pengenalan ppim

35
Pengurusan dan Pentadbiran Pengenalan PPIM 1.1 Sejarah PPIM a. Sejarah penubuhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai

Upload: imelia-kyra

Post on 28-Jun-2015

3.998 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Contoh kerja kursus PPIM

TRANSCRIPT

Page 1: PenGenAlan PPIM

Pengurusan dan Pentadbiran Pengenalan PPIM

1.1 Sejarah PPIM

a. Sejarah penubuhan

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.     Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. 

Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.     Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. 

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. 

Page 2: PenGenAlan PPIM

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. 

  Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011. 

b. Pengasas penubuhan

i. Kebangsaan

ii. Negeri

YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama

DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah

Page 3: PenGenAlan PPIM

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail

Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Allaharyamah Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood

Allahyarhamah Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin

Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan

c. Pengiktirafan Kerajaan

Pada 06 Mei 1980 - PPIM diterima sebagai pergerakan beruniform di peringkat sekolah menengah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada tanggal 08 Disember 1988 - PPIM diiktiraf dan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang berperlembagaan sendiri.

Page 4: PenGenAlan PPIM

Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

d. Struktur Organisasi

i. Kebangsaan

Yang Dipertua :

Yg.Bhg. Datin Hjh. Badiah Abdul Manan

Naib Yang Dipertua I :

Yg.A.Bhg. Datin Seri Dato'Hjh. Shamsiah M.Yassin

Naib Yang Dipertua II :

Yg.Bhg. Datuk Hjh. Sharifah Mordiah Tuanku Hj.Fauzi

Setiausaha Kehormat :

Cik Hajah. Hamidah Mohd Khalid

Bendahari Kehormat :

Yg.Bhg. Datin Teh Zawahir Abdul Malek

Setiausaha Eksekutif :

Cik Hajah Aizar Md. Jaman

Ahli Pentadbir :

Yg.Bhg. Prof. Dr. Azizan Baharuddin

Yg.Bhg. Puan Sri Datin Che Asidah Minin

Puan Hjh. Che Rahimah Bt Hussin

Page 5: PenGenAlan PPIM

Puan Hjh. Che Su Mahamud

Y.M. Engku Tik Azizah Engku Malek

Puan Hannah Hj Nawawi

Puan Hjh. Latifah Mahluddin

Puan Hjh. Norazila Musa

Yg.Bhg. Datin Sabariah Shukur

Puan Hjh. Zabedah Mohamed

Puan Hjh. Zaimah Ahmad

Puan Norashimah Ismail

Y.Bhg. Datin Hjh. Che Hasnah Abdullah

Wakil Kementerian Belia & Sukan :

Cik Fadillah Ahmad

Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia :

Cik Noridah Alias

ii. Negeri

Page 6: PenGenAlan PPIM

iii. Daerah

Page 7: PenGenAlan PPIM

iv. Sekolah

Page 8: PenGenAlan PPIM
Page 9: PenGenAlan PPIM

e. Pakaian seragam

Pengetua

Guru Penasihat Penolong Guru Penasihat

Penguluwati(ketua Puteri)

Naib Penhuluwati((Naib Ketua Puteri)

Setiausaha

Naib Setiausaha Naib Bendahari

Ajk Tingkatan 5 Ajk Tingkatan 4

Ajk Tingkatan 3

Ajk Tingkatan 2

Ajk Tingkatan 1

Bendahari

Pk Ko-kurikulum

Page 10: PenGenAlan PPIM

Baju Puteri Baju Kawad Baju Riadah Baju Pemimpin

f. Congan kata Puteri

“Beriman, Beramal, Berilmu,”

g. Ikrar Puteri Islam

Bahawa kami, ahli-ahli PPIM, berikrar akan :-

· Taat kepada Allah , Rasul, Pemerintah, Guru dan Ibubapa· Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak· Membangunkan diri dengan sempurna· Mengukuhkan sillaturrahim sesama puteri· Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan Negara.

Page 11: PenGenAlan PPIM

h. Suluh kata Puteri Islam

Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia,

berikrar akan:

P atuh kepada ibubapaU gama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-HadithT aat kepada Allah dan RasulE rat ukhwah Islamiyah

R ela berbakti kerana Allah

I man dipupuk ilmu dituntut

I nsaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (InnalilLahi wa inna ilayhi raji’un)

S olat ditunai setiap waktu

L arangan Allah dijauhi

A khlak mulia pengukuh keimanan

M uslimah Mukminah rakyat seperjuangan

1.2 Bendera dan Lencana

a. Bendera PPIM, sekolah, negeri dan negara.

Bendera Puteri Islam

Page 12: PenGenAlan PPIM

Bendera Sarawak

Bendera Malaysia, Jalur gemilang

b. Tatacara menaik, menurun dan melipat bendera.

Naikkan Bendera

Ketua Puteri memanggil PENAIK BENDERA, SEDIA(Tiga orang penaik bendera keluar serentak).

Ketua Puteri menghadap bendera member arahan, NEGARAKU, MULA.

Penaik bendera ikat tali pada tiang bendera. Puteri di tengah member arahan:UNDUR ketiga-tiga undur serentak.

Ketua Puteri member arahan LAGU PUTERI, MULA. Penaik bendera (Puteri di tengah)mengarahkan KANAN, PUSING…

(Ketiga-tiga berkawat balik ke barisan. Puteri yang terakhir sampai akan sebut SIAP.

Acara Turun dan Lipat Bendera

Ketua Puteri memanggil PENURUN BENDERA SEDIA Tiga orang penail bendera diikuti oleh 3 orang lagi (6 orang) berkawad

ke hadapan tiang bendera. Orang pertama (penaik)berdiri di hadapan. Orang kedua berdiri di

belakang ke kanan sedikit. Kedua-dua buka ikatan/simpulan. Lipat bendera mengikut kiraan Ketua Puteri:

“SATU” -lipat dua kemudian regang semula

Page 13: PenGenAlan PPIM

“DUA” -lipat dua lagi, kemudian regang semula“TIGA” -ekor bendera dicantumkan ke kepala bendera“EMPAT” -bahangian ekor dicantumkan lagi ke kepala bendera“LIMA” -lipat kipas (3 kali)

Setelah selesai orang pertama pegang bendera (di tangan kanan, letak/bawa ke sisi)

c. Lencana PPIM, sekolah dan Jata Malaysia

Lencana Puteri Islam

Lencana sekolah

Jata Malaysia

Page 14: PenGenAlan PPIM

1.3Lagu-lagu

a. Lagu Puteri Islam

Puteri Lembaga Islam Riang GembiraTetap Taat Kepada Allah Dan Raja

Berkorban Untuk Agama Dan NegaraDunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari PengetahuanBerbakti Membuat KebajikanBelajar Mencapai Kemajuan

Bersemangat Penuh Keimanan

Puteri Lembaga Islam Riang GembiraTetap Taat Kepada Allah Dan Raja

Berkorban Untuk Agama Dan NegaraDunia Akhirat Mendapat Bahagia

b. Lagu sekolah, negeri dan Negara

Sekolahku ST. Teresa

Berdiri bangga indah sentiasa,

Sekolah kebanggaan kita semua,

ST. Teresa, ST. Teresa,

Sekolah yang ku cinta,

ST. Teresa sejahtera,

ST. Teresa sejahtera,

Kami puteri ST. Teresa,

ST. Teresa sejahtera,

ST. Teresa sejahtera,

Kami puteri ST. Teresa,

Berbudi pekerti prinsip semasa,

Menyeru kami setiap masa,

Supaya semua bekerjasama,

Agar berjaya di hari muka.

Page 15: PenGenAlan PPIM

ST. Teresa sejahtera,

ST. Teresa sejahtera,

Kami puteri ST. Teresa,

ST. Teresa sejahtera,

ST. Teresa sejahtera,

Kami puteri ST. Teresa,

Semua kaum belajar bersama,

Ilmu dituntut seikhlas jiwa,

Agar jadi orang berguna,

Kepada bangsa negara.

ST. Teresa sejahtera,

ST. Teresa sejahtera,

Kami puteri ST. Teresa,

ST. Teresa sejahtera,

ST. Teresa sejahtera,

Kami puteri ST. Teresa,

Perpaduan disiplin diutama,

Nama ST. Teresa dijaga sentiasa,

Berbudi berbakti prinsip semasa,

Dipegang bersama.

ST. Teresa sejahtera,

ST. Teresa sejahtera,

Kami puteri ST. Teresa,

ST. Teresa sejahtera,

ST. Teresa sejahtera,

Kami puteri ST. Teresa.

Page 16: PenGenAlan PPIM

Ibu Pertiwiku

Sarawak Tanah Airku

Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak

Engkaulah Tanah Pusaka Ku

Tanah Tumpah Darah Ku

Ibu Pertiwi Ku

Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia

Damai Muhibbah Sentiasa

Bersatu Berusaha Berbakti

Untuk Sarawak Ku Cintai

Sarawak Dalam Malaysia

Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa

Kekallah Sarawak Bertuah

Teras Perjuangan Rakyat

Berjaya Berdaulat

Negaraku

Negaraku

Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup

bersatu dan maju,

Rahmat bahagia

Tuhan kurniakan,

Raja kita

selamat bertakhta,

Rahmat bahagia

Tuhan kurniakan.

Raja kita

selamat bertakhta

Page 17: PenGenAlan PPIM

c. Asmaul Husna

1.4 Asas Kawad Kaki

a. Memahami arahan

1. Baris / Skuad. 2 Baris .Sedia. 3 KeKanan .Lurus. 4 Pandang. Depan. 5 Buka Barisan .Gerak. 6 Tutup Barisan. Gerak. 7 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga, Kekanan Pusing. 8 Skuad akan menghadap ke Hadapan, Ke kiri Pusing.

Page 18: PenGenAlan PPIM

9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, Kekiri Pusing. 10 Bergerak ke kanan Bertiga tiga, ke belakang Pusing . 11 Bergerak ke kiri Bertiga tiga, ke belakang Pusing . 12 Skuad akan Menghadap ke Hadapan, Ke kanan Pusing. 13 Skuad akan Menghadap ke belakang, ke belakang Pusing. 14 Bergerak kekanan bertiga-tiga, ke kanan pusing . 15 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing. 16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing. 17 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing. 18 Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing. 19 Langkah, kekanan gerak. 20 Langkah, ke kiri gerak. 21 Langkah, ke hadapan gerak. 22 Langkah, ke belakang gerak. 23 Dari kiri, cepat jalan. 24 Tukar langkah semasa berjalan tukar langkah. 3x 25 Tukar langkah, dengan langkah berlagak tukar langkah . 3x 26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga, kebelakang pusing.

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang pusing. 27 Dari kiri / kanan, kanan belok. 28 Dari kiri / kanan, kiri belok. 29 Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga, kekanan / kiri pusing. 30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri

pusing. 31 Hormat, ke hadapan hormat. 32 Hormat selaku terima sijil, hormat kehadapan hormat. 33 Hormat, kekanan hormat. 34 Hormat, kekiri hormat. 35 Tukar langkah perlahan, perlahan jalan. 36 Tukar langkah masa jalan perlahan, tukar langkah. 3x 37 Bergerak kekanan/kiri, kebelakang pusing.

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang... pusing.

38 Dari kiri / kanan, kanan belok. 39 Dari kiri / kanan, kiri belok. 40 Bergerak kekanan / kiri kekanan / kiri pusing. 41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri

pusing. 42 Tukar langkah cepat, cepat jalan. 43 Skuad henti. 44 Hentakkaki 45 Skuad henti. 46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah

Cepat jalan .(14-1-2) 47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)

Page 19: PenGenAlan PPIM

b. Melaksanakan arahan

1.5 Tatacara Asas

a. Tatacara Perjumpaan

Bacaan doa Naikkan bendera-Negaraku dan lagu Puteri LafziIkrar Pemimpin beri taklimat

b. Tatacara Penutupan

Amanat pemimpin Lagu puteri Acara turun dan lipat bendera Acara serah bendera Bacaan doa penutup Bersalam-salaman

2. Kerohanian

2.1 Rukun Islam

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat(2) Sembahyang lima waktu(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)(5) Menunaikan zakat

2.2 Sifat menghormati

a. Ibu Bapa

ISLAM mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai.

Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak.

Page 20: PenGenAlan PPIM

Sehubungan itu, anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24).

FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15).

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim)

Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa.

Diriwayatkan daripada Sa’id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, “Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad saw).” (Riwayat Muslim).

Page 21: PenGenAlan PPIM

Berikutan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat 8 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan.”

Peristiwa di atas dikuatkan lagi dengan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu dan (ingatlah), kepada Akulah tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau – dengan akal fikiranmu – tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaul dengan mereka di dunia dengan cara baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman ayat 14-15).

Mengingkari perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa termasuk dalam kategori dosa besar. Jika menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya.Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya?

Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: “Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu.” (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama ke arah mewujudkan masyarakat

Page 22: PenGenAlan PPIM

penyayang. Seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

b. Keluarga

Membina keluarga yang bahagia dan penyayang mestilah mengikut ajaran dan panduan yang digariskan oleh agama. Islam memberi petunjuk kepada manusia bagaimana cara membaiki keadaan hidupnya, mengenal hak dan kewajipan dalam pergaulan, bahkan dalam segala pekerjaan supaya manusia berbahagia dan untung di dunia dan akhirat.

Pembentukan keluarga dalam Islam bermula dengan ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan secara sah mengikut hukum Islam itu sendiri. Apabila rumah tangga itu dibina dengan sempurna dan sah, maka ia mendapat keredhaan dan berkat dari Allah S. W. T. Banyak rumah tangga yang dibina tanpa mengikut landasan agama menemui kehancuran dan kegagalan seperti kahwin lari tanpa restu keluarga atau pasangan yang cetek pengetahuan tentang agama.

Untuk memupuk keharmonian hidup berumahtangga, setiap suami isteri hendaklah mematuhi dasar-dasar hukum yang digariskan oleh Islam agar terhindarlah perkara-perkara yang tidak diingini. Islam telah mengingatkan bahawa isteri adalah amanah daripada Allah dan hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya. Bagi pihak isteri pula, Allah telah menegaskan bahawa mereka wajib mentaati suami mereka pada jalan Allah dan haram bau Syurga sekiranya mereka menderhaka terhadap suami selagi si suami patuh dan taat kepada landasan hukum Islam.

Hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa akan membawa ke arah keluarga yang bahagia. Islam telah memberikan perhatian yang penting ke atas dua pihak berkenaan. Agama mewajibkan anak-anak mentaati kedua orang tuanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Syurga di bawah tapak kaki ibu”.

Anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada kedua ibu bapa sekalipun ibu bapa kafir dan ingkar terhadap Allah, namun mereka berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka. Ini kerana daripada mereka berdualah lahirnya anak-anak ke dunia ini. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras kita mencela atau memarahi mereka dengan bahasa yang kasar. Kita haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

Betapa berat soal anak-anak menghormati ibu bapa, berat lagi tanggung jawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka ke jalan diredai Allah S. W. T. Ibu bapa wajib memberikan pendidikan yang betul kepada anak-anak mereka. Tanpa bekalan ilmu untuk dunia dan akhirat, anak-anak akan hidup terumbang-ambing. Kecuaian ibu bapa memberikan pendidikan agama yang

Page 23: PenGenAlan PPIM

sepatutnya, maka timbulah gejala sosial kepada anak-anak seperti budaya lepak, bohsia yang melanda negara kita sekarang ini.

lbu bapa merupakan model kepada anak-anak. Oleh itu ibu bapa perlulah berkelakuan yang sopan dan mulia. Tingkah laku mereka mudah menjadi perhatian dan ikutan anak-anak. Dampingilah anak-anak dengan memberikan kasih-sayang yang sempurna. Luangkan masa untuk berbincang tentang masalah mereka. Anak-anak perlu diberikan kasih sayang dan perhatian. Sekiranya diabaikan tanggung jawab ini, jiwa anak-anak akan merasa kekosongan dan mereka tidak diperlukan oleh ibu bapanya. Mereka akan mencari sesuatu yang dapat memenuhi jiwa mereka di luar rumah. Akibatnya ramai yang tercebur ke kancah maksiat dan dadah, maka porak perandalah keluarga tersebut. Sabda Rasulullah s. a. w yang bermaksud; “Hak anak atas bapanya, supaya membaikkan akhlaknya dan membaikkan namanya “.

Kewajipan ibu bapa ialah membentuk peribadi anaknya selaras dengan tuntutan Allah S. W. T. Ini akan membahagikan hidup mereka di dunia dan akhirat. Apabila jiwa anak-anak telah ditanam dengan taqwa dan keimanan Islam, maka kasih sayang dan hormat menghormati wujud dalam keluarga tersebut. Ibu bapa wajib memberikan ilmu dunia dan akhirat kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang berilmu dan beriman akan sentiasa mengingati ibu bapa mereka apabila mereka telah tua atau pun telah meninggal dunia. Sabda Rasuluilah s. a. w yang bermaksud; “Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara sahaja iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya dan doa daripada anak-anak yang soleh”.

Islam juga menganjurkan supaya kita mempunyai hubungan yang baik sesama individu. Sabda Rasullullah yang bermaksud; “Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. Nabi s. a. w bersabda lagi yang bermaksud; “Yang paling baik di antara kamu ialah yang baik pergaulannya terhadap keluarganya”. Anak-anak perlulah dididik dengan pergaulan yang baik sesama mereka. lbu bapa mestilah berlaku adil dalam melayani kerenah anak-anak mereka supaya terhindar perasaan dengki, iri hati dan dendam. A nak-anak yang lebih kecil hendaklah rnenghormati abang yang lebih tua. Manakala abang mestilah bertolak ansur dengan adik-adik mereka. Apabila sikap ini dapat ditanam dalam diri anak-anak, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga dan mereka saling sayang dan menyayangi antara satu dengan lain. Aman tenteram dan berbahagialah keluarga tersebut

Islam amat mengambil berat dalam membentuk keluarga yang penyayang. Hidup dalam bahagia dan aman sentiasa serta saling tolong menolong antara satu sama lain. Islam telah menggariskan panduan untuk menunjuk

Page 24: PenGenAlan PPIM

ke arah tersebut. Oleh itu membina keluarga yang penyayang dan harmoni maka kita mestilah mengikuti landasan agama.

c. Orang Dewasa

Islam sangat menganjurkan kepada pemeluknya untuk menaruh rasa hormat terhadap orang yang lebih tua dan menyayangi mereka yang lebih muda. Ini merupakan wujud dari akhlaqul mahmudah.

Banyak kaum muslim akhir-akhir ini yang kurang memberikan perhatian dalam penghormatan terhadap yang lebih tua dan kurang memberikan kasih sayang terhadap yang lebih muda. Sehingga ini memberikan pencitraan yang kurang baik terhadap Islam itu sendiri.

Dalam hal ini ada sebuah hadits diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan juga oleh Al-Hakim bahwa Rasulullah Saw bersabda:

"Barangsiapa tidak menaruh hormat pada orang yang lebih tua di antara kami atau tidak mengasihi yang lebih muda, tidaklah termasuk golongan kami"

Pernyataan dari Rasulullah Saw ini diharapkan dapat memberikan lecutan dan semangat agar hormat-menghormati dan sayang menyayangi menjadi bagian hidup kaum muslim dalam kehidupan sehari-hari. Karena dengan saling menghormati dan menyayangilah suasana harmonis, damai, rukun, dan kekeluargaan akan terpancar dalam kehidupan kaum muslim.

Kita masih ingat bagaimana Sayyidina Ali bin Abi Thalib Karramahullaahu Wajhah menghormati seorang lelaki tua yang notabene adalah orang Yahudi. Padahal waktu itu Sayyidina Ali r.a., sedang tergesa-gesa berangkat shalat shubuh berjamaah bersama Rasulullah Saw. Namun dalam ketergesaannya itu, di depan Sayyidina Ali r.a., ada seorang tua dengan tongkat berjalan dengan tertatih-tatih. Di tangannya memegang lentera untuk menerangi jalannya.

Sayyidina Ali r.a., tidak lantas mendahului orang tua itu, melainkan ia berjalan di belakangnya. Karuan saja sayyidina Ali terlambat datang berjamaah di masjid. Sayangnya, ternyata lelaki tua itu tidak ikut masuk ke masjid untuk shalat shubuh, karena lelaki tua itu ternyata adalah seorang Yahudi.

Ketika masuk masjid, Sayyidina Ali r.a., menjumpai Rasulullah sedang rukuk. Memang waktu itu Rasulullah Saw memanjangkan rukuknya sehingga Sayyidina Ali r.a., dapat shalat shubuh berjamaah bersama dengan Rasulullah Saw menjadi makmum.

Page 25: PenGenAlan PPIM

Seusai melaksanakan shalat, Sayyidina Ali bertanya kepada Rasulullah Saw, kenapa Rasulullah memanjangkan rukuknya dan itu belum pernah dijumpai oleh Sayyidina Ali r.a., sebelumnya.

Rasulullah Saw menjawab, bahawa ketika ia rukuk, sebelum kepalanya tegak, malaikat Jibril menekan punggungnya sampai lama. Setelah lama menekan punggung Rasulullah, Rasulullah baru bisa mengangkat kepalanya membaca iktidal.

Mendengar itu, Sayyidina Ali r.a., menceritakan peristiwa yang baru saja dialami ketika hendak berangkat ke masjid untuk melaksanakan shalat shubuh berjamaah. Rupanya Allah SwT memberikan isyarat kepada Rasulullah Saw agar Sayyidina Ali dapat ikut berjamaah.

Dalam riwayat lain yang sangat mengagumkan adalah bahwa malaikat Mikail diperintahkan untuk memperlambat laju matahari hanya agar Sayyidina Ali dapat ikut shalat berjamaah bersama Rasulullah Saw.

Begitulah seorang sahabat, menantu, salah satu Khalifah umat Islam dan orang yang termasuk ahli surga sesuai dengan janji Rasulullah Saw, menghormati orang yang lebih tua, meskipun orang tua itu beragama Yahudi, bukan beragama Islam. Di sinilah letak indahnya agama Islam jika dapat diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. Dunia akan harmonis tanpa kekacauan dengan mengamalkan sebuah ajaran “Menghormati yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda.” Wallaahu a’lam.

d. Rakan Sebaya

Kita sering kali terbaca di media cetak berita tentang salah laku murid terutamanya yang melibatkan tindakan seperti memukul kawan, memeras ugut, melawan guru serta merosakkan harta benda sekolah mahupun mencuri barang-barang kepunyaan rakan-rakan.

Walaupun jumlah kes seperti ini amat kecil tetapi ia sangat menyedihkan kerana tindakan sebegitu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang murid sekolah. Sebagai sebuah institusi sosial kita mempunyai ramai rakan di sekolah. Sekolah bukan sekadar tempat kita belajar tetapi juga tempat kita menimba pelbagai ilmu dan kemahiran. Ia termasuk mempelajari ilmu yang berkaitan dengan akademik ataupun yang bercorak generik seperti cara untuk bekerjasama, cara mengurus masa, cara untuk mengawal diri dan emosi serta cara untuk menghormati rakan.

Menghormati rakan ialah salah satu aspek yang penting dalam proses interaksi sama ada di bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Sebagai seorang murid kebiasaanya banyak aktiviti yang diberikan oleh guru perlu dilakukan secara berkumpulan. Sebagai contoh kita disuruh berbincang tentang sesuatu topik, kita juga diminta membuat latihan ketika permainan

Page 26: PenGenAlan PPIM

dalam kumpulan, malah kadang kala kita dikehendaki menyediakan khemah sebagai tempat tinggal dalam aktiviti unit beruniform.

Dalam urusan seperti ini kerja sama serta tindakan saling hormat menghormati rakan-rakan amatlah penting serta diperlukan. Antara tindakan yang boleh dilakukan agar perasaan hormat menghormati rakan ini dapat dikekalkan adalah seperti berikut:

Mengganggu: Perbuatan seperti ini sering terjadi apabila kita cuba berinteraksi dengan rakan kita tetapi pada ketika itu ia sedang belajar atau sedang mendengar penerangan guru. Perbuatan seperti ini menyebabkan rakan kita itu berasa tidak selesa dan mungkin juga akan menimbulkan kemarahannya.

Membuli : Sebahagian daripada rakan-rakan kita ada yang suka melakukan perbuatan membuli. Perbuatan ini kadang kala berakhir dengan kekasaran seperti menumbuk atau menolak rakan sehingga menyebabkan kecederaaan. Malah ada juga yang membawa maut. Sesungguhnya perbuatan ini amat berbahaya sehinggakan ia boleh dianggap sebagai satu jenayah.

Mengambil barang tanpa kebenaran: Ada juga di antara kita yang suka mengambil barang tanpa kebenaran seperti mengambil pensil, buku, telefon bimbit dan sebagainya. Kadang kala barang-barang itu tidak dikembalikan dan akhirnya kita dianggap sebagai pencuri.

Tindakan yang dihuraikan di atas boleh menjejas hubungan baik antara rakan-rakan kita. Apabila kita tidak mempunyai rakan-rakan yang baik maka sudah tentulah kita akan mengalami kesukaran apabila sesuatu pembelajaran itu memerlukan bantuan daripada mereka.

Justera, elakkan daripada melakukan perbuatan yang boleh menyakiti hati rakan-rakan kita. Semoga suasana aman dan teteram ini dapat menyeronokkan kita belajar.

2.3 Tatacara Berdoa dengan Sempurna

a.Doa makan, sebelum dan selepas tidur, doa hendak keluar berjalan, doa masuk dan keluar tandas dan sebagainya.

Doa sebelum makan

Page 27: PenGenAlan PPIM

Ertinya:

"Ya Allah, berkatilah rezeki kami dengan apa yang kau telah berikan kepada kami dan jauhi dari seksa neraka. Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."

Doa selepas makan

Ertinya:

"Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan yangtelah menjadikan kami orang-orang muslim."

Doa sebelum tidur

Ertinya:

"Ya Allah. Dengan namaMu hamba hidup, dan dengan namaMu hamba mati".

Doa selepas tidur

Ertinya:

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita sesudah mematikan, dan kehadapanNya kita akan kembali".

Doa hendak keluar berjalan

Page 28: PenGenAlan PPIM

Ertinya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".

Doa masuk tandas

Ertinya:"Ya Tuhan, hamba berlindung kepadaMu dari segala kekotoran dan segala kejahatan"

Doa keluar tandas

Ertinya:"Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku."

b. Doa selepas solat 5 waktu

Page 29: PenGenAlan PPIM
Page 30: PenGenAlan PPIM

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.