pengenalan 1

38
Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang PENGENALAN Perkhidmatan pra hospital merupakan salah satu bentuk perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Kecemasan .Ianya merupakan satu sistem perkhidmatan ambulan untuk mengendalikan kes-kes kecemasan yang berlaku di tempat kejadian. Perawatan dan pengurusan mangsa yang dikendalikan di tempat kejadian bergantung kepada keadaan mangsa serta alat kelengkapan sesebuah ambulan.. Jika di lihat dari aspek penilaian perkhidmatan pra hospital pula yang dipetik dari laman web ( http:/ www.fit ) bererti suatu proses ulasan dan juga pemerhatian terhadap aspek yang penting iaitu kualiti dan juga kesesuaian aktiviti yang dijalankan semasa proses pemerhatian dibuat yang boleh membuktikan tahap pelaksanaan sesuatu perkhidmatan dalam keadaan baik. Bagi negara barat penilaian terhadap perkhidmatan pra hospital telah dibuat namun ia bukan Sesuatu yang senang untuk dinilai. Berbagai aspek yang perlu dikaji , ini melibatkan pelbagai parameter digunakan sebagai petunjuk ke arah penilaian yang berkesan. Parameter yang digunakan untuk 1

Upload: siti-sakinah-salleh

Post on 03-Jul-2015

528 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

PENGENALAN

Perkhidmatan pra hospital merupakan salah satu bentuk perkhidmatan yang

disediakan di Jabatan Kecemasan .Ianya merupakan satu sistem perkhidmatan

ambulan untuk mengendalikan kes-kes kecemasan yang berlaku di tempat

kejadian. Perawatan dan pengurusan mangsa yang dikendalikan di tempat

kejadian bergantung kepada keadaan mangsa serta alat kelengkapan sesebuah

ambulan.. Jika di lihat dari aspek penilaian perkhidmatan pra hospital pula yang

dipetik dari laman web ( http:/ www.fit ) bererti suatu proses ulasan dan juga

pemerhatian terhadap aspek yang penting iaitu kualiti dan juga kesesuaian

aktiviti yang dijalankan semasa proses pemerhatian dibuat yang boleh

membuktikan tahap pelaksanaan sesuatu perkhidmatan dalam keadaan baik.

Bagi negara barat penilaian terhadap perkhidmatan pra hospital telah

dibuat namun ia bukan Sesuatu yang senang untuk dinilai. Berbagai aspek yang

perlu dikaji , ini melibatkan pelbagai parameter digunakan sebagai petunjuk ke

arah penilaian yang berkesan. Parameter yang digunakan untuk menilai

perkhidmatan pra hospital adalah menggunakan masa aktvasi ( respond time ) .

Kenyataan ini di buat oleh Mac Friance (2003).Bagi Hospital Selayang

perkhidmatan pra hospital dikendalikan 24 jam. Dahulunya Jabatan Kecemasan

Hospital Selayang teah bekerjasama dengan pihak JPA 3 ( Jabatan Pertahanan

Awam)untuk memberikan satu perkhidmatan pra hospital yang berkesan dan

efektif di kawasan Hospital Selayang . Usaha kerjasama ini dibuat dalam bulan

Jun 2002. Sayangnya kerjasama ini telah terhenti dipertengahan jalan.Pada

1

Page 2: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

amnya Hospital Selayang mempunyai 4 buah ambulan gred A dan 4 buah

ambulan gred B.Kesemua ambulan yang digunakan untuk bertindak, hendaklah

dilengkapi dengan peralatan mengikut jenis dan fungsi tahap bertindak.

Penggunaan ambulan di Hospital Selayang adalah digunakan secara meluas

bukan untuk perkhidmatan panggilan ambulan tetapi juga untuk ’ ”interfacility

transfer” ,”interfacility diagnostic service transport” serta “medical standby”.

Kebiasaanya hanya sebuah ambulan sahaja yang dikhaskan menjalankan

perkhidmatan pra hospital.Pada dasarnya perkhidmatan panggilan ambulan

adalah untuk kes – kes kecemasan sahaja seperti kes- kes kemalangan, kes -

kes perubatan kecemasan dan bersalin. Bagi garis panduan pengendalian

panggilan ambulan di Hospital Selayang adalah setiap anggota pasukan

disyaratkan menjalani latihan atau kursus seperti BLS, ACLS , MTLS ,”Disaster

Management’ dan juga ’Pre Hospital Care Course’ sebelum menjalankan

perkhidmatan ambulan.

Mengikut statistik kekerapan perkhidmatan ambulan di Hospital Selayang

bagi tahun 2005 sebanyak 557 kes dan pada tahun 2006 pula sebanyak 854

kes.Ini menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 297 kes dalam setahun.

Pada tahun 2005 pula menunjukkan peningkatan berlaku sebanyak 57 kes ini

menjadikan jumlah perkhidmatan ambulan sentiasa meningkat.

2

Page 3: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Kajian Semula

Perkhidmatan pra hospital merupakan perawatan yang berkesan dan cepat

kepada pesakit di tempat kejadian dan disepanjang perjalanan ke hospital

dengan menggunakan perkhidmatan ambulan.

Perkhidmatan ambulan merupakan nadi utama kepada perkhidmatan pra

hospital.Perkhidmatan ambulan bukan perkhidmatan pengangkutan

sahaja.Keutamaan penggunaan ambulan perlu diberikan kepada kes-kes

kecemasan Ahmad Tajuddin (2005).

Edwin F.Care (1994 ) menurutnya jika berlaku kemalangan dan pasukan

perubatan tiba mereka perlulah menggunakan ambulan yang mempunyai segala

kemudahan kelengkapan.Setiap staff yang mengikutinya pula perlu mempunyai

kemahiran pertolongan cemas. Menurutnya lagi, mereka ini adalah penyelamat

pertama di tempat kejadian.Kelengkapan yang ada di dalam ambulan menjadi

penyelamat kepada mangsa. Dua kenyataan ini jelas memberitahu kita semua

salah satu faktor-faktor yang mempengaruhi perkhidmatan ambulan.

Mac Fariane ( 2003 ) menurutnya banyak parameter digunakan , namun

kebanyakkanya menggunakan `respon time’ untuk mengukur atau menilai

perkhidmatan pra hospital mengikut standard Kementerian Kesihatan Malaysia

seperti yang digariskan didalam ` National Indicator Quality Assurance

Programme ` .Masa respon kepada panggilan ambulan hendaklah tidak melebihi

3

Page 4: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

5 minit.Ini kerana kelewatan di dalam masa ambulan respon mungkin akan

menyumbang kepada peningkatan morbidity dan mortality.

G.J.Gadner (1994) dalam kajiannya menyatakan dalam tempoh sebulan

sebanyak 289 panggilan dibuat untuk mendapatkan perkhidmatan ambulan.Pada

itu 178 kes atau 62 % adalah betul –betul memerlukan perkhidmatan ambulan

tetapi 111 kes atau 38 % adalah kes –kes yang tidak kritikal.Ini dapat

memperlihatkan tahap pengetauan umum tentang perkhidmatan ambulan adalah

rendah.Menurutnya lagi kelewatan perkhidmatan sesebuah ambulan disebabkan

oleh kerana tidak diketahui siapa pemanggilnya.Melalui data yang dibuat

sebanyak 25 kes telah terlewat untuk diberikan perkhidmatan dalam masa 0 – 5

minit perkhidmatan yang diberikan menjadi kepada lebih 30 minit.

Dr Jill P Pell (2001) berpendapat pengurangan dalam `respon time` kepada 5

minit dapat meningkatkan lagi jumlah pesakit yang tidak berjaya diselamatkan

tanpa pertolongan dari staff ambulan yang terlatih.Kajian satu pertubuhan di

University Of Glosgow mendapati `respon time` sebuah perkhidmatan ambulan

dapat menyelamatkan mangsa yang mengalami serangan jantung di kawasan

luar hospital.Mengikut data yang diperolehi 10554 pesakit yang mmengalami

“cardiac arrest“ diberi rawatan awal oleh petugas ambulan dalam masa kurang

15 minit berjaya diselamatkan.

Menurut Datuk Abu Hassan (2007) perkhidmatan ambulan perlu dikemas

kinikan mengikut jumlah ambulan dan staffnya.Seperti di Hong Kong dan

4

Page 5: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Singapura, perkhidmatan ambulan diletakkan di bawah “Fire and Rescue

Department“.Kemudahan ambulan perlu ditambah jumlahnya dari 800 buah

kepada 1600 buah ambulan selepas 5 tahun dan meningkat 200 buah tahun

pertama dan kedua.

Seterusnya pendapat Zambri Mansur (2007) perancangan untuk melatih

jururawat dan pembantu pegawai perubatan dalam menjadi penyelamat pertama

tiba di tempat kejadian.Menurutnya lagi paramedik yang telah dilatih itu mampu

melaksanakan tugas dengan berjaya.Perjanjian baru tentang ambulan udara di

Sarawak dan Sabah menelan belanja RM 63 juta.Persediaan paramedic untuk

bot ambulan di Langkawi dan Mersing standing dengan pasukan bermotosikal.

Kenyataan daripada Hans O.Birle (2002) sejumlah 56 penyelia ambulan

telah menyelesaikan lapuran pesakit seramai 5 980 kes pada tahun

1998.Sejumlah 3,557 kes pesakit dapat dihantar ke hospital dangan

menggunakan ambulan dari satu kawasan atau kawasan yang lain.Sebanyak 41

borang laporan termasuk dalam kajian masa dihantar,tiba bertolak atau masa

tiba di hospital tidak direkodkan. Pada peringkat masa di tempat kejadian hanya

8 -6 minit masa yang diambil.Pada peringkat seterusnya iaitu dari tempat

kejadian ke hospital mengambil masa 12 minit.Masa di tempat kejadian menjadi

singkat kerana kemahiran yang digunakan semasa mmenyelamatkan mangsa.

5

Page 6: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Kenyataan dari Grant Keola (1994) menyatakan ambulan telah dinaik taraf

dan dilengkapi dengan segala keperluan peralatan supaya dapat merawat

pesakit di tempat kejadian sehingga ke hospital.Menurutnya lagi,bahagian latihan

dan sumber manusia terutama bagi kakitangan yang terlibat dengan ambulan

hendaklah dilatih dengan asas–asas perawatan kecemasan.

Keyataan dari Hariz Fadzilah (2003),beliau berpendapat kekurangan anggota

terlatih yang tetap untuk mengendalikan perkhidmatan pra hospital

menyebabkan perkembangan dalam bidang ini kurang menggalakkan serta tidak

dapat dilaksanakan secara profesional di Malaysia.Pasukan perkhidmatan pra

hospital terdiri daripada pembantu pegawai perubatan,jururawat,pembantu

perawatan kesihatan dan pemandu.Berbanding dengan standard yang

ditetapkan bagi anggota ambulan di London,sekurang-kurangnya seorang

anggota dalam perkhidmatan ambulan adalah daripada anggota paramedik.

Menurut Daniel Limmer,Michaecl F.o Keefe (2005) pelbagai faktor boleh

dikaitkan dengan kelewatan ambulan dalam memberikan perkhidmatan.Antara

faktor yang mempengaruhi masalah ini adalah maslah kesesakan lalu lintas

setiap hari kerana orang ramai berulang-alik ke tempat kerja.Di tempat yang

selalu menjadi tumpuan kesesakan lalu lintas menjadi bertambah buruk.Faktor

cuaca mempengaruhi tahap kelajuan dalam pemanduan.Jika tiba musim sejuk

respon time akan menjadi meningkat.Ini kerana pemandu terpaksa berhati-hati

dengan keadaan jalan yang basah.

6

Page 7: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Masalah pembinaan dan kerja pembaikian jalan juga menyebabkan masa

yang diambil bagi memberikan perkhidmatan ambulan bertambah.Keadaan ini

menyebabakan kesesakan lalulintas dan menghalang perkhidmatan ambulan

diberikan dengan berkesan.

Di jalan-jalan berhampiran sekolah selalunya mengurangkan tahap

kelajuan dalam pemanduan.Jika melalui jalan-jalan dihadapan sekolah terdapat

penjaga yang menjaga kanak-kanak melintas dan banyak bas-bas sekolah yang

keluar masuk.Faktor sedemikian selalunya menjadi perkhidmatan ambulan

tergendala.

7

Page 8: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Metadologi Kajian

Pemilihan kaedah dari design kajian.

Bab ini menerangkan kaedah penyelidikan yang digunakan oleh penyelidik

dalam menjalankan kajian ini. Design dan metadologi kajian yang digunakan

adalah berbentuk diskiptiif dan quanlitatif. Penyelidik menggunakan borang soal

selidik dan juga borang “ambulan run report “ yang telah dianalisa untuk

mengukuhkan keterangan pengkaji. Kaedah ini dipilih kerana ianya mudah dan

menjimatkan masa. Menurut Fielding ( 1993 ),prosedur kajian ini adalah secara

kuantitatif dan quanlitatif bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Persampelan

Kajian ini telah dilakukan di Jabatan Kecemasan Hospital Selayang. Ianya

dijalankan ke atas 30 orang responden yang terdiri daripada paramedik. Ini

melibatkan 15 orang jururawat terlatih dan 15 orang pembantu pegawai

perubatan.

Alat Kajian

Alat kajian yang telah dikenal pasti untuk digunakan dalam penyelidikan ini

adalah borang soal selidik . Borang soal selidik ini disediakan dalam bahasa

melayu. Format borang soal selidik ini dibahagikan kepada 2 bahagian.

8

Page 9: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Bahagian A : Biodata peribadi responden.

Bahagian B : Pegalaman dan pengetahuan responden mengenai

Perkhidmatan pra hospital / ambulan di Hospital Selayang.

Di dalam borang soal selidik, bentuk soalan yang akan dikemukakan adalah

meliputi.

“ Multi question “ - Soalan yang berbentuk pelbagai pilihan.

“ Close ended question “ – Soalan yang berbentuk pilihan jawapan

‘ya ‘ atau ‘tidak’

“ Open ended question” – Soalan berbentuk jawapan terbuka.

Pada akhir soalan responden dikehendaki memberi cadangan untuk

meningkatkan lagi mutu perkhidmatan ambulan di Jabatan Kecemasan Hospital

Selayang.

Pilot Study

Sebelum kajian dijalankan ke atas responden soalan yang disediakan telah

disemak oleh penyelia pada bulan April bagi memastikan soalan tersebut

mengikut kehendak atau supaya ianya tidak terpesong dari kajian yang hendak

dilakukan. Setelah perbincangan dilakukan beberapa pindaan telah dilakukan

untuk memperbaiki soalan yang ada serta bagi memastikan responden dapat

memahami dan menjawab dengan jujur.

9

Page 10: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Kesesuaian borang soal selidik telah ditentukan dengan membuat ‘pilot

study’ atau secara ‘preliminary’ . Mengikut Gag .L..R ( 1996) sekiranya ingin

mengeluarkan soal selidik di dalam melakukan sesuatu kajian,ianya perlu melalui

proses ‘pilot study’ . Kaedah ini dapat membantu dalam membuat satu soalan

soal selidik yang menghasilkan data yang tepat dan berkesan.

Penemuan Dan Analisis Data

Kajian ini telah melibatkan 30 orang respondan di Jabatan Kecemasan Hospital

Selayang.Setelah seminggu borang soal selidik diedarkan pengkaji telah

mendapat sasaran jumlah respon yang dikehendaki.Seramai 30 respondan yang

dipilih terdiri daripada 15 orang pembantu pegawai perubatan dan 15 orang

jururawat terlatih.Mereka telah menjawab kesemua soalan soal selidik yang

diedarkan.Penemuan yang diperolehi adalah seperti di bawah.

Bahagian A (Maklumat Peribadi Responden)

Umur Responden

Daripada soal selidik yang dijalankan terdapat 50 % atau 15 responden berumur

di antara 21 – 30 tahun.Sementara itu dari kalangan umur 31 – 40 tahun pula

sebanyak 43.3 % atau 13 responden.Mereka yang berumur 41 tahun ke atas pila

6.6 % atau hanya 2 responden.Ini menunjukkan mereka yang bertugas di

Jabatan Kecemasan terdiri daripada golongan muda dan peringkat pertengahan

usia.Ini dapat dilihat dari rajah 1.

10

Page 11: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Bangsa Responden

Daripada data yang diperolehi,seramai 90 % ataupun 27 responden adalah

berbangsa Melayu.6.6 % atau 2 responden pula adalah mereka yang berbangsa

Cina dan 3.3 % atau 1 responden pula adalah mewakili responden berbangsa

India.Sememangnya majoriti petugas di Jabatan Kecemasan berbangsa Melayu.

Sila lihat rajah 2.

Tahap Pendidikan Responden

Daripada soalan kaji selidik yang dibuat rata-rata responden mempunyai

diploma.Setelah dianalisa 18 responden memiliki diploma atau juga sebanyak

60%.Manakala responden yang mempunyai pos basik pula berjumlah 40 % atau

juga ia mewakili 12 responden.Bagi pendidikan ijazah tiada lagi staff yang

memilikinya.Ia dapat dilihat dari graf di bawah.

11

Page 12: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Status Perkahwinan

Pengkaji mendapati daripada jumlah responden seramai 9 responden atau 30 %

masih bujang dan bakinya 70 % atau 21 responden sudah berkeluarga.Melalui

pengamatan pengkaji tiada masalah rumahtangga berlaku di kalangan

responden yang berkeluarga.Ini kerana tiada seorang pun dari kalangan

responden yang bercerai ataupun berstatus duda.Sila rujuk lampiran rajah 4.

Tempoh Bekerja Di jabatan Kecemasan.

Setelah analisa dibuat seramai 6 responden atau 20 % responden telah

berkhidmat antara 1 hingga 3 tahun.8 responden atau 26.7 % pula telah

berkhidmat diantara 3 – 5 tahun.Untuk tempoh 5 – 10 tahun pula seramai 13

responden atau 40.3 % jumlahnya.Bilangan mereka yang berkhidmat untuk

tempoh 10 tahun ke atas pula 10 % atau 3 responden.Dapat dilihat dalam

lampiran rajah 5.

Responden Yang Terlibat

Seramai 15 responden terdiri dari penolong pegawai perubatan iaitu 50 %

jumlahnya.Begitu juga dangan jururawat terlatih 50 % atau 15 responden.Ini

dilakukan untuk menwujudkan keadilan kedua-dua pihak.Carta dan graf dapat

dilihat pada lampiran rajah 6.

12

Page 13: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Bahagian B

Penglibatan Di dalam Perkhidmatan Pra Hospital.

Daripada soalan yang dikemukan didapati 22 responden atau 73.3 % terlibat

secara langsung dengan perkhidmatan pra hospital.Selebihnya 8 responden

atau juga 26.7 % tidak terlibat secara langsung di dalam perkhidmatan pra

hospital.Sila rujuk lampiran rajah 7.

Pendapat Responden Mengenai Perkhidmatan Pra Hospital Di Jabatan

Kecemasan Hospital Selayang.

Setelah analisa dibuat berdasarkan soalan yang diedarkan terdapat 2 responden

mewakili 60 % mengatakan ianya sangat baik.Sementara itu 14 responden atau

46.7 % berpendapat perkhidmatan ambulan yang disediakan berada pada tahap

baik.Seterusnya pada tahap memuaskan pula 13 responden bersetuju iaitu pada

peratusan 43.3 % dan hanya 1 responden atau 3.3 % berpendapat ianya pada

tahap kurang memuaskan.Lihat lampiran rajah 8.

Penglibatan Responden Didalam Panggilan Ambulan.

Setelah analisa dibuat 5 responden iaitu 16.6 % terlibat dalam panggilan

ambulan kurang dari 5 kali.Sejumlah 10 responden terlibat kurang dari 10 kali

atau juga 33.3 %.Sementara itu 15 responden telah terlibat lebih dari 10 kali

panggilan ambulan pada peratusan 50 %.Ini memperlihatkan kebanyakkan

13

Page 14: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

responden berpengalaman dalam mengendalikan perkhidmatan pra hospital.Sila

rujuk lampiran rajah 9.

Keadaan Peralatan Yang Digunakan Dalam Perkhidmatan Pra Hospital

Mengikut data yang diperolehi 21 responden atau juga 70 % mengatakan

peralatan yang digunakan dalam perkhidmatan pra hospital berfungsi dengan

baik , dan 9 responden iaitu 30 % mengatakan tidak.Peratusan yang tinggi dapat

dilihat dalam soal selidik ini menunjukkan perkhidmatan pra hospital berkesan

dari segi peralatan.Rujuk lampiran rajah 10.

Kemahiran Dalam Penggunaan Peralatan Pra Hospital

Jika dilihat melalui soal selidik yang dibuat 28 responden iaitu 93.3 % dalam

menggunakan peralatan untuk airway ( basik dan advanced ).2 responden atau

6.7 % didapati tidak tahu menggunakannya.Bagi alatan untuk mesin defiblirator

pula 21 responsden atau 70 % tahu menggunakannya dan 9 responden atau

30% tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya.Disertakan juga kemahiran

dalam penggunaan alatan immobilization,menunjukkan 30 responden

bersamaan 100 % tahu menggunakannya.Lihat lampiran rajah 11.

14

Page 15: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Penggunaan Borang Ambulan `Run Report ’ Dalam Perkhidmatan Pra

Hospital.

Kebanyakan responden mendokumentasikan boring yang disediakan dalam

perkhidmatan ambulan dengan lengkap kerana kajian menunjukkan 93.3 %

ataupun 28 responden mempraktikkan penggunaan boring tersebut.Selebihnya

6.6 % atau 2 responden tidak mendokumentasikan boring dengan lengkap

kerana tiada maklumat yang diperolehi ,tidak lengkap atau tidak tepat.Sebagai

rujukan lihat lampiran rajah 12.

Tahap Persediaan Ambulan

Setelah dianalisa 83.3 % atau 25 responden menyatakan bahawa ambulan

sentiasa ada apabila ianya diperlukan.Selebihnya 5 responden atau 16.7 %

berpendapat tidak.Responden berpendapat adakalanya ambulan tidak sentiasa

ada apabila diperlukan .Keadaan ini disebabkan ambulan yang ada telah

digunakan serta keiadaan pemandu apabila diperlukan.Keadaan ini akan

memberi impak yang jelas kepada “ respon time “ apabila terdapat panggilan dari

mereka yang memerlukan.Dapat dilihat dalam lampiran rajah 13.

Standard Dan Keperluan Sebuah Ambulan.

Sejumlah 40 % ataupun 12 responden berpendapat ambulan yang ada sekarang

telah memenuhi standard dan keperluan.Sementara itu 60 % atau 18 responden

15

Page 16: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

ianya tidak memenuhi standard dan keperluannya.Ini dapat dilihat dalam graf di

bawah.

Latihan Dalam Pengendalian Perkhidmatan Pra Hospital.

Daripada jawapan yang diperolehi melalui soal selidik seramai 30 responden

atau 100 % pernah mengikuti kursus BLS.93.3 % mewakili 28 responden pula

pernah mengikuti kursus MTLS.Sejumlah 40 % atau 12 responden pula ada

mengikuti kursus ACLS dan 26 responden atau 86.6 % pula ada mengikuti

kursus pendek “Pre Hospital Care “.Lihat graf dibawah sebagai rujukan.

16

Page 17: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Cadangan Responden Untuk Meningkatkan Lagi Perkhidmatan Pra Hospital

Di Hospital Selayang

Terdapat pelbagai jawapan untuk soalan ini.Namun rata – rata mengutarakan

agar bilangan ambulan ditambah hanya untuk perkhidmatan pra hospital dan

dilengkapi dengan peralatan yang memenuhi ciri –ciri sebuah ambulan.Selain itu

terdapat cadangan supaya pertambahan dari segi anggota pasukan

perkhidmatan pra hospital kepada 3 orang paramedik.Cadangan lain yang

mahukan pasukan panggilan ambulan dilengkapi dan mempunyai kursus-kursus

tertentu untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam mengendalikan perkhidmatan

pra hospital

Bahagian C

Kes Yang Diterima

Melalui analisa data yang diperolehi dari boring ambulan run report terdapat 11

kes adalah kes trauma iaitu mewakili 55 % dan 9 kes atau 45 % adalah kes

medical. Ini dapat diperhatikan melalui jadual dan graf pada rajah 16.

Jarak Lokasi

17

Page 18: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Untuk jarak yang kurang dari 10 km sebanyak 3 kes telah diterima atau 15

%.Sementara itu lagi bagi jarak 10 – 20 km terdapat 10 kes,ini menunjukkan

peratusan sebanyak 50 %.Seterusnya 7 kes atau 35 % adalah jara untuk 21 -30

km. Sila perhatikan jadual dan rajah 17.

Activation Time Yang Diambil

Sebanyak 45 % atau 9 kes menunjukkan masa yang diambil adalah kurang dari

5 minit.Untuk masa 5 – 10 minit pula sebanyak 11 kes iaitu 55 %.Perhatikan

melalui graf yang ditunjukkan.

Respon Time Yang Diambil

18

Page 19: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Melalui analisa yang dibuat masa kurang dari 10 minit sebanyak 5% atau 1 kes

sahaja.Masa 10 – 20 minit pula sebanyak 17 kes atau 85 % .Seterusnya untuk

masa 21 – 40 minit pula hanya 2 kes iaitu 10 % daripada jumlah

keseluruhan.Lihat graf di bawah.

On Scene Time

Sejumlah 5 % atau 1 kes sahaja masa yang diambil untuk on scene time kurang

dari 10 minit.17 kes atau 85 % pula bagi masa 10 – 20 minit diambil.Dan untuk

masa 21 – 40 minit bagi sesuatu kes itu hanya 2 kes sahaja mewakili 10 %.Sila

rujuk rajah 20.

19

Page 20: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

PERBINCANGAN

Pada bab ini , pengkaji cuba membincangkan soalan soal selidik yang telah

dijawab oleh 30 responden.Selain itu pengkaji juga menganalisa borang-borang

yang telah digunakan untukperkhidmatan pra hospital seperti “ambulan run

report” .Pengkaji bermatlamat untuk menilai keberkesanan perkhidmatan

ambulan yang disediakan.

Secara keseluruhannya, kesemua responden terlibat secara langsung

dengan perkhidmatan ambulan,Jelas menunjukkan sebanyak 100% ataupun 30

responden yang terlibat dengan perkhidmatan ambulan, Ini menunjukkan

komitmen yang diberikan dalam menjayakan perkhidmatan ambulan amat

baik.Kekerapan responden yang terlibat dalam panggilan ambulanlebih dari 10

kali seramai 15 responden atau 50 %.Ini membawa sesuatu yang postif kepada

responden kerana ia dapat menambah pengalaman dan meningkatkan lagi

kecekapan anggota pasukan perkhidmatan ambulan. Keadaan ini bersesuaian

dengan pendapat Max (2002) iaitu satu cara yang baik dalam menambahkan

keyakinan anggota perubatan ia akan memberi kesan yang baik dalam

memberikan perkhidmatan.

Secara amnya,perkhidmatan ambulan di Hospital Selayang masih

mengekalkan perkhidmatan ditahap yang baik dengan mencapai “activation time”

20

Page 21: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Kurang 55 %. Sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia dengan panggilan ambulan dalam tempoh 5 minit.

Daripada analisa soalan soal selidik,pemgkaji sedikit sebanyak dapat

mengaitkan permasaalahan yang berlaku dengan keadaan ambulan yang tidak

memenuhi standard dan keperluan. Ini jelas dilihat melalui peratusan sebanyak

60 % atau 18 responden menganggap ambulan yang digunakan sekarang tidak

lagi memenuhi standard dan keperluan.Pada dasarnya Hospital Selayang

mempunyai 4 buah ambulan gred A dan 4 buah ambulan gred B.Perkhidmatan

yang diberikan adalah seperti “interfacility transfer”,”interfaciliy diagnostic service

transport” serta “ambulance respon”. Walaupun begitu pada pengamatan

pengkaji hanya sebuah ambualn sahaja yang dikhaskan untuk panggilan

ambulan.

Di dalam menilai keberkesanan perkhidmatan ambulan yang dijalankan di

Hospital Selayang, pengkaji juga melihat dari aspek pengisian boring

“ambulance run report “. Sebanyak 40 % atau 12 responden masih tidak mengisi

borang “ambulance run report”. Keadaan ini masih dianggap baik iaitu 60 % atau

18 responden dapat mengisi borang “ambulance run report” dengan lengkap.

Mengikut kenyataan responden yang tidak dapat mengisi boring “ambulance run

report “ dengan lengkap kerana mereka tidak mengambil berat tentang hal

tersebut dan mengaggapnya tidak penting. Selain itu ada juga yang menyatakan

tidak berkesempatan berbuat demikian. Keadaan ini yang menyebabkan

21

Page 22: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

perkhidmatan ambulan itu tidak dapat mencapai tahap yang sangat baik.

Dokumentasi adalah sangat penting ini dapt menbantu mendapatkan anggaran

kes dan juga dapat menilai keberkesanan perkhidmatan ambualan melalui

maklumat yang diperolehi daripada borang tersebut. Tidak dinafikan,

kebanyakan ambulan yang ada mengalami kerosakan, ini dinilai dengan adanya

aduan kerosakan yamg dibuat.Contohnya pada tahun 2006 sebayak 35 kes

aduan kerosakantelah dibuat.

Dengan adanya ketidakcekapan abulan ia sedikit sebanyak mengganggu

kesediaan ambulan apabila ianya diperlukan. Ini diskong oleh responden

sebanyak 46.7 % atau 14 responden menyatakan ambulan tidak selalu ada

apabila ianya diperlukan. Sementara itu 16 responden atau 53.3 % menyatakan

ambulan ada apabila diperlukan. Bagi responden yang menyatakan ambulan

tidak sentiasa ada apabila diperlukanberdasarkan pengalaman mereka sendiri.

Apabila sesuatu permohonan ambulan dikemukankan dan ketiadaan pemandu

atau sukar dihubungi menyebabkan perkhidmatan ambulan itu lewat bergerak

dan ia membawa impak kepada “activation time”.

Di dalam soal lain pula,pengkaji mendapati “activation time” yang diambil

sebanyak 55 % atau 11 kes dicatat “activation time” kurang dari 5 minit. Bagi

masa 5 – 10 minit pula sebanyak 45 % atau 9 kes. Keadaan ini menunjukkan

“activation time” yang diambil masih ditahp sederhana. Peratusan untuk

“activation time” pada tahap 5 – 10 minit masih tinggi. Menurut Mac Farince

22

Page 23: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

(2003) parameter yang selalu digunakan untuk menilai perkhidmatan pra hospital

adalah mengurangkan “activation time” . Namun begitu yang menjadi persoalan

pengkaji mengapa masih terdapat 9 kes yang “activion time” masih lewat.

Walaupun begitu pada pengamatan pengkaji hanya sebuah ambulan sahaja

yang digunakan untuk panggilan ambulan. Berbading dengan jumlah panggilan

ambulan yang diterima. Ia dapat dilihat dalam pada jumlah kekerapan

perkhidmatan ambulan dari tahun 2005 ke 2006 meningkat sebanyak 297 kes

dalam setahun .Berbanding dengan jumlah ambulan yang ada. Di dalam soal

lain pula pengkaji mendapati “respon time” yang diambil untuk masa kurang 10

minit sebanyak 5 % atau 1 kes sahaja. Sementara itu masa untuk 10 – 20 minit

pula sebanyak 50 % atau 10 kes dan masa antara 21 – 40 minit pula melibatkan

9 kes atau 10 %.

Melalui pengamatan pengkaji, dan pendapat responden keadaan ini

disebabkan oleh factor persekitaran penempatan yang selalunya berlapis-lapis di

rumah penempatan mangsa. Ini juga berkaitan dengan butiran lokasi yang tidak

lengkap.Selain itu waktu ketetapan sesuatu perkhidmatan ambulan itu boleh

dilihat pada waktu-waktu puncak,Adalah menjadi kelaziman jika terdapat

perkhidmatan ambulan pada waktu ini “respon time” yang diambil adalah lebih

dari masa yang ditetapkan iaitu kurang 20 minit.

23

Page 24: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

KESIMPULAN

Secara amnya setelah selesai kajian ini dibuat dan setelah dinilai perkhidmatan

ambulan di Hospital Selayang telah dilakukan dengan parameter – parameter

yang diguna pakai dari kajian terdahulu seterusnya diimplikasikan dalam kajian

ini,Dapat dilihat perkhidmatan ambulan di Hospital Selayang masih berada pada

tahap yang sederhana dan masih mampu memberikan perkhidmatan yang

berkualiti dan berkesan. Jelas kelihatan “activation time “ bagi panggilan

ambulan dalam tempoh 5 minit masih berada pada piawaian yang dikehendaki

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Piwaian menetapkan kelewatan panggilan

ambulan tidak melebihi 10 % daripada jumlah kes panggilan ambulan.Begitu

juga dengan “respon time” pula ianya masih berada ditahap yang sederhana

kerana hanya 50 % saja kes yang dicatat dalam masa 10 – 20 minit.

Dengan kejayaan ini perkhidmatan ambulan yang dijalankan di Hospital

Selayang berada pada tahap yang membanggakan.Kejayaan ini dapat

mengurangkan mortaliti dan moboditi. Keberkesanan ambulan dapat dilihat

berjaya kerana ia masaih mengekalkan “golden hours”dalam masa 1 jam dari

menerima panggilan sehingga pesakit tiba di hospital.

24

Page 25: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

CADANGAN

Hasil kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa cadangan yang boleh diberikan

untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan ambulan di Hospital Selayang.

Pengkaji juga turut mengemukakan cadangan daripada responden yang

mengutarakan agar menambah jumlah ambulan. Ini berikutan penambahan kes

panggilan ambulan dari setahun ke setahun.

Perlunya penambahan ambulan ini berikutan penggunaan ambulan secara

meluas yang dijalankan di Hospital Selayang sedikit sebanyak menggangu

penggunaan ambulan untuk perkhidmatan pra hospital.

Bilangan anggota pasukan ambulan perlu ditambah kepada 3 orang. Bagi

pendapat pengkaji , cadangan responden ini perlu diberi perhatian kerana

mereka lebih arif dengan permasaalahan yang banyak di tempat kejadian yang

mengundang cadangan untuk menambah anggota pasukan ambulan dari 2

kepada 3 orang ( seorang pemandu dan 2 paramedik).Jika dilihat di luar Negara

luar,sememangnya piawaian yang ditetapkan bagi anggota ambulan adalah

sekurang – kurangnya seorang anggota dalam perkhidmatan ambulanadalah

terdiri daripada anggota paramedik yang terlatih.

25

Page 26: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

Untuk memastikan perkhidmatan ambulan ini lebih berjaya,pasukan

panggilan ambulan perlulah dilengkapi dan mempunyai pengetahuan melalui

kursus –kursus yang dijalankan.Ini dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam

mengendalikan perkhidmatan pra hospital.

Segelintir responden meminta agar ambulan lama yang ada ditukarkan

kepada yang baru yang memenuhi ciri – ciri sebuah ambulan yang menepati

standard dan dapat memenuhi keperluan yang diminta.

26

Page 27: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN.

Archires of Emergency Medicine Official Journal of the British Association for

Accident and Emergency Medicine, A.D Redmond 1992 Vol 9.ency

Archives of Emergency Medicine . G. J Gadner 1990.

Pre Hospitaland Disaster Medicine. http:/pdm.medicine.wise.eda. Hans O. Birk

2002

Aiming to Improve the Country’s Ambulance Services . Yip Yoke Teng 2007.

Advenced Emergency Care for Paramedic Practice. Shirley A. John 2002.

Emergency Medicine A Comprehensive a Study Guide. Tintinaili 2002

Emergency Medicine Principle and Practice .George R.Schwartz 1992.

Emergency Medicene Concepts & Clinical Practice. Marx 2002

Emergency Medical Service System Act . Grace Wj 1973.

27

Page 28: PENGENALAN 1

Keberkesanan Perkhidmatan Ambulan di Hospital Selayang

National Indicator Quality Assurance Programme Mininstry Of Health.

Garis panduan Peralatan Dalam Ambulan – Garis panduan Dari Kementerian

Kesihatan Malaysia. Bil 89 dlm KKM-87 ( 51 ) Bhg 11.

“ Human Resource Requirement For Various Level Of Emergency Services ”,

Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rescue Squad, New York. Larry, F. ( 1974 ),

Stabilization And Transport Of The Critically Ill, Churchill Livingstone, New York.

Neil, S. M & Murray, M. P ( 1997 ),

28