petua amalan

Upload: mohd-najib

Post on 30-May-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Petua amalan

    1/19

    PETUA UNTUK ANDA AMALKAN

    PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

    PENAWAR RESDUNGPetua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkanmenyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudianpicit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kalisehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannyasungguh menakjubkan.

    MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKAAmbil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan disekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih.Amalkan seminggu 2/3 kali.

    MENEGANGKAN KULIT MUKAAmbil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkankedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas

    itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan caraini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di mukadan menjadikan kulit kita segar...

    MENGHILANGKAN CAGUPerahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasukdalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau padacagu. Cagu akan beransur pulih.

    MENYERIKAN WAJAH

    Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlahmengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelummencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajahanda. Selamat mencuba.

    MENGHALUSKAN KULITBuah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknyadilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama,

    1

  • 8/14/2019 Petua amalan

    2/19

    cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utkmembersihkan kulit.

    MENGHILANGKAN BAU BADANPotongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit

    limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

    BADAN RINGAN DAN BERTENAGA MINUMair rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jikakita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akanmenjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita,amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

    MELEMBUTKAN RAMBUTAmbil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enamcamca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu

    sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambutdengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

    MERAWAT KULIT BERKEDUTParutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkanbersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhanitu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

    MELENTIKKAN BULU MATAAmbil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulumata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut

    Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgnterlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehinggakering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallahia amat berkesan utk menghilangkan parut.

    MELEBATKAN RAMBUTAmbil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambillendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudumadu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgntuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehinggakering. Amalkan dua kali seminggu.

    AWET MUDASemasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangandan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajahseperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

    2

  • 8/14/2019 Petua amalan

    3/19

    MERAWAT SENGGUGUTAmbil segenggam halia dan tumbuk lumat. masukkan ke dalam segelas airsuam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat.InsyaAllah, senggugut akan hilang.

    KULIT CERAH DAN LICINAmbil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada mukadan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

    RAMBUT LEBATSetelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

    MENGURANGKAN DENGKUR Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susupanas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

    MENGHILANGKAN KETUATSapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskangetah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapakali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

    MENGEMPISKAN PERUT(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan laludisapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepasbersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekatperutsahaja, amalkan setiap malam.

    (2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkansemalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh mukaatau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi,

    jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknyaminum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perutbuncit.

    MENGEKALKAN KECANTIKANKalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Disamping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat

    dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.MenghasilkanKulit CantikAmalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merahyg telah dihancurkan .

    MENGATASI SENGGUGUTSenggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namunterdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini sayaamalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .

    3

  • 8/14/2019 Petua amalan

    4/19

    1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam Kuantitisama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelumhaid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakankapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepatmenelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat

    senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.

    2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petuatersebut tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dahlama saya tak dapat senggugut.

    MENEGANGKAN KULIT MUKA DAN MENGHILANG JERAWATRebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India)di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam,sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehinggakering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang

    jerawat tiada.

    MENYEGARKAN MATA GATAL DAN LETIHAmbil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya.Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selaludan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

    MENYEGARKAN MATAAmbil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utkberapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

    MENAIKKAN SERI MUKABasuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

    MERAWAT PANAUAmbil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

    MENGELAK RAMBUT GUGURAmbil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih

    dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam.Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat,hitam dan berkilat semulajadi.

    MENGURANGKAN AIR PADA FARAJ Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda.Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuantersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

    4

  • 8/14/2019 Petua amalan

    5/19

    SIHAT TUBUH BADANSetelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan

    jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput ygmasih berembun .

    MELANGSINGKAN TUBUHDua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campurdgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari.Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

    MENGHILANGKAN PARUT DI KULIT Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengansedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapurata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan,parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan

    bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

    MENGELAK KEGUGURAN RAMBUTAmbil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulitkepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegahkelemumur.

    MENGHILANGKAN BAU KETIAK Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiapkali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawahketiak.

    MENGHILANGKAN KELEMUMURPerahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata danbiarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgntuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utkmengurangkan pening kepala.

    RAMBUT GUGURRendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapuatas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambutbaru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

    MENGHILANG SAKIT KEPALAAmbil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

    5

  • 8/14/2019 Petua amalan

    6/19

    MENGHILANG KETUMBIT MATAGesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhiketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

    MENURUNKAN BERAT BADAN

    (1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dancampurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnyake dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkanminum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

    MENGATASI TUMIT PECAHGosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berustumitkaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

    AWET MUDA(1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin,Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yangdipotong atau gugur.(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringiselawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

    MUDAH BANGUN PAGISebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w.Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

    MENGHILANGKAN JERAWATCampur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan dimuka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

    MELURUSKAN RAMBUT KERINTINGPerah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis.Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupaikrim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambutkeseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgnbersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan

    lurus sedikit demi sedikit.

    MENGHALUSKAN KULIT MUKA(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacausehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telahdibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itubarulah dibilas.

    6

  • 8/14/2019 Petua amalan

    7/19

    MEMERAHKAN BIBIRSapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkanselalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

    MEMUTIH DAN MENGILATKAN GIGI

    Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkangigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali daninsyaallah gigi anda putih berkilat.

    TEGANGKAN PAYUDARAAmalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallahmujarab.

    MENGHALUSKAN KULIT MUKA(2) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan iasejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air

    bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugurdimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula

    MENGEMBALIKAN SERI MUKA SELEPAS BERSALINRebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

    MENGUATKAN GIGISelepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, dudukbertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa

    mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga.Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arahmuka.

    MENGHILANGKAN BAU MULUT Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih.Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannyatiga hari sekali.

    MENGHILANGKAN LEBAM MATA Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan

    semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapaulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkanselalu.

    MENGELAK SANTAUUntuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamahmakanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa

    7

  • 8/14/2019 Petua amalan

    8/19

    rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belahtelinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaansekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidurbertentangan dengan pintu.

    MEMINIMAKAN GANGGUAN SEMASA TIDURBiasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkanseseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukansenaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk.Hilangkan segala masalah

    dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenakadengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakalkepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalahibadat.

    MENGHILANGKAN SAKIT KEPALAAmbil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis.Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman.Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akanberansur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akanmengelupas dalam sehari dua.

    PETUA MENCANTIKKAN RAMBUT1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang.Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mulaambilbeberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu

    sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepadarambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelahlebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu.

    2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambilbeberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbukbuah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Padasetiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkanselama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu.Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

    3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepadaorang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasimasalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidahbuaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumurpada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuhbersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kaliseminggu.

    8

  • 8/14/2019 Petua amalan

    9/19

    4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudahdisikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untukmembasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyakbijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap

    rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayiatau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau andaberambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting,seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untukmengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

    PETUA UNTUK MENCANTIKKAN KULIT MUKA1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, paruttomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahanpada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut.Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan

    selalu untuk hasil yang memuaskan.

    2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit airboleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campurantadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan mukaakan menjadi lebih licin.

    3. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudiansapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.

    4. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat.

    Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap harihingga kesan itu hilang.

    5. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuningtelur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan.Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam.Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.

    6. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata,melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin.

    NASIHAT ORANG TUA-TUA MELAYU Kita sering mendengar orang sesat di hutan. Pantang larangnya jangansekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "akutak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diridan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalamperjalanan tersebut

    9

  • 8/14/2019 Petua amalan

    10/19

    Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenagabatin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapigenerasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi

    memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepaspersetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air. Amalan menahankencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buahpinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali. Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandidengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembirabolehmendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orangtua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki dilaut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air

    Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapursukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atastangga juga berat jodoh.

    Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasaterang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri

    Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yangteramat sangat Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan

    sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempatkotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambilmencekam gigi agak kuat Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkanbadan menjadi lemah dan luntur Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakityang ada dalam badan tidak dapat keluar

    Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya

    pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan iniboleh memendekkan rezeki

    Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan

    Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudianbubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakandaun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas,

    10

  • 8/14/2019 Petua amalan

    11/19

    tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengankain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari. Bau mulutAmbil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan

    berkumur.Buatlah selama beberapa hari. ResdungAmbil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacangkayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh

    juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa. Kunyit mengurangkan rabun mataSediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanyadiparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minumair yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

    Perut masuk anginSetiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudahdipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

    Perut MemulasAmbil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah. Telingga bernanahAmbil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan

    ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang

    bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

    Rambut Ubat Kaki PecahAmbillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian

    rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyakkelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkanterlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu denganmenggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapupakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidakkotor.

    Jerawata.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yangmendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasasehingga jerawat di muka anda hilang.b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkanpada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikiansetiap hari.

    11

  • 8/14/2019 Petua amalan

    12/19

    Rambut berubanAmbil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digorengsampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itusampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau

    sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itupada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

    Melebatkan tumbuh rambutPotong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnyaseperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk kedalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air darilubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikiansetiap hari. Membuang tahi lalat hidup

    Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkandengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengancaranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah. Muka kasar dan berbintik-bintik hitamCari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannyauntuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atautampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya,mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

    Menghilangkan kesan jerawatBasuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan airsejuk. Menghilangkan urat-urat yang timbul di kakiAmbil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan janganhancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahutidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badanpada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.

    Daun petai cina ubat seri mukaCari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapaktangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktumandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yangbersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1bulan.

    12

  • 8/14/2019 Petua amalan

    13/19

    Kudis butaCari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudiandicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudiandibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

    Bulu ketiak Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkanibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehinggarata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

    Cacar airAmbil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yangmengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlahdilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudahdewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badanpesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

    Menghilangkan bekas kurap di badanBakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang ituterbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumatditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itusebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyaktanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

    Menghilangkan bau ketiak Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak danbiarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air

    sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari. Ubat panauDaun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yangterkena panau itu.

    Menghilangkan parut cacar airAmbil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dansebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untukdijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

    Gatal-gatal malamAmbil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli,campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

    Gatal-gatal pada kemaluan perempuanAmbil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut

    setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

    13

  • 8/14/2019 Petua amalan

    14/19

    Gatal KulitRamai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluanterutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendakberjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkanrasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh

    diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikutukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapursehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminumpada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalamperiuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang airkecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilangsecara beransur-ansur.

    Menghilangkan Bulu Ketiak Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada

    tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah

    didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubikunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua buluketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dangosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dankemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikutsuka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba caraini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

    Sakit bahagian buah pinggangAmbil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudiandipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-

    kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madulebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4gelas.

    Sakit siplisAmbil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dandiambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkanmemakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantumenghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

    Bisa-bisa tulangDapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3

    jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

    Lemah jantung dan darah tinggiCaranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat meratatempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-

    14

  • 8/14/2019 Petua amalan

    15/19

    mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalammasa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

    Kencing manisAmbil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus

    dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuningialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satusetengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.

    Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah,penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkanubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuhsesudah mencubanya.

    Demam kuning

    Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus,kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikitgaram.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

    Penyakit kuningAmbil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

    Demam Berdaraha.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis,panasnya akan turun segera

    b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar danbasahkan kepala dengan air tersebut

    Cara-cara mengurangkan demama.Beri pesakit minum air yang banyakb.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan airc.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengankain yang tebal Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnyaa.Beri minum air zam-zam dan lap badannya

    b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepisungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naikdan ucapkanlah:

    "Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlahrasulmu"

    15

  • 8/14/2019 Petua amalan

    16/19

    Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh7 hari tetap akan sembuh.

    Pening Kepala

    Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyakbekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalamperut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadihalus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.

    Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daunkemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telahlumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubatcara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

    Ubat Kencing Batu Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak

    PETUA UNTUK MASALAH BADAN BERBAU1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua.Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbaulagi.

    2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapakuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minumairnya tiga hari berturut-turut.

    3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikitkapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah andaselesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbaulagi.

    4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putihdan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut.Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianyaakan berhasil.

    PETUA UNTUK MASALAH KEPUTIHAN & KENCING TIDAK LAWAS1. Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan dan gatal. Cuba caraini, ramas 12 helai daun sirih bersama seliter air suam. Tapis dan gunakan airitu untuk membasuh kemaluan anda, dimulakan dengan selawat. Selainmenghilangkan gatal dam bau ia juga berupaya merapatkan kembalibahagian sulit.

    16

  • 8/14/2019 Petua amalan

    17/19

    2. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali dan cuci bersih sertadirebus didalam periuk. Setelah mendidih, angkat serta bubuh sedikit garam.Kemudian cuci kemaluan dengan air rebusan yang suam. Lakukan tiga kaliseminggu. Keputihan dan gatal-gatal akan hilang.

    3. Jika anda mengalami kencing berdarah atau tidak lawas, ambil segenggambarli, basuh dan rebus hingga kembang. Masukkan sebuku garam. Apabilahendak minum campurkan sedikit gula. Amalkan setiap hari hingga penyakitanda sembuh.

    4. Ambil lobak putih, dibersih dan diparut halus. Campurkan bersamabeberapa ketul gula batu dan embunkan semalaman. Selawat tiga kali danminum setiap pagi. Anda tidak lagi sukar membuang air kecil.

    PETUA UNTUK IBU HAMIL & KANAK-KANAK 1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki.

    Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadamdan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekatsapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapusewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

    2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiapkali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujungrambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketikahamil.

    3. Bayi biasanya akan mengalami masalah ruam lampin. Untuk

    menghilangkannya bancuh secamca teh garam dengan air suam dan sapupada ruam. Insya-Allah ruam beransur hilang.

    4. Daki pada kepala bayi amat sukar dihilangkan . Untuk menghilangkannya,anda boleh menggosok perlahan-lahan kepala bayi dengan hampas kelapa.Biarkan seketika agar daki tadi kembang, kemudian bolehlah digosok dakiitu. Selain hampas kelapa, minyak bayi juga boleh digunakan. Amalkan danhasilnya pasti memuaskan.

    5. Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi amalkan petua ini.Gunakan tiga jari anda (ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu). Baca selawat

    tiga kali, genggam dan lepaskan beras dengan tiga jari tadi ke dalamsecawan air masak. Makan beras yang masih melekat pada jari itu. Gunakanair yang bercampur beras tadi untuk disapu pada badan bayi dan diberiminum kepada bayi. Suhu badan bayi akan berkurangan dan ulangi jikaperlu.

    17

  • 8/14/2019 Petua amalan

    18/19

    PETUA UNTUK MASAKAN1. Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannyaakan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadididalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selainmengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada

    sayur.

    2. Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapabersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelahbeberapa ketika, kerang akan bersih memutih.

    3. Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlahdengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembutwalaupun setelah sejuk.

    4. Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan

    rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatdan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.

    5. Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudiangoring asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekatlagi.

    6. Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaanatas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

    KHASIAT DARI TUMBUHAN

    1. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranyaialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga bolehmenghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya denganbedak sejuk.

    2. Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambilbeberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat.Sapu daun yang telah lumat tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnyaakan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.

    3. Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untukmerawat luka, samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka,ambil beberapa helai daun inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkanpada luka untuk menghentikan pendarahan. Bagi wanita yang baru lepasbersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi danpetang sehingga sembuh.

    18

  • 8/14/2019 Petua amalan

    19/19

    4. Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya,sapu getah tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.

    5. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata.Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air,

    kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tualalembut. Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata.