anatomi & fisiologi (pjm 3106) : sistem urinari manusia

29
Anatomi & fisiologi (pJm 3106) “SISTEM URINARI” DISEDIAKAN OLEH : NAMA : MUHAMMAD RIDHUAN BIN HANAFI NO. K/P : 891207-03-5203 NO. A/G : 2010211310030 KURSUS : PISMP MATEMATIK KOHORT 5

Upload: ridhuanassiddiq

Post on 02-Jul-2015

3.689 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

Anatomi & fisiologi (pJm 3106)

“SISTEM URINARI”

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : MUHAMMAD RIDHUAN BIN HANAFI

NO. K/P : 891207-03-5203

NO. A/G : 2010211310030

KURSUS : PISMP MATEMATIK KOHORT 5

AMBILAN JANUARI 2010

Page 2: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

NAMA PENSYARAH : EN. HAMZAH BIN SARIMUN

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 FUNGSI-FUNGSI SISTEM

URINARI

2-7

3.0 PROSES PEMBENTUKAN AIR

KENCING

8-12

4.0 PENGURUSAN SISTEM URINARI 13

5.0 IMBANGAN CECAIR ELETROLIT 14

6.0 IMBANGAN ASID-ALKALI 16-17

Page 3: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

SISTEM URINARI

1.0 PENGENALAN

Sistem urinari ialah kumpulan organ yang menyahkan air yang berlebihan dan

bahan-bahan yang tidak diperlukan keluar dari badan sebagai air kencing.

Organ sistem urinari terdiri daripada :

• 2 Ginjal

• 2 Ureter

• 1 Uretra

• 1 Pundi Kencing

Page 4: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

2.0 FUNGSI-FUNGSI SISTEM URINARI

1. Ureter

Saluran yang membawa air kencing dari kedua-dua ginjal ke pundi

kencing.

2. Pundi kencing

Pundi kencing merupakan organ penakung air kencing.

Air kencing yang dirembeskan oleh ginjal akan bertakung di bahagian

ini terlebih dahulu sebelum dibuang.

Biasanya pundi kencing boleh mengandungi air sebanyak satu paun air

kencing, tetapi dalam keadaan luar biasa, isipadu bertambah tiga paun.

Page 5: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

3. Uretra

Dikenali juga sebagai salur kencing.

Saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar.

Salur kencing wanita adalah lebih pendek [1.5 inci] berbanding lelaki [6-

8 inci].

Salur kencing lelaki menjalankan dua tugas. Tugas yang pertama ialah

menyalurkan air kencing dan yang kedua menyalurkan air mani.

Air kencing dan air mani tidak akan bercampur walaupun keluar melalui

salur yang sama(uretra). Ini disebabkan terdapat kelenjar prostat yang

mengawal laluan persimpangan dengan cara mengecut dan

mengendur.

Page 6: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

4. Ginjal

Struktur ginjal manusia

Kedudukan ginjal

Page 7: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

Buah

pinggang

kanan

terletak

ke

bawah

sedikit

dari aras

buah

pinggang

kiri

kerana

hati

menggunakan bahagian yang luas di sebelah kanan abdomen.

Setiap ginjal terdiri daripada lebih sejuta unit berfungsi yang disebut nefron.

Page 8: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

Ciri-ciri ginjal

• Berbentuk biji kacang

• Berwarna merah tua

• Diselaputi oleh lemak yang berfungsi menyangganya

• Ginjal dewasa mempunyai berat sekurang-kurangnya 230 gram, 4 ½ inci

panjang, 2 inci lebar dan 1 ¼ inci tebal.

Page 9: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

FUNGSI-FUNGSI GINJAL

1. Rembesan

Ginjal menapis sejumlah besar bendalir daripada saluran darah. Ia menyingkirkan

sisa bernitrogen, dadah dan toksin daripada badan. Ia juga boleh menyerap semula

bahan yang diperlukan dan mengembalikannya ke dalam darah

2. Mengawal Tekanan Darah

Ginjal menghasilkan enzim renin yang membantu menyelaraskan tekanan turasan

(filtration)

3. Mengekalkan Kepekatan & Isipadu Darah

Ginjal mengawal kandungan baki air dan garam yang terlarut dengan mengekalkan

kepekatan ion dalam bendalir badan dan darah.

4. Kawalan pH

Ginjal mengawal kandungan ion hidrogen dalam darah & sekaligus membantu

mengawal kadar pH dalam badan

5. Kepekatan Sel Darah Merah (Erythrocyte)

Ginjal merembeskan protein hormon erythropoietin yang merangsang penghasilan

sel darah merah.

Page 10: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

3.0 PROSES PEMBENTUKAN AIR KENCING

• Ultraturasan

• Penyerapan semula oleh salur halus kencing.

• Rembesan dari salur halus kencing.

PROSES ULTRATURASAN

Bergantung kepada :

Keterlapan dinding yang memisahkan darah di dalam glomerulus dari lumen

kapsul Bowman

Tekanan tinggi dalam glomerulus

Darah yang mempunyai bahan-bahan kumuh seperti urea disalurkan ke dalam

ginjal melalui arteri renal.

Darah dari arteri renal akan memasukki glomerulus melalui arteriol aferen dan

keluar melalui arteriol eferen

Page 11: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

Oleh sebab diameter arteriol aferen lebih besar daripada arteriol eferen, ini

akan menghasilkan tekanan hidrostatik di dalam glomerulus.

Tekanan yang tinggi ini memaksa cecair dan bahan-bahan terlarut dalam

glomerulus terturas keluar menerusi dinding kapilarinya yang nipis ke dalam

lumen kapsul Bowman.

Bendalir yang terkandung dalam kapsul Bowman dipanggil hasil turasan

glomerulus.

Proses turasan terhasil akibat tekanan ini disebut ultraturasan.

Kandungan hasil turasan glomerulus mempunyai semua komponen darah

yang bermolekul kecil seperti air, glukosa, garam, asid amino, dan urea

kecuali komponen-komponen yang bermolekul besar seperti sel-sel darah dan

protein plasma.

Sebenarnya, daya yang menggerakkan cecair merentas dinding kapilari ialah

tekanan hidrostatik (iaitu tekanan darah) dan tekanan osmosis di dalam

kapilari berbanding dengan kapsul Bowman.

Tekanan hidrostatik merupakan daya yang menolak, manakala tekanan

osmosis merupakan daya yang menarik.

Daya yang menggerakkan plasma merentas dinding kapilari glomerulus

Page 12: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

PROSES PENYERAPAN SEMULA

Proses ini berlaku di sepanjang tubul uriniferus.

Hasil turasan glomerulus dari kapsul Bowman akan mengalir ke dalam tubul

berlingkar proksimal.

Air diserap semula melalui proses osmosis.

Di sini, glukosa,asid amino dan garam mineral diserap semula ke dalam

kapilari darah melalui proses pengangkutan aktif.

Di Liku Henle, 15% air daripada turasan diserap semula melalui proses

Osmosis.

Sedikit garam mineral diserap melalui Pengangkutan Aktif

Di Tubul Liku Distal, peratus air/garam mineral yang diserap ini dikawal oleh

Sistem Endokrin.

Di tubul berlingkar distal, urea dirembeskan secara aktif ke dalamnya.

Air kencing dialirkan ke tubul pengumpul. Air diserap lagi 9%.

Kemudian, air kencing dialirkan ke pundi kencing.

Page 13: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

Komposisi air kencing dalam punfi kencing adalah terdiri daripada kira-kira

96% air, 2% urea, dan asid urik , dan 2% garam natrium, kalium, dan sulfat.

Komposisi plasma darah dibandingkan dengan air kencing

REMBESAN

Suatu proses perembesan atau pengeluaran air kencing.

Bahan yang tidak diperlukan seperti urea,racun,pigmen dan dadah dibiar keluar melalui air kencing.

Bahan yang dirembes termasuklah ion kalium, ion hidrogen, dan bahan lain yang tidak diperlukan.

Strategi rembesan dimanfaatkan untuk mengawal atur pH badan dan menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan.

Urea tidak dirembeskan secara aktif ke dalam tubul ginjal.

Kira-kira separuh daripada urea yang dituras tidak diserap semula tetapi dikumuhkan.

Komposisi Plasma darah (%) Air kencing (%)

Air 90-93 96.0

Urea 0.03 2.0

Asid urik 0.003 0.05

Ammonia 0.0001 0.04

Natrium 0.3 0.6

Klorida 0.37 0.6

Fosfat 0.003 0.12

Page 14: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

Ringkasan Proses pembentukan air kencing

Page 15: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

4.0 PENGURUSAN SISTEM URINARI

Otot di dinding ureter mengecut dan mengetat untuk menghantar air kencing

ke bawah jauh daripada ginjal.

Jika air naik semula ke ginjal maka jangkitan akan berlaku dan merosakkan

ginjal.

Setiap 10-15 saat ureter akan menghantar air kencing ke pundi kencing dalam

jumlah yang sedikit.

Dinding pundi kencing mengembang untuk menyimpan air kencing dan

mengecut untuk membuang air kencing.

Pundi kencing boleh menyimpan 400-500 cm3 air kencing.

Pundi kencing akan dikosongkan apabila isipadunya mencecah kira-kira

200cm3 (proses ini dipanggil Mikturition)

Otot sphincter ialah otot yg membantu menahan air kencing daripada bocor.

Uretra ialah tiub yang membuang air kencing. Otak memberi isyarat untuk otot

pundi kencing mengecut supaya air kencing keluar daripada pundi kencing.

Dalam masa yang sama, otak memberi isyarat kepada otot sphincter untuk

berehat bagi membenarkan air kencing keluar daripada pundi kencing dan ke

uretra.

Page 16: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

5.0 IMBANGAN CECAIR ELETROLIT

Ginjal mempertahankan keseimbangan cecair dalam tubuh dengan

menetapkan jumlah dan bahagian-bahagian cecair di dalam dan sekitar sel.

Dalam keadaan normal, jumlah cecair yang masuk ke dalam tubuh adalah

sama banyak dengan jumlah cecair yang dibuang.

Air dan eletrolit masuk ke dalam tubuh dalam bentuk minuman, cecair dan

makanan.

Air dan eletrolit dibuang oleh tubuh melalui air kencing, peluh, wap air dan

najis.

AIR

Membentuk 2/3 berat tubuh badan manusia

Page 17: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

Fungsi Air:

Pembawa zat-zat nutrisi spt karbohidrat, vitamin dan mineral

Pembawa oksigen ke dalam sel-sel tubuh

Faktor yang mempengaruhi keperluan air dalam tubuh

Senaman – peluh

Persekitaran – cuaca

Keadaan kesihatan – cirit-birit

Hamil/menyusukan bayi

- wanita hamil perlu 2.4 liter (10 cawan) air setiap hari.

- wanita yang menyusukan bayi perlu mengambil 3 liter (12.5 cawan) shari.

Eletrolit

Elektrolit yang terdapat pada cairan tubuh akan berada dalam bentuk ion

bebas (free ions).

Secara umum elektrolit dapat diklasifikasikan menjadi 2 jenis yaitu kation

(+)dan anion(-).

Natrium (Na+)

Dalam bentuk garam seperti natrium klorida (NaCl).

Berfungsi untuk menjaga keseimbangan cairan di dalam tubuh, menjaga

aktiviti saraf , kontraksi otot dan juga akan berperan dalam proses absorpsi

glukosa.

Pada keadaan normal, natrium (Na+) bersama dengan pasangan (terutama

klorida, Cl-) akan memberikan kontribusi lebih dari 90% terhadap efektif

osmolalitas di dalam cairan ekstrasellular.

Page 18: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

Kalium(K+)

Menjaga keseimbangan cairan-elektrolit dan asam basa, pembentukan

glikogen dan sintesis protein.

Bersama dengan kalsium (Ca ) dan natrium (Na ), kalium akan berperan

dalam transmisi saraf, pengaturan enzim dan kontraksi otot.

Hampir sama dengan natrium, kalium juga merupakan garam yang dapat

secara cepat diserap oleh tubuh. Setiap kelebihan kalium yang terdapat di

dalam tubuh akan dikeluarkan melalui urin.

6.0 IMBANGAN ASID-ALKALI

Tahap keasidan/kealkalian diukur mengikut skala pH.

• Asid - ion bercas +ve

• Alkali - ion bercas –ve

• Tubuh hanya menyerap mineral dan nutrisi jika nilai pH seimbang.

SKALA KEPUTUSAN

pH 1-5.5 ASID

pH 6.0-7.5 NEUTRAL

pH 8.0 -14 ALKALI

Page 19: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

Mineral dan sumber asid-alkali

• Mineral berasid termasuklah Klorin, Sulfur & Fosforus

• Cth: Protein daging,ikan ,telur dan minuman ringan

• Mineral beralkali – kalsium, kalium, magnesium & natrium

• Cth: teh, kopi, koko, wain, jus buah & sayur

Asid

Dikeluarkan dari peredaran darah supaya jauh daripada organ-organ utama.

Disimpan dalam lemak.

Tisu yang berasid boleh menyebabkan pening, tekanan dan stress

Asid yg berlebihan boleh menyebabkan

Obesiti

Diabetis

Mempercepatkan proses penuaan

Osteoporosis

Melambatkan pencernaan

Alkali

Meneutralkan asid yang berlebihan.

Keseimbangan asid-alkali penting kerana jika kandungan alkali rendah, badan akn menggunakan nutrisi daripada organ lain utk meneutralkan asid..

Masalah ini akan menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit

Cara meningkatkan kealkalian dalam badan

Senaman

Makan mengikut jenis metabolisme

Jauhi minuman ringan

Page 20: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

Banyakkan makan makanan yang pHnya beralkali

Page 21: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

SOALAN

SOALAN OBJEKTIF

1. Nyatakan organ-organ dan struktur yang membentuk sistem urinari?

  A. Ginjal, pundi kencing, aorta dan korteks.

  B. Ginjal, pundi kencing, ureter dan uretra.

  C. Pundi kencing, paru-paru, usus dan pankreas.

D. Peparu, pankreas, hati dan ureter.

2. Apa itu ureter?

  A. Salur yang menyambungkan pundi kencing ke luar badan.

  B. Saluran yang menyambungkan buah pinggang ke pundi kencing.

  C. Lapisan dalam pundi kencing.

D. Kandungan air kencing yang dikumuhkan.

3. Antara berikut, yang manakah BENAR tentang uretra?

  A. Bagi wanita, panjangnya adalah sekitar 5-7 inci.

B. Salur yang menyambungkan pundi kencing ke luar tubuh.

  C. Tempat menakung air kencing.

D. Kelenjar yang berada dalam sistem urinari.

4. Apakah komponen utama urin?

  A. Air, hempedu dan karbon dioksida.

  B. Air, urea dan ammonia.

  C. Air, korbon dioksida, urea.

D. Air, hidrogen, fosfat.

5. Antara berikut, yang manakah SALAH tentang nefron?

A. Unit berfungsi bagi buah pinggang.

B. Nefron terdiri daripada tiga bahagian iaitu kapsul Bowman, glomerulus

dan tubul pengumpul.

C. Ginjal mempunyai lebih daripada 1 juta nefron.

D. Kedudukannya di dalam korteks.

Page 22: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

SOALAN STRUKTUR

1. Labelkan bahagian yang bertanda X,Y dan Z.

X=

Y=

Z=

2. Labelkan bahagian yang bertanda P,Q,R dan S dan nyatakan fungsinya.

NAMA FUNGSIP

Q

R

S

x

y

z

P

Q

R

S

Page 23: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

3. Rajah di bawah menunjukkan proses pembentukan air kencing. Lengkapkan

carta alir berikut di dalam kotak yang disediakan.

SOALAN ESEI

1. Huraikan 2 proses pembentukan air kencing.

a) Proses Ultraturasan

b) Proses penyerapan semula

x

Y z

Ureters

Uretra

Page 24: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

SKEMA JAWAPAN

OBJEKTIF

Semua B

SUBJEKTIF

1. X=Nefron, Y=Korteks, Z=Medula

2.

NAMA FUNGSIP Ginjal • Mengawal Tekanan Darah

• Menyingkirkan sisa bernitrogen, dadah dan toksin daripada badan

• Mengekalkan Kepekatan & Isipadu Darah • Kawalan pH• Lain-lain yang bersesuaian diterima.

Q Ureters Saluran yang membawa air kencing dari kedua-dua ginjal ke pundi kencing.

R Pundi kencing Organ penakung air kencing

S Uretra Saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar

2. X=Tubul berlingkar proksimal,

Y=Liku Henle,

Z=Tubul berlingkar distal

Page 25: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

ESEI

a) Proses Ultraturasan

Darah yang mempunyai bahan-bahan kumuh seperti urea disalurkan ke dalam ginjal melalui arteri renal.

Darah dari arteri renal akan memasukki glomerulus melalui arteriol aferen dan keluar melalui arteriol eferen

Oleh sebab diameter arteriol aferen lebih besar daripada arteriol eferen, ini akan menghasilkan tekanan hidrostatik di dalam glomerulus.

Tekanan yang tinggi ini memaksa cecair dan bahan-bahan terlarut dalam glomerulus terturas keluar menerusi dinding kapilarinya yang nipis ke dalam lumen kapsul Bowman.

Bendalir yang terkandung dalam kapsul Bowman dipanggil hasil turasan glomerulus.

Kandungan hasil turasan glomerulus mempunyai semua komponen darah yang bermolekul kecil seperti air, glukosa, garam, asid amino, dan urea kecuali komponen-komponen yang bermolekul besar seperti sel-sel darah dan protein plasma.

Page 26: ANATOMI & FISIOLOGI (PJM 3106) : SISTEM URINARI MANUSIA

b) Proses penyerapan semula

Proses ini berlaku di sepanjang tubul uriniferus.

Hasil turasan glomerulus dari kapsul Bowman akan mengalir ke dalam tubul berlingkar proksimal.

Air diserap semula melalui proses osmosis.

Di sini, glukosa,asid amino dan garam mineral diserap semula ke dalam kapilari darah melalui proses pengangkutan aktif.

Di Liku Henle, 15% air daripada turasan diserap semula melalui proses Osmosis manakala sedikit garam mineral diserap melalui Pengangkutan Aktif.

Di Tubul Liku Distal, Peratus air/garam mineral yang diserap ini dikawal oleh

Sistem Endokrin.

Di tubul berlingkar distal, urea dirembeskan secara aktif ke dalamnya.

Air kencing dialirkan ke tubul pengumpul. Air diserap lagi 9%.

Kemudian, air kencing dialirkan ke pundi kencing.

Komposisi air kencing dalam punfi kencing adalah terdiri daripada kira-kira

96% air, 2% urea, dan asid urik , dan 2% garam natrium, kalium, dan sulfat.