pippa.usm bandung.pdf · 2017-06-16 · pippa.usm.my untuk kekal relevan dan berdaya saing,...

2
pippa.usm.my Untuk kekal relevan dan berdaya saing, organisasi tidak dapat mengelak daripada melakukan transformasi. Persoalan yang sering dibangkitkan ialah cara menterjemahkan hala tuju organisasi ke dalam bentuk strategi dan tindakan pada peringkat individu, sekali gus menginstitusikan dan menjadikan transformasi sebagai budaya dalam kalangan anggota organisasi. Dalam konteks ini, kajian* mendapati kebanyakan organisasi tidak mempunyai sistem untuk membantu melaksanakan strategi mereka. Justeru itu, ia menyebabkan hampir 90% dari organisasi gagal melaksanakan dengan jayanya strategi mereka. Malah kajian juga mendapati kurang 10% dari pekerja memahami strategi organisasi mereka. Tanpa memahami strategi tidak mungkin mereka dapat mengaitkan aktiviti harian mereka dengan kepentingan menjayakan misi organisasi. RM 5500 * Tambang penerbangan KL-BDO-KL penginapan 5h4m, sarapan pagi, makan tengahari, makan malam semasa program dan sijil oleh Universiti Sains Malaysia 21-25 Ogos 17 | Bandung Transformasi Organisasi Melalui Tadbir Urus Bersepadu 21-25 Ogos 17 | Bandung Transformasi Organisasi Melalui Tadbir Urus Bersepadu TUBE© dirangka khusus untuk membantu peserta membangunkan pelan transformasi dengan menggunakan pendekatan TUBE©. Pendekatan TUBE© dibangunkan berasaskan kerangka berasaskan hasil (outcome based) dengan kandungan program menjurus kepada membantu menyediakan penyelesaian menyeluruh dan sistematik mencakupi peringkat organisasi (makro) dan individu (mikro). Dengan kata lain program ini memberi panduan untuk menterjemahkan visi dan misi organisasi kepada tindakan peringkat individu. Matlamat Program Pada akhir program ini, peserta akan dapat; • Memahami keperluan dan kepentingan proses transformasi organisasi • Mengenalpasti elemen penting dalam melaksanakan transformasi organisasi • Memahami konsep dan proses pelaksanaan pendekatan TUBE © • Menguasai teknik TUBE © dalam merangka pelan transformasi di peringkat organisasi dan individu Kandungan • Organisasi dan tuntutan perubahan + Model perubahan • Kerangka pendekatan dan teknik TUBE © • Merangka dan menghubungkaitkan halatuju organisasi dan peranan individu • Elemen High-Tech dan High-Touch dari dimensi TUBE © • Mengaplikasikan teknik dalam merangka pelan tindakan peringkat organisasi dan individu Metodologi Program ini menggunakan gabungan kaedah ceramah, perbincangan kumpulan, kajian kes dan ujian/analisis inventori. * Kaplan & Norton (2006), The Execution Premium : Linking Strategy to Operations for Competitive Advantage, Harvard Business Press. Testimoni peserta TUBE © ................................................................................................ “TUBE© telah memberi saya satu suntikan baru dalam menghadapi cabaran sebagai penjawat awam. Satu pengalaman yang bermakna dan memberi saya peluang untuk menambah ilmu terutama cabaran untuk melaksanakan transformasi.” Zairin Hafiza Zulkepli Ketua Penolong Setiausaha KETTHA “Saya merasakan kursus ini memberikan manfaat dan mendalami pengurusan serta tadbir urus yang baik di dalam sektor awam kursusnya bagi melahir dan menjayakan agenda tranformasi berimpak tinggi. Intipati kursus menyedarkan saya tentang elemen-elemen penting yang perlu diberikan perhatian di dalam menzahirkan tadbir urus yang baik dan bersepadu.K ursus ini ‘highly recommended’ untuk dihadiri oleh semua kakitangan pengurusan di sektor awam. Penceramahnya juga hebat dengan pembentangan topiknya. Anda pasti mendapat manfaat". Tan Phang Chia Pengurus Perkeso Miri, PERKESO “Sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam saya perlu melakukan perancangan dan membuat keputusan ketika menyempurnakan tugasan yang telah diberikan. Saya sering bergantung kepada pengalaman yang lepas, untuk melakukan sesuatu penambahbaikan. Saya sedar bahawa itu bukanlah satu pendekatan yang strategik. Melalui program latihan anjuran PIPPA, mendidik saya agar senantiasa memikirkan sesuatu yang kreatif dan inovatif semasa merancang masa depan, memilih strategi, merangka proses dan yang paling penting menghubungkaitkan antara misi organisasi dan tugas seharian. Pendekatan ini sangat diperlukan saya untuk melonjakkan prestasi kerja ke arah mencapai matlamat organisasi.” Suhana Mohd Ghazali Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Kualiti Majlis Perbandaran Sepang,

Upload: others

Post on 07-Mar-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pippa.usm Bandung.pdf · 2017-06-16 · pippa.usm.my Untuk kekal relevan dan berdaya saing, organisasi tidak dapat mengelak daripada melakukan transformasi. Persoalan yang sering

pippa.usm.my

Untuk kekal relevan dan berdaya saing, organisasi tidak dapat mengelak daripada melakukan transformasi. Persoalan yang sering dibangkitkan ialah cara menterjemahkan hala tuju organisasi ke dalam bentuk strategi dan tindakan pada peringkat individu, sekali gus menginstitusikan dan menjadikan transformasi sebagai budaya dalam kalangan anggota organisasi. Dalam konteks ini, kajian* mendapati kebanyakan organisasi tidak mempunyai sistem untuk membantu melaksanakan strategi mereka. Justeru itu, ia menyebabkan hampir 90% dari organisasi gagal melaksanakan dengan jayanya strategi mereka. Malah kajian juga mendapati kurang 10% dari pekerja memahami strategi organisasi mereka. Tanpa memahami strategi tidak mungkin mereka dapat mengaitkan aktiviti harian mereka dengan kepentingan menjayakan misi organisasi.

RM5500* Tambang penerbangan KL-BDO-KL penginapan 5h4m, sarapan pagi, makan tengahari, makan malam semasa program dan sijil oleh Universiti Sains Malaysia

21-25 Ogos 17 | Bandung

Transformasi OrganisasiMelalui Tadbir Urus

Bersepadu21-25 Ogos 17 | Bandung

Transformasi OrganisasiMelalui Tadbir Urus

Bersepadu21-25 Ogos 17 | Bandung

Transformasi OrganisasiMelalui Tadbir Urus

Bersepadu21-25 Ogos 17 | Bandung

Transformasi OrganisasiMelalui Tadbir Urus

Bersepadu

TUBE© dirangka khusus untuk membantu peserta membangunkan pelan transformasi dengan menggunakan pendekatan TUBE©. Pendekatan TUBE© dibangunkan berasaskan kerangka berasaskan hasil (outcome based) dengan kandungan program menjurus kepada membantu menyediakan penyelesaian menyeluruh dan sistematik mencakupi peringkat organisasi (makro) dan individu (mikro). Dengan kata lain program ini memberi panduan untuk menterjemahkan visi dan misi organisasi kepada tindakan peringkat individu.

Matlamat Program

Pada akhir program ini, peserta akan dapat;

• Memahami keperluan dan kepentingan proses transformasi organisasi

• Mengenalpasti elemen penting dalam melaksanakan transformasi organisasi

• Memahami konsep dan proses pelaksanaan pendekatan TUBE ©

• Menguasai teknik TUBE © dalam merangka pelan transformasi di peringkat organisasi dan individu

Kandungan• Organisasi dan tuntutan perubahan + Model perubahan

• Kerangka pendekatan dan teknik TUBE ©

• Merangka dan menghubungkaitkan halatuju organisasi dan peranan individu

• Elemen High-Tech dan High-Touch dari dimensi TUBE ©

• Mengaplikasikan teknik dalam merangka pelan tindakan peringkat organisasi dan individu

Metodologi

Program ini menggunakan gabungan kaedah ceramah,

perbincangan kumpulan, kajian kes dan ujian/analisis inventori.

* Kaplan & Norton (2006), The Execution Premium : Linking Strategy to Operations for Competitive Advantage, Harvard Business Press.

Testimoni peserta TUBE ©

................................................................................................

“TUBE© telah memberi saya satu suntikan baru dalam menghadapi cabaran sebagai penjawat awam. Satu pengalaman yang bermakna dan memberi saya peluang untuk menambah ilmu terutama cabaran untuk melaksanakan transformasi.”

Zairin Hafiza ZulkepliKetua Penolong Setiausaha KETTHA

“Saya merasakan kursus ini memberikan manfaat dan mendalami pengurusan serta tadbir urus yang baik di dalam sektor awam kursusnya bagi melahir dan menjayakan agenda tranformasi berimpak tinggi. Intipati kursus menyedarkan saya tentang elemen-elemen penting yang perlu diberikan perhatian di dalam menzahirkan tadbir urus yang baik dan bersepadu.K ursus ini ‘highly recommended’ untuk dihadiri oleh semua kakitangan pengurusan di sektor awam. Penceramahnya juga hebat dengan pembentangan topiknya. Anda pasti mendapat manfaat".

Tan Phang ChiaPengurus Perkeso Miri, PERKESO

“Sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam saya perlu melakukan perancangan dan membuat keputusan ketika menyempurnakan tugasan yang telah diberikan. Saya sering bergantung kepada pengalaman yang lepas, untuk melakukan sesuatu penambahbaikan. Saya sedar bahawa itu bukanlah satu pendekatan yang strategik. Melalui program latihan anjuran PIPPA, mendidik saya agar senantiasa memikirkan sesuatu yang kreatif dan inovatif semasa merancang masa depan, memilih strategi, merangka proses dan yang paling penting menghubungkaitkan antara misi organisasi dan tugas seharian. Pendekatan ini sangat diperlukan saya untuk melonjakkan prestasi kerja ke arah mencapai matlamat organisasi.”

Suhana Mohd GhazaliPenolong Pengarah, Bahagian Kawalan KualitiMajlis Perbandaran Sepang,

Page 2: pippa.usm Bandung.pdf · 2017-06-16 · pippa.usm.my Untuk kekal relevan dan berdaya saing, organisasi tidak dapat mengelak daripada melakukan transformasi. Persoalan yang sering

Centre for Innovation and Productivity in Public AdministrationLevel 2, TORAY Building, Universiti Sains Malaysia11800 USM, Penang, Malaysia

Phone : +604.653.6058 +604.653.6056Fax : +604.653.6060

Isi borang di bawah.Bil Nama Jawatan Tel. bimbit Emel

Maklumat Pentadbiran:

ORGANISASI : PEGAWAI MELULUSKAN :

ALAMAT :

TEL : FAKS : E-MEL :

Bagaimana memohon?

• Bayaran boleh dibuat melalui Cek I Pesanan Kerajaan I Draf Bank atas nama USAINS HOLDING SDN. BHD. dan hantar ke: Pusat Inovasi & Produktiviti Pentadbiran Awam, Level 2, Bangunan Toray, USM, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.

• PIPPA berhak meminda jadual serta kandungan program tanpa sebarang notis awal. Yuran adalah tertakluk di bawah terma dan syarat digariskan dalam Polisi Pendaftaran PIPPA.

• Caj 100% akan dikenakan terhadap sebarang pembatalan selepas surat pengesahan penyertaan dikeluarkan oleh pihak penganjur.

• Pihak PIPPA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tempahan tiket penerbangan, penginapan yang dibuat sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh pihak penganjur.

pippa.usm.my

CENTRE FOR INNOVATION AND PRODUCTIVITY IN PUBLIC ADMINISTRATIONPUSAT INOVASI DAN PRODUKTIVITI PENTADBIRAN AWAM

U N I V E R S I T I S A I N S M A L A Y S I A

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .Simpan bahagian ini dan fakskan kepada PIPPA

1 Ogos 2017Tarikh Tutup

Siapa Patut Hadir• Pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gred 41- 54 • Penyelia kumpulan pelaksana Gred 27-40

• Individu yang berminat

PemudahcaraDr. Musa Ali ialah Pengasas dan Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia. Telah menghasilkan empat buah buku antaranya ‘Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam’ yang dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada 2008 dan “Transformasi Organisasi: Konsep dan Teknik Pelaksanaan.” (2015). Pada tahun 2016, buku beliau “Organisational Transformation :Concepts and Implementation Techniques” diterbitkan bersama Educational Competencies Consortium (ECC), UK. ‘MyCPD’ sistem pembelajaran sepanjang hayat yang beliau asaskan telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 2008. Pada tahun 2008 juga beliau telah dianugerahkan biasiswa oleh Centre for Creative Leadership, Amerika Syarikat dan adalah certified facilitator untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS®. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai perunding sumber manusia sebuah jabatan kerajaan di Australia dan terlibat dalam membangunkan kerangka kompetensi untuk jabatan berkenaan. Antara sumbangan besarnya ialah menjadi penggerak utama kepada pembangunan sistem penjajaran sumber manusia ialah HCMS, MyCPD, MyTalent, MyWorkProfiling dan yang terbaru MySO-KFA. Sejak 2015 beliau dilantik sebagai felo pelawat di CED4 -System Dynamics Group, University of Palermo, Itali. Di samping itu beliau juga dilantik sebagai Panel Penasihat Institute of Local Government, Universiti Utara Malaysia, Panel Penilai Bebas Indeks SSR ,MAMPU, Jabatan Perdana Menteri dan Adjunct Professor (Talent Management), DRB-Hicom University.

SOARINGUPWARDS

Hubungi kami +604.653.6058

Faks ke +604.653.6060

Emelkan ke [email protected]

“Kursus ini telah memberikan pencerahan yang baik kepada metodologi – metodologi berasaskan kajian dan penyelidikan ke atas aspek tadbir organisasi.”

Fikriah Bt Hj Abd RahmanTimbalan Pengarah,Jabatan Akauntan Negara

“Saya telah memperolehi banyak pengalaman dan pengetahuan baru semasa mengikuti program ini. Apa yang istimewanya kita diberi satu pendekatan kompetensi yang amat menarik dan bermanfaat.Tahniah team PiPPA.”

Mohd Izwan Bin MahmudPegawai Teknologi MaklumatJabatan Perdana Menteri

Testimoni peserta TUBE ©