pke 3033e- isl 5

5
ISL 5: Huraian dan tafsirkan sukatan pelajaran pendidikan kesihatan KSSR dan KBSR serta tunjang pembelajarannya. Konsep Kesepaduan Konsep kesepaduan ialah gabungan beberapa aspek kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal kanak-kanak. Kesepaduan merupakan penyatuan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu dan membekalkan murid dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing. Konsep kesepaduan dalam kurikulum menghilangkan sempadan mata pelajaran dan disiplin. Murid-murid akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna. Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran agar pelbagai matapelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain. Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid. Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direkabentuk untuk membolehkan murid meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk pengetahuan, di samping mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajari Kaedah Kesepaduan Model kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif membentuk fahaman mereka tentang topik yang dipelajari. Gabungan beberapa kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal murid-murid Kombinasi beberapa kemahiran dalam sesuatu matapelajaran. Membina konsep yang kukuh secara tersusun melalui kesinambungan daripada beberapa kemahiran tertentu. Jenis-Jenis Kesepaduan Kesepaduan pengetahuan kognitif, kemahiran bahasa dan nilai murni dalam setiap pelajaran. Kesepaduan pengalaman pembelajaran antara mata pelajaran sekolah. Kesepaduan antara pendidikan dalam bilik darjah dengan pendidikan di luar bilik darjah. Hubungkait antara pengalaman dalam bilik darjah dengan pengalaman dalam alam sekitar di luar sekolah. 1

Upload: celine-tie

Post on 19-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

huraian dan tafsiran tunjang pembelajaran pendidikan

TRANSCRIPT

ISL 5: Huraian dan tafsirkan sukatan pelajaran pendidikan kesihatan KSSR dan KBSR serta tunjang pembelajarannya.Konsep KesepaduanKonsep kesepaduan ialah gabungan beberapa aspek kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal kanak-kanak. Kesepaduan merupakan penyatuan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu dan membekalkan murid dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing. Konsep kesepaduan dalam kurikulum menghilangkan sempadan mata pelajaran dan disiplin. Murid-murid akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna.

Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran agar pelbagai matapelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain. Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid.

Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direkabentuk untuk membolehkan murid meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk pengetahuan, di samping mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajariKaedah Kesepaduan Model kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif membentuk fahaman mereka tentang topik yang dipelajari. Gabungan beberapa kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal murid-murid Kombinasi beberapa kemahiran dalam sesuatu matapelajaran. Membina konsep yang kukuh secara tersusun melalui kesinambungan daripada beberapa kemahiran tertentu.Jenis-Jenis Kesepaduan Kesepaduan pengetahuan kognitif, kemahiran bahasa dan nilai murni dalam setiap pelajaran. Kesepaduan pengalaman pembelajaran antara mata pelajaran sekolah. Kesepaduan antara pendidikan dalam bilik darjah dengan pendidikan di luar bilik darjah. Hubungkait antara pengalaman dalam bilik darjah dengan pengalaman dalam alam sekitar di luar sekolah.Tujuan Kesepaduan Untuk mengajar murid berdikari dan menjadi penyelesai masalah yangbergantung kepada diri sendiri Untuk membantu murid memahami dan menghayati sejauh mana mata pelajaran dan kemahiran di sekolah berhubung-kait antara satu sama lain dan bukannya wujud berasingan Untuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap pembelajaran yang berbentuk peribadi dan individu Membentuk situasi di mana murid boleh belajar tentang apa yang mereka mahu dan ingin mengetahui berbanding dengan apa yang ditetapkan dalam kurikulum Untuk menekankan proses pembelajaran dan bukan isikandungan mata pelajaran dan kemahiran semata-mata Mementingkan nilai sosial pembelajaran di mana murid digalakkan belajar secara koperatif dengan murid lain

Aktiviti KesepaduanContoh aktiviti :1. Permainan Bola Sepak :- Pergerakan Asas melibatkan aktiviti lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan.- Berlari + Jengket + Bola Sepak

Penggabungjalinan Dalam Pendidikan Kesihatan

Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dilihat dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang pertama, penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran yang ada di dalam satu matapelajaran itu. Keduanya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa matapelajaran yang lain.

Penyerapan pendekatan gabung jalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah satu inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan murid.

Terdapat tiga jenis penggabungjalinan. Pertama, Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran. Kedua, penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain. Ketiga, menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.

Contoh PenggabungjalinanI. Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran.Contoh permainan - bola sepak. Di dalam permainan ini, terdapat pelbagai kemahiran yang didedahkan kepada murid seperti menghantar, menggelecek, menjaring, menendangr dan sebagainya. Guru boleh menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam satu-satu sesi pengajarannya, contohnya menggabungkan kemahiran menggelecek dan menendang. Dalam lakuan ini, murid dikehendaki menggelecek bola dalam jarak yang ditetapkan sebelum membuat tendangan dengan teknik yang betul. Di sini, kita dapat perolehi satu contoh penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani.II. Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain.Contoh aktiviti regangan. Di dalam aktiviti ini, guru boleh menerapkan kemahiran membilang dan mengira yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru hanya perlu meminta murid-murid membuat pergerakan regangan sambil mengira dari nombor satu hingga ke nombor lapan. Melalui aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat memperbaiki kekuatan memori mereka terhadap angka.

III. Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.Contoh aktiviti senamtari (senamrobik). Aktiviti ini melibatkan pergerakan, aktiviti membilang dan muzik. Guru akan memasang muzik yang berbeza rentak dan kemudian meminta murid-murid melakukan pergerakan fizikal mengikut rentak lagu. Ketika murid melakukan pergerakan, mereka juga dikehendaki untuk membilang beramai-ramai sehingga nombor lapan supaya pergerakan mereka menjadi seragam, kemas dan teratur. Pengajaran yang dijalankan akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Ia bergantung kepada keupayaan guru untuk member penerangan yang jelas kepada murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.

Konsep Penggabungjalinan Tumpuan seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal, kestabilan emosi, sosialisasi nilai dan perhubungan positif Proses penyampaian beberapa kemahiran Kecekapan melaksanakan aktiviti membaca, menulis,menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasaKaedah Penggabungjalinan Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan Kemahiran utama diberi keutamaan/ fokus Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logikalCiri-Ciri Penggabungjalinan Integrasi beberapa kemahiran Prosesnya bersepadu dan menyeluruh Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik Kemahiran utama menjadi fokus Organisasi kemahiran fleksibel Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain

Konsep IntegrasiMenurut Sufean Hussein (1996), Integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.

Sebagai contoh; isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan. Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains / Kajian Tempatan. Selain itu, penerapan Nilai murni, kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal

Ciri-Ciri Integrasi Mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinanAktiviti IntegrasiContoh aktiviti :1. Permainan kecil :aktiviti melibatkan mata pelajaran matematik dalam dalam topik pembentukan kumpulan. Contohnya: Bulatan, sfera, segiempat dsb. Penggunaan bahasa inggeris digunakan sepenuhnya dalam mengajar pendidikan jasmani.

Kesimpulan Kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dapat membantu proses penyampaian ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan. Elemen merentasi kurikulum dapat memupuk minat dan sikap ingin tahu murid-murid secara lebih mendalam. Guru perlu berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran yang digunakan mestilah bersesuaian dan menepati tahap keupayaan murid-murid. Aspek keselamatan murid-murid wajib diutamakan di bawah bimbingan dan pemantauan guru. Guru perlu membantu murid-murid bagi mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

4