e-majalah pesta kaamatan 2009.pdf

22
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009 PERINGKAT DAERAH BELURAN 17 Mei, 2009 Dewan Serbaguna Beluran Dirasmikan Oleh Huguan Siou Huguan Siou Y.B Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah / Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2009 “ BERSAMA MEMBENTUK MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK ” “MIISO MOMORUN DO SUAB DI LOBI KOMOGOTON” “ TOGETHER WE MOULD A BETTER FUTURE ”

Upload: voxuyen

Post on 12-Jan-2017

376 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

1

PERINGKAT DAERAH BELURAN

17 Mei, 2009Dewan Serbaguna Beluran

Dirasmikan Oleh

Huguan SiouHuguan SiouY.B Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan

Timbalan Ketua Menteri Sabah / Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta KaamatanPeringkat Negeri Sabah 2009

“ BERSAMA MEMBENTUK MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK ”“MIISO MOMORUN DO SUAB DI LOBI KOMOGOTON”

“ TOGETHER WE MOULD A BETTER FUTURE ”

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

2

Montok savi-avi tambalut-tambalut,tobpinai-tobpinai id somok om id sodu,

ii rinumikot do hiti do sumokodung om rumamai

songowian do tokou id watas Beluran.Kotouhadan.

“To all our esteemed visitors, we welcome you to Beluran,

Thank you and have a happy Kaamatan (Harvest) Festival”

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

PERUTUSANPENGERUSI JAWATANKUASA INDUK PERAYAAN PESTA KAAMATAN

PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2009

Salam bahagia, salam hormat dan salam sejahteraKopivosian om kounsikaan kumaa tobpinai ngawi

Pertama sekali, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izinNya, sekali lagi kita dapat berkumpul dan bersua muka sempena perayaan Pesta Kaamatan yang disambut sejak awal bulan Mei ini lagi.

Pesta Kaamatan bermula dengan pelancaran di daerah Papar pada 1 Mei, disusuli pula dengan sambutan di peringkat kampung, Mukim dan juga Daerah di seluruh Negeri ini.

Atas sokongan padu, semangat yang kental, usaha yang gigih serta kerjasama yang erat dari semua pihak, perayaan Pesta Kaamatan di peringkat ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Saya yakin dan percaya perayaan seumpama ini mampu menjadi wadah yang efektif untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa, keturunan dan agama ke arah melahirkan sebuah masyarakat maju yang cemerlang, gemilang dan terbilang berasaskan identiti dan jatidiri tersendiri.

Justeru itu, marilah kita bersama-sama menyahut seruan ini agar sambutan perayaan ini menjadi satu pendorong kepada kita semua untuk mengejar kejayaan dan menjadi bangsa yang disegani sesuai dengan objektif sambutan yang menjadi intipati tema Perayaan Pesta Kaamatan pada tahun ini, iaitu “BERSAMA MEMBENTUK MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK”.

Masa depan bangsa dan negara kitalah adalah terletak di tangan kita semua. Atas kesedaran itu, marilah kita terus berganding bahu menggembling tenaga dan usaha memelihara warisan tradisi dan kebudayaan yang tidak ternilai harganya ini agar terus berkekalan.

Dengan terlaksananya pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2009 ini, saya dengan penuh sukacitanya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pelaksana, Urusetia Induk, para penaja serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan, omKaansaian Mangiantak Orou Mayoh Napangaan Nantab.

“Bersama Membentuk Masa Depan Yang Lebih Baik”“Together We Mould A Better Future”“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

(HUGUAN SIOU Y.B DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN DATUK KITINGAN, JP)Timbalan Ketua Menteri Sabah/Menteri Pembangunan Infrastruktur SabahPengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2009

3

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

PERUTUSAN

DARIPADA YB DATUK RONALD KIANDEETIMBALAN YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT / ADR P.183 BELURAN

SEMPENA PERAYAAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH BELURAN 2009

Salam Sejahtera

Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menganjurkan majlis yang gilang gemilang ini dan saya sangat berbesar hati kerana diberi ruang untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk buku cenderamata.

Perayaan Pesta Kaamatan ini adalah satu pesta yang telah lama diadakan dan disambut setiap tahun pada bulan Mei oleh rakyat di negeri Sabah. Dengan adanya pesta seperti ini, ianya dapat memupuk perpaduan yang erat bukan sahaja antara kaum malahan di antara kaum itu sendiri juga perlu wujud konsep satu Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri kita.

Selain daripada itu, program-program seperti ini dapat menjadikan negara kita terus stabil dan bersatu bagi membolehkan pembangunan dapat dijalankan di negara kita Malaysia terutama di kawasan Daerah Beluran ini.

Saya Berharap usaha ini akan berterusan untuk mencapai matlamat di atas walaupun banyak halangan dan dugaan. Oleh itu, saya akan memberi sokongan yang berterusan untuk program-program seperti ini di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan

“BERSAMA MEMBENTUK MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK”

( DATUK RONALD KIANDEE )

4

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

PERUTUSAN

Y.B. DATUK SERI PANGLIMA MICHAEL ASANG AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH N.40 LABUK MERANGKAP PEMBANTU MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN SABAHSEMPENA PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH BELURAN 2009

Salam Hormat dan Salam Sejahtera,

Syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa kerana dengan izinNya, sekali lagi kita dapat bersama-sama merayakan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah

Beluran yang berpusat di Pekan Daerah Beluran pada hari ini. Malah kita merasa amat bertuah dan berterima kasih kerana Sambutan Pesta Kaamatan di daerah kita pada tahun ini dilancarkan sendiri oleh Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan selaku Huguan Siou merangkap Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Tema perayaan Pesta Kaamatan pada tahun ini ialah "Bersama Membentuk Masa Depan Yang Lebih Baik" yang menekankan betapa pentingnya kerjasama, perpaduan dan semangat muhibbah di kalangan semua lapisan masyarakat. Kita sedia maklum bahawa kestabilan, kemajuan dan kejayaan sesebuah negeri itu adalah bergantung kepada keharmonian dan perpaduan yang ampuh di kalangan rakyat jelata. Dalam konteks ini, selaku warganegara Malaysia di Sabah kita amat bersyukur kerana kita mempunyai sebuah Kerajaan yang mantap dan efisyen serta diwarnai pula dengan masyarakat majmuknya yang berbilang bangsa dan agama yang saling berkongsi kehidupan dan kesejahteraan berbanding rakyat di negara-negara lain. Justeru, bersesuaian dengan tema perayaan pada tahun ini, saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat khususnya di Kawasan DUN Labuk, agar menjadikan perayaan ini sebagai landasan terbaik di dalam memupuk dan memelihara perpaduan yang sedia ada. Di samping itu juga, kita harus tidak lalai daripada terus berusaha gigih di dalam apa juga bidang yang diceburi kerana usaha itu tangga kejayaan.

Pada kesempatan ini, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan kerana dapat meluangkan masa bersama kita pada perayaan tahun ini walaupun beliau mempunyai jadual yang amat ketat. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Jawatankuasa Penganjur dan Pelaksana Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran di atas kejayaan menganjurkan perayaan ini. Semoga Tuhan terus memberkati kita semua.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.

'BERSAMA MEMBENTUK MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK'

[ Y.B. DATUK SERI PANGLIMA MICHAEL ASANG ]Ahli Dewan Undangan Negeri N40 Labuk merangkapPembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah.

5

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

PERUTUSAN

YB DATUK HJ. SURADY KAYONGSEMPENA PERAYAAN PESTA KAAMATAN

PERINGKAT DAERAH BELURAN 2009

Selamat sejahtera dan salam perpaduan

Terlebih dahulu saya selaku Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Beluran ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Menyambut Hari Ka’amatan kepada semua Kaum KadazanDuzun di Daerah Beluran. Sambutan Pesta Ka’amatan disambut dan diraikan setiap tahun bukan sahaja di Peringkat Negara tetapi juga disetiap Daerah di Sabah, tidak terkecuali di Daerah Beluran. Perayaan ini sudahpun diiktiraf sebagai satu perayaan dengan menjadikan kemuncaknya 30 – 31hb Mei sebagai Cuti Umum di Negeri Sabah.

Negara Malaysia kita yang tercinta ini setiap rakyat diberi kebebasan mengamalkan Agama yang dianutinya, dan bebas mengamalkan budaya masing-masing. Ini adalah satu keunikan dan kelebihan Negara kita yang tidak terdapat di Negara lain. Bukan itu sahaja, setiap rakyat bersama-sama turut meraikan perayaan suku lain. Amalan inilah yang wajar dikekal dan terus dipelihara sebagai teras mewujudkan perpaduan rakyat.

Oleh itu, sempena menyambut Pesta Kaamatan tahun ini, saya berharap agar masyarakat di Daerah Beluran ini terus dapat mengekalkan perpaduan dan dapat memelihara keharmonian antara kaum dengan sentiasa menghormati dan sama-sama meraikan perayaan suku atau etnik masing-masing, kerana perbedaan inilah budaya kita yang wajar dipelihara sepanjang masa.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada AJK Pelaksana yang telah berjaya menganjurkan pesta ini.

Sekian,

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN

* BERSAMA MEMBENTUK MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK*

( YB DATUK HJ. SURADY KAYONG )

6

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Induk Penganjur Perayaan

Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran bagi tahun 2009 ini kerana memberi penghormatan dan ingatan kepada KDCA Pekan Beluran untuk menurunkan sepatah dua kata dalam Buku Cenderamata ini.

Sesungguhnya Perayaan Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun telah mampu memupuk perpaduan dan keharmonian dikalangan penduduk yang berbilang bangsa dan anutan agama yang sedia terjalin khususnya di daerah ini. Saya berharap usaha Kerajaan mahu melihat kebudayaan dan kesenian ini berkembang seiringan dengan pembangunan Negara dapat di sambut baik oleh semua golongan masyarakat di daerah ini. Saranan YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak supaya konsep " 1 MALAYSIA " dapat diserap disemua peringkat kehidupan Rakyat Malaysia perlu diamal dan dipraktikkan.

Tema Perayaan Pesta Kaamatan tahun ini "Bersama Membentuk Masa Depan Yang Lebih Baik " atau dalam bahasa Kadazan Dusun " MIISO MOMORUN DO SUAB DI LOBI KOMOGOTON " adalah bertepatan dengan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia dan hasrat YAB Datuk Seri Huguan Siou Joseph Pairin Kitingan supaya masyarakat Kadazan Dusun Murut terus melipatgandakan usaha ke arah kecemerlangan.

Ucapan tahniah juga kepada Pihak Penganjur atas usaha gigih menjayakan Perayaan Pesta Kaamatan tahun ini. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan "KOPIVOSIAN, KOUNSIKAAN OM KOTOBIAN DO TADAU TAGAZO KAAMATAN " kepada semua.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2009 ini dengan perasaan muhibbah dan bersemangat.

Sekian dan terima kasih.

KOPKVOSIAN KOUNSIKAAN OM KOTOBIAN DO TADAU TAGAZO KAAMATAN

Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Murut Sabah

Cawangan Pekan Beluran D/a: Peti Surat 52

90107 Beluran

PEKAN BELURAN.

7

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

PERUTUSANPENGERUSI JAWATANKUASA INDUK PERAYAAN PESTA

KAAMATAN PERINGKAT DAERAH BELURAN BAGI TAHUN 2009

Terlebih dahulu saya bagi pihak jawatankuasa penganjur Pesta Kaamatan beserta penduduk-penduduk Daerah Beluran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Negeri Sabah 2009, di atas kesudian Yang Berhormat Datuk Seri hadir sama di majlis ini dan selanjutnya merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran tahun 2009 pada hari ini.

Kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri mencerminkan keprihatinan Datuk Seri khususnya dan kerajaan negeri amnya terhadap aktiviti sosio budaya rakyat khususnya di daerah ini. Kami merasa bangga dan dihargai kerana kehadiran Datuk Seri. Sebagai pengerusi jawatankuasa induk perayaan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah di atas pemberian peruntukan, penasihat dan juga penaung utama perayaan ini Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Beluran, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Michael Asang, Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk; dan Yang Berhormat Datuk Surady Kayong, Ahli Dewan Undangan Sugut diatas sokongan mereka kepada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa, Jawatankuasa Pelaksana serta ahli-ahli jawatankuasa mereka serta semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menyumbangkan tenaga dan material bagi menjayakan perayaan ini.

Sama seperti komposisi kaum Negeri Sabah, Daerah Beluran juga terdiri dari pelbagai suku kaum: Kadazan/Dusun, Orang Sungei, Tidong, Bajau, Dumpas, Berunai, Suluk, Ubian, Cocos, Rungus, Cina dan lain-lain. Perkara yang membanggakan kita semua ialah suku kaum yang mempunyai norma-norma budaya, adat resam dan agama serta sistem kepercayaan yang berlainan dapat hidup dengan rukun dan damai dalam persekitaran yang sama. Malah berganding bahu menangani masalah dan berjalan seiring meniti kejayaan.

Tema perayaan Kaamatan pada tahun ini: “Bersama Membentuk Masa Depan Yang Lebih Baik” adalah bertepatan dengan konsep “One Malaysia”, yang sama-sama perlu kita hayati dan capai.

Sempena perayaan yang merupakan manifestasi kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Kuasa di atas rahmat yang dicurahNya kepada aktiviti-aktiviti agraria khususnya hasil tanaman padi, marilah kita sama-sama menggembling usaha untuk mencapai hasrat negara kearah kemiskinan Tegar Sifar menjelang 2010.

KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN

* BERSAMA MEMBENTUK MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK *

[ RAJIBI HJ. AMAN ]

8

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

ATURCARAPerayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran Tahun 2009

17 Mei, 2009 – Dewan Serbaguna Beluran

Masa Acara

07.30 pagi : Ketibaan orang ramai dan AJK Penganjur

08.00 pagi : Ketibaan Ketua-Ketua Jabatan/Agensi

08.30 pagi : Ketibaan Dif Jemputan

07.50 pagi : Ketibaan Y.Bhg. Encik Rajibi Hj. Aman, Pegawai Daerah Beluran merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2009

09.30 pagi : Ketibaan YB Datuk Hj. Surady Kayong, ADUN N.39 Sugut Beluran

: Ketibaan YB Datuk Seri Panglima Michael Asang, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, merangkap ADUN N.40 Labuk Beluran

: Ketibaan YB Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat Malaysia, merangkap Ahli Parlimen P.183 Beluran

10.00 pagi : Ketibaan Huguan Siou YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah

10.10 pagi : Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

10.20 pagi : Ucapan seterusnya Perasmian Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2009 oleh Huguan Siou YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah /Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah.

: Acara Simbolik Majlis Perasmian iaitu mengetam padi

: Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi

10.50 pagi : Persembahan Koir

: PersembahanTarian Sembah Tamu – Kumpulan Angkatan Tari Kreatif Beluran

: Persembahan Tarian Megalai Labuk – Kumpulan Tari Telupid

11.00 pagi : Pertandingan Unduk Ngadau (Pusingan Pertama)

: Persembahan Tarian Sumazau – Kumpulan Angkatan Tari Kreatif Beluran

: Pertandingan Unduk Ngadau (Pusingan Kedua)

: Persembahan Tarian Suan – Kumpulan Dumpas Kg. Perancangan

9

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

: Pertandingan Unduk Ngadau (Pusingan Ketiga)

: Persembahan Slaid Miss Unduk Ngadau Beluran

: Lambaian Terakhir Miss Unduk Ngadau 2008

: Pemahkotaan Ratu Unduk Ngadau 2009

01.00 tghari : Makan Tengahari untuk VIP, AJK Penganjur dan Ketua-Ketua Jabatan/Agensi

: REHAT

01.30 pm : Keberangkatan balik Huguan Siou YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah/Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah dan rombongan

02.00 pm : AJK Penganjur dan VIP mengambil tempat di dewan serbaguna.

: Persembahan Tarian Mongigol Sumundai – Kumpulan Tari Rungus Tangkarason

02.10 pm : Pertandingan Sugandoi Kaamatan dimulakan

: Persembahan Tarian Mengelok – Kumpulan Angkatan Tari Kreatif Beluran

: Cabutan Tiket Bertuah

04.30 pm : Penyampaian Hadiah Pemenang Sugandoi Kaamatan

: Cabutan Tiket Bertuah (Hadiah Utama)

05.00 pm : ACARA SELESAI

“BERSAMA MEMBENTUK MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK”“TOGETHER WE MOULD A BETTER FUTURE”

“ MIISO MOMORUN DO SUAB DI LOBI KOMOGOTON”

10

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

AHLI JAWATANKUASA INDUK PERAYAAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH BELURAN 2009

DI DEWAN SERBAGUNA BELURANPADA 17 MEI, 2009

Penasihat : YB Datuk Ronald KiandeeYB Datuk Seri Panglima Michael AsangYB Datuk Hj. Surady KayongYbhg. Encik Asmat Nungka

Pengerusi : Encik Rajibi Hj. AmanPegawai Daerah Beluran

Pengerusi Bersama

Timbalan Pengerusi ITimbalan Pengerusi II

:

::

Encik Benedict AsmatPenolong Pegawai Daerah Pentadbiran

Encik Patrick Lee MojinumEncik Medin Masandoh

Setiausaha

Bendahari

:

:

Encik Janai Sikawa

Encik John Enggir

Ahli Jawatankuasa : Semua Ketua Jabatan/Agensi Daerah Beluran

JAWATANKUASA KECIL

1. Jawatankuasa Kecil Unduk Ngadau : Puan Joslen Marusin

2. Jawatankuasa Kecil Sugandoi Kaamatan

: Encik Janai Sikawa

3. AJK Penyediaan Pentas : Majlis Daerah Beluran

4. Jawatankuasa Kecil Penyediaan Pentas dan Persembahan Kebudayaan

: Encik Roland H. Lindan

5. Jawatankuasa Penyediaan Hadiah dan cenderamata

: Encik Janai Sikawa

6. Jawatankuasa Kecil Publisiti : Jabatan Perkhidmatan Penerangan Daerah Beluran

7. Jawatankuasa Kecil Keselamatan : PDRM Daerah BeluranRELA Daerah

8. Jawatankuasa Kecil Kecemasan : Hospital dan Jabatan Kesihatan Beluran

9. Jawatankuasa Kecil Kebersihan : Majlis Daerah Beluran

11

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

10. Jawatankuasa Kecil Penyediaan Buku Cenderamata

: Cik Martina Jublee/Pejabat Daerah Beluran

12. Jawatankuasa Kecil Makan/Minum VIP dan AJK Penganjur

: Cik Hartini Binti Mohd Bongsu/Puspanita

15. Jawatankuasa Kecil Juruacara Perasmian/Siaraya

: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Daerah Beluran

16. Juru Acara Unduk Ngadau/Sugandoi Kaamatan

: Encik Morius PernamaCik Rohana Nasir

17. Jawatankuasa Protokol dan Penyambut Tetamu

: Pejabat Pelajaran Daerah Beluran

12

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

AHLI JAWATANKUASA UNDUK NGADAU 2009

Pengerusi : Puan Joslen MarusinSetiausaha : Cik Martina JubleeAJK : Puan Rosnah Jalani

: Puan Katherine Insil: Puan Telis Majunis: Puan Connelia Longinus: Puan Norima @Raima Jum: Puan Erika Frederik: Cik Yenny Kuan: Encik Liaman Micheal: Encik Collin Kar

Bahagian Pengurusan Ratu dan Pentas : Encik Laiman Micheal: Encik Collin Kar

Bahagian Pengurusan Flower Girl/ : Puan Connelia LonginusKertas Soalan

Bahagian Slide Presentation : Puan Katherine Insil: Puan Erika Fredrick

Bahagian Pengurusan Hadiah : Puan Telis Majunis: Puan Noraima @ Raima Jum

Pengurusan Pengadilan : Cik Martina Jublee: Puan Rosnah Jalani; dan: AJK

13

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

AHLI JAWATANKUASA URUSETIA / TIKET BERTUAHPEJABAT DAERAH BELURAN

Puan Hajjah Norhani Hj. DahaCik Rozita Hj. Daha

Cik Jalimah AmbasingPuan Asnah @ Rosmah Tara

Puan Gosma AmbongPuan Salinah Kablen

Puan Rose Mary EntangPuan Katherine InsilCik Martina Jublee

Mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

14

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

BIODATA

ASALTARIKH LAHIRTEMPAT KELAHIRANHOBI

PEKERJAAN

PENDIDIKAN

: PEKAN TELUPID: 07.10.1985: PEKAN TELUPID: BERSUKAN, MELANCONG

DAN MEMBACA BUKU: PEMBANTU UNDANG-

UNDANG DI ZAHIR SHAH & CO.

: STPM. LLB JURISPRUDENS (UM)

(PART TIME STUDENT DALAM KOS UNDANG-UNDANG)

Kopivosian!

Sempena Bulan Kesyukuran dan Penghormatan kepada Baambazon ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan untuk semua dan semoga pada bulan ini, kita akan merayakan Pesta Kaamatan ini dengan penuh rasa kesyukuran dan semangat Perpaduan bersama.

Akhir sekali, marilah kita bersatu padu membentuk sebuah Negara yang lebih baik sesuai dengan tema Kaamatan pada tahun ini iatu, “Bersama Membentuk Masa Depan Yang Lebih Baik”.

Kotohuadan!

15

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

MISS JUSSY KUTIK @ MARYUNDUK NGADAU TAHUN 1992

MISS CHRISTINA @ LISNA BANGKIT UNDUK NGADAU TAHUN 1993

MISS HAMSIAH JAPAR UNDUK NGADAU TAHUN 1994

MISS ELISEBA KODOH UNDUK NGADAU TAHUN 1995

16

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

MISS ELISA ROSLEY UNDUK NGADAU TAHUN 1996

MISS MARY LEE SIEW KYUN UNDUK NGADAU TAHUN 1997

MISS ROSLIN LEE UNDUK NGADAU TAHUN 1998

MISS ERICA FREDERICK GONDOU UNDUK NGADAU TAHUN 1999

17

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

MISS DORIA FRANCIS ANGGI UNDUK NGADAU TAHUN 2000

MISS CLAUDIA LAWRENCE UNDUK NGADAU TAHUN 2001

UNDUK NGADAU TAHUN 2002 MISS MELNAH MARTIN

MISS VENASSA MERVINUNDUK NGADAU TAHUN 2003

18

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

MISS LINDA TANUNDUK NGADAU TAHUN 2004

MISS RITALIN JOHNDERYUNDUK NGADAU TAHUN 2005

MISS RINAH MICHAEL UNDUK NGADAU TAHUN 2006

MISS SYLVIA ENGKOK UNDUK NGADAU TAHUN 2007

19

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

Lagu-Lagu Kaamatan

20

Tadau Tagazo Do Kaamatan

Tadau tagazo do kaamatanKopivosian dot tobpinai ngaviTadau tagazon do kaamatanKounsikaan do tokou savi-avi

Kopivosian do id tobpinai ngaviKounsikaan dot tokou savi-avi

Mohoing tanak kusai tondu ngaviKadazan tokou do savi-avi

Tobpinai doid nombo nopoKanou lumamai tokou

Doid nombo tokou nopoOntok tadau tagazo diti

Tadau tokou do kopivosianKoubasan tokou tikid taun

Kanaou tobpinai kopivosianTadau tagazo do kaamatan

Kinasakazon Bambazon

Toun haid tumahib aau opiumananToun vagu naikot noh gontob

Tadau do kalamazon

Kotobian do taun vaguDoid songovian

Kada tokou pogivovoguOndomon kovosian

Kanou no manaandak mohoing dazanak

Tadau tagazo do kaamatanKinosakazon bambazon

Kotobian do taun vaguDoid songovian

Kada tokou pogivovoguOndomon kovosian

Kotobian om kounsikaan hasa sopiampun

Mii iso tokou doid koubasananIngkaa daa tikid taun

Kotobian do taun vaguDoid songovian

Kada tokou pogivovoguOndomon kovosian

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

Sekalung PenghargaanPihak Jawatankuasa Penganjur ingin merakamkan setinggi penghargaan

kepada :-

Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan,

Y.B. Datuk Ronald Kiandee,

Y.B. Datuk Seri Panglima Michael Asang,

Y.B Datuk Hj. Surady Kayong,

Ybhg. Encik Asmat Nungka

Encik James Ratib

Pejabat Daerah Beluran,

Polis Di Raja Malaysia Beluran,

Majlis Daerah Beluran,

Pejabat UPKR N.40 Labuk,

Pejabat UPKR N.39 Sugut

Puspanita Beluran,

KBS Beluran,

SESB Beluran

RELA Daerah Beluran

Jabatan Perkhidmatan Penerangan Daerah Beluran

Jabatan Kesihatan Kawasan Beluran,

Jabatan Pelajaran Beluran,

Jabatan Pertanian Beluran,

Jabatan Air Beluran,

Jabatan Kerja Raya Beluran,

SMK Beluran

SK Pekan Beluran

Semua Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK

dankepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam

menjayakan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran Tahun 2009

21

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2009

“Miiso Momorun Do Suab Di Lobi Komogoton”

Kerajaan Negeri Sabah,

YB Datuk Ronald Kiandee

Y.B. Datuk Seri Panglima Michael Asang,

YB Datuk Hj. Surady Kayong

Ybhg. Datuk Tan Yong Gee

Ybhg. Encik Asmat Nungka

Ybhg. Encik James Ratib

Ybhg. Dato Chua Yung Kim (Syarikat Perniagaan Chua Bersaudara)

Ybhg. Datuk Andrew Liew Siew Fatt, JP (Andamy Plantation)

Encik James Tan (Syarikat Muara Labuk Sugut Supplier)

Encik Ringgo Wong (Sri Kerjaya Sdn. Bhd.)

Encik Abdul Rahman Hj. Kongkawang

Encik Ajirul Kayong, Syarikat Laka-Laka Jaya Beluran

Encik Jamika Jeppy (Jamie Jaya Kontraktor)

Encik Utong Hamsani (Syarikat Norisah Jaya)

Encik Gordon Anchi (Syarikat Gordon Anchi Bersaudara)

Encik Samad Jamri

Encik Bil John

Encik Roslan Madali

S/Inp. Aping Basanun

22