pkk asimen full

20
1.0 Pendahuluan Di Malaysia, banyak program perkembangan pendidikan dilaksanakan. Antaranya ialah program LINUS, program 3M, program JERI, program PERMATA pintar dan sebagainya. Kesemua program ini dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik dan juga untuk membantu mereka mengaplikasikan apa yang mereka belajar dalam kehidupan harian. Program program ini tidak dilakukan begitu sahaja. Banyak teori perkembangan dirujuk untuk memastikan program tersebut berjaya dilaksanakan. Selain itu, pelaksana juga hendak memastikan bahawa program ini bersesuaian dengan pelajar. Teori teori perkembangan kognitif, emosi, moral dan fizikal seperti teori Bruner, Jean Piaget, Kohlberg dan sebagainya. Teori teori ini banyak dilaksanakan dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Pengajaran ini yang membantu pelajar untuk membina jati diri dan memperkembangkan diri mereka kepada insan yang berguna. 2.0 Teori Perkembangan 1

Upload: thaatchayani-muralle

Post on 11-Aug-2015

39 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

PKK

TRANSCRIPT

Page 1: PKK Asimen Full

1.0Pendahuluan

Di Malaysia, banyak program perkembangan pendidikan dilaksanakan.

Antaranya ialah program LINUS, program 3M, program JERI, program PERMATA

pintar dan sebagainya. Kesemua program ini dilaksanakan untuk meningkatkan

prestasi pelajar dalam bidang akademik dan juga untuk membantu mereka

mengaplikasikan apa yang mereka belajar dalam kehidupan harian.

Program – program ini tidak dilakukan begitu sahaja. Banyak teori

perkembangan dirujuk untuk memastikan program tersebut berjaya dilaksanakan.

Selain itu, pelaksana juga hendak memastikan bahawa program ini bersesuaian

dengan pelajar.

Teori – teori perkembangan kognitif, emosi, moral dan fizikal seperti teori Bruner,

Jean Piaget, Kohlberg dan sebagainya. Teori – teori ini banyak dilaksanakan dan

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Pengajaran ini yang membantu pelajar untuk membina jati diri dan

memperkembangkan diri mereka kepada insan yang berguna.

1

Page 2: PKK Asimen Full

2.0Teori Perkembangan

2.1Teori Perkembangan Kognitif Bruner

Seymour Jerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915.

Insan yang lebih dikenali sebagai J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori

psikologi kognitif. Beliau merupakan seorang ahli psikkologi Amerika yang terkenal

dengan pembelajaran konsep melalui proses pengkategorian.

Menurut Bruner pembelajaran konsep, pengamatan dan penanggapan

berlaku melalui proses kategori, malah proses membua keputusan juga melibatkan

pengkategorian. Bruner juga berpendapat bahawa manusia melihat persekitaran

dunianya dari sudut ciri – ciri persamaan dan perbezaan. Beliau mengatakan

bahawa manusia menggunakan tiga cara untuk memahami dan memproses

maklumat yang diperoleh dari alam sekitar.

2

Page 3: PKK Asimen Full

Bruner membahagikan konsep kepada tiga kategori, iaitu enaktif, ikonik, dan

simbolik.

Enaktif (Melalui tindakan dan

manipulasi)

Ikonik (Melalui

pembentukan imej dan

organisasi persepsi

pendengaran, penglihatan

atau kinestetik)

F1d1 = F2d2

Hukum Momen

Newton

Simbolik (Melalui

perkataan dan

simbol)

Ketiga – tiga kategori ini saling betkait dan saling bersilih ganti. Beliau berpendapat

setiap individu walaupun masih kecil berkeupayaan untuk belajar sekiranya

penyampaian disusun atur dengan cara yang sesuai.

2.1.1 Kurikulum Berlingkar

Menurut Bruner, kurikulum harus melibatkan penguasaan kemahiran yang

akan seterusnya memudahkan penguasaan kemahiran yang lebih tinggi. Proses ini

akan dapat memotivasikan dan mengganjarkan pelajar. Beliau berpendapat bahawa

apa – apa kemahiran atau pengetahuan dapat diajar kepada pelajar setiap peringkat

umur sekiranya bentuk kemahiran atau pengetahuan disesuaikan dengan

perkembangan inteleknya. Oleh itu, guru dan pelajar perlu mengulang kaji apa yang

pernah dipelajarinya dari semasa ke semasa, setiap kali dengan pemahaman yang

lebih mendalam.

Sebagai contoh, pelajar sekolah rendah pernah mengalami konsep apung

apabila bermandi – manda di pantai. Pada umur ini, mereka tahu bahawa jikalau

diletakkan bahan berat, benda itu akan tenggelam. Pembelajaran ini enaktif.

Semasa di tingkatan empat, pelajar akan menjalankan eksperimen untuk

membuktikan prinsip Archimedes. Pelajar akan melukis graf sebagai perwakilan

3

Page 4: PKK Asimen Full

ikonik. Mereka juga belajar istilah kompleks, dan mengungkapkan jisim dalam

bentuk persamaan matematik. Ini menunjukkan pembelajaran simbolik. Dengan ini,

kita dapati bahawa pelajar telah menggunakan ketiga – tiga perwakilan enaktif,

ikonik dan simbolik untuk mempelajari konsep apung. Contoh ini menunjukkan

bahawa Bruner lebih mementingkan proses daripada hasil sains, dan giru serta

pelajar perlu melibatkan diri dalam proses pembelajaran.

2.1.2 Pembelajaran Konsep Melalui Penemuan

Menurut Bruner, pembelajaran konsep merujuk kepada bagaimana kita

membezakan dan mengkategorikan benda atau perkara yang mempunyai ciri – ciri

tertentu. Pembelajaran konsep melibatkan proses mengingat kembali, membuat

perkaitan maklumat baru dengan yang lama serta membuat subkategori.

Bruner membentuk teori pembelajaran konsep yang melibatkan proses

kognitif, iaitu membuat hipotesis dan melihat ciri – ciri yang perlu ada untuk

menentukan konsep.

Beliau juga menyatakan bahawa pelajar bukan pendengar yang pasif sahaja,

tetapi dapat belajar dengan baiknya sekiranya mindanya bertindak ke atas apa yang

dipelajarinya. Tindakan mental ini boleh berlaku melalui mendengar, membaca,

bercakap, melihat, membuat dan berfikir.

Jerome Bruner menggalakkan pembelajaran induktif untuk mendorong

pembelajaran aktif dan pembentukan serta pemahaman konsep. Pembelajaran

induktif bermula dengan pengalaman pelajar yang spesifik dan seterusnya

menambahkan idea sehingga membentuk idea atau konsep yang umum.

4

Page 5: PKK Asimen Full

Pembelajaran induktif terdiri daripada beberapa langkah seperti yang

ditunjukkan di atas. Kanak – kanak menerokai mengenai tajuk yang diberi dengan

menggunakan cara dirinya sendiri untuk mendapatkan idea – idea yang pelbagai.

Pembelajaran konsep secara induktif dan membuat kategori melibatkan langkah –

langkah berikut :

I. Sediakan data (benda / maklumat) yang berupa contoh – contoh positif.

Telitikan ciri – ciri.

II. Sediakan data (benda / maklumat) yang berupa contoh – contoh negatif.

Telitikan ciri – ciri.

III. Buat perbandingan contoh positif dan contoh negatif.

IV. Berdasarkan ciri – ciri persamaan buat pengelompokan atau kategori.

V. Buat rumusan mengikut kategori yang dibentuk.

VI. Bina definisi konsep.

VII. Kukuhkan dengan contoh tambahan untuk menguji pemahaman.

Sebagai contoh, guru hendak mengajar konsep burung.

I. Sediakan data (benda/maklumat) yang berupa contoh – contoh positif.

Telitikan ciri – ciri.

5

Langkah 1 : Pelajar mendapatkan pengalaman dan memperoleh contoh - contoh spesifik untuk konsep yang ingin ditemui.

Langkah 2 : Guru membantu pelajar mengkaji contoh - contoh yang didapati dan mengenal pasti ciri - ciri yang sama dan berbeza.

Langkah 3 : Guru membimbing pemikiran pelajar dan membantu pelajar membentuk konsep atau idea umum.

Langkah 4 : Pelajar mengembangkan pemahamannya tentang konsep yang dikaji dengan menggunakan konsep itu dalam keadaan yang berlainan.

Page 6: PKK Asimen Full

Guru hendaklah menunjukkan gambar, slaid, video atau model semua jenis

burung.

II. Sediakan data (benda/maklumat) yang mewakili contoh – contoh negatif.

Telitikan ciri – ciri.

Guru mengemukakan gambar, slaid, video atau model bukan burung.

Contohnya, ayam, itik, anjing dan sebagainya yang boleh hidup di darat.

III. Buat perbandingan contoh positif dan contoh negatif.

Bimbing pelajar melihat ciri – ciri persamaan dan perbezaan dari segi bentuk,

pernafasan, makanan dan sebagainya.

IV. Berdasarkan ciri – ciri persamaan, buat pengelompokan atau kategori.

Kelompokkan burung, krustasean (bercangkerang), burung, mamalia, reptilia,

amfibia dengan bimbingan guru.

V. Buat rumusan mengikut kategori yang dibentuk.

Bina peta konsep mengikut kategori seperti ikan, mamalia, reptilia dan

amfibia.

VI. Bina definisi konsep

Konsep burung, iaitu haiwan yang hidup di darat, bernafas seperti mamalia,

boleh terbang dan sebagainya.

a) Kukuhkan dengan contoh tambahan untuk menguji pemahaman. Minta

pelajar memilih gambar burung , menamakan burung dan sebagainya.

2.1.3 Pembelajaran Penemuan

Bruner merupakan pendukung utama bagi pembelajaran penemuan. Beliau

menganjurkan supaya pengajaran dan pembelajaran semungkin boleh dilaksanakan

dengan cara kanak – kanak diberi peluang untuk menemui sesuatu konsep dengan

diri sendiri. Pembelajaran penemuan merupakan pembelajaran dalam bentuk inkuiri.

Proses inkuiri juga melibatkan situasi penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh

pelajar. Dalam proses menemukan penyelesaian, pelajar perlu mengaitkan

pengalaman lepas dengan pengetahuan semasa untuk menemukan maklumat

baharu yang sedang dipelajari. Maklumat yang ditemukan sendiri atau jawapan

penyelesaian yang dicari sendiri akan membolehkan maklumat baharu mudah

diingati.

6

Page 7: PKK Asimen Full

Empat faedah dapat diperolehi daripada pembelajaran melalui penemuan.

Pertama, terdapat penambahan dalam keupayaan intelek. Pembelajaran penemuan

membantu kanak – kanak belajar cara untuk belajar. Cara ini membantu kanak –

kanak belajar kemahiran penyelesaian masalah dan inkuiri , membolehkannya

menyusun dan menggunakan apa yang dipelajarinya dalam situasi baru dan

membantu mempelajari konsep baru.

Kedua, terdapat ganjakan daripada ganjaran ekstinsik kepada ganjaran

intrinsik. Pembelajaran penemuan menukarkan motivasi untuk belajar daripada demi

memuaskan orang lain kepada kepuasan ganjaran dalaman, iaitu memuaskan diri

sendiri.

Ketiga, terdapat kesempatan mempelajari heristik penemuan. Menurut

Bruner, heuristik (swakaji) bermakna kaedah seseorang dilatih untuk mencari

sesuatu untuk dirinya sendiri. Hanya melalui latihan menyelesaikan masalah dan

usaha penemuan barulah kanak – kanak dapat mencari sesuatu untuk dirinya.

Semakin cekap seseorang kanak – kanak dalam heuristik penemuan, semakin

berkesan keputusannya dalam penyelesaian masalah, keputusannya dapat

menyegerakan penyelesaian berbanding dengan kaedah cuba jaya (trial and error).

Keempat, dapat membantu proses ingatan. Pengetahuan yang dihasilkan

melalui penemuan lebih senang diingati dan lebih senang diingat kembali apabila

diperlukan.

Kesimpulannya, Bruner berpendapat bahawa pelajar menguasai

pengetahuan dengan menggunakan tiga cara untuk mewakili pengalaman iaitu

enaktif, ikonik dan simbolik. Beliau berasa bahawa pembelajaran dapat

dipertingkatkan dengan cara membantu pelajar menguasai rangka konsep secara

berturutan atau berlingkaran.

7

Page 8: PKK Asimen Full

2.2 Teori Perkembangan Moral Lawrence Kolberg

Menurut Haliza Hamzah, dan Joy N. Samuel (2008), Lawrence Kohlberg

(1927 – 1987) adalah dianggap sebagai pelopor utama dalam teori perkembangan

moral. Beliau ialah ahli Psikologi Perkembangan dan meneruskan kerjaya dalam

bidang pendidikan. Beliau juga merupakan seornag professor pendidikan dan

psikologi sosial Universiti Harvard. Kajian beliau merangkumi pendidikan moral dan

perkembangan individu. Beliau telah mencadangkan peringkat perkembangan moral

individu dan merupakan pengkaji yang masyhur dalam bidang ini.

Kohlberg juga berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan

kognitif seseorang individu walaupun kadang – kadang tahap pemikiran kognitif

seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral

seseorang. Kajian beliau merangkumi pendidikan moral dan perkembangan invidu.

Perkembangan moral oleh Kohlberg dikupas dengan lebih terperinci di dalam tiga

tahap utama. Setiap tahap mengandungi dua peringkat penaakulan moral.

Tahap 1 : Pra – Konvensional

8

Page 9: PKK Asimen Full

Peringkat 1 : Orientasi Kepatuhan dan Hukuman

Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi

Tahap 2 : Konvensional

Peringkat 3 : Orientasi Perlakuan Baik

Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Tahap 3 : Pos – Konvensional

Peringkat 5 : Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu

Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat

2.2.1 Tahap 1 : Pra – Konvensional

Tahap yang paling bawah dalam penaakulan moral. Pada tahap ini, perlakuan

dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan

tersebut. Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan

dan hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu.

Peringkat 1 : Orientasi kepatuhan dan hukuman

Pada peringkat ini, pemikiran moral kanak – kanak lebih berorientasikan

egosentrik yang mementingkan diri sendiri. Mereka lebih mementingkan kesan

fizikal. Kanak – kanak mematuhi atau mengikut arahan kerana takutkan hukuman

yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan.

Peringkat 2 : Orientasi ganjaran peribadi

Pada peringkat ini, individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk

mendapatkan balasan. Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak dan

kepuasan diri sendiri. Kanak – kanak akan melaksanakan sesuatu kerja disebabkan

ganjaran akan diterima.

2.2.2 Tahap 2 : Konvensional

Pada tahap ini, sesuatu individu akan atau sudah mula mengapliksikan

peraturan yang ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi

dua peringkat iaitu orientasi perlakuan dan akur kepada sistem sosial.

9

Page 10: PKK Asimen Full

Peringkat 3 : Orientasi perlakuan baik

Kanak – kanak atau remaja mengaplikasi ukuran moral yang telah ditetapkan

oleh ibubapa, guru atau orang di persekitaran. Individu – individu ini menghargai nilai

kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan. Mereka

beranggapan jikalau mengikut arahan, mereka akan dilihat sebagai ‘anak yang baik’.

Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Penaakulan moral berdasarkan peraturan, undang – undang dan ketetapan

yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Pada peringkat ini individu percaya terhadap

keutuhan undang – undang. Peraturan dan undang – undang perlu dipatuhi untuk

menjaga kesejahteraan komuniti.

2.2.3 Tahap 3 : Pos – Konvensional

Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral

Kohlberg. Pada tahap ini individu mula meneroka pilihan, memilih alternarif –

alternatif lain dalam penaakulan moral. Mereka mula mempunyai kod moral dan

etika yang tersendiri. Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak

sosial dan hak individu dan etika prinsip sejagat.

Peringkat 5 :Etika kontrak sosial dan hak individu

Pada tahap ini, individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip. Mereka

menilai undang - undang yang ditetapkan berdasarkan hak individu. Pemikiran moral

pada peringkar ini adalah berkaitan dengan usaha untuk mempertahankan hak –

hak asasi, nilai – nilai yang telah dipersetujui dalam sesebuah masyarakat. Mereka

melihat undang – undang sebagai sesuatu yang fleksibel dan mempunyai

alternatif.Undang – undang dipatuhi sekiranya ia menepati hak – hak individu.

Peringkat 6 : Etika prinsip sejagat

Peringkat ini adalah peringkat tertinggi dalam perkembangan moral. Ini

kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral seseorang. Dalam peringkat ini,

individu mempunyai kod – kod moral dan etika yang tersendiri yang menepati hak –

hal individu sejagat. Mereka mementingkan kesamaan hak kepada semua individu

dan menghormati prinsip individu lain.

10

Page 11: PKK Asimen Full

3.0 Pembangunan pendidikan kanak – kanak di negaran kita

3.1 Program Permata Negara

Menurut portal rasmi Permata, Program Pendidikan PERMATA pintar UKM,

merupakan satu program pendidikan pelajar pintar cerdas yang permata di Malaysia

yang dilahirkan oleh sebuah institusi pendidikan tinggi tempatan. Program ini

dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Universiti

Kebangsaan Malaysia diberi amanah untuk melaksanakan program pendidikan ini.

Program ini telah bermula dengan jayanya pada 17 Januari 2011 dengan

pengambilan pelajar seramai 116 pelajar. Pelajar – pelajar ini berumur 16 tahun

telah melalui tiga ujian saringan iaitu Ujian PERMATA pintar UKM 1, Ujian

PERMATA pintar UKM 2 dan Ujian Kompetensi Matematik dan Sains (Ujian UKM 3).

Program ini memberikan tumpuan pendidikan serta pembelajaran yang

bersifat holistic dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Ia juga memberi

penekanan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani , intelek dan sosial yang

seimbang. Justeru, program ini akan memberikan tumpuan kepada pembangunan

pelajarnya berlandaskan falsafah serta prinsip hidup sejahtera yang seimbang dalam

kelima – lima aspek yang dinyatakan.

Program ini mempunyai kaitan dengan teori perkembangan kognitif Bruner.

Teori Bruner menekankan proses untuk memahami dan memproses maklumat yang

diperoleh dari alam sekitar dengan menggunakan tiga cara iaitu enaktif, ikonik dan

simbolik. Program pendidikan PERMATA menekankan pembezaan pembelajaran

iaitu differentiated learning di mana setiap pelajar belajar pada aras yang berbeza

mengikut tahap pembelajaran masing – masing. Ketika pembelajaran, pelbagai

kaedah digunakan. Contohnya, program kerohanian yang terdapat dalam program

ini mesti dilalui oleh semua pelajar yang terlibat dalam program ini. Program ini

berkait rapat dengan aktiviti – aktiviti senaman seperti regangan, berbasikal,

mendaki dan sebagainya. Jadi, ketika aktiviti – aktiviti ini dilakukan, pelajar akan

mengenalpasti bahawa teori – teori seperti pecutan, geseran digunakan. Ini

menunjukkan pembelajaran enaktif.

11

Page 12: PKK Asimen Full

Selain daripda program kerohanian, amali di makmal ,kajian lapangan yang

dijalankan, dan projek penyelidikan bersama kumpulan pakar penyelidikan UKM

untuk membuktikan sesuatu teori atau untuk mengenalpasti sesuatu kejadian

menunjukkan pembelajaran ikonik. Manakala, kuliah yang dijalankan, perbincangan

kumpulan besar dan kumpulan kecil yang melibatkan pelajar, pembelajaran

berasaskan masalah (PBL) untuk memahami sesuatu konsep yang rumit pula

menunjukkan pembelajaran simbolik. Program ini telah menggunakan ketiga – tiga

cara pembelajaran.

Selain daripada itu, program ini juga mempunyai kaitan dengan teori

perkembangan moral Kohlberg. Teori Kohlberg menekankan pendidikan moral dan

perkembangan moral individu. Program PERMATA melibatkan banyak pembelajaran

berasaskan kaedah koperatif dan kolaboratif. Kaedah ini amat diperlukan untuk

mendalami sesuatu topik dengan lebih baik. Ketika dalam perbincangan sebegini,

pelajar hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak pembincang dan

memberi respons yang baik kepada mereka. Ini dapat dilakukan pada tahap 2 iaitu

konvensional dimana pelajar akan dapat mengaplikasikan kedua – dua peringkat

iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial dan etika peraturan.

Pelajar yang terlibat dalam program PERMATA ini akan ditempatkan di Kolej

Kediaman Pusat PERMATA pintar Negara. Terdapat dua blok iaitu blok pelajar lelaki

dan blok pelajar perempuan. Pelajar juga disediakan tempat pembelajaran pada

waktu malam. Setiap pagi pelajar akan dibawa ke Kompleks PERMATA pintar

Negara dengan menggunakan kemudahan bas yang disediakan di UKM. Pelajar

juga diberi makan pagi, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang

sepanjang pembelajaran. Makan malam pula disediakan di Kolej Zaaba. Pelajar

dibenarkan keluar atau pulang ke rumah pada hari Sabtu. Semasa keluar, pelajar

dikehendaki mengisi borang keluar dan masuk setiap kali meninggalkan kampus. Ini

bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin sepanjang mereka berada dalam

program ini. Pelajar ini hendaklah mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan

mengikut peringkat 3 iaitu orientasi perlakuan baik.

12

Page 13: PKK Asimen Full

3.2 Program LINUS (Literacy and Numeracy Screening)

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua

murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas

literasi dan pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada

tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).

Bahagian Pembangunan Kurikulum telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui

usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah

rendah.

Dalam program Linus – Numerasi , operasi asas matematik digubal khuses

bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas

mengira serta memahami ida matematik yang mudah dan mengaplikasikan

pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Kandungan

program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup

kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan

seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran Matematik dengan lebih

bermakna dan berkesan. Matmalamt Linus ialah untuk melahirkan pelajar yang celik

huruf dan celik nombor.

Program ini juga menggunakan teori perkembangan kognitif Bruner. Pelajar

haruslah berkebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami

idea matematk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

matematik dalam kehidupan harian. Contohnya pelajar yang membeli barang di

kedai, mengira duit yang harus dibayar kepada penjual. Pembelajaran secara enaktif

telah berlaku. Dengan program ini, guru memastikan pelajar melalui pembelajaran

secara ikonik dan juga simbolik. Arus perdana dilaksanakan iaitu pembelajaran

dilakukan. Selepas itu, ujian saringan dilaksanakan untuk mengenalpasti bahawa

pembelajaran berjaya atau tidak.

Teori perkembangan moral Kohlberg juga diaplikasikan dalam program.

Tahap 1 iaitu pra – konvensional. Peringkat 1 orientasi kepatuhan dan hukuman

diikuti. Pelajar hendaklah mengikut prinsip – prinsip asas dalam matematik. Dengan

mengikuti peraturan – peraturan biasa sebegini, pelajar dapat membentuk

perkembangan diri moral dengan baik.

13

Page 14: PKK Asimen Full

3.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falasafah Pendidikan Kebangsaan ataupun lebih dikenali sebagai FPK ialah

satu garis panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Dengan adanya FPK,

sistem pendidikan negara sebenarnya telah menganjakkan diri ke kedudukan

terkehadapan. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan

negara. Kedua – dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu,

berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang

warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk

pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung

merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan

cita – cita negara.

Dalam Falsafah Pendidikan Negara, teori perkembangan kognitif Bruner telah

diaplikasikan. Pembelajaran yang harus dilakukan hendaklan berunsur pendidikan

sepanjang hayat. Pelajaran yang belajar secara enaktif akan dijelaskan lebih lanjut

secara ikonik dan simbolik. Ini yang diterangkan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dimana apa yang dipelajari hendaklah diaplikasi dalam kehidupan

untuk kesejahteraan kehidupan.

Teori perkembangan moral Kohlberg juga dapat dilihat dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan FPK, tujuan pendidika bukan hanya setakat

untuk memperoleh segulung ijazah atau diploma tetapi adalah untuk pembangunan

diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan yang

berilmu, bertanggungjawab, berakhlak dan berbakti. Untuk mencapai pembangunan

diri, seseorang itu hendaklah dapat berfikir pada tahap 3 iaitu pos – konvensional

dimana individu tersebut dapat mematuhi nilai – nilai yang dipersetujui dalam

sesebuah masyarakat dan mematuhi undang – undang jika undang tersebut

14

Page 15: PKK Asimen Full

menepati hak – hak individu. Selain itu, individu tersebut juga harus mempunyai kod

– kod moral dan etika yang tersendiri yang menepati hak individu. Seseorang itu

juga harus mementingkan hak yang sama bagi semua individu.

15

Page 16: PKK Asimen Full

4.0 Penutup

Berdasarkan kerja kursus yang diberi , didapati bahawa semua program

perkembangan pelajar yang dijalankan memasukkan elemen – elemen teori

perkembangan. Kesemua teori yang diaplikasi berkaitrapat untuk membentuk insan

yang berakhlak mulia dan pandai.

Selain itu, program – program seperti Falsafah Pendidikan Negara, Program

PERMATA pintar, program LINUS hendaklah terus dilaksanakan untuk melahirkan

insan yang cemerlang.

Teori yang dibincangkan iaitu teori perkembangan kognitif Bruner dan teori

perkembangan moral Kohlberg menjelaskan tentang perkembangan minda dan

moral seseorang. Kedua – dua teori mempunyai langkah tersendiri untuk mengalami

sesuatu pelajaran mahupun nilai.

Teori Bruner menerangkan pembelajaran dalam tiga proses iaitu secara

enaktif, ikonik dan simbolik. Ketiga – tiga cara ini bersaling kait untuk mengalami

pembelajaran dengan baik. Manakala, teori Kohlberg pula menerangkan 3 tahap

iaitu pra – konvensional, konvensional dan pos – konvensional. Setiap tahap ini

menerangkan setiap tahap pemikiran dari kanak – kanak hingga ke dewasa.

Kesimpulannya, teori – teori ini amat penting untuk pengajaran dan

pembelajaran. Teori – teori ini mampu melahirkan insan yang celik pandai,

berkaliber, berakhlak mulia, dan bertanggungjawab.

16

Page 17: PKK Asimen Full

5.0 Refleksi

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan

kerana limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa

yang ditetapkan dengan baik. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih

kepada tuan pensyarah saya, Tn Hj Nik Daud kerana telah membimbing saya untuk

menyiapkan tugasan ini dengan baik. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini

memohon maaf jikalau saya tersasur kata ketika perbincangan.

Pada semester – semester yang lepas, kerja kursus yang telah saya

sediakan mempunyai serba sedikit kekurangan. Mungkin ini kerana pada semester

lepas, saya telah menyiapkan tugasan saya pada minit yang terakhir. Tetapi dalam

semester ini, saya telah membaiki kekurangan diri saya supaya saya dapat

menghasilkan satu kerja kursus yang berkualiti.

Ketika menerima tugasan ini, saya juga telah menerima tugasan daripada

matapelajaran yang lain. Pada mulanya, ini telah menyebabkan saya untuk berasa

amat ‘stress’ dan runsing kerana begitu banyak tugasan. Tetapi saya telah

menyedari masa memainkan peranan yang amat penting dalam menyediakan suatu

tugasan yang baik. Jadi, saya telah menyediakan satu jadual waktu khusus untuk

kerja kursus supaya saya dapat menyiapkan semua tugasan dengan baik pada

masa yang ditetapkan. Dalam jadual waktu tersebut juga, saya telah nyatakan pada

hari apa saya harus pergi ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan

supaya saya mempunyai masa yang secukupnya untuk mendapatkan informasi

daripada bahan rujukan.

Selain itu, saya telah pastikan yang saya mempunyai bahan rujukan yang

secukupnya untuk kerja kursus. Saya telah merujuk banyak bahan rujukan untuk

mendapatkan bahan informasi.

Dalam tugasan ini , saya harus menerangkan tentang dua teori

perkembangan dan menghubungkaitkan dengan program yang dilaksanakan di

negara kita. Saya telah memilih teori perkembangan kognitif Bruner dan teori

perkembangan moral Kohlberg.

Teori perkembangan kognitif Bruner menekankan tiga cara pembelajaran iaitu

secara enaktif, ikonik dan simbolik. Ketiga – tiga cara ini penting untuk mendalami

17

Page 18: PKK Asimen Full

pendidikan dengan baik. Manakala, teori perkembangan moral Kohlberg

menjelaskan penghayatan dalam tiga tahap iaitu pra – konvensional, konvensional

dan pos – konvensional. Ketiga – tiga tahap mesti dilalui oleh setiap individu untuk

mencapai disiplin diri yang tinggi.

Saya telah mempelajari banyak perkara hasil daripada tugasan ini. Tugasan

ini bukan sahaja membantu saya untuk memahami teori dengan lebih baik tetapi ia

juga telah mendorong saya untuk memahami perkara – perkara lain di luar tajuk

yang diberi. Saya juga telah menyedari bahawa teori – teori ini juga diaplikasi oleh

saya semasa saya melakukan sesuatu pembelajaran.

Saya berasa amat gembira kerana telah berjaya menyiapkan kerja

kursus dengan baik. Saya tidak terasa bosan ataupun malas untuk menyiapkan

tugasan ini kerana saya menyedari tugasan ini akan membantu saya untuk

meningkatkan pengetahuan saya tentang teori – teori perkembangan ini.

Saya amat berharap saya akan mendapat tugasan sebegini pada masa akan

datang supaya saya dapat memperbaikikan lagi diri saya dan memperoleh lebih

banyak ilmu pengetahuan.

18

Page 19: PKK Asimen Full

6.0 Rujukan

BIBLIOGRAPHY Haliza Hamzah, J. N. (2008). Perkembangan Kanak - kanak. Selangor: UG Press Sdn.

Bhd.

http://akademikbahasa.blogspot.com/2009/12/kursus-program-linus-guru-tahun-1-

2010.html. (n.d.). Retrieved Februari 25, 2012, from

http://akademikbahasa.blogspot.com.

http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php. (n.d.). Retrieved Februari 27, 2012,

from http://upu.mohe.gov.my.

http://www.cikgublog.com/program-linus-sekolah/. (n.d.). Retrieved Februari 25,

2012, from http://www.cikgublog.com.

http://www.permatapintar.edu.my/default.ppmt.aspx. (n.d.). Retrieved Mac 20, 2012,

from http://www.permatapintar.edu.my.

Noriati A.Rashid. Boon Pong Ying, S. F. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor:

Okford Fajar.

Poh, S. H. (1997). Pedagogi Sains 2 : Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains.

Selangor: L.C Marketing.

19