pesta sukan dan kebudayaan belia malaysia kali ke-4 ...€¦ · pesta sukan dan kebudayaan belia...

24
1 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014. Perkara di luar duga dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :- 1.1.1 Sebarang masalah teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Keputusan Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Kebudayaan PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014. 1.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Pertandingan Kebudayaan PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014 adalah muktamad. 2. TARIKH/MASA PERTANDINGAN Tarikh : 22 November 2014 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari 3. TEMPAT PERTANDINGAN Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis 4. PENYERTAAN 4.1 Penyertaan terbuka kepada semua Persatuan Belia/Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Persatuan/Badan Gabungan masing-masing. 4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan yang terdiri daripada :- Pengurus/Pengiring 1 orang Peserta 1 orang JUMLAH 2 orang

Upload: others

Post on 01-Nov-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

1

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4

PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM

1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut PERATURAN AM PESTA

SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014. Perkara di luar duga dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.1.1 Sebarang masalah teknikal akan diputuskan berasaskan

kepada Keputusan Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Kebudayaan PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014.

1.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan

Teknikal Pertandingan Kebudayaan PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014 adalah muktamad.

2. TARIKH/MASA PERTANDINGAN Tarikh : 22 November 2014 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari 3. TEMPAT PERTANDINGAN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis

4. PENYERTAAN

4.1 Penyertaan terbuka kepada semua Persatuan Belia/Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Persatuan/Badan Gabungan masing-masing.

4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan yang

terdiri daripada :-

Pengurus/Pengiring 1 orang

Peserta 1 orang

JUMLAH 2 orang

Page 2: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

2

5. KELAYAKAN PESERTA

5.1 Peserta mestilah berumur antara 15 hingga 40 tahun. 5.2 Peserta hendaklah mengemukakan dua (2) salinan kad pengenalan

bagi setiap peserta bersama-sama dengan borang pendaftaran peserta.

5.3 Hanya Peserta yang didaftarkan dengan wang pendaftaran RM 50.00

mengikut Peraturan Am Perkara 7.2 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.

5.4 Peserta yang pernah memenangi pertandingan deklamasi puisi

peringkat negeri atau kebangsaan atau profesional tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

6. TAKLIMAT PESERTA

6.1 Undian Giliran akan diadakan pada 21 November 2014, iaitu satu (1)

hari sebelum pertandingan dijalankan. 6.2 Peserta dikehendaki mengemukakan kad pengenalan, dan borang

pertandingan yang asal untuk disahkan. Tambahan bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa mesyuarat pengurus pasukan

adalah muktamad.

7. SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan akan dijalankan secara sekali sahaja pada masa yang ditetapkan oleh penganjur.

7.2 Peserta dikehendaki mendeklamasikan sebuah puisi yang disediakan

oleh urus setia seperti yang dilampikan.

7.3 Deklamasi Puisi hendaklah disampaikan dalam bentuk dekon, pentomin dan sajak bukan melagukan atau menyanyikan puisi.

7.4 Peserta hendaklah menghafal puisi pilihan mereka. Walau

bagaimanapun mereka dibenarkan membawa teks ketika mendeklamasikan puisi tapi ini akan mengurangkan markah.

7.5 Peserta dibenarkan bergerak bebas di atas pentas dengan cara yang

kreatif dan bersesuaian dengan sajak yang disampaikan. Pergerakan yang tidak sesuai boleh mengurangkan markah.

7.6 Peserta dibenarkan membawa alat bantuan (prop) yang bersesuaian

dan tidak membahayakan.

Page 3: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

3

7.7 Penggunaan muzik daripada CD sahaja yang dibenarkan. Penggunaan alatan muzik secara live tidak dibenarkan.

8. TEMPOH MASA PERSEMBAHAN

8.1 Jangka masa persembahan hendaklah tidak melebihi 7 minit. Markah akan ditolak sekiranya melebihi had masa yang diperuntukkan.

8.2 Jadual pertandingan tertakluk kepada pihak penganjur.

9. PAKAIAN PESERTA

9.1 Pakaian deklamator hendaklah bersesuaian dan sopan. 10. HAKIM DAN PENGIRAAN MARKAH

10.1 Panel Hakim akan dilantik oleh pihak penganjur. 10.2 Keputusan Hakim adalah muktamad.

10.3 Pembahagian markah adalah seperti yang berikut:

Bahagian Bahasa : 30 markah

(Sebutan dan Intonasi)

Bahagian Persembahan/Penghayatan (Penghayatan, Keyakinan Diri,Kefasihan : 25 markah dan Kelancaran

Bahagian Suara : 25 markah

(Intonasi, Kejelasan Sebutan & Vokal)

Bahagian Pergerakan (Penggerakan Badan, Ekspresi Muka, : 10 markah Aksi Penyampaian Emosi

Bahagian Kreativiti

(Busana Peralatan, Kesan Berseni & : 10 markah Kesan Muzik) JUMLAH : 100 markah

11. HADIAH-HADIAH

11.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti yang berikut :-

EMAS PERAK GANGSA

1 (2) 1 (2) 1 (2)

Page 4: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

1  

PASRAHKU BUATMU, MH370 Hujan rintik masih lagi belum berhenti aku terus menatap gelap malam sejuk dingin yang mengigit keresahan mengenang jauh merenung kesedihan di mana kalian sebenarnya? sudah 21 hari berlalu kehilanganmu sku masih setia menanti terus menanti tanpa berita pasti sampai bila aku harus terus melinangkan air mata? ketika sajak ini kucoretkan terpapar di kelopak mata wajah kalian bersilih ganti umpama titisan gerimis menitis di hujung jendela membisikkan kalian MH370 masih bernyawa menghembuskan nafas syahdu dari pelosok yang tak ditemui di mana kalian? akan kupasak memori melerai rindu di dada yang bermusim lamanya aku makin pasrah dalam kerinduan ini aku terus berdoa buatmu, MH370 aku pasti tak berhenti mengingatimu segar di ingatan segar di jiwa seolah kalian akan kembali semula namun aku terus pasrah buatmu, MH370 kepada pencipta, ALLAH Azmi Ismail Teluk Intan, Perak *** Antologi Puisi “Segusus Pasrah Buatmu MH370”

Page 5: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

2  

AIR MATA MH370 Mengenangmu MH370, denyut nadiku bagaikan direntap kedukaan membanjiri jiwa menjadi lautan kesedihan seluruh dunia bercerita kehilanganmu seluruh dunia meratap kesedihanmu penderitaan yang ditanggung kelukaan yang dijunjung melunturkan segala senyuman menghanyutkan segala keriangan air mata seluruh warga dunia menyaksikan kepergianmu di dalam perut Lautan Hindi Di bumi yang kau jejak sebak tangisan meratap kesedihan derita duka berombak kepiluan mengenang ketiadaanmu di landasan kesetiaan ada andaian membakar peta pencarian ada spekulasi merebak mengusutkan fikiran segalanya adalag sebuah ketentuan Dia ingin kita dekat kepada-Nya Dia ingin kita bina ikatan ukhwah bersama kembali erat teguhkukuh semangat perpaduan Ya Rabb kurniakan segunung cekal bersama semangat kekasih-Mu, Muhammad menyebarkan agama-Mu kepada pewaris-pewaris penumpang agar berbuah ranum keredaan jiwa walau renyuk segala kegembiraan jadikan sebagai hikmah suatu kejadian hindari mereka segala kedukaan ini agar dapat menjalani kehidupan sediakala di kala ketiadaan insan-insan tersayang. Efandi Yusop *** Antologi Puisi “Segusus Pasrah Buatmu MH370”

Page 6: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

3  

DI SINI KITA BERMULA Di sini kita bermula mengutip kata-kata tersirat berbudi dalam bahasa bercermin dalam budaya berilmu dalam akal berakhlak dalam amal. Di sini kita bermula mengutip lafaz keramat doa ayah dan restu ibu menderap langkah setia tanpa kecewa berputih mata ketika usia masih remaja. Di sini kita bermula bukan lagi memasang mimpi atau mentafsir dan mencari tetapi untuk menjulang maruah dan cita-cita mengatur langkah dalam diri membina mahligai bangsa mendaulat agama dan Negara. Sungai Petani Ogos 2002 *** Antologi Puisi Remaja “Peneraju Zaman”

Page 7: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

4  

PELANGI MUAFAKAT Akulah remaja itu Yang berdiri di bumi pencabar ini Yang memerhati dari jendela hati Bertandang gerimis musim kemarau Pelangi indah menghiasi awan. Jendela hati remajaku meronta ingin tahu Pelangikah ia apabila warna-warnamu berserakan. Ada berani dalam merahmu Ada harapan dalam jinggamu Ada sinaran dalam kuningmu Ada kesuburan dalam hijaumu Ada kemakmuran dalam birumu Ada kemahuan dalam indigomu Ada kecintaan dalam ungumu Ada kesatuan dalam warna-warnamu. Remajaku pun bias mengerti Warna-warnamu Adalah pelangiku Adalah muafakat warna-warna Adalah muafakat harapan sejagat. Oktober 2003 *** Antologi Puisi Remaja “Peneraju Zaman”

Page 8: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

5  

BUMIMU MASIH MERAH (buat pejuang-pejuang Palestin) a tangis pertamamu tidak berakhir di sini: anak watan di bumimu masih merah darah masih mengalir bersama kaca matamu ada peluru ada darah merah ada ibu dan adik-adik jadi mayat serpihan kemanusiaan hati kerasmu, anak Palestin: panas dan membara bikin kau kurang ajar pada kuasa besar yang bertopeng hipokrasi bangsamu tahu pasti dunia simpati b anak-anak Palestin azam jitumu padu dalam darah yang mengalir ada perjuangan yang satu tuntutan maruah bangsa dan agama! lihat, meski teman-temanmu gugur satu-satu kaubangun bermandi perjuangan mengutip satu-satu perhitungan generasimu! Perhentian malammu gelap anak-anak Palestin kenal pasti itu suara-suara peluru gendang tari tangisan pagi esoknya satu satu satu mayat hantu mendapat balasannya c anak-anak Palestin bumimu masih merah dan bisa cukupkah hanya sebuah puisi atau sekumtum simpati lewat mengiringi perjuanganmu? *** Kumpulan Puisi “Di Padang Kehidupan”

Page 9: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

6  

UJIAN Sejak tangisan pertama memelodikan mayapada Kita tidak bisa bebas daripada belenggu ujian, adikku Seperti sandiwara usia Ujian bisa mendewasakan kita Ujian bisa menjatidirikan kita Daripada gigitan aneka gejala Yang tidak serik-serik bergelora Di lautan samudera kehidupan insan. Adikku, ujian persis pertarungan Perlumbaan Perburuan Di perkebunan kehidupan Tewas bukan bererti gagal Tumpas bukan bererti bebal Sesekali hempedu kepahitan itu Menjelmakan katarsis kejayaan Barangkali benar, adikku Kebanyakan insan ternama Yang bertakhtar di mercu tanda kejayaan Pernah rebah tersungkur jatuh Sebelum bangkit kukuh Persis sang perjuang mengibarkan Panji-panji kemenangan Di medan pertempuran. Justeru, adikku Nyalakanlah dian cekal tabahmu Agar nurnya gemerlapan Menerangi setiap ruang kamar kehidupanmu Yang berteka-teki ini! Berita Perak, September 2000 *** Kumpulan Puisi “Di Padang Kehidupan”

Page 10: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

7  

BAHASA NEGARA BANGSA Bahasa itu menjiwai bangsa bahasa itu pelambang warga bahasa itu penentu bicara bahasa itu gambaran negara. Wadahnya hanya satu ikatan bangsa bersepadu tunjang kea rah bersekutu bahasa kebangsaan bermutu. Mengapa dibiarkan dilanda badai bahasa dan jiwa erat berangkai bahasa negara bangsa usah diabai utamakan kesempurnaan guna pakai tercemar Bahasa bangsa dipandang asai bertaraf dunia kualitinya sudah digapai sikap silu warga sendiri dipertikai bahasa bangsa dianggap kotai banggakan bahasa penjajah dipupuk belai. Martabatkan budaya wangsa

perkasakan Bahasa bangsa Keindahan berbahasa terpuji pekerti warga *** Kumpulan Puisi “Cinta pun malu bertanya”

Page 11: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

8  

BAHASA, JIWA DAN BANGSA Bahasa itu menyelimuti jiwa jiwa menunjangi bangsa bangsa digarap budaya budaya cerminan warga warga memugar negara. Dalam Bahasa ada jiwa

diselaputi tubuh dan nyawa digenggam hati dan rasa

bersepadu memartabatkan bangsa. Bahasa melingkung jiwa diungkap menzahirkan kata-kata diangkat bangsa berbudaya membentuk peradaban bangsa.

Dalam jiwa ada bangsa seiring menjunjung bahasa bahasa, jiwa dan bangsa penyatuan mendukung negara.

Tatkala disusun bicara bahasa merangkum wacana jiwa penghubung wahana bahasa bangsa dijulang bangga.

Tanpa Bahasa jiwa terkesima jiwa kegalauan menampung Bahasa

dan bangsa kehilangan tanda. Bahasa, jiwa dan bangsa teras keseimbangan perpaduan jelata. *** Kumpulan Puisi “Cinta pun malu bertanya”

Page 12: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

9  

KITA, TANAH DAN WARISAN Siapa pun kita pasti terikat pada bangsa apa pun kita jua pasti berpancaroba aneka berwarna. Ke mana arah kita dibawa arus semesta ke mana hala kita terlingkung warisan budaya. Warisan budaya bersendi di atas landasan tanah berpaksi kukuh pusaka dipasak bumi tegak berdiri pertiwi dipupuk kesetiaan menggenggam panji. Lagenda sejarah tiadakan terpadam mercu monument bukti tersergam pustaka budaya pelbagai ragam tersingkap menyusur adat resam terpelihara khazanah ditinta rakam warisan silam menyinar cakerawala alam tersingkap sebuah peradaban terpendam. Lahirnya warisan bertaraf dunia menjana ketamadunan bangsa kekayaan tanah diangkat adatnya. Kita, tanah, dan warisan terpalit kenangan tergamit pesanan. *** Kumpulan Puisi “Cinta pun malu bertanya”

Page 13: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

10  

SALAM 1 MALAYSIA SALAM MERDEKA Salam pada langit yang dijunjung salam pada bumi yang disanjung menampung suara-suara silam doa-doa restu tersirat dianyam salam satu Malaysia salam merdeka disulam. Mantan pejuang mengorak lembaran warga bangsa dibuai kebebasan naluri mereka dicarik seribu kepayahan nyawa dan korban penebus pertaruhan setiap titik keringat adalah darah pengorbanan demi sebuah merdekanya tamadun peradaban

mereka mewarisi tanah dan watan demi Negara bangsa terpelihara kesejahteraan.

Rela merebahkan tubuh namun panji digemggam utuh etika akur-patuh inti pati jiwa bertekad teguh. Keberanian merentangkan sayap ke puncak angkasa gumpalan rintangan diharung perkasa ke belakang enggan lagi menolehkan mata berkobar menggapai merdeka bukan retorik kata semangat kental menyelimuti rasa tegal biasa mereka bukan petualang bangsa tetapi mereka pejuang tulen Negara salam merdeka yang dianjurkan mereka salam kebebasan yang bertinta kepada sebuah sejarah tanah tercinta bertakhta di jemala singgahsana. Salam merdeka menunjang pengertian mendalam Salam 1 Malaysia mengikis prasangka dendam. *** Kumpulan Puisi “Cinta pun malu bertanya”

Page 14: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

11  

REFORMASI JIWA PEMUDA Anak-anak belia pemuda ayuh kita tanamkan reformasi agenda kita genggam ketetapan menusuk minda suatu reformasi berinovasi hala pembaharuan meniti menjalar jiwa tidaklah nanti dipertikai kata mahu dibentuk wadah negara berbangsa sedangkan generasi pemikiran kurang daya bagaimana pula mahu diterajui nusa angkara hasad dengki memasang kata menunggu kesempatan menghitung masa seteru berhasrat menggapai cita menakluki semangat dan jiwa pewaris pemuda dilaga sengketa. Pemuda pemudi digarap harapan menunjang kesinambungan

dari keturunan peredaran zaman memelihara tamadun peradaban berterusan misi ke era kemodenan.

Tegakkanlah reformasi di jiwa bangkit memugar tanah persada petualang datang menjurus bala dihulur tentangan tanpa prasangka sekali tanah dapat diteroka dirampas maruah direnggut bahagia bangsa jua yang merempat harta pada bumi empunya kita. Reformasikan sikap pemuda jelata biar tertumpah darah diledak rentaka tiada bergegar bumi tercinta di jiwa pewaris tertusuk citra perwira. *** Kumpulan Puisi “Cinta pun malu bertanya”

Page 15: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

12  

SUMPAH ANAK WAWASAN Hari ini, ketika bendera tiga puluh satu ogos berkibar megah di puncak laungan kemerdekaan kita anak-anak watan wawasan baru harus bangkit menggenggam tangan bersatu tenaga bersatu hati bersumpah setia di bumi merdeka penuh sejarah kita maju kehadapan menyanggah segala pengkhianatan kita bergerak menentang setiap lapis petualang negara. Hari ini, ketika laungan kemerdekaan bergemar megah kita anak-anak watan mengakrabkan semantat dan langkah berikrar meneruskan cita-cita dan wawasan negara membina kekuatan dan kemakmuran segara sejati mengembalikan keyakinan mencapai segala cita-cita membina negara biar maju dan makmur sepanjang zaman. Sebenarnya, inilah sumpah setia anak wawasan mengikat pedoman sejarah sebagai tonggak pedoman mengagungkan kemerdekaan di tanah air sendiri kita angkat panji-panji kecemerlangan negara ke puncak kemasyhuran dunia. UPM 2006 *** Kumpulan Puisi “Mujahadah”

Page 16: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

13  

GURINDAM SIMFONI BAHASA Kubuka jendela langit bahasa, Nyaman anginnya lembut terasa. Ada awan berarak megah, Bahasaku indah jangan disanggah. Demikian cakerawala sua saujana, Pamer ketinggian bahasa sempurna. Lewat tirai jendela burung terbang, Mengepak tinggi bahasa berkembang. Maju terjulang bahasa kebangsaan, Ke pelosok dunia menenun perasaan. Bahasa benderang bulan purnama, Gelita malam bertukar irama. Melimpah embun bahasa khazanah, Tinggi martabat tak kenal punah. Kecipak dingin tempiasan laksana, Bahasa berjiwa perkasa makna. Semarak bahasa tidak belenggu, Ritma menusuk beralun lagu. Kita nyanyikan penuh kesmaran, Memikat generasi seluruh lapisan. Usaha Persia senyuman manis, Ucapan bahasa sentiasa harmoni. Kerap di angkasa ada langkisau, Menggugah bahasa kita pun risau. Angin lembut membelai harapan, Warga cinta yakin di hadapan. Menjulang bahasa seperti diharapkan, Sehati sejiwa semua tumpukan. Bahasa bangsa tetap setia rela, Sentiasa di puncak ada pembela. Desa Jaya, Sungai Petani 1 Julai 2009 *** Kumpulan Puisi “Jendela Langit”

Page 17: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

14  

KEMBARAKU Kembaraku jalan seribu liku daripada jiwa yang Kauciptakan ke dalam jasad roh Kautiupkan dari tulang sulbi aku Kaukeluarkan di alam rahim bermula kembaraku di alam zahir nyata kembaraku. atas kealpaan dan keasyikanku rupa-rupanya kian berakhir kembaraku jalan nan kutempuh kian ke hujung pencarian yang kadangkala tidak bertebing keasyikan kepada dunia yang sementara dan terleka oleh laba yang tidak seberapa menyebabkan dada apabila kuhitung dosa dan pahala apabila kukira rugi dan laba untuk dibawa ke sana. Ya Rabb Kupohon barakah bagi sisa kembaraku kupohon rahmah bagi baki perjalananku lorongkanlah inayah pancarkanlah hidayah kupohon kembaraku berakhir dengan hasanah Kupohon reda-Mu untuk ke destinasi kembaraku menemui Dikau kembali ke haribaan-Mu. Sesudah Subuh 9 Syawal 1431/18 September 2010 ***Kumpulan Puisi “Mencari Makna Diri”

Page 18: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

15  

MAAF HAMBA BERTANYA Maaf hamba bertanya: Masihkah tuan hamba percaya? Tamadun kita lebih dua alaf usianya sudah terbina system pemerintahannya wilayah takluknya hingga ke Senggora dan Langkasuka berita kebesarannya dan hubungan akrabnya sampai di Sri Lanka bahasanya menjadi wahana pentadbiran juga bahasa dagang antara mancabangsa dan bahasa para pendeta mengaji agama. Maaf hamba bertanya: Masihkah tuan hamba percaya? Tamadun kita sudah cemerlang, gemilang dan terbilang pada zaman kesultanannya di serata pelosok Alam Melayu wujud kerajaan dengan daulatnya hidup bersendikan adat, adat bersendikan syarak -Samudea, Pasai, Melaka, Aceh, Patani, Kalimantan, Riau-Johor-Lingga dagang dan senteri memakmurkan iktisad dan ilmu bangsa ulama, pujangga dan pencerita menghasilkan karya -perihal agama wahyu, ilmu duniawi, undang-undang peraturan, ketatanegaraan, kisah dan ceritera dalam prosa dan puisi bermutu bahasa Melayu masyur hingga ke Turki dan Parsi dipelajari dan dikuasai menjadi syarat mendatangi negeri diperikan menyamai bahasa latin dan Perancis di benua atas angin. Maaf hamba bertanya: Masihkah tuan hamba percaya? Tamadun yang kita warisi daripada keutuhan sejarah kita jadikan asas kenegaraan kala menuntut pembebasan agama tonggak kehidupan bahasa wahana pemikiran budaya teras peradaban hak peribumi dikembalikan hak saudara senegara diperkongsikan raja nan adil dipertuankan. Maaf hamba bertanya: Masihkah semua itu tuan hamba pertahankan dalam mengemudi watan? Beijing 30 November 2010, 10.00 malam ***Kumpulan Puisi “Mencari Makna Diri”

Page 19: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

16  

GEMA SUARA Usahlah tuan hamba mengira kami akan berhenti daripada berkata-kata kerana kami mewakili suara hati rakyat jelata suara kesinambungan perjuangan orang merdeka. Usahlah tuan hamba mengira kami akan berhenti daripada berkata-kata kerana bahasa warisan pusaka kian ternoda oleh angkara gembala bangsa yang sering alpa. Usahlah tuan hamba mengira kami akan berhenti daripada berkata-kata kerana tidur kami tidak pernah lena oleh janji yang sering tidak terkota. Usahlah tuan hamba mengira kami akan berhenti daripada berkata-kata kerana jati diri bangsa kian sirna oleh pesona habuan dunia. Usahlah tuan hamba mengira kami akan berhenti daripada berkata-kata kerana kemuliaan budi pun kian hampa oleh hasad, kesumat dan perebutan kuasa. Usahlah tuan hamba mengira kami akan berhenti daripada berkata-kata kerana maruah diri telah jadi jajaan leluasa aib saudara dibuka dan diciptakan tanpa rasa dosa. Usahlah tuan hamba mengira kami akan berhenti daripada berkata-kata kerana nilai adab dan martabat bangsa kian tidak terbela apabila nafsu terdorong merencanakan sengketa. Usahlah tuan hamba mengira kami akan berhenti daripada berkata-kata kerana hati kami kian luka oleh kata bersulam janji tanpa makna. Usahlah tuan hamba mengira kami akan berhenti daripada berkata-kata kerana kami ada soalan untuk dijawab di alam sana tentang tanggungjawab ketika di dunia. Usahlah tuan hamba mengira kami akan berhenti daripada berkata-kata. Sesudah Subuh 11 April 2011 ***Kumpulan Puisi “Mencari Makna Diri”

Page 20: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

17  

MITOS BAHASA Kata yang empunya ceritera kononnya bahasa Melayu kosa kata asalnya hanya tiga patah padi, besi dan babi tiada sanadnya yang sah tiada ketahuan nama perawi enak dijadikan sendaan tiada sedar kejahilan diri terdedah. Kata yang empunya ceritera kononnya bahasa Melayu tiada berdaya menyahut cabaran gelombang samudera lamun di paparan sejarah telah tertera bahasa Melayu hebat sejak zaman Sriwijaya menanjak gemilang membina mercu tanda dalam zaman kesultanan di seluruh Nusantara dimahkotakan sebagai bahasa sempurna merentas ranah, sempadan dan bangsa. Kata yang empunya ceritera seluruh dunia kini kononnya beralih paksi kepada satu bahasa unggul sedunia nan tidak terperi syarat menjadi bangsa maju dan akal yang bestari Rupanya matanya kabur peribadinya lebur tidak bersaksi di atas dan di bawah angin sekian banyak bangsa teguh berdiri memacu kemajuan menguasai ekonomi, ilmu dan teknologi bertunjangkan kekuatan jati diri dan bahasa sendiri memanfaatkan seperlunya bahasa dagang tanpa larut makna diri. Mitos bahasa demi mitos bahasa diciptakan dan direkayasakan konon atas nama kemajuan bangsa dan Negara tiada insaf akan fitrah ketetapan Yang Berkuasa mengurniai setiap bangsa dengan bahasa bukan sia-sia memantapkan cita membina akal budi meningkatkan wibawa tidak kehilangan jejak dalam persaingan di pentas perdana kerana kita perlu ada mata alamat yang nyata mencapai puncak jaya dengan acuan dan citra wangsa. Beijing 21 April 2011 ***Kumpulan Puisi “Mencari Makna Diri”

Page 21: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

18  

GURINDAM KASIH BAHASA Tegak bahasa payung negara, Tinggi tamadun puncak penara. Rendang bahasa kitalah jaga, Subur pohonnya mahallah harga. Belailah dia bahasa kita, Jangan dibiarkan tidak terkata. Kembang bahasa taman pusaka, Pupuk kasih mesra belaka. Janganlah segan membina bahasa, Bajai dia sepanjang masa. Kuntum bahasa mekar di tangan, Usah robek koyak pun jangan. Bahasa kita ibu kandungan, Berdosa amat derhaka jangan. Tanah pusaka junjungan martabat, Hancur bahasa berkecai kelibat. Kasih bahasa tenunan murni, Semarak jiwa berhati berani. Sepanjang hayat bahasa bergema, Memancar tamadun senandung ritma. Marilah bersama kita memacu, Daulatkan bahasa megah di mercu. Termaktub bahasa di lembar lembaga, Janganlah bimbang kacau curiga. Gurindam kasih bahasa sayang, Harum mekar terbayang-bayang. Gurindam kasih bahasa paduan, Gemilang pusaka kita tonjolkan. Desa Jaya, Sungai Petani 22 Jun 2009 ***Kumpulan Puisi “Jendela Langit”

Page 22: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

19  

LAGU 31 OGOS Hari ini kita tidak menyanyikan lagu sedih kita lupakan saja hari malang kita kuburkan seala kesialan lampau ke timbunan sejarah lama. Hari ini kita nyanyikan suria cemerlang kita puji bendera berkibaran di angkasa kita nyanyikan kemakmuran negara kita nyanyikan kemajuan nusa. Mari kita bersuka sambil menyanyi biar girang gembira gemuntur lagu biar suara lagu kita terbang ke tanah lombong terbang ke jelapang padi terbang ke kebun nanas terbang ke dusun nyiur terbang ke pelabuhan terbang ke kebun getah terbang ke bagan perikanan terbang ke tiap ceruk malaysia Biar benih merdeka, keadilan dan kejujuran melayang ke lubuk nurani rakyat mekar kuntum cantik berseri. ***Antologi Puisi “Tanah Airku”

Page 23: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA 20 – 23 November 2014 *** Perlis Indera Kayangan

  

20  

OH BELIA! Oh belia di ini ketika Kamu berseru bertalu-talu Mengeluarkan cakap berbagai-bagai aneka Tetapi bangsamu masih lagi malu Sayang belia hilang jasamu Tetapi jangan berserik hati Bekerja berusaha dengan tenagamu Supaya seruan mengandung erti Jika kamu berseru sahaja Siapakah yang akan ambil peduli Jadilah kamu umpama penjaja Beruntunglah kamu jika ada pembeli Oh belia sedih hatiku Melihat usahamu terbengkalai Penjualan kamu tidakkan laku Kepada orang yang tak suka beli Belia wei kamu pandai bercinta Mengeluarkan perkataan “I love you” Adakah kebangkitan bangsa dapat dipeta Dengan perkataan itu kamu merayu Oh belia aku tahu kamu pandai Dengan segala tutur katamu Tetapi belia suaramu tersidai Umpama kain di atas kayu Oh belia kerja kamu Jangan duduk leka bersuara Hingga nampak akan jasamu Baharulah bangsamu dari berdora Tetapi belia kamu mesti mendapat Daripada fitnah hamun dan maki Sebelum perbuatanmu keluar kerapat Itulah sahaja yang kamu dengari Oh belia jangan berhenti Dengan tawakkal teruskan cita-citamu Apabila sudah nampak bukti Di situlah baharu bangun namamu Di ketika itu kamu dipuji Dikata kamu rajin usaha Di sana sini namamu terwangi Kamulah sahaja mereka berbeka Oh belia tak guna lagi Kamu berseru bangunlah bangsa Bekerjalah dengan berkata sekali Baharulah memancar keluarnya jasa. Majlis 13 Mac 1940 ***Antologi Puisi “Tanah Airku”

Page 24: PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 ...€¦ · PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN SYEMBARA PUISI 1. PERATURAN AM 1.1 Pertandingan

NAMA PESERTA

Nama:

Alamat:

Nombor Telefon: Emel:

No. K/P: Tarikh Lahir:

Nama Pertubuhan:

Nombor Telefon Bimbit: No K/P:

BORANG PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI

MA

JL IS BELIA

M

A L A Y S I A

Nama Pengurus:

PESTA SUKAN dan K E B U D AYA A NKANGAR, PERLIS INDERA KAYANGAN *** 21 - 23 November 2014

MENGGERAK BELIA MALAYSIA

belia malaysia

Kami telah membaca dan mempersetujui syarat-syarat pertandingan yang dilampirkan serta akan membuat segala persiapan yang sewajarnya untuk membolehkan peserta-peserta hadir pada waktu yang ditetapkan.

Disahkan oleh Cop Rasmi Pertubuhan:

Tarikh :