t1 pkp 3116

40
KUMPULAN 3: AMANINA ZAIDATINA BT ABU ZAKI NOR FARHANIS BT MOHD TURMIZI NURUL FARHANI BT AB. RAZAK XANDRIA OOI CHING YI PUISI TRADISIONAL

Upload: shafiqhazman

Post on 30-Nov-2015

60 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

PANTUN

KUMPULAN 3:AMANINA ZAIDATINA BT ABU ZAKINOR FARHANIS BT MOHD TURMIZINURUL FARHANI BT AB. RAZAKXANDRIA OOI CHING YIPUISI TRADISIONALPANTUNDEFINISISejenis puisi Melayu lama yang diwarisi daripada nenek moyangMenggambarkan cara berfikir dan nilai- nilai masyarakat Melayu tradisiKoecharaningat menjelaskan pantun Melayu berasal daripada kepercayaan pada zaman purba bahawa bahasa yang berirama mengandungi kekuatan ghaib.Meluahkan rasa hati, keluhan jiwa dalam bentuk :kasih- sayangcintasuka dukasindir menyindirberbagai- bagai perasaan hati

BENTUKMempunyai dua bahagian (pembayang dan maksud)Mempunyai rima yang terkawal pada hujung setiap barisJika baris pertama membawa rima a, maka baris kedua akan membawa rima b, manakala baris ketiga kembali kepada rima a dan baris keempat kembali kepada rima bStruktur rima bercorak a/b/a/bJumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan.Jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata.Ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah).Bahasa yang halus , penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.Maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup.Sarat dengann ciri-ciri tradisional- penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang menggunakannya.

FUNGSICara balas membalas dalam majlis keramaian sambil menyatakan perasaan masing- masing bertujuan mengusik (gadis dan teruna)Menyampaikan pengajaran (orang tua memberi nasihat kepada anak- anak muda)Corak komunikasi berseniDigunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan dan adat istiadat.Sindiran atau tempelak.Melepaskan rindu dan kasih-sayang.Menyatakan penghargaan atau terima kasih.Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran.Hiburan atau jenaka

JENIS PANTUNPantun dua keratDahulu parang sekarang besiDahulu sayang sekarang benciPantun empat keratKalau padi katakan padiJangan saya tertampi- tampiKalau jadi katakan jadiTidak saya ternanti- nantPantun enam keratTimang- timang keris di bukitKeris ditempa dari sempakaKeris pandan intan LaksamanaJika kukenang hatiku sakitHendak dilupa tidak terlupaTanda badan hendak merana

Pantun lapan keratSejak berbunga daun pandanBanyak tikus di permatangAnak buaya datang pulaDaun selasih tambah banyakSejak mula dagang berjalanTidak putus dirundung malangBanyak bahaya yang merupaNamun kasih berpaling tidakPantun berkaitBerkait dari serangkap ke serangkap yang lain berturut- turut dengan cara diulang balik pembayang dan maksud akhir setiap rangkapContoh : Bunga dikarang di dalam kebunPermainan raja di JedahSahaya tidak tahu berpantunMemohon ampun barang yang salah

Permainan raja di JedahAnak- anak mandi di sangku (digunakan dalam upacara keagamaan Hindu Kaharingan dalam persembahyangan basarahMohonkan ampun barang yang salah Minta maaf madah terlaluPantun kanak- kanakMemberi hiburan dan menggambarkan kesukaan Contoh :Anak kera pandai menitiAnak ayam disambar helangTidak terkira besarnya hatiMelihat ibu sudah pulang

Pantun Orang MudaBerkaitan luahan perasaan dan mempunyai keindahan bahasa yang tinggi nilainya.Contoh :Pantun PerpisahanBurung bayang di atas kotaMati dipanah Dewa SaktiLemah rasanya seluruh anggotaBerpisah dengan pujaan hatiPantun DagangKerbau menguak di tengah padangPuyuh ditepi habis lariKita beredar di tempat orangBudi bahasa baik dicari

Pantun Cinta Angin bertiup sepoi bahasaBintang bertabur berkelip- kelipanIngin bertaut dengan adindaAdinda seorang jiwa pujaanPantun Orang TuaPantun nasihat tentang budi bahasaDari Pauh PermatangTetak kayu papan kemudiDari jauh saya datangMendengar tuan baik budi

Anak cina membawa madat (candu yang dimasak dan dihisap)Dari Perak langsung ke DeliHidup di dunia biar beradatBahasa tidak berjual beliPantun bercorak agamaBanyak hari antara hariTiada semulia hari JumaatBanyaklah nabi antara nabiTiada semulia Nabi Muhammad

Pantun Teka- tekiKalau tuan tombak rencanaAmbil gantang sukat palaKalau tuan bijak laksanaApa binatang tiada kepala?SELOKADEFINISI SELOKAPerkataan seloka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu shloka.

Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, dan jumlah baris.

Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama dengan perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara.

Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan antara buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka.Justeru itu, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran yang memberi pengajaran dan teladan kepada pembaca.

Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap dan dalam bentuk bebas, iaitu setiap baris menjadi isi seloka berkenaan.CIRI-CIRI SELOKAMerupakan puisi bebas atau tidak terikat.Digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair atau perumpamaan.Tidak mempunyai pembayang.

CIRI-CIRI SELOKARangkap : Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap.Perkataan : Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.Suku kata : Jumlah suku kata dalam sebaris juga tidak tetap.Rima : Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.

JENIS SELOKASeloka sindiranSeloka mengejekSeloka menempelakSeloka nasihatSeloka pengajaranSeloka khayalSeloka gurau senda

FUNGSI SELOKA# Untuk menyindir seseorang# Untuk mengejek seseorang# Untuk menempelak (mencerca atau mencela dengan keras -dengan membangkit-bangkitkan hasil yang sudah-sudah) seseorang.# Untuk melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia# Sebagai alat kawalan sosial / sosial protes

CONTOH SELOKA

SYAIR

Definisi

Syair ialah puisi yang berbentuk naratif (cerita). Perkataan syair berasal daripada kata syir, dalam bahasa Arab yang bermaksud puisi.Ciri-Ciri Syair biasanya berbentuk empat baris serangkap. Setiap baris syair biasanya mengandungi empat perkataan dan lapan hingga 12 suku kata. Rima hujung syair ialah, a-a-a-a. Syair memerlukan lebih satu rangkap untuk melengkapkan idea yang hendak disampaikan,Bentuk/Jenis Syair terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu syair berbentuk romantis, agama, sejarah, nasihat, teka-teki, puji-pujian dan kiasan.Contoh 1Contoh syair Badr al Zaman dan Badr al-Asyik:

Mulanya kisah empunya citra,Tersebutlah konon sebuah Negara,Bustan Tahiran nama ketara,Besar kerajaan tidak terkira.Contoh 2Beberapa rangkap Syair Perahu oleh Hamzah Fansuri.

Inilah gerangan suatu madah,Mengarang syair terlalu indah,Membutuhi jalan tempat berpindah,Di sanalah iktikad diperbetuli sudah.Wahai muda , kenali dirimu,Ialah perahu tamsil tubuhmu,Tiada berapa lama hidupmu,Ke akhirat juga kekal diammu.

CONTOH SYAIR

GURINDAMGurindamPerkataan gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu kurindam. Pada pendapat Ismail Hamid (1989), gurindam yang berkembang dalam tradisi lisan Melayu mempunyai bentuknya yang tersendiri dan kelainan dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit. Gurindam merupakan puisi Melayu tradisional yang berbentuk bukan naratif.

Pada pendapat Zaba (1962) gurindam merupakan puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandungi fikiran yang bernas dan digubahkan dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan.

CIRI-CIRI GURINDAM-merupakan puisi bebas atau tidak terikat-rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap.Baris pertama dikenali sebagai syarat dan baris kedua dikenali sebagai jawab. Baris pertama syarat menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa Baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi.

- perkataan: jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap-sukukata : jumlah sukukata juga tidak tetap-rima: rima akhirnya juga tidak tetap

FUNGSI GURINDAM-bertujuan untuk pendidikan dan juga hiburan.-dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancarkan kreativiti dan estetika serta daya intelektual masyarakat Melayu Lama dalam menangani hal kehidupan mereka. -media komunikasi (majlis formal)

CONTOHApabila kita kurang siasatItulah tanda pekerjaan hendak sesatApabila anak tidak dilatihJika besar bapanya letihApabila banyak mencela orangitulah tanda dirinya kurangApabila orang banyak tidursia-sia sahajalah umurApabila mendengar akan khabarmenerimanya itu hendaklah sabar

SUMBER RUJUKANDr. Ismail Hamid,(1987) Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, Logman Malaysia sdn.bhd: Selangor.Prof. Mohd Taib Osman,(1979) Warisan PuisiMelayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Rain Shaari, (2007) Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran, Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.: Kuala Lumpur.