ping pong isl
DESCRIPTION
abcTRANSCRIPT
LAPORAN KOKURIKULUM PING PONG MINGGU KE-6
Pada hari 1 September 2013 hingga 5 September, iaitu minggu ke – 12 bagi
aktiviti permainan ping pong, kami telah belajar asas kepegawaian yang
berfokus pada memahami undang – undang permainan serta isyarat
pengadil.
Dalam minggu ini, guru pembimbing kami, En.Mohamad Yusoff bin Ali telah
memberikan taklimat dan cara mematuhi undang – undang permainan
kepada kami. Beliau menunjukkan cara pengiraan mata yang diperolehi
dalam satu permainan. Tujuan latihan pengukuhan ini adalah untuk
memantapkan lagi cara pengiraan mata kamu, selain membantu kami
mencapai tahap yang lebih begitu tepat dalam ujian amali yang akan datang.
Beliau telah mengagihkan kami kepada berenam dalam sekumpulan dan
empat orang pelajar akan bermain dan dua orang lagi pelajar akan mengira
mata pemerolehan. Kami bergilir – gilir untuk bermain dan mengira.
Seterusnya, beliau telah memberitahu kami tentang undang – undang bagi
peralatan permainan ping pong seperti ukuran meja ping pong, jenis raket
ping pong dan getah yang digunakan mesti mempunyai logo ITTF. Pada sesi
ini, beliau kerap mengingati kami supaya mematuhi undang – undang
permainan semasa bermain supaya dapat bermain permainan ping pong
dengan cara yang tepat dan baik.
Dalam minggu ke – 6 ini, Encik Yusoff juga mengajar kami pengetahuan
asas kepengawaian. Kami telah mempelajari beberapa isyarat tangan yang
lazim digunakan oleh pengadil di pertandingan ping pong daripada beliau.
Beliau telah mengingati kami perkara yang perlu difokuskan apabila menjadi
pengadil dan bagaimana untuk menunjukkan isyarat betul serta jelas.
Misalnya, isyarat sepakan, halangan, halangan oleh pihak ketiga, gol
dijaringkan, pukulan ke dalam serta pukulan percuma. Kemudin kami
dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengadakan latihan untuk
melatihkan isyarat tersebut. Semua orang bergilir – gilir menjadi pemain dan
pengadil. Encik Yusoff memberi bimbingan kepada sesetengah pelajar yang
kurang tepat apabila menunjukkan isyarat.
Encik Yusoff juga memberitahu kami bahawa pengadilan yang baik dan
berkesan merupakan satu aspek permainan yang penting untuk menjamin
mempertingkatkan mutu permainan. Saya sedar bahawa pengadilan yang
baik juga menentukan bahawa perlawanan – perlawanan yang dijalankan
dengan lancar dan selamat.
Pada sesi yang terakhir, En. Mohamad Yusoff memberikan masa kepada
kami untuk membuat latihan ulangan pengiraan dan bermain. Beliau dengan
sabar dan prihatin sering memberikan tunjuk ajar dan pembetulan kepada
kami.
Laporan disediakan oleh, 3 September 2013.
----------------------------------
( CHAN ZHI YUN, YEAP QIAN YU)
Guru Pelatih,
Pendidikan Prasekolah 2,
IPG Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu.