plagiat 2

Upload: aaltahani

Post on 04-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 plagiat 2

    1/5

    Plagiarisme telah menjadi isu kebimbangan di seluruh universiti di Malaysia dan

    Antarabangsa

    AKTIVITI plagiat adalah budaya negatif dan amat merbahaya kepada dunia intelektual

    negara jika tidak dibendung sebijak mungkin. Kegiatan tidak bermoral ini jika dibiarkan

    boleh menjadi barah kepada institusi pengajian tinggi (IPT) negara dan mampu meruntuhkan

    institusi ini dalam jangka panjang tanpa kita sedari.

    Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan plagiat sebagai mencedok kata-kata, idea dan

    sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri, tiruan atau

    menciplak. Manakala menurut Wikipedia, plagiarisme ialah mengakui tulisan orang sebagai

    tulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuan

    orang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau

    hasil sendiri, menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa

    menyebutkan asal-usulnya.

    Menurut kepada Christopher Rick di British Akademi Lecturet, plagiarisme ialah

    perbuatan yang dianggap tidak bermoral sejak abad (Goldgar, 2001). Plagiarisme ialah satu

    pelanggaran hak moral pengarang. Droit moral (hak moral) berasal dari Perancis, mengikut

    Earl W. Kintner (Kintner & Jack 1975:355) adalah:

    "Hak untuk menghalang orang lain untuk mengubah atau mengurangkan kerja, hak untuk

    melarang orang lain nama menisbahkan bekerja yang tidak dibuat oleh beliau, dan

    hak untuk melarang orang lain daripada menggunakan nama beliau untuk

    membahayakan reputasi kemahiran atau kedudukan. "

    Bagi menangani masalah plagiarisme yang semakin menular, pihak universiti diminta tidak

    berkompromi dengan pensyarah atau pelajar yang melakukan plagiat atau menciplak tesis

    kerana ia boleh mencemarkan imej institusi pengajian tinggi di negara ini dan langkah-

    langkah pencegahan perlu diambil segera kerana jika dibiarkan, gejala tersebut akhirnya akan

    melahirkan pensyarah serta siswazah yang tidak berkualiti, kurang kompeten dan tidak

    berdaya saing.Mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan yang keras bagi memastikan

    kajian ilmiah atau tesis yang dihasilkan adalah asli, berkualiti dan memenuhi piawaian yang

    ditetapkan oleh universiti bagi membolehkan seseorang pelajar misalnya benar-benar layak

    menerima ijazah serta bersedia memasuki alam pekerjaan.

  • 7/30/2019 plagiat 2

    2/5

    Teknologi maklumat dan lambakan laman web memudahkan instrumen ini disalahgunakan di

    dalam aktiviti plagiat dan oleh yang demikian, perisian komputer seperti Word Check System,

    Turnitin, Scan My Essay dan lain-lain yang banyak diaplikasikan oleh universiti di seluruh

    dunia dilihat sangat berkesan dalam memastikan kewujudan elemen plagiarisme dalam

    penyediaan kajian ilmiah, tesis dan penulisan akademik lain secara atas talian.

    Kerajaan juga mesti tegas memberi amaran untuk menarik balik ijazah sarjana dan doktor

    falsafah (PhD) pelajar IPT atau pensyarah yang menipu dengan mengupah orang lain secara

    profesional menyiapkan tesis mereka. Perkara ini perlu demi memelihara dan menjaga nama

    baik bukan sahaja universiti tempat mereka mengikuti pengajian, malah imej negara.Usaha

    untuk menanganinya hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif.

    Pemahaman serta kesedaran yang tinggi berkenaan impak aktiviti negatif ini perlu

    didedahkan sejak di bangku sekolah rendah lagi dan dipanjangkan ke peringkat sekolah

    menengah dan peringkat matrikulasi atau kolej agar gejala ini tidak lagi menjadi barah di

    dalam IPT. Ini adalah kerana di samping boleh menjejaskan imej, integriti dan kualiti IPT,

    budaya ini turut mempengaruhi minda dan psikologi para pelajar universiti secara tidak

    langsung di mana pelajar yang melakukan kegiatan tidak bermoral ini akan terus dibelenggu

    rasa bersalah, malu dan hilang keyakinan diri.

    Amalan copy paste berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk

    menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan

    akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh

    pensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internet

    untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.

    Alasan ini sering diutarakan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan Tidak

    mempunyai masa yang secukupnya. Dalam kekurangan masa tersebut, maka timbul idea

    mengambil hasil kerja atau buah fikiran pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalam

    pembelajaran untuk menyiapkan tugasan mereka. Faktor kekurangan masa tidak akan timbul

    kerana tempoh tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalah

    lebih daripada cukup. Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang

    wujud dalam diri sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh

    pensyarah itu tidak mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebut

    lebih suka untuk meniru atau mengambil tugasan orang lain.

  • 7/30/2019 plagiat 2

    3/5

    Persekitaran di universiti sangat berbeza dengan persekitaran semasa di sekolah mahupun di

    peringkat matrikulasi. Di peringkat sekolah atau matrikulasi, para pelajar akan disuap dengan

    nota-nota oleh guru-guru dan apabila mereka menjejakkan kaki di universiti. Amalan seperti

    itu sudah tidak lagi diteruskan oleh para pensyarah. Di universiti, para pelajar lebih diajar

    berdikari dan segala nota pembelajaran perlu di cari sendiri oleh pelajar tesebut. Sesetengah

    pelajar yang tidak dapat mengikuti suasana ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dan

    tidak tahu bagaimana untuk mendapatakan nota-nota atau segala maklumat tentang yang

    dipelajarinya. Sebagai jalan mudah, pelajar tersebut akan melakukan amalan copy paste

    untuk menyiapkan tugasan mereka.

    Kebanyakan pelajar tidak tahu apa maksud sebenar plagiarism. Bagi mereka, menciplak kerja

    orang lain tidak menjadi kesalahan. Pelajar perlu kreatif dalam menyiapkan sesuatu tugas dan

    bukannya meniru bulat-bulat buah fikiran orang lain. Para pensyarah perlu mewujudkan satu

    sesi khas dengan pelajar untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar seperti isu

    plagiarism ini. Para pensyarah perlu sentiasa mengingatkan pelajar mereka tentang

    bahayanya amalam copy paste ini.

    Etika dalam penyediaan sesuatu kajian ilmiah perlu ada dalam diri pelajar. Kebanyakan

    pelajar yang melakukan amalan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak

    mempunyai perancangan yang betul untuk menyiapakan sesuatu tugasan atau melakukan

    sesuatu kajian ilmiah. Sekiranya persediaan tidak dilakukan terlebih awal, kerja yang

    dihasilkan tidak memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk buat lain, maka

    pelajar itu tidak akan bersemangat dan lebih cenderung untuk melakukan plagirism kerana

    mereka fikir, banyak masa yang mereka telah luangkan untuk menyiapkan tugasan tersebut.

    Sedangkan kerja yang dilakukan sebelum ini adalah tidak bersungguh-sungguh. Sepatutnya

    pelajar tidak harus bergantung 100% kepada internet. Pelajar perlu mendapatkan bantuan

    daripada penyelia (pensyarah) mereka yang lebih berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan.

    Untuk menghasilkan kerja yang bermutu, pelajar tidak boleh berguru dengan internet semata-

    mata.

    Bagi menangani masalah plagiarisme yang semakin menular, pihak universiti diminta tidak

    berkompromi dengan pensyarah atau pelajar yang melakukan plagiat atau menciplak tesis

    kerana ia boleh mencemarkan imej institusi pengajian tinggi di negara ini dan langkah-

    langkah pencegahan perlu diambil segera kerana jika dibiarkan, gejala tersebut akhirnya akan

  • 7/30/2019 plagiat 2

    4/5

    melahirkan pensyarah serta siswazah yang tidak berkualiti, kurang kompeten dan tidak

    berdaya saing.

    Walaupun masalah ciplak atau plagiat yang dilakukan oleh pensyarah dan pelajar universiti

    negara ini masih kecil, namun mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan yang keras. Ini

    adalah penting bagi memastikan kajian ilmiah atau tesis yang dihasilkan adalah asli,

    berkualiti dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh universiti bagi membolehkan

    seseorang pelajar misalnya benarbenar layak menerima ijazah serta bersedia memasuki alam

    pekerjaan. Masalah plagiat untuk menyiapkan tesis atau kertas kerja hanya boleh ditangani

    jika pihak universiti berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga memantau masalah

    kronik dunia intelektual ini.

    Pihak universiti mesti tegas dan mengambil tindakan terhadap penuntut yang menggunakan

    penulis professional untuk menyiapkan tesis atau kajian akademik mereka, tidak kira sama

    ada dari universiti awam atau swasta

    Sebagai sebahagian dari usaha berterusan untuk memastikan amalan penilaian akademik yang

    berintegriti, kesemua hasil kerja pelajar akan secara beransur-ansur disaring

    keasliannya/bebas plagiat dengan menggunakan perisian anti plagiat. Pelajar yang didapati

    menipu akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan akademik UiTM. Universititelah menyingkirkan seorang pelajar dan menggantung dua orang lagi atas sebab plagiat pada

    semester lepas ( Dis 2009- Mei 2010 ).

    Pelajar perlu memainkan peranan masing-masing demi memastikan jenayah akademik ini

    tidak berleluasa dan dapat dibendung di peringkat awal lagi. Pelajar perlu beretika di dalam

    melaksanakan semua tugasan akademik dan memastikan bahawa hanya hasil kerja yang asli

    dikemukakan untuk mengukur pencapaian serta keupayaan sebenar mereka. Sesungguhnya

    dunia akademik sentiasa menyanjung tinggi pelajar yang berintegriti dan jujur. Tanpa etika

    murni ini, kelayakan akademik yang diperolehi akan dicurigai. Plagiat membunuh keyakinan

    diri, membantutkan peluang membina kemahiran berfikir dan menulis; paling malang sekali

    ia akan mencacatkan sistem penilaian yang selama ini merupakan asas institusi akademik

    Perlu diingat, kesemua idea, maklumat (kecuali kepunyaan kita sendiri dan maklumat yang

    tergolong di dalam kategori pengetahuan umum) perlulah dinyatakan sumbernya secara jelas

    dan tepat. Apabila berlaku kekeliruan atau ketidakpastian, mintalah bantuan pensyarah.

    Proses pembelajaran dan perkembangan ilmu bermula dari hasil kerja orang lain tetapi ianyaperlu diakui.

  • 7/30/2019 plagiat 2

    5/5