pill linus 2015 mt t2.docx

8
PELAN INTERVENSI LIMA LANGKAH (PILL) NUMERASI (KUASAI ASAS MATEMATIK) TAHUN 3

Upload: vochelle88

Post on 12-Jan-2016

49 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: PILL LINUS 2015 MT T2.docx

PELAN INTERVENSI LIMA LANGKAH (PILL) NUMERASI(KUASAI ASAS MATEMATIK) TAHUN 3

Page 2: PILL LINUS 2015 MT T2.docx

KERTAS KONSEP PROGRAM INTERVENSI LIMA LANGKAH (PILL)

NUMERASI

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LINTANG

1.0 Bidang Keutamaan:

1.1 Mata Pelajaran Matematik, Numerasi (LINUS 2.0)

2.0 Pelan Intervensi:

2.1 Nama Program : Kuasai Asas Matematik

3.0 Mengenal Pasti Murid Sasaran:

3.1 Murid : 1 Orang (Belum Menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 12)

3.2 Jumlah murid/calon: 1 orang murid belum menguasai

4.0 Pelan Tindakan:

4.1 Penyediaan kertas konsep program

4.2 Mesyuarat penyelarasan program

4.3 Penyediaan bahan modul /ceramah/bengkel

4.4 Perlaksanaan program

4.5 Penilaian program

5.0 Panitia/Guru yang bertanggungjawab:

5.1 Nama Guru : Cik Noorshazrina Binti Faustine (Guru Mata pelajaran Matematik Tahun 3)

6.0 Tarikh Pelaksanaan:

6.1 Mula: Bulan Mei 2015

6.2 Akhir: Bulan Ogos 2015

Page 3: PILL LINUS 2015 MT T2.docx

PELAN INTERVENSI LIMA LANGKAH (PILL) MATA PELAJARAN MATEMATIK (NUMERASI) TAHUN 3

1.0 PENGENALAN : KUASAI ASAS MATEMATIK

Pada awal persekolahan Tahun 1 2015, anak-anak murid telah dikenalpasti penguasaannya

bagi kemahiran asas matematik. Dalam tempoh tersebut sehingga Saringan 1 LINUS Numerasi

dijalankan, masih terdapat murid yang belum menguasai konstruk-konstruk yang telah disediakan

untuk ujian saringan. Jumlah murid ketika itu adalah seramai 10 orang dan 9 orang murid berjaya

menguasai kesemua konstruk. Antara masalah yang dikenalpasti terdapat murid yang belum mahir

asas menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan faktor tidak menghadiri sesi persekolahan

semasa tahun 1 dan tahun 2.

Justeru Program Intervensi bagi mata pelajaran Matematik ini dijalankan bagi membantu

murid-murid yang lemah seterusnya membimbing mereka agar mahir dalam asas mengira. Tempoh

untuk program ini dijalankan bermula dari bulan Mei sehingga bulan Ogos 2015. Aktiviti untuk

program ini dijalankan semasa atau sebelum pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam

kelas, selama 5 hingga 10 minit sahaja, setiap kali mata pelajaran Matematik diajar. Latihan

tambahan juga diberikan kepada murid yang masih belum menguasai konstruk sebagai kerja rumah.

Murid juga dirujuk untuk menghadiri kelas pemulihan selama tiga masa. Hasil program akan dilihat

setelah ujian Saringan LINUS2.0 yang kedua dijalankan pada bulan September akan datang.

2.0 OBJEKTIF

Antara tujuan pelaksanaan Program Intervensi Kuasai Asas Matematik ini adalah seperti

berikut:

1. Menarik Minat Murid - guru perlu membimbing murid untuk kemahiran menambah, menolak,

mendarab dan membahagi. Tugas ini dilakukan setiap hari sebelum pengajaran dan

pembelajaran bermula selama 5 hingga 10 minit dan seterusnya dijadikan sebagai rutin harian

murid.

2. Meningkatkan Kemahiran Mengira – murid-murid akan diberikan tugasan yang pelbagai

untuk menguasai asas mengira pada setiap kali pengajaran dan pembelajaran dijalankan

dalam kelas.

Page 4: PILL LINUS 2015 MT T2.docx

3. Membantu murid menguasai konstruk – murid seterusnya akan dibimbing untuk latihan

mengira mengikut konstruk dalam ujian saringan. Pendedahan ini dapat membantu murid

agar tidak kekok dan akan lebih mahir sekiranya ujian sebenar dijalankan.

3.0 SASARAN : MURID/CALON

Murid tahun 3 yang telah disasarkan untuk menguasai kesemua konstruk dalam Ujian Saringan LINUS yang kedua adalah seperti berikut:

i) Murid : sasaran menguasai Konstruk 1- Konstruk 6 (1 orang calon):

i – Yohanes Kanisius Rinai

4.0 KELEMAHAN/PUNCA MASALAH

Berikut adalah punca masalah yang telah dikenalpasti:

Konstruk 1 Keupayaan pra nombor dan mengenal angka -

Konstruk 2 Keupayaan membilang Yohanes

Konstruk 3 Keupayaan memahami nilai nombor Yohanes

Konstruk 4 Keupayaan membuat seriasi -

Konstruk 5 Keupayaan mengenal mata wang Malaysia -

Konstruk 6 Keupayaan menyatakan waktu Yohanes

Konstruk 7 Keupayaan mengendalikan operasi asas Yohanes

Konstruk 8 Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

Yohanes

Konstruk 9 Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

Yohanes

Konstruk 10 Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

Yohanes

Konstruk 11 Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

Yohanes

Konstruk 12 Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

Yohanes

Page 5: PILL LINUS 2015 MT T2.docx

5.0 PENGISIAN PROGRAM INTERVENSI: KUASAI ASAS MATEMATIK

i) Latihan Mengira – latihan yang berterusan dapat membantu murid mahir dalam menguasai Asas

Numerasi mengikut konstruk. Sebagai rutin harian murid-murid diberikan soalan spontan (lima

soalan) untuk diselesaikan.

Pelaksanaan: Setiap kali kelas Matematik

Hari: Isnin hingga Khamis

ii) Latih tubi – setiap minggu murid-murid akan dibekalkan latihan asas numerasi mengikut konstruk

yang murid belum kuasai sebagai latihan tambahan yang perlu disiapkan di rumah. Murid membuat

latihan dalam buku LINUS 1 yang telah disediakan khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Murid-murid akan dibimbing sekiranya terdapat kesilapan kiraan dan seterusnya membuat

pembetulan.

iii) Bimbingan berpandu:

- Latihan mengira dalam buku LINUS 1- Kelas pemulihan LINUS hari Rabu – 2 masa, hari Khamis - 1 masa

Page 6: PILL LINUS 2015 MT T2.docx

6.0 PENUTUP

Program Intervensi Lima Langkah (Pill) bagi mata pelajaran Matematik Tahun 3 iaitu Kuasai

Asas Matematik dijalankan seiring dengan kehendak kurikulum sekolah yang bertujuan untuk

membantu murid-murid agar mahir dalam asas mengira. Fokus guru pula tertumpu pada penguasaan

murid-murid yang masih lemah. Murid perlu rajin mengikuti program ini agar dapat menghadapi ujian

saringan dengan mudah. Melalui program yang dilaksanakan ini diharap murid-murid dapat

memperoleh keputusan ujian yang memberangsangkan pada masa akan datang terutama sekali

dalam Ujian Saringan LINUS2.0, Numerasi yang kedua.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………………… ……………………………

NOORSHAZRINA BINTI FAUSTINE MUROD LABUNG

Guru Mata Pelajaran Matematik

Tahun 3, SK Kampung Lintang

Guru Besar

SK Kampung Lintang,