pkp 3117

29
1 1.0 Pengenalan Perkembangan bahasa dan komunikasi amat penting semasa kanak- kanak masih di peringkat prasekolah. Kurikulum pendidikan awal prasekolah (PKK, 2000) menggariskan prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari. Sastera kanak-kanak boleh digunakan untuk membantu perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Ini boleh dilakukan melalui bacaan secara kuat kepada kanak-kanak di bilik darjah. Melalui aktiviti bacaan secara kuat ini kanak-kanak akan berpeluang mendengar sebutan yang betul, menyatakan idea atau pendapat melalui perbincangan, dan menceritakan semula cerita atau menulis, atau melukis cerita yang telah didengar atau yang telah dibaca oleh mereka (Allor & Mc Cathreen, 2003). Dengan mendengarkan pembacaan buku, secara tidak lansung kanak-kanak didedahkan dengan fungsi literasi yang bermakna dan menarik perhatian mereka. Disamping itu juga pembacaan buku akan dapat memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak. Bagi pembaca baru pula, membacakan buku secara kuat ini juga akan memperkenalkan

Upload: nur-farhanah-ahmad-tarmizi

Post on 28-Oct-2015

433 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PKP 3117

TRANSCRIPT

Page 1: PKP 3117

1

1.0 Pengenalan

Perkembangan bahasa dan komunikasi amat penting semasa kanak-kanak masih di

peringkat prasekolah. Kurikulum pendidikan awal prasekolah (PKK, 2000)

menggariskan prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran

bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka

pelajari. Sastera kanak-kanak boleh digunakan untuk membantu perkembangan

bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Ini boleh dilakukan melalui bacaan secara kuat

kepada kanak-kanak di bilik darjah. Melalui aktiviti bacaan secara kuat ini kanak-kanak

akan berpeluang mendengar sebutan yang betul, menyatakan idea atau pendapat

melalui perbincangan, dan menceritakan semula cerita atau menulis, atau melukis

cerita yang telah didengar atau yang telah dibaca oleh mereka (Allor & Mc Cathreen,

2003). Dengan mendengarkan pembacaan buku, secara tidak lansung kanak-kanak

didedahkan dengan fungsi literasi yang bermakna dan menarik perhatian mereka.

Disamping itu juga pembacaan buku akan dapat memperkayakan perbendaharaan kata

kanak-kanak. Bagi pembaca baru pula, membacakan buku secara kuat ini juga akan

memperkenalkan cara menggunakan buku serta fungsi buku kepada mereka (Allor &

Mc Cathreen, 2003).

Sastera awal kanak-kanak ialah sastera kanak-kanak yang dihasilkan dalam

bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan

keseronokan kepada mereka. Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan estetika

karya, penghasilan sastera awal kanak-kanak ini dilakukan dalam bentuk tulisan dan

ilustrasi. Sastera awal kanak-kanak merupakan salah satu elemen yang dikenal pasti

berupaya melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana,

Page 2: PKP 3117

2

sastera awal kanak-kanak mampu memberi kan keseronokan, dapat merangsang

imaginasi, dapat membantu mengenal dan memahami diri sendiri, dapat memahami

bahasa secara semula jadi, dapat membantu mendapatkan maklumat dan dapat

memupuk nilai-nilai murni kepada individu kanak-kanak.

Penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu dan nilai estetikanya yang

tersendiri membantu guru dalam memperkembangkan potensi murid secara

konprehensif dan harmonis. Oleh yang demikian, seni dan sastera sangat penting dan

sesuai untuk dipilih sebagai bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu pada peringkat rendah khususnya kepada murid pemulihan khas. Maka, adalah

lebih baik sekiranya guru pemulihan khas menelusuri kepentingan dan peranan sastera

dan melihat kesesuaian bahan sastera yang akan digunakan dalam pendidikan

pemulihan khas di sekolah.

Sebagai guru pemulihan khas, kita seharusnya sedar akan kepentingan

penggunaan bahan sastera sebagai bahan rangsangan yang boleh menarik minat

murid yang lambat dan mundur untuk belajar. Guru pemulihan khas juga perlu kreatif

dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur

sastera supaya dapat membantu mereka daripada terus menderita dengan kegagalan

mereka dalam pelajaran.

Page 3: PKP 3117

3

2.0 Ulasan Kritik Kepentingan dan Kesesuaian Bahan Sastera Sebagai Bahan

Rangsangan P&P Bahasa Melayu Kelas Pemulihan

Sastera untuk kanak-kanak merupakan bidang yang sangat menarik dan penting dalam

memberikan sumbangan besar dalam sosial dan budaya dari sudut pembelajaran dan

pengajaran. Sastera merupakan bahan bacaan yang ditulis khas untuk sumber

pengetahuan kanak-kanak. Bahan-bahan ini merangkumi semua bentuk penulisan

kreatif dan imaginatif yang khususnya bertujuan untuk dibaca, hiburan dan dinilai oleh

kanak-kanak. Menurut Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai

agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu,

sama ada dari segi emosi, pemikiran atau kebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan

terus berkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin

bertambah perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu khususnya kanak-kanak

pemulihan.

Genre ini mempunyai fungsi yang sama iaitu sebagai perantaraan untuk

mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera. Misalnya sastera

menggunakan konsep cerita binatang yang berperanan sebagai wadah bagi

mendekatkan sastera kepada kanak-kanak. Watak haiwan digunakan sebagai

pengantara antara sastera dan kanak-kanak. Hal ini disebabkan naluri kanak-kanak

yang secara semulajadinya menyukai haiwan dalam dunia realiti. Justeru, tidak sukar

untuk memupuk minat mereka terhadap sastera jika watak haiwan ini dipindahkan ke

alam karya penulisan.

Page 4: PKP 3117

4

Di samping itu, sastera juga bertujuan sebagai medium untuk

memperkembangkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.

Perkara ini diransang sewaktu mereka mengikuti plot-plot atau perkembangan cerita

yang terdapat dalam hasil sastera yang dibaca. Ada di antara hasil-hasil sastera ini

dipersembahkan dalam bentuk lakonan, nyanyian, gurindam, pantun dan seloka yang

secara tidak lansung melatih mereka untuk mengekspresikan diri mereka serta

mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka. Misalnya melalui rancangan

realiti seperti Idola kecil, Pondok-pondok dan Tetombak memberi ruang kepada mereka

mempertingkatkan bakat kanak-kanak dalam bidang kesusasteraan.

Selain itu, sastera turut digunakan sebagai medium hiburan untuk individu

masyarakatnya. Masyarakat zaman dahulu atau golongan yang mengamalkan cara

hidup tradisional tidak mempunyai media hiburan untuk individu masyarakatnya. Oleh

itu, pelbagai cerita lisan diciptakan dalam bentuk seni sastera bertujuan menarik

perhatian khalayaknya. Lazimnya hasil-hasil sastera ini dicorakkan dengan ilustrasi dan

gambar-gambar yang menarik. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat menikmati

sesi pembacaan dengan minda yang terhibur.

Sastera kanak-kanak memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan

wadah pengajaran dan didikan moral kepada masyarakat tradisi. Cerita lisan telah

menjadi medium yang penting untuk memberi nasihat dan pengajaran yang baik dan

dijadikan panduan kepada setiap individu masyarakatnya. Hal ini dapat dilihat dalam

sastera kanak-kanak melalui cerita-cerita binatang yang menjadikan haiwan sebagai

watak-watak yang memberikan pelbagai pengajaran yang baik seperti mengisahkan

tentang akibat orang yang tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti cerita “Anjing

Page 5: PKP 3117

5

dengan Bayang-bayang”. Walaupun penggunaan watak haiwan diaplikasikan, namun ia

pada akhirnya membawa mereka kepada nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita

tersebut di mana cerita jenis ini mempunyai ciri interaktif dan dapat memberi kesan

pada jiwa kanak-kanak. Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak memainkan peranan

penting dalam mendidik, khususnya bagi golongan kanak-kanak pemulihan yang belum

mengetahui sistem pengajian yang bercorak formal.

Sastera kanak-kanak juga berfungsi untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada

khalayak pembaca. Antara nilai-nilai murni yang kerap diterapkan oleh pengarang

dalam hasil sastera kanak-kanak ialah nilai berkerjasama, tolenrasi, sensitif kepada

kezaliman, saling bermaafan, berterima kasih, berani mencuba dan berkasih sayang.

Kesedaran terhadap nilai-nilai murni ini perlu disemai pada peringkat awal zaman

kanak-kanak lagi. Sastera kanak-kanak ini berperanan dalam memberi teladan kepada

kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka

berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan berdasarkan bahan sastera yang telah

dibaca oleh mereka. Hal ini disebabkan mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan

dengan nilai dan budi pekerti yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari

rebungnya". Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak bukan sahaja sebagai hiburan

tetapi mampu berdiri sebagai alat yang dapat membantu khalayak pembacanya

membina nilai-nilai murni.

Bahan sastera juga sebenarnya dapat membantu kanak-kanak dalam

meningkatkan daya fizikal apabila mereka melakukan pelbagai gerakan sambil

menghayati unsur-unsur sastera yang indah dan unik. Bagi merangsang kemahiran

secara fizikal, murid-murid pemulihan khas memerlukan pengajaran yang cenderung

Page 6: PKP 3117

6

kepada pergerakan agar mereka menjadi lebih cergas dan aktif semasa belajar.

Sebagai contoh, lagu-lagu rakyat boleh dijadikan salah satu bahan rangsangan bagi

meningkatkan potensi jasmani dan fizikal murid-murid pemulihan khas. Contohnya

seperti lagu ‘Jong-jong Inai. Lagu ini boleh mengajak murid untuk belajar menyanyi

sambil menari.

Kesusasteraan kanak-kanak dapat meningkatkan keupayaan kognitif dan

intelektual murid-murid pemulihan khas. Bahan sastera berperanan sebagai medium

bagi mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak

kanak-kanak. Murid pemulihan dilihat golongan yang lemah dalam menguasai ilmu

pengetahuan. Menurut Julia Unggai (1992), hasil sastera yang tidak bermutu akan

menjadikan karya tersebut tidak memberi apa-apa makna kepada kanak-kanak dari

aspek pengetahuan mahupun pengalaman psikologi mereka. Oleh itu, pemilihan bahan

yang sesuai perlu diberi perhatian. Mereka berpeluang berimaginasi dengan cerita yang

sedang dibaca oleh mereka. Mereka dapat menjalankan aktiviti pentomen iaitu berlakon

tanpa bercakap dan hanya memerlukan pelakon melakonkan aksi-aksi gerakan dan

mimic muka sahaja. Hal ini dapat membantu murid-murid mendalami watak-watak yang

diketengahkan dalam bahan sastera.

Selain itu, perkataan-perkataan baru yang dimasukkan dalam bacaan seperti

pantun dan syair juga dapat menambah perbendaharaan kata kanak-kanak pemulihan.

Selain itu, bahasa yang berirama seperti pantun, syair dan seloka, mampu

mengukuhkan kekuatan ingatan murid akan perkataan yang diajar.

Page 7: PKP 3117

7

Bahan sastera juga mampu menjadi pendorong dalam meningkatkan semangat

dan motivasi murid pemulihan khas. Mereka seringkali menunjukkan sikap tidak minat

belajar kerana di sekolah mereka sering dilabelkan sebagai murid yang lemah atau

lembam. Dengan pemilihan bahan sastera yang sesuai, kanak-kanak dapat meneroka

dan berusaha untuk berjaya. Contohnya cerita binatang seperti Arnab dan Kura-kura

yang memperlihatkan kepandaian Sang Kura-kura untuk memenangi perlumbaan

dengan Sang Arnab. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi perlumbaan

itu dan dia juga berjalan secara perlahan-lahan apabila melintasi Sang Arnab yang lena

tidur. Bahan bacaan seperti ini dapat mendedahkan kepada murid tentang kejayaan

dan pencapaian yang baik dan berguna sekiranya kita berusaha dan menggunakan

akal fikiran untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak mampu

meningkatkan daya motivasi dan keyakinan dalam diri untuk menjadi lebih baik.

Page 8: PKP 3117

8

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, bahan seni dan sastera memainkan peranan yang sangat penting

sebagai perangsang dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid

pemulihan khas. Guru pemulihan khas seharusnya sedar bahawa mereka perlu kreatif

dan berinovasi menerapkan bahan-bahan sastera dalam pengajaran sewaktu di bilik

darjah darjah. Guru berperanan dalam memperkenalkan keindahan dan keunikan

kesusasteraan Melayu kepada generasi muda agar tidak lapuk ditelan zaman. Sastera

bukan sahaja berperanan sebagai alat hiburan tetapi turut memainkan peranan penting

dalam dunia realiti.

Pengarang yang menghasilkan karya sastera mestilah mempunyai tahap intelek

yang tinggi dalam penghasilan karya tersebut. Hal ini disebabkan golongan ini adalah

golongan yang mudah diberi pendedahan bak kata pepatah “kanak-kanak merupakan

kain putih yang perlu dicorakkan.” Oleh itu, setiap hasil karya sastera itu perlu

mempunyai unsur yang dapat membentuk keperibadian kanak-kanak sebagai generasi

yang mulia dan bermoral. Maka karya sastera kanak-kanak yang hendak dihasilkan

perlulah menitikberatkan aspek mutu bahan bacaan tersebut. Tahap kecerdasan

pemikiran seseorang kanak-kanak itu terletak pada tahap keintelektualan pengarang itu

sendiri.

Page 9: PKP 3117

9

4.0 Rancangan Pengajaran Harian 1

Nama : Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi

No. KP : 900928-08-6520

Kelas : 2 Aminudin Baki Tarikh : 26 Ogos 2013

Hari : Isnin Masa :10.30-11.30 pagi

Mata Pelajaran : Pemulihan Bahasa Melayu

Penggabungjalinan mata pelajaran : Pendidikan Muzik

Penyerapan Nilai : Kerjasama, ketekunan, kepatuhan, rajin

Unsur-unsur terapi : Terapi pertuturan, terapi motor kasar dan

motor halus

KBKK : Meneliti sebahagian atau keseluruhan dan

membuat keputusan

Nama Murid 1. Mohd Syakir bin Rosle

2. Mohd Fadzli bin Hashim

3. Nur Natasha bte Samad

Tajuk 11. Perkataan KV+KVK

Kemahiran 11.5 Membina, membaca dan menulis perkataan dari kad suku kata.

11.6 Membaca ayat-ayat mudah berdasarkan tajuk yang lalu.

BBM Buku Rangsangan, Syair Pak Tua, Papan Putih, Komputer Riba,

Page 10: PKP 3117

10

Lembaran Kerja, Sampin dan Selendang

Pengetahuan

Sedia Ada

Murid telah mengenal suku kata KV dan KVK

Hasil P&P :

Pada akhir

p&p murid

dapat :

1. Membaca sekurang-kurangnya 4 daripada 5 ayat mudah

berdasarkan tajuk lalu dengan betul.

2. Menulis sekurang-kurangnya 4 daripada 5 perkataan dari kad suku

kata pada ayat yang sesuai dengan betul.

Set Induksi

(±5 minit)

Aktiviti Kesediaan Murid

1. Guru menyediakan tayangan video klip syair ‘Pak Tua’ pada murid.

2. Murid diminta mendengar dendangan syair dan cuba mengikutinya.

3. Murid diminta menyatakan dan cuba mengeja perkataan-perkataan

yang didengari.

4. Murid diminta menulis perkataan-perkataan tersebut pada papan

putih.

Langkah 1

(±20 minit)

Pengajaran dan Pembelajaran

1. Guru menyediakan dan mengedarkan ‘Buku Rangsangan’ pada

murid.

2. Murid diminta membaca kuat petikan syair secara individu dan

berkumpulan.

3. Murid diminta mencari perkataan-perkataan KV+KVK yang disebut

oleh guru terdapat dalam petikan syair ‘Pak Tua’.

4. Murid diminta menulis perkataan-perkataan tersebut pada papan

putih.

5. Murid diminta membaca dan mengejakan perkataan-perkataan

Page 11: PKP 3117

11

KV+KVK yang terdapat pada papan putih secara individu dan

berkumpulan.

6. Murid yang membaca dan mengeja perkataan-perkataan KV+KVK

dengan betul akan diberi token.

Langkah 2

(±15 minit)

Latihan

1. Guru menyediakan lembaran kerja untuk murid.

2. Murid diberikan lembaran kerja yang mengandungi lima ayat mudah.

3. Murid diminta mengisi tempat kosong pada ayat-ayat mudah dengan

perkataan KV+KVK yang sesuai.

4. Murid yang berjaya mengisi kesemua tempat kosong pada ayat-ayat

mudah dengan perkataan yang sesuai akan diberi token.

Langkah 3

(±15 minit)

Pengukuhan

1. Guru menyediakan kain sampin dan kain songket untuk dipakai oleh

murid.

2. Murid perempuan memakai kain songket manakala murid lelaki

memakai kain sampin.

3. Guru mendendangkan syair ‘Pak Tua’ terlebih dahulu dengan nada,

intonasi dan irama yang betul.

4. Murid diminta mendendangkan syair dengan nada, intonasi dan irama

yang betul.

5. Murid turut diminta membuat gerakan semasa mendendangkan syair

Page 12: PKP 3117

12

tersebut.

6. Murid yang memberikan persembahan yang terbaik akan mendapat

token.

Penutup

(±5 minit)

1. Guru meminta murid menyatakan perkataan-perkataan yang dipelajari

pada hari ini.

2. Murid diminta menulis setiap perkataan KV+KVK yang disebut pada

papan putih.

3. Guru menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat pada petikan ‘Pak

Tua’.

4. Guru memberikan pujian pada murid yang cemerlang pada hari ini.

5. Guru memberikan kata-kata rangsangan pada murid-murid yang

kurang berjaya pada hari ini.

5.0 Rancangan Pengajaran Harian 2

Page 13: PKP 3117

13

Nama : Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi

No. KP : 900928-08-6520

Kelas : 2 Aminudin Baki Tarikh : 27 Ogos 2013

Hari : Selasa Masa : 8.30 – 9.30 pagi

Mata Pelajaran : Pemulihan Bahasa Melayu

Penggabungjalinan mata pelajaran : Pendidikan Muzik

Penyerapan Nilai : Kerjasama, ketekunan, kepatuhan, rajin

Unsur-unsur Terapi : Terapi pertuturan, terapi motor kasar dan

motor halus

KBKK : Meneliti sebahagian atau keseluruhan dan

membuat keputusan

Nama Murid 1. Wan Ali bin Wan Ahmad

2. Izwanuddin bin Salleh

3. Siti Balqis bt Zukhairi

Tajuk 32. Bacaan dan Pemahaman

Kemahiran 32.1 Membaca ayat-ayat yang disediakan.

32.2 Membaca petikan mudah.

32.3 Menyusun ayat supaya betul susunan mengikut urutan.

BBM Buku Rangsangan, Petikan Skrip Drama ‘Arnab Yang Baik Budi’, Papan

Putih, Komputer Riba, Lembaran Kerja, Kustom dan Topeng Haiwan

Page 14: PKP 3117

14

Pengetahuan

Sedia Ada

Murid telah mengusai kemahiran membaca dan membina ayat mudah.

Hasil P&P :

Pada akhir

p&p murid

dapat :

1. Murid membaca sekurang-kurangnya 4 daripada 5 ayat mudah

dengan betul.

2. Murid menyusun sekurang-kurangnya 4 daripada 5 ayat mudah

supaya betul susunan mengikut turutan dengan betul.

Set Induksi

(±5 minit)

Aktiviti Kesediaan Murid

1. Guru menyembunyikan topeng arnab dan kura-kura di dalam bilik

darjah.

2. Murid diminta mencari kedua-dua topeng yang disembunyikan

berdasarkan petunjuk yang diberi.

3. Murid diminta menyatakan topeng haiwan yang mereka jumpai.

4. Murid diminta mengeja perkataan-perkataan haiwan yang mereka

nyatakan.

5. Murid diminta menulis nama haiwan pada papan putih.

Langkah 1

(±20 minit)

Pengajaran dan Pembelajaran

1. Guru menyediakan skrip drama ‘Arnab Yang Baik Budi’ pada murid.

2. Guru mengedarkan skrip tersebut pada murid.

3. Murid ditayangkan dengan video klip drama ‘Arnab Yang baik Budi’.

4. Murid diminta melihat video klip tersebut dengan teliti.

5. Guru meminta murid menceritakan kembali drama tersebut.

6. Murid diminta membaca kuat skrip drama ‘Arnab Yang Baik Budi’

yang diedarkan.

7. Murid diminta membuat contoh ayat mudah berdasarkan drama

Page 15: PKP 3117

15

“Arnab Yang Baik Budi’.

8. Murid yang berjaya memberikan ayat mudah yang betul akan diberi

token.

Langkah 2

(±15 minit)

Latihan

1. Guru menyediakan lembaran kerja pada murid.

2. Murid diedarkan dengan lembaran kerja.

3. Murid diminta menyusun kembali perkataan-perkataan supaya

menjadi ayat mudah yang betul.

4. Murid yang berjaya melengkapkan lembaran kerja dengan betul

akan diberi token.

Langkah 3

(±15 minit)

Pengukuhan

1. Guru meminta murid melakonkan kembali drama ‘Arnab Yang Baik

Budi’ menggunakan skrip yang diedarkan seperti yang ditunjukkan

dalam video klip.

2. Murid disediakan dengan kustom dan topeng haiwan.

3. Murid yang berjaya menonjolkan sikap kerjasama yang baik akan

diberi token.

Penutup

(±5 minit)

1. Murid diminta menceritakan kembali drama ‘Arnab Yang Baik Budi’

dengan menggunakan ayat mudah.

2. Murid yang berjaya menceritakan dengan menggunakan ayat

mudah yang betul diberi token.

3. Guru meminta murid menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat

pada drama ‘ Arnab Yang Baik Budi’.

Page 16: PKP 3117

16

4. Murid yang berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang diberikan

pujian manakala murid yang kurang menonjol diberikan kata-kata

rangsangan.

6.0 Refleksi

Page 17: PKP 3117

17

Subjek Seni Bahasa dan Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan (PKP 3117) merupakan

subjek yang wajib diambil bagi para pelajar PISMP Semester 8. Subjek ini banyak

mengajar saya tentang kepentingan sastera dan seni bahasa dalam menerapkan

kecekapan berbahasa pada murid-murid pemulihan. Pengajaran dan pembelajaran

yang melibatkan bahan sastera dan seni bahasa merupakan salah satu bahan bagi

‘Didik Hibur’ yang boleh dijalankan pada murid pemulihan. Murid pmulihan seringkali

menunjukkan sikap yang negatif untuk belajar kemahiran-kemahiran baru. Menerusi

penggunaan bahan seni bahasa dan sastera, murid pemulihan dapat mengekspresikan

perasaan melalui syair, sajak, nyanyan rakyat dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat

menambahkan minat dalam diri murid pemulihan sekaligus dapat mengajar mereka

kemahiran-kemahiran baru yang perlu dipelajari.

Bagi semester ini, saya dan rakan-rakan perlu menghasilkan bahan rangsangan

berunsurkan sastera dan seni bahasa serta menyatakan ulasan kritikan kepentingan

dan kesesuaian bahan sastera dan seni bahasa pada murid pemulihan. Tugasan ini

diberikan tempoh selama sebulan untuk disempurnakan. Disebabkan cuti Hari Raya

Aidilfitri, saya seakan terlupa akan tugasan ini dan menyebabkan saya memulakan

tugasan ini lambat. Disebabkan kelewatan memulakan tugasan ini, saya terpaksa

bertungkus-lumus menyiapkan bahan rangsangan dan penulisan esei dan menghantar

mengikut tarikh yang sudah ditetapkan.

Menghasilkan sebuah buku rangsangan yang berunsurkan prosa tradisional dan

moden merupakan cabaran paling besar. Penghasilan buku ini memerlukan daya

kreativiti dan inovasi yang tinggi. Ini dosebabkan Puan Suraya Binti Bai mengharapkan

penghasilan buku rangsangan yang baik. Saya merasa rendah diri apabila melihat

Page 18: PKP 3117

18

contoh-contoh buku rangsangan yang dihasilkan oleh senior-senior kami yang

terdahulu. Walaupun begitu, saya mengambil buku-buku rangsangan yang dihasilkan

oleh senior sebagai satu inspirasi untuk menghasilkan buku rangsangan saya sendiri.

Untuk menghasilkan buku rangsangan ini memerlukan kesabaran yang tinggi

disebabkan saya perlu menghias buku ini secantik mungkin dan cuba membuat lain dari

yang lain. Ditambah pula dengan tugasan-tugasan lain seperti draf Kajian Tindakan

yang perlu dihantar pada tarikh yang sama dengan tugasan ini menjadikan saya

tertekan. Memandangkan semester ini merupakan semester terakhir di IPG Kampus

Darulaman, saya menguatkan diri untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan

tepat pada masanya.

Tugasan ini turut menyedarkan saya di mana tahap kemampuan diri saya

sebagai seorang bakal guru. Integriti saya sebagai guru pelatih turut tercabar apabila

saya saya merasakan saya tidak mampu menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan.

Beban kerja guru lebih membebankan berbanding tugasan-tugasan yang saya lakukan.

Seni bahasa dan sastera dalam pendidikan pemulihan membantu saya

merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan lebih menarik. Sebelum

ini, saya tidak pernah terfikir untuk menggunakan bahan-bahan sastera sebagai bahan

pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan sastera dan seni bahasa ternyata lebih

menarik berbanding bahan-bahan yang biasa dihasilkan. Bahan-bahan ini membantu

murid mengenal perkataan-perkataan baharu malahan membantu murid lebih ekspresif

dan lebih kreatif. Murid juga lebih tahu menggunakan bahasa-bahasa yang lebih santun

kerana kebanyakan bahan-bahan sastera menggunakan bahasa-bahasa yang puitis

Page 19: PKP 3117

19

dan santun. Mereka juga boleh mempelajari budaya dan asal-usul sesebuah karya

sastera yang dipelajari.

Tugasan ini perlu dikekalkan untuk memberikan para guru pelatih lebih banyak

pengalaman dan ilmu dalam mengajar murid pemulihan. walaupun begitu saya ingin

mencadangkan beberapa cadangan sebagai penambahbaikan serta kesenangan para

guru pelatih akan datang. Disebabkan penghasilan buku rangsangan yang berkualiti

memerlukan masa yang lama, saya mencadangkan para pensyarah bagi subjek ini

menyerahkan soalan tugasan ini lebih awal. Ini memudahkan guru pelatih mencari

bahan yang benar-benar sesuai untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Saya berharap agar tugasan ini dapat mendatangkan kesan yang positif

pada guru-guru pelatih yang lain.

Disediakan oleh,

……………………………..

Nurfarahanah Binti Ahmad Tarmizi

PISMP PL(BM)/MT Semester 8

Lampiran A: Borang Kolaborasi

BORANG KOLABORATIF

Page 20: PKP 3117

20

Nama : Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi

Kelas : Pemulihan (BM) / MT Semester 8 Ambilan Jan 2010

NamaPensyarah : Pn. Suraya Bai

Mata Pelajaran : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan (PKP3117)

Tarikh Perbincangan Tandatangan

Lampiran C: Senarai Rujukan

Senarai Rujukan

Page 21: PKP 3117

21

Mahadi Suffian, Husin Kamiju dan Samuri Sufian (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah: Bahasa Malaysia Tahun 3 Untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C)/(T).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long, Sofiah Hamid, Maimoon Jantan dan Fatimah Adam (1999). Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Malaysia Tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mahadi Sufian, Dolhaji Nekmat dan Hussin Kamiju (2000). Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah: Bahasa Malaysia Tahun 3 Untuk Sekolah Jenis Kebangsaan

(C)/(T). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Haji Husin (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Haji Husin dan Siti Hajar Haji Abdul Aziz (1998). Siri Pendidikan Perguruan:

Pengajaran Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malysia.