pesta sukan dan kebudayaan belia malaysia 2014 peraturan...

7
1 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING 1.0 PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (INF) yang terkini. 1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :- 1.3.1 Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014. 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang Permainan Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (INF). 1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Bola Jaring PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014 adalah MUKTAMAD. 2.0 TARIKH PERTANDINGAN 20 hingga 23 November 2014 3.0 TEMPAT PERTANDINGAN Komplek Sukan Negeri Majlis Sukan Negeri Perlis 4.0 PENYERTAAN 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Persatuan Belia/Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Persatuan/Badan Gabungan masing-masing.

Upload: duongdang

Post on 07-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN ...belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2014/10/Bolajaring.pdf · 1 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN

1

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

1.0 PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (INF) yang terkini.

1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi

pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam

peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014.

1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus

berasaskan kepada Undang-undang Permainan Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (INF).

1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa

Pertandingan dan Teknikal Bola Jaring PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014 adalah MUKTAMAD.

2.0 TARIKH PERTANDINGAN 20 hingga 23 November 2014 3.0 TEMPAT PERTANDINGAN

Komplek Sukan Negeri Majlis Sukan Negeri Perlis 4.0 PENYERTAAN

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Persatuan Belia/Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Persatuan/Badan Gabungan masing-masing.

Page 2: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN ...belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2014/10/Bolajaring.pdf · 1 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN

2

4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan

WANITA yang terdiri daripada :-

Pengurus/Jurulatih Pasukan

1 orang

Atlet 10 orang

JUMLAH 11 orang

5.0 KELAYAKAN PESERTA

5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun antara 1 Januari 1974 dan ke atas sahaja layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.

5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan

kad pengenalan bagi setiap peserta bersama dengan borang pendaftaran peserta.

5.3 Hanya pasukan yang didaftarkan dengan wang cengkeram RM

100.00 mengikut Peraturan Am Perkara 7.2 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.

5.4 Kelayakan atlet negeri atau kebangsaan adalah merujuk

kepada Peraturan Am Perkara 4.6, PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014.

5.5 Bagi persatuan atau pertubuhan yang tidak mempunyai ahli

wanita atau lelaki adalah merujuk kepada Peraturan Am Perkara 4.8, PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014.

6.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari

sebelum pertandingan pertama dijalankan iaitu pada 20 November 2014. Masa dan tempat akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Penganjur.

6.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan

senarai nama peserta bersama dengan kad pengenalan, dan borang pertandingan yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa taklimat pengurus

pasukan adalah muktamad.

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan peringkat awal akan dijalankan secara Liga satu pusingan.

Page 3: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN ...belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2014/10/Bolajaring.pdf · 1 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN

3

7.1.1 Pasukan-pasukan akan diundi bagi menentukan

kumpulan masing-masing.

7.1.2 Pemenang-pemenang pertama dan kedua dalam setiap kumpulan layak memasuki peringkat 16 pasukan terakhir, suku akhir, separuh akhir dan akhir. Pasukan yang layak akan diundi selepas pusingan pertama.

7.1.3 Pemenang-pemenang dalam perlawanan Separuh Akhir

akan memasuki perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan. Pasukan-pasukan yang kalah akan bermain bagi menentukan tempat ketiga dan keempat.

7.4 Pertandingan di peringkat 16 pasukan terakhir, suku akhir,

separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara Kalah-Mati.

7.5 Sistem pemberian mata bagi pertandingan secara Liga adalah seperti berikut :-

Menang - 2 Mata Seri – 1 Mata Kalah – 0 Mata

8.0 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

8.1. Keputusan Seri

8.1.1 Sekiranya berlaku seri pada jumlah mata di akhir perlawanan secara Liga, maka keputusan perlawanan di antara kedua-dua pasukan akan diambil kira bagi menentukan pemenang, walau bagaimanapun:-

8.1.1.1 Jika kedua-dua pasukan seri, atau jika

lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan, purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu: jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena).

8.1.1.2 Jika purata gol masih seri, maka

perbezaan gol akan digunapakai (iaitu : jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena).

6.1.1.3 Jika kedudukan masih seri, maka

pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diistiharkan sebagai pemenang.

8.1.2 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat

16 pasukan terakhir, suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Page 4: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN ...belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2014/10/Bolajaring.pdf · 1 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN

4

8.1.3 Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh perlawanan.

8.1.4 Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap

bahagian akan dimainkan.

8.1.5 Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

8.1.6 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa

rehat.

8.1.7 Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

8.1.8 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,

permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

9.0. KELEWATAN

9.1 Lima belas (10) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas masa itu sesuatu pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain, maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada pertandingan.Pasukan Yang Menang akan diberi 10 Jaringan.

10.0 TEMPOH PERLAWANAN

10.1 Tempoh perlawanan adalah secara Dua Separuh Masa iaitu 15 minit, rehat 3 minit dan 15 minit.

11.0 PAKAIAN PESERTA

11.1 Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian seragam yang sama hendaklah dipakai di sepanjang kejohanan.

11.2 Setiap pemain hendaklah memakai baju-T atau Jersi dengan

‘skirt’ atau ‘track-bottom’. ‘Bloomers’ yang sama warna dengan skirt hendaklah digunakan. Seluar pendek atau ‘tight’ tidak dibenarkan.

11.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib

berlainan warna yang ketinggian hurufnya adalah 6 inci. 11.4 Sekiranya kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna,

maka keputusan pertukaran bib akan dilakukan secara lambungan duit.

12.0 MENARIK DIRI

Page 5: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN ...belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2014/10/Bolajaring.pdf · 1 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN

5

12.1 Menarik diri tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan dianggap menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan lagi menyertai perlawanan seterusnya.

12.2 Pemain tidak dibenarkan keluar gelanggang semasa berlaku

pemberhentian. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan akan dikira kalah dan dianggap menarik diri daripada keseluruhan pertandingan.

12.3 Tindakan disiplin terhadap pasukan yang menarik diri akan

diambil oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Persatuan Bola Jaring Malaysia.

13.0 PENANGGUHAN

13.1 Sekiranya memerlukan penangguhan atau hendaklah merujuk Perkara 12, Peraturan Am PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014.

14.0 PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN

14.1 Majlis Belia akan melantik Ketua Delegat Teknikal, delegat-delegat teknikal dan pegawai-pegawai teknikal tertakluk kepada Perkara 15, Peraturan Am PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014.

15.0 BANTAHAN DAN RAYUAN

15.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah merujuk kepada Perkara 18 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014.

16.0 TINDAKAN TATATERTIB

16.1 Tindakan Tatatertib yang akan diambil ialah mengikut Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (INF).

16.2 Seorang pemain yang diarah keluar gelanggang dan tidak

dibenarkan meneruskan permainan adalah dengan sendiri digantung bermain dalam perlawanan berikutnya, sehinggalah Jawatankuasa Tatatertib telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

17.0 JURI RAYUAN

17.1 Juri Rayuan terdiri daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Jawatankuasa pengelola iaitu :-

1. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Bola Jaring

2. Ketua Delegat Teknikal

Page 6: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN ...belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2014/10/Bolajaring.pdf · 1 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN

6

3. Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat

17.2 Juri Rayuan akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah

menerima bantahan atau rayuan dan akan menyampaikan keputusan kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk diumumkan.

17.3 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

18.0 JAWATANKUASA TATATERTIB

18.1 Jawatankuasa Tatatertib terdiri daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia iaitu :-

18.1.1 Presiden PBJM atau wakilnya. 18.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola. 18.1.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan/Teknikal

Kebangsaan. 18.1.4 Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Kebangsaan. 18.1.5 Ketua Delegat Teknikal / Pengarah Pertandingan

/ Pengurus Pertandingan.

18.2 Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah menerima laporan daripada Pengarah Pertandingan / Pengurus Pertandingan dan Pengadil serta membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil berlebihan daripada Para 17.1 di atas.

18.3 Jawatankuasa Tatatertib berhak mendapatkan sebarang

maklumat lanjut daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu untuk membuat keputusan.

18.4 Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad

dan tidak tertakluk kepada rayuan, baik di mahkamah mahupun dengan cara lain.

19.0 HADIAH-HADIAH

19.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :-

EMAS PERAK GANGSA

1(11) 1(11) 1(11)

Page 7: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN ...belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2014/10/Bolajaring.pdf · 1 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014 PERATURAN

SENARAI PEMAIN

PEMAIN SIMPANAN

Nama Pertubuhan:

Nombor Telefon Bimbit: No K/P:

BORANG PERTANDINGAN BOLA JARING

MA

JL IS BELIA

M

A L A Y S I A

Nama Pengurus:

PESTA SUKAN dan K E B U D AYA A NKANGAR, PERLIS INDERA KAYANGAN *** 21 - 23 November 2014

MENGGERAK BELIA MALAYSIA

belia malaysia

No K/P:Nama:

No K/P:Nama:

No K/P:Nama:

No K/P:Nama:

No K/P:Nama:

No K/P:Nama:

No K/P:Nama:

No K/P:Nama:

No K/P:Nama:

No K/P:Nama:

Kami telah membaca dan mempersetujui syarat-syarat pertandingan yang dilampirkan serta akan membuat segala persiapan yang sewajarnya untuk membolehkan peserta-peserta hadir pada waktu yang ditetapkan.

Disahkan oleh Cop Rasmi Pertubuhan:

Tarikh :