pjm 3106_ anatomi dan fisiologi

6
SISTEM LIMFATIK DAN IMUNITI Komponen Sistem Limfa 1. Limfa 2. Tisu Limfa 3. Salur Limfa 4. Timus 5. Bone Marrow (sum-sum tulang) 6. Spleen Fungsi Sistem Limfa 1. Sebagai satu sistem yang mengembalikan semula cecair interstis ke dalam sistem peredaran darah dalam bentuk limfa. 2. Mengangkut asid lemak dan gliserol. Bahan tersebut diangkut ke dalam salur toraks dan seterusnya ke dalam sistem peredaran darah melalui vena

Upload: rozana-raspin

Post on 28-Apr-2015

95 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Sistem limpatik dan imuniti

TRANSCRIPT

Page 1: PJM 3106_ Anatomi dan Fisiologi

SISTEM LIMFATIK DAN IMUNITI

Komponen Sistem Limfa

1. Limfa

2. Tisu Limfa

3. Salur Limfa

4. Timus

5. Bone Marrow (sum-sum tulang)

6. Spleen

Fungsi Sistem Limfa

1. Sebagai satu sistem yang mengembalikan semula cecair interstis ke dalam sistem

peredaran darah dalam bentuk limfa. 

2. Mengangkut asid lemak dan gliserol. Bahan tersebut diangkut ke dalam salur 

toraks dan seterusnya ke dalam sistem peredaran darah melalui vena subklavikel 

Page 2: PJM 3106_ Anatomi dan Fisiologi

kiri.

3. Bertindak sebagai sistem pertahanan badan dengan penghasilan limfosit di nodus 

(satu bengkak kecil) limfa.

Peredaran Limfa 

Kapilari limfa ....> Salur Limfa ...> Nodus limfa ...> Salur besar limfa.....> Duktus/salur

pengumpul.....> Vena subklavikel

Tisu Limpoid

Merupakan sejenis tisu penghubung yang mempunyai banyak limfosit.

Tisu ini disusun dalam kuantiti kecil yang dipanggil nodus limfa dan nodul limfa. Tisu

Page 3: PJM 3106_ Anatomi dan Fisiologi

ini terdapat di :Tonsil, Kelenjar Thymus dan Spleen (limfa)

Organ Limpoid

1. Spleen

2. Duktus limfa kanan

3. Duktus limfa kiri

4. Vena subklavikel kanan dan kiri

5. Duktus toraks

Patogen

Sejenis bakteria/virus/kulat/parasit yang boleh menyebabkan penyakit kepada kita.

Patogen boleh memasuki badan melalui makanan/minuman yang tercemar, titisan

air semasa bernafas dan sentuhan kulit.

Mekanisma Pertahanan Tidak Khusus (Pertahanan Pertama)

Pertahanan luar yang menghalang mikroorganisma masuk ke dalam badan.

Terdiri daripada :

- Organ kulit (hidung,mulut, salur respirasi)

- Membran mukus (peluh, sebum, asid perut)

- Tindakan mekanisma pembekuan darah.

Aksi Sistem Pertahanan Pertama

Bila patogen masuk, sistem ini bertindak melalui kulit, perut, mata dan mekanisma 

pembekuan darah.

(a) Kulit 

- tebal menghalang patogen masuk

- pH kulit (3-5) berasid menghalang percambahan mikrob.

- enzim lisozim dalam peluh dan sebum di permukaan peluh dapat membunuh

mikrob.

- Lapisan kulit yang mati juga sentiasa disingkirkan.

- Sebum yang mengandungi asid laktik yang tinggi boleh menghalang pertumbuhan

Page 4: PJM 3106_ Anatomi dan Fisiologi

bakteria dan kulat.

(b) Perut 

- Asid hidroklorik dalam perut dan jus gaster (berasid) membunuh patogen 

dalam makanan yang kita makan (mencerna) dan menghalang percambahan mikrob.

(c) Mata 

- Air mata mengandungi enzim lisozim (protein antimikrob) yang menguraikan dan

membunuh sesetengah jenis patogen yang memasuki mata.

(d) Mekanisma pembekuan darah 

- Antibodi dalam serum dapat membunuh bakteria yang masuk melalui luka.

- Bila luka mekanisma bertindak dengan mengumpalkan darah pada tempat luka, 

arah membeku dan mengeras dan membentuk keruping

- Keruping (kudis) tersebut bertindak sebagai pengganti kepada kulit (benteng

pertama) serta menghalang patogen masuk ke badan.

SISTEM LIMFATIK

Sistem limfatik adalah suatu sistem sirkulasi sekunder yang berfungsi mengalirkan

limfa atau getah bening di dalam tubuh. Limfa (bukan limpa) berasal dari plasma

darah yang keluar dari sistem kardiovaskular ke dalam jaringan sekitarnya. Cairan ini

kemudian dikumpulkan oleh sistem limfa melalui proses difusi ke dalam kelenjar

limfa dan dikembalikan ke dalam sistem sirkulasi.