arkib : 31/03/2014 - · pdf filejerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka,...

130

Upload: ngodieu

Post on 08-Feb-2018

289 views

Category:

Documents


37 download

TRANSCRIPT

Page 1: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,
Page 2: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

1

ARKIB : 31/03/2014

Hutan bukan sekadar kehijauan

Oleh LAUPA JUNUS dan ASHRIQ FAHMY AHMAD

DR. James Dawos Mamit menanam sebatang pokok sebagai sebagai simbolik acara perasmian.

"Spesies yang terkandung dalam hutan terutamanya hutan primer adalah satu aset yang perlu dipulihara. “Meskipun kita menggantikan pokok yang kita ambil dalam hutan berkenaan dan menanamnya semula, tidak mungkin kita dapat pokok yang sama.’’

Demikian pesanan ringkas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. James Dawos Mamit sempena Pelancaran Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 2014 baru-baru ini.

Bagi mana-mana pencinta alam sekitar, mereka mementingkan kehijauan yang datang daripada pokok dan spesies hutan kerana itulah aset dan khazanah sumber semula jadi yang kita dimiliki.

Bagi James, masyarakat perlu menjaga khazanah itu, daripada laut sehingga ke gunung, tetapi hutan bukan sekadar kehijauan.

Majlis sambutan di peringkat FRIM merupakan susulan kepada sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2014 yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 21 Mac lalu dengan tema Hutan Untuk Kesejahteraan.

Page 3: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

2

Oleh sebab itulah, sambutan hari hutan bukan hanya menghargai sumber semula jadi tetapi seperti hutan tetapi juga memastikan kelangsungan hidup manusia, dan sebagai jantung kepada dunia yang kita miliki.

Menurut James, Malaysia amat bertuah dianugerahi sumber hutan yang asli, kaya dengan flora dan fauna yang bukan sahaja menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosioekonomi, malah menjana sumber kekayaan.

“Tanpa penjagaan hutan yang baik, kawasan tadahan air akan terjejas cuaca menjadi semakin panas dan kualiti udara merosot," katanya.

Ketika dunia berdepan dengan pelbagai masalah alam sekitar seperti pelepasan karbon, jerebu, masalah air bersih, kebakaran hutan, hutan menjadi satu-satunya aset yang dapat membantu mengurangkan beban penduduk dunia berdepan situasi tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain konsep pelancongan alam sekitar atau ekopelancongan yang diperkenalkan sebelum ini, bio pelancongan juga wajar diketengahkan. Konsep tersebut merujuk kepada kawasan hutan dikekalkan keasliannya dan hanya dibina dengan kemudahan minimum untuk dilawati.

Beliau menjelaskan, ekopelancongan adalah kunjungan ke kawasan hutan belum ada gangguan atau sebarang aktiviti manusia yang menjejaskan keasliannya manakala biopelancongan memerlukan pembinaan sedikit kemudahan untuk pengunjung seperti laluan pejalan kaki, wakaf dan calet.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, lima negeri yang mempunyai kawasan hutan yang popular di negara ini khususnya yang telah diwartakan sebagai taman negara dan menjadi tumpuan perlu memanfaafkan aset tersebut sebagai produk pelancongan.

Lima negeri terbabit ialah Johor, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Negeri berkenaan sering menjadi tumpuan konsep pelancongan inap desa (homestay) kerana memiliki hutan yang menarik minat pelancong asing.

Sempena program tersebut, beliau merakamkan penghargaan kepada FRIM kerana kejayaannya menjalankan pelbagai penyelidikan yang meningkatkan nilai kayu.

“Dalam hutan kita ada ini pokok balak dan FRIM telah banyak menjalankan penyelidikan berkaitan teknologi kayu.

“Sebagai contoh, menggunakan teknologi tersebut, kayu getah boleh dijadikan kayu struktur dengan meningkatkan ketumpatannya manakala terdapat kayu yang boleh dilenturkan dengan tujuan tertentu khususnya sebagai bahan binaan.

Page 4: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

3

Sesungguhnya kata beliau, hutan telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada kehidupan manusia dalam aspek sosial atau ekonomi.

Hutan menjadi penstabil kepada alam sekitar, menyimpan kelembapan dan sumber oksigen. Kejadian jerebu dan pembakaran hutan baru-baru ini melibatkan 1,478 kawasan memberi khabar buruk kepada kita bahawa sebahagian asset tersebut telah terjejas.

Sementara itu, Ketua Pengarah, FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata, hampir 52 peratus spesies flora di negara ini hampir pupus atau terancam.

Ujarnya, jika tiada tindakan yang diambil segera kemungkinan jumlah tersebut akan terus meningkat saban tahun.

“Kebanyakan flora yang terancam ini memiliki nilai farmaseutikal yang tinggi yang mana masih banyak belum kita terokai.

“Malah, pelbagai pesies fauna kita juga turut diancam kepupusan, sebagai contoh kumbang tanduk yang dahulu sering kita katakan sebagai serangga perosak bagi pokok kelapa sawit kini sedang terancam kerana serangga ini diseludup keluar dan dijual pada kadar harga yang tinggi, iaitu sekitar sehingga RM300 seekor untuk dijadikan koleksi, '' katanya ketika berucap pada majlis Penghargaan Media di FRIM, Kepong , Selangor baru-baru ini.

Jelasnya lagi, majoriti sumber makanan juga pada asalnya berasal daripada hutan justeru kawasan hijau tersebut perlu terus dipulihara dan dikekalkan.

“Tanggungjawab memelihara khazanah negara ini tidak hanya berada di bahu FRIM semata-mata, malah masyarakat di negara ini, agensi seperti FRIM pasti tidak akan berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik tanpa sokongan orang ramai," katanya.

Beliau berkata, selain menjadi habitat kepada kepelbagaian biologi dan sinki karbon, hutan juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air yang kebiasannya dirujuk kepada sepan penyerap air hujan

Air hujan yang diserap itu dituras dan dialirkan ke dalam sungai bagi memastikan bekalan air bersih yang kemudian dikeluarkan sebagai mata air atau dibebaskan dalam bentuk wap ke atomosfera.

Tegas beliau, pembukaan hutan yang tidak dirancang dan pengurusan yang tidak mampan menjejaskan sumber air, perubahan iklim dan cuaca panas dan mengakibatkan hakisan tanah dan banjir.

Dalam pada itu beliau berkata, pengenalan Symbiosis iaitu program Keusahawanan Siswazah menerusi kerjasama Malaysia Technology Development Corporatioan

Page 5: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

4

(MTDC) berjaya membangunkan 10 syarikat terbitan yang memanfatakan teknologi daripada FRIM.

FRIM juga berjaya membentuk kaedah inovatif dalam memulihara hutan terosot dan bakau bagi perlindungan pesisiran pantai daripada hakisan serta bencana alam

Usaha tersebut telah dijalankan di kawasan bekas lombong bijih timah di Bidor Perak, dan penghijauan sebahagian kawasan Paya Indah Wetlands.

Kampus FRIM di Kepong juga telah diiktiraf sebagai tapak warisan semula jadi negara dan warisan kebangsaan.

“Kawasan FRIM merupakan hutan buatan manusia yang menjadi pusar rujukan antarabangsa sebagai model penghutanan semula kawasan bekas lombong selain menyimpan 20 peratus spesies terancam dan hampir pupus di negara ini.

Page 6: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

5

ARKIB : 27/03/2014

Berusaha mengurangkan kesan bencana

Oleh M. JASNI MAJED

PENDEDAHAN oleh Pengarah Khidmat Korporat dan Komersial Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip bahawa cuaca panas akan kembali melanda negara bermula Ogos sehingga ke tahun hadapan, membawa implikasi yang hujan lebat di beberapa kawasan sekarang bukan petanda kita sudah boleh selesa.

Masalah jerebu dan krisis air nampaknya belum berakhir.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred sendiri mengesahkan bahawa catuan air akan diteruskan di Lembah Klang sehingga ke satu tarikh baharu dan menggesa orang ramai supaya terus menjimatkan penggunaan air.

Walaupun hujan pada pertengahan Mac berjaya meningkatkan sedikit paras air di Sungai Selangor, apa yang dapat kita lihat sekarang, cuaca panas sudah kembali melanda di sesetengah negeri.

Langit bersih dan tidak ada tanda-tanda hendak hujan. Kalau ada mendung pun, hujan tidak turun. Kadang-kadang guruh berdentum tetapi hujan tidak jadi.

Nampaknya proses pembenihan awan perlu dilakukan semula.

Cuaca panas kering dan krisis air bukan hanya memberi masalah kepada penduduk bandar.

Dalam sektor pertanian, para petani menghadapi kesukaran sekiranya tiada hujan. Terusan akan mengalami penyusutan dan tidak dapat mengalirkan air ke sawah seperti biasa.

Lazimnya, petani-petani di Kedah dan Perlis sudah mula mengerjakan sawah untuk musim pertama tetapi sampai sekarang sawah masih kering-kontang.

Cuaca kering tentunya akan melambatkan proses penanaman padi dan secara tidak langsung akan menjejaskan pendapatan petani dan negara.

Pada awal 80-an, Empangan Muda pernah tidak dapat membekalkan air ke sawah. Akibatnya petani tidak dapat mengusahakan sawah dua kali sedangkan tanaman padi dua kali setahun sudah bermula sejak 1966.

Page 7: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

6

Maka pelbagai kerja sampingan disediakan oleh pihak kerajaan untuk menampung kos hidup para petani ketika itu antaranya memberi upah membersih dan memperdalam parit.

Dalam keadaan sekarang, para petani harus bersedia dengan segala macam kemungkinan jika kadar hujan yang turun tidak dapat memenuhi keperluan bidang pertanian.

Kita tentunya menyambut baik cadangan JMM untuk menghantar kakitangannya menjalani kursus di Jepun memandangkan Jepun mempunyai kemahiran dalam pengurusan bencana.

Negara kita pernah mengalami bencana banjir besar di Pahang dan kemarau serta cuaca panas. Jadi kita sudah mempunyai pengalaman untuk berdepan dengan bencana.

Usaha mengelak bencana adalah sesuatu yang mustahil tetapi usaha mengurangkan kesan bencana boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah.

Krisis air yang berlaku boleh ditangani dengan langkah menjimatkan air setiap masa. Usaha mengurangkan risiko bahaya banjir boleh ditangani dengan usaha mendalam dan melebar parit dan sungai.

Pencemaran sungai mesti dielakkan agar aliran air lancar dan tidak tersekat-sekat. Tanah runtuh pula boleh dikurangkan risikonya dengan mengurangkan penebangan hutan dengan cara yang tidak terkawal.

Jerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan.

Jadi, apabila diramal bahawa cuaca panas akan berlaku semula di negara kita bermula Ogos nanti, persediaan mesti dilakukan sejak sekarang dan bukannya menunggu waktu itu mendahului kita.

Page 8: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

7

ARKIB : 22/03/2014

Jerebu: 28 kawasan catat IPU sederhana, 24 baik

KUALA LUMPUR 22 Mac - Sebanyak 28 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, manakala 24 kawasan merekodkan bacaan baik, tengah hari ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 1 petang ini, antara kawasan catat IPU sederhana ialah Muar dengan bacaan 58; Alor Setar (63); Langkawi (66); Bandaraya Melaka (53); Port Dickson (87); Perai (77); Miri (57); Pelabuhan Klang (60); Petaling Jaya (55); Shah Alam (70); dan Putrajaya (59). Antara kawasan catat IPU baik pula ialah Kota Tinggi dengan bacaan 31, Larkin Lama (42), Jerantut (37) dan Kuala Terengganu (24).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

Sementara itu, tiada perubahan suhu yang mendadak ketika fenomena ekuinoks yang dijadual berlaku di Malaysia pada 29 Mac dan 15 Sept ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail.

"Ekuinoks tak beri kesan yang besar terhadap suhu ketika fenomena tersebut berlaku kerana perubahan suhu banyak dipengaruhi oleh pergerakan angin, hujan dan beberapa faktor lain.

"Mungkin ada peningkatan suhu sebanyak satu atau dua darjah celsius pada hari berlakunya ekuinoks, namun ia masih normal dan tidak memberi kesan besar secara keseluruhannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Fenomena ekuinoks dijangka berlaku pada 1.20 tengah hari (29 Mac) dan 1.10 petang (15 September) apabila matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengah hari. - BERNAMA

Page 9: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

8

ARKIB : 17/03/2014

Skuad Pantas MPK tangani hutan terbakar

KUALA LUMPUR 16 Mac - Pasukan Tindakan Segera (Pantas) Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasa,Andry Arman Masrom mempergiatkan operasi memantau kebakaran hutan sekitar Johan Setia, Klang bagi menghalang ia merebak ke lokasi baharu di kawasan itu.

Pengarah Jabatan Korporat Dan Kemasyarakatan MPK, Zaireezal Ahmad Zainuddin berkata, hasil siasatan dan pemantauan yang dijalankan mendapati ia berpunca daripada pembakaran oleh peneroka haram yang menjalankan aktiviti mereka selain faktor cuaca kering juga menyebabkan kebakaran mudah merebak ke kawasan berhampiran.

“Walaupun api merebak dengan begitu cepat, ia berjaya dikawal oleh skuad Pantas MPK bersama pihak bomba dan kerjasama ini banyak membantu operasi memadam agar ia tidak merebak dan mengelakkan skala kebakaran menjadi lebih besar.

“Dalam masa yang sama,orang ramai juga harus waspada dengan situasi terkini jerebu yang berada di tahap membimbangkan dan dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti luar rumah yang boleh menjejaskan kesihatan masing-masing kelak"katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Tambahnya, penduduk juga dilarang melakukan pembakaran secara terbuka kerana ia mengakibatkan keadaan jerebu bertambah buruk .

Page 10: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

9

ARKIB : 22/04/2014

Sertai ops jerebu 28 hari tanpa henti

Oleh TERMIZI CHE ANUAR

ABDUL Rahman (duduk kanan) bersama rakan-rakan ketika menunggu untuk menaiki kapal bagi membantu memadam kebakaran di Indonesia.

PENGALAMAN terlibat operasi memadam kebakaran di Indonesia dalam Operasi Jerebu pada 1997 meninggalkan kenangan kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Abdul Rahman Abu Hassan sepanjang 36 tahun berkhidmat dalam pasukan Bomba dan Penyelamat.

Operasi yang memakan masa selama 28 hari tanpa henti itu menuntut setiap anggota yang bertugas untuk mempunyai kekuatan mental dan fizikal mantap memandangkan kawasan kebakaran yang dihadapi itu amat luas.

Namun, berkat latihan serta pengalaman yang diperoleh sepanjang bertugas sebagai ahli bomba banyak membantunya.

Pada ketika itu, keadaan jerebu di Malaysia semakin meruncing sehingga ada kawasan yang diisytiharkan darurat akibat pembakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Page 11: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

10

Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu menyelesaikan masalah jerebu yang ketika itu berada pada tahap amat berbahaya dengan segera.

Mujurlah, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika itu, Datuk Dr. Soh Chai Hock mencadangkan untuk menghantar pasukan pemadam api dari Malaysia ke Indonesia yang dinamakan Operasi Jerebu.

Abdul Rahman yang ketika itu baru setahun dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Ahli Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah telah dipanggil untuk menyertai operasi tersebut.

“Saya diberitahu nama saya terpilih untuk menyertai operasi itu pada pukul 2.45 petang dan diminta berkumpul semula dengan membawa segala kelengkapan pada pukul 6 petang.

“Selepas itu, saya bersama rakan-rakan telah dibawa ke Shah Alam seterusnya ke Pelabuhan Klang Utara untuk menaiki dua buah kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada pukul 10.45 malam," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, kapal itu tiba di Pelabuhan Dumai pada pukul 4 petang keesokan harinya sebelum dipecahkan dalam kumpulan kecil seramai 95 anggota bomba.

Katanya lagi, bagaimanapun ketibaan itu sedikit terganggu apabila Tentera Nasional Indonesia (TNI) mahu memeriksa kapal itu terlebih dahulu sebelum dibenarkan berlabuh bagi memastikan tiada anggota tentera terlibat.

“Kumpulan saya telah ditugaskan untuk memadamkan api di sekitar kawasan Bengkalis, Riau termasuk Bukit Timah, Minas, Dumai dan Jurong.

“Sepanjang operasi itu dijalankan, kumpulan kami dijaga serta diperhati oleh lima anggota TNI," jelasnya.

Katanya lagi sepanjang operasi yang berjalan selama 28 hari itu juga memberi banyak pengalaman berharga kepada anggota yang terlibat.

Antaranya, ancaman terjerumus ke dalam 'lubang maut' di mana-mana iaitu lubang tanah gambut yang masih mempunyai api membara.

“Tidur selama 28 hari di dalam khemah di tengah padang merupakan antara pengalaman yang agak sukar dilupakan malah bertembung dengan haiwan berbisa dan ganas juga seolah-olah menjadi rutin sepanjang operasi tersebut.

“Walaupun kami berdepan dengan pelbagai masalah lain termasuk kekurangan peralatan bersesuaian dan kekurangan sumber air, namun masalah jerebu itu diselesaikan selepas 28 hari," ujarnya.

Page 12: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

11

ARKIB : 17/03/2014

Tindakan tegas jika bakar sampah secara terbuka

KOTA KINABALU 16 Mac - Meskipun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini masih terkawal, namun orang ramai diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak membuat sesuatu yang boleh menjejaskan kualiti udara.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri ini dalam kenyataannya berkata, aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah sarap di kawasan taman perumahan dan penempatan, membuat unggun api semasa memancing, memburu, berkelah atau aktiviti lain seumpama itu di kawasan hutan atau di kawasan tanah gambut adalah ditegah.

Selain itu katanya, orang ramai juga disarankan untuk tidak membuang puntung rokok di merata-rata tempat seperti di kawasan rumput kering sepanjang tepi jalan raya, padang rumput, belukar dan tapak pelupusan sampah.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu memantau tapak pelupusan sampah di daerah masing-masing bagi memastikan tidak berlaku pembakaran terbuka," kata kenyataan itu di sini semalam.

Tambah kenyataan itu, petani yang mengamalkan pertanian tradisional perlu mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka ke atas sisa pertanian seperti jerami, padi, rumput kering dan seumpamanya sepanjang musim jerebu ketika ini.

Menurutnya, syarikat perladangan dan premis industri adalah dilarang sama sekali melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sisa pertanian atau industri mereka, manakala penduduk tempatan tidak boleh membakar sampah kerana semua longgokan sampah itu akan dikutip oleh kontraktor yang dilantik oleh PBT.

Katanya, pihak pemaju dan kontraktor di tapak pembinaan juga dikehendaki mengambil tindakan untuk mengurangkan pelepasan habuk akibat kerja tanah dan kawasan yang dilalui oleh kenderaan perlu dibasahkan dengan lebih kerap.

Sehubungan itu katanya, rondaan daripada pihak jabatan akan dipertingkatkan khususnya di kawasan mudah terbakar yang telah dikenal pasti di seluruh negeri ini.

“JAS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa juga yang didapati bersalah melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka secara sengaja," kata ke-nyataan itu.

Page 13: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

12

ARKIB : 17/03/2014

Jerebu: Sekolah dibuka hari ini

PETALING JAYA 16 Mac - Kesemua 202 buah sekolah yang ditutup akibat jerebu sejak Jumaat lepas diarah dibuka semula seperti biasa esok.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini adalah selamat dan semua aktiviti sekolah boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun pengetua dan guru besar di seluruh negara diminta mematuhi pekeliling mengenai jerebu yang dikeluarkan kementeriannya awal bulan ini.

"Jangan tunggu hingga IPU mencecah 200. Malahan arahan telah dikeluarkan kepada semua sekolah, sebaik saja IPU mencecah 100, bagi kanak-kanak dengan penyakit dan masalah bernafas, guru-guru diminta jangan libatkan mereka dengan aktiviti luar.

"Sebaik saja IPU mencecah 150, arahan ialah memberitahu sekolah bahawa tidak ada aktiviti luar dibenarkan bagi semua orang," katanya ketika ditemui dalam majlis Marathon Tarian anjuran Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan sempena Hari Buah Pinggang Sedunia di sini hari ini.

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengarahkan semua sekolah ditutup jika bacaan IPU melebihi 200 iaitu bacaan sangat tidak sihat.

Minggu lalu, Jabatan Pelajaran Selangor mengarahkan semua 131 sekolah di daerah Klang dan 71 sekolah di daerah Kuala Langat ditutup serta-merta pada Jumaat ekoran bacaan IPU sangat tidak sihat di dua daerah itu.

Kamalanathan juga mengarahkan pihak sekolah sentiasa peka dengan kualiti udara di kawasan masing-masing.

''Walaupun bacaan IPU dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mungkin menunjukkan bacaan kategori sihat di laman sesawangnya, di kawasan mereka mungkin tidak sihat,'' kata beliau. - BERNAMA

Page 14: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

13

ARKIB : 16/03/2014

Kempen PRK Kajang lesu kerana jerebu, kehilangan MH370

KAJANG 16 Mac - Kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang disifatkan kurang terasa bahangnya oleh penduduk disebabkan keadaan jerebu dan isu kehilangan pesawat MH370 yang menggemparkan rakyat di negara ini.

Berbanding kebanyakan pilihan raya yang meriah dengan 'perang poster' dan bendera, keadaan di Kajang masih lesu, namun dijangka bertambah rancak menjelang hari pengundian pada 23 Mac ini.

Dari segi kempen, program tinjauan mesra dan lawatan rumah ke rumah giat djalankan oleh kedua-dua jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), diikuti ceramah politik di sebelah malam.

Bagaimanapun, ceramah pada sebelah malam, baik anjuran BN mahupun PR, dilihat kurang menggalakkan, mungkin disebabkan kebanyakan penduduk lebih rela berehat di rumah atas faktor cuaca panas dan jerebu.

Malah, ada juga dalam kalangan penduduk memilih untuk mengikuti perkembangan isu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak seminggu lepas melalui kaca televisyen dari semasa ke semasa di rumah mereka. - BERNAMA

Page 15: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

14

ARKIB : 15/03/2014

Jerebu: 60,000 tidak sihat di Riau

Gambar bertarikh 27 Februari lalu, menunjukkan jerebu menyelubungi ruang udara sebatang jalan utama di Pekanbaru, wilayah Riau, Indonesia. - AFP

JAKARTA 14 Mac - Lebih 60,000 penduduk di wilayah Riau mengalami masalah kesihatan termasuk kesukaran bernafas sejak jerebu melanda kawasan tersebut awal bulan ini, pencemaran udara paling teruk melanda kawasan itu sejak krisis jerebu melanda rantau Asia Tenggara Jun tahun lalu.

Laman web akhbar The Guardian memetik laporan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), imej satelit yang berjaya dirakam oleh agensi berkenaan memaparkan hampir keseluruhan ruang udara Riau diselubungi jerebu tebal.

Kebanyakan kebakaran besar berlaku di kawasan tanah gambut dan menghasilkan kepulan asap tebal dipenuhi dengan karbon dioksida yang menyumbang kepada perubahan iklim.

Global Forest Watch, agensi yang bertanggungjawab dalam memantau kejadian kebakaran hutan minggu lalu melaporkan, aktiviti pembakaran hutan dilakukan bagi tujuan perladangan.

Menurutnya, kira-kira separuh daripada kawasan yang dibakar berlaku di atas tanah yang diuruskan oleh syarikat-syarikat pembalakan dan kelapa sawit.

Page 16: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

15

Jerebu teruk itu turut memaksa penutupan Lapangan Terbang Sultan Syarif di Pekanbaru, Riau, kata jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho.

Selain itu, pihak berkuasa di Riau turut mengarahkan sekolah-sekolah ditutup dan menasihati penduduk supaya tidak melakukan aktiviti luar apabila indeks pencemaran udara di Pekanbaru berada pada tahap ‘Berbahaya’.

Page 17: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

16

ARKIB : 15/03/2014

10,000 topeng muka diedar

Oleh Nazmil Nasiruddin [email protected]

Penyelia Unit Kualiti dan Kawalan Infeksi Hospital Putrajaya,Amin Zafri Abd Rahman (tengah) dan kakitangannya mengedarkan sebanyak 3,000 topeng muka secara percuma kepada para jemaah yang menunaikan solat jumaat dan solat hajat Pesawat MAS MH370 di Masjid Putra, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 14 Mac - Sebanyak 10,000 topeng muka akan diagih-agihkan kepada orang ramai di Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, inisiatif itu diambil selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mula meningkat melebihi 200 dan ini menunjukkan kualiti udara tidak sihat.

Beliau berkata, topeng berkenaan juga akan diedarkan kepada sekolah dan juga tadika.

“Kesihatan perlu dijaga, saya tidak mahu anak-anak ini menghadapi masalah pernafasan kerana jerebu kali ini agak teruk.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak keluar rumah dan minum air dengan secukupnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan topeng muka kepada Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim.

Page 18: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

17

Sementara itu, Gulam berkata, sebanyak 8,000 lagi topeng muka akan ditambah untuk diedarkan di kawasan yang terjejas dengan jerebu.

Beliau menambah, cawangan UMNO bahagian juga akan menggerakkan jentera ke tempat yang terjejas untuk mengagihkan topeng muka berkenaan.

“Dengan adanya topeng yang kami agihkan ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko orang ramai mengalami masalah pernafasan," katanya.

Page 19: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

18

ARKIB : 15/03/2014

Jerebu: Tidak cadang isytihar darurat

KUALA LUMPUR 14 Mac - Kerajaan tidak bercadang mengisytiharkan darurat di Pelabuhan Klang dan Banting ekoran Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan itu masih tidak melebihi paras berbahaya 500 IPU.

Menurut Menteri Sumber Manusia dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel, bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga semua sekolah di bahagian tersebut telah ditutup sehingga tarikh yang belum ditentukan.

Kata beliau, keputusan untuk tidak mengisytiharkan darurat diambil memandangkan ramalan cuaca menunjukkan hujan akan berlaku dalam masa terdekat.

"Mengikut ramalan kaji cuaca, kami difahamkan hujan akan berlaku sehari dua lagi atau selewat-lewatnya sebelum 23 Mac ini.

"Namun, sekiranya tidak berlaku, alternatif lain seperti pembenihan awan perlu dilakukan" katanya dalam satu sidang akhbar berhubung status kualiti udara di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Halimah Hassan.

Tambahnya, keadaan jerebu yang dialami negara pada masa ini disebabkan punca dalaman, berikutan kebakaran tanah dan hutan di beberapa buah negeri antaranya Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu.

"Terdapat juga punca dalaman lain seperti pelepasan dari industri, kenderaan bermotor, aktiviti kerja tanah dan amalan merokok dalam kalangan rakyat.

"Malah keadaan cuaca panas dan kering yang berlarutan, habuk terampai kekal berkumpul di ruang udara turut menyebabkan jerebu," jelasnya.

Ekoran itu, beliau mengisytiharkan Perintah Larangan Pembakaran Terbuka bagi kawasan di seluruh Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa semalam manakala di Selangor berkuat kuasa pada 10 Mac lalu sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

"Kawasan-kawasan terbabit merupakan kawasan larangan bagi melakukan sebarang pembakaran terbuka kecuali bagi aktiviti tertentu seperti pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, gril atau barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar," jelasnya.

Page 20: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

19

Dalam pada itu berdasarkan maklumat di laman web JAS setakat pukul 5 petang, keadaan jerebu bertambah buruk dengan Pelabuhan Klang merekodkan bacaan paras bahaya 317 IPU dengan diikuti Banting (226) iaitu tahap sangat tidak sihat.

Menurut laman web itu juga, sebanyak 12 kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu antara 100-200 sementara 18 kawasan mencatat rekod bacaan sederhana (51-100).

Kawasan-kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat adalah Petaling Jaya (174), Shah Alam (162), Batu Muda (149), Port Dickson (146), Putrajaya (140), Seremban (130), Nilai (138), Cheras (126), Bukit Rambai (120), Kuala Selangor (119), Bandaraya Melaka (113) dan Tanjung Malim (110).

Antara kawasan yang merekodkan IPU sederhana pula adalah Jalan Tasek, Ipoh (81), Kampung Air Putih, Taiping (77), SK Jalan Pegoh, Ipoh (76), USM (70) dan Pasir Gudang (67).

Bacaan IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Page 21: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

20

ARKIB : 15/03/2014

202 sekolah diarah terus ditutup

Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN [email protected]

Seorang penunggang motosikal memakai topeng penutup mulut dan hidung berlatar belakang jerebu di Banting, Selangor, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 14 Mac - Kesemua 202 buah sekolah di daerah Klang dan Kuala Langat akan terus ditutup sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa masih melebihi 200.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Mahmud Karim berkata, setakat ini, sebanyak 131 sekolah di Klang dan 71 lagi di Kuala Langat telah diarahkan tutup bermula hari ini ekoran bacaan IPU melebihi 300 iaitu tahap bahaya.

"Kami sentiasa memantau kadar bacaan IPU dan mana-mana daerah yang masih menunjukkan bacaan melebihi 200 iaitu kategori sangat tidak sihat akan diarah tutup serta-merta.

"Sekolah yang menunjukkan pelajar mengalami masalah mata berair dan merah kesan daripada jerebu juga akan dibenarkan tutup jika pengetua dan guru besar menyarankannya meskipun daerah tersebut tidak menunjukkan bacaan IPU melebihi 200," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Page 22: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

21

Mahmud berkata, jabatan pendidikan negeri sentiasa berhubung rapat dengan pejabat pendidikan di setiap daerah selain memantau bacaan IPU yang disiarkan oleh Jabatan Meteorologi.

Sehingga pukul 6 petang ini, bacaan IPU di Pelabuhan Klang menunjukkan angka 314 iaitu masih di paras berbahaya manakala di Banting pula bacaan IPU turun kepada 221 iaitu sangat tidak sihat.

Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Selangor pula masing-masing mencatatkan bacaan IPU antara 119 hingga 174 iaitu kategori tidak sihat.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan sekitar Pelabuhan Klang mendapati kegiatan harian masih berjalan seperti biasa walaupun bacaan IPU berada pada zon merah iaitu tahap bahaya.

Orang ramai dilihat tidak menghiraukan ancaman kesihatan dengan kebanyakannya daripada mereka masih meneruskan aktiviti di luar tanpa memakai alat penutup mulut dan hidung.

Di sekitar Shah Alam pula, beberapa bangunan tinggi yang selama ini dapat dilihat dengan mudah seakan ditenggelami 'kabus' apabila ia sukar dilihat pada jarak kurang 50 meter.

Page 23: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

22

ARKIB : 15/03/2014

Khutbah Jakim sentuh kejadian MH370, cuaca jerebu

KUALA LUMPUR 14 Mac - Kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan keadaan cuaca berjerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini menjadi isi khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Khutbah bertajuk Hikmah di Sebalik Ujian Allah itu mengingatkan semua pihak supaya bertenang dan tidak memanipulasikan kejadian kehilangan pesawat MH370 dengan menyebarkan berita-berita palsu menerusi pelbagai medium termasuk internet.

Menurut Jakim, umat Islam yang bertakwa kepada Allah dan percaya kepada hari akhirat hendaklah menjaga akhlak serta adab-adab ketika berbicara bagi menjaga perasaan keluarga mangsa kejadian berkenaan.

Jabatan itu turut menyeru masjid dan surau di seluruh negara agar terus mengadakan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT memohon misteri kehilangan pesawat berkenaan dapat diselesaikan segera.

"Marilah kita sama-sama bermuafakat untuk membantu menenangkan hati dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat. Sebagai seorang muslim yang prihatin dan beriman serta kepada seluruh masjid dan surau dalam negara ini, marilah sama-sama kita menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT agar segala kemelut ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin," seru Jakim.

Khutbah Jumaat berkenaan turut dibacakan di Masjid Negara, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Putra, Putrajaya dan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Jelas Jakim, kehidupan di dunia merupakan satu ujian daripada Allah SWT melalui pelbagai bentuk sama ada kesenangan, kebahagiaan, kesedihan dan malapetaka yang menimpa diri sendiri, kaum keluarga, masyarakat atau negara.

Khutbah itu mengimbas sejarah Nabi Ayub AS yang banyak menerima ujian dalam hidupnya seperti kehilangan anak kesayangan, kehabisan harta, menghidap penyakit dan dijauhi kaum kerabat serta isterinya sendiri.

Namun jelas Jakim, Nabi Ayub AS menghadapi ujian-ujian tersebut dengan penuh kesabaran dan berkeyakinan bahawa semua ketentuan Allah SWT mengandungi pelbagai hikmah di sebaliknya.

"Ketahuilah bahawa setiap ujian yang menimpa manusia mempunyai beberapa pengajaran berbeza. Bagi mereka yang beriman, maka ujian ditimpakan merupakan

Page 24: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

23

satu iktibar dan merupakan satu peringatan dalam bentuk kasih sayang dari Allah SWT agar mereka kembali pada jalan-Nya.

"Yang penting kita harus sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah SWT kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita kerana Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya," jelas Jakim.

Dalam pada itu, Jakim turut mengambil kesempatan menerusi khutbah Jumaat berkenaan untuk menyeru orang ramai supaya sama-sama mengambil peranan bagi memastikan keadaan berjerebu yang melanda negara pada masa ini tidak berpanjangan.

Menurut Jakim, beberapa langkah boleh diambil iaitu mematuhi amaran dan nasihat pihak berwajib dalam menangani masalah jerebu, mengurangkan aktiviti luar yang dapat menjejaskan kesihatan dan kehidupan serta mengawal pencemaran udara seperti melakukan pembakaran terbuka.

"Di samping itu kita perlu memastikan minum air bersih lebih banyak daripada biasa dan kerap membersihkan diri selain memakai alat perlindungan pernafasan apabila berada di luar rumah," katanya.

Khutbah itu diakhiri dengan meminta semua pihak supaya mengambil iktibar dengan yakin bahawa setiap ujian merupakan tanda kasih Allah SWT pada hamba-Nya dan sentiasa optimistik bahawa boleh menyelesaikan setiap ujian hidup diberikan.

"Hadapilah ujian hidup dengan usaha dan doa. Apa-apa pun perkara yang menimpa kita, Insya-Allah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum serta diikuti dengan doa," jelas Jakim.

Page 25: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

24

ARKIB : 14/03/2014

Jerebu: Tiga kem PLKN Selangor ditutup awal

KUALA LUMPUR 14 Mac - Tiga kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Selangor ditutup berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang melebihi bacaan 300.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata tiga kem berkenaan ialah PLKN Paya Indah di Kuala Langat, PLKN Jugra di Banting dan PLKN Princess Haliza di Sepang.

"JLKN dengan persetujuan Kementerian Pertahanan telah memutuskan kem-kem terbabit menamatkan latihan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sejumlah 863 pelatih dari kem terbabit dihantar ke Pusat Menurun Pelatih manakala 361 pelatih dari Sabah dan Sarawak akan ditempatkan sementara di kem lain sebelum dijadual pulang Selasa ini.

Sejumlah 32,000 pelatih Kumpulan 1 Siri 11/2014 akan menamatkan latihan pada Isnin depan (17 Mac). - BERNAMA

Page 26: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

25

ARKIB : 14/03/2014

Sekolah akan terus ditutup jika IPU lebih 200

SHAH ALAM 14 Mac - Kesemua 202 buah sekolah di daerah Klang dan Kuala Langat akan terus ditutup sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa masih melebihi 200.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Mahmud Karim berkata, setakat ini, sebanyak 131 sekolah di Klang dan 71 lagi di Kuala Langat telah diarahkan tutup bermula hari ini ekoran bacaan IPU melebihi 300 iaitu tahap bahaya.

“Kami sentiasa memantau kadar bacaan IPU dan mana-mana daerah yang masih menunjukkan bacaan melebihi 200 iaitu kategori sangat tidak sihat akan diarah tutup serta-merta.

“Sekolah yang menunjukkan pelajar mengalami masalah mata berair dan merah kesan daripada jerebu juga akan dibenarkan tutup jika pengetua dan guru besar menyarankannya meskipun daerah tersebut tidak menunjukkan bacaan IPU melebihi 200," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Page 27: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

26

ARKIB : 14/03/2014

IPU Banting sangat tidak sihat, Pelabuhan Klang kekal berbahaya

KUALA LUMPUR 14 Mac - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Banting menurun kepada bacaan sangat tidak sihat iaitu 294 setakat 12 tengah hari ini berbanding bacaan berbahaya pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di kawasan itu semakin menurun daripada 318 (6 pagi), 316 (7 pagi), 311 (8 pagi), 306 (9 pagi), 304 (10 pagi) dan 301 (11 pagi).

Bacaan IPU di Pelabuhan Klang pula tidak berubah dan masih dalam kategori berbahaya, bagaimanapun, bacaannya menurun dari 350 pada 6 pagi tadi kepada 304, 12 tengah hari ini.

12 kawasan pula mencatatkan IPU tidak sihat berbanding 13 kawasan pagi tadi iaitu Petaling Jaya (182), Batu Muda (177), Putrajaya (167), Port Dickson (165), Shah Alam (160), Nilai (159), Seremban (145), Cheras (143), Kuala Selangor (134), Bukit Rambai (133), Bandaraya Melaka (120) dan Muar (109).

Tanjung Malim yang mencatatkan IPU tidak sihat iaitu 110 pada 6 pagi tadi menurun kepada sederhana iaitu 94 tengah hari ini.

Selain Tanjung Malim, 18 kawasan lain mencatatkan IPU sederhana dan 19 lagi mencatat bacaan IPU baik.

Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) telah mengarahkan kesemua 71 buah sekolah di daerah Kuala Langat supaya ditutup hari ini berikutan jerebu, selain 131 sekolah di daerah Klang.

Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my. - BERNAMA

Page 28: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

27

ARKIB : 14/03/2014

Jerebu: 71 sekolah di Kuala Langat diarah tutup

SHAH ALAM 14 Mac - Semua sekolah di daerah Kuala Langat diarah tutup mulai malam tadi berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 300.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Mahmud Karim berkata, penutupan tersebut melibatkan 71 buah sekolah. - UTUSAN ONLINE

Page 29: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

28

ARKIB : 14/03/2014

Bersedia hadapi keadaan ‘sangat tidak sihat’

Oleh NIZAM YATIM [email protected]

Keadaan jerebu teruk pada pukul 3 petang dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 156 mengehadkan jarak pandangan di sekitar Putrajaya, semalam. - UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN SEMAKIN serius dan menyesakkan hidung. Itulah yang dirasai oleh orang ramai apabila sekeliling mereka dipenuhi debu, asap dan partikel kering yang semakin hari semakin bertambah.

Fenomena jerebu sudah boleh dianggap sebagai satu krisis apabila Pelabuhan Klang sehingga 1 petang semalam mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 203 yang dikategori sebagai ‘sangat tidak sihat’.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), 12 kawasan lain mencatat IPU tidak sihat dengan bacaan melebihi 100 iaitu Bukit Rambai (113), Nilai (162), Port Dickson (113), Seremban (129) dan Tanjung Malim (113).

Lokasi lain ialah Banting dan Kuala Selangor, masing-masing dengan bacaan (162), Petaling Jaya (135), Shah Alam (132), Batu Muda (135), Cheras (123) dan Putrajaya (145).

Page 30: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

29

Situasi semalam adalah lebih teruk berbanding kelmarin yang memperlihatkan hanya tujuh kawasan mencatatkan IPU pada tahap tidak sihat dan tiada kawasan dengan bacaan sangat tidak sihat.

Peningkatan kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat seperti yang telah dijelaskan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel adalah berpunca daripada sumber dalaman.

Ia berpunca daripada kebakaran tanah gambut dan hutan di beberapa negeri antaranya Selangor, Perak, Pahang, Johor Bahru dan Terengganu.

Siasatan yang dijalankan oleh JAS pada awal tahun ini sehingga 10 Mac lalu mengesan sebanyak 1,392 kes pembakaran terbuka yang melibatkan kawasan hutan, pertanian, industri, pembinaan, tapak pelupusan sampah dan belukar.

Sikap tidak peduli orang ramai untuk terus melakukan pembakaran terbuka walaupun JAS telah mengeluarkan perintah larangan berbuat demikian adalah sangat dikesalkan.

Mungkin mereka tidak takut dengan hukuman denda sehingga maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun kerana tiada penguatkuasaan serius dilaksanakan oleh JAS.

Jika larangan pembakaran terbuka sebelum ini hanya tertumpu di Selangor, Palanivel semalam mengumumkan langkah memperluaskannya ke seluruh Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan situasi jerebu yang semakin teruk.

Faktor lain adalah kebakaran secara semula jadi yang berpunca daripada cuaca panas dan kering berikutan kekurangan hujan.

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), suhu panas dan kering itu berlaku kerana negara berada pada penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berlarutan sehingga akhir bulan ini.

Situasi ini kemudian mencetuskan pula masalah bekalan air sehingga terpaksa dicatu khususnya di Selangor apabila paras kebanyakan empangan di seluruh negeri itu semakin merosot.

Kita juga tidak boleh mengharapkan pihak berkuasa melakukan pembenihan awan, kerana operasi itu terpaksa ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada misi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang masih hilang.

Pembenihan awan yang dijalankan JMM sebelum ini adalah menggunakan pesawat Hercules C-130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kini dialihkan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Page 31: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

30

Berikutan situasi jerebu yang semakin buruk dengan ditambah pula cuaca panas dan kering serta masalah kekurangan air, pihak berkuasa wajar meneliti kembali desakan tujuh badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini.

Mereka telah mendesak kerajaan melaksanakan lima perkara iaitu menjalankan aktiviti pembenihan awan dengan segera, memastikan bekalan air sentiasa mencukupi kepada orang ramai, penerbitan IPU dengan lebih kerap, larangan pembakaran terbuka di seluruh negara serta mengenal pasti dalang situasi jerebu.

NGO terbabit iaitu Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam), Forum Air Malaysia, Pusat Sumber dan Penyelidikan Penguna (CRRC) , ERA Consumer Malaysia, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) - menekankan pembenihan awan adalah selaras dengan salah satu tindakan di bawah Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang mensyaratkan JMM menjalankannya apabila IPU melebihi 101 lebih daripada 72 jam.

Usaha pembenihan awan tidak boleh lagi ditangguhkan kerana laporan menunjukkan bilangan kawasan yang mencatatkan IPU melebihi 101 semakin bertambah.

Dalam memastikan bekalan air mencukupi dalam keadaan kering dan berjerebu ini, kerja-kerja penyelenggaraan paip harus ditunda sementara agar tidak menjejaskan penyaluran kepada pengguna.

JAS pula perlu menerbitkan bacaan IPU pada setiap jam dan bukannya empat jam sekali kerana maklumat perlu disebarkan kepada orang ramai dengan lebih kerap supaya tindakan sewajarnya boleh diambil segera.

Hakikatnya dengan cuaca panas, berjerebu dan pada masa sama, bekalan air pula dicatu, kesemua elemen ini amat membahayakan kesihatan terutama kepada kanak-kanak dan warga emas.

Peringatan Kementerian Kesihatan agar orang ramai mengurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengelak risiko penyakit termasuk strok haba, tidak patut dipandang ringan. Arahan Kementerian Pendidikan kepada sekolah-sekolah supaya menghentikan aktiviti kokurikulum perlu dipatuhi. Sebagai langkah keselamatan, elakkan dahulu daripada mengadakan kelas Pendidikan Jasmani (PJ) di padang.

Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi lampu hijau kepada pengetua dan guru besar untuk secara automatik menutup sekolah apabila bacaan IPU di tempat mereka mencecah 200. Dengan bacaan terbaharu IPU sangat tidak sihat di Pelabuhan Klang, semua sekolah di kawasan terlibat diharapkan telah mengambil tindakan menutup sekolah masing-masing sejak semalam.

Page 32: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

31

Dalam pada itu, pengetua dan guru besar juga tidak patut ragu-ragu menggunakan budi bicara dalam membuat keputusan untuk menutup sekolah walaupun bacaan IPU belum mencapai 200 kerana mereka lebih arif mengenai keadaan yang berlaku di sekolah masing-masing. Tidak ada gunanya terus `bertahan’ dalam keadaan berjerebu sehingga membahayakan kesihatan pelajar, guru dan kakitangan sekolah.

Bagi rakyat Malaysia yang lain, ambillah langkah sewajarnya. Elakkan aktiviti yang menyumbang kepada pelepasan asap seperti membakar sampah atau memandu kenderaan sekiranya tidak perlu.

Page 33: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

32

ARKIB : 14/03/2014

Elak pembakaran terbuka

Saudara Pengarang,

CUACA panas dan kering yang melanda negara sekarang dikenal pasti antara punca kawasan hutan dan belukar mudah terbakar.

Kebakaran yang berlaku, khususnya di kawasan bertanah gambut di negeri ini semakin berleluasa seperti di Rompin dan Kuantan yang melibatkan kawasan Penor, Gebeng dan Indera Sempurna.

Tanpa perbuatan manusia sekalipun, keadaan cuaca yang terlalu panas boleh mencetuskan kebakaran belukar dan hutan.

Jadi, orang ramai diminta supaya tidak membuat pembakaran terbuka dan menghindari perbuatan yang boleh menyebabkan kebakaran ketika cuaca panas dan kering melanda negara sekarang.

Kerjasama orang ramai perlu kerana dalam keadaan sekarang, kawasan kering seperti belukar dan lalang begitu mudah terbakar.

Hanya dengan pembakaran kecil sekalipun, api pasti mudah merebak disebabkan keadaan cuaca yang panas dan kering ketika ini.

Kita juga dapat melihat hampir setiap hari ada sahaja kenderaan bomba yang bergegas ke sana sini bagi memadam kebakaran yang berlaku.

Jika kecil, pasti boleh dipadam dalam masa yang singkat, tetapi jika membabitkan hutan yang besar pasti memakan masa berhari-hari.

Kebakaran dalam cuaca panas dan kering kini perlu dielakkan, ini kerana kita di seluruh negara menghadapi krisis kekurangan bekalan air.

Dalam pada itu, kesan daripada kebakaran juga boleh menyebabkan berlaku jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.

Sekarang pun, jika berada di Kuantan dan kawasan sekitarnya bau asap ekoran kebakaran yang berlaku terlalu kuat sehingga boleh mengganggu pernafasan.

Jadi, marilah bersama-sama mengelakkan pembakaran terbuka dan kepada mereka yang menghisap rokok janganlah membuang putung rokok di merata-rata.

NIZA, Kuantan

Page 34: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

33

ARKIB : 14/03/2014

Jerebu jejas operasi cari MH370

KEADAAN jerebu teruk melitupi ruang udara Pekanbaru akibat kebakaran hutan teruk di kepulauan Sumatera, semalam. ( Gambar kecil ) merakamkan seorang juruterbang Tentera Udara Indonesia membawa pesawat pengesan di Selat Melaka ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang masih hilang, semalam. - AFP

JAKARTA 13 Mac - Jerebu teruk di sekitar Sumatera akibat kebakaran hutan di kepulauan itu menjejaskan operasi mencari pesawat Malaysia Airline (MAS) MH 370.

Menurut Tentera Laut Indonesia yang terlibat dalam usaha mencari pesawat MH 370 di Selat Melaka, asap tebal sedikit mengganggu kerja-kerja mencari pesawat berkenaan.

Asap tebal akibat aktiviti pembakaran hutan bagi tujuan perladangan, melitupi sebahagian besar kawasan kepulauan Sumatera, selain turut mengakibatkan gangguan kepada operasi penerbangan.

Pegawai lapangan terbang, Ibnu Hasan berkata, minggu ini Syarikat Penerbangan Garuda bersama 15 syarikat penerbangan lain terpaksa membatalkan jadual penerbangan mereka ke Pekanbaru, Riau dan beberapa buah bandar berhampiran dengan kejadian kebakaran.

Kadar penglihatan turut berkurangan kepada 200 meter, sekali gus mengganggu aktiviti penerbangan.

Page 35: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

34

Kebakaran hutan semasa musim panas dan pembakaran terbuka bagi tujuan perladangan sering berlaku di Indonesia, sehingga menimbulkan kemarahan kepada negara-negara jiran seperti Malaysia dan Singapura ekoran mencetuskan jerebu teruk. - AGENSI

Sumber : http://www.utusan.com.my Tarikh Akses : 25 April 2014

Page 36: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

1

Headline: 21 kebakaran dalam tempoh 24 jam

Publication: HM Date of publication: Jan 22, 2014 Section heading: Main Section Page number: 002

Alor Setar: Keadaan cuaca panas dan kering di negeri ini dikenal pasti menjadi penyebab utama 21 kes kebakaran dalam tempoh 24 jam kelmarin, sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi purata kes sehari sejak awal tahun ini.

Daripada jumlah itu, kebakaran belukar mencatat jumlah tertinggi iaitu lapan kes, diikuti kebakaran lalang (enam), api sampah (empat), struktur bangunan (dua) dan kereta (satu).

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kedah Nazri Zakaria (gambar) berkata, berdasarkan laporan diterima Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Kedah mendapati kebanyakan kes berkenaan dilaporkan berlaku di Daerah Kulim, Jitra, Kuala Muda, Baling dan Kota Setar.

Katanya, kebanyakan kes kebakaran membabitkan belukar, lalang dan api sampah berlaku dipercayai disengajakan segelintir individu seperti membakar sampah atau membuang bahan mudah terbakar di kawasan itu.

"Selain faktor cuaca dan kecuaian segelintir individu, pembakaran daripada aktiviti pertanian juga mengundang kejadian kebakaran.

"Aktiviti seperti ini dikhuatiri mengundang jerebu selain merebak dan sukar dikawal terutama di kawasan tanah gambut," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Nazri berkata, keadaan cuaca panas dan kering dijangka akan berlarutan hingga dua bulan akan datang dan pihaknya meminta orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Katanya, unit bermotosikal bomba juga diarahkan membuat rondaan di kawasan berisiko bagi mengesan jika berlaku kes kebakaran.

Page 37: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

2

Headline: Bakar jerami undang jerebu Publication: HM Date of publication: Apr 1, 2014 Section heading: Main Section Page number: 034

Kuala Terengganu: Pembakaran jerami padi yang dilakukan secara terbuka menyebabkan sebahagian daripada Kampung Darat, berdekatan Batu Rakit, di sini, diselimuti jerebu tebal, semalam. Jerebu mengehadkan jarak penglihatan turut menyebabkan keadaan kelam di sebahagian kawasan perumahan penduduk dan jalan utama menghubungkan kampung berkenaan menghala Batu Rakit, di sini. Keadaan itu menimbulkan kegelisahan beberapa penduduk kampung berikutan keadaan itu menimbulkan masalah kesihatan selain boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Tinjauan Harian Metro di kawasan berkenaan pada jam 12 tengah hari mendapati, kepulan asap tebal menyebabkan jalan utama menjadi kelam berikutan asap tebal dari sawah padi yang jaraknya 300 meter dari jalan berkenaan. Tiada pengawasan dilakukan pemilik sawah dipercayai meninggalkan kawasan itu selepas membakar jerami padi di kawasan yang kering airnya itu. Kebanyakan penduduk ditemui mengakui pembakaran jerami padi itu bagi sebagai persediaan penanaman musim baru selepas selesai menuai hasil padi beberapa bulan lalu. Penduduk kampung, Kartini Othman, 55, mendakwa yang menumpang sepupunya selepas pulang menghadiri program berkaitan kerja mengakui sepupunya terpaksa memandu dengan berhati-hati berikutan jerebu selain jalan turut digunakan kerbau dan lembu. "Saya melintasi kawasan ini pagi tadi (semalam) dan percaya pembakaran itu dilakukan jam 11 pagi, tetapi kesannya berterusan sehingga dua atau tiga jam," katanya yang ditemui di kampung itu, semalam.

Page 38: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

3

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu Rozizah Abnihajar berkata, setakat jam 5 petang semalam, tiada laporan diterima berkaitan kejadian berkenaan.

Page 39: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

4

Headline: Hidup bertaut dengan keadaan alam sekitar Publication: BH Date of publication: Mar 24, 2014 Section heading: Main Section Page number: 028 Byline / Author: Oleh Idris Jala

PADA minggu-minggu kebelakangan ini, kita dilemaskan dengan jerebu akibat asap gambut dan semak yang terbakar disebabkan musim kemarau berpanjangan, ditambah pula hujan melampau sehingga banjir melanda di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor. Semua ini mencerminkan kenormalan cuaca negara kita yang sudah terjejas. Bagi sebahagian besar penduduk di Lembah Klang, bekalan air dicatu sehingga rutin harian terganggu. Begitu pun, saya berpandangan kita sudah tidak boleh alpa dengan isu cuaca dan terpulang kepada kita untuk lebih bersedia jika bencana cuaca seperti ini berlaku lagi. Ada beberapa perkara yang perlu diubah. Sebagai contoh, berdasarkan dapatan kajian oleh bahagian Meteorologi ASEAN, fenomena jerebu disebabkan kewujudan titik panas di Malaysia dan banyak negara lain di Asia Tenggara. Sewajarnya, gandingan usaha pihak berkuasa yang merentasi sempadan di rantau ASEAN dipergiat agar berupaya menghalang kewujudan titik panas ini dan memangkas punca kewujudannya. Buat masa ini, terdapat unit sokongan dan koordinasi bagi melaksanakan pelan tindakan untuk mengatasi jerebu pada peringkat serantau dalam Sekretariat ASEAN, yang ditubuhkan pada April 1999. Unit tersebut ditubuhkan oleh jawatankuasa petugas teknikal jerebu (HTTF) dan menteri-menteri persekitaran ASEAN. Unit ini berperanan mengkoordinasi dan membangunkan pelbagai program yang disasar untuk menangani masalah jerebu. Apa yang kita perlukan sekarang ialah hasrat yang mantap untuk melaksanakan program ini. Dalam pada itu, apabila berdepan dengan masalah kemarau, kerajaan memerlukan perancangan yang lebih agresif dan inisiatif ini sudah pun diusahakan oleh beberapa kementerian terbabit. Saya terbaca sebuah carta menarik dari Pusat Mitigasi Kemarau Kebangsaan (National Drought Mitigation Centre) di University of Nebraska-Lincoln yang menjelaskan tentang kitaran yang disebut sebagai` Hydro-illogical Cycle. Apabila kemarau berlaku,

Page 40: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

5

masyarakat tiba-tiba menjadi begitu peka dengan masalah air dan mula menunjukkan sikap prihatin terhadap impak air ke atas kehidupan mereka. Hal ini menimbulkan perasaan cemas dalam kalangan masyarakat, lantas mereka mahukan penyelesaian segera ke atas masalah ini. Namun, tatkala mula hujan dan bekalan air mencukupi, masyarakat kembali leka dan terus lupa untuk lebih berhemat dalam penggunaan air. Ketika melaksanakan tugas dan kerja kemasyarakatan, saya sering ditanya - apakah peranan GTP dan ETP dalam menangani isu persekitaran? Masalah kesesakan lalu-lintas Jawapan saya pantas dan tuntas. Satu-satunya projek yang paling besar di bawah ETP yang akan menangani isu kualiti udara ialah Sistem Transit Laju Massa (MRT) untuk Kuala Lumpur dan Lembah Klang, yang saya yakin akan menjadi` gamechanger untuk membantu memulihkan persekitaran di Greater KL. Cuba anda bayangkan. Kini, penduduk di Greater KL sudah mencapai enam juta orang - iaitu seorang dalam setiap lima orang warga Malaysia. Greater KL mencakupi kawasan bandar dan Lembah Klang-Kuala Lumpur. Menjelang 2020, seorang daripada tiga orang warga Malaysia akan menetap di sini. Sudah tentu kita tidak boleh meneruskan cara yang sudah lazim. Kita terpaksa mengambil pendekatan drastik agar bandar raya kita tidak sesak sehingga merencatkan produktiviti, lalu menambah kekecewaan pemandu yang sudah lama menahan sabar kerana bergelumang dalam kesesakan trafik. Tetapi, sebelum kita dapat mengurangkan kenderaan di jalan raya, kita mesti terlebih dahulu menambah baik sistem kenderaan awam agar mampu menyediakan satu alternatif dengan harga berpatutan, mudah dan selesa. Matlamat kita apabila MRT siap beroperasi adalah mengurangkan kereta sehingga 50 peratus, malah jika boleh, motosikal juga dikurangkan sebanyak yang boleh. Pengurangan kenderaan sebanyak ini akan menurunkan kandungan bahan cemar secara mendadak di sekitar Greater KL, meningkatkan pembangunan kawasan bandar dan membawa perubahan ketara untuk kualiti udara. Pembinaan landasan terowong

Page 41: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

6

Projek MRT telah memperoleh pencapaian penting pada tahun 2013 apabila 10 mesin pengorek terowong tiba dan mula beroperasi bagi membolehkan pembinaan dasar landasan terowong yang ditinggikan serta pembinaan stesen bawah tanah di beberapa tapak stesen. Pada Jun 2013, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengemukakan pelan pelaksanaan akhir bagi Landasan 2 dan Landasan 3 MRT kepada Majlis Ekonomi. Baru seminggu lalu, kami mendapat tahu pelan bagi Landasan 2 sudah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Masalah pengurusan sisa pepejal juga satu lagi perkara yang perlu kita tangani. Kita masih terbantut dalam penyelesaian masalah ini kerana tiada sesiapa pun yang mahu membenarkan insinerator dipasang di kawasan mereka sedangkan ia kaedah berkesan untuk menguruskan sisa dengan kadar pencemaran yang sangat rendah. Sebaliknya, kita terus-menerus melupuskan sisa secara kambus tanah sedangkan kaedah lama ini membawa kepada pencemaran alam sekitar dan air bawah tanah. Sementara itu, amalan kitar semula begitu lambat dilaksanakan dan sehingga kini, bagi kebanyakan isi rumah di Malaysia, sampah-sarap mereka tidak diasingkan. Sampah perlu diasingkan Di beberapa negara seperti di Belanda, jika tidak diasingkan, sampah tidak akan dikutip. Malah, penguat kuasa Australia lebih tegas - jika sampah tidak diasingkan, surat amaran dikeluarkan, disusuli denda jika pihak terbabit tidak mengendahkan amaran tersebut. Bagi kita di Malaysia, amat baik sekiranya pihak yang prihatin, seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat berganding bahu dengan kami untuk menggalakkan pengasingan sampah. Jika amalan ini diterapkan, kita berupaya memberikan nilai ekonomi tambahan menerusi kaedah pelupusan sisa yang betul. Kerajaan boleh memanfaatkan proses kutipan sampah secara pulangan perniagaan kerana pengasingan sampah untuk kitar semula membolehkan bahan biojisim diketepikan serta digunakan untuk mendapat keuntungan. Kita masuk bab air pula. Kita perlu membuat perancangan ke hadapan. Paip tidak boleh ditukar semalaman. Terowong pula tidak boleh dikorek dalam beberapa hari. Loji rawatan air memakan masa yang agak lama untuk dibina. Dalam pada itu, industri yang

Page 42: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

7

sedang membangun dengan pesat memerlukan bekalan air bersih berterusan. Semua ini tidak akan dicapai tanpa satu bekalan air utama yang baik dan mapan. Kita tidak boleh mencemari sumber air. Jika kita berhasrat mencapai aspirasi untuk meningkatkan standard air di Sungai Klang-Gombak dan sistem sungai tersebut ke tahap standard rekreasi (kelas Iib) seperti disasarkan oleh projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) di bawah ETP, kita mesti bermula dari sumber air itu sendiri dan baru kita menelusurinya sehingga ke muara sungai. 69 perangkap sampah Bagi pihak kerajaan, program pembersihan sungai ini sudah mencatat pencapaian yang banyak sejak dasar asas bagi pelaksanaan projek RoL ini dibuat pada 2012. Antara pencapaian utama termasuk pemasangan 69 perangkap sampah iaitu gross pollutant trap oleh DBKL di kawasan di bawah bidang kuasanya. Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah melepasi sasarannya dengan pembinaan 359 perangkap sampah iaitu gross pollutant trap, log booms dan trash rake. Pencapaian lain termasuk penurunan tahap pencemaran akibat minyak dan gris hasil daripada pemasangan 63 perangkap gris communal di kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Kempen kesedaran awam yang membawa penyertaan masyarakat setempat yang tinggal di kawasan sekitar sungai tersebut juga giat dijalankan di samping acara lain seperti Karnival Sungai Nadi Kehidupan yang diraikan sempena Hari Sungai Sedunia pada 29 September 2013. Kita harus ingat bahawa pembersihan air sungai memakan masa lebih lama untuk dilihat keberkesanannya, seperti dialami Singapura, yang memerlukan 10 tahun untuk membersihkan sungainya. Orang ramai mesti sedar pemuliharaan alam sekitar, yang menjadi teras utama sebuah negara mapan, pasti ada harganya. Kita sebagai sebuah negara dan warga negara ini mesti sanggup membayar harga berkenaan. Kita mesti berubah, wajib bertanggung jawab dan mesti lebih peka dengan alam sekitar. Wajar kita sedar, matlamat transformasi negara bukan setakat mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM49,608) menjelang 2020, tetapi mencapainya secara terangkum dan mapan. Hal ini bererti, pembangunan hendaklah dirasai seramai

Page 43: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

8

mungkin rakyat dan memastikan sumber negara, termasuk alam sekitar kekal terpulihara dan mapan agar terus dinikmati oleh generasi akan datang. Marilah kita galas bersama tanggungjawab ini dengan penuh kerelaan dan rasa syukur kerana kita pasti meraih manfaatnya tidak lama nanti. Mudah-mudahan, dengan sedikit keprihatinan, alam sekitar kita akan cepat pulih. * Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebarang komen yang bersifat adil dan telus amat dialukan di idrisjala@ pemandu.gov.my

Page 44: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

9

Headline: Cuaca Pekan, Rompin bertambah baik Publication: BH Date of publication: Mar 18, 2014 Section heading: Main Section Page number: 025 Byline / Author: Oleh Asrol Awang

Kuantan: Cuaca yang bertambah baik termasuk hujan sejak Sabtu lalu, membantu mengurangkan jerebu terutama di daerah ini, Pekan dan Rompin. Walaupun hujan tidak berterusan, ia membantu memadam kebakaran hutan tanah gambut terutama di Gebeng, Penor di sini, dan Nenasi di Pekan serta Rompin yang terbakar sejak bulan lalu. Hujan bantu padam kebakaran Pengarah Jabatan Meteorologi negeri, Azmi Daud, berkata pihaknya meramalkan cuaca itu akan berterusan sehingga bulan depan, sekali gus membantu memadamkan kebakaran hutan di beberapa daerah di negeri ini. "Mengikut ramalan, hujan lebat dan ribut petir mulai pertengahan bulan ini hingga bulan depan dan ia diharap membantu mengurangkan masalah jerebu di negeri ini," katanya di sini, semalam. Berdasarkan rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebakaran hutan tanah gambut di Pahang dianggap luar biasa dan terburuk bagi tempoh 10 tahun kerana membabitkan kawasan seluas 2,327 hektar. Kebakaran itu seakan tiada penghujungnya walaupun jabatan berkenaan bertungkus-lumus memadamkannya sejak hujung Februari lalu. Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba negeri, Nazili Mahmood, menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutama berhampiran kawasan hutan kerana bimbang api akan merebak. "Apabila hutan paya gambut terbakar, usaha memadamkan begitu sukar," katanya.

Page 45: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

10

Headline: Golongan berisiko perlu waspada

Publication: HM Date of publication: Mar 17, 2014 Section heading: Variasi Page number: 022 Byline / Author: Oleh Nor Faizah Mohamed

BATUK dan bersin saling berselang-seli. Bagaikan bersaing sesama sendiri, sana sini kedengaran individu yang batuk dengan kuat, disulami bersin, malah tidak kurang yang menarik hingus dek terkena selesema. Pergilah ke mana-mana pun, pasar raya mahupun pejabat, ia seakan perkara biasa sejak akhir-akhir ini dan jerebu dijadikan punca utama masalah itu. Menurut pakar alam sekitar, jerebu adalah satu fenomena yang menyaksikan debu, asap dan partikel kering yang lain termasuk habuk berkumpul sehingga menjadi langit mendung. Ramai yang mengeluh kerana munculnya jerebu turut membawa cuaca panas dan kering berpanjangan. Kes demam, batuk, selesema, sakit kepala dan asma atau lelah mencatat rekod tinggi hampir setiap hari tapi dalam masa sama masih ramai yang memandang enteng dalam mengatasi atau mencegahnya. Menurut Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Dada di Pusat Perubatan Tropicana, Dr Mohammed Fauzi Abdul Rani, jerebu iaitu fenomena atmosfera dipenuhi debu, habuk, asap serta pelbagai partikel lain, tidak boleh dipandang remeh kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih memudaratkan jika terdedah dalam tempoh lama. "Impak negatif jerebu pada kita bukan semata-mata pada hidung, kerongkong, saluran pernafasan dan mata, malah menyebabkan alahan atau kerengsaan pada kulit. "Bersin, hidung berair, mata merah dan tekak kering adalah antara kesan daripada jerebu tapi biasanya ia tidak begitu memudaratkan atau memberi kesan jangka panjang.

Page 46: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

11

"Simptom ini akan hilang apabila kualiti udara bertambah baik. Tapi golongan yang mempunyai masalah kesihatan seperti paru-paru dan lelah termasuk dalam kalangan berisiko tinggi. "Golongan ini akan mengalami kesan masalah kesihatan yang lebih buruk kerana partikel halus dalam jerebu membuatkan mereka sukar bernafas, batuk tanpa henti dan paru-paru mula menunjukkan tanda lelah seperti bunyi nafas yang berdehit. Golongan berisiko tinggi ini mesti segera dapatkan bantuan kesihatan apabila munculnya salah satu simptom itu," katanya. Dalam masa sama, golongan berisiko ini juga tidak digalakkan berhenti mengambil ubat walaupun berasakan diri cukup sihat dan tidak terjejas dengan jerebu. "Mereka yang mempunyai masalah jantung dan lelah sebaiknya tidak menghentikan pengambilan ubat kerana risikonya tinggi. Jerebu menyebabkan paruparu kita sempit, justeru golongan berisiko ini boleh mengalami masalah sakit dada dan sesak nafas. "Sebaiknya bersiap sedia dengan ubat dan hanya boleh berhenti mengambilnya atas nasihat doktor," ujarnya. Pengambilan suplemen atau makanan tambahan umumnya ketika jerebu pula tidak perlu kecuali atas masalah kesihatan lain. "Tidak perlu ambil suplemen semata-mata untuk rasa lebih sihat ketika jerebu ini. Yang penting jaga pemakanan dan minum air secukupnya," katanya. Lebih sensitive Selain itu, golongan kanak-kanak dan warga emas juga lebih sensitif dengan kesan jerebu berikutan sistem imunisasi badan yang tidak cukup kuat seperti golongan dewasa yang sihat, sekali gus menyebabkan mereka mudah dijangkiti penyakit. "Habuk dan debu jerebu yang melekat pada kulit mereka boleh menyebabkan masalah kegatalan serta memasuki serta menyerang saluran pernafasan. "Kulit kanak-kanak dan warga emas ini sememangnya lebih sensitif berbanding golongan muda dewasa, justeru mereka perlu minum air mencukupi dan mandi setiap kali selesai melakukan aktiviti di luar rumah.

Page 47: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

12

"Pemakaian topeng muka amat penting, bukan saja kepada kanak-kanak dan warga emas, malah semua kumpulan usia yang berdepan dengan masalah jerebu ini. "Topeng muka paling sesuai ialah jenis N95 kerana ia berupaya membantu mengekang kemasukan partikel halus ke dalam rongga terbuka seperti hidung dan mulut. "Topeng surgikal biasa atau topeng fesyen yang diperbuat daripada kain tidak begitu efektif dalam menapis partikel jerebu tapi boleh juga digunakan sebagai perlindungan am. Itu lebih baik daripada tidak memakainya langsung," tegasnya. Tiada kaitan barah Ada dakwaan mengatakan bahawa jerebu boleh menyebabk a n kesan jangka panjang kepada paru-paru dan kerongkong hingga mengakibatkan berlakunya barah. Tambah Dr Fauzi, tiada bukti yang menunjukkan jerebu boleh menyebabkan perkara itu kecuali individu terbabit sememangnya berdepan masalah kesihatan sebelum berlakunya jerebu. "Setakat ini tiada bukti bahawa jerebu menyebabkan barah sama ada barah paru-paru, kerongkong atau radang pada paru-paru. Tiada kajian yang menunjukkan wujudnya kesan jangka panjang disebabkan jerebu. "Ia lebih kepada efek jangka pendek dan sederhana, lazimnya tertumpu kepada golongan berisiko iaitu yang mengalami lelah, penyakit jantung serta alahan khususnya pada kulit," katanya. Begitu juga kesannya pada wanita hamil. Dakwaan mengatakan jerebu boleh menjejaskan janin dalam kandungan sama sekali tidak tepat kerana kesan jerebu bersifat sementara. "Kesan pada wanita hamil sama seperti individu yang tidak hamil. Cuma apabila wanita hamil terbabit mempunyai masalah lelah atau jantung, barulah pemantauan dilakukan ke atasnya. "Secara amnya, jerebu tidak mendatangkan risiko tambahan kepada wanita hamil dan bayi dalam kandungannya," jelas Dr Fauzi.

Page 48: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

13

Tip ketika jerebu * Minum air kosong lebih banyak daripada biasa (melebihi satu liter). * Makan secara berkala dan bukan dalam jumlah yang banyak sekali gus. Ini dapat elakkan rasa panas pada tubuh. * Lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam hidangan. * Basuh mata dengan air apabila mula rasa tidak selesa atau mata menjadi merah. * Elakkan pemakaian kanta lekap ketika jerebu kerana hanya akan memburukkan keadaan pada mata, * Jika perlu, titiskan mata dengan larutan salina (saline) atau titisan mata berasaskan air. * Sentiasa pakai topeng muka ketika keluar rumah atau bangunan. * Kurangkan aktiviti di luar rumah atau bangunan. * Penggunaan bahan neutral udara boleh membantu memperbaiki kualiti udara di dalam rumah. * Tutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan partikel mudah masuk ke dalam rumah. * Tidak melakukan pembakaran terbuka. Sebaiknya kitar semula barangan yang tidak diperlukan berbanding membakarnya.

Page 49: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

14

Headline: Elak jerebu Publication: BH Date of publication: Mar 17, 2014 Section heading: Didik Page number: 001 Byline / Author: Oleh Norhidayah Che Din

Kuala Lumpur: Jerdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar Malaysia pada minggu lalu, fenomena jerebu yang melanda negara ini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hingga paras tidak sihat iaitu antara 100-200. Pencemaran alam itu berpunca daripada kebakaran tanah dan hutan di beberapa negeri di Semenanjung iaitu Selangor, Perak, Pahang, Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kebakaran tanah gambut dan hutan yang berlaku di wilayah Riau, Indonesia sejak dua minggu lalu. Menurut Kamus Dewan, jerebu ialah kabut bercampur dengan debu yang terapung-apung di udara sehingga mengakibatkan pemandangan alam sekitar menjadi kabur dan kotor. Keadaan berjerebu bukan saja menjejaskan pemandangan tetapi juga boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan yang boleh mengakibatkan masalah pernafasan, masalah kulit dan mata. Sehubungan dengan itu, Perunding Kesihatan, Dr Mariam Mustafa menggariskan beberapa panduan penjagaan kesihatan kepada murid sekolah untuk mengawal keadaan kesihatan tubuh badan. Langkah pencegahan "Berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan, murid dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti di luar rumah dan hanya melakukan aktiviti di dalam kawasan tertutup seperti di dalam kelas atau dewan.

Page 50: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

15

"Penghidap resdung (alergik) dan penyakit asma ialah golongan berisiko yang perlu sentiasa peka dengan keadaan kesihatan. Mereka perlu segera berjumpa doktor apabila terdapat gejala penyakit seperti sesak nafas, ruam, batuk dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Didik, barubaru ini. Beliau berkata, tindakan mencegah seperti memakai penutup hidung dan mulut ketika berada di luar rumah khususnya ketika pergi dan pulang dari sekolah dapat memberi perlindungan kepada tubuh badan daripada terkena penyakit. Katanya, murid yang tergolong dalam kumpulan berisiko perlu bersedia dengan ubatubatan bagi menghadapi saat kecemasan seperti penyakit asma atau pedih mata yang boleh berlaku pada bilabila masa. "Keadaan cuaca panas dan tercemar menyebabkan peningkatan suhu badan. Oleh itu, murid perlu minum air dengan cukup iaitu sekitar 1.5 liter sehari. "Amat penting juga untuk mandi selepas berada di luar rumah dalamtempoh yang lama kerana keadaan udara yang tercemar dikhuatiri mengakibatkan kegatalan dan ruam. Oleh itu, gunakan sabun yang mengandungi antibakteria dan menyapu losyen untuk memastikan kulit tidak kering," katanya yang turut mengendalikan sebuah klinik.

Page 51: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

16

Headline: Bahana jerebu terhadap kulit Publication: BH Date of publication: Mar 17, 2014 Section heading: BH2 Page number: 012 Byline / Author: Oleh Nor Hatina Shuib

Jerebu menyebabkan debu, asap dan partikel kering berkumpul sehingga menjadikan langit mendung. Keadaan itu menyebabkan indeks pencemaran udara (IPU) menjadi bertambah buruk dan kualiti udara terjejas. Selain masalah kesihatan seperti batuk, mata berair, gatal dan masalah kesihatan lain, ia juga turut memberi kesan negatif terhadap kecantikan serta kehalusan wajah. Pakar Kecantikan, Marissa Aesthetic & Wellness Centre, Dr Rushmini Maris Ismail, berkata jerebu memberi kesan kepada kecantikan kulit dan menyebabkan beberapa kesan sampingan lain. Katanya, jerebu menjadikan cuaca menjadi panas, bahang, kering dan pada masa sama kulit akan hilang sumber air, nampak lebih kusam dan kotor. "Individu yang berusia 40 tahun ke atas boleh menjadikan seseorang mudah mendapat kedutan, pigmentasi kulit dan ruang pori-pori tersumbat," katanya mengulas mengenai keadaan jerebu yang semakin buruk ketika ini. Sinaran UV tembusi kulit Dr Rushmini berkata, walaupun orang ramai tidak melihat pancaran matahari akibat jerebu, tetapi sinaran ultra ungu (UV) daripada bahang mentari boleh menembusi kulit. "Jangan fikir tiada matahari dan cuaca redup, kulit tidak terdedah kepada gejala itu. Oleh itu, saya nasihatkan orang ramai memakai krim pelindung matahari setiap hari bagi mengelakkan terdedah dan kesan lebih teruk kepada kulit.

Page 52: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

17

"Pada situasi ini, banyakkan minum air suam bagi mengelakkan kulit menjadi kering. Amalkan pemakanan berkhasiat dengan mendapatkan sumber makanan yang mengandungi air seperti buah-buahan," katanya. Kulit berminyak Beliau berkata, bagi orang yang mempunyai jerawat, keadaan ini akan memburukkan lagi masalah itu dan menggalakkan pertumbuhan jerawat kerana kulit lebih mudah berminyak. "Pada masa sama, mereka dinasihatkan menghentikan sementara penggunaan produk berasaskan minyak dan menggantikannya dengan produk berasaskan air dengan kadar perlindungan cahaya matahari (SPF) yang tinggi. "Produk berminyak juga menjadikan kulit memerangkap debu dan minyak. Bagi mereka yang gemar melakukan rawatan wajah ia tidak memberikan sebarang kesan negatif terhadap kulit asal saja menggunakan produk bersesuaian," katanya. Untuk mengelak wajah tampak tidak bermaya, beliau menyarankan mencuci muka lebih kerap sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali sehari untuk membersihkan debu pada wajah. Pilih pakaian bersesuaian Pakar Kulit Klinik Kulit Kuala Lumpur, Datuk Dr Low Bin Tick, berkata, masalah utama yang berlaku disebabkan jerebu adalah dermatitis jenis sentuhan terhadap kulit. "Cuaca panas menyebabkan kulit berpeluh dan tidak bernafas dengan baik. Elakkan terdedah dengan cuaca sebegini," katanya. Katanya, kulit yang terdedah terlalu lama dalam keadaan jerebu boleh menyebabkan kegatalan dan timbul ruam merah pada kulit. "Bagi mereka yang memang ada alahan kulit, jerebu boleh memburukkan lagi keadaan. Kulit menjadi lebih sensitif dengan pendedahan ini. Sebagai contoh, bagi pesakit ekzema akan mengalami alahan lebih teruk, selain mudah ditumbuhi jerawat," katanya.

Page 53: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

18

Dr Low juga menyarankan orang ramai supaya memilih pakaian bersesuaian dengan keadaan cuaca dan tidak tebal bagi memudahkan peluh menyerap. "Pilihlah pakaian bersesuaian tetapi yang menutup kulit untuk mengelakkan pencemaran seperti baju lengan panjang tetapi jangan terlalu tebal. Seelok-eloknya pilih kain dari jenis kapas untuk pengudaraan kulit," katanya. Jaga sistem imunisasi Kehadiran asap dan debu dalam kandungan jerebu menjadikan kulit lebih sensitif. Jika sebelum ini, kulit tidak mengalami masalah, tetapi pada waktu ini ia boleh menjadi kering dan menyebabkan kerengsaan pada kulit. Ia bukan menyerang kulit, tetapi menyerang sistem imunisasi badan seperti hidung, mata dan pernafasan akibat cuaca tidak sihat. Ia menyebabkan sukar bernafas dan seluruh badan menjadi lebih sensitif. Bagi yang menggunakan produk pencerahan kulit, jerebu menjadikan kulit mudah mengelupas dan seharusnya penggunaan dihentikan untuk sementara waktu, khususnya kulit sensitif sehingga keadaan cuaca kembali normal. Gunakan pelembap biasa yang sesuai dengan kulit dan elakkan memilih produk yang mengandungi toksik kerana boleh menyebabkan pengelupasan. Reaksi Noor Afiza Kamarulzaman, 29 "Saya akui memang sangat pentingkan kecantikan. Jadi, memang saya peka kesan cuaca jerebu ini pada kulit. Oleh itu, sejak jerebu saya mengamalkan pemakanan sihat dan lebihkan minum air suam supaya kulit tidak kering. "Saya teruskan pengambilan vitamin C dan menyapu krim (ultraungu) UV setiap hari apabila keluar bekerja. Pelembap juga menjadi amalan sebelum memulakan mekap bagi elakkan kulit mengalami ruam dan bertukar warna merah. "Maklumat mengenai jerebu dikongsi bersama saudara-mara dan rakan supaya sentiasa prihatin dan mengambil langkah sepatutnya sepanjang tempoh ini".

Page 54: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

19

Nor Azlinda Osman, 29 "Saya belum merasai kesan ketara pada kulit akibat cuaca jerebu. Saya memang tak ada alahan kulit, cuma kulit sedikit kering daripada biasa. "Cara terbaik saya banyak minum air suam dan mengurangkan aktiviti di luar rumah. Saya tidak pula sedar jerebu boleh memudaratkan kulit atau memberi kesan kepada penuaan seperti kedutan dan sebagainya. "Apa yang saya tahu, jerebu menyebabkan sakit tekak dan sukar bernafas". INFO Kesan jerebu pada kecantikan kulit * Alahan lebih teruk * Kulit kering * Kedutan * Timbul ruam * Jerawat * Debu pada wajah * Pigmentasi * Kegatalan Panduan * Amalkan pemakanan seimbang * Makan buah-buahan dan sayuran-sayuran * Banyak minum air

Page 55: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

20

* Kerap cuci wajah * Elakkan guna produk berasaskan minyak * Guna produk berasaskan air * Pakai krim pelindung matahari * Elakkan keluar rumah secara kerap * Amalkan vitamin C * Elak guna produk pengelupasan dan pencerahan * Pilih pakaian dan kain jenis kapas. Nilai IPU Status Kualiti Udara * 0 hingga 50 > Baik * 51 hingga 100 > Sederhana * 101 hingga 200 > Tidak sihat

Page 56: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

21

Headline: Sikap sambil lewa masyarakat, industri burukkan jerebu Publication: BH Date of publication: Mar 17, 2014 Section heading: Main Section Page number: 030 Byline / Author: Oleh Sa'adiah Shuib

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah sangat jelas kelihatan di langit. Jerebu basah cenderung untuk wujud sebagai fenomena musim panas lembap. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan akan menyebabkan masalah pernafasan terutama sekali kepada mereka yang menghidap lelah. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri, kebakaran hutan, kebakaran gambut, asap perindustrian, asap daripada kenderaan, pembakaran terbuka dan sikap perokok sendiri. Pembakaran terbuka ditakrifkan sebagai "pembakaran sebarang bahan dalam cara yang hasil pembakaran daripada pembakaran tersebut dibebaskan secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui serombong, pendiang atau lohong." Secara umumnya, setiap kali anda menyalakan api di luar rumah anda, bermakna anda telah melakukan pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan jerebu yang berlaku ketika ini amatlah membimbangkan sehingga menyebabkan indeks pencemaran udara (IPU) meningkat ke paras yang sangat bahaya. Pembakaran boleh dielak Kesemua sebab-sebab pembakaran terbuka ini sebenarnya boleh dielakkan. Contohnya pembakaran terbuka yang dilakukan oleh manusia. Sehingga ke hari ini Jabatan Bomba Malaysia menerima panggilan tertinggi 564 panggilan sehari. Jabatan

Page 57: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

22

Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggesa masyarakat Malaysia agar menghentikan serta-merta aktiviti pembakaran terbuka dan lebih peka terhadap kesannya. Bagaimanapun, masih ada yang tidak endah dengan segala yang berlaku. Jika terdapat 50 orang yang melakukan pembakaran terbuka bersikap sedemikian, tidakkah jumlahnya banyak? Sukar untuk mengubah pemikiran manusia yang "goblok" "dangkal" dan "cetek" ini. Perokok juga meningkatkan jumlah pembakaran terbuka. Apakah faedahnya merokok itu? Sikap perokok tegar Sikap mereka yang tegar merokok juga menjadi penyebab berlakunya kebakaran terbuka. Sebagai contoh, puntung rokok yang mereka campak ke kawasan rumput atau kawasan hutan di tepi jalan yang mana sedang mengalami kekeringan boleh menyebabkan berlakunya pembakaran terbuka. Adakah perokok akan memberhentikan kenderaan mereka untuk memadamkan api pada puntung rokok mereka? Jalan mudah ialah mencampakkan saja keluar tanpa memikirkan perbuatan mereka itu menyebabkan berlakunya pembakaran terbuka. Karbon monoksida di dalam rokok adalah gas beracun yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Kementerian Kesihatan telah banyak mengadakan aktiviti `Kempen Antimerokok' untuk menginsafkan masyarakat Malaysia. Guru sekolah pula turut mendidik pelajar agar menjauhi rokok seperti juga menjauhi najis dadah. Bagaimanapun, jumlah perokok tegar terus bertambah. Sampai bilakah mereka akan sedar walaupun telah dinyatakan bahawa merokok membahayakan kesihatan dan boleh membawa maut. Jika kes pembakaran terbuka dilakukan oleh individu atau syarikat, mereka perlu dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sememangnya hukuman yang boleh dikenakan terhadap pesalah adalah berat iaitu denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya serta kompaun maksimum RM2,000. Sa'adiah Shuib, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Page 58: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

23

Headline: Hujan pulih kualiti Publication: HM Date of publication: Mar 17, 2014 Section heading: Main Section Page number: 018 Byline / Author: Oleh Nur Lela Zulkipli

Kuala Lumpur: Hanya dua kawasan, Banting dan Shah Alam mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 10 malam. Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Banting ialah 128 diikuti Shah Alam iaitu 107. Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Azhar Ishak berkata, operasi pembenihan awan dijalankan menggunakan pesawat ringan Cessna, kelmarin, memfokuskan kawasan tadahan air kritikal dan kawasan paling terjejas akibat jerebu. Hasil usaha jabatan itu serta keadaan awan yang mengizinkan operasi dijalankan berhasil apabila beberapa negeri seperti Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan mula menerima hujan dan keadaan itu dijangka berterusan. "Operasi pembenihan akan diteruskan jika terdapat awan yang sesuai selain atmosfera perlu dalam keadaan stabil supaya dapat menyumbang kepada hujan yang lebih banyak. "Hujan di beberapa negeri semalam (kelmarin) berjaya meningkatkan kualiti udara di kawasan dilanda jerebu manakala tiupan angin dari arah timur laut turut membantu mengurangkan jerebu," katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, jika keadaan cuaca kembali panas dan kering serta tiada tiupan angin dari arah timur laut, ada kemungkinan jerebu melanda semula berikutan kebakaran hutan. Selain itu, 9 kawasan lain mencatatkan IPU pada paras sederhana termasuk Pelabuhan Klang yang mencatat bacaan 99.

Page 59: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

24

Bacaan IPU di Pelabuhan Klang mencatat 99 manakala 39 kawasan lagi berada pada paras lebih baik. IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301). Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.

Page 60: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

25

Headline: `Jaga bumi kita' Publication: HM Date of publication: Mar 15, 2014 Section heading: Main Section Page number: 022 Byline / Author: Oleh Mahaizura Abd Malik

KETIKA ini seluruh negara dilanda cuaca panas melampau sehingga pernah merekodkan bacaan suhu 40 darjah Celsius terutama di bahagian utara Semenanjung. Sehubungan itu, kerajaan terpaksa melakukan pembenihan awan selain melaksanakan catuan bekalan air di kawasan berpenduduk padat seperti di Selangor dan Kuala Lumpur untuk memastikan sumber bekalan air mampu bertahan dalam tempoh lama. Malah, lebih memburukkan keadaan, jerebu turut berlaku kesan daripada pembakaran terbuka di negara jiran dan kebakaran hutan dalam negara. Bagi Norhemira Juliana Abd Rashid, 27, keadaan cuaca tidak menentu sehingga mengakibatkan kemarau dan jerebu berpanjangan memberi petanda bumi semakin uzur. "Pada saat bumi yang kian tua, ia memerlukan pengertian dan perhatian daripada semua rakyat supaya mengubah sikap dan minda. "Ketika ini, kepentingan diri perlu diketepikan. Kita harus lebih sensitif dan peka dengan keperluan alam sekitar. "Sebagai contoh, pembakaran terbuka harus dihentikan serta-merta bagi mengurangkan masalah jerebu. Selain itu, dalam keadaan krisis bekalan air disebabkan penyusutan air empangan, kita harus bijak menggunakan air untuk keperluan utama dan mengelakkan pembaziran," kata anak pertama daripada tiga beradik itu. Ahli perniagaan berasal dari Besut, Terengganu ini berpendapat, pelaksanaan kempen kesedaran haruslah dilaksanakan sesuai dengan minat masyarakat terutama golongan muda untuk mewujudkan generasi yang akan menghargai dan menguruskan alam sekitar dengan baik.

Page 61: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

26

"Selain itu, penguatkuasaan undang-undang lebih tegas juga perlu diperluaskan supaya mesej kesedaran diterima dan dipatuhi sepenuhnya oleh masyarakat. "Peraturan berkaitan alam sekitar perlu diperketatkan dan hukuman berat harus dikenakan terhadap pesalah supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain," kata gadis yang pernah berlakon dalam filem Penanggal ini. (END)

Page 62: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

27

Headline: TETAP AKTIF KETIKA JEREBU Publication: MA Date of publication: Mar 16, 2014 Section heading: Ekspresi Page number: 029 Byline / Author: Oleh Zaitie Satibi

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu kanak-kanak, orang tua, perokok, mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat dan individu yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan. Mereka yang terdedah kepada jerebu secara berterusan akan mengalami gejala seperti terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal serta sakit dada. Sehubungan itu, anda dinasihatkan supaya mendapat rawatan di klinik berhampiran sekiranya mempunyai gejala berkenaan. Selain itu, anda juga perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa sama ada akhbar, televisyen dan radio untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah pencegahan sewajarnya. Apapun, keadaan berjerebu sepatutnya tidak menghalang kita untuk kekal aktif untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan bagi mengelakkan pelbagai penyakit. Kita disarankan berjalan 10 ribu langkah sehari atau melakukan aktiviti fizikal sederhana seperti berjalan laju, berkebun atau berbasikal selama 150 minit seminggu. Lazimnya, aktiviti fizikal adalah dilakukan di luar rumah, tetapi keadaan berjerebu sekarang menyebabkan kita menyekat aktiviti luar rumah kerana semua kegiatan luar perlu dielakkan jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 100. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan aktiviti fizikal kita, namun ada tips bagaimana untuk meningkatkan aktiviti fizikal kita walaupun keadaan berjerebu. Kegiatan fizikal dan sukan dalam bangunan boleh diteruskan seperti melakukannya dalam gimnasium, bermain futsal, skuasy dan badminton.

Page 63: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

28

Anda digalakkan menggunakan tangga berbanding lif di tempat kerja atau di dalam mana-mana bangunan. Mengemas rumah, menari dalam rumah atau berjalan sambil membeli belah juga sesuai dilakukan sebagai senaman ringan. Jangan lupa minum air yang mencukupi iaitu dua liter sehari dan tidak merokok ketika keadaan berjerebu. Pemasangan penghawa dingin dan alat penapis udara adalah digalakkan. Aktiviti fizikal di luar boleh diteruskan jika IPU kurang daripada 100. Bagaimanapun, bagi mereka yang menghidap asma atau sedang mengalami batuk selesema dan iritasi kulit disarankan supaya mengelakkan diri dari keluar dari rumah dan bangunan sehingga IPU mencapai kurang dari 50. Diharap tips berkenaan dapat membantu kita untuk kekal aktif dan sihat walaupun dalam keadaan berjerebu. Selain warga emas dan kanak-kanak, penghidap penyakit kronik juga adalah golongan berisiko untuk mengalami kesan buruk akibat terdedah kepada udara yang berjerebu. Jerebu mengandungi partikel yang sangat kecil yang boleh membawa bahan toksik yang dapat masuk ke dalam paru-paru dan diserap ke dalam darah. Penghidap penyakit kronik terutamanya penghidap asma (lelah), penghidap obstruksi pernafasan kronik, penghidap penyakit jantung, diabetes (kencing manis) dan darah tinggi perlu mengelakkan diri daripada keluar dari rumah sehinggalah tahap IPU kurang daripada 100. Kajian menunjukkan terdapat peningkatan serangan asma, jangkitan pernafasan, pengurangan fungsi peparu, susah bernafas, batuk-batuk dan radang mata semasa keadaan berjerebu. Ada juga bukti yang mengaitkan peningkatan serangan jantung akibat terdedah dengan udara berjerebu. Oleh itu adalah penting bagi penghidap penyakit kronik yang berkenaan untuk mengelakkan diri daripada terdedah dengan jerebu supaya keadaan kesihatan mereka tidak menjadi lebih teruk. Berikut adalah langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh penghidap penyakit kronik: 1. Elakkan diri daripada keluar dari rumah dan bangunan jika IPU lebih daripada 100

Page 64: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

29

2. Jika perlu keluar daripada rumah, sila pakai pelindung pernafasan. Bagaimanapun, penggunaan pelindung pernafasan N95 mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan susah bernafas bagi sesetengah penghidap asma dan penyakit kardiovaskular. 3. Minum air kosong yang cukup sekurang-kurangnya dua liter sehari. Keadaan berjerebu yang kering boleh menyebabkan dehidrasi badan. Jangan ambil air manis kerana ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes. 4. Ambil ubat anda seperti yang disarankan oleh doktor. 5. Lakukan senaman di dalam rumah. 6.Makan makanan yang seimbang. Kurangkan garam, gula dan lemak. Makan mengikut keperluan aktiviti harian anda. Kurangkan makan jika anda kurang beraktiviti. 7. Pastikan anda memberitahu lokasi anda kepada keluarga atau rakan yang boleh dihubungi jika anda mengalami masalah kesihatan di luar rumah. 8. Jangan merokok. 9. Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, sakit dada, sakit kepala, mual dan muntah. KESAN PADA MANUSIA Mata terasa pedih dan berair Hidung berair dan kerap meleleh Bahagian kerongkong terasa gatal, batuk-batuk Dada terasa sakit. Sukar untuk bernafas atau sesak nafas Kulit badan terasa gatal-gatal INFO: KEMENTERIAN KESIHATAN

Page 65: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

30

Headline: Serbu farmasi Publication: HM Date of publication: Mar 15, 2014 Section heading: Main Section Page number: 063

Kuala Lumpur: Peningkatan mendadak paras bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terutama di Lembah Klang petang kelmarin, menjadikan klinik dan farmasi diserbu orang ramai bagi mendapatkan rawatan serta topeng penutup mulut ketika jerebu. Tinjauan Harian Metro di sekitar ibu kota dan Lembah Klang mendapati orang ramai melakukan aktiviti harian seperti biasa termasuk bekerja dan membeli belah namun memakai topeng penutup mulut. Malah, Masjid India di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) juga tetap penuh dikunjungi warga kota untuk menunaikan solat Jumaat walaupun terpaksa solat di koridor luar dengan memakai topeng penutup mulut. Suri rumah, Ida Hasraini Daud, 37, yang menetap di Taman Medan, Petaling Jaya berkata, aktiviti luar mereka sekeluarga terpaksa dihadkan kerana bimbang menjejaskan kesihatan dalam keadaan jerebu melanda teruk di Selangor. "Saya sendiri hantar dan mengambil anak dari sekolah menggunakan kereta dan tidak benarkan mereka bermain di luar rumah. "Semalam, saya dan anak rasa tak sedap badan, mata berair, pening dan berbahang mungkin kesan daripada jerebu," katanya. Pembantu farmasi Masrin Samsul, 36, pula berkata permintaan topeng penutup mulut semakin tinggi sejak jerebu melanda. "Sejak kelmarin, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi farmasi kami mendapatkan penutup mulut berikutan IPU semakin meningkat ke paras tidak sihat. "Topeng penutup mulut biasa berharga 60 sen sehelai paling laris. Setiap hari lima kotak mengandungi 250 keping habis terjual," katanya.

Page 66: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

31

Headline: Hutan simpan kekal Perak terbakar Publication: BH Date of publication: Mar 15, 2014 Section heading: Main Section Page number: 024

Ipoh: Lebih 200 hektar kawasan hutan simpan kekal dan tanah kerajaan di Perak musnah akibat kebakaran terbuka sepanjang bulan ini, menyebabkan kerugian lebih RM2 juta. Apa yang dikesali, kebanyakan kes kebakaran itu berpunca perbuatan pemilik tanah persendirian terutama kawasan kebun dan ladang berdekatan yang melakukan pembakaran terbuka di kawasan masing-masing sebelum api merebak ke kawasan hutan simpan kekal berkenaan. Kejadian itu turut menyumbang kepada masalah jerebu di negeri berkenaan. Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Datuk Roslan Ariffin, berkata kawasan terbakar meliputi hutan seluas 195 hektar termasuk Hutan Simpan Korbu, Hutan Simpan Bubu, Hutan Simpan Bintang Hijau, Hutan Simpan Papulut, Hutan Simpan Chikus dan Hutan Simpan Bukit Tapah. Beliau berkata, selain itu kebakaran turut berlaku di kawasan seluas 14 hektar hutan tetapi bukan berstatus hutan simpan yang juga milik kerajaan di seluruh negeri berkenaan. Katanya, paling mendukacitakan kebakaran terbuka di Hutan Simpan Chikus turut memusnahkan Kebun Biji Benih Jabatan Perhutanan dengan pokok ditanam ada yang sudah menjangkau usia 20 tahun. RM2 juta nilai hutan, tanah "Kebun ini ditanam dengan pokok dari benih terpilih bertujuan untuk mendapatkan benih pokok terbaik seperti meranti seraya, gerutu pasir dan cengal. "Secara keseluruhan kebakaran hutan simpan kekal dan hutan di atas tanah kerajaan di negeri ini mencecah hampir RM2 juta dalam tempoh 14 hari lalu.

Page 67: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

32

"Kebakaran hutan di Perak dipercayai antara faktor menyebabkan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (API) di negeri berkenaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bandar Meru Raya dekat sini semalam. Roslan berkata, Jabatan Perhutanan negeri sudah menubuhkan pasukan khas untuk memantau kawasan kebakaran hutan bagi memastikan kebakaran dapat dipadam dan mengelakkannya dari merebak ke kawasan lebih luas. Beliau berkata, ketika ini seramai 500 kakitangan dari Jabatan Perhutanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bertungkus-lumus memadamkan dan mengawal kebakaran. "Pihak pembalak turut membantu menggunakan segala peralatan dan jentera membina parit kawalan bagi mencegah api daripada merebak ke kawasan lain," katanya. Sementara itu, kebakaran kawasan hutan berbukit di Pusat Rekreasi Gunung Lang di sini yang mula dikesan kelmarin merebak hingga ke kawasan seluas 10 hektar semalam. Pengarah JBPM negeri, Yahaya Madis ketika dihubungi berkata, anggotanya berdepan kesukaran melakukan pemadaman kerana ketinggian bukit mencecah 500 meter dengan kecerunan melebihi 90 darjah.

Page 68: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

33

Headline: Topeng Jerebu laris Publication: BH Date of publication: Mar 15, 2014 Section heading: Main Section Page number: 017

Topeng pernafasan yang dijual di kedai dan farmasi sekitar Kajang laris bak pisang goreng panas berikutan cuaca terik dan berjerebu sejak beberapa hari lalu. Selain masyarakat setempat, topeng itu juga dipakai jentera pilihan raya parti bertanding yang bertugas seharian. Beberapa peniaga yang ditemui, memaklumkan mereka terpaksa menambah stok kerana permintaan luar biasa sekarang, namun harga topeng berkenaan, kekal seperti biasa.

Page 69: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

34

Headline: Elak aktiviti luar bilik darjah Publication: BH Date of publication: Mar 15, 2014 Section heading: Main Section Page number: 014 Byline / Author: Oleh Norrasyidah Arshad

Kuala Selangor: Semua sekolah di negeri ini diarahkan untuk tidak menjalankan aktiviti luar bilik darjah sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150. Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim, berkata pengurusan sekolah perlu mematuhi arahan itu dan memikirkan beberapa perkara sebelum melaksanakan aktiviti luar, terutamanya membabitkan murid serta pelajar berisiko tinggi seperti yang menghidap asma. "Perkara ini kita sudah maklumkan kepada semua sekolah kerana IPU lebih daripada 150 itu sudah berada dalam kategori tidak sihat. Kita ingatkan supaya semua guru tidak melanggar arahan ini kerana ia memberi kesan buruk terhadap kesihatan pelajar. "Esok semua acara merentas desa yang dijadualkan berjalan di kebanyakan sekolah turut ditangguhkan hingga catatan IPU kembali normal," katanya ketika dihubungi BH, semalam. Tutup sekolah jika IPU lebih 200 Mahmud berkata, semua guru besar dan pengetua mempunyai kuasa untuk menutup sekolah, sekiranya IPU melebihi paras bahaya iaitu melepasi bacaan 200. "Pengurusan sekolah kawasan lain di negeri ini juga diarah mengikuti perkembangan bacaan IPU dan boleh mengambil langkah sama jika bacaannya melebihi paras selamat," katanya. Sementara itu, tinjauan di Stadium Tertutup Kuala Selangor pagi semalam mendapati sebuah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri, tetap meneruskan aktiviti sukan walaupun IPU di kawasan itu pada jam 8 pagi mencatatkan bacaan 149, 9 pagi (147), 10 pagi (148) dan 11 pagi (144).

Page 70: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

35

Beberapa guru yang risau dengan keadaan jerebu mengenakan topeng muka, sebaliknya pelajar yang terbabit dengan aktiviti luar itu tidak dibekalkan topeng.

Page 71: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

36

Headline: `Tak cadang isytihar darurat akibat jerebu' Publication: BH Date of publication: Mar 15, 2014 Section heading: Main Section Page number: 014

Kajang: Kerajaan belum bercadang mengisytiharkan darurat susulan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini yang menyebabkan sekolah di beberapa daerah di Selangor terpaksa ditutup, semalam. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel, berkata keadaan kawasan dilanda jerebu, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya, masih terkawal serta belum mencapai tahap kecemasan atau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500. "Kita jangka cuaca pulih dalam seminggu dua lagi berdasarkan ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi. Jadi, kita tidak bercadang melakukan pembenihan awan," katanya sambil menambah Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengedarkan 13,000 alat perlindungan pernafasan kepada sekolah yang terjejas akibat jerebu. Sementara itu, hanya Pelabuhan Klang mencatatkan IPU berbahaya iaitu 317, manakala Banting pada tahap sangat tidak sihat, iaitu 226 setakat jam 5 petang semalam. Sebanyak 12 kawasan lain mencatatkan IPU tidak sihat, iaitu Bandaraya Melaka 113, Bukit Rambai (120), Nilai (138), Port Dickson (146), Seremban (130), Tanjung Malim (110), Kuala Selangor (119), Petaling Jaya (174), Shah Alam (162), Batu Muda (149), Cheras (126) dan Putrajaya (140).

Page 72: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

37

Headline: JMM tumpu pembenihan awan kering Publication: BH Date of publication: Mar 15, 2014 Section heading: Main Section Page number: 014

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) akan menumpukan operasi pembenihan awan kering di kawasan yang paling terjejas teruk akibat jerebu, mulai Selasa ini. Operasi itu perlu dijalankan berhampiran kawasan tadahan air dan kawasan yang terbabit, antaranya Petaling Jaya, Sepang, Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur. Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan JMM, Azhar Ishak, berkata pihaknya akan menumpukan lokasi operasi di kawasan lebih kecil berikutan kawasan yang paling terjejas jerebu perlu diutamakan, selain semua pesawat Hercules C-130 digunakan untuk operasi misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu. Guna kaedah higroskopik "Kita akan lakukan operasi pembenihan kering kali ini menggunakan kaedah higroskopik membabitkan penyebaran garam kering melalui letupan kecil dan menggunakan pesawat ringan Cessna di bawah tapak awan dengan ketinggian 2,000 hingga 5,000 kaki dari aras laut. "Kandungan garam kering ini adalah 67 peratus (%) natrium klorida, 21 % garam kalium klorida dan selebihnya magnesium oksida," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) mengesan sembilan titik panas di Malaysia dan 43 di Sumatera, Indonesia, setakat semalam.

Page 73: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

38

Headline: IPU Pelabuhan Klang, Banting turun Publication: MA Date of publication: Mar 16, 2014 Section heading: Main Section Page number: 023

Kuala Lumpur: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Klang dan Banting, Selangor yang mencatat bacaan berbahaya serta sangat tidak sihat kelmarin, menurun kepada tidak sihat iaitu kurang daripada 200, berikutan kewujudan tiupan angin dari arah timur laut. Pergerakan angin yang bermula malam kelmarin menolak habuk halus yang mengakibatkan jerebu teruk di beberapa kawasan di Selangor. Selain itu, hujan selama beberapa jam di beberapa negeri malam kelmarin turut membantu memulihkan kualiti udara, namun ia hanya seketika berikutan bukan musim hujan. Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia Azhar Ishak berkata, pihaknya mengenal pasti tiupan angin dari timur laut pada kelajuan 20 kilometer sejam membantu memulihkan kualiti udara dan dijangka semakin baik jika keadaan berterusan. "Bagaimanapun, jika tiupan angin tidak berterusan, ada kemungkinan paras IPU meningkat semula berikutan cuaca panas dan kering yang belum berakhir. "Ketiadaan hujan berterusan juga menyumbang kepada jerebu secara mendadak di beberapa kawasan, selain asap kenderaan dan aktiviti perindustrian," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurut Azhar, pihaknya melakukan pembenihan awan di Selangor, Perak dan Melaka semalam memandangkan ada awan sesuai selain usaha menaikkan paras air di empangan. "Tiga negeri ini didapati kurang hujan, selain semakin panas dan kering. Oleh itu, pembenihan awan perlu dilakukan segera," katanya.

Page 74: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

39

Sehingga jam 3 petang semalam, hanya tinggal empat kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat berbanding 12 kawasan pada Khamis lalu. Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Pelabuhan Klang adalah 136, Tanjung Malim (143), Banting (115) dan Putrajaya (104). Bacaan IPU baik adalah antara 0-50, sederhana (51- 100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 300). Orang ramai boleh merujuk laman web http:// apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing.

Page 75: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

40

Headline: Sekolah buka semula esok Publication: MA Date of publication: Mar 16, 2014 Section heading: Main Section Page number: 023 Byline / Author: Oleh Nur Lela Zulkipli

Kuala Lumpur: Semua sekolah di Pelabuhan Klang dan Banting dibenarkan membuka semula sesi persekolahan seperti biasa esok berikutan kualiti udara semakin pulih. Khamis lalu, Jabatan Pendidikan Selangor mengarahkan semua 203 sekolah di kawasan terbabit ditutup berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencatat bacaan melebihi 300 iaitu kategori berbahaya. Pengarahnya, Datuk Mahmud Karim berkata, pihaknya tidak akan melanjutkan arahan penutupan sekolah memandangkan kualiti udara semakin pulih dan tiada halangan untuk melakukan aktiviti di luar rumah. "Bagaimanapun, ibu bapa pelajar dinasihatkan memeriksa keadaan kesihatan anak jika ada tanda masalah kesihatan seperti sesak nafas dan bawa ke hospital berdekatan dengan segera. "Ibu bapa boleh memohon cuti daripada pihak sekolah jika kesihatan anak mereka terjejas akibat jerebu, namun sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa," katanya. Mahmud berkata, pihaknya berharap semua sekolah memberi kelonggaran kepada murid dan pelajar yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan seperti asma untuk tidak hadir ke sekolah akibat jerebu. "Ibu bapa perlu memikirkan faktor kesihatan anak namun perlu memaklumkan pihak sekolah berhubung ketidakhadiran anak mereka. "Namun, jika keadaan jerebu kembali ke tahap berbahaya, kemungkinan sekolah ditutup semula," katanya.

Page 76: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

41

Menurutnya, keadaan kualiti udara yang semakin buruk akibat jerebu melanda beberapa kawasan boleh menjejaskan tahap kesihatan rakyat, khususnya pada peringkat institusi pendidikan. Semua guru besar dan pengetua boleh merujuk surat pekeliling ketika berlaku jerebu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan sebelum ini.

Page 77: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

42

Headline: Tujuh hari proses pembenihan awan Publication: HM Date of publication: Mar 15, 2014 Section heading: Main Section Page number: 052

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melaksanakan operasi pembenihan awan kering di kawasan tadahan dan empangan yang susut di sekitar Lembah Klang selama tujuh hari bermula Selasa ini dalam usaha menurunkan hujan. Operasi itu memberi tumpuan di kawasan terjejas teruk dengan cuaca kering dan pembakaran terbuka seperti di Petaling Jaya, Pelabuhan Klang, Sepang serta Kuala Lumpur. Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan JMM Azhar Ishak berkata, operasi itu diteruskan minggu depan dengan kaedah pembakaran suar higroskopik yang dipasang pada sayap pesawat kecil dan terbang di bawah dasar awan. "Kami tetap teruskan operasi pembenihan awan kering dengan menggunakan bahan higroskopik (kandungan garam kering silinder) dengan campuran 67 peratus Natrium Klorida, 21 peratus garam Kalium Klorida serta 12 peratus Magnesium Oksida. "Kemungkinan kami lakukan dua hingga tiga kali sehari kerana menggunakan pesawat lebih kecil (Cessna) di bawah tapak awan dengan ketinggian 2,000 hingga 5,000 kaki dari paras laut. "Operasi juga fokus di Selangor kerana faktor geografi dikelilingi kawasan berbukit-bukau yang boleh menggalakkan pembenihan awan berlaku," katanya ketika dihubungi, semalam. Azhar meramalkan, kemungkinan cuaca lembap kembali pada pertengahan Mac hingga Mei depan. Sementara itu, Penasihat Kanan Teknikal Projek Hutan Tanah Gambut ASEAN (APFP) di bawah kendalian Pusat Alam Sekitar Global (GEC) Faizal Parish ketika dihubungi berkata, peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan terutama

Page 78: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

43

sekitar Lembah Klang disebabkan pembakaran hutan dan tanah gambut yang berlaku di dalam negara dan negara jiran iaitu Riau, Indonesia kebelakangan ini. Katanya, berbanding Malaysia, kebakaran di Riau lebih kritikal berikutan kawasannya luas dengan dianggarkan 45,000 penduduknya mendapatkan rawatan di hospital sejak pertengahan Februari lalu hingga kini berikutan masalah jerebu teruk melanda negara itu. "Kebakaran terbuka sama ada dalam dan luar negara ini sudah berlaku sejak tiga minggu lalu, namun minggu ini ia menjadi semakin tidak terkawal ditambah lagi tiada hujan selain peralihan angin timur laut ke barat dan sebaliknya. "Tidak dinafikan perkara ini menjadi faktor IPU di Semenanjung meningkat," katanya.

Sumber : http://emedia.com.my Tarikh Akses : 25 April 2014

Page 79: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

1

KENYATAAN MEDIA YB DATUK SERI G. PALANIVEL MENGENAI JEREBU : 2402 KES PEMBAKARAN TERBUKA DIKESAN

Date: 22-03-2014 NRE-PEMBAKARAN TERBUKA/ MREM... PUTRAJAYA, 22 Mac (Bernama) -- Keadaan jerebu sederhana dalam negara mula dikesan pada 14 Februari 2014 di kawasan Pelabuhan Klang, Selangor dan seterusnya pada 3 Mac 2014 di dua (2) kawasan iaitu di Pelabuhan Klang, Selangor dan Seri Manjung, Perak. Keadaan jerebu bertambah buruk pada 14 Mac 2014 apabila dua (2) kawasan mencatatkan bacaan IPU berbahaya iaitu di Pelabuhan Klang dan Banting, Selangor. Keadaan ini telah memaksa semua sekolah (203 buah) di seluruh Daerah Klang dan Kuala Langat, Selangor ditutup disebabkan bacaan IPU melebihi paras 200. Jerebu yang berlaku adalah disebabkan punca dalaman iaitu kebakaran tanah dan hutan berskala besar di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya di Selangor, Perak, Pahang, Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Keadaan cuaca panas dan kering yang berlanjutan sejak bulan Januari lalu menyebabkan kebakaran mudah berlaku dan sekiranya telah berlaku, ia sukar dikawal serta memerlukan tindakan pemadaman yang ekstensif. Maklumat Titik Panas (Hotspot) Bagi Tempoh Januari Hingga 17 Mac 2014 Dalam keadaan cuaca panas dan kering yang berlarutan, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh "ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) terdapat tren peningkatan yang ketara bilangan titik panas di seluruh negara dan juga di negara jiran iaitu di Sumatera, Indonesia. Jumlah titik panas yang dikesan di Semenanjung Malaysia bagi tempoh Januari hingga 17 Mac 2014 adalah 1,347 berbanding dengan 464 jumlah titik panas yang dikesan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas. Begitu juga peningkatan yang ketara bagi jumlah titik panas yang dikesan di Sumatera, Indonesia bagi tempoh yang sama tahun ini iaitu 3,885 berbanding 1,386 jumlah titik panas yang dikesan pada tahun lepas. RAJAH 1 yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 13 Mac 2014 menunjukkan keadaan jerebu sederhana dialami di kawasan Lembah Klang, Semenanjung Malaysia dan jerebu teruk dialami di sekitar Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia. Pada tarikh tersebut, berdasarkan laporan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), kemungkinan Semenanjung Malaysia dilanda jerebu merentas sempadan adalah rendah disebabkan oleh corak tiupan angin dari Negara jiran iaitu dari arah timur laut tidak menghala ke Semenanjung Malaysia dan begitu juga corak pergerakan arah angin yang lemah dari kawasan titik panas Semenanjung Malaysia tidak menyebabkan jerebu di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia. Ketua Pengarah Alam Sekitar di bawah Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam

Page 80: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

2

Sekeliling (Pindaan) 2001, telah mengisytiharkan Perintah Larangan Pembakaran Terbuka bagi kawasan-kawasan di seluruh Negeri Selangor pada 10 Mac 2014 dan bagi kawasan-kawasan di seluruh Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berkuatkuasa pada 13 Mac 2014 sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Berikutan dengan pengisytiharan Perintah Larangan ini:- (i) Seluruh kawasan dalam Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor adalah merupakan kawasan larangan bagi melakukan sebarang pembakaran terbuka KECUALI bagi aktiviti-aktiviti tertentu iaitu pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, gril/barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar (flaring); dan (ii) Semua pihak digesa tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja. Mereka yang sabit kesalahan melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan. Sehingga hari ini, JAS sedang menyediakan 29 kertas siasatan bagi kes-kes pembakaran terbuka yang akan dibawa untuk tindakan mahkamah. Berdasarkan siasatan JAS pada tahun ini sehingga 20 Mac 2014, sebanyak 2402 kes pembakaran terbuka telah dikesan iaitu pembakaran terbuka melibatkan kawasan hutan (527 kes), kawasan pertanian (775 kes), kawasan industri (20 kes), kawasan pembinaan (60 kes), tapak pelupusan sampah (44 kes), kawasan belukar (559 kes) dan lain-lain pembakaran terbuka kecil (417 kes). Bagi tempoh yang sama, sebanyak 130 kes pembakaran terbuka telah dikenakan tindakan kompaun dan 58 kes telah dikeluarkan Notis Amaran. Mengikut rekod JAS, bagi tempoh tiga tahun yang lepas (2011-2013), jumlah kompaun yang diterima bagi kesalahan pembakaran terbuka adalah RM1.7 juta (1,345 bilangan kompaun) dan denda mahkamah sebanyak RM225,000 (bagi 41 kes). Pengawasan rapi status kualiti udara dilaksanakan melalui 52 stesen pengawasan kualiti udara yang ditempatkan di seluruh Negara bagi mengesan sebarang perubahan kepada status kualiti udara dan sebagai pengesanan awal kejadian jerebu. Bagi mengawal punca dalaman yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara dan jerebu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengaktifkan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Prosedur Tetap Operasi (Standard Operating Procedure, SOP) Program Pencegahan Kebakaran Di Tanah Gambut Mudah Terbakar mulai 4 Februari 2014 serta mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan pelepasan pencemaran dari industri. Semua pihak diminta tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah

Page 81: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

3

atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727. SUMBER: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: NAMA : Mohd Haizul bin Hod Unit Komunikasi Korporat (UKK) TEL : 03-8886 1585 (DL) FAKS : 03-8889 4763 EMEL : [email protected] --BERNAMA

Page 82: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

4

AMARAN KETAMPAKAN RENDAH AKIBAT JEREBU SEHINGGA SELASA

Date: 16-03-2014 Author: / KNAA AZE HM METEOROLOGI-AMARAN KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Tahap ketampakan kurang dari lima kilometer di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Barat disebabkan jerebu, dijangka berterusan sehingga Selasa, 18 Mac. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia keadaan ini adalah berbahaya kepada kapal yang tidak dilengkapi navigasi pelayaran. Pada masa sama, angin kencang Timur Laut dan laut bergelora yang melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Bintulu dan Miri), Wilayah Persekutuan Labuan serta Sabah (Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat) juga dijangka berterusan sehingga Selasa. Keadaan angin dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak melebihi 3.5 meter itu berbahaya kepada semua bot kecil, rekreasi laut dan aktiviti sukan laut. Selain itu, ribut petir yang berlaku di perairan Perak, Johor, Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman dan Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga awal malam ini. Keadaan itu yang menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan ombak melebihi 3.5 meter berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. -- BERNAMA KNAA AZE HM

Page 83: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

5

KURANGKAN AKTIVITI LUAR SEMASA JEREBU - DR SUBRAMANIAM

Date: 14-03-2014 Author: / GK KLS JEREBU-LANGKAH PUTRAJAYA, 14 Mac (Bernama)-- Orang ramai dinasihat agar mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa berada di dalam rumah berikutan keadaan berjerebu yang boleh menjejaskan kesihatan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam juga meminta orang ramai supaya menggunakan penutup hidung dan mulut sekiranya terpaksa melakukan aktiviti di luar kawasan rumah bagi menjaga kesihatan diri. Katanya mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru yang kronik perlu segera ke klinik sekiranya keadaan bertambah teruk. "Kementerian meningkatkan pemantauan penyakit berkaitan jerebu (Jangkitan Saluran Pernafasan Atasan (URTI), asma dan sakit mata) di klinik-klinik sentinel di negeri yang dilanda jerebu. "Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150, kumpulan berisiko dinasihatkan supaya berada di dalam rumah dan mengurangkan aktiviti di luar rumah termasuklah pelajar sekolah," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. Dr Subramaniam turut menasihatkan orang ramai supaya banyak minum air kosong dengan sekurang-kurangnya lapan gelas sehari di samping membasuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan serta menghadiri aktiviti luar. "Selain itu pastikan udara di dalam rumah atau bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. "Apabila memandu gunakan penyaman udara dengan memilih operasi kitaran udara dalaman," katanya. Orang ramai boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu di laman web: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/jerebu.php dan http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183. -- BERNAMA GK KLS

Page 84: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

6

SEKOLAH DI DAERAH KUALA LANGAT TURUT DIARAH TUTUP BERIKUTAN JEREBU

Date: 14-03-2014 Author: / FAI RV HM JEREBU-SEKOLAH (SELANGOR) SHAH ALAM, 14 Mac (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) telah mengarahkan kesemua 71 buah sekolah di daerah Kuala Langat supaya ditutup hari ini berikutan jerebu, selain 131 sekolah di daerah Klang. Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata sekolah boleh ditutup sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 200 iaitu bacaan sangat tidak sihat. Bacaan IPU di Pelabuhan Klang di dalam daerah Klang ialah 233 (sangat tidak sihat) pada 6 petang semalam, tetapi meningkat kepada paras berbahaya 352 setakat 7 pagi tadi. Manakala IPU di Banting di daerah Kuala Langat ialah 189 (sangat tidak sihat) semalam dan meningkat kepada 316 (berbahaya) hari ini. Mahmud berkata semasa arahan penutupan sekolah di Kuala Langat dilakukan hari ini, para pengetua mendapati pelajar di sesetengah sekolah di Tanjung Sepat, Banting mula mengalami masalah mata merah dan berair. "Kita benarkan pengetua menggunakan budi bicara masing-masing untuk menutup sekolah," katanya. -- BERNAMA FAI RV HM

Page 85: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

7

AIRASIA BATAL PENERBANGAN KE/DARI PEKANBARU EKORAN JEREBU TEBAL

Date: 14-03-2014 Author: / ZAI ZAI VMD NNAR LAT AIRASIA-JEREBU KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- AirAsia mengumumkan pembatalan penerbangan ke/dari Pekanbaru, Indonesia, hari ini dan esok ekoran penglihatan terhad disebabkan jerebu tebal di kawasan tersebut. "Kehadiran jerebu tebal telah mengurangkan penglihatan juruterbang kurang dari 1,000 meter, yang merupakan jarak penglihatan tahap minimum, bagi memastikan operasi selamat," kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam kenyataannya. Pembatalan bagi penerbangan AirAsia ke dan dari Pekanbaru termasuk: * Kuala Lumpur ke Pekanbaru * Pekanbaru ke Kuala Lumpur * Pekanbaru ke Bandung * Bandung ke Pekanbaru * Pekanbaru ke Medan * Medan ke Pekanbaru AirAsia turut berkata kesemua penerbangan yang terlibat dijangka beroperasi semula pada Ahad, 16 Mac, bergantung pada tahap peningkatan jarak penglihatan. Penerbangan itu menawarkan dua pilihan pemulihan perkhidmatan untuk penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu. Para penumpang boleh memilih untuk menukar penerbangan dalam lingkungan tujuh hari daripada jadual asal tanpa caj tambahan; atau deposit dalam bentuk kredit 'shell' bersamaan nilai tempahan asal dan boleh digunakan sebagai bayaran untuk menempah mana-mana penerbangan Air Asia. Kredit 'shell' itu sah untuk tempoh 90 hari dari tarikh dikeluarkan. "Setiap penumpang yang terlibat akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftarkan dengan AirAsia, begitu juga dengan pemberitahuan SMS. "AirAsia menggesa penumpang supaya mengemas kini alamat e-mel dan nombor telefon serta kod negara dalam profil anggota AirAsia bagi membolehkan syarikat penerbangan itu menghubungi mereka," kata AirAsia. -- BERNAMA ZAI ZAI VMD NNAR LAT

Page 86: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

8

JEREBU: BANTU PADAM KEBAKARAN AKAN DIBERI GANJARAN CUTI DUA HARI

Date: 17-10-2006 Author: / MNY MNY RHM Indonesia-Jerebu JAKARTA, 17 Okt (Bernama) -- Kakitangan awam sebuah wilayah di Indonesia ditawarkan cuti dua hari sekiranya mereka membantu memadamkan kebakaran hutan yang telah menyebabkan banyak kawasan diselubungi jerebu tebal, menurut laporan agensi berita Antara. Jurucakap wilayah Tengah Kalimantan, Dendol Toepak, berkata tawaran cuti dua hari itu dibuat oleh Gabenor Agustin Teras Narang. Toepak berkata gabenor hari ini melancarkan kempen awam untuk mengawal kebakaran dengan menghadiri operasi memadam kebakaran bersama-sama lebih 200 kakitangan awam, tentera dan polis. Kempen itu dijalankan di bandaraya Palangkaraya dan lima daerah, menurut laporan itu. Asap tebal berpunca daripada kebakaran hutan telah menyelubungi sebahagian besar kawasan Borneo Indonesia dan Sumatera dalam beberapa minggu lepas serta Singapura dan Malaysia, mencetuskan kritikan bahawa Jakarta tidak berusaha keras untuk menangani masalah bencana alam yang berlaku setiap tahun itu. -- BERNAMA MNY MNY RHM

Page 87: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

9

JEREBU DI KOTA PONTIANAK SEMAKIN TERUK, PENERBANGAN DIBATALKAN

Date: 17-10-2006 Author: Amrizan Madian / AZM HS RHM Jerebu-Kalimantan JAKARTA, 17 Okt (Bernama) -- Tidak ada sebarang tanda bahawa jerebu akibat kebakaran hutan di wilayah Kalimantan akan berakhir dalam tempoh masa terdekat ini, sebaliknya ia semakin melumpuhkan beberapa Bandar utama di wilayah Indonesia itu. Hari ini dan semalam beberapa penerbangan terus dari Jakarta ke Pontianak telah dibatalkan dan ia menyebabkan beratus penumpang yang mahu balik ke Kalimantan Barat (Kalbar) terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di sini. "Keadaan yang semakin serius di Kalbar telah menyebabkan jarak penglihatan menurun kepada hanya 300 meter dan ia bahaya untuk sebarang operasi penerbangan," kata seorang pegawai dari syarikat penerbangan Adam Air kepada Bernama di sini hari ini. Katanya mereka tidak pasti bila penerbangan boleh diteruskan di Pontianak namun setakat ini keadaan jerebu terus menyelubungi ruang udara kota itu dan Adam Air telahpun memberi arahan kepada semua penumpang yang ingin ke Pontianak hari ini untuk menukar jadual penerbangan mereka. Keadaan yang sama turut berlaku di Lapangan Terbang Shamsuddin Noor Banjarmasin pagi ini dan dua hari lalu apabila beberapa penerbangan terpaksa ditangguhkan beberapa jam berikutan jerebu. Tinjauan Bernama hari ini mendapati kebanyakan penumpang bimbang mereka tidak akan dapat berlepas ke Jakarta kerana jerebu semakin tebal sejak beberapa hari kebelakangan ini. "Saya dan keluarga mahu balik menyambut Aidilfitri dan kami tidak mahu jerebu ini akan menyebabkan kami gagal balik ke kampung," kata Herman, yang berasal dari Jawa Tengah. Lima penerbangan yang dibatalkan hari ini ialah Batavia Air dengan satu penerbangan, Sriwijaya Air dan Adam Air masing-masing dua penerbangan, yang kesemuanya menuju Jakarta. Khamis lepas Lapangan Terbang Palangkaraya, di kota pentadbiran Kalimantan Tengah ditutup setelah wilayah tersebut dilanda jerebu yang paling teruk dengan jarak penglihatan hanya 10 meter. -- BERNAMA AZM HS RHM

Page 88: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

10

KEBAKARAN HUTAN DI KALIMANTAN MASIH BAWA JEREBU KE S'PURA

Date: 15-10-2006 Author: / JS AZH Singapura-Jerebu SINGAPURA, 15 Okt (Bernama) -- Asap dari pembakaran hutan dari Kalimantan di Indonesia, masih berterusan membawa jerebu ke Singapura hari ini dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sini menghampiri tahap tidak sihat. "Keadaan nampaknya semakin buruk," kata Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA), sambil turut memberi amaran kepada orang ramai untuk memantau maklumat terkini tentang bacaan IPU menerusi laman webnya, serta nasihat-nasihat berhubung kesihatan yang berkaitan, bergantung kepada keadaan jerebu di kawasan setempat. Pergerakan angin kekal menghala arah tenggara hari ini, membawa asap jerebu dari Kalimantan. "Angin mulai lemah lewat malam tadi, mengakibatkan jerebu yang dibawa dari Kalimantan ke Singapura agak berkurangan. Bagaimanapun pergerakan angin semakin ketara lewat pagi ini membawa lebih banyak jerebu dari Kalimantan. "Keadaan semasa angin dijangka kekal arah tenggara bagi seluruh hari ini dan esok," kata NEA dalam laman webnya yang memaparkan maklumat terkini tentang keadaan jerebu di Singapura. Jerebu mengakibatkan kualiti udara turun kepada tahap hampir tidak sihat di sini hari ini, dengan IPU mencatatkan bacaan sehingga 98 pada pukul 4 petang, iaitu masih berada pada tahap sederhana. Bacaan IPU 100-200 dianggap sebagai tidak sihat. Menurut NEA, gambar-gambar satelit terkini mengesan 54 titik panas di Sumatera dan 297 titik panas di Kalimantan, dengan banyak kawasan di Kalimantan nampak kabur akibat asap tebal. Kualiti udara di Singapura memasuki tahap tidak sihat buat pertama kali pada 7 Okt lalu, dengan bacaan IPU melonjak sehingga 150, menyebabkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis surat kepada Presiden Indonesian Susilo Bambang Yudhoyono, menyuarakan kekecewaannya terhadap keadaan jerebu. Jumaat lalu, Menteri Alam Sekitar dari lima negara Asean yang terjejas akibat jerebu mengadakan perjumpaan di Pekanbaru, Indonesia, yang membawa kepada penubuhan satu panel khas bagi mengkaji usaha untuk menangani masalah itu. -- BERNAMA JS AZH

Page 89: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

11

MALAYSIA TEGAS MAHU TINDAKAN JELAS ATASI JEREBU

Date: 13-10-2006 Author: Mohd NAsir Yusof / MNY KI MUN LAT Asean-Jerebu PEKANBARU, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia pada Jumaat menegaskan ia mahu tindakan tegas dan komitmen politik yang jelas dalam mengatasi masalah jerebu yang sudah sepuluh tahun berulang melanda rantau ini dan menjejaskan kehidupan rakyat. "Kita tidak mahu lagi melihat ke belakang dan menuduh mana-mana Negara sebagai penyebab jerebu ini, tetapi kita mahu melihat ke depan dan mengatur strategi bagi mengelak jerebu berulang," kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid. Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Khas Menteri-menteri Alam Sekitar lima negara Asean yang paling teruk terjejas akibat jerebu, di sini. Beliau memberitahu wartawan Malaysia selepas mesyuarat sehari suntuk itu bahawa pendirian Malaysia mendapat sokongan dan dikongsi bersama oleh semua negara yang hadir iaitu Singapura, Thailand, Brunei Darussalam, dan tuan rumah Indonesia. Menyifatkan mesyuarat khas yang julung-julung kali diadakan itu sebagai berjaya, beliau berkata mesyuarat itu telah membuktikan kesungguhan semua negara untuk bekerjasama mengatasi masalah jerebu. Azmi berkata beberapa persetujuan konkrit dicapai, termasuk untuk mengadakan mesyuarat peringkat menteri lima negara berkenaan setiap tiga bulan sekali, dengan yang pertama di Indonesia November ini. "Menerusi mesyuarat ini, akan terbentuk satu jentera yang dapat memastikan komitmen berterusan setiap negara dan strategi dirancang bagi mencegah jerebu dan jika terjadi juga, bagaimana mengatasinya dengan berkesan," katanya. Beliau berkata sebuah jawatankuasa peringkat menteri akan ditubuhkan bagi mengerakkan tindakan di peringkat pegawai masing-masing serta kemungkinan sebuah sekretariat khas juga akan diwujudkan untuk menangani masalah jerebu secara berterusan bermula dari tahap pendidikan masyarakat di akar umbi. "Jawatankuasa ini akan berfungsi merangka strategi dan program kerja, yang sekaligus menjadikan usaha menangani jerebu berbentuk tindakan nyata dan bukan janji semata-mata," katanya. Antara program yang dipersetujui ialah menganjurkan forum melibatkan pakar dari seluruh dunia dan ahli akademik dalam pelbagai aspek berkaitan untuk memperkemas pengetahuan terkini negara-negara Asean berkaitan jerebu dan pencegahannya. Selain itu, Azmi berkata kelima-lima negara juga bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk mewujudkan satu dana khas bagi menangani masalah jerebu jika dan bila ia berlaku di mana-mana negara anggota. Katanya semua negara terlibat wajar menyumbang kepada dana itu tetapi jumlahnya, serta berrapa banyak diperlukan dan cara menguruskannya belum dibincang secara mendalam. "Dana ini seperti saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu untuk tujuan antara lain, pembiayaan peralatan seperti pesawat khas yang mampu membawa air yang banyak untuk memadamkan api," katanya. Indonesia pula, yang merupakan tempat utama terjadinya kebakaran hutan dan

Page 90: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

12

tanah gambut yang mengakibatkan jerebu serantau itu juga berjanji akan menandatangani segera Perjanjian Penanganan Jerebu Lintas Sempadan Asean. Beliau berkata perjanjian itu telah disahkan semua sembilan Negara Asean lain pada 2002, yang membolehkan bantuan segera lintas sempadan sebaik berlakunya kebakaran hutan dan jerebu. Azmi yang akan berlepas pulang ke tanah air pagi esok, berkata Negara terlibat faham bahawa mereka tidak dapat mengharapkan hasil segera dalam tempoh setahun ini kerana pelbagai masalah logistik, sosio-budaya dan ekonomi di pihak Indonesia. -- BERNAMA MNY KI MUN LAT

Page 91: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

13

ELAKLAH TUDUHAN, MALAYSIA AJAK BEKERJASAMA ATASI JEREBU

Date: 12-10-2006 Author: Mohd Nasir Yusoff / MNY MNY RHM Duta-Jerebu MAKASSAR, 12 Okt (Bernama) -- Malaysia mengajak Indonesia bekerjasama mengatasi masalah jerebu dengan menggembleng kepakaran masing-masing serta mengelak daripada mudah membuat tuduhan yang tidak membawa manfaat. Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain berkata masalah jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan sudah sekian lama berlanjutan dan berulang saban tahun perlukan komitmen yang tegas untuk mengatasi puncanya. "Kerjasama ini yang lebih penting daripada membuat tuduhan pihak itu dan ini yang terlibat, yang tidak ada manfaatnya bagi Malaysia mahupun Indonesia dalam keadaan jerebu yang parah sekarang," katanya pada siding media di sini malam tadi. Zainal Abidin berada di ibu kota wilayah Sulawesi Selatan ini untuk lawatan kerja dua hari termasuk melakukan kunjungan hormat kepada Gabenornya serta berbuka puasa dengan 231 pelajar perubatan Malaysia di Universiti Hassanuddin di sini. Beliau berkata perhatian seharusnya kepada usaha berkesan mengatasi masalah asap daripada kebakaran hutan itu dan Malaysia sudah menyatakan kesediaan untuk memberikan apa juga kerjasama yang diperlukan. "Siapapun pihak yang bersalah menyebabkan api membakar hutan dan tanah gambut di merata kawasan pedalaman Indonesia tetap harus dikenakan tindakan dan hukuman sesuai yang ada di sini," katanya. Zainal Abidin berkata bagaimanapun setiap tuduhan kononnya ada syarikat Malaysia yang terlibat membakar hutan untuk membuka ladang sawit baru mestilah ada buktinya. "Setiap tuduhan mesti ada buktinya dan jika sabit kesalahan kita (Malaysia) juga mahu mereka dihukum. Namun jika tidak terbukti, pihak yang menuduh juga mestilah sanggup menghadapi tindakan dakwaan balas," katanya. Beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak sekali-kali akan membela jika benar ada syarikat Malaysia yang bersalah. Menurutnya Malaysia mahu punca masalah jerebu itu diatasi dan bukan sekadar bertindak setelah jerebu terjadi. "Memanglah rakyat Malaysia sudah ramai yang marah kerana mereka menghadapi pelbagai masalah akibat jerebu seperti masalah kesihatan, jadual penerbangan terganggu, kedatangan pelancong yang terjejas kerana mereka khuatir bahaya akibat jerebu dan perniagaan yang merosot," tambahnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bahawa kejadian jerebu itu memalukan Indonesia kerana mengeksport asap kebakaran hutan ke negara-negara tetangganya. Biarpun Susilo telah mengarahkan semua pihak berkuasa wilayah dan pemerintah daerah di Indonesia berusaha keras mencegahnya namun ia tetap berulang lagi sehingga menjejaskan kualiti udara di Malaysia, Singapura dan Thailand. Tidak seperti dua tahun sebelumnya di mana tuduhan banyak dilemparkan terhadap syarikat perladangan Malaysia yang dikatakan turut membakar hutan untuk dijadikan

Page 92: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

14

ladang, tahun ini tuduhan itu tidak lagi begitu ketara dimainkan oleh media massa tempatan. Zainal Abidin berharap dengan kerjasama dari Malaysia dan negara Asean lainnya, kebakaran hutan di wilayah Indonesia terutama di Sumatera dan Kalimantan akan dapat dicegah di masa depan. -- BERNAMA MNY MNY RHM

Page 93: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

15

MOSTI KERJASAMA DENGAN KEM SUMBER ASLI TANGANI MASALAH JEREBU

Date: 15-04-2008 Author: / NSS NH KAY MAXIMUS-JEREBU PETALING JAYA, 15 April (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui agensinya Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dan Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi menangani masalah jerebu yang dijangka berlaku antara Mei dan Oktober depan. Menterinya Datuk Dr Maximus Ongkili berkata kedua-dua agensi itu turut terlibat secara langsung dalam menyediakan maklumat melalui instrumen-instrumen yang sedia ada dengan menggunakan teknologi terkini. "(Masalah) jerebu adalah di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tetapi semua data seperti keadaan cuaca dan sebagainya dikongsi bersama melalui instrumen yang kita sedia ada dengan JMM dan MACRES turut terlibat sebagai jawatankuasa," katanya kepada pemberita selepas melawat kedua-dua agensi itu di sini, hari ini. Hadir sama pada majlis itu, Timbalannya Fadillah Yusof dan Ketua Pengarah JMM Dr Yap Kok Seng. Maximus berkata semasa jerebu melanda negara sebelum ini, jabatan itu dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia menjalankan aktiviti pembenihan awan untuk menghasilkan hujan. "Kita memantau keadaan cuaca dan memantau waktu yang dijangka akan berlaku jerebu. Kemudian akan dimaklumkan kepada Kementerian Sumber Asli kerana mereka yang akan membuat keputusan apa seharusnya perlu dibuat," katanya. Sementara itu, Maximus berpendapat kemampuan JMM dan MACRES dalam menyediakan maklumat mengenai keselamatan negara, bencana alam dan ramalan kaji cuaca berada pada tahap yang sangat memuaskan berbanding agensi yang sama di luar negara. Mengenai kerjasama dengan negara luar dalam perkongsian ilmu dan teknologi, beliau berkata ia sentiasa berterusan dari semasa ke semasa. " Kami mempunyai rangkaian yang baik dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi di negara-negara lain. Kerana itu kami menggalakkan mereka untuk mengadakan persidangan dan seminar antarabangsa," katanya. -- BERNAMA NSS NH KAY

Page 94: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

16

P.PINANG DILANDA JEREBU AKIBAT PEMBAKARAN TERBUKA DI SUMATERA

Date: 04-10-2007 Author: / EIY MUN MAI Jerebu-P.Pinang PULAU PINANG, 4 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang dilanda jerebu hari ini dengan jarak penglihatan antara empat kilometer dan tujuh kilometer dicatatkan di tiga tempat dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia. Menurut jurucakap Jabatan Meterologi Pulau Pinang keadaan itu diburukkan lagi dengan keadaan atmosfera yang agak stabil menyebabkan habuk terampai tidak dapat bergerak ke ruang lebih tinggi. "Bila atmosfera stabil ia akan menyebabkan udara di bahagian atas dan bawah garisan itu tidak bercampur dan tidak boleh membentuk awan untuk menghasilkan hujan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Bagaimanapun, keadaan jerebu itu dianggap hanya sederhana dan tidak membimbangkan dan keadaan ini akan berubah apabila berlaku perubahan tiupan angin yang membentuk awan tebal dan hujan, kata jurucakap itu. Pada 11 pagi tadi, Indeks Pencemar Udara (IPU) di Seberang Jaya adalah 77 dengan jarak penglihatan empat kilometer diikuti Perai 63 dengan jarak penglihatan lima kilometer. Universiti Sains Malaysia mencatatkan bacaan IPU 59 dengan jarak penglihatan tujuh kilometer. Indeks bagi kualiti udara yang tidak sihat ialah yang melebihi 100. Jurucakap itu menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. -- BERNAMA EIY MUN MAI

Page 95: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

17

PERMIT PEMBAKARAN TERBUKA TIDAK DIBERI JIKA JEREBU TERUK -- CHAN

Date: 20-08-2007 Author: / CJ TOM RON Chan-Jerebu KUCHING, 20 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri akan menghentikan pengeluaran permit bagi pembakaran terbuka kepada syarikat perladangan jika keadaan jerebu bertambah buruk, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan hari ini. Beliau berkata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar yang memantau keadaan jerebu itu, mengeluarkan 26 permit bulan ini tetapi hanya lapan estet yang aktif melakukan pembakaran terbuka yang terhad dalam kawasan 50 hektar. "Kami akan mengeluarkan lebih banyak permit hanya jika ladang-ladang ini tidak memburukkan lagi jerebu. "Permit itu akan dibekukan jika tompok panas dikesan atau bacaan Indeks Pencemaran Udara mengatasi tahap amat tidak sihat 200," kata Dr Chan yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana negeri . Beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri telah diberitahu supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan, terutama di kawasan tanah gambut seperti di Tudan, bahagian Miri. Kawasan tanah gambut lebih mudah merebakkan kebakaran semasa musim kemarau. Mengenai ramalan cuaca bagi Ogos dan September, beliau berkata Sarawak dijangka menerima lebih sedikit hujan daripada biasa antara 400 dan 430mm, kecuali di timur dan tengah Sarawak. Bagaimanapun Sarawak tidak dijangka terlepas daripada jerebu yang mula berlaku beberapa hari lalu yang dibawa angin barat daya dari wilayah Kalimantan, negara jiran Indonesia di mana tompok panas telah dikesan, katanya. Dr Chan berkata 54 tompok panas telah dikesan di Sumatera, lapan di Kalimantan dan tiga di Sabah. Tiada tompok panas dikesan di Sarawak setakat malam tadi. Sementara itu bacaan API di pelbagai tempat di Sarawak berkisar antara baik dan sederhana dengan Kuching mencatatkan bacaan 73 dan Sibu (40). Bacaan di Bintulu hari ini ialah 65, Miri (45), Sarikei (41), Limbang (41), Kota Samarahan (65), Sri Aman (61), Kapit (47) dan Petra Jaya (74). Dr Chan berkata bacaan API itu adalah betul walaupun jarak penglihatan memang rendah terutama pada awal pagi dan selepas hujan kerana kandungan tinggi partikel lembab di udara. Sarawak dilanda jerebu yang teruk pada 1997 hingga memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat jerebu. -- BERNAMA CJ TOM RON

Page 96: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

18

JEREBU: BAKAR ARANG CATAT IPU TIDAK SIHAT

Date: 04-07-2007 Author: / EIY ZU HLK ZBI SOP SHS NH RHM Jerebu-Rangkuman KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Semua stesen pengawasan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih mencatat bacaan sederhana dan baik setakat pukul 5 petang ini kecuali di Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah dengan bacaan 104 yang dikategorikan sebagai tidak sihat. Jurucakap Jabatan Alam Sekitar berkata catatan di Bakar Arang meningkat dari bacaan 81 yang dicatatkan 5 petang semalam selain bacaan di tahap sederhana di Seberang Jaya 2, Perai (91) di Pulau Pinang, Kampung Air Putih, Taiping (86) dan Seri Manjung (81) di Perak dan Nilai, Negeri Sembilan (81). Secara keseluruhan, enam kawasan mencatat IPU baik iaitu bacaan di bawah 50 iaitu Sandakan (35), Samarahan (43), Petra Jaya (41), Indera Mahkota, Kuantan (44), Paka (37) dan Bandaraya Melaka (40), katanya. "Bacaan di bawah IPU 50 berkurang kepada enam dari lapan yang dicatatkan semalam manakala bacaan IPU sederhana meningkat dari 43 berbanding 44 semalam. "Kesemua peningkatan itu bagaimanapun masih berada di tahap sederhana," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini. Berbanding negeri-negeri di utara, Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terus mencatatkan penurunan bacaan IPU. Sementara itu di ALOR STAR, jurucakap JAS berkata walaupun tahap bacaan IPU menunjukkan tahap sederhana, orang ramai perlu bekerjasama supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Katanya JAS sedang membuat operasi untuk bertindak tegas terhadap mereka yang degil melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan akan didakwa mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekitar dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM500,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya. Sementara itu, IPU di Pulau Pinang berada pada tahap sederhana dengan jarak penglihatan antara tiga dan empat kilometer apabila bacaan IPU dicatatkan antara 61 dan 72 di beberapa buah kawasan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Teng Chang Yeow berkata berdasarkan jarak penglihatan serta bacaan IPU yang direkodkan kualiti udara di Pulau Pinang adalah sederhana dengan jarak penglihatan di Seberang Jaya dianggarkan 3km diikuti Perai (4km). Walaupun, setakat ini, Jawatankuasa Bertindak Jerebu yang dipengerusikannya masih belum mengeluarkan sebarang arahan supaya orang ramai mengurangkan aktiviti luar kerana IPU berada di bawah 100, beliau menasihatkan mereka supaya tidak melakukan pembakaran terbuka. Sementara itu, Pengurus Malaysia Airports Berhad (MAB), Abdul Wahab Abdullah berkata keadaan jerebu hari ini tidak menjejaskan jadual penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL). Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) cawangan Pulau Pinang, Lt Komander Maritim Hamid Mohd Amin pula berkata pihaknya tidak menghadapi masalah untuk menjalankan rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang

Page 97: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

19

kerana keadaan jerebu setakat ini adalah sederhana. Katanya, usaha memantau perairan dan ruang udara negeri tidak menghadapi masalah kerana APMM menggunakan sistem radar "Global Positioning Satelite" (GPS) dalam operasi mereka dan boleh mengesan kedudukan kapal atau pesawat walaupun keadaan jerebu buruk. Bagaimanapun, katanya, beliau mengarahkan bot dan kapal peronda APMM di negeri ini supaya berhati-hati dan segera membantu kapal atau bot nelayan yang tidak mempunyai radar sekiranya keadaan jerebu buruk bagi mengelakkan sebarang kemalangan di laut. Sementara itu, Jabatan Pelajaran negeri mengeluarkan arahan kepada pengetua dan guru besar di 372 sekolah menengah dan sekolah rendah di negeri ini supaya mengehadkan aktiviti luar bilik darjah bagi mengelakkan risiko kesihatan terhadap pelajar dan guru. Pengarahnya Ahmad Husin ketika dihubungi berkata pihaknya memberi kuasa kepada semua pengetua dan guru besar untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk menutup sementara sekolah jika keadaan jerebu berada pada tahap tidak sihat atau berbahaya. Di KOTA BAHARU, JAS mengambil langkah persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan dengan pelan tindakan mencegah pembakaran terbuka diaktifkan. Jurucakap JAS Kelantan berkata penguatkuasaan JAS akan dipertingkatkan bagi memantau aktiviti yang mencemarkan udara seperti pembakaran terbuka dan pelepasan asap hitam berlebihan daripada kenderaan. Keadaan jerebu yang dilaporkan berlaku di beberapa tempat di negara ini disebabkan kebakaran beratus hektar hutan di Sumatera. -- BERNAMA EIY ZU HLK ZBI SOP SHS NH RHM

Page 98: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

20

M'SIA MAHU INDONESIA SEGERA SAHKAN PERJANJIAN MENGENAI JEREBU

Date: 29-06-2007 Author: / SNS LIB HS Sothinathan-Jerebu KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia mahu Indonesia segera mengesahkan Perjanjian Asean berhubung Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan bagi melaksanakan usaha menangani masalah jerebu di peringkat serantau dengan lebih berkesan. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk S. Sothinathan berkata Indonesia setakat ini belum menyatakan obligasi mereka terhadap perjanjian itu kerana masih belum diluluskan oleh Parlimen republic berkenaan. "Ia sangat perlu supaya lebih banyak peluang kerjasama dengan kerajaan Indonesia boleh dilakukan untuk menangani masalah ini. "Walaupun sekarang ada kerjasama baik tetapi pengesahan pada perjanjian itu oleh Indonesia penting supaya kita dapat melihat kesan sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kedua 2007, di sini hari ini. Sothinathan, yang mengulas mengenai kesediaan negara menghadapi kemungkinan musim kemarau, berkata Malaysia sudah mengemukakan kekesalan negara berhubung kelewatan pengesahan Indonesia itu, sebagai desakan untuk menyelesaikan perkara berkenaan. Sebagai langkah menghadapi kemungkinan kemarau ekoran fenomena El Nino antara Julai hingga Oktober ini, beliau berkata Malaysia dan Singapura bersetuju mengadakan beberapa kerjasama dengan Indonesia bagi membantunya mengatasi masalah jerebu yang turut dijangka menyelubungi negara-negara jiran di rantau ini. "Untuk itu, Malaysia melalui kementerian ini bersetuju mengadakan beberapa program bersama untuk memberi kerjasama dan tunjuk ajar untuk melaksanakan program antaranya membina keupayaan dan pelaksanaan polisi tiada pembakaran terbuka," katanya. Program itu, kata Sothinathan akan diadakan dengan kerjasama peladang-peladang tempatan serta pengusaha ladang Malaysia yang mempunyai ladang-ladang besar di Indonesia. "Kita harap kerjasama ini dapat dipercepatkan dan kita telah member mereka masa untuk menyelesaikan beberapa formaliti," katanya. Bagi menjamin kerjasama antara negara itu dapat dijalankan dengan efektif, beliau berkata Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menjadikan dua wilayah di Indonesia iaitu Riau dan Jambi sebagai wilayah angkat. "Di Provinsi (Wilayah) Jambi ada kira-kira 950,000 hektar kawasan tanah paya gambut tetapi di Riau ada lebih kurang lima juta hektar. Ini kawasan yang berbahaya dan mungkin kalau ada kemarau, boleh membawa masalah jerebu kepada kita," katanya. Bagaimanapun, katanya menerusi kerjasama yang terjalin antara kerajaan itu, Indonesia berjaya mengurangkan insiden kebakaran tanah paya gambut sehingga 65 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding sebelumnya. "Ini satu trend yang baik, sasaran asal kita ialah 50 peratus tetapi kali ini kejayaan

Page 99: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

21

lebih baik, tetapi diharapkan apabila keadaan sebenar (berlaku), jika dapat capai 50 peratus sudah boleh dianggap baik," katanya. Sukan edisi kedua kementerian itu menyaksikan 11 jabatan dan agensi kementerian menyertai 22 acara yang dipertandingkan. -- BERNAMA SNS LIB HS

Page 100: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

22

TIGA PENERBANGAN KE TAWAU BATAL KERANA MASALAH JEREBU

Date: 01-11-2006 Author: / IL NT KHY MAS-Penumpang TAWAU, 1 Nov (Bernama) -- Beratus-ratus penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia tersadai di Lapangan Terbang Tawau apabila dua penerbangan dari Kota Kinabalu ke Tawau dan Kuala Lumpur-Tawau terpaksa dibatalkan berikutan masalah jerebu yang melanda kawasan Tawau pada sebelah pagi hari ini. Antara penerbangan yang terjejas ialah MAS MH2121 yang sepatutnya berlepas dari Kota Kinabalu pada pukul 7 pagi, penerbangan tambang murah AirAsia AK5833 dari Kota Kinablu ke Tawau yang sepatutnya mendarat pukul 10.20 pagi dan AK5152 dari Kuala Lumpur yang dijadual mendarat pukul 10.05 minit. Pengurus Lapangan Terbang Tawau Ahmad Madin ketika dihubungi Bernama di sini berkata kedua-dua penerbangan dari Kota Kinabalu ke Tawau itu tidak berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (LTABKK) kerana keadaan jerebu di Tawau manakala penerbangan AirAsia dari Kuala lumpur terpaksa mendarat di LTABKK. Katanya semua penerbangan sektor Kota Kinabalu-Tawau atau sebaliknya kembali beroperasi seperti biasa pada sebelah petang. MAS mengendalikan empat penerbangan setiap hari bagi Tawau-Kota Kinabalu sementara AirAsia mengendalikan dua penerbangan sehari untuk sektor Tawau-Kota Kinabalu dan Tawau-Kuala Lumpur. -- BERNAMA IL NT KHY

Page 101: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

23

JEREBU BAWA PELBAGAI IKTIBAR

Date: 21-10-2006 Author: Jackson Sawatan / JS JS SP KHY Jerebu SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Suatu ketika dulu, jajaran pohon yang menghiasi pesisir pantai republik ini dapat dilihat dengan jelas beberapa kilometer dari bandar raya Johor Baharu. Bagaimanapun, kebelakangan ini, pemandangan seperti itu tidak lagi boleh dinikmati dari bandar raya tersebut. Apa tidaknya! Saban hari, penduduk di kedua-dua belah Tambak Johor, Brunei serta beberapa bahagian di Thailand, Sumatera dan Kalimantan, Indonesia, kini terpaksa menghirup jerebu dan bau asap yang memeritkan tekak serta mengehadkan jarak penglihatan mereka kepada beberapa kilometer sahaja. Semalam, Singapura lenyap daripada penglihatan mereka yang berada di Johor Baharu apabila jarak penglihatan menurun kepada hanya 1-2km akibat jerebu tebal yang melanda wilayah ini sejak lebih sebulan lepas. "Nampak macam tidak ada apa di sana," kata seorang penduduk Johor Baharu sambil menuding jari ke arah Singapura dari Danga Bay. Begitu juga, mereka yang tinggal di sepanjang pantai utara republic ini, sukar melihat bangunan yang wujud di Johor Baharu. Ada pakar berkata kesan jerebu yang melanda rantau ini sekarang sama buruknya dengan keadaan pada 1997-1998, yang menyebabkan rantau ini, terutama Indonesia -- pusat masalah jerebu -- mengalami kerugian berjumlah hingga AS$9 bilion akibat gangguan yang dialami oleh perniagaan dan kos lain. Krisis alam sekitar pada 1997-1998 ini mendorong Pertubuhan Negara Asia Tenggara (Asean) mengadakan perbincangan pada 2002 dan memeterai Perjanjian Asean Mengenai Jerebu Merentasi Sempadan -- satu perjanjian yang memperakui tanggungjawab sesebuah negara tentang pencemaran -- dan membawa kepada penubuhan sebuah Pusat Asean bagi meningkatkan tindakan bersama serta kerjasama lebih erat dalam bidang kebombaan dan pencegahaan kebakaran. Namun demikian, jerebu tetap juga melanda rantau ini seperti yang berlaku sekarang dan ini mendorong banyak pihak untuk bertanya apakah semua pihak sudah kehabisan ikhtiar bagi menghalang masalah ini daripada berulang. Dalam wawancara dengan akhbar The Straits Times, Menteri Alam Sekitar Indonesia Rachmat Witoelar berkata walaupun negaranya telah melakukan pelbagai ikhtiar bagi menghalang jerebu yang berlaku sekarang daripada menjadi semakin buruk, namun musim kemarau yang berpanjangan menjadikan usaha ini semakin sukar. "Kami mula (memadam kebakaran) pada Jun dan semuanya kami lakukan seperti yang dirancang. Pada September, apabila Presiden (Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono) melawat Singapura, kami fikir semuanya sudah terkawal. "Kami rasa kami sudah berjaya memadam kebakaran itu, tapi dua minggu kemudian, berlaku pula kebakaran hutan kali kedua...cuacalah yang yang membawa banyak masalah hinggakan pakar juga menjadi keliru," katanya dalam laporan itu. Rachmat berkata walaupun perbuatan menebang dan membakar pokok oleh petani dan pekerja ladang di Indonesia dikenal pasti menjadi punca jerebu yang melanda rantau ini sekarang, tetapi bukan mudah untuk membawa mereka ke muka pengadilan.

Page 102: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

24

"Daripada 300 kes yang sedang disiasat di Indonesia setakat ini, pendakwa hanya dapat meneruskan 16 kes. Kami tidak ada bukti untuk mendakwa yang lain," katanya. Apapun, jerebu yang melanda rantau ini telah membawa pelbagai keburukan. Kumpulan sivik, kumpulan pemikir dan ahli akademik dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand yang berkumpul di sini pada Khamis bagi mencari idea tentang langkah seterusnya yang patut diambil bagi mengatasi masalah itu berpendapat bahawa jerebu yang sedang melanda rantau ini telah mencetuskan pelbagai masalah. "Ia mengganggu kesihatan, pendidikan, pelancongan, trafik udara dan kegiatan ekonomi serta sosial lain," kata Pengerusi Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Simon Tay. Seorang ahli ekonomi di sini menganggarkan bahawa di Singapura sahaja, kerosakan yang dialami pelbagai sektor akibat jerebu bernilai kira-kira $50 juta. Banyak pihak berpendapat bahawa kerjasama lebih erat diperlukan pada masa akan datang bagi mengelak berulangnya masalah serupa. "Tidak patut dilihat bahawa Indonesialah yang menjadi punca masalah ini serta mengeksportnya ke negara Asean lain," kata Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan. Sepatutnya, kata beliau, negara yang terjejas oleh masalah jerebu, melihat perkara itu sebagai masalah bersama mereka serta sama-sama memikul tanggungjawab mengenainya. Masalah jerebu yang wujud sekarang sekurng-kurangnya memberi satu pengajaran kepada Asean iaitu selagi rasa tanggungjawab bersama yang dikatakan itu tidak diterjemahkan ke dalam perbuatan dan tindakan, jerebu akan terus melanda rantau ini setiap tahun. Seperkara lagi yang perlu disedari ialah semua langkah yang diambil bagi mengatasi masalah itu perlu mempunyai susulannya, termasuk ketika rantau ini sudah bebas daripada masalah jerebu. -- BERNAMA JS JS SP KHY

Page 103: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

25

JEREBU: JARAK PENGLIHATAN DI TAWAU MENURUN KE 2,500 METER

Date: 29-09-2009 TAWAU-JEREBU TAWAU, 29 Sept (Bernama) -- Jarak penglihatan di Tawau akibat masalah jerebu yang melanda daerah itu sejak sebulan lalu menurun daripada 4,000 meter pada jam 7 pagi tadi kepada 2,500 meter bermula jam 12 tengahari sehingga kini. Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abdul Malik Tussin bagaimanapun berkata keadaan jerebu berkenaan masih selamat untuk aktiviti penerbangan dan setakat ini belum ada penerbangan yang terlewat atau dibatalkan disebabkan masalah berkenaan. Menurut Abdul Malik fenomena jerebu yang melanda keseluruhan kawasan pantai timur Sabah, paling serius di kawasan Tawau, berpunca daripada pembakaran hutan di Kalimantan, Indonesia dan dibawa oleh tiupan angin Barat Daya ke Tawau. Kawasan pantai timur yang terjejas termasuklah Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan. Sementara itu, laporan semasa Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang disiarkan dalam laman web jabatan berkenaan mendapati IPU di Tawau sehingga jam 11 pagi tadi masih pada tahap sederhana iaitu 88 menurun daripada 94, jam 7 pagi tadi. Di seluruh negara, tiga kawasan didapati merekodkan IPU di bawah paras tidak sihat sehingga jam 11 pagi tadi iaitu Sarikei (111), Sibu (117) dan Sri Aman (109). --BERNAMA NAM NAM KLS

Page 104: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

26

PUNCA JEREBU DI SARAWAK DIKENALPASTI

Date: 18-08-2009 Author: / RDY BK JEREBU-PUNCA KUCHING, 18 Ogos (Bernama) -- Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Sarawak, telah mengenalpasti faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan jerebu tebal berlaku di Sarawak awal bulan ini. Pengawal NREB Dr Penguang Manggil berkata kebakaran hutan, jerebu rentas sempadan, pembakaran oleh pekebun kecil dan pemaju tanah dikenalpasti sebagai pihak yang menjadi punca masalah ini. "Dalam masa kesukaran ini, kita janganlah menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi menggunakan sumebr-sumber kita untuk menangani masalah ini atau mencari penyelesaian yang boleh mencegah masalah yang sama daripada berlaku lagi pada masa akan datang," menurut NREB dalam kenyataan di sini hari ini. Mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Isnin yang mendakwa bahawa kemungkinan kemudaratan alam sekitar di empangan Bakun, beliau menafikan laporan itu kerana ia "tidak berasas sama sekali dan menunjukkan kurang pengetahuan mengenai perkara yang mereka perkatakan untuk cuba mengelirukan dunia dan memperlekehkan kerajaan negeri." Akhbar itu menyebut Penyelaras Rangkaian Tindakan Pemuliharaan Sarawak Raymond Abin mendakwa bahawa "beliau ada maklumat mengenai pembakaran 64,000 hektar untuk empangan itu sebagai satu cara membuang sampah sarap dan bukan mengangkutnya yang telah dimulakan sebagai permulaan bagi membahkan air ke empangan tersebut Oktober ini. "Apa yang kerajaan negeri telah putuskan ialah mengarahkan Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) menjalankan pembuangan biomass sepenuhnya untuk kawasan yang dipilih," kata Penguang sambil menambah bahawa ia meliputi satu kawasan hanya 455 hektar dan bukan 64,000 hektar seperti yang didakwa dalam artikel tersebut. Beliau berkata NREB telah membenarkan SHSB untuk membuang biomass dengan cara pembakaran terbuka yang dijalankan secara berperingkat-peringkat dan bukan melebihi 50 hektar bagi setiap pembakaran. "NREB arah SHSB jangan jalankan pembakaran apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 100 atau Indeks Cuaca Api (FWI) lebih 13," kata beliau. Katanya pembuangan biomass dengan cara pembakaran terbuka merupakan pilihan terbaik yang perlu dipertimbangkan di kawasan pedalaman, tumbuh-tumbuhan yang tebal dan kawasan curam di kawasan tersebut. "Pembuangan biomass dengan cara pembakaran terbuka akan memastikan kegunaan tanah dan hakisan yang minimum serta keselamatan akibat sampah sarap kayu balak yang terapung," katanya. -- BERNAMA RDY BK

Page 105: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

27

JEREBU BERLAKU LAGI DI MALAYSIA MUNGKIN KES H1N1 MENINGKAT

Date: 05-08-2009 Author: Daripada Caroline Jackson / CJ HK BK LIOW-H1N1 BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos (Bernama) -- Kes Influenza A(H1N1) dijangka meningkat memandangkan jerebu berlaku lagi di Malaysia kecuali langkah-langkah pencegahan proaktif diambil bagi mengekang jangkitan tempatan, kata Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata jerebu membabitkan mereka yang mengalami penyakit berkaitan pernafasan, akan merumitkan lagi perkara itu terutamanya pesakit lelah kerana virus H1N1 menyerang terus sel paru-paru, mengakibatkan radang paru-paru serius dan menyebabkan kematian. "Saya setuju bahawa jerebu berlaku lagi yang akan merumitkan lagi kes H1N1 di mana ubat antiviral, Tamiflu, hanya berkesan dalam masa 48 jam pertama bermula," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan rundingan tahunan ke-13 antara Malaysia dan Brunei yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Hassanal Bolkiah di sini. Semasa mesyuarat itu yang bersetuju mengenai perlunya bekerjasama dalam menangani pandemik H1N1 global, Liow juga menemui rakan sejawatnya dari Brunei Pehin Datuk Suyoi Osman untuk bertukar-tukar pandangan mengenai cara-cara mengekang merebaknya penyakit itu dalam komuniti. Bilangan kes kematian akibat Influenza A(H1N1) di Malaysia meningkat kepada 12 orang hari ini, dengan empat kematian termasuk tiga kanak-kanak. -- BERNAMA CJ HK BK

Page 106: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

28

PEMBAKARAN TERBUKA AKAN DIKAWAL ELAK JEREBU - DOUGLAS UGGAH

Date: 27-03-2012 Author: / NAN HK NH UGGAH-JEREBU KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan meneruskan usaha mengawal kegiatan pembakaran terbuka sebagai satu cara untuk mengatasi masalah jerebu semasa musim panas dan kering yang dijangka berlaku pada April hingga September ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas. Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat persediaan Jawatankuasa Jerebu Kebangsaan Khamis lepas dan Jabatan Alam Sekitar diberi tanggungjawab bagi memastikan kegiatan pembakaran terbuka dikawal. "Strateginya ialah dengan menghadapi cuaca kering kita akan melakukan lebih banyak penguatkuasaan di jalan raya bagi mengurangkan pencemaran, mengawal selia, kuatkuasa bagi memastikan tiada pembakaran terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar serantau mengenai kaedah dan alat yang lebih baik untuk mengintegrasikan pemuliharaan kepelbagaian biologi ke dalam perancangan hutan di sebuah hotel di sini, hari ini. Sehingga 19 Mac lepas, 320 kes pembakaran terbuka direkodkan di seluruh negara di mana 56 kes dikenakan kompaun dan 23 menerima notis mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Beliau berkata bagi mengawal kegiatan pembakaran terbuka, kerajaan akan memberi perhatian di kawasan tanah gambut di Selangor, Pahang, Miri (Sarawak) dan Johor, kerana ia mudah terbakar apabila paras air di kawasan itu menurun. Setakat ini, kementerian telah dapat memastikan paras air mencukupi dan pada masa sama membina beberapa telaga tiub bagi mengepam air sama ada untuk memadam kebakaran atau meningkatkan paras air di tanah gambut. Uggah berkata jawatankuasa pemandu kementerian alam sekitar bagi Negara anggota Asean akan bertemu di Brunei, Mei ini, bagi membincangkan cara dan kaedah bagi membendung punca jerebu yang merentas sempadan. Kumpulan itu juga akan membincangkan usaha bagi menyelaras dan bekerjasama dalam pelbagai program selain bertukar-tukar pengalaman antara negara-negara anggota. Pada majlis hari ini, Uggah juga melancarkan 'Perak Tool', satu alat baru kepelbagaian biologi, yang bertujuan bagi membantu pengurus hutan dan penggubal dasar bagi memastikan perancangan yang lebih baik, penebangan lestari dan kesan penilaian kepelbagaian biologi dalam menghasilkan hutan. Ia diberi nama Perak kerana ia dibangunkan selepas penyelidikan selama enam tahun di hutan simpan Temenggor oleh penyelidik tempatan dan Amerika di bawah projek pemuliharaan kepelbagaian biologi bernilai RM7 juta. Seminar dua hari itu disertai 120 peserta termasuk Vietnam, Indonesia dan Filipina. -- BERNAMA NAN HK NH

Page 107: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

29

PERSEDIAAN UNTUK MENCEGAH KEJADIAN JEREBU SEMASA MUSIM PANAS DAN KERING OLEH

Date: 23-03-2012 Author: / KEM.SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR-JEREBU....... PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Setiap tahun di antara bulan Jun sehingga bulan September berlaku musim panas dan kering di negara kita. Pada musim ini lazimnya berlaku peningkatan aktiviti pembakaran terbuka. Kejadian-kejadian kebakaran ini jika tidak dibendung akan mudah merebak dan menyebabkan kejadian jerebu. Sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan berlaku jerebu semasa musim panas dan kering ini, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif untuk membuat persiapan awal. Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,Dato Sri Douglas Uggah Embas telah bermesyuarat untuk kali pertama tahun ini pada 22 Mac 2012. Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan ini dianggotai oleh pelbagai agensi Kerajaan yang berkait rapat dengan pengurusan bencana jerebu, antaranya seperti Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Sabah, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Unit Udara Polis Di Raja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pelancongan, Agensi Remote Sensing Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, dan Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak. Semasa mesyuarat tersebut Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan bahawa pengaruh La Nina/El Nino akan kembali kepada keadaan neutral mulai hujung April 2012. Ini akan menyebabkan keadaan cuaca negara akan kembali kepada normal atau lebih kering di sesetengah tempat. Seperti lazimnya, pengaruh Monsun Barat Daya akan berlaku dan menyebabkan cuaca panas dan kering bermula dari Mei hingga September tahun ini. Dijangkakan juga pada bulan Julai tahun ini cuaca akan lebih kering dari normal di Negeri Sarawak dan Sabah manakala pada bulan Ogos, negeri Selangor dan Negeri Sembilan serta sebahagian dari Negeri Sarawak dan Sabah dijangka akan mengalami cuaca yang lebih kering dari normal. Keadaan cuaca yang panas dan kering ini dijangka boleh menyebabkan peningkatan aktiviti pembakaran terbuka yang mana jika tidak dikawal boleh menyebabkan jerebu. Oleh itu, adalah amat penting usaha-usaha pencegahan jerebu terus dipertingkatkan iaitu mencegah aktiviti pembakaran terbuka di kawasan-kawasan mudah terbakar terutamanya kebakaran di tanah dan hutan gambut yang amat sukar untuk dikawal dan dipadamkan sepenuhnya. Sebagai langkah pencegahan dan persiapan awal menghadapi musim panas dan

Page 108: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

30

kering, Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Perhutanan Semenanjung, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan Negeri Sabah telah dan sedang melaksanakan Progam Pencegahan Kebakaran Di Tanah Gambut. Aktiviti ini dilaksanakan di beberapa kawasan tanah gambut yang berisiko tinggi berlaku kebakaran di enam buah negeri iaitu di Pahang, Johor, Selangor, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Program ini merangkumi aktiviti pembinaan sekatan saliran (check dams) dan telaga air tanah bagi tujuan mengawal paras air di kawasan tanah gambut serta pembinaan menara tinjau bagi pemantauan secara berterusan sebarang aktiviti pembakaran terbuka. Penguatkuasaan ke atas aktiviti pembakaran terbuka akan terus dipertingkatan oleh Jabatan Alam Sekitar. Sehingga 19 Mac 2012 sebanyak 320 kes pembakaran terbuka telah dikesan, daripada jumlah itu sebanyak 56 kompaun dan 23 notis arahan telah dikeluarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sebagai langkah-langkah menghadapi musim panas dan kering ini, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebab pembakaran terbuka. Orang ramai juga diminta berkerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 03-8888 0036 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727. SUMBER: KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: NAMA : MOHD HAIZUL BIN HOD Unit Komunikasi Korporat TEL : 03-88861585 -- BERNAMA

Page 109: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

31

PEMANTAUAN TITIK PANAS ELAK JEREBU BERTERUSAN DI LEMBAH KLANG

Date: 14-11-2011 Author: / NAN RV BK PARLIMEN-JEREBU KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bilangan titik panas sentiasa dipantau bagi mengelakkan masalah jerebu berterusan di Lembah Klang, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata pemantauan itu dilakukan melalui imej satelit yang dilaporkan oleh Pusat Khas Meteorologi. Perkembangan cuaca semasa dan ramalan cuaca terutama ketika musim panas dan kering juga sentiasa dipantau dengan kerjasama erat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, katanya dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) hari ini. Karpal ingin tahu tindakan yang diambil kerajaan bagi mengelakkan masalah jerebu berterusan di seluruh negara khususnya di Lembah Klang. Uggah berkata tindakan lain adalah melaksanakan Program Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut yang mudah terbakar memandangkan kebakaran tanah gambut merupakan punca utama jerebu setempat. Selain itu, katanya, kementerian turut mempertingkatkan penguatkuasaan dan rondaan bagi mengesan sebarang pembakaran terbuka serta pelepasan asap dari kenderaan bermotor. Beliau berkata kerjasama antara agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan kawalan dan pengawalan pembakaran terbuka turut ditingkatkan bagi membolehkan mereka melakukan persiapan awal, terutama pada musim panas dan kering yang biasanya berlaku pada Jun hingga September. "Episod jerebu yang sering melanda negara terutama di Lembah Klang berpunca daripada pencemaran jerebu merentas sempadan akibat kebakaran hutan dan tanah yang tidak terkawal di Wilayah Riau, Sumatera, Indonesia," kata Uggah. -- BERNAMA NAN RV BK

Page 110: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

32

KEBAKARAN DI SUMATERA PUNCA JEREBU

Date: 12-09-2011 Author: / ASHAB AKT KLS JAS-JEREBU KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Keadaan jerebu yang melanda sekitar kawasan Lembah Klang, negeri-negeri di utara semenanjung, Melaka dan Negeri Sembilan pada pagi ini berpunca daripada pencemaran jerebu merentasi sempadan akibat kebakaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada hari ini sehingga jam 11 pagi menunjukkan sebanyak 22 stesen merekodkan 44 peratus bacaan Indeks Kualiti Udara (IPU) baik manakala 28 stesen merekodkan 56 peratus bacaan IPU sederhana. "Bagaimanapun tiada stesen merekodkan bacaan IPU melebihi 100 atau tidak sihat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau menasihati orang awam supaya mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan sebarang kesan akibat jerebu dengan sentiasa cuba berada di dalam bangunan. "Mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, banyak minum air kosong, kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok dan menggunakan penghawa dingin dengan penyelarasan kitaran udara dalaman apabila memandu serta menjaga kebersihan tangan dan muka," katanya. Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu di laman web http://www.infosihat.gov.my serta IPU terkini di laman web http://doe.gov.my/apims. -- BERNAMA ASHAB AKT KLS

Page 111: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

33

BEBERAPA KAWASAN DILANDA JEREBU AKIBAT TIADA HUJAN - JAS

Date: 07-09-2011 Author: / NF NAK SN JAS-JEREBU KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Beberapa kawasan di negara ini akan dilanda jerebu selama beberapa hari kerana tidak menerima hujan untuk lima hari berturut-turut. Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia kawasan berkenaan ialah Arau (Perlis), Kota Setar (Kedah), Seberang Perai Utara (Pulau Pinang), Kinta dan Manjung (Perak), Kepong, Klang, Petaling dan Sabak Bernam (Selangor), Batu Pahat (Johor) dan Miri (Sarawak). Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) malam ini keadaan berjerebu yang melanda sekitar kawasan Lembah Klang, negeri-negeri di utara Semenanjung, Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Pahang pagi ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan akibat kebakaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan diminta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil serta melaporkan aktiviti pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727. JAS juga mendapati kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara hari ini mencatat paras sederhana pada sebelah pagi. Sehingga 11 pagi ini, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 14 kawasan mencatatkan paras baik dan 38 mencatatkan IPU sederhana. Antara kawasan yang mencatatkan IPU sederhana ialah Shah Alam, Selangor (84), SK Jalan Pegoh, Ipoh, Perak (83) dan Pelabuhan Klang (81) manakala kawasan yang mempunyai IPU sihat, Sarikei, Sarawak (30), Sri Aman, Sarawak (31) dan Kuching, Sarawak, (32). -- BERNAMA NF NAK SN

Page 112: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

34

PULAU PINANG DILANDA JEREBU AKIBAT GEMPA BUMI DI SUMATERA

Date: 06-09-2011 Author: / EIY AZE BK PULAU PINANG-JEREBU GEORGE TOWN, 6 Sept (Bernama) -- Kualiti udara di kebanyakan kawasan di Pulau Pinang hari ini merosot dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Universiti Sains Malaysia (USM) direkodkan meningkat kepada 89 pada pukul 5 petang tadi berbanding 41 pada pukul 7 pagi ini. Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata cuaca berjerebu yang melanda negeri ini hari ini dipercayai berpunca daripada gempa bumi melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 1.55 pagi ini. "Pulau Pinang mengalami jerebu sejak dua hari lepas ekoran tiada hujan dan cuaca kering. Bagaimanapun keadaan masih terkawal tetapi berdasarkan laporan yang diterima hari ini, jerebu menjadi lebih buruk akibat gempa bumi di Sumatera Utara awal pagi ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini. IPU yang dicatat di Seberang Jaya ialah 74 dengan jarak penglihatan tiga kilometer, Perai (67) dengan jarak penglihatan empat kilometer. Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 pada skala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 1.55 pagi ini yang gegarannya turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 2.9 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur, 363 kilometer dari barat daya Pulau Pangkor, Perak. "Keadaan jerebu ini dijangka berlarutan hingga beberapa hari lagi ekoran ramalan kaji cuaca menjangkakan Pulau Pinang tidak akan hujan dalam tempoh berkenaan," katanya. Tahap IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya) -- BERNAMA EIY AZE BK

Page 113: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

35

PEMBENIHAN AWAN PERLU DILAKUKAN SEGERA BAGI MENGATASI MASALAH JEREBU- PAKAR

Date: 20-06-2013 Author: Mohamad Azim Fitri Abd Aziz / MAF JM SBB JEREBU-METEOROLOGI KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Langkah pembenihan awan perlu dilaksanakan segera bagi menangani kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan di selatan Semenanjung akibat jerebu, kata Timbalan Ketua Pengarah (Aplikasi) Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Rosaidi Che Abas. Beliau berkata langkah itu perlu dilaksana jika Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan yang dilanda jerebu semakin meruncing dan boleh menjejas kesihatan penduduk sekitar. "Kalau tahap jerebu melebihi IPU yang ditetapkan, pembenihan awan perlu dilakukan bagi mengawal masalah jerebu itu, bagaimanapun, kalau hendak lakukan pembenihan awan tersebut, perlu lihat keadaan cuaca juga kerana sekiranya kawasan itu tiada awan, maka sukar untuk melakukan pembenihan awan," katanya ketika dihubungi Bernama. Terdahulu, statistik IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 5 petang ini menyaksikan lima stesen berada pada tahap baik, 40 pada tahap sederhana manakala dua stesen, iaitu Bandaraya Melaka (IPU 150) dan Bukit Rambai di Melaka (IPU 129) mencatat bacaan pada tahap tidak sihat. Dua stesen di Kota Tinggi (IPU 291) dan Larkin Lama (IPU 219) di Johor pula mencatat bacaan pada tahap sangat tidak sihat manakala satu stesen di Pasir Gudang mencatat bacaan IPU 333 iaitu paras bahaya. Dr Rosaidi berkata masalah jerebu di beberapa kawasan di selatan Negara merupakan satu masalah serius yang perlu diberi perhatian oleh JAS dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Beliau berkata MKN dan JAS perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu, termasuk kaedah yang dicadang beliau iaitu melakukan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan. "Saya yakin jika berlaku masalah jerebu ini, MKN dan JAS sudah ada SOP (Prosedur Operasi Standard) mereka sendiri, jadi saya yakin mereka ada kaedah penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi perkara itu," katanya. Ditanya saranan untuk orang ramai yang tinggal di kawasan dilanda jerebu, beliau berkata mereka perlu mematuhi setiap arahan pihak berkuasa serta mengelak daripada melakukan aktiviti luar dalam keadaan cuaca tidak sihat itu. Jerebu asap daripada kebakaran di Sumatera dibawa angin kencang yang bertiup dari arah barat daya atau barat, menjejaskan kualiti udara sebahagian kawasan di Johor dan Melaka. -- BERNAMA MAF JM SBB

Page 114: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

36

PENINGKATAN PENYAKIT AKIBAT JEREBU DI MIRI

Date: 27-06-2012 Author: / SN2 HS NH SARAWAK-JEREBU KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Orang ramai di Miri, Sarawak dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, menggunakan penutup hidung dan mulut bagi mengelakkan kesan kesihatan akibat jerebu. Mereka juga hendaklah memperbanyak minum air kosong, membasuh tangan dan muka dengan sabun selepas melakukan aktiviti luar. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Hasan Abdul Rahman berkata mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Beliau berkata pemantauan penyakit berkaitan jerebu di Klinik Kesihatan Tudan dan Klinik Kesihatan Miri, Sarawak mendapati berlaku sedikit peningkatan kes berkaitan jerebu. Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar memantau keadaan jerubu di Sarawak sejak 21 Jun lepas apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Miri berada pada tahap tidak sihat (IPU 164) pada Ahad lepas ekoran kebakaran tanah gambut seluas 12 hektar di Permai Jaya yang menyebabkan kemerosotan kualiti udara setempat. Untuk maklumat lanjut tentang langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu, orang awam boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan http://www.moh.gov.my/v/jerebu. -- BERNAMA SN2 HS NH

Page 115: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

37

JEREBU: ORANG RAMAI MASIH JALANKAN AKTIVITI LUAR RUMAH DI LEDANG

Date: 23-06-2013 Author: / DAN KIA SBB JEREBU-RIADAH LEDANG, 23 Jun (Bernama) -- Orang ramai dilihat masih menjalankan aktiviti di luar rumah, termasuk beriadah di tempat peranginan, walaupun darurat bencana diisytihar di daerah Muar dan Ledang, Johor. Tinjauan Bernama di sekitar daerah Ledang mendapati orang ramai masih bertumpu di gerai makan dan mengunjungi kawasan peranginan Gunung Ledang selain kanak-kanak dilihat bermain di luar rumah. Seorang pengunjung air terjun Gunung Ledang, Ikmal Md Yasin, 24, dari Alor Gajah, Melaka berkata beliau dan tunangnya, Masrat Parveen, 23, ke kawasan peranginan itu selepas melawat rumah saudara di daerah berkenaan. Katanya, meskipun menyedari keadaan berjerebu, beliau tetap mengambil keputusan untuk beriadah di tempat peranginan itu. "Alang-Alang sampai di Ledang ini, saya singgahlah di Gunung Ledang untuk beriadah pada hujung minggu," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Seorang peniaga, Zainal Isa, 43, bagaimanapun berkata jumlah pengunjung ke kawasan Gunung Ledang semakin berkurangan ekoran jerebu dan keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan perniagaannya. "Orang ramai masih ada tetapi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil tidak mengunjungi tempat ini seperti biasa," katanya. Sementara itu, seorang penduduk Kampung Sagil, Masiron Kassiran, 43, berkata beliau tetap ke kebun untuk menoreh getah walaupun keadaan berjerebu. Beliau berkata aktiviti itu merupakan sumber pendapatan bagi menyara keluarganya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang sehingga ke suatu masa ia ditarik balik. Pengisytiharan itu dibuat berikutan keadaan jerebu, khususnya di kawasan Muar meliputi dua daerah yang berada pada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan atau 'emergency', katanya dalam satu kenyataan. -- BERNAMA DAN KIA SBB

Page 116: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

38

MALAYSIA SEDIA TAWAR KHIDMAT BOMBA ATASI JEREBU DI INDONESIA - ABDUL RAHMAN

Date: 22-06-2013 Author: / SZA SZA KLS RHM RAHMAN-BOMBA KOTA BELUD, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia bersedia menawarkan khidmat bantuan memadam kebakaran di Indonesia sekiranya mendapat permintaan kerajaan Indonesia bagi mengatasi masalah jerebu yang berpunca daripada pembakaran terbuka di negara jiran itu. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kementerian menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat bersedia menawarkan khidmat bantuan sewajarnya atas semangat negara serumpun. "Kita (bomba) sudah bersiap siaga kalau ada jemputan atau pelawaan oleh kerajaan Indonesia dan mendapat kelulusan kerajaan Malaysia. "Kita akan kerahkan petugas dan anggota bomba beserta kelengkapan dan notis 24 jam untuk mengarahkan anggota kita berada di Indonesia bagi membantu memadam kebakaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela di Dewan Masyarakat Tun Said di sini hari ini. Abdul Rahman yang juga anggota Parlimen Kota Belud berkata sebelum ini seramai 1,200 anggota pasukan itu pernah dihantar ke Indonesia ketika mengatasi masalah jerebu yang teruk melanda Asia Tenggara pada 1997. Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya akan membekalkan dua Helikopter MI-17 bagi memastikan keberkesanan operasi kebombaan dan misi menyelamat ketika menghadapi sebarang insiden di Sabah dan Sarawak seperti bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam di Belaga, Kapit bulan lepas. Beliau berkata helikopter itu akan ditempatkan sementara di Kuching mulai bulan depan bagi membolehkan jabatan itu mencari lokasi sesuai untuk dijadikan pangkalan bagi menempatkan helikopter itu serta anggota bomba yang terlibat. "Mesyuarat Kabinet lepas mengarahkan kementerian saya menempatkan helicopter bersaiz besar yang berkemampuan untuk misi menyelamat dengan cepat dan teratur," katanya dan menambah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah juga bakal mempunyai pasukan sayap udara. Abdul Rahman turut memberi jaminan kementeriannya akan sentiasa membantu dan memastikan pasukan bomba sukarela diberi perhatian sewajarnya dan sokongan padu dari pelbagai aspek seperti geran bantuan dan perlindungan insurans. Menurutnya, jabatan bomba kini memiliki 363 pasukan bomba sukarela di seluruh negara dengan keanggotaan seramai 15,787 orang. Pada majlis itu, Rahman menyampaikan geran bantuan pentadbiran RM3,000 kepada setiap 37 pasukan bomba dan menyerahkan dua kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapi kelengkapan bantuan pemadam api kepada Pasukan Gugusan Felda Umas dan Zon Silam. Konvensyen selama empat hari itu disertai 218 anggota bomba sukarela dari seluruh Sabah. -- BERNAMA SZA SZA KLS RHM

Page 117: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

39

JOHOR GARISKAN SEMBILAN LANGKAH SEGERA SUSULAN DARURAT JEREBU

Date: 23-06-2013 Author: / FJM FJM RHM JEREBU-MB JOHOR JOHOR BAHARU, 23 Jun (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Johor menggariskan sembilan langkah segera susulan pengisytiharan darurat bencana jerebu di Muar dan Ledang hari ini. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam posting di Facebook beliau berkata, langkah tersebut merangkumi semua premis pejabat kerajaan serta swasta dan lain-lain tempat bekerja. Sembilan langkah tersebut ialah: - Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada kerajaan dan swasta - Menentukan semua sekolah ditutup - Mengehadkan penggunaan kenderaan persendirian - Menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah - Menentukan penyebaran maklumat Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada media massa dijalankan seberapa kerap - Penguatkuasaan pengharaman pembakaran terbuka Bagaimanapun, langkah penutupan yang dikuatkuasa itu tidak membabitkan: - Kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar dan pasar raya - Klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat - Perkhidmatan-perkhidmatan perlu. -- BERNAMA FJM FJM RHM

Page 118: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

40

MALAYSIA KOMITED TANGANI JEREBU, TAWAR PEMBENIHAN AWAN KEPADA INDONESIA

Date: 22-06-2013 Author: / ZUZ HK SN NAJIB-JEREBU KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan komited mengatasi masalah jerebu dengan menawarkan khidmat pembenihan awan kepada Indonesia. Beliau berkata dengan inisiatif itu, diharapkan masalah jerebu akan segera berakhir. Najib berkata demikian dalam laman Twitternya, hari ini. Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata Malaysia akan menawarkan khidmat pembenihan awan yang akan disampaikan secara rasmi dalam pertemuannya dengan Menteri Alam Sekitar Indonesia, Rabu ini. Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dengan perdana menteri pada mesyuarat kabinet Rabu lepas, yang pada mula mencadangkan supaya Malaysia mengadakan pembenihan awan di kawasan yang dilanda jerebu teruk di negara ini. Jerebu yang melanda kali ini adalah terburuk berbanding pada 2005 dan 2010 apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah paras tertinggi melebihi 382 iaitu paras bahaya di Muar. -- BERNAMA ZUZ HK SN

Page 119: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

41

JEREBU: PENERBANGAN PESAWAT MAS TIDAK TERJEJAS

Date: 21-06-2013 Author: / SYASA JM SN JEREBU-MAS KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Jadual penerbangan pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) tidak terjejas walaupun keadaan jerebu di Johor masih kritikal. Ketua Pusat Kawalan Operasi MAS Mohd Fuad Mohd Sharuji berkata bagaimanapun MAS telah menyediakan pelan kontigensi sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk. "Di Johor Baharu jarak penglihatan ialah lebih kurang 1,000 kaki dan pesawat kami masih boleh mendarat," katanya ketika ditemubual melalui telefon menerusi siaran Buletin Awani di Saluran Astro Awani 502 di sini hari ini. Beliau berkata setakat ini semua penerbangan adalah mengikut jadual ditetapkan, namun sekiranya keadaan semakin kritikal dan jika perlu, MAS kemungkinan akan menghenti atau menangguhkan penerbangan. Sehingga tengah hari ini, kawasan yang terlibat dengan jerebu di Johor terus mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan Pasir Gudang merekod bacaan paling tinggi iaitu 323 (berbahaya). Bacaan IPU antara kosong dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100, sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; dan lebih 301, berbahaya. -- BERNAMA SYASA JM SN

Page 120: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

42

BILANGAN PESAKIT DI EMPAT DAERAH DI JOHOR NAIK AKIBAT JEREBU

Date: 21-06-2013 Author: / SMK SMK DC JEREBU-KESIHATAN JOHOR BAHARU, 21 Jun (Bernama) -- Cuaca yang berjerebu di negeri ini memberi kesan kepada kesihatan orang ramai apabila bilangan individu yang mendapat rawatan pesakit luar di empat daerah meningkat. Pengarah Kesihatan Johor, Dr Khairi Yaakub berkata rawatan radang pernafasan, batuk dan selsema meningkat sehingga 70 peratus pada minggu ini manakala penyakit asma mencatatkan peningkatan 20 peratus. "Peningkatan dicatatkan di empat pusat kesihatan iaitu di Muar, Pasir Gudang, Kota Tinggi dan Larkin Lama," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Dr Khairi berkata bekalan ubatan ketika ini mencukupi untuk orang ramai yang mahu mendapatkan rawatan. Justeru, beliau menasihatkan orang ramai terutama kanak-kanak dan warga emas supaya mengurangkan aktiviti luar memandangkan mereka lebih berisiko mendapat penyakit berkaitan jerebu. Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Pelancongan Johor, Amirrul Asyraf Ibrahim berkata penerbangan sulung pesawat Malindo Air dari Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, dibatalkan hari ini kerana masalah jerebu. Bagaimanapun, katanya kadar purata penginapan hotel di negeri itu mencatatkan sehingga 80 peratus dan belum ada pembatalan tempahan bilik hotel oleh pelancong. Malah, katanya kehadiran pelancong terutama rakyat Singapura juga menggalakkan memandangkan musim cuti sekolah di republik itu. Beliau berkata pusat-pusat peranginan di negeri ini juga masih beroperasi seperti biasa dan taman tema Legoland juga belum memberikan sebarang makluman sama ada mahu menghentikan operasi mereka sementara waktu. -- BERNAMA SMK SMK DC

Page 121: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

43

JEREBU JEJASKAN PENDAPATAN PENIAGA

Date: 24-06-2013 Author: Frank Julian Martin / FJM MGN SP ROS JEREBU-PERNIAGAAN JOHOR BAHARU, 24 Jun (Bernama) -- Seorang pengusaha kedai makan di Taman Pelangi di sini terpaksa berehat semalam kerana tidak mempunyai pelanggan - semuanya kerana kehadiran jerebu. Peniaga berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Pui, berkata kebanyakan pelanggan tetapnya, terutama yang menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja, tidak datang menjamu selera di kedainya pada Jumaat dan Sabtu akibat jerebu. "Mereka yang selalu datang bersarapan dengan keluarga masing-masing pada setiap Ahad juga, tidak datang semalam. Saya rasa mereka lebih suka diam di rumah daripada mendedahkan diri kepada udara yang tercemar. Perkara yang menimpa Ah Pui itu adalah antara contoh betapa jerebu membawa masalah yang bukan sedikit terhadap kehidupan rakyat Malaysia. Jerebu yang berpunca daripada kegiatan pembakaran terbuka bagi tujuan pembersihan kawasan ladang di Sumatera, Indonesia ini diterbangkan ke Malaysia dan Singapura oleh angin monsun barat daya. Ah Pui berkata dia amat berharap keadaan berjerebu sekarang akan segera berakhir dan semua pihak akan bekerjasama dengan tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelak keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Seperti Ah Pui, mereka yang terlibat dalam industri pelancongan juga berharap keadaan akan kembali seperti sediakala kerana jerebu memberi kesan buruk terhadap mereka. Walaupun keadaan di Johor Baharu tidaklah seteruk di Muar dan Ledang, yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap bahaya 746 semalam, namun industri pelancongan akan menerima padah jika keadaan berjerebu sekarang terus berpanjangan. Apabila dihubungi hari ini, pengurus besar Pulai Springs Resort Tengku Ahmad Faizal Tengku Mohamed berkata pusat percutian itu menerima 20 pembatalan tempahan bilik. "Kami mencatat 20 pembatalan tempahan apabila jerebu mula menjadi teruk pada Jumaat lepas dan ini menyebabkan kami menanggung kerugian. Kami harap keadaan ini akan berakhir dengan segera agar industri pelancongan di negeri ini tidak terjejas teruk," katanya sambil menambah bahawa bacaan IPU yang semakin baik merupakan suatu rahmat. Mereka yang membatalkan tempahan terdiri daripada rakyat Singapura yang merancang untuk bersantai dan bermain golf di pusat peranginan itu. Tengku Ahmad Faizal berkata padang golf Pulai Springs, yang mampu mengadakan 35 flight (empat pemain bagi setiap flight) sehari, selalunya habis ditempah pada hujung minggu. Bagaimanapun, kata beliau, akibat jerebu, ia hanya menyediakan 18 flight pada sebelah pagi dan lapan pada sebelah petang. "Orang hendak bergembira, berehat dan bermain golf," katanya sambil menambah bahawa keadaan udara yang bertambah baik sudah tentu menggembirakan semua

Page 122: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

44

pihak. Ditanya sama ada unggas di zoo mini pusat peranginan itu turut menerima kesan daripada keadaan berjerebu, beliau berkata ia berada dalam kedaan baik. IPU bagi Kota Tinggi, Larkin Lama, Muar dan Pasir Gudang pada pukul 11 pagi ini ialah 74, 107, 132 dan 75, lebih baik berbanding 78, 111, 148 dan 83 pada pukul 7 pagi. -- BERNAMA FJM MGN SP ROS

Page 123: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

45

JEREBU BERPUNCA KEBAKARAN DALAM NEGARA - PALANIVEL

Date: 11-03-2014 Author: / LTAJ RAA AZE RHM PALANIVEL-JEREBU KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Keadaan jerebu sederhana dialami negara pada masa ini berpunca daripada kebakaran tanah gambut dan hutan di beberapa buah negeri, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel. Beliau berkata selain kebakaran tanah gambut dan hutan di Selangor, Perak, Pahang, Johor dan Terengganu, terdapat punca dalaman lain turut menyumbang kepada keadaan itu antaranya pelepasan asap industri, kenderaan bermotor dan aktiviti kerja tanah. "Dalam keadaan cuaca panas dan kering yang berlarutan, habuk terampai kekal berkumpul di ruang udara lalu menyebabkan jerebu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Palanivel berkata, kerajaan membuat pengawasan rapi melalui 52 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara untuk mengesan perubahan status kualiti udara dan juga sebagai pengesanan awal kejadian jerebu. Katanya sejak awal tahun ini hingga semalam (10 Mac), Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengesan sebanyak 1,392 kes pembakaran terbuka termasuk yang melibatkan kawasan hutan, pertanian dan industri. Jumlah itu meliputi 284 kes pembakaran terbuka di kawasan hutan, 482 kes (kawasan pertanian), 18 kes (kawasan industri), 45 kes (kawasan pembinaan), 24 kes (tapak pelupusan sampah), 285 kes (kawasan belukar) dan 254 kes (lain-lain pembakaran terbuka kecil). Dalam tempoh sama, sebanyak 119 kes pembakaran terbuka juga telah dikenakan tindakan kompaun dan 31 kes dikeluarkan notis amaran. Dua kawasan di Selangor iaitu Banting dan Pelabuhan Klang masih kekal dengan catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 5 petang ini. Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan berkenaan mencatat IPU melebihi 100 dengan bacaan tertinggi di Banting (124) dan Pelabuhan Klang (104). Sebanyak 33 kawasan mencatat bacaan sederhana antaranya Tanah Merah (53), Seremban (69), Perai (66) dan Petaling Jaya (73), manakala 16 kawasan mencatat IPU baik seperti Larkin Lama (40), Jerantut (31) dan Tawau (47). IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301). Orang ramai boleh merujuk ke portal JAS iaitu http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing. -- BERNAMA LTAJ RAA AZE RHM

Page 124: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

46

KEBAKARAN TANAH, HUTAN DI PAHANG PUNCA JEREBU SEDERHANA DI MUAR - PALANIVEL

Date: 06-03-2014 Author: / SN2 MS NAK PALANIVEL-JEREBU KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keadaan jerebu sederhana di Muar, Johor ketika ini berpunca daripada beberapa kebakaran tanah dan hutan di Pahang, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel. Beliau berkata cuaca panas dan kering mengakibatkan partikel habuk terampai dan berkumpul di udara menyebabkan ruang udara berjerebu selain pelepasan industri, kenderaan bermotor dan kerja tanah. "Hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dari Januari hingga 5 Mac 2014 mendapati sebanyak 1,206 kes pembakaran terbuka dikesan iaitu pembakaran terbuka melibatkan kawasan hutan (237 kes), kawasan pertanian (404), kawasan industri (18), kawasan pembinaan (39), tapak pelupusan sampah (19), kawasan belukar (246), dan lain-lain (243). "Bagi tempoh yang sama, sebanyak 94 kes pembakaran terbuka telah dikenakan tindakan kompaun dan 31 kes dikeluarkan notis amaran," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini. Beliau berkata JAS akan terus mengawasi secara rapi status kualiti udara di seluruh negara mengikut tindakan yang digariskan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan telah mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri. Palanivel berkata JAS juga meningkatkan aktiviti rondaan darat bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terutamanya di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti mudah terbakar selain mengambil tindakan penguatkuasaan bagi kes-kes pembakaran terbuka yang dikenal pasti. "Sesiapa yang disabit kesalahan melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya. Beliau turut meminta kerjasama orang ramai untuk memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada pihak bomba atau JAS. Sementara itu, laman web JAS menyatakan kawasan di Muar, Johor kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 112 setakat 9 malam ini. Bacaan IPU merekodkan 20 kawasan mencatatkan bacaan baik, sementara 28 kawasan lagi dengan IPU sederhana. Antara kawasan merekodkan bacaan IPU baik ialah Alor Setar, Kedah (33), Jerantut, Pahang (37), Kota Kinabalu, Sabah (44), Miri, Sarawak (32), Paka, Terengganu (33). Kawasan yang mencatatkan bacaan sederhana pula termasuk Pasir Gudang, Johor (55), Tanah Merah, Kelantan (60), Nilai, Negeri Sembilan (74), Tanjung Malim, Perak (59), Petaling Jaya, Selangor (69) dan Cheras, Kuala Lumpur (86). Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). Jabatan Meteorologi Malaysia pula menyatakan hujan dan ribut petir dijangka berlaku

Page 125: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

47

pada sebelah petang dan awal malam ini di pedalaman Perak, Selangor, Pahang, Sarawak (Kuching, Bintulu, Miri, Kapit dan Limbang) dan Sabah (bahagian pedalaman dan pantai barat). Menurut jabatan itu kemungkinan Semenanjung Malaysia dilanda jerebu merentasi sempadan pada masa kini adalah rendah ekoran corak tiupan angin dari negera jiran iaitu dari arah timur laut tidak menghala ke Semenanjung Malaysia. -- BERNAMA SN2 MS NAK

Page 126: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

48

JEREBU: PROSES PEMBENIHAN AWAN AKAN DILAKSANAKAN ESOK

Date: 10-03-2014 Author: / RMBA AZE RON JEREBU-PEMBENIHAN KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Jabatan Meteorologi akan melaksanakan pembenihan awan mulai esok bagi mengatasi masalah jerebu dan kebakaran terbuka. Ketua Pengarahnya Datuk Che Gayah Ismail berkata ia akan dilakukan di kawasan yang mempunyai awan paling sesuai di Kedah, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. "Setakat ini kami hanya berjaya menjalankan dua operasi pembenihan awan, iaitu pada 3 dan 4 Mac. Semalam dan hari ini sepatutnya kami melaksanakan lagi operasi. "Tetapi kami tangguhkan disebabkan kapal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang digunakan terpaksa digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Che Gayah berkata dalam tempoh 24 jam bermula semalam sehingga pagi ini, terdapat 545 kebakaran kecil di seluruh negara, dengan jumlah tertinggi direkodkan di Johor (95), Kedah (74), Perak (68), Selangor (67), Melaka (51) dan Pulau Pinang (44). Che Gayah berkata jumlah titik panas juga meningkat dengan mendadak semalam, iaitu 110 berbanding 18 hari sebelumnya. Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar setakat pukul 4 petang pula menunjukkan lima kawasan mencatat bacaan tidak sihat dengan bacaan tertinggi di Pelabuhan Klang (136). Kawasan lain ialah Banting (116), Nilai (111), Putrajaya (107) dan Seremban (104). Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Operasi dan Kawal Selia, Lembaga Pelabuhan Klang, Kapten K. Subramanian, ketika dihubungi Bernama memaklumkan operasi di kawasan itu masih lancar walaupun sedikit terganggu pada sebelah pagi. "Jarak penglihatan bertambah baik pada sebelah petang iaitu lebih satu batu nautika, berbanding 0.5 batu nautika pada sebelah pagi," katanya. Beliau berkata kapal dan bot kecil tidak dibenarkan bergerak di kawasan pelabuhan sekiranya jarak penglihatan kurang daripada satu batu nautika. -- BERNAMA RMBA AZE RON

Page 127: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

49

KEBAKARAN HUTAN, CUACA PANAS, KERING PUNCA JEREBU - PALANIVEL

Date: 04-03-2014 Author: / MFMS JM NAK PALANIVEL-JEREBU KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Keadaan jerebu yang melanda Negara sekarang berpunca daripada kebakaran hutan di Selangor, Perak, Pahang, Johor dan Terengganu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel. Beliau berkata cuaca panas dan kering menyebabkan partikel habuk terampai dan berkumpul di udara menyebabkan jerebu selain pelepasan industri, kenderaan bermotor dan kerja tanah. Sehubungan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan terus memantau status kualiti udara secara rapi melalui 52 stesen pengawasan kualiti udara yang ditempatkan di seluruh negara, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. "JAS turut mengaktifkan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Prosedur Operasi Tetap Program Pencegahan Kebakaran di Tanah Gambut Mudah Terbakar. "JAS juga meningkatkan aktiviti rondaan darat bagi tujuan pemantauan ke kawasan yang dikenal pasti mudah terbakar selain mengambil tindakan mahkamah bagi kes-kes pembakaran terbuka," katanya. Orang ramai diminta melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dengan menghubungi 999 atau JAS di 1-800-88-2727. -- BERNAMA MFMS JM NAK

Page 128: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

50

KEMENTERIAN KESIHATAN PANTAU PENYAKIT BERKAITAN JEREBU

Date: 04-03-2014 Author: / HAZ JM NAK SUBRAMANIAM-JEREBU KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan pemantauan penyakit berkaitan jerebu iaitu Jangkitan Saluran Pernafasan Atasan (URTI), asma dan sakit mata. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pemantauan itu dilakukan di klinik-klinik sentinel terpilih di negeri-negeri yang dilanda jerebu. Beliau berkata mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru kronik, perlu ke klinik dengan segera sekiranya penyakit bertambah teruk. "Kementerian ingin menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu termasuklah mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, sentiasa cuba berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai. "Selain dari itu, sila pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. Apabila memandu gunakan penghawa dingin dengan memilih operasi kitaran udara dalaman," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Dr Subramaniam juga menggalakkan orang ramai supaya meminum air kosong dengan banyak iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari serta membasuh tangan dan muka dengan air bersih dan sabun selepas melakukan atau menghadiri aktiviti luar. Menurutnya kementerian memantau keadaan berjerebu di negara ini dari 52 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) bermula 7 pagi, 26 Feb lepas. "Berdasarkan pemantauan, beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia didapati mengalami jerebu dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat (melebihi 100)," katanya. Kawasan-kawasan itu ialah Nilai, Banting, Petaling Jaya dan Batu Muda (Kuala Lumpur) setakat 5 petang tadi. Laman web JAS menyatakan sehingga 5 petang tadi, sebanyak 19 kawasan merekodkan tahap IPU baik dan 27 kawasan mencatatkan IPU sederhana. Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu di laman web kementerian iaitu http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Jerebu.php dan http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183. -- BERNAMA HAZ JM NAK

Page 129: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

51

JEREBU: KEMENTERIAN PENDIDIKAN AKTIFKAN ARAHAN TETAP UNTUK SEMUA SEKOLAH

Date: 04-03-2014 MUHYIDDIN-JEREBU PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Kementerian Pendidikan telah mengaktifkan arahan tetap bagi sekolah-sekolah mengambil langkah sewajarnya sekiranya jerebu bertambah buruk, termasuk memberi kuasa kepada pengetua untuk menutup sekolah jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata guru besar dan pengetua hanya perlu memaklumkan mengenai penutupan sekolah kepada Pegawai Pendidikan Daerah. "Guru besar dan pengetua mempunyai kuasa membuat keputusan mengikut panduan yang ditetapkan. "Ini sudah dikuatkuasakan dan ia terserah kepada mereka (guru dan pengetua)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Negara Kerjaan Tempatan Ke-67 di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan timbalannya Datuk Halimah Mohamed Sadique. Muhyiddin berkata sekiranya IPU melebihi 100, pelajar khususnya mereka yang berisiko penyakit asma tidak digalakkan melakukan aktiviti luar dan jika IPU melebihi 150, semua aktiviti luar perlu dihentikan. Mengenai kes denggi, beliau berkata rakyat harus memainkan peranan untuk memerangi denggi di negara ini walaupun adanya penguatkuasaan undang-undang. "Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil langkah-langkah sewajarnya seperti semburan kabus untuk memerangi denggi namun belum memberi kesan maksimum dan masih ada ruang untuk diperbaiki. Kalau penduduk mengambil langkah-langkah dengan menjaga kebersihan di premis kediaman masing-masing, jadi ini adalah tanggungjawab bukan sahaja di bawah agensi dan kementerian tetapi penduduk juga terlibat, katanya. Beliau menegaskan pendidikan dan kesedaran di kalangan penduduk untuk menjaga kebersihan adalah penting. Berdasarkan laporan yang dibentangkan Kementerian Kesihatan, Muhyiddin berkata kes denggi semakin serius di negara ini dan dijangka mencecah 60,000 kes pada tahun ini. Perkara ini tidak boleh dipandang rendah sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan diminta untuk memberi perhatian lebih serius dengan memberi penjelasan dan penerangan agar penduduk membantu menangani masalah ini, katanya. Dari Januari hingga semalam, Muhyiddin berkata 18,165 kes denggi dilaporkan berbanding 4,370 kes pada tahun lepas, iaitu meningkat sebanyak 316 peratus atau 13,795 kes dan 64 peratus di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sehingga kini, 36 kes kematian denggi dilaporkan pada tahun ini, katanya. Pada tahun 2013, sebanyak 43,346 kes denggi dilaporkan berbanding 21,900 kes pada tahun 2012 manakala 92 kematian dilaporkan pada tahun 2013 berbanding 35 kematian (2012). Berdasarkan laporan yang dibentangkan Kementerian Kesihatan, Muhyiddin berkata

Page 130: ARKIB : 31/03/2014 -   · PDF fileJerebu boleh dikawal dengan mengelak pembakaran terbuka, pembakaran kawasan pertanian dan mengurangkan kerja-kerja di tapak pembinaan. Jadi,

52

kes denggi semakin serius di negara ini dan dijangka mencecah 60,000 kes pada tahun ini. Perkara ini tidak boleh dipandang rendah. Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan diminta untuk memberi perhatian lebih serius dengan memberi penjelasan dan penerangan agar penduduk membantu menangani masalah ini, katanya. Dari Januari hingga semalam, Muhyiddin berkata 18,165 kes denggi dilaporkan berbanding 4,370 kes pada tahun lepas, yang meningkat sebanyak 316 peratus atau 13,795 kes dan 64 peratus di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sehingga kini, 36 kes kematian denggi dilaporkan tahun ini, katanya. Pada 2013, sebanyak 43,346 kes denggi dilaporkan berbanding 21,900 kes pada 2012 manakala 92 kematian dilaporkan pada 2013 berbanding 35 kematian (2012). --BERNAMA KHL LES NAK Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 28 April 2014