pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah

Upload: mohamad-faris

Post on 16-Jul-2015

355 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH

Pluraliti Masyrakat boleh ditakrifkan sebagai pertemuan antara tamadun dan budaya yang menyerap masuk didalam sesuatu masyarakat. Ia berlaku secara harmonis dan secara semulajadi. Masyarakat Plural pula bermaksud pertembungan antara tamadun dan budaya berlaku secara paksaan dan tidak semulajadi, berlakunya dominasi oleh satu pihak ke atas pihak atau sesuatu masyarakat. Pluraliti merupakan istalah yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah antaranya Eropah yang terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.

Selain daripada itu, Masyarakat Plural pula bermaksud masyarakat yang mengandungi dua atau lebih unsur atau peringkat social dan juga terdapat beberapa bentuk saingan tetapi tidak bercampur tetapi ia berada dalam satu unit politik. Dalam konteks masyarakat di Alam Melayu, masyarakat plural merujuk kepada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina, dan India walaupun terdapat pelbagai lagi kaum yang lain di Malaysia. Masyarakat plural juga boleh di definasikan sebagai masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.

Dalam pada itu, Masyarakat Plural ini mula terbentuk selepas kedatangan orangorang Eropah Tanah Melayu. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Selain daripada itu,penjajah Eropah telah menetapkan dasar iaitu dasar pecah perintah yang menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat yang sama yang dinamakan masyarakat Majmuk. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa penjajahan barat telah menjadi titik pemisah antara Pluraliti dalam masyarakat Plural. Dasar yang diamalkan oleh penjajah barat iaitu dasar pecah dan perintah ini merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Contoh tindakan yang dilakukan oleh penjajah barat ini ialah orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara itu, orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil dan kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Walhal pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang Semasa proses pembentukan Pluraliti di alam Melayu, hubungan tanah melayu dengan Cina dan India salah satu faktor terpenting. Hubungan antara alam Melayu dengan Cina dan India telah lama berlaku disebabkan faktor perdagangan. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, telah wujud hubungan antara negara China dan Alam Melayu sebagaimana yang diketahui melalui sejarah kedatangan Laksamana Cheng Ho. Alam Melayu merupakan persinggahan para pedagang dari kedua-dua benua ini kerana kedudukannya yang strategik iaitu melalui jalan timur-barat. Di samping itu juga pada abad ke-7 Masehi telah wujud institusi pengajian agama di alam

Melayu pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya dan ini telah menjadikan Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan.

Dalam Pembentukan Pluraliti di alam Melayu zaman Hinduisme dan Buddhisme juga memainkan peranan yang penting tetapi tidak memberi kesan yang besar

dalam kehidupan rakyat biasa di alam Melayu berbanding dengan pengaruh Islam. Hal ini kerana tidak terdapat kitab-kitab pada zaman ini yang membincangkan ideaidea besar seperti falsafah, ketuhanan yang berasaskan ideologi Hinduisme dan Buddhisme di alam Melayu. Namun begitu, kitab yang ada ini hanyalah hanyalah kitabkitab yang bersifat dan berunsurkan kesenian. Oleh hal yang demikian, jarang dilihat nama-nama yang bercorak Hinduisme atau Buddhisme dalam kalangan anak-anak rakyat biasa. Hal ini berbeza sekali dengan kedatangan Islam kerana hampir semua nak-anak pada zaman itu mengikut nama-nama berunsurkan keislaman. Namun begitu ideologi Hinduisme dan Buddhisme juga diterima baik dalam kalangan pemerintah

alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme banyak mengukuhkan institusi raja di alam Melayu. Hal ini kerana ia ada impak politik kerana mitos hinduisme mengatakan raja adalah anak tuhan yg diutus ke bumi dan rakyat perlu taat dan patuh kepada setiap perintah raja atas dasar raja dalah tuhan. Kebesaran dan kekuatan raja-raja ini digambarkan melalui candi-candi yang didirikan semasa pemerintahannya.

Di samping itu, pembentukan Pluraliti di alam Melayu juga melibatkan penjelmaan dari segi material dan non-material. Hal ini dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yang bersifat epistemologikal yang dibawa oleh penjajah Inggeris. Perubahan epistemologikal dari segi ilmu pengetahuan yang melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yang seterusnya akan melibatkan perubahan terhadap cara memahami keadaan tersebut. Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yg bercorak metafizik atau ilmu yg bersumberkan alam ghaib. Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yang bersifat non-material ini kepada epistemologi fizikal yg bersifat rasional saintifik.

Asasnya ialah pembuktian sesuatu material menerusi pancaindera dan kemudiannya dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik. Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.

Selain daripada itu, unsur-unsur dalam perlembagaan merupakan unsur-unsur tradisi yang merupakan faktor terpenting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman yang baik ke arah membentuk perpaduan antara masyarakat di Malaysia. Unsur tradisi ini merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal perlembagaan. Perlembagaan telah wujud sejak zaman sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal. Perlembagaan ini digubal setelah Malayan Union di bentuk pada tahun 1964 kerana pada waktu itu semua rakyat membantah perlembagaan yang telah di bentuk kerana ia tidak memenuhi tuntutan dan kehendak rakyat. Hal ini berlaku kerana rakyat melihat perlembagaan tersebut lebih banyak menguntungkan pihak British dan menindas rakyat. Perlembagaan tersebut juga telah mengetepikan nilai-nilai tradisi atau unsur-unsur tradisi masyarakat Melayu dan menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu pada ketika itu. Akibat daripada bantahan dan desakan rakyat pada masa itu, pihak British telah mengambil tindakan dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat memenuhi tuntutan dan kehendak rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan unsur-unsur tradisi masyarakat pribuminya. Unsur-unsur tradisi yang dimaksudkan adalah Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu, Hak keistimewaan orang Melayu, Agama dan Bahasa.

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana ia membantu dalam menstabilkan sistem politik negara dan dalam laporan Suruhanjaya Reid menunjukkan betapa pentingnya Perlembagaan yang mengambil kira faktor-faktor dari segi sejarah, tradisi, ekonomi, dan sosial yang wujud. Untuk menunjukkan betapa pentingnya perlembagaan ini telah diletakkan di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu sensitif.Terdapat empat unsur tradisi dalam perlembagaan yang sangat penting iaitu yang pertamanya adalah Kedudukan Istimewa Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong.Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai kaitan dengan kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini termasuklah Perkara 32, perkara 41, perkara 42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41. Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itu sudahpun menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Oleh sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sudah sekian lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Tambahan pula, sistem pemerintahan beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Selain itu, yang kedua pula adalah Agama Islam sebagai agama rasmi. Kedudukan Agama Islam terletak dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam Perkara 11 (4). Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses

pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Berdasarkan falsafah Islam membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia, maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa

pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama. Bagai unsur ketiga pula adalah Hak Istimewa Orang Melayu.Dalam

Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi Perkara 153 (6) dan Bidang Pelajaran Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara 8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971). Melihat dari sudut kepentingannya, kita sedar bahawa orang Melayu merupakan penduduk asli atau pribumi negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberikan hak keistemewaan tersebut. Ini kerana sebelum ini orang Melayu lebih banyak terlibat dalam bidang perikanan atau pertanian. Justeru adalah wajar orangorang Melayu diberi keutamaan dalam kesemua aspek yang dinyatakan di atas bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yang sebelum ini agak jauh ketinggalan berbanding kaum lain.

Manakala yang terakhir pula adalah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa

perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud rasmi ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Jika melihat dari aspek rasional kenapa bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara, aspek sejarah perlu dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986). Jadi tujuan di sebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama. Namun begitu, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun yang boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain.

MOHD RAHIMI BIN AHMAD LATIFI 890828-02-5951 Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan Hubungan etnik ini bagi semester tiga ini. Semasa bertungkus lumus untuk menyipkan tugasan ini, terdapat pelbagai benda baru yang telah saya perolehi semasa proses menyiapkan tugasan ini. Dalam tugasan ini, saya dikehendaki untuk membina esei yang berkaitan dengan Masyarakat Pluralistik dan Kontrak Sosial dalam konteks Hubungan Etnik di Malaysia .Namun, dengan usaha yang keras dan bertungkus-lumus saya dapat menyiapkan tugasan ini pada waktu yang ditetapkan. Pertama kali saya mendapat tugasan ini, hati saya mula tertanya-tanya adakah mampu saya menyiakan tugasan ini dengan sempurna atau tidak kerana telah mendapat banyak tugasan daripada subjek lain. Namun,itu semua tidak menjadi halangan kepada saya untuk menyelesaikannya dengan jayanya. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, banyak perkara baru yang saya pelajari. Saya dapat mempelajari bahawa pembentukan masyarakat plural atau majmuk melibatkan tiga perkara utama iaitu, yang pertama ialah masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan dan hidup secara bersama dengan norma dan aturan tersendiri serta boleh bergabung dengan masyarakat lain di sekitarnya. Hal ini secara tidak langsung berlaku penyesuaian dalam tuntutan budaya asal. Selain itu, perkara kedua yang saya pelajari ialah pembentukan budaya melalui proses bertindak, berkelakuan dan berfikir yang diwarisi secara turun temurun. Akhir sekali ialah identiti yang dikekalkan dan dijadikan indikator asal atau tempat di mana pengenalan diri berpunca.

Sejarah pembentukan masyarakat majmuk ini bermula selepas campur Tangan penjajah Eropah secara langsung dalam hal-ehwal politik negeri-negeri Melayu pada pertengahan kedua abad ke-19. Masyarakat plural di Malaysia terdiri pelbagai kaum iaitu kaum utama Melayu, Cina dan India. Selain itu, terdapat juga kaum minoriti sepert Serani, Punjabi dan Orang Asli. Orang Melayu merupakan kaum terbesar dan penduduk asal tanah melayu (Bumiputera). Di Sabah dan Sarawak juga tersapat pelbagai kaum yang turut mendiami kawasan tersebut iaitu Kadazan, Bajau, Murut, Rungus dan Sarawak, Iban, Dayak, Bidayuh, Melanau dan Penan Selain daripada memahami maksud serta penerangan mengenai

masyarakat plural ini, saya juga belajar untuk menepati masa. Hal ini kerana saya terpaksa menghantar tugasan ini pada satu jangka masa yang telah ditetapkan oleh pihak institut dan jabatan Kajian Sosial. Walaupun masa yang diberikan ini agak singkat, namun dengan sedikit rasa tanggungjawab saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini akhirnya. Saya juga dapat memupuk sikap sabar dalam diri saya apabila perlu bersengkam mata untuk menyiapkan tugasan ini. Namun, satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata menjelma apabila saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Saya juga mendapat memperoleh pengetahuan di mana Negara Malaysia memerlukan perpaduan yang kukuh supaya tidak berlaku pergadhan di antara kaum dan dalam hal ini, gurulah yang perlu menjadi medium yang berkesan dalam menyatupadukan masyarakat plural di Negara kita. Akhir sekali dan yang paling utama, terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Megat S`adan Bin Haji Salleh kerana dengan tunjuk ajar tuan dapat juga saya menyiapkan tugasan ini. Saya berharap agar tuan dapat menilai tugasan saya seadiladilnya dan memberi khidmat nasihat kepada saya agar menjadi guru pelatih yang cemerlang pada masa akan datang serta menjadi guru yang mampu memangkin perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia selaras dengan konsep 1 Malaysia.