pengenalan olahraga

22
1 OUM TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat: Menyatakan definisi kognitif dan tokoh-tokoh yang mempelopori perkembangan kognitif. Menyatakan dan mencirikan sejarah olahraga Mengkategorikan sukan olahraga Menyenaraikan alatan yang di perlukan untuk pertandingan olahraga Menyenaraikan kepentingan memanaskan badan TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA PENGENALAN Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang mewujudkan persaingan antara individu dan kumpulan. Dalam aktiviti olahraga kita tidak akan berlawan secara terus dengan individu atau kumpulan sebaliknya kita akan berlawan dengan catatan masa dan keupayaan kita untuk menjadi pemenang. Olahraga juga terdiri daripada gerakan aktiviti semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Oleh itu olahraga merupakan asas penting dalam sukan lain. RINGKASAN TOPIK Pengenalan 1.1 Sejarah 1.2 Acara Olahraga 1.3 Kejohanan Olahraga MSSM 1.4 Alatan 1.5 Kategori dan Kumpulan Umur Rumusan Topik 1: Sukan Olahraga Topik 2: Lompat Kijang dan Lompat Jauh Topik 3: Melempar Cakera dan Lontar Peluru Topik 4: Merejam Lembing dan Lompat Tinggi Topik 5: Lari Pecut, Lari Berpagar dan Lari Berganti-ganti Topik 6: Lari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Topik 7: Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga Topik 8: Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal) Topik 9: Persediaan Sebelum Kejohanan Olahraga Topik 10: Peranan Semasa dan Selepas Kejohanan Olahraga

Upload: nurulhanani

Post on 05-Jul-2015

981 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN OLAHRAGA

1OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

HASIL PEMBELAJARAN:

Setelah mengikuti topik ini, anda akan

dapat:

Menyatakan definisi kognitif dan

tokoh-tokoh yang mempelopori

perkembangan kognitif.

Menyatakan dan mencirikan sejarah

olahraga

Mengkategorikan sukan olahraga

Menyenaraikan alatan yang di

perlukan untuk pertandingan

olahraga

Menyenaraikan kepentingan

memanaskan badan

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

PENGENALAN

Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang

mewujudkan persaingan antara individu dan

kumpulan. Dalam aktiviti olahraga kita tidak

akan berlawan secara terus dengan individu

atau kumpulan sebaliknya kita akan berlawan

dengan catatan masa dan keupayaan kita

untuk menjadi pemenang. Olahraga juga

terdiri daripada gerakan aktiviti semula jadi

seperti berlari, melompat dan membaling.

Oleh itu olahraga merupakan asas penting

dalam sukan lain.

RINGKASAN TOPIK

Pengenalan

1.1 Sejarah

1.2 Acara Olahraga

1.3 Kejohanan Olahraga MSSM

1.4 Alatan

1.5 Kategori dan Kumpulan

Umur

Rumusan

Topik 1: Sukan Olahraga

Topik 2: Lompat Kijang dan Lompat

Jauh

Topik 3: Melempar Cakera dan Lontar

Peluru

Topik 4: Merejam Lembing dan Lompat

Tinggi

Topik 5: Lari Pecut, Lari Berpagar dan

Lari Berganti-ganti

Topik 6: Lari Jarak Sederhana dan

Jarak Jauh

Topik 7: Perancangan Pengurusan

Kejohanan Olahraga

Topik 8: Perancangan Pengurusan

Kejohanan Olahraga (Teknikal)

Topik 9: Persediaan Sebelum

Kejohanan Olahraga

Topik 10: Peranan Semasa dan Selepas

Kejohanan Olahraga

Page 2: PENGENALAN OLAHRAGA

2OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

1.1 SEJARAH

Olahraga merupakan sukan tertua didunia, adalah dipercayai sukan olahraga bermula di

Greece Kuno 1000 tahun sebelum masihi. Ini bererti olahraga sudah diiktiraf menjadi

sukan 3000 tahun lampau. Namun pada peringkat awal olahraga merupaka satu bidang

seni bukan satu bidang sukan. Sukan Olimpik Kuno diadakan pada tahun 776 sebelum

Masihi di Greece Kuno yang merupakan tempat bermulanya sukan olahraga dalam

tamadun manusia. Pada tahun 1896 apabila Sukan Olimpik Moden di perkenalkan di

Greece olahraga telah menjadi acara wajib sehinggalah sekarang. Sukan olahraga bukan

saja terkenal dan menjadi sukan wajib di olimpik saja, malah dalam kejohanan sukan

seratau olahraga telah menjadi acara utama. Contohnya Sukan Sea, Sukan Asia dan lain-

lain sukan lagi.

(a) Sejarah Acara Larian

Acara larian merupakan acara yang terawal dalam sukan olahraga. Malahan dalam

pesta olimpik kuno semua acara yang di pertandingkan adalah acara larian. Adalah

di percayai acara ‘stade’ merupakan acara larian yang paling awal di pertandingkan.

‘Stade’ melibatkan acara larian pada jarak 192 meter (jarak panjang stadium ketika

itu). Acara ‘dialos’ dan ‘dolichos’ juga merupakan antara dua acara awal yang di

pertandingkan. ‘Dialos’ merupakan larian ulang alik berjarak 384 meter (192 meter x

2). ‘Dolichos’ merupakan acara jarak jauh 5000 meter.

Rajah 1.1: Acara balapan merupakan acara tertua dalam olahraga

Sebelum tahun 1880an tiada cara pengukuran masa pertandingan yang standard.

Ketika ini juga gaya permulaan menggunakan gaya berdiri. Dalam tahun 1880 an

berbagai kajian tentang gaya permulaan di buat oleh jurulatih dan pakar sains sukan.

Pada tahun 1884 gaya dekam telah mula di perkenalkan di Scotland. Gaya dekam

dipanggil dengan berbagai nama mengikut tempat, contohnya gaya ini di Australia

di kenali sebagai ‘kangaroo start’.

Page 3: PENGENALAN OLAHRAGA

3OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

(b) Sejarah Acara Lompat Tinggi

Acara lompat tinggi di pertandingkan bermula pada abad ke 19 dan mula di terkenal

pada abad ke 20. Dalam abad ke 19, atelit lompat tinggi menggunakan teknik

lompat tinggi gaya gunting. Ini disebabkan dalam abad ini atelit melompat dan

mendarat di tanah rumput. Seterusnya di awal abad ke 20, pasir di longgokan di

tempat mendarat untuk mengurangkan kecederaan peserta yang mengambil

bahagian.

Rajah 1.2: Dalam abad ke 19, atelit lompat tinggi menggunakan teknik

lompat tinggi gaya gunting dan mendarat di tanah atau rumput

Dengan menggunakan pasir longgok, lompatan gaya gunting belakang mula terkenal

di kalangan atelit. Kes kecederakan bagi atelit lompat tinggi dengan menggunakan

pasir longgok sebagai tempat mendarat masih lagi tinggi. Tilam atau getah mula di

gunakan sebagai tempat mendarat dalam tahun 1930an. Dengan tilam dan getah

digunakan sebagai alatan mendarat, gaya timur mula terkenal di kalangan atelit

lompat tinggi. Secara teknikalnya gaya ini agak sukar dilakukan oleh atelit.

Pada sekitar tahun 1940 an gaya guling mula di perkenalkan dan diminati dalam

acara lompat tinggi. Sementara awal tahun 1950an gaya guling barat mula

mendapat perhatian dalam acara lompat tinggi. Pada petengah tahun 1950 an

hingga temasya Sukan Olimpik 1968 gaya pelana mula mendominasi acara lompat

tinggi. Pada sukan olimpik 1968 Dick Fosbury dari Amerika Syarikat telah gaya baru

iaitu Fosbury Flop

(c) Sejarah Lompatan

Lompat jauh berasal pada mulanya berasal daripada pertandingan dalam bentuk

lompat jauh berdiri. Sukan lompat jauh berdiri merupakan sukan yang terkenal pada

zaman purba di Greece. Dalam acara lompat jauh berdiri pelompat di kehendaki

memegang beban yang di kenali ‘halteres’ pada kedua-dua tangan ketika melompat.

Berat beban tersebut adalah di antara 1 hingga 4.5 kilogram. Pada tahun 1854 J

Howard telah melompat sejauh 9.02 tanpa menggunakan beban dengan larian dan

beliau hanya melompat sejauh 2.4 dalam acara lompat jauh berdiri. Peristiwa ini

telah mencetus idea untuk mengadakan pertandingan lompat jauh. Dalam sukan

olimpik pelompat dari Amerika Syarikat merupakan domin utama dalam acara ini.

Page 4: PENGENALAN OLAHRAGA

4OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

Rajah 1.3: Lompat jauh bermula dengan lompat berdiri

1.2 ACARA OLAHRAGA

Olahraga meliputi gelanggang pertandingan yang luas, gelangan olahraga meliputi

kawasan trek (gelangang balapan), gelanggang padang dan jalan raya. Secara amnya

acara olahraga boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu

(a) Acara balapan

(b) Acara padang

(c) Acara khusus

(a) Acara Balapan

Acara balapan juga biasanya dikenali sebagai acara trek atau acara lumba lari.

Acara balapan ini menguji kederasan, kepantasan, ketahanan dan kekuatan

sesorang atelit. Acara balapan ini di laksanakan di atas trek 200, 300 atau 400

meter. Acara balapan ini selalu menjadi tumpuan kerana acara ini agak menarik dari

segi persembahanya. Acara balapan terbahagi kepada enam bahagian.

Rajah 1.4: Lari jarak dekat dan jarak jauh memerlukan teknik yang berlainan

Page 5: PENGENALAN OLAHRAGA

5OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

Jadual 1.1: Jenis Acara Balapan yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga

Bil Jenis Acara Acara

1. JARAK DEKAT 100 meter

200 meter

400 meter

2. JARAK SEDERHANA 800 meter

1500 meter

3. JARAK JAUH 3000 meter

5000 meter

4. LARI BERGANTI-GANTI 4X100 meter

4X200 meter

4X400 meter

5. LARI BERPAGAR 100 meter ( Wanita)

200 meter ( Lelaki)

400 meter ( Wanita)

6. LARI BERHALANG 3000 meter

Rajah 1.5: Acara balapan sentiasa mendapat perhatian penonton

(b) Acara Padang

Acara padang biasanya melibatkan kuasa, kekuatan dan ketahanan otot. kawasan

lapang dan padang menjadi medan pertandingan bagi acara padang. Acara ini

terbahagi kepada dua bahagian iaitu lompatan dan balingan.

Page 6: PENGENALAN OLAHRAGA

6OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

Jadual 1.2: Jenis Acara Padang yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga

Bil Jenis Acara Acara

1. LOMPATAN Lompat Jauh

Lompat Kijang

Lompat Tinggi

Lompat Bergalah

2. BALINGAN Melempar Lembing

Melempar Cakera

Lontar Peluru

Membaling tukul besi

(c) Acara Lain

Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara-acara lain

yang di pertandingkan dalam temasya olahraga. Antaranya ialah:

(i) Decathlon

(ii) Heptathlon

(iii) Pentathlon

(iv) Marathon

(v) Lumba jalan kaki

(vi) Merentas desa

(i) DECATHLON

Decathlon merupakan acara di khaskan untuk lelaki sahaja, decathlon

merupakan gabungan 10 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang.

Pencapaian peserta dalam setiap acara yang dipertandingkan akan di beri

mata dan peserta yang mengumpul mata tinggi di anggap sebagai pemenang.

Acara decathlon menguji kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman dan

semangat kesukanan yang tinggi. Stamina atau daya tahan kadiovaskular

peserta akan teruji dalam masa dua hari pertandingan.

Acara decathlon bermula pada akhir kurun ke 19, di peringkat awal terdapat

sepuluh acara di pertandingkan bagi acara decathlon dan di pertandingkan

dalam masa satu hari. Pada tahun 1912 decathlon mula di pertandingkan

dalam sukan olimpik moden di Stockholm. Pada kejohanan itu sepuluh acara

decathlon di jalankan dalam masa tiga hari. Kini acara decathlon menjadi acara

tetap dalam setiap temasya sukan olimpik dan di jalankan dalam masa dua hari

Page 7: PENGENALAN OLAHRAGA

7OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

Rajah 1.6: Atelit yang berjaya mendapat tempat dalam acara decathlon di anggap seba boleh

Jadual 1.3: Jenis Acara Decathlon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga

Bil Jenis Acara Hari Acara

100 meter

Lompat jauh

Melontar peluru

Lompat Tinggi

Hari 1

400 meter

110 meter lari berpagar

Lempar Cakera

Lompat Bergalah

Rejam Lembing

1. DECATHLON (10 Acara) LELAKI

Hari 2

1500 meter

(ii) HEPTATHLON

Acara ini baru di perkenalkan pada tahun 1981 bagi mengantikan acara

pentatlon. Heptathlon merupakan acara yang dikhaskan untuk atelit perempuan

sahaja, olah kerana itu heptathlon mempunyai gabungan acara yang kurang

berbanding decathlon. Heptathlon merupakan gabungan 7 acara yang terdiri

daripada acara trek dan padang.

Seperti decathlon, kesemua acara heptathlon perlu di habiskan dalam masa 2

hari. Pencapaian peserta dalam setiap tujuh acara yang di pertandingkan akan

di beri mata dan peserta yang mengumpul mata terbanyak di anggap sebagai

pemenang. Seperti juga decathlon acara heptathlon menguji kelajuan,

kekuatan, kelenturan, keazaman dan semangat kesukanan yang tinggi

pesertanya di samping menguji stamina.

Page 8: PENGENALAN OLAHRAGA

8OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

Jadual 1.4: Jenis Acara Heptathlon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga

Bil Jenis Acara Hari Acara

100 meter lari berpagar

Lompat Tinggi

Melontar peluru

Hari 1

200 meter

Lompat jauh

Rejam Lembing

1. HEPTATHLON (7 Acara) PEREMPUAN

Hari 2

800 meter

(ii) PENTATHLON

Pentathlon terdiri daripada lima gabungan displin acara yang di pertandingkan

dalam masa satu hari. Pengiran mata sama seperti decathlon dan heptathlon.

Pada peringkat awal sebelum acara heptathlon di perkenalkan acara

pentathlon di khaskan kepada kaum wanita senior. Acara ini mula di

perkenalkan di sukan olimpik pada tahun 1928. Pada tahun 1981 heptathlon di

perkenalkan dalam sukan olimpik mengantikan petathlon.

Kini pentathlon menjadi acara yang dipertandingkan bagi peringkat wanita

junior atau lelaki junior. Dalam sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

Malaysia (MSSM) pentathlon di pertandingkan bagi kategori wanita kelas satu.

Jadual 1.5: Jenis Acara Pentathlon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga

Bil Jenis Acara Hari Acara

Lompat jauh

Rejam Lembing

200 meter

Lempar Cakera

1. PENTATHLON (5 Acara) Wanita Hari 1

1500 meter

(iii) MARATHON

Marathon merupakan acara sukan yang telah di anjurkan sejak Sukan Olimpik

Kuno lagi. Dalam kejohanan seperti Olimpik, sukan asia dan sukan yang

setaraf denganya maraton menjadi acara yang di pertandingkan. Marathon

merupakan acara larian yang mempunyai jarak yang paling jauh dalam

pertandingkan olahraga. Maraton di pertandingkan di jalan raya bdengan jarak

lebih kurang 26 batu 358 ela atau 42.195 kilometer.

Page 9: PENGENALAN OLAHRAGA

9OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

Rajah 1.7: Marathon memerlukan ketahanan fizikal dan mental di kalagan pesertanya

Oleh kerana jaraknya terlalu jauh marathon tidak di pertandingkan di peringkat

sekolah. Sekiranya marathon di pertandingkan pada jarak yang kurang

pertandingan ini tidak boleh di panggil marathon. Di sekolah biasanya acara

merentas desa yang mengambil alih acara maraton. Acara merentas desa juga

menggunakan jalanraya sebagai trek tetapi jarak lariannya agak pendek.

Jadual 1.6: Jarak Acara Marathon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga

Bil Jenis Acara Acara

1. MARATHON Jarak 42.195 km

(iv) MERENTAS DESA

Sesuai dengan namanya merentas desa acara merentas desa menggunakan

jalanraya (laluan desa) sebagai trek perlumbaan. Jarak trek pertandingan

dalam acara merentas desa ditetapkan oleh pihak pengelola bergantung

kepada umur peserta pertandingan. Jarak yang biasanya di pertandingkan ialh

antara 2 hingga 14.5 km. Acara merentas desa boleh di pertandingkan dalam

bentuk individu atau pasukan. Disekolah biasanya kedua-dua pertandingan

dalam bentuk individu dan pasukan di pertandingan serentak oleh itu selain

daripada mendapat kemenangan individu, peserta akan menyumbangkan mata

kepada pasukan yang di wakili.

Jadual 1.7: Jarak Acara Merentas Desa yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga

Bil Jenis Acara Acara

4. MERENTAS DESA Jarak bergantung kepada pengelola peserta

Page 10: PENGENALAN OLAHRAGA

10OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

(v) LUMBA JALAN KAKI

Lumba jalan kaki ialah aktiviti berjalan dengan pantas, acara ini

dipertandingkan untuk lelaki dan perempuan. Aspek penting untuk berjaya

dalam lumba jalan kaki ialah jarak langkah dan kekerapan melangkah.

Kelenturan serta gerakan badan serta gabungan ayunan tangan akan dapat

meningkat kelajuan lumba jalan kaki.

Rajah 1.8: Lumba jalan kaki memerlukan kemahiran jarak

langkah dan kekerapan melangkah

Jadual 1.8: Jarak Acara Lumba Jalan Kaki yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga

Bil Jenis Acara Acara

5. LUMBA JALAN KAKI 5 Kilometer (Perempuan)

10 Kilometer (Lelaki/Permpuan)

20 Kilometer (Lelaki)

(d) Acara Selingan

Selain daripada acara diatas terdapat acara-acara selingan yang di pertandingkan

dalam kejohanan olahraga. Acara tarik tali merupakan acara selingan yang selalu di

pertandingkan diperingkat sekolah.

Rajah 1.9: Acara tarik tali sering menjadi acara selingan dalam kejohanan olahraga

Page 11: PENGENALAN OLAHRAGA

11OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

1.3 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM

Dalam kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) terdapat

beberapa kelas. Acara yang berlainan dipertandingan, bersesuaian dengan umur dan

psikomotor pelajar yang berada dalam kelas tersebut. Jadual 1.9 memperlihat acara yang

di pertandingkan dalam kejohanan MSSM mengikut kelas (Jadual 1.9 di petik daripada

peraturan pertandingan dan permainan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

Jadual 1.9: Acara yang Sering Dipertandingkan dalam Kejohanan

Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

Lelaki Wanita

Kelas Acara Kelas 1 20 tahun

Kelas 2 16 tahun

Kelas 3 12 tahun

Kelas 1 20 tahun

Kelas 2 16 tahun

Kelas 3 12 tahun

100 m

200 m

400 m

800 m

1500 m

2000 m (Berhalang)

3000 m (Berhalang)

3000 m Terbuka

5000 m Terbuka

3km jln kaki

5km jln kaki

80 m L Berpagar

100 m L Berpagar

110 m L Berpagar

400 m L Berpagar

4 X 100 m

4 X 200 m

4 X 400 m

L Tinggi

L Jauh

L Kijang

L Bergalah

L Peluru

L Cakera

M Lembing

Heptatlon

Pentathlon

Page 12: PENGENALAN OLAHRAGA

12OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

Semak Kendiri 1.1

Apakah acara tertua sekali dalam sukan olahraga

Berikan ciri acara yang terlibat dalam acara balapan

Nyatakan acara-acara yang terlibat dalam acara Decathlon

Apakah yang di maksudkan dengan acara Heptathlon

Berapa hari yang di perlukan untuk kita menamatkan acara Pentathlon

Nyatakan jarak larian yang perlu di lalui oleh peserta marathon?

Ciri-ciri acara merentas desa yang selalu dilakukan di sekolah.

1.4 ALATAN

(a) Pakaian

Pakaian menjadi kewajipan kepada peserta yang bertanding dalam kejohanan

olahraga. Sebagai guru kita mestilah menasihatkan dan panduan terhadap etuka

ketika berpakaian. Pakaian yang di pakai perlulah bersesuaian dengan pertandingan

dengan tidak membelakangkan budaya setempat atau kawasan. Pakaian yang di

pakai janganlah terlalu nipis serta menampakkan badan apabila basah. Pakaian

yang di pakai seharusnya tidak menganggu keputusan pengadil.

Rajah 1.10: Barangan keperluan atelit yang mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga

Page 13: PENGENALAN OLAHRAGA

13OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

(b) Kasut

Seorang atelit olahraga tidak diwajibkan berkasut atau dalam erti kata lain boleh

berkaki ayam atau memakai kasut pada mana-mana kaki. Demi mengelakkan

kecederaan adalah di nasihat supaya atelit memakai kasut. Namun jika seorang

atelit ingin memakai kasut berpaku mereka perlu menepati spesifikasi yang telah di

tetapkan.

Hanya 11 paku sahaja dibenarkan ada pada tapak kasut berpaku. Panjang paku

bergantung kepada trek atau tempat penggunaanya. Pada permukaan sintatik

panjang paku yang digunakan seharusnya kurang dari 9 mm. Walau bagaimana pun

bagi acara lompat tinggi dan merejam lembing panjang panjang paku yang di

gunakan boleh tidak melebihi 12 mm. Pada trek bukan sintatik pula panjang paku

yang digunakan boleh melebihi sehingga 25 mm. Garis pusat paku kasut pula tidak

boleh melebihi 4 mm. Kasut khas dicipta untuk acara tertentu (Rajah 1.11)

(i) Lari Pecut

(ii) Lari Jarak Jauh

(iii) Marathon

(iv) Lompat Tinggi

Page 14: PENGENALAN OLAHRAGA

14OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

(v) Lompat Kijang & Lompat

Bergalah

(vi) Lompat Jauh

(vii) Lontar Peluru

(viii) Lontar Cakera dan

Lontar Tukul Besi

(ix) Baling Lembing

Rajah 1.11: Atelit selalu menggunakan kasut berpaku yang berlainan dalam acara yang berlainan

(c) Nombor

Bagi memudahkan proses pengelolaan dalam kejohanan olahraga setiap atelit di

wajibkan memakai nombor di dada dan di belakang. Bagi atelit lompat bergalah dan

Page 15: PENGENALAN OLAHRAGA

15OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

lompat tinggi mereka hanya perlu memakai satu nombor samada di belakang atau di

dada. Spesifikasi nombor bergantung kepada peraturan am yang di sediakan oleh

pihak pengelola.

Rajah 1.12: Nombor perlu di pakai oleh atelit bagi memudahkan hakim

(d) Peralatan

Bagi acara balapan peralatan yang di gunakan ialah:

(i) Set bendera merah dan putih

Rajah 1.13: Blok permulaan digunakan bagi acara 100, 200 dan 400 meter

(ii) Blok permulaan bagi acara 100m, 200m dan 400 m

Rajah 1.14: Pelepas akan menggunakan pistol

(iii) Pistol

(iv) Penutup telinga bagi pelepas dan pembantu pelepas

Page 16: PENGENALAN OLAHRAGA

16OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

Rajah 1.15: Pagar yang digunakan dalam acara lompat pagar haruslah mengikut spesifikasi

(v) Pagar yang mengikut spesifikasi

Rajah 1.16: Dalam lari berganti-ganti baton diperlukan

(vi) Baton untuk larian berganti-ganti

(vii) Alat penyukat angin

(viii) Jam untuk menyukat masa

Page 17: PENGENALAN OLAHRAGA

17OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

(e) Alatan Acara Padang

Alatan khas bagi satu acara contohnya:

Jadual 1.10: Alatan Khas yang Digunakan dalam Kejohanan Olahraga

Acara Alatan

Lompat Tinggi Tiang dan palang lompat tinggi, tilam, pita pengukur dan bendera

Lompat Jauh Gelanggang lompat jauh, pita pengukur dan bendera

Lompat Kijang Gelangang lompat kijang, pita pengukur dan bendera

Lompat Bergalah Tiang, galah dan palang lompat galah, tilam,pita pengukur dan

bendera

Lontar Peluru

Peluru, pita pengukur dan bendera

Lontar Cakera

Cakera, pita pengukur dan bendera

Merejam Lembing

Lembing, pita pengukur dan bendera

Page 18: PENGENALAN OLAHRAGA

18OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

Rajah 1.17: Acara lompat tinggi memerlukan Tiang dan palang lompat tinggi,

tilam, pita pengukur dan bendera

(f) Stadium Olahraga

Peraturan 137 menyatakan sebarang permukaan yang kukuh dan rata serta boleh

tahan dengan paku-paku kasut lumba boleh di jadikan gelangang atau di gunakan

untuk kejohanan olahraga. Bagi kejohanan di bawah kelolaan dan pengawasan

KOAM dan IAAF peraturan 12.1(a) permukaan trek yang di gunakan perlu mendapat

kelulusan mengikut piawaian yang telah di tetapkan oleh KOAM dan IAAF

(f) Trek dan Lorong

Standard trek bagi acara balapan ialah 400 meter, lebar trek yang di gunakan harus

tidak kurang daripada 7.32 meter iaitu 6 lorong. Di sebelah dalam trek perlulah di

letakan bendul simen. Sementara bagi trek rumput pengajur boleh menggunakan

bendera yang di condongkan ke sebelah dalam pada sudut 60. Bendera ini perlu di

susun pada setiap 5 meter. Lebar setiap lorong adalah diantara 1.22 – 125 meter

dan di tandakan dengan garis 5 cm.

Rajah 1.18: Di sebelah dalam trek perlulah di letakan bendul simen

Page 19: PENGENALAN OLAHRAGA

19OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

Rajah 1.19: Trek 400 meter pertandingan perlu mengikuti spefiksi IAAF

1.5 KATEGORI DAN KUMPULAN UMUR

Dalam kejohanan olahraga terdapat kategori umur mengikut lelaki dan wanita, yang telah

di tetapkan oleh Kesatuan Olaraga Amatur Malaysaia (KOAM). Kategorinya ialah

Jadual 1.11: Kategori Lelaki

LELAKI

Kategori Kumpulan Umur

Junior Bawah atau sama 20 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan

Senior Di atas 20 tahun hingga di bawah atau sama 40 tahun pada 31 Disember

dalam tahun pertandingan

Veteran Di atas 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan

Jadual 1.12: Kategori Perempuan

PEREMPUAN

Kategori Kumpulan Umur

Junior Bawah atau sama 20 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan

Senior Di atas 20 tahun hingga di bawah atau sama 40 tahun pada 31 Disember

dalam tahun pertandingan

Veteran Di atas 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan

Page 20: PENGENALAN OLAHRAGA

20OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

Semak Kendiri 1.2

Cirikan kasut berpaku yang di benarkan mengikut peraturan KOAM

Nyatakan alat yang di perlukan dalam mengendalikan acara lompat

tinggi

Nombor perlu di pakai oleh atlet untuk memudahkan pengurusan

olahraga, nyatakan bahagian di mana perlu di letakan nombor

Cirikan trek dan lorong standard yang telah di tetapkan mengikut

peraturan KOAM

Cirikan kategori peserta lelaki yang di tetapkan oleh KOAM

RUMUSAN

Olahraga merupakan sukan tertua didunia.

Pada tahun 1896 apabila sukan olimpik moden di perkenalkan di Greece olahraga

telah menjadi acara wajib sehinggalah sekarang.

Acara larian merupakan acara yang terawal dalam sukan olahraga.

Malahan dalam pesta olimpik kuno semua acara yang dipertandingkan adalah acara

larian.

Sebelum tahun 1880an tiada cara pengukuran masa pertandingan yang standard.

Ketika ini juga gaya permulaan menggunakan gaya berdiri.

Dalam tahun 1880 an berbagai kajian tentang gaya permulaan di buat oleh jurulatih

dan pakar sains sukan.

Gaya dekam dipanggil dengan berbagai nama mengikut tempat, contohnya gaya ini

dikenali di Australia sebagai ‘kangaroo start’.

Acara lompat tinggi dipertandingkan bermula pada abad ke 19 dan mula terkenal pada

abad ke 20.

Lompat jauh berasal pada mulanya berasal daripada pertandingan dalam bentuk

lompat jauh berdiri.

Olahraga meliputi gelanggang pertandingan yang luas, gelanggang olahraga meliputi

kawasan trek (gelanggang balapan), gelanggang padang dan jalan raya.

Acara balapan juga biasanya dikenali sebagai acara trek atau acara lumba lari. Acara

balapan ini menguji kederasan, kepantasan, ketahanan dan kekuatan seseorang atelit.

Acara padang biasanya melibatkan kuasa, kekuatan dan ketahanan otot. Kawasan

lapang dan padang menjadi medan pertandingan bagi acara padang.

Decathlon merupakan acara dikhaskan untuk lelaki sahaja, decathlon merupakan

gabungan 10 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang.

Page 21: PENGENALAN OLAHRAGA

21OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

Acara decathlon menjadi acara tetap dalam setiap temasya sukan olimpik dan di

jalankan dalam masa dua hari.

Pencapaian peserta dalam setiap acara yang dipertandingkan akan di beri mata dan

peserta yang mengumpul mata tinggi di anggap sebagai pemenang.

Heptathlon merupakan gabungan 7 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang.

Kesemua acara heptathlon perlu di habiskan dalam masa 2 hari.

Pentathlon terdiri daripada lima gabungan disiplin acara yang dipertandingkan dalam

masa satu hari. Pengiraan mata sama seperti decathlon dan heptathlon.

Dalam sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) pentathlon di

pertandingkan bagi kategori wanita kelas satu.

Maraton merupakan acara larian yang mempunyai jarak yang paling jauh dalam

pertandingan olahraga.

Maraton dipertandingkan di jalan raya dengan jarak lebih kurang 26 batu 358 ela atau

42.195 kilometer.

Di sekolah biasanya acara merentas desa yang mengambil alih acara maraton.

Acara merentas desa juga menggunakan jalanraya sebagai trek tetapi jarak lariannya

agak pendek.

Dalam kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) terdapat

beberapa kelas.

Seorang atelit olahraga tidak diwajibkan berkasut atau dalam erti kata lain boleh

berkaki ayam atau memakai kasut pada mana-mana kaki.

Hanya 11 paku sahaja dibenarkan ada pada tapak kasut berpaku. Panjang paku

bergantung kepada trek atau tempat penggunaannya.

Bagi memudahkan proses pengelolaan dalam kejohanan olahraga setiap atelit di

wajibkan memakai nombor di dada dan di belakang.

Peraturan 137 menyatakan sebarang permukaan yang kukuh dan rata serta boleh

tahan dengan paku-paku kasut lumba boleh di jadikan gelanggang atau di gunakan

untuk kejohanan olahraga.

Standard trek bagi acara balapan ialah 400 meter, lebar trek yang digunakan harus

tidak kurang daripada 7.32 meter iaitu 6 lorong.

Page 22: PENGENALAN OLAHRAGA

22OUM

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA

PERKATAAN PENTING

Sukan tertua di dunia

Satu bidang seni

Acara wajib

Acara utama

Masa pertandingan yang standard

Gaya permulaan

Gaya gunting.

Gaya timur

Gaya guling barat

Lompat jauh berdiri

Gelanggang balapan

Gelanggang padang

Acara trek

Acara lumba lari.

Decathlon

Heptathlon

Pentathlon

Maraton

Acara merentas desa

Lumba jalan kaki

Acara tarik tali

Majlis sukan sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)

Tapak kasut berpaku

Blok permulaan

Baton

KOAM

Iaaf

Veteran

Senior

Junior

Otot-otot

Jantung

Paru-paru

Minda

Kecergasan otot

Saraf tunjang

RUJUKAN

Clarke, R. & Boyle, R. (1978). Successful Track and Field. Dubuque, Iowa: Walliam C.

Brown.

Darren Bennet. (1992). Sports Facts Athletic Sports. London: Franklin Watts.

Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara Publications Sdn. Bhd.

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (2003). Undang-undang Kejohanan Olahraga 3.

Teng Bong Tong. (1994). Gerko: Panduan Pengajaran Olahraga: Shah Alam: Penerbitan

Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan Kejurulatihan.

Karisma Publication Sdn. Bhd.

http://www.onlineshoes.com/

http://www.shop.com/op/sprod