pk & rph (1)

10
1. PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu: Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. 1.1 Rancangan Pengajaran Harian PK. Guru seharusnya merancang pengajaran Pendidikan Kesihatan supaya usahanya adalah berlandaskan prinsip-prinsip pedagogi yang akan memudahkan murid-murid mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks mengajar Pendidikan Kesihatan di sekolah, Rancangan Pengajaran Harian perlu disediakan sebagai panduan kepada guru melaksanakan sesuatu pelajaran Pendidikan Kesihatan secara sistematik dan berkesan. Jadi secara ringkas Rancangan Pengajaran Harian boleh ditakrifkan sebagai suatu rancangan tindakan yang menerangkan mengapa, apa dan bagaimana guru mengajar. 3.2 Butir-butir penting dalam Rancangan Pengajaran Harian PK a. Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran berbentuk tingkahlaku yang ideal, lengkap dan eksplisit hendaklah menunjukkan tiga ciri asas dalam pernyataan; i. Tingkah laku atau kebolehan murid akan tunjukkan. ii. Peringkat pencapaian yang murid akan tunjukkan. iii. Kriteria atau syarat perlakuan. Contoh ; Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyenaraikan (tingkah laku) dengan perkataan sendiri (syarat) lima langkah keselamatan (peringkat pencapaian) semasa menjalani aktiviti rekreasi air. b. Pengetahuan Sedia Ada Aspek ini penting dan perlu dipertimbangkan oleh guru semasa merancang pelajaran Pendidikan Kesihatan. Pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid

Upload: nana-rahim-fx

Post on 20-Nov-2015

288 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

M,BJJKB

TRANSCRIPT

1

1. PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu:

Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.

1.1 Rancangan Pengajaran Harian PK.

Guru seharusnya merancang pengajaran Pendidikan Kesihatan supaya usahanya adalah berlandaskan prinsip-prinsip pedagogi yang akan memudahkan murid-murid mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks mengajar Pendidikan Kesihatan di sekolah, Rancangan Pengajaran Harian perlu disediakan sebagai panduan kepada guru melaksanakan sesuatu pelajaran Pendidikan Kesihatan secara sistematik dan berkesan. Jadi secara ringkas Rancangan Pengajaran Harian boleh ditakrifkan sebagai suatu rancangan tindakan yang menerangkan mengapa, apa dan bagaimana guru mengajar.

3.2Butir-butir penting dalam Rancangan Pengajaran Harian PK

a.Hasil PembelajaranHasil Pembelajaran berbentuk tingkahlaku yang ideal, lengkap dan eksplisit hendaklah menunjukkan tiga ciri asas dalam pernyataan;

i. Tingkah laku atau kebolehan murid akan tunjukkan.

ii. Peringkat pencapaian yang murid akan tunjukkan.

iii. Kriteria atau syarat perlakuan.

Contoh ; Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyenaraikan (tingkah laku) dengan perkataan sendiri (syarat) lima langkah keselamatan (peringkat pencapaian) semasa menjalani aktiviti rekreasi air.

b. Pengetahuan Sedia Ada

Aspek ini penting dan perlu dipertimbangkan oleh guru semasa merancang pelajaran Pendidikan Kesihatan. Pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid dalam sesuatu tajuk atau topik dijadikan titik tolak (start off point) atau (entry behaviour) bagi sesuatu pelajaran. Dengan mengambil kira perkara ini guru dapat merancang pelajaran secara realistik di mana tahap isi kandungan pelajaran, jenis aktiviti dan perancangan hasil pembelajaran akan dibuat sejajar dengan kebolehan murid-murid.

c.Permulaan

Ini merupakan langkah pertama dalam sesuatu pelajaran yang hendak dismpaikan oleh guru. Guru hendaklah memikirkan satu teknik yang ringkas untuk meransangkan atau menyediakan murid-muridnya dari segi mental untuk mengikut pelajarannya. Antara tujuan lain permulaan dalam Pendidikan Kesihatan adalah:

i. Mewujudkan perasaan ingin tahu murid-murid tentang sesuatu perkara yang berkait dengan topik pelajaran.

ii. Mengarahkan perhatian murid-murid kepada tajuk pelajaran.

iii. Menimbulkan minat murid-murid terhadap pelajaran.

Guru Pendidikan Kesihatan yang berkesan akan menggunakan pelbagai teknik untuk memulakan pelajarannya dan tidak terikat atau mengamalkan teknik serupa untuk setiap waktu pelajarannya. Penggunaan sesuatu teknik yang terlalu kerap (overused) boleh mengakibatkan kesan sebaliknya (counter-effect) dan menjejaskan suasana pelajaran.

Kemahiran Permulaan Pelajaran Pendidikan Kesihatan

d.Perkembangan Pelajaran

Langkah-langkah pelajaran hendaklah disusun secara berurutan untuk memudahkan murid-murid mengikuti pelajaran. Isi pelajaran disampaikan melalui teknik penyampaian yang tertentu dan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran disediakan untuk mengukuh pembelajaran.

Contoh: aktiviti pembelajaran adalah seperti berikut;

i. Bersoal jawab

ii. Penglibatan dalam aktiviti atau latihan.

iii. Penjelasan sesuatu fakta.

iv. Gerak kerja kumpulan

v. Penyelesaian masalah

Di setiap langkah pelajaran guru hendaklah mengambil peluang untuk menyelitkan dan menegaskan bilai murni yang munasabah dan menepati tajuk pelajaran. Juga, perhatian perlu diberi kepada perkembangan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid melalui aktiviti yang sesuai.

Peruntukan masa diperuntukan untuk setiap langkah di bahagian ini hendaklah disesuaikan dengan kepentingan langkah. Langkah-langkah pengajaran berkait rapat dengan hasil pembelajaran yang dirancangkan oleh guru.

e. Penilaian

Penilaian tertumpu kepada pencapaian hasil pembelajaran murid-murid. Soalan utama adalah, sejauh manakah murid-murid telah mempelajarai perkara yang disampaikan dalam sesuatu waktu pelajaran.

Penilaian dibuat secara ringkas dalam pelbagai cara dan bentuk. Di antara caranya adalah;

i. Menjawab soalan (lisan / bertulis)

ii. Persembahan

iii. Melakukan tunjuk cara

iv. Merumuskan isi pelajaran

v. Mempamerkan hasil kerja.

f. Penutup Pelajaran

Penutup pelajaran memberi peluang kepada guru membuat rumusan tentang butir-butir utama yang telah dipelajari oleh murid-muridnya. Masa diperuntukan kepada bahagian penutup adalah ringkas, guru perlu merancang dengan teliti cara penutup pelajaran dan mejalankannya dengan cekap dengan hanya menyentuh perkara-perkara yang penting sahaja.

Guru boleh juga menggunakan penutup pelajaran untuk ;

i. Penilaian ringkas untuk menentukan pelajaran

ii. Memberi latihan bertulis kepada kelasnya sebagai pengukuhan pembelajaran.

iii. Menjelaskan tugasan yang perlu dibuat oleh muridnya.

3.3 Format Rancangan Pengajaran Harian PK

Mata Pelajaran :

Tarikh

:

Tunjang :

Masa

:

Tajuk

:

Tahap / Tahun:

Sub-Tajuk

:

Bil. Murid

:

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :

1. Kognitif -

2. Psikomotor-

3. Afektif

-

Kemahiran Berfikir

:

Pengalaman Sedia Ada:

Penerapan Nilai

:

Alatan

:

Bahagian / MasaAktivitiFokus PembelajaranOrganisasi / Sumber

Permulaan

Perkembangan

Kemuncak

Penutup

Video klip kemalanganNOTE:pakai slide

3.4 Penulisan Hasil Pembelajaran PK

Dalam pelajaran Pendidikan Kesihatan, sungguhpun pembelajaran aspek kognitif dan psikomotor dapat dinyatakan dalam bentuk eksplisit, aspek afektif iaitu perkembangan sosial, nilai dan sikap terpaksa dinyatakan secara implisit. Ini adalah memandangkan bahawa perubahan tingkah laku dalam domain afektif lebih merupakan satu perubahan dalaman dan tidak nyata (jelas) dan sukar diukur serta merta.

Apabila menulis hasil pembelajaran, guru perlu menggunakan kata kerja yang tepat. Kata kerja yang tepat membantu seorang guru untuk mengetaui sama ada murid-murid telah mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki.

Contoh kata kerja yang sesuai digunakan dalam pernyataan hasil pembelajaran adalah seperti berikut;

Domain KognitifDomain PsikomotorDomain Afektif

Menamakan

Melabelkan

Menyatakan

Menerangkan

Membezakan

Merumuskan

Memberi Contoh

Menunjukkan

Mengaitkan

Mengenal pasti

Mengkelaskan

Membandingkan

Menilai

Mentafsirkan

Melukiskan

Menunjukkan

Menyusun

Mendemonstrasikan

Menceritakan

Menyesuaikan

Menyusun semula

Membina

Mencipta

Melakonkan

Melakukan

Mengikut

Memberi perhatian

Mematuhi

Memilih

Membezakan

Mencadangkan

Menggunakan

Mengamalkan

Menunujukkan minat

Membandingkan

Menunjukkan kepakaran

Menunjukkan kesedaran

Menunjukkan sikap

Menikmati

Menghargai

Menilai

3.5 Contoh Rancangan Pengajaran Harian PK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHAP 1

Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan

Tarikh : 25.07.2007

Tunjang : Kesihatan Diri dan Keluaraga

Masa : 0800 - 0830

Tajuk

: Kesihatan Diri

Tahap / Tahun : Tahap 1/ Tahun 1

Sub-Tajuk

: Amalan Asas Kesihatan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :

1. Kognitif - Menyatakan tiga amalan harian yang dilakukan bagi

menjaga kebersihan.

2. Psikomotor

- Menunjuk dua cara menggosok gigi mengikut kedudukan gigi.

3. Afektif

- Mengamalkan penjagaan kebersihan diri sepanjang masa.

Pengalaman Sedia Ada: Murid-murid pernah melakukan aktiviti menjaga kebersihan diri.

Persediaan Guru

: Gambar-gamabr penjagaan kesihatan: mandi, menggosok gigi

dan gambar bersiri

Penerapan Nilai

: Kasih sayang, berdikari

Alatan

: Berus gigi. Tuala, sabun, tiub ubat gigi.

Bahagian / MasaAktivitiFokus PembelajaranOrganisasi / Sumber/Strategi (cara penyampaian)eg:buku,poster

Permulaan

(3 minit)

1. Soal Jawab.

2. Memerhati gambar amalan kebersihan pagi, petang dan malam

Bagaimana murid-murid boleh buktikan kewujudan kuman pada anggota tubuh badan ?

Tubuh badan kotor dan berbau.

Amalan kebersihan pagi, petang dan malam

Memberus gigi,

Mandi

Menukar pakaian

Mengemas bilik tidur

Mencuci pakaian

Gambar-gambar amalan kebersihan diriContoh:[email protected]@bahan ABM

3.strategi&teknik P&P

-Kelas

-LCD/computer

Sumber P&P

-ICT

-BCB

Perkembangan

(8 minit)

1. Mengumpul dan menyusun gambar

amalan kebersihan.

2. Menamakan alat dan bahan diguna untuk amalan kebersihan

Susun gambar kegiatan harian mengikut turutan amalan mengikut masa.

Pagi

Buka tingkap bilik tidur

Mengemas tempat tidur

Berus gigi

Mandi

Petang

Cuci pakaian yang sudah dipakai

Berus gigi

Cuci rambut

Mandi

Malam

Tukar ke pakaian tidur

Berus gigi

Cuci kaki

Nama alat dan bahan

Berus gigi

Tuala

Sabun

Ubat gigi

Kumpulan 5 orang

6 kumpulan

6 set gambar bersiri

Kelas

1 batang berus gigi

1 ketul sabun

1 helai tuala

1 tiub ubat gigi

Bahagian / MasaAktivitiFokus PembelajaranOrganisasi / Sumber

Kemuncak

(7minit)

1. Latihan Amali cara menggosok gigi

2. Lakonan cara mandi Tunjukcara menggosok gigi yang betul.

Pergerakan berus dari atas ke bawah.

Jangan gerak berus dari secara melintang sebab ia akan merosakan gigi

Berlakon cara mandi

Cara menggunakan sabun.

Cara menggunakan tuala.

Individu

Sebatang berus gigi seorang

Gambar besar cara menggosok gigi

Individu

Penutup

(2 minit)

1. Melihat semula gambar bersiri dan bercerita semula.

2. Menegaskan kepentingan menjaga kebersihan diri

Susunan Gambar Bersiri

Pagi

Buka tingkap bilik tidur

Mengemas tempat tidur

Berus gigi

Mandi

Petang

Cuci pakaian yang sudah dipakai

Berus gigi

Cuci rambut

Mandi

Malam

Tukar ke pakaian tidur

Berus gigi

Cuci kaki

Kurangnya kebersihan diri memudahkan penyakit bertapak dalam diri seseorang.Kumpulan 5 orang

6 kumpulan

6 set gambar bersiri

ULASAN

CATATAN GURU PEMBIMBING/PENSYARAH

REFLEKSI : Pencapaian murid.....(eg: hujan guna recent plan yang baru...yg lama biarkan saja)

Cara Hubungkait / Asosiatif

Kaitkan dengan pelajaran atau pengetahuan yang sedia ada.

Menyentuh tentang pengalaman murid-murid.

Kaitkan isu-isu semasa dengan topik pelajaran.

Cara Menarik Perhatian

Melalui soalan.

Menggunakan Sumber Pengajaran dan pembelajaran.

Menggunakan suara, isyarat-isyarat bahagian badan.

KEMAHIRAN PERMULAAN YANG GURU BOLEH APLIKASIKAN

Cara Menimbulkan Motivasi

Memperkenalkan sesuatu yang menghairankan atau menakjubkan.

Menjalankan aktiviti yang ringkas.

Menimbulkan perasaan ingin tahu.

Cara Menjelaskan Tugasan

Menyatakan bentuk tugasan atau latihan.

Menerangkan tujuan pelajaran.

Menjelaskan cara-cara menyiapkan tugasan.