pfs : kertas kerja program pengurusan jenazah dan sembelihan penang free school 2012

6
[ Program Pengurusan Jenazah/Sembelihan PFS 1433H/2012M] KERTAS KERJA PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH DAN SEMBELIHAN PFS 1433H / 2012M SMK PENANG FREE 1. PENDAHULUAN Berdasarkan intipati Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 hingga 2015, salah satu harapannya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan menguasai kemahiran insaniah dengan berjaya. Rentetan itu, sebagai para pelajar lslam, mereka wajar dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran yang digarap dalam aktiviti secara berkumpulan. Pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam dan Unit Kaunselor PFS mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini bagi menerapkan semangat ingin tahu kepada belia untuk mempelajari dan menginsafi perihal berkaitan pengurusan jenazah, kematian dan penyembelihan. Inilah modal insan yang cuba dibina oleh persatuan supaya menjadi agen pengembang, membina wasilah bangsa yang beriman lagi bertakwa dan aura kendiri yang positif. 2. VISI Membentuk belia Islam beriman dan bertakwa sebagai aset modal insan cemerlang di dunia dan akhirat. 3. RASIONAL Menyedari kemajuan bukan sahaja diukur dengan kemampuan fizikal atau infrastruktur tetapi menitik beratkan faktor sahsiah dan sosio budaya masyarakat yang didokong oleh akhlak remaja/belia yang beriman dan bertaqwa. 1 | Halaman

Upload: muhammad-azmi-hamdan

Post on 05-Aug-2015

325 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

KKD

TRANSCRIPT

Page 1: PFS : Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah dan Sembelihan Penang Free School 2012

[ Program Pengurusan Jenazah/Sembelihan PFS 1433H/2012M]

KERTAS KERJA PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH DAN SEMBELIHAN PFS 1433H / 2012MSMK PENANG FREE

1. PENDAHULUAN

Berdasarkan intipati Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 hingga 2015, salah satu

harapannya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan menguasai kemahiran

insaniah dengan berjaya. Rentetan itu, sebagai para pelajar lslam, mereka wajar

dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran yang digarap dalam aktiviti secara berkumpulan.

Pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam dan Unit

Kaunselor PFS mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini bagi menerapkan

semangat ingin tahu kepada belia untuk mempelajari dan menginsafi perihal berkaitan

pengurusan jenazah, kematian dan penyembelihan. Inilah modal insan yang cuba dibina

oleh persatuan supaya menjadi agen pengembang, membina wasilah bangsa yang beriman

lagi bertakwa dan aura kendiri yang positif.

2. VISI

Membentuk belia Islam beriman dan bertakwa sebagai aset modal insan cemerlang di dunia

dan akhirat.

3. RASIONAL

Menyedari kemajuan bukan sahaja diukur dengan kemampuan fizikal atau infrastruktur

tetapi menitik beratkan faktor sahsiah dan sosio budaya masyarakat yang didokong oleh

akhlak remaja/belia yang beriman dan bertaqwa.

Menyuntik jatidiri untuk maju dan berdaya saing kepada belia bagi mewarisi bangsa yang

kebal dari sebarang ancaman rohani atau jasmani.

Mendekatkan belia kepada golongan pemimpin supaya bakat atau tanggungjawab itu

meresap ke dalam diri belia untuk menjadi pemimpin yang berkarisma dan berketerampilan

di masa akan datang.

1 | H a l a m a n

Page 2: PFS : Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah dan Sembelihan Penang Free School 2012

[ Program Pengurusan Jenazah/Sembelihan PFS 1433H/2012M]

4. OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan jenazah dan

penyembelihan yang tepat dan seiring dengan syariat Islam dan mengikis

unsur-unsur tahyul dan mistik.

2. Mendidik generasi belia supaya meneruskan tanggungjawab pengurusan

jenazah dan penyembelihan di kampung masing-masing.

3. Menyemai semangat persaudaraan dan bertanggungjawab para pelajar dan

merancang bersama membangunkan peribadi selaras dengan saranan

Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. SASARAN

1. Semua Kakitangan PFS Beragama Islam.

2. Para pelajar Islam Tingkatan 1, 2 dan 3 (150 orang)

6. JAWATANKUASA

PENAUNG : Encik Jalil bin Saad (Pengetua PFS)

PENASIHAT : En. Omar bin Abdul Rashid (PK HEM)

: Pn Noor Baini bt Mat Isa (PK Kokurikulum)

: Pn Faridah bt Abdul Wahab (Ketua Bidang

Kemanusiaan)

PENGARAH : Ustaz Ammar Hazim bin Abdul Halim

(013-3006912)

TIMB. PENGARAH : Ustaz Ahmad Muhaimin b Abdul Satar

SETIAUSAHA : Ustaz Muhammad Azmi Hamdan bin Muhamad

Nor (012-5711861)

BENDAHARI : Ustazah Nor Haziah bt Mohmed

PENGGERAK : Ustaz Afiq

: Guru-guru tingkatan 3/Guru kelas

: Penceramah jemputan

2 | H a l a m a n

Page 3: PFS : Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah dan Sembelihan Penang Free School 2012

[ Program Pengurusan Jenazah/Sembelihan PFS 1433H/2012M]

7. TENTATIF

Masa Aktiviti

8.00 am Pendaftaran peserta

8.30 am Ceramah 1 :

Pengurusan jenazah

9.00 am Praktikal A :

1. Mengurus jenazah selepas meninggal

dunia

2. Memandikan mayat

3. Mengkafankan mayat

10.10 am Rehat

11.00 am Ceramah 2 :

Solat jenazah dan mengkebumikan mayat

11.30 am Praktikal B :

1. Solat jenazah

2. Mengkebumikan mayat

3. Talkin

1.00 pm Bersurai

3 | H a l a m a n

Page 4: PFS : Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah dan Sembelihan Penang Free School 2012

[ Program Pengurusan Jenazah/Sembelihan PFS 1433H/2012M]

8. KEWANGAN

8.1 SUMBER KEWANGAN

1. Sumbangan Sekolah/ Kakitangan PFS

2. Sumbangan Luar

3. Tabung Panitia

8.2 PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN

1 Penceramah (Pengurusan

jenazah)

1 RM 300

2 Pembelian peralatan pengurusan

jenazah

RM 200

3 Pembelian ayam dan peralatan

sembelihan (sembelihan)

RM 100

4 Kos memproses dan memasak RM 100

Jumlah RM 700

9. PENUTUP

Semoga dengan perpaduan ukhuwwah islamiah yang dijalin akan mengarahkan

jalan kecemerlangan dan kejayaan berterusan kepada usaha-usaha murni Panitia

Pendidikan Islam dan Persatuan Pelajar Islam Penang Free School dalam membangun

modal insan yang sempurna. Sesungguhnya kesempurnaan itu adalah milik Allah, maka

kepadaNya jualah kita kembalikan segala perancangan yang dirancang agar ia mendapat

keberkatan dan redha Ilahi. Wassalam

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Ustaz Muhammad Azmi Hamdan Ustaz Ammar Hazim bin Abdul Halim bin Muhamad NorSetiausaha Pengarah Projek Panitia Pendidikan Islam Panitia Pendidikan Islam Penang Free School Program Urus Jenazah/Sembelihan

1433H/2012M

4 | H a l a m a n