rph 1 (latihan mengajar)

19
RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS PJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015 KPR 3974 LATIHAN MENGAJAR 1 DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK FARIDAH BT HAMID D 20112052808 KUMPULAN : K 01076 ( A142 PJJ ) PENSYARAH : PROF. MADYA DR. SITI KHARIAH BT MOHD ZUBIR TARIKH : 28 MAC 2015 PEMARKAHAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1

Upload: faridah-azizan

Post on 16-Dec-2015

108 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

RPH 1 (latihan mengajar)

TRANSCRIPT

PEMARKAHANRISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015

KPR 3974 LATIHAN MENGAJAR 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1

DISEDIAKAN OLEH:

NAMANO. MATRIK

FARIDAH BT HAMIDD 20112052808

KUMPULAN: K 01076 ( A142 PJJ)PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SITI KHARIAH BT MOHD ZUBIRTARIKH: 28 MAC 2015

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH 1)

Nama Guru Pelatih: Faridah bt Hamid

Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia

Bilangan Murid: 25 orang

Tahun : 3 Al-Falah

Tarikh: 25 Mac 2015 (Rabu)

Masa: 10.35 11.35 (60 minit)

Tajuk: Kebudayaan (Pakaian Tradisional)

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran, murid dapat;i. Bercerita dengan tepat tentang pakaian tradisional yang diketahui menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.ii. Bercerita dengan tepat tentang pakaian tradisional berdasarkan maklumat yang diperolehi dari internet.iii. Kadar pencapaian objektif yang diharapkan ialah 90% memuaskan.Hasil Pembelajaran Khusus

Huraian Hasil Pembelajaran

Standard Kandungan

1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran

1.5.1Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul, menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

Kemahiran Bahasa: Mendengar dan Bertutur

Sistem Bahasa: Tatabahasa (Kata Adjektif)

Pengisian Kurikulum: Penyerapan Ilmu: KebudayaanPenyeraapan Nilai: Kerjasama, hormat-menghormatiPenyerapan KBT: Kemahiran Berfikir. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Alat Bantu Mengajar: Slaid power point, kad gambar dan lembaran aktiviti.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid sudah biasa melihat pakaian-pakaian tradisional Malaysia.

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Induksi Set( 7 minit )

Bercerita dengan menyebut perkataan, frasa dengan betul1. Murid menayangkan slaid power point tentang pakaian tradisionalberdasarkan kad misteri (gambar pakaian ) yang diberi oleh guru.Contoh : sari dhoti baju melayu baju kurung cheongsam samfu2. Murid bercerita tentang gambar pakaian tradisional yang terdapat diMalaysia menggunakan frasa yang sesuai.Contoh: baju melayu baju kurung baju dhoti baju ceongsam samfuABM: Slaid power point(Lampiran 1)EMK: TMK

Nilai Ilmu: Sivik dan kewarganegaraan.

Nilai Murni: Hormat-menghormati

Langkah 1 (13minit)Bercerita menggunakan ayat tunggalatau ayat majmuk

1. Guru membentuk kumpulan murid dan setiap kumpulan diberikan satukad gambar pakaian tradisional rakyat Malaysia.2. Secara berkumpulan, setiap murid memilih untuk menceritakan tentangciri, warna atau kaum kesesuaian jantina pakaian tradisional tersebutmenggunakan ayat tunggal atau ayat majmuk.ABM: Kad gambar(Lampiran 2)

Kemahiran Berfikir: Klasifikasi

Langkah 2 (20 minit)Bercerita daripada maklumat yangdiakses

1. Murid diberi cadangan alamat laman web untuk dilayari dan mendapatkan maklumat tentang pakaian kaum-kaum di Malaysia yang telah guru tetapkan.http://choykeng.blogspot.com/2013/04/pakaian-kaum-kaum-di-malaysia.html 2. Murid mencatatkan maklumat yang telah diperoleh daripada internet pada lembaran kerja yang diberi.3. Murid atau wakil kumpulan bercerita tentang pakaian tradisional berdasarkan maklumat yang telah dicatatkan.ABM: Lembaran 1Nilai Murni: Tekun, bekerjasama

Integrasi Inovasi yang diterapkan : TMK

Langkah 3 (10 minit)Membina dan menulis ayat1. Murid diberi lembaran kerja untuk menulis ayat majmuk yang sesuaiberdasarkan gambar dengan merujuk maklumat dalam aktiviti 2.ABM: Lembaran kerja 2

Penutup (10 minit)

1. Murid mencantumkan gambar dengan memadankan pasangan yang sesuaibagi pakaian tradisional.2. Murid bercerita tentang pakaian dan majlis yang sesuai untuk dipakai.ABM: Kad gambar (Lampiran 3)

Nilai Murni: Semangat bermasyarakat.

Tugasan: Pemulihan: 1. Murid secara berpasangan bercerita tentang pakaian tradisional yang mereka miliki. 2. Murid mendengar dan menulis jenis-jenis pakaian tradisional yang mereka ketahui.Pengayaan: 1. Murid bercerita dengan rakan tentang cara membuat pakaian tradisional, berdasarkan kad gambar. 2. Murid membina ayat tunggal atau ayat majmuk tentang cara membuat pakaian tradisional berdasarkan gambar.

Aktiviti Susulan (jika Ada): TiadaCatatan Guru Praktikum: Penggunaan TMK dalam aktiviti (Langkah 2) berjaya menarik minat murid untuk mendapatkan maklumat. Hasil kerja kumpulan juga memuaskan, di mana murid dapat membina dan bercerita semula dengan menggunakan ayat majmuk dan ayat tunggal tentang pakaian-pakaian tradisional.

Ulasan Pensyarah Penyelia/ Guru Pembimbing:

LAMPIRAN 1AKTIVITI: Bercerita tentang jenis pakaian yang dipaparkan melalui slaid power point.

LAMPIRAN 2KAD GAMBAR.AKTIVITI: Ceritakan tentang pakaian tradisional berdasarkan ciri, warna, kaum atau kesesuaian jantina.

LEMBARAN KERJA 1Bincang dan isikan maklumat tentang pakaian tradisional.

KAUMPAKAIAN LELAKIPAKAIAN PEREMPUAN

LEMBARAN KERJA 2Tulis maklumat dengan menggunakan ayat majmuk.

sari . .

samfu . .

dhoti . .

baju . kebaya . cheongsam .. . baju . melayu .

LAMPIRAN 3KAD GAMBARCantumkan gambar-gambar di bawah mengikut pasangan yang betul.

PEMULIHAN

Ceritakan kepada kawan dan tulis nama-nama pakaian tradisional.ceongsambaju kurungbaju melayusarisamfu

PENGAYAANCeritakan cara-cara membuat baju kurung berdasarkan gambar. Tulis cerita mengikut urutan yang betul dalam perenggan.