pengaplikasian pergerakan berunsur mistik dalam … pergerakan... · dalam sesi perubatan main...

24
PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM SENI AReA Norizah Bino Mohd Nasir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni ffilJus) 2009

Upload: others

Post on 31-Aug-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM SENI AReA

Norizah Bino Mohd Nasir

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni ffilJus)

2009

Page 2: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

PENGAPLlKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM SENIARCA

NORIZAH BINTI MOHD NASIR

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Seni Halus)

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif UNNERSITI MALAYSIA SARA W AK

2009

Page 3: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM SENI AReA

SESI PENGAJIAN: 200612009

Saya NORIZAH BINTI MOHO NAsm

Mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

5. ** sila tandakan ( ..j)

DSULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau Kepentingan seperti tennaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)

DTERHAD (mengand ngi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/ bad an di mana penyelidikan dijalankan)

O;r~DAK TERHAD .------<­.J!flt~ ~---------______. ----~-

Tan<fatangan Penulis Till1datangan PTyelia Tarikh:.2" Is; I').. 001 Tarikh: ~-(,1 6~I.vulSCl Alamat Tetap: Kg, Penggu, Bunut Susu 17020 Pasir Mas, Kelantan.

Catalan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Satjana Muda Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa lorganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.

I

Page 4: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

PENGESAHAN

Projek bertajuk 'Pengaplikasian Pergerakan Berunsur Mistik dalam Seni Area'

telah disediakan oleh Norizah Binti Mohd Nasir dan diserahkan kepada Fakulti

Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni

Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus)

Diterima untuk diperiksa oleh:

Awangko' Hamdan Bin Awang Arshad

Tarikh:

11

Page 5: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk 'PengaplikasianPergerakan

Berunsur Mistik Dalam Seni Area' ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan, petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya nyatakan

sumbemya.

(J;p ( Norizah binti Mohd Nasir)

111

Page 6: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

1,1

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat

menyiapkan penulisan ilmiah ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan ditujukan

kepada pihak Universiti Malaysia Sarawak yang telah banyak berjasa dalam

menyalurkan ilmu pengetahuan serta mengeluarkan graduan - graduan yang

berkaliber serta berwibawa dalam menghadapi arus dunia pada masa kini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan buat keluarga terutamanya ibu bapa yang

telah ban yak berkorban dari segi tenaga, wang ringgit dalam memberi kemudahan

kepada saya untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Serta banyak memberi

semangat dalam menempuhi segala cabaran bagi memastikan imp ian dan cita- cita

terlaksana. Berkat doa dan asuhan yang diberikan akan membantu dalam

mempertingkatkan lagi usaha bagi mengejar impian yang bakal terlaksana kelak .

Serta setinggi - tinggi ucapan dan penghargaan juga diucapkan kepada

Fakulti Seni Gunaan Dan Kre~ yang telah banyak membantu dalam mengharungi

berbagai cabaran dalam memastikan lahirnya pelajar - pelajar yang bermutu tinggi .

Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada insan - insan yang sangat

istimewa iaitu para pensyarah Seni Halus Paduan yang telah ban yak membantu

dalam proses menyiapkan projek akhir ini .

iv

I

Page 7: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

Tidak ketinggalan juga kepada En. Awangko, Hamdan Bin Awang Arshad

selaku penyelia pertama yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bertungkus

lumus membantu saya dalam menyiapkan projek akhir serta penulisan ini. Jasa dan

dan tunjuk ajar yang diberikan akan saya gunakan dalam memastikan segala imp ian

tercapai di masa hadapan dalam membangunkan industri seni di Malaysia.

Tidak dilupakan juga kepada rakan - rakan seperjuangan yang telah banyak

I membantu dalam memberi sokongan, nasihat serta pandangan yang bernas dalam

i menyiapkan projek serta penulisan ini.

Wassalam.

v

I

Page 8: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

ABSTRAK

Penulisan ilmiah ini memfokuskan kepada sesi pengubatan tradisi iaitu Main Puteri.

Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan amalan budaya masyarakat Melayu

tradisional di Kelantan yang semakin pupus ditelan arus pemodenan.

VI

I

Page 9: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

ABSTRACT

This research is focused on the traditional healing of Main Puteri. The aim of the

study is to put forth the dying cultural practice of the traditional Malay community in

Kelantan.

VB

Page 10: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

lSI KANDUNGAN HALAMAN

Borang Pengesahan Status Tesis ................................................... 1-11

Penghargaan........................................................................... iv-v

lsi Kandungan...... .. ..... .. . . ....... . ........................................... .... VIII-IX.

Pengakuan Pelajar.... ...... . ... .................... ..... . ............. .. . .. . .. . ...... III

Abstrak.......... . ..................................................................... VI

Abstract. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . VII

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan........................................................ . ... .... .. ... 1-7

1.2 Objektif. . . . . . . . . . . .. . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . ... 7

1.3 Pernyataan Masalah. ...... . ...... ... ..... . ...... . ..... .. . ......... .. . ..... . .... 8

1.4 Skop Kajian .. " ...... ... . ...... ...... .. .... .. ...... ...... . . .. ......... . .. .. ..... 9

1.5 Hipotesis.................................................. .. ....... .. .. . ......... 10

1.6 Istilah........... ... ...... .. . ........ . .. . .. .... .. .... . . ......... . .. . .. ...... ...... 11 -13

BAB 2: SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan.... . ..................... .... .. .. . ....... . ............................ 14-15

2.2 Artis rujukan Tempatan. .............................. . ........................ 16-20

2.3 Artis LuarNegara.......................................................... . ... 21-25

2.4 Pengenalan tentang Arca

2.4.1 Pengenalan............................................................. . ..... 26

2.4.2 Seni arca Moden Malaysia ....................... '" .. . ......... .. . .. ... ... 26-27

VIII

Page 11: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

BAB 3: METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 DataPrimer.... . ... . .. . ..... ......... . . .. .. . .. .. .. . .................... . ..... .. . 28

3.2 Data Sekunder . . ...... .. . . ...... . ......... . .. . .. . ...... ... .. .. ..... . .. .. .. . . .. 29

BAB4: SENI TRADISI MASY ARAKA T MELA YU. .. ... . .. . . .. ......... 30-32

BAB 5: ULASAN KARYA

5.1 Pengenalan... ... . ..... . ...... . . . .. .. .. . . .. ...... . .. . . . .......... . . . . ... ........ 33

5.2 Penerangan Tentang Area........ . ... . . . ... .. .. . . .. ......... . . ... .. . ...... . . 33-34

5.3 Unsur Estetik Karya.. . .. .... . . .. ..... . . . ........... ......... . .. . .. .. ... . .... 35

1. Tema. . ............. . ......... . ................... .. .... . .. .. ... ... 35-36

11. Bahan... . ... . .... ... ... . . .. ..... . ... . ... . ... . ... . ...... . . . .... .... 37-38

Ill. Bentuk..... ...... . .. " . ... .. ... . .. . ....... . . " . . .. .. . . .... . . ..... . 39-40

iv. Warna.... . ... . .. . .... ... ... . . .. ...... '" .. . .. . .. . .. ... .. .. . . ... ... 41-42

v. Keseimbangan..... . .. .. . . .... . ......... ........... . . .. .. . ... . .. . 43-44

VI. Jalinan. ...... . ............. . ..... .. ... . ..... . .... . .. .......... .. .. 45-46

5.4 Proses Pembuatan Area .. ~....... . .......... . .... .. ..... .. ... . .......... 47-48

HASIL KARYA AKHIR....... ...... . ... .. .... .. . .. .. .. .. ... . .. . ... ..... . . . ... 49-50

KESIMPULAN. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. 51

RUJUKAN. .. .. ....... . ...... . ... ....... . .. . .. . . . .. .. ....... . ...... . ... . .. ... .. .... 52-54

IX

Page 12: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

BABt

PENDAHULUAN

t.1 PENGENALAN

Tajuk yang dipilih oleh penyelidik adalah Pengaplikasian Pergerakan BerunSlir

Mistik dalam Seni Area. Tajuk ini dipilih berdasarkan pengalaman dan pengamatan

pengkaji terhadap seni persembahan Main Puteri yang mempunyai nilai estetika yang

tersendiri yang boleh dijadikan bahan kajian untuk diperkembangkan ke peringkat yang

lebih tinggi. Ini membolehkan pengkaji merasai, mendalami serta memahami dengan

lebih mendalam mengenai seni tradisi ini pada zaman sekarang.

Sesi perubatan Main Puteri ini berkembang dengan popular pada seketika dahulu

di desa - des a di negeri Kelantan . Main Puteri dikatakan diresapi oleh budaya Hindu

yang datang dari N egara Thailand.

Ada pendapat yang mengatakan Main Puteri ini berasal dari Negeri Kelantan

sendiri manakala, perkataan main puteri pula mempunyai banyak tafsiran yang tersendiri

seperti diambil daripada sejenis kuih di Kelantan yang di panggil kuih Mandi Puteri.

1

Page 13: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

Sesi perubatan ini digunakan untuk mengubati orang sakit yang berkaitan

dengan angin, emosi at au tenaga batin . Tok Puteri memainkan peranan sebagai pawang

atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa oleh roh-roh atau semangat jahat .

Walaubagaimanapun tok puteri dan tok mind uk menjadi kaunselor dalam membantu

mengubat penyakit bahkan pesakit mampu menggunakan kekuatan pendam atau disebut

upaya bawah sedar yang selama ini tidak dibangkitkan dalam keadaan sedar.

IIIustrasi karya 1:

Artis : Ayob Mohamed Tajuk : Main Puteri

Tahun : 2007

Medium : Cat Minyak

Saiz : 57 x 44 em

2

Page 14: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

IIlustrasi Main Puteri 2, 3: Pergerakan dalam bahagian menurun untuk mengesan punca penyakit pada pesakit.

Kerajaan negeri Kelantan mengharamkan sesi perubatan ini oleh kerana wujudnya

unsur-unsur khurafat yang bertentangan dengan akidah yang diamalkan oleh penggiat

seni ini, ia dipercayai mempunyai unsur pemujaan terhadap alam semesta dan

kepercayaan pada dewa-dewi sebagaimana kepercayaan Hindu. Pengharamannya dibuat

atas alasan mahu memelihara akidah umat Islam. Ianya bukan kerana politik atau

mempunyai niatjahat.

...Main puleri diharamkan kerajaan Pas di Kelantan kerana dikatakan mengandungi unsur

Khurafat ada kepercayaan pada de ' -dewi sebagaimana kepercayaan Hindu ..

(www.esasterawan.net/esasterawan/ \ weblogg.asp ...)

3

Page 15: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

Upacara penguhatan Main Puteri ini akan dimainkan selama satu sehingga tiga

malam untuk tujuan beruhat penyakit disebabkan oleh rasukan makhlus halus, hilang

semangat, ketidak seimbangan tenaga dalaman, dan juga oleh gangguan angin (kehendak

yang tidak dipenuhi.)

Pengubatan Main puteri ini juga disifatkan sebagai perubatan tradisional yang

mana setiap bahagian tubuh hadan manusia mempunyai penunggunya sendiri dan

penyakit yang di alami adalah kerana penunggu atau hantu ini tidak disaji atau di jamu

dengan makanan tertentu seperti ayam golek, pulut kuning.

Pada masa dahulu memang banyak upacara perubatan tradisi di jalankan kerana

orang pada ketika itu begitu percaya kepada pengubatan secara ini. Di dalam pengubatan

ini Tok Puteri dengan menggunakan kepercayaan penyakit tentang semangat dan hantu

cuba mencetuskan tenaga pemulihan didalam badan pesakit sendiri tetapi dengan

kepercayaan kepada ajaran agama Islam dan dengan adanya cara mengubati secara

saintifik yang lebih mujarab iaitu di hospital, maka upacara main puteri ini semakin hari

semakin berkurangan dan jarang ~ali di temui secara meluas.

Peralatan yang digunakan dalam seni persembahan main puteri seperti rebab,

gong anak, gong ibu. serunai. tetawak, geduk. canang. dan juga kesi. Peralatan ini di

letakkan di hadapan tok puteri (tok teri) ini adalah untuk menaikkan semangat pesakit

semasa upacara ini di jalankan.

4

Page 16: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

IIIustrasi 4: Gongltetawak Illustrasi 5: Rebab

IIIustrasi 6: Gendang Anak dan IlIustrasi 7: Serunai gendang ibu

5

Page 17: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

Menurut pendapat Mohd Ramli Raman mengatakan:

... Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual

tertentu dengan seperangkat barangan seperti benang mentah, pulut lcuning, sirih pinang, ayam

golelc, paI1I1Ig-patung yang diperbuat doripada tepung di sam ping mentera yang bervariasi dan

di/qfazkan atau diucaplcan dalam dialek Kelantan lcJasik dengan seorang perantara yang disebut

dukun, bomoh atau pawang. Ini semua bertujuan menyelami a/am ghaib bagi mereka yang tidaJc

dapat dije/askan secara aldiah (aka] ji/ciran) dalam menyatalcan hasrat. Daripada upacara

perubatan ini juga terhasilnya geralcan mimetic (peniruan), pergerakan separuh sedor diluar

kawalan diri dari pergeralcan sebagainya bagi menghubunglcan dunia zahir dan dunia ghaib

Daripada kajian yang dijalankan penyelidik mendapati terdapat 3 bahagian

penting daIam Sesi perubatan Main Puteri yang perlu di ikuti oleh pesakit dan tok bomoh.

Pertama bahagian upacara menurun . Menurun adalah upacara untuk rnembangkitkan

angin dalam diri pesakit dan angin itu akan dipindahkan ke dalam Tok Puteri yang

bertindak sebagai perantara. Kemudiannya Tok Puteri akan bersoaljawab dengan Tok

Mindok untuk mengetahui punca penyakit yang dialami oleh pesakit.

Dalam pengubatan ini terdapat 12 angin yang dalam diri seperti angin tornoi, silat,

makyong, bageb dan sebagainya Tok Puteri akan mengubat pesakit mengikut kehendak

penyakit yang terdapat dalam diri. Sekiranya pesakit mernpunyai angin Silat rnaka, Tok

Puteri akan bersilat dengannya bagi melepaskan angin yang dipendamkan selama kini.

6

Page 18: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

...Main Pllieri dianggotai oleh dua watak utama iaitu Tuan Puteri dan Tok Minduk yang bermain

rebab dan dUringi oleh paluan gendang ibu dan anak. Ketika Tuan Puleri lupakan diri, semangat

halus akan meresap kedalam tubuh Tuan Puteri dan tok minduk akan menyoal makhluk halus

tersebut 1I,,(uk memastikan punca penyakit.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Puteri)

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Bagi pengkaji telah menetapkan beberapa objektif untuk meneapai matlamat yang

ingin dicapai seterusnya mengaplikasikannya kepada bentuk karya seni. Antara objekif

yang dikenal pasti untuk meneruskan pengkajian ini adalah:

i. Mengetengahkan amalan budaya masyarakat Melayu tradisional diKalantan

terutama dalam seni persembahan main puteri.

11. Mengkaji pergerakan berunsur mistik dalam Main Puteri dan mengaplikasikannya

ke dalam bentuk area (sen~tuk) untuk tontonan masa kini.

iii. Menghasilkan karya berbentuk area yang berkonsepkan kontemporari dengan

menggunakan bahan logam sebagai kekuatan dalam penyampaian karya

berbentuk 3-Dimensi.

7

Page 19: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Dalam pennasalah kajian yang timbul dalam menghasilkan karya seni yang

berbentuk 3-Dimensi dengan pemilihan media yang bersuaian untuk menghasilkan area

yang berunsurkan Mistik. Pemilihan media yang sesuai adalah adalah penting kerana

mampu mewujudkan pengueapan yang berkesan dan mempengaruhi audien untuk

memahami pengisian sesebuah karya.

Antara eabaran lain yang dihadapi oleh penyelidik adalah teknikal iaitu teknik (welding)

kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi bagi mendapatkan hasil

yang berkualiti dalam mengolah bahan yang tersedia ada untuk menjadi satu eiptaan

karya.

Secara amnya tidak ramai artis at au penggiat seni yang mengetegahkan unsur

seni tradisi ini terutama main puteri kerana seni tradisi ini kurang dimainkan atau di

pertontonkan kepada khalayak disebabkan oleh seni ini dianggap Kurafat dan bereanggah

dengan ajaran islam dan ia diharamkan oleh kerajaan negeri kelantan .

Selain itu juga, pengkaji mempunyai kesukar untuk mendapatkan keterangan

lebih lanjut seeara lang sung ten tang main puteri ini kerana tidak ramai penggamal atau

penggiat yang masih mengamalkan seni tradisi ini. Selain itu penyelidik juga sukar untuk

mengambil gambar kerana upaeara ini jarang sekali dimainkan dan dipertontonkan

kepada khalayak ramai.

8

Page 20: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

1.4 SKOP KAJIAN

Dalam penyelidikan ini pengkaji hanya memfokuskan kepada pendekatan seni

area yang berbentuk pergerakan yang berunsur Mistik iaitu adaptasi daripada sesi

perubatan Main Puteri yang memfokuskan kepada bahagian menurun.

Pengkaji juga meletakan lokasi yang dipilih oleh Pengkaji ialah di negen

kelahirannya iaitu di Negeri Kelantan yang berpusat di daerah Pasir Mas, Aktiviti yang

dijalankan oleh Pengkaji ialah membuat temuramah melalui talefon, gambar - gambar

yang berkaitan dengan penyelidikan.

Tujuan kajian ini ialah untuk mengaplikasi data - data yang di perlolehi dalam

pengkajian . Dalam penyelidikan ini pengkaji mengkaji pergerakan seni tradisi dalam

main puteri sebagai subjek utama dalam penyampaian.

9

Page 21: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

1.5 HIPOTESIS

Merujuk kepada topik penyelidikan, kajian ini memerlukan pemerhatian

penuh temadap amalan budaya melayu yang masih mengamalkan amalan syirik dalam

kehidupan seharian. Untuk kajian ini ia ledih memfokuskan kepada pergerakan yang

berunsur mistik yang diaplikasikan dalan bentuk area untuk tontonan masyarakat melayu

terutama kanak-kanak zaman sekarang yang tidak mengetahui dan mengenali budaya

sendiri.

i. Kajian ini telah menimbulkan satu perasaan ingin tahu dikalangan audience

terhadap teknik pembuatan dan media yang digunakan.

11. Hasil karya yang dihasilkan ini diharap dapat memberi satu pengalaman dan

pengetahuan kepada audience yang ingin mengetahui seeara mendalam ten tang

seni pembuatan tradisi masyarakat melayu khususnya bagi masyarakat di negeri

Kelantan.

10

Page 22: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

1.6 ISTILAHIMAKNA

Dalam konsep ini, pengkaji membincangkan ten tang konsep-kosep utama dalam

pengkajian iaitu pengaplikasian pergerakan bentnsur mistik dalam seni area Selain itu,

pengkaji juga menjelaskan serba sedikit tentang konsep seni dan konsep Bagi

membolehkan kita memahami secara keseluruhan projek penyelidikan tentang

Pergerakan Mistik ini adalah terlebih dahulu diperjelaskan ia sebagai landasan untuk

meneruskan penyelidikan.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat:

Pengaplikasian bermaksud :

.........Perihal (perbuatan) mengplikasikan sesuatll.Manakala Mengaplikasikan bennaksud

menggunakan secara praktik atau amali melaksanakan atau menggunakan pada amalan: mereka

mengetahui beberapa banyak teari dan ter/alll ingin- teari itll ke dalam sesi yang barll

dimulainya.

11

Page 23: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

Manakala Pergerakan pula membawa maksud:

...... kebangkitan (u1lIuk menjangkakan sesuatu), perihal (perbuatan) menggerakan.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat itu lagi, Mistik bennaksud:

...... suluk, tasawuf, dalam hal agama dan - ayat sangat fantik, kaedah ghaib tidak dapat

diselami olehpemikiran mantlsia, keanehan, keajaiban.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (I 997) Seni bennaksud:

... ... Seni maksud halus iaitll kecil, elok, tipis dan enak di dengar iaitll suara, comel bentuk

badon. Manakala seni II: membawa maksud kmya tennasuk sajak, lukisan, muzik, dan lain lagi

yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan membawa maksud

atau pengertian kebolehan mencipta sesllatll arca lukisan, lIkuran, khat, anyaman, kraf dan

sebagainya yang indah-indah belaka (Mohd lohari Ab. Hamid).

Menurut Kamus Dewan edisi keempat Area pula merujuk kepada:

...... patung yang menyerupai seseorang atau seslIatu tenltama dibuat daripada kayu, batu dan

sebagainya

12

Page 24: PENGAPLIKASIAN PERGERAKAN BERUNSUR MISTIK DALAM … pergerakan... · Dalam sesi perubatan main puteri ini terdapat pantang larang, petua-petua, ritual-ritual ... angin dalam diri

Area yang wujud dalam mang, menguasainya dengan dengan memberi bentuk

kepada ruang ii, Area juga menjadi pusat bidang kuasa yang dinamik, dengan memberi

kesedaran terhadap perhubungan antara pemerhati, mang, dan bentuk melalui bahan

(Syed Ahmad Jamal 1992). Sebuah area mengandungi struktur dengan gerak yang

disarankan.

Seni area berasal daripada perkataan sculpture berasal dari perkataan Yunani Tua.

Perlcataan ini membawa makna mengukir, menebuk, memotong, melirik dan sebagainya

(Gaunt 1966). Dalam istilah inggerisnya sculpture adalah merujuk kepada seni yang

mewakili objek yang diimaginasikan dalam bentuk kebendaan yang padu. Seni area

dapat dilihat, disentuh, dan dirasa ataupun dikatakan sebagai tiga dimensi.

13