untuk menjauhi najis dadah. Kesedaran diri ini penting untukmembentuk minda yang positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan pemikiran yang rasional. Merekahendaklah sentiasa diberikan ingatan tentang pentingnya kehidupan pada masa hadapan. Remaja kini terlalu

    terdedah dengan pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya menjerumuskan mereka ke dalam kancahpenyalahgunaan dadah ini. Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri amat penting. Mereka perlu tahumembezakan yang baik dengan yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk kawan kerana 'ikut hati mati ikutrasa binasa'. Rakan yang berkualiti juga adalah tunggak dalam membantu diri remaja menjadi berkualiti juga.

    Konklusinya, semua pihak termasuk ibu bapa, guru, masyarakat mahupun kerajaan perlu berganding bahumemerangi gejala penyalahgunaan dadah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha memerangi dadahkerana dadah adalah musuh utama negra dan dadah boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraannegara. Sebagai pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, biarlah kita hidup bahagia tanpa dadah.Janganlah disebabkan 'nila setitik, rosak susu sebelanga' kerana negara kita adalah contoh dalam kalangannegara Islam. Kita tidak mahu masalah penyalahjgunaan dadah ini mencemarkan nama baik bangsa amnya dannegara khususnya.

  • 8/11/2019 pmr' karangan

    3/5

    PENANDA WACANA

    Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping

    Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

    Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan

    Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai

    Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

    Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan

    Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

    Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu

    Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan

    Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

    Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

    Perenggan Pendahuluan

    Dewasa ini...Belakangan...Kebelakangan ini...Baru-baru ini...Mutakhir ini...Akhir-akhir ini...Dalam era globalisasi...

    Perenggan isi

    Di samping itu...Sehubungan dengan itu...Jika diteliti dengan lebih mendalam...Sehubungan...Sebagai lanjutan daripada...Bersangkutan dengan hal...Berkaitan...Bersangkutan...Disingkapkan...Diceritakan...

    Tindakan yang diketengahkan di atas...Walau bagaimanapun...Bertitik tolak daripada kenyataan di atas...Jika ditinjau daripada aspek ...pula,..

    Perenggan Penutup

    Hal ini demikian...Akhirnya saya menegaskan bahawa...Kesimpulannya...Akhirnya...Sebagai penutup...br> Konklusinya...

    Akhirulkalam...Tegasnya...Pendek kata...

  • 8/11/2019 pmr' karangan

    4/5

    Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa...Menyedar hakikat di atas...Di sini saya ingin tegaskan...

    Lain-lain

    Pada hakikatnya / Sesungguhnya,...Sebenarnya, / Pada hakikatnya,...Dengan kata lain /Dengan erti kata yang lain...

    Maksudnya di sini...Hal ini bermakna...Oleh sebab itu/ lantaran itu...Walhal/Oleh hal yang demikian...Sedangkan / Pada hal...Meskipun/Sungguhpun...Walaupun / sekalipun...Ekoran daripada / Akibatnya...Rentetan daripada/ lanjutan itu...Dalam konteks ini/Dalam hubungan ini...Hal ini bertepatan /bersesuaian dengan...Hal ini memang sejajar dengan...Situasi ini seolah-olah mengambarkan...Tidak syak lagi/ Tidak dapat tidak...Namun begitu...Lebih-lebih lagi...Tambahan pula...Justeru...Oleh hal yang demikian...Sungguhpun demikian...

    Contoh penggunaan penanda wacana

    Penanda Wacana Untuk Ayat Pertama Setiap Perenggan

    - Kita dapat menyaksikan betapa......- Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana...- Lazimnya, dalam keadaan....- Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ....- Pada hemat saya ......- Pada pandangan saya ....- Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ....- Sebagaimana yang kita ketahui ...- Sebagaimana yang kita maklumi ...- Sejak awal lagi ...- Sejak kebelakangan ini ....- Selain itu, pada masa ini juga ...

    - Seperti yang telah dinyatakan...- Umum mengetahui bahawa...- Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas ...

    Penanda Wacana Untuk Ayat Kedua dan Seterusnya Dalam Karangan

    - Bagi sesetengah orang ....- Begitu juga dengan ..- Begitu juga halnya dengan ...- Bertitik tolak daripada itu ...- Bukan itu sahaja ...- Dalam hal ini...

    - Dalam konteks ini...- Dalam zaman yang serba canggih ini...- Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa.....

  • 8/11/2019 pmr' karangan

    5/5

    - Dengan adanya....- Dengan berbuat demikian.....- Dengan perkataan lain....- Disebabkan hal itu....- Disebabkan keistimewaan inilah kita.........- Hal ini berlaku disebabkan.....- Hal ini penting dalam....- Hal ini serupa dengan....- Hal yang serupa berlaku apabila.....

    - Hal ini disebabkan.....- Hal ini membuktikan bahawa....- Hal ini menggambarkan bahawa.....- Hal ini secara tak langsung akan...- Hal ini semua meninggalkan kesan kerana....- Hal ini tentu sekali membuatkan....- Jadi kita perlu.....- Jadi kita hendaklah......- Keadaan ini tentunya.....- Lantaran itu sehingga kini...- Kesemua ini menyumbang kepada....- kita mengakui bahawa.....- Kita sering menonton di kaca telivesyen...- Kita sering membaca di dada-dada akhbar....- Memandangkan keadaan yang sedemikian....- Namun sejak kebelakangan ini....- Oleh itu bolehlah dikatakan....- Secara logiknya masa yang.....- Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita....- Keadaan ini seharusnya boleh.....- Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini....- Kendatipun demikian, kita masih....- Yang paling nyata ialah...- Yang perlu kita pastikan ialah...

    Penanda wacana untuk memulakan ayat pendahuluan karangan .1. Sedarwarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang

    isu.......2. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah......3. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan

    titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.....4. Dasawara ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara

    yang semakin gahdi persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahansosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyak kita sendiri.

    5. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan te knologi ini 6. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan..

    Penanda wacana untuk ayat terakhir pendahuluan karangan.

    1. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperincidemi kebaikan bersama.

    2. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perludiperincikan demi kebaikan bersama.

    3. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastic dilakukan segera untukmengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

    4. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan 5. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatic harus

    dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.