pjm ppg

49
PERGERAKAN ASAS Pengenalan Pergerakan asas merupakan salah satu tunjang utama dalam Pendidikan Jasmani. Boleh melatih kanak-kanak dari segi kekuatan badan di samping menyelaras perkembangan anggota badan yang ringkas melalui pergerakan yang mudah Merupakan cara utama dalam mempraktikkan perkembangan fizikal dan rohani kanak-kanak

Upload: rtamyiz

Post on 31-Oct-2014

125 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pergerakan asas

TRANSCRIPT

Page 1: pjm ppg

PERGERAKAN ASASPengenalan

• Pergerakan asas merupakan salah satu tunjang utama dalam Pendidikan Jasmani.

• Boleh melatih kanak-kanak dari segi kekuatan badan di samping menyelaras perkembangan anggota badan yang ringkas melalui pergerakan yang mudah

• Merupakan cara utama dalam mempraktikkan perkembangan fizikal dan rohani kanak-kanak

Page 2: pjm ppg

PERGERAKAN ASAS

Pengertian Pergerakan Asas

“Aktiviti yang dihasilkan pelaku untuk menguji kebolehan mereka mengawal pergerakan-pergerakan badan” (Susan Capel, 1986)

“Pendidikan Jasmani meluangkan sebahagian otot besar yang mendorong dan membangunkan belajar untuk bergerak dan belajar melalui pergerakan” (Gallahue, 1996)

Page 3: pjm ppg

PERGERAKAN ASAS

Terdiri daripada tiga aspek pergerakan:• Pergerakan Lokomotor• Pergerakan Bukan Lokomotor• Manipulasi Alatan

Pergerakan-pergerakan ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan

Page 4: pjm ppg

KONSEP PERGERAKAN

Konsep pergerakan merupakan pengetahuan dan pemahaman tentang pergerakan yang membenarkan individu mengadaptasi dan memodifikasi pergerakan untuk mencapai

matlamat pergerakan yang spesifik

Page 5: pjm ppg

KONSEP PERGERAKAN

• Kesedaran Tubuh Badan: Apakah yang boleh dilakukan oleh tubuh badan?

• Kesedaran Ruang: Di manakah badan bergerak?

• Kualiti Pergerakan: Bagaimanakah badan bergerak?

• Perhubungan: Dengan siapa dan dengan apakah badan bergerak?

Page 6: pjm ppg

KONSEP PERGERAKAN

Kesedaran Tubuh Badan• Mengenal pasti nama dan lokasi

anggota badan, posisi dan bentuk badan• Kesedaran pergerakan tubuh badan• Badan sebagai alat komunikasi untuk

meluahkan perasaan• Kesedaran ketegangan otot dan

relaksasi

Page 7: pjm ppg

KONSEP PERGERAKAN

Kesedaran Ruang• Mengenali ruang kendiri dan menghormati ruang

orang lain• Bergerak dengan selamat dalam ruang am• Mengenali pelbagai arah dan bagaimana menukar

arah• Memahami pelbagai aras pergerakan• Mengharungi pelbagai laluan serta laluan

pergerakan pelbagai objek• Menyesuaikan julat pergerakan berdasarkan

tugasan dan situasi

Page 8: pjm ppg

KONSEP PERGERAKAN

Perhubungan• Memahami perhubungan antara badan

dengan setiap anggota badan• Bergerak dengan berkesan secara relatif

dengan individu lain atau kumpulan• Memahami perhubungan antara badan

dan anggota badan dengan objek

Page 9: pjm ppg

KONSEP PERGERAKAN

Kualiti Pergerakan• Imbangan: memahami unsur imbangan

statik dan dinamik serta peranan imbangan dalam pergerakan

• Masa: membezakan pelbagai kelajuan dan meningkatkan atau mengurangkan kelajuan pegerakan

• Kuasa: kebolehan mewujudkan dan memodifikasikan kuasa sendiri untuk memenuhi keperluan tugasan

• Aliran: menggabungkan pergerakan dengan licin dan melalukan pergerakan dalam masa atau ruang yang terhad

Page 10: pjm ppg

FAKTOR UMUM YANG MEMPENGARUHI PERGERAKAN

Faktor fisiolgi: Daya tahan kardiovaskular, fleksibilti, kekuatan dan daya tahan otot

Faktor psikologikal: ketakutan, kerisauan dan keyakinan diri

Faktor sosiologikal: keahlian dalam kumpulan boleh mempengaruhi penglibatan, peranan gender dan ekonomi.

Page 11: pjm ppg

TUJUAN PERGERAKAN ASAS

Kecergasan: daya tahan kardiovaskular, kekuatan dan daya tahan otot, fleksibiliti, komposisi tubuh badan, pengukuran denyutan nadi dan prinsip latihan

Sosialisasi: undang-undang dan peraturan permainan, menghormati orang lain, semangat kesukanan , bekerjasama., penyelesaian masalah dan membuat keputusan

Page 12: pjm ppg

JENIS PERGERAKAN ASASPergerakan Lokomotor• Pergerakan dari satu tempat ke tempat

yang lain seperti berjalan, berlari, melompat, bercongklang dan sebagainya

• Ia melibatkan arah, haluan, aliran dan masa.

• Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma tidak Sekata

• Mengandungi 8 pergerakan iaitu 5 pergerakan Beritma Sekata dan 3 pergerkan Beritma Tidak Sekata

Page 13: pjm ppg

JENIS PERGERAKANPergerakan Bukan Lokomotor• Ditakrifikan sebagai pergerakan statik

atau setempat• Ia melibatkan pergerakan yang tidak

mengubah dasar pelaku pegerakan.• Ia menekankan kepada kesimbangan

dan fleksibiiti seseorang• Contoh pergerakan bukan lokomotor

ialah membongkok, meringkuk dan meregang, mengayun, mengilas, menolak dan menarik dan sebagainya.

Page 14: pjm ppg

PERGERAKAN ASAS BERSAMA ALATAN (MANIPUATIF ALATAN)

• Merupakan kemahiran asas yang menyediakan untuk mempelajari kemahiran asas sukan.

• Membolehkan mereka untuk memperlakukan, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi.

• Contoh objek/alatan seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan, gelang getah (squaid) dan sebagainya.

Page 15: pjm ppg

PERGERAKAN ASAS BERSAMA ALATAN (MANIPULASI ALATAN)

• Menurut Thomas, Lee & Thomas (1988), menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek, iaitu:

– Memberi tenaga kepada objek/alatan seperti melontar, menyepak, memukul, merejam dsb.

– Menguasi objek termasuk menangkap dan menyambut

– Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul.

Page 16: pjm ppg

STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS

• Kaedah adalah cara bagaimana isi pelajaran disampaikan

• Teknik merupakan cara yang lebih teliti dalam penyampaian isi pelajaran

Page 17: pjm ppg

STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS

• Kaedah/Gaya Pengajaran:– Gaya Langsung

- mementingkan guru- guru membuat semua keputusan- berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic)- menganggap guru mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul

Page 18: pjm ppg

STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS

• Gaya Tidak Langsung– Berpusatkan murid– Berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah

lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul

– Pembelajaran seharusnya melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri.

– Berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif di mana pembelajaran dianggap satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran adalah sama penting dengan hasil pembelajaran

Page 19: pjm ppg

STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS

• Gaya Arahan– Guru mengawal APA yang akan

dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti.

Gaya Gabungan– Guru membimbing murid membuat

tugasan dengan beberapa limitasi.

Page 20: pjm ppg

STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS

• Kaedah Kuliah• Kaedah Perbincangan• Kaedah Kuliah – Demonstrasi• Kaedah Latihan• Kaedah Penemuan• Kaedah Projek• Kaedah Persembahan Lisan• Kaedah Sebahagian-Keseluruhan

Page 21: pjm ppg

KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERMAINAN KANAK-KANAK

KONSEPBertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan di samping sebagai pengenalan

kepada permainan-permainan utama

MATLAMATBerperanan sebagai satu saluran untuk

mempraktikkan integrasi dan tolenrasi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan di samping menggalakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan

berkreatif.

Page 22: pjm ppg

KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERMAINAN KANAK-KANAK

OBJEKTIFPenguasaan kemahiran dan teknik bersukan yang akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan

kemahiran sukan tertentu

Membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dalam prinsip permainan

Keseronokan dalam bermain tertakluk kepada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap

taktik (Thorpe and Bunker, 1982)

Page 23: pjm ppg

KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERMAINAN KANAK-KANAK

• OBEKTIF (sambungan)Tugas guru mencipta situasi supaya murid

dapat membina kemahiran yang diperlukan untuk melakukan dalam situasi permainan

Fokus utama dalam pendekatan mengajar permainan adalah kesedaran taktikal dan membuat keputusan selain dari membina

kemahiran dan teknik

Page 24: pjm ppg

KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERMAINAN KANAK-KANAK

OBEKTIF (sambungan)Memberi peluang kepada semua murid selain dari mengukur keupayaan fizikal, berperanan utama dalam permainan serta menjana jati

diri

Menggalakkan murid bermain pada tahap keupayaan taktikal masing-masing

Page 25: pjm ppg

KEPENTINGAN PERMAINAN KANAK-KANAK

• Membantu kanak-kanak memahami aktiviti sekitar mereka di mana mereka belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.

• Membantu pembentukan personaliti melalui kerja sama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan.

• Memberi peluang mengenal persekitaran fizikal seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis.

Page 26: pjm ppg

KEPENTINGAN PERMAINAN KANAK-KANAK

• Meningkat kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.

• Sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan.

• Mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam permainan.

• Meningkatkan keyakinan diri.• Sebagai satu kaedah berkomunikasi dan

interaksi sosial.

Page 27: pjm ppg

PENGENALAN DAN KONSEP MODEL BUNKER & THORPE (1982)

• Bunker & Thorpe (1982) telah memperkenalkan model ‘Teaching Games for Understanding (TGfU) untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

• Tgfu merupakan satu model pendidikan yang menekan:– Pemahaman yang menyeluruh pada

setiap permainan–Meningkatkan tahap aktiviti fizikal–Menjadikan kelas PJ sebagai tempat yang

sesuai untuk persaingan, motivasi dan bersuka ria.

Page 28: pjm ppg

PENGENALAN DAN KONSEP MODEL BUNKER & THORPE (1982)

• Isu-isu yang mendorong Bunker & Thorpe mengkaji TGfU:– Pencapaian dalam permainan adalah

sedikit dan kurang memuaskan.– Kekurangan pengetahuan tentang

permainan– Lemah dalam kemahiran asas dan kurang

berupaya membuat keputusan– Terlalu mengharap jurulatih atau guru

untuk membuat keputusan– Kadar perkembangan dalam permainan

adalah lambat dan tidak menonjol

Page 29: pjm ppg

MATLAMAT TGfU

Adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Page 30: pjm ppg

FALASAFAH TGfU

• Pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagai mana untuk menjayakan permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan.

• TGfU juga menggalakkan pelajar untuk mellibatkan diri dalam pelbagai permainan.

Page 31: pjm ppg

KATEGORI PERMAINAN

Webb and Pearson (2004) telah mengkategorikan permainan kepada 4 kategori iaitu:

• sasaran (target)• pukulan/padang (striking/fielding)• Jaring/dinding (net/wall)• Serangan/kawasan (invasion)

Page 32: pjm ppg

KATEGORI PERMAINAN

Kategori Sasaran (Target)

• Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata• Contoh: boling, memanah, golf

Page 33: pjm ppg

KATEGORI PERMAINAN

Kategori Pukulan/Pemadang (Striking/Fielding)• Melibatkan dua pasukan/pihak (striking

& fielding)• Pasukan ‘striking’ akan bertindak

memperolehi /mengumpul mata dan pasukan ‘fielding’ akan cuba menghalangnya.

• Contoh: baseball, softball, kriket

Page 34: pjm ppg

KATEGORI PERMAINAN

Kategori/Dinding (Net/Wall)• Dimainkan antara jaring atau

menggunakan dinding• Mengumpul mata melalui menghantar

objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang

• Contoh: badminton, tenis, squash, sepak takraw

Page 35: pjm ppg

KATEGORI PERMAINAN

Kategori Serangan (Invasion)• Melibatkan dua pasukan/pihak

(penyerang dan pertahanan)• Pasukan penyerang akan cuba

menyerang/menjaringkan gol untuk mendapatkan mata/gol

• Pasukan pertahanan akan cuba menghalang/bertahan pasukan lawan untuk mendapatkan mata/gol

• Contoh: bola sepak, bola jaring, hoki

Page 36: pjm ppg

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Pengurusan dan pengelolaan permainan kanak-kanak dirancangkan berdasarkan tiga peringkat iaitu:

sebelum (pra) semasa selepas

Page 37: pjm ppg

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Peringkat Sebelum (Pra)• Mengenalpasti waktu yang sesuai• Merancang aktiviti yang menarik• Menentukan tempat/kawasan yang selamat• Memastikan peralatan yang menarik dan

mencukupi• Menyediakan borang-borang catatan yang

diperlukan• Menyampaikan maklumat kepada murid

Page 38: pjm ppg

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Peringkat semasa• Menyusun atur peralatan dengan baik• Memastikan murid menepati masa• Membawa murid ke tempat permainan• Memastikan murid memahami arahan • Mewujudkan suasana yang ceria• Mengawasi murid mematuhi peraturan• Menggalakkan murid terlibat secara aktif

Page 39: pjm ppg

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Peringkat selepas• Membuat rumusan dan maklum balas• Membuat refleksi dan memotivasikan

murid• Memberi penghargaan kepada murid• Peralatan dikembalikan dan disusun

dengan baik• Guru mengkaji semula kesesuaian

permainan/aktiviti

Page 40: pjm ppg

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Keselamatan Peralatan, Kawasan dan Murid• Meletakkan peralatan di sudut yang selamat• Menguruskan peralatan dengan baik• Memastikn kawasan bebas dari bahan-bahan

merbahaya yang boleh menyebabkan kemalangan

• Melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu.

Page 41: pjm ppg

PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Langkah dan Prosedur Pengelolaan• Membuat persediaan awal• Memberi penerangan dan demostrasi• Melaksanakan prosedur permainan secara

sistematik, teratur dan terkawal• Memahami dan yakin terhadap prosedur

keseluruhan permainan• Menarik tumpuan dan minat murid• Menyeronokkan murid.

Page 42: pjm ppg

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Penilaian adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna untuk mempertimbangkan sesuatu keputusan. Ia juga merupakan perbezaan di antara ‘hasil yang diperolehi’ dengan ‘apa yang diharapkan’

(Stufflebean, 1971)

Page 43: pjm ppg

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Pada asasnya penilaian merupakan satu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilhan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan

Page 44: pjm ppg

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Dari aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajara di bilik darjah dapat dicapai.

Page 45: pjm ppg

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Objektif Penilaian dalam Permainan Kanak-kanak

• Membekal dan memberi maklumat tentang pencapaian objektif dan keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

• Membantu murid menggunakan maklumat untuk digunakan dalam situasi sebenar.

• Memberi maklum balas tentang prestasi murid

Page 46: pjm ppg

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Jenis-jenis Penilaian

• Penilaian Formatif

Digunakan untuk mengesan perkembangan pembelajaran murid SEMASA mereka mempelajari kemahiran

permainan kanak-kanak.

Page 47: pjm ppg

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

• Penilaiana Formatif

Diadakan di akhir sesuatu unit pelajaran, akhir penggal persekolahan atau akhir tahun. Ini bertujuan untuk mengetahui penguasaan dan taraf pencapain murid-murid di dalam satu kelas atau kumpulan. Perbandingan pencapaian sering dilakukan dan gred atau pangkat diberikan.

Page 48: pjm ppg

JENIS BATERI UJIAN

Bidang Kemahiran

• Menggunakan Skalar Kadar

1 - Baik2 - Sederhana3 - Lemah

Page 49: pjm ppg

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

• Menggunakan Senarai Semak

Nama Kem. 1 Kem. 2 Kem.3 Kem. 4