pm (pkm)

Upload: muhamad-faiz

Post on 11-Jul-2015

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LEDANGPENGAJIAN MALAYSIA DUA 3143 PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)Ahli Kumpulan :1. Muhamad Faiz Muhaimin B. Laisuddin 2. Norfahimah Bt Rahmat 3. Muhammad Shahrul Nazrin B. Shahril (DBE 10063) (DBE 10083) (DBE 10021)

PengenalanKekejaman Jepun menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu.MPAJA juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930. Ianya diasaskan oleh Chin Peng .PKM bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940.Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiroshima dan Nagasaki dibomkan.PKM mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina.

PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)Sebelum Penubuhan PKM Sebelum penubuhan atau pembentukan Parti Komunis Malaya (PKM) , telah berlakunya peperangan pertama dimana Jepun telah menakluki Tanah Melayu . Kekejaman Jepun dalam memerintah Tanah Melayu telah menyebabkan rakyat hidup dalam

kesengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai juga amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang pihak Jepun . Kesan Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas.Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun , bahasa Nippon-go digunakan, Kimigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan dan tulisan Jepun ditulis . Memaksa rakyat membina Keretapi Maut di negara Thai. Penubuhan Parti Komunis Malaya Kekejaman Jepun menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu. MPAJA juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930. Parti Komunis Malaya (PKM) telah diasaskan oleh Chin Peng .Parti Komunis Malaya telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940. Tujuan Penubuhan Parti Komunis Malaya Tujuan penubuhan Parti Komunis Malaya ialah untuk menentang penjajahan British yang ketika itu sedang memerintah Tanah Melayu. Selain itu ,untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu .

Perjalanan Parti Komunis Malaya (PKM) Setelah MPAJA wujud,akhirnya Jepun menyerah kalah tanpa syarat selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom. MPAJA telah mendapat sokongan dari orang Cina. Kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit. Maka PKM mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Ahmad Boestamam bagi meraih simpati.Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada PKM kerana golongan ini telah diketepikan oleh British.Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan .Insiden pada 16 Jun 1948 ketika pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent . Keadaan bertambah teruk pada12 Julai 1948 darurat diistiharkan ke seluruh negara. Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat,Chin Peng meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Maka Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1955-tidak membawa apa-apa keputusan drastik.Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan. Kerajaan menolak usul membenarkan PKM bergerak sebagai sebuah parti politik.Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa PKM bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British. Kejatuhan Parti Komunis Malaya (PKM) Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan PKM, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata PKM selama 41 tahun di Tanah Melayu .

Kesan Kedatangan Parti Komunis Malaya (PKM) Di Tanah Melayu Politik Pemberian taraf berkerja sendiri dan kemerdekaan iaitu pihak british mendapati semakin ramai penduduk tempatan yang tidak berpuas hati terhadap pemerintahan mereka di Tanah Melayu . Tindakan ini telah melambat-lambatkan pemberian taraf berkerajaan sendiri dan kemerdekaan boleh membawa kepada kebangkitan rakyat secara menyeluruh . Ini kerana Tanah Melayu mungkin diambil alih oleh pihak komunis jika British lambat memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu . Hal ini kerana , PKM dilihat semakin giat berusaha mengusir British daripada Tanah Melayu dengan melancarkan pemberontakan bersenjata . Pemberian taraf berkerajaan sendiri dan kemerdekaan menyebabkan PKM tidak ada alasan lagi untuk meneruskan perjuangan di Tanah Melayu . Keadaan ini diharapkan dapat menghalang cita-cita PKM untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu . Kerajaan British ingin mengekalkan hubungan politik dengan Tanah Melayu selepas merdeka bagi menjamin kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor

perlombongan dan perladangan . Selain itu , melonggarkan kegiatan berpolitik di Tanah Melayu . Selepas darurat diisytiharkan , kerajaan British mengambil tindakan tegas terhadap parti politik berhaluan kiri yang dilihat bersimpati dengan PKM . Ramai pemimpin politik yang berhaluan kiri ditangkap dan parti , serta badan politik kiri seperti PKMM , API dan AWAS telah dibubarkan . Kerajaan British hanya membenarkan partiparti politik yang berhaluan sederhana seperti UMNO , MCA dan MIC untuk meneruskan kegiatan politik mereka di Tanah Melayu . Apabila kegiatan berpolitik dilonggarkan selepas tahun 1950-an , beberapa parti politik baharu ditubuhkan seperti PAS dan IMP. Perkembangan ini memberikan peluang kepada pemimpin politik berhaluan kiri untuk bergiat semula dalam politik dengan menubuhkan Parti Buruh dan Parti Rakyat .

Ekonomi Ekonomi terjejas dan tergendala di Tanah Melayu iaitu banyak ladang getah dan lombong bijih timah musnah akibat daripada keganasan komunis untuk melumpuhkan ekonomi di Tanah Melayu . Selain itu , pengangkutan darat banyak tergendala akibat daripada sekatan jalan raya di kawasan yang menjadi sarang komunis . Perintah berkurung yang diisytiharkan juga mengganggu kegiatan perdagangan dan menjejaskan pengeluaran hasil bumi di Tanah Melayu . Menambahkan beban kewangan kerajaan untuk memerangi kegiatan komunis. Usaha kerajaan memerangi komunis melibatkan jumlah perbelanjaan yang besar seperti menambahkan anggota dan kelengkapan peralatan pasukan keselamatan , dan membangunkan kampong-kampung baru . Perbelanjaan yang besar ini menjadi beban kewangan kepada kerajaan sehingga mengalami deficit belanjawan pada tahun 1953 . Sosial Kesusahan dan penderitaan rakyat iaitu rakyat sukar mendapatkan bekalan makanan dan bergerak kerana pelbagai sekatan dikenakan . Kekurangan bekalan mendorong kerajaan mengadakan catuan terhadap bekalan makanan . Rakyat terpaksa bergantung pada sumber makanan lain seperti uni kayu dan ubi keledek . Undang-undang darurat menimbulakan penderitaan kepada rakyat . Penduduk yang disyaki bersubahat atau berkerjasama dengan komunis ditangkap dan ditahan tanpa dibicarakan. Keadaan ini menimbulkan penderitaan kepada penduduk yang tidak bersalah , tetapi dituduh melakukan perbuatan itu . Syarat kewarganegaraan dilonggarkan untuk menarik kaum bukan Melayu iaitu kerajaan telah melonggarkan syarat pemberiaan kerakyatan pada 1952 untuk menarik sokongan kaum bukan Melayu . Jawatan dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang sebelum itu dikhaskan kepada orang Inggersi dan Melayu dibuka kepada kaum bukan Melayu yang menjadi warganegara . Kemasukan kaum bukan Melayu dalam perkhidmatan awam mula dilaksanakan melalui system kuota , iaitu setiap empat orang Melayu yang diambil , seorang bukan Melayu diterima berkhidmat dalam perkhidmatan awam .

PANDANGAN AHLI KUMPULAN TENTANG PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)Faiz : Pada pandangan saya , penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) sememangnya memberikan banyak kesan negatif kepada Tanah Melayu , ianya boleh mengancam kedudukan dan kedaulatan negara serta menjejaskan hak orang Melayu . Fahima : Pada pandangan saya , penubuhan PKM memberikan impak yang tersendiri kepada negara,dari segi negatif mahupun positif.Namun,kita masih perlu berjaga-jaga supaya ianya tidak wujud lagi memandangkan negara kita sudah mencapai kemerdekaan dan berada dalam keadaan yang aman dan damai. Shahrul : Pada pandangan saya , pembentukan dan penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) seharusnya kita tentang.Hal ini demikian kerana penaklukan kuasa asing akan menjatuhkan ekonomi dan negara kita disamping rakyat mengalami pelbagai kesengsaraan dan kesusahan hidup.Rakyat juga mengalami kebuluran dan pelbagai jenis penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.Oleh itu, kita hendaklah harus saling bekerjasama menjaga keamanan dan keselamatan negara agar tidak dijajah oleh kuasa asing.

RUMUSANRumusan yang dapat kami rumuskan ialah pendudukan Jepun selama tiga tahun setengah telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap penduduk di Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak . Mereka mengalami pelbagai kepahitan dan kesengsaraan hidup yang tidak dialami sebelumnya . Selain itu , pendudukan Jepun turut menamatkan keangkuhan kuasa Barat . Perkembangan ini telah melahirkan kesedaran dan keyakinan diri dalam kalangan penduduk tempatan untuk memerintah negara sendiri, serta keperluan untuk mewujudkan perpaduan bagi menentang musuh yang sama . Perbezaan dasar pemerintah Jepun terhadap ketiga-tiga kaum terbesar diTanah Melayu telah menimbulkan ketegangan kaum , terutamanya dalam kalangan orang Melayu dan Cina . Keadaan ini berterusan selepas berakhir Perang Dunia Kedua , apabila Parti Komunis Malaya (PKM) yang sebilangan besar dianggotai oleh orang Cina berusaha untuk merampas kuasa secara kekerasan .

RUJUKAN1. Internet : http://www.wikipedia.com 2. Buku Rujukan : Kenegaraan Malaysia (Edisi Kedua ): Nota Pengajian Malaysia (DUA 3143 )