4.2panduan kejurulatihan pesta pantun rendah_ms69-84

22
PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN PEDOMAN BERPANTUN DALAM PESTA PANTUN Contoh: P1: Kain belacu pembungkus permata, Disimpan bersama tebu sekerat; Anak dan cucu orang berharta, Mengapakah si tua dibiar melarat. Tema: Masyarakat Penyayang P2 Pohon kemboja pohon mengkuang, Ditanam berjajar si gadis sunti; Pahlawan berjasa di medan juang, Sumbangan pelajar apakah bukti? Tema: Patriotisme P3 Burung kedidi hinggap di dahan, Turun ke tanah di pinggir kota; Bergoyang budi runtutan kemajuan, Musnahkah maruah kerana harta? Tema: Bebas Contoh Pantun Yang Tidak Diterima : Seuncang butang di atas kerusi, Pari-pari di Inderaloka; Bulan dan bintang menjadi saksi, Janji dimungkiri teruna dan dara. (tidak menyoal, pembayang maksud tiada pertalian idea) Pohon jelutung tinggi menjulang, Pohon berangan di rimbun lalang; Apakah untung, apakah malang, Burung di tangan disambar helang. (pantun berkias) Daun budi ukiran pendeta, 69

Upload: abdul-hafizi

Post on 05-Dec-2015

256 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

TRANSCRIPT

Page 1: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

PEDOMAN BERPANTUN DALAM PESTA PANTUN

Contoh:

P1: Kain belacu pembungkus permata,Disimpan bersama tebu sekerat;

Anak dan cucu orang berharta,Mengapakah si tua dibiar melarat. Tema: Masyarakat Penyayang

P2 Pohon kemboja pohon mengkuang,Ditanam berjajar si gadis sunti;

Pahlawan berjasa di medan juang,Sumbangan pelajar apakah bukti? Tema: Patriotisme

P3 Burung kedidi hinggap di dahan,Turun ke tanah di pinggir kota;

Bergoyang budi runtutan kemajuan,Musnahkah maruah kerana harta? Tema: Bebas

Contoh Pantun Yang Tidak Diterima :

Seuncang butang di atas kerusi,Pari-pari di Inderaloka;

Bulan dan bintang menjadi saksi,Janji dimungkiri teruna dan dara. (tidak menyoal, pembayang maksud

tiada pertalian idea)

Pohon jelutung tinggi menjulang,Pohon berangan di rimbun lalang;

Apakah untung, apakah malang,Burung di tangan disambar helang. (pantun berkias)

Daun budi ukiran pendeta,Ukiran tercipta di tengah rumah;

Musnahkah budi kerana cinta,Punahkah cinta kerana fitnah. (mengandungi dua soalan)

Tumbuh melata pohon angsana,Rumpun rendang dipandang cantik;

Saudara terkenal bijak laksana,Berapakah dalam lautan Atlantik?(soalan berbentuk kuiz)

69 69

Page 2: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

Mat Rock lepak di Dataran Merdeka,Tunggu awek tapi tak datang;

Gua dah cakap lu tak caya,Ngapa nak tunggu orang tak cayang? (pantun tercemar)

Dua tiga kucing berlari,Mana nak sama si kucing belang;

Buka tv Malaysia Hari Ini,Semoga anda ceria cemerlang. (pantun ciplak/plagiat)

Kopi di cawan masih berwap,Minuman teruna bersopan santun;

Pertanyaan tuan mudah dijawab,Jumpalah saya selepas berpantun. (pantun pelarian)

Contoh pantun yang sempurna:

Burung melayang di Kota Tampin,Kota terpencil di hujung desa;

Masyarakat penyayang wawasan pemimpin,Mengapakah si kecil masih diseksa?

Pohon kemboja di pinggir desa,Rimbun daunnya hiasan taman;

Si kecil tak berdosa masih diseksa,Kerana manusia berhati haiwan.

PANDUAN UNTUK PEMANTUN

1. Bukan pantun jual - tolak semua markah isi2. Pembayang maksud tiada pertalian gambaran - tolak markah bahasa3. Dua soalan dalam satu pantun - tolak markah isi4. Lari / tidak menepati tema - tolak markah isi5. Tidak baku – sebutan - tolak 2 markah bahasa - kosa kata - tolak 4 markah bahasa 6. Pantun jual berbentuk kuiz - tolak semua markah isi7. Pantun jawapan pelarian - tolak semua markah isi8. Perbincangan - tolak semua markah isi dan bahasa9. Tergagap/tersekat-sekat - tolak 2 markah persembahan

70 70

Page 3: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

10.Pantun ciplak: pembayang dan maksud - tolak 20 markah bahasa (ciplak sebaris) - tolak 10 markah bahasa11.Pantun tercemar - tolak semua markah bahasa

7171

Page 4: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

LATAR BELAKANG PESTA PANTUN ANTARA SEKOLAH MENENGAH

Oleh Prof. Mohd Taib Osman

Sejak mula diadakan di Melaka pada tahun 1989, Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia (Pesta Pantun) anjuran Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Berita Harian Sdn. Bhd., Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Penerbangan Malaysia (MAS) dan ditaja Petronas, bukan sekadar pesta atau pertandingan, malah lebih daripada itu. Ia menjadi wacana menyambung dan menyemarakkan pantun pada zaman ini, satu warisan bangsa yang tidak harus dibiarkan luput. Disuburkan dalam kalangan pelajar sekolah, ia menjamin kesinambungan itu. Suasana persaingan yang diwujudkan menuntut kecerdasan berfikir dan keupayaan mencipta yang istimewa daripada pelajar yang mengambil bahagian. Bayangkan, untuk sampai ke peringkat akhir yang disiarkan menerusi televisyen oleh RTM, seseorang pelajar terpaksa melalui pertandingan peringkat daerah, negeri dan akhirnya ke peringkat kebangsaan. Sejak ia dimulakan, jumlah sekolah dan penyertaan pelajar meningkat setiap tahun.

Penyelenggaraan yang begitu rumit bagi mengelolakan pertandingan ini, terutama di peringkat kebangsaan, sepadan juga dengan usaha yang membabitkan pemikiran, daripada penuntut yang mengambil bahagian, kepada guru-guru yang membimbing peserta hinggalah kepada hakim yang mengadili pada setiap peringkat pertandingan.

Saya boleh faham kerumitan yang harus dihadapi. Walaupun saya cuma terbabit pada penghakiman di peringkat akhir, iaitu berhadapan dengan yang terunggul daripada ratusan pemantun yang terbabit, namun cabaran yang dihadapi adalah sama. Selain daripada masalah seperti menyesuaikan persembahan akhir itu dengan tuntutan teknikal penyiaran televisyen atau bentuk dewan di mana ia diadakan penghakiman yang mengambil kira suasana pertandingan mestilah dilakukan atas prinsip seadil-adilnya.

Melihat kepada pelbagai permasalahan, maka satu pertemuan telah diadakan membabitkan ahli jawatankuasa induk dan pegawai pendidikan negeri yang mengelolakan pertandingan di peringkat negeri. Banyak yang telah dibincangkan, dan persetujuan dicapai selepas mengesan kelemahan daripada pertandingan sebelum ini, terutama persembahan pada peringkat akhir. Umpamanya, persembahan akhir tidak sepatutnya dilihat sebagai kaku dan diada-adakan, sebaliknya harus sesuai dengan hakikat pantun itu sendiri dalam masyarakat Melayu.

Rencana ini lebih menumpukan aspek penghakiman, bukan sahaja kerana pembabitan saya dengan bahagian itu, tetapi ia menyentuh persoalan pemantunan yang ideal dari segi tradisi pantun Melayu. Banyak aspek yang patut disentuh, tetapi kita tidak dapat lari daripada tuntutan keadaan pertandingan dan persaingan yang wujud dalam kalangan peserta. Sejauh mana misalnya kita mengharapkan suasana

72

72

Page 5: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

bebas-lepas yang menyelubungi pemantunan dalam masyarakat lampau itu walaupun ciri persaingan tetap wujud.

Dalam berbalas-balas pantun, mahupun dalam majlis peminangan, misalnya terdapat percubaan mengatasi lawan, tetapi dilakukan dalam suasana keriangan berbanding suasana pertandingan. Seperti kata seorang peserta, pertemuan di atas, tidak lain hasrat pemantun cuma mahu “membunuh habis” lawannya. Maka itu pilihan kata, terutama pada giliran menjual, kadang-kadang sangat sulit difahami.

Pada hakim, mana lebih markah hendak dipotong dalam keadaan sedemikian? Pantun yang dijual kabur dan kurang tepat apa yang disoal, atau balasan pantun yang tidak keruan kerana mesti dijawab apa yang telah dijual? Dalam pertandingan yang pernah saya adili, tidaklah sampai ke tahap itu jadinya, tetapi kemungkinan tetap ada. Hakim harus bersedia berdepan dengan segala kemungkinan.

Proses penghakiman bermula daripada pendengaran apa yang diungkap itu jelas kedengaran supaya dapat difahami pantun yang dijual atau beli, dan penglihatan yang jelas juga terhadap cara pemantun mengungkap pantunnya. Salah satu yang dibincangkan di pertemuan itu dari segi penyelenggaraannya ialah di mana hakim ditempatkan dalam dewan, supaya pendengaran dan penglihatan mereka jelas sejelas-jelasnya.

Disarankan juga supaya hakim yang tidak jelas pendengarannya terhadap seseorang pemantun boleh meminta supaya pantun itu diulang, tetapi memikirkan dari sudut pertandingan, ini mungkin memberi kelebihan kepada lawannya, maka saranan itu digugurkan sahaja. Begitu juga gagasan hakim meneliti lebih dulu pantun yang akan dijual kerana lazimnya pada giliran menjual, pemantun telah bersedia dengan gubahannya lebih dahulu. Ini juga digugurkan kerana ia akan mengungkap daya cipta pemantun kerana besar kemungkinan seseorang itu mengubah karangannya atas sebab-sebab tertentu.

Walaupun pada dasarnya kita hendak mengekalkan suasana pemantunan yang lazim, namun kita terpaksa menyesuaikannya dengan tuntutan pertandingan yang berkehendakkan pengadilan menang-kalah yang saksama. Sebaliknya benar juga, kerana suasana bebas-lepas pemantunan di mana boleh harus diwujudkan. Sebab itu pada kali ini dipersetujui supaya pemantun tidak duduk kaku bersimpuh seperti sebelum ini, tetapi dibenarkan bergerak dan beraksi, tetapi tidak sampai mengganggu pihak lawan. Ini penting dari segi persembahan pantun, tetapi diharap tidak disalah erti hingga kita dapat aksi atau lakonan yang berlebihan.

Oleh sebab pemantunan sesuatu yang kreatif, salah satu ciri yang dapat membezakan mutu pemantun dan pantunnya ialah daya kreatif. Pada kali ini, keupayaan daya cipta menggubah pantun diwujudkan dalam pertandingan. Pusingan pertama dan kedua tidak berubah, tetapi pada pusingan ketiga, pengerusi majlis akan menentukan tema untuk pemantun menggubah pantun jualannya. Masa yang

7373

Page 6: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

diberi untuk mencipta pantun ditambah daripada 15 saat sekarang kepada 60 saat, dan jangka masa yang sama diberi kepada yang akan menjawab.

Perubahan ini dicadangkan supaya suasana pemantunan asal dapat dikekalkan, walaupun keadaan pertandingan terpaksa diwujudkan. Ini sesuai dengan sifat pantun itu sendiri, kerana terbit daripada satu pertemuan yang lebih awal diadakan dan dihadiri sama beberapa hakim Pesta Pantun yang lalu, beberapa pandangan terhadap cara pantun diungkap oleh peserta telah dibangkitkan.

Walau apapun peraturan diadakan, hakikat pantun sebagai bentuk puisi budaya Melayu tidak dapat diketepikan. Bentuk 4 baris dengan rima a,b,a,b serta suku kata yang bersukukatakan antara 8 dan 12 tiap baris pada asasnya diungkap secara lisan. Penulisan datangnya kemudian, dan sesetengah keindahan pantun yang diungkap hilang, walaupun proses menikmatinya tetap wujud tetapi terpaksa melalui proses penglihatan yang kemudian diterjemahkan melalui intelek.

Kita boleh anggap bentuk atau struktur tadi sebagai pengantar kepada penulisan yang hendak dibuat, tetapi ia bukan sahaja penting tetapi mesti berpandu dengan penulisan jikalau kesan keindahan hendak dibuat secara maksimum. Maka itu kita harus membicarakan struktur ini dulu.

Tidak dinafikan struktur pantun yang terbahagi kepada pembayang maksud dan maksud, iaitu dua baris pertama dan dua baris kedua, merupakan sebahagian daripada keindahannya. Tetapi benarkah baris dua pertama membayangkan maksud terkandung dalam baris kedua penghabisan? Atau adakah pembayang maksud sekadar pengantar kepada rima baris kedua maksud sahaja baik rima tengah mahupun hujung?

Soal ini telah diperdebatkan sarjana sejak seabad lalu, tetapi bagi saya kedua persoalan itu benar belaka. Dari segi penilaian mutu pantun, apabila maksudnya benar-benar dibayangkan oleh baris pembayang dan susunan rimanya sungguh tepat, baik di tengah mahupun penghujung, ia mempunyai kelebihan daripada pantun yang baris dua pertamanya Cuma membayangkan rima, dan tidak ide bagi maksudnya.

Perhatikan misalnya contoh-contoh pantun berikut:

Tuai padi antara masak,Esok jangan layu-layuan;

Intai kami antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau padi katakan padi,Jangan saya tertampi-tampi;

Kalau jadi katakan jadi,Jangan saya ternanti-nanti.

7474

Page 7: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

Dua tiga kucing berlari,Manakan sama si kucing belang;

Dua tiga bolehku cari,Manakan sama si adik seorang.

Walaupun terdapat ulangan, tetapi ide pada baris kedua pertama membayangkan maksud pantun itu dengan jitu. Teristimewa pantun pertama, gubahannya sungguh menarik kerana dari segi maksud ia merupakan sesuatu yang lebih reflektif daripada pernyataan terus terang pantun dua yang lain itu.

Ada juga contoh-contoh pantun yang hubungan antara pembayang maksud dan maksudnya tidak telus seperti contoh-contoh tadi, tetapi memerlukan daya imaginasi dan rabaan fikiran yang subur untuk menangkap hubungan itu. Tetapi soalnya perlukah dicari-cari hubungan itu sebagai sesuatu yang mengikuti apa yang telah diwujudkan, kerana perkara seperti ini sering diperlakukan ke atas pantun yang sedia ada, misalnya pantun-pantun yang selalu diungkap orang;

Pulau Pandan jauh ke tengah,Di balik pulau Angsa Dua;

Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti;

Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.

Mencari hubung kait antara pembayang maksud dan maksud kedua rangkap pantun terkenal ini membuang masa sahaja, tetapi apa yang terserlah ialah bayangan rima tengah dan penghujung.

Oleh kerana pantun adalah tradisi lisan, diungkap dan disenandungkan, saya lebih mirip mengatakan bahawa soalan kedua lebih tepat dengan hakikat pantun. Terutama dalam suasana berbalas pantun, di mana faktor masa sangat genting untuk mengolah rangkap yang jitu untuk dibalas, saya fikir lebih dipentingkan oleh pemantun maksud yang jitu. Tetapi rima antara baris maksud dan baris-baris pembayang mestilah dijaga.

Bagi pemantun yang mahir, ia mempunyai simpanan besar daripada kata-kata yang boleh dijadikan pembayang rima. Tambah lagi unsur alam selalu dijadikan sumber bagi pembayang, seperti nama-nama pohon, bunga, sifat geografis muka bumi, lokasi dan lain-lain. Maka itu “selasih” berima dengan “kasih” atau “kekasih”, “perigi” dengan “pergi”, “merpati” dengan “hati”, “gunung” dengan “renung” dan banyak lagi.

75

75

Page 8: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

Dari penghakiman pantun, struktur pantun mestilah diperhatikan kerana unsur keindahan pertamanya ialah bentuk, baik dari segi olahan rima mahupun sukatan suku kata. Pantun yang dapat mengadakan rima tengah dan penghujung adalah lebih baik daripada mengadakan rima di hujung sahaja. Ungkapan pantun secara lisan menuntut keseimbangan dari segi rentak, lenggok mahupun jeda. Sifat kelisanan menyumbang kepada keindahan pengungkapan pantun, maka ciri ini mestilah dijaga dengan baik untuk mengumpul markah dari segi persembahan.

Oleh sebab Pesta Pantun menetapkan tema, maka olahan pantun mestilah mengikut tema yang diberi. Kemampuan pantun mengemukakan soalan dan jawapan yang jelas lagi tepat akan mendatangkan markah, sementara yang kabur walaupun menggunakan kata-kata yang hebat, akan membawa padah. Maka itu pilihan kata penting, baik bagi pembayang mahupun maksud. Beberapa contoh yang tidak patut dibuat contoh diberikan, di sini daripada pertandingan Akhir 1995, pusingan pertama sahaja.

Matra terbilang melengguk seroja,Wahsilah temu di ruah redah;

Matlamat dijulang wawasan dipuja,Watan berilmu bercetuskah sudah?

Walaupun maksud soalannya jelas, tetapi pembayangnya tidak menampakkan keindahan walaupun hebat-hebat bunyinya. Bandingkan dengan pantun ini:

Kemilau lampu menyuluh anjung,Cahaya menyerlah warna purnama;

Kalau ilmu penuh setanjung,Kenapakah kalah dek petua lama?

Bukan sahaja maksud soalannya memancing jawapan yang memerlukan pemikiran mendalam, tetapi pembayangnya bukan sahaja dapat memberi bayangan rima yang baik, tetapi mudah diikuti, serta sekurang-kurangnya baris pertama tepat membayangkan maksud baris ketiga.

Dalam pusingan pertama ini, soal jawab berikut dapat dibuat contoh daripada beberapa segi:Soalan:

Bersirih gaharu cermai berkhidmat,Indah diberi lembut pawana;

Berjerih guru menyemai maklumat,Ilmu dituai, buahnya di mana?

Jawapan:Bayu membuai tetap bertuah,

Gerimis hujan biru hiasan;

7676

Page 9: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

Ilmu dituai tetap berbuah,Pewaris intelek tuju wawasan.

Tidak dapat disangkal bahawa pembeli pantun dapat memberi jawapan yang tepat lagi kena dengan soalan. Di sini belian dapat mengumpul markah lebih, tetapi pembayangnya lemah dari segi pemilihan kata ataupun imejeri, walaupun rimanya baik, dapat mengadakan rima dalaman dan penghujung.

Keindahan pantun tidak sahaja terletak kepada isi maksud yang hendak disampaikan, baik untuk berseloroh, usik-mengusik atau menyindir, ataupun menyatakan sesuatu falsafah, kebenaran atau seruan. Tetapi ia terletak juga kepada pembayangnya. Salah satu perkara yang sering dilupakan ialah kesinambungan idea daripada baris pertama hingga ke baris kedua. Lihat sahaja pada pantun-pantun yang terkenal seperti contoh di atas, pembayangnya tidak putus setakat baris satu, dan pada baris kedua bukan satu idea tetapi menyambung baris pertama tadi. Banyak orang berfikir cuma unsur bunyi atau rima yang diperlukan bagi pembayang. Walaupun tidak salah, tetapi ciri keindahannya hilang. Walaupun mungkin kesinambungan ide itu tidak selari seperti:

Tuai padi antara masak,Esok jangan layu-layuan;

Tetapi sekurang-kurangnya idea itu perkara serupa seperti alam, bunga, daun dan lain-lain. Meneliti pantun pertandingan akhir 1995, kurang benar pembayang yang ideanya selari, kerana kebanyakannya lebih menumpukan kepada unsur bunyi untuk rima pada maksud. Contoh yang baik adalah seperti berikut:

Dedaun rendang jambangan hiasan,Merekah indah bunga keladi …..

atau:

Diukir pinang sembahan diutus,Tepaknya berbunga sarat muatan ……

atau:

Mustika digilap memancar maya,Serupa disepuh kalung bertatang …..

Sebagai tradisi lisan, pengucapan pantun penting. Tetapi tidak ada suatu formula berkenaannya, kerana begitu banyak ragam yang boleh diungkap, begitu juga dari segi cara mengungkapnya. Barangkali yang boleh diperkatakan, pengucapannya yang baik adalah bersahaja dan sesuai dengan tema. Namun, kejelasan pengucapan, penjagaan jeda, serta irama bersahaja, tidak keterlaluan dan dibuat-buat, adalah ramuan yang mengindahkan pengucapan pantun.

7777

Page 10: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

Dalam penghakiman pada Pesta Pantun akan datang, tiap hakim dikhususkan untuk mempertimbangkan satu aspek sahaja. Misalnya, hakim pertama akan memerhatikan isi yang merangkumi ciri seperti ketepatan soalan dan jawapan, mematuhi tema yang diberi dan kesesuaian jawapan yang dibuat. Hakim kedua juga menumpukan perhatian kepada isi tetapi menilai dari segi pemilihan kata, kepadatan dan kejituan bahasa serta susunan kosa kata yang betul. Tetapi ini bukannya semua bercorak teknikal kerana markah juga diberi kepada pantun yang berjaya menyampaikan mesej yang bermakna lagi bergema sebagai pedoman hidup.

Pengungkapan bahasa adalah penilaian yang dibuat oleh hakim ketiga. Beliau melihat dari segi rima serta suku kata yang baik bagi pantun. Sementara hakim keempat juga menilai bahasa, tetapi melihat dari segi struktur keseluruhan pantun itu. Pengolahan pembayang dan maksud pantun, sama ada pembayang merupakan longgok kata untuk rima sahaja, atau mempunyai kesahihan idea, baik antara baris 1 dan 2, atau merangkumi maksud juga, diambil kira. Menilai pengolahan pantun terletak pada hakim ini.

Hakim kelima menghakimi persembahan pemantun, bukan sahaja dari segi penyampaian secara fizikal, iaitu gerak-geri, sebutan baku atau tidak, jelas atau kabur dan sebagainya, tetapi dari segi irama, nada, jeda ataupun kelancaran. Dengan cara demikian, di antara lima orang hakim itu, diharapkan semua aspek pemantunan dapat dinilai dengan saksama lagi cermat supaya mutunya tetap dijaga tahun demi tahun.

Sesungguhnya tradisi berpantun adalah satu aspek budaya Melayu yang zaman berzaman menyemarak serta mengindahkan kehidupan orang Melayu. Suasana duka tidak pernah terungkap dengan pantun, tetapi suasana ceria yang menghendakkan keindahan, kegembiraan mahupun keseronokan mengilhamkan pantun. Kepiluan yang menyeronokkan seperti mengenang nasib dagang di perantauan, hiba kerana berjauhan sanak saudara, ataupun merajuk ditinggalkan kekasih juga membuahkan pantun. Maka itu tradisi yang indah itu tidak harus dibiarkan pupus ditelan oleh cara hidup hari kita. Dan tidak ada jalan yang lebih baik daripada menghidup serta menyemarakkan tradisi dalam kalangan murid sekolah yang menjadi pewaris budaya kita pada masa depan.

78

78

Page 11: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

A. TEKNIK MENCIPTA PANTUN

a) Perbendaharaan kata

Untuk belajar mencipta sesebuah pantun jenis empat kerat, perbendaharaan kata hendaklah diperbanyak dengan menyenaraikan perkataan-perkataan tertentu. Misalnya, dengan menyenaraikan nama-nama bunga, tempat, ikan, binatang, burung, sungai, gunung, pulau, laut. Kita juga mempelajari kisah-kisah sejarah, nama tumbuhan serta tanaman, jenis-jenis anasir alam. Selain itu, nama-nama benda, perhiasan, perkakas dan lain-lain lagi. Senaraikan rima akhir yang serupa. contohnya seperti yang berikut ini :

(BA. . .BAU)

rimba, kesumba, lumba..............sebab, rebab, lembab.....merbah, kubah, jubah.....abai, lebai, lambai.........semerbak, tombak, lambak. . .sambal, gubal, bebal.......sembam, lebam, tembam.....tamban, reban, bemban......rembang, mambang, kembang....bubar, gebar, rembas.....babas, kibas, rembas...ubat, nobat, bebat.......kerbau, imbau, taktibau. . .

Senarai perkataan BA sehingga BAU yang dikumpulkan hendaklah disambung dengan BI pula sampai Z. lain BU dan BO. Setelah tamat fasal huruf B kita beralih ke huruf C pula. Seterusnya D hingga akhir abjad yang sesuai.

b) Pembayang / Sampiran

Sebelum kita mencipta sesebuah pantun, sepatutnya kita berlatih menyusun kalimat 8-12 suku kata dengan pembayangnya sahaja, tanpa memikirkan maksudnya. Latihan mencipta pembayang itu dilakukan dengan menggunakan kemahiran mengumpul perbendaharaan kata.

Pertama, berlatih membuat dua baris pembayang tersebut, umpamanya, kita cari rima akhirnya dulu. Katakanlah hujungnya berima ra dan ti. Kita cuba pilih nama-nama pohon atau tumbuh-tumbuhan:

Sungguh rendang pohon almera,

Rendang lagi pohonnya geti;

Kita cuba pula mencari anasir alam yang hujung perkataan ru dan ga.

79 79

Page 12: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

Menjelang senja langit membiru,

Berbaur putih warnanya mega;

Begitulah seterusnya, kita cuba pelbagai rima akhir, kita padukan dua-dua baris. Kita pilih sebarang bunyi. Katakanlah, da dengan ki, mang dengan pung, wan dengan lang, sa dengan su dan lain-lain lagi.

Tanpa bunyi hujung kalimat boleh juga secara spontan seberapa banyak pasangan kata yang boleh, misalnya:

Ke Pulau Payar di pagi hari,Buat mengail ikan galama;

Nampak menghijau huma seberang,

Daun padi subur sekali.

Haruman taman bunga berkembang,

Bunga melati kuntum berseri.

c) Teknik mencari maksud

Sebelum kita mencipta pantun, kita mesti mengetahui tema atau maksud pantun iaitu isi pantun, misalnya:

Bila rindu menderu di kalbu,Rasa mengalir si air mata.

Tabahkan hati kuatkan iman,Baru sempurna meniti hidup.

d) Mencipta Pantun

Apabila kita sudah mahir mencari pembayang dan menyusun maksud / isi maka kita bolehlah terus mencipta pantun. Mula-mula kita cipta pembayangnya. Dengan mengutamakan dahulu rima akhirnya sahaja iaitu ab ab. Kita padankan kesesuaiannya, rima hujung baris pertama itu mestilah sama dengan baris ketiga. Begitu juga untuk rima baris kedua dan baris keempat. Sekiranya maksud pantun ialah,

Hari raya disambut bersama,Penuh takwa seikhlas hati.

Rima akhir ma dan ti, Jadi kita mesti mencari pembayang yang berima ma dan ti juga, contohnya:

8080

Page 13: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

Terbang berligar si rama-rama,Lalu menyeri si bunga melati.

Kalau diulang terjadilah :

Terbang berligar si rama-rama,Lalu menyeri si bunga melati;

Hari raya disambut bersama,Penuh takwa seikhlas hati.

Rima hujungnya memang abab iaitu ma dengan ti tetapi bunyi rima tengahnya masih tidak sama kerana berligar dengan raya dan menyeri dengan takwa. Kita mesti mencari pasangan pembayang yang sama dengan maksud yang tersedia itu.

Indah warna si rama-rama,Cantik juga si bunga melati;

Hari raya disambut bersama,Penuh takwa seikhlas hati.

Kita boleh juga mencipta pembayang yang lain untuk disesuaikan dengan maksud pantun kita tadi, misalnya:

Tenangnya paya di tengah huma,Pinggiran rawa hujungan titi;

Hari raya disambut bersama,Penuh takwa seikhlas hati.

B. MENJUAL PANTUN

Hanya satu soalan sahaja untuk setiap pantun yang dijual. Pantun yang dijual mestilah jelas.Ciptalah Pantun yang jelas sehingga mudah difahami tetapi sukar dijawab oleh pihak lawan.

C. MEMBELI PANTUN

Untuk membeli pantun adalah amat penting semasa pertandingan, andainya pantun yang dijual tidak dapat dibeli maka sudah pasti banyak markah akan dipotong. Perkara penting yang perlu diberi perhatian semasa membeli pantun ialah:

i. Dengar betul-betul pantun yang ditanya,

ii. Sekiranya soalannya agak sukar difahami, ambil mana-mana perkataan sahaja yang kita fahami, ulas yang patut,

iii. Setelah mencari isi jawapan, sesuaikan maksud pantun dengan pembayang,

8181

Page 14: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

iv. Seboleh-bolehnya jawab secepat yang mungkin, jangan sampai hampir lupus masa yang diperuntukkan,

v. Jawab dengan jelas dan teratur.

82 82

Page 15: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

CONTOH-CONTOH PANTUN

Matra terbilang melenggok seroja, wasilah temu diruah redah;

matlamat dijulang wawasan dipuja,watan berilmu tercetuskah sudah?

Soalannya jelas Pembayang tidak menampakkan

keindahan. Tiada kaitan antara baris pertama

dan kedua

Kemilau lampu menyuluh anjung,cahaya menyerlah warna purnama;

kalau ilmu penuh setanjung,kenapakah kalah dek petua lama.

Soalannya jelas. Pembayang menggambarkan isi Ada kaitan antara baris pertama

dan kedua.

Mempelas terurai diraut binasa,pabila dijamu diikat bergantung;

emas dicanai susut terasa,mengapa ilmu mengaut untung.

Pembayang tidak menampakkan keindahan

Mementingkan rima (awal, tengah ,akhir)

Tiada kesinambungan antara baris pertama dan kedua.

Bayu berlalu di teluk tenang,Menerpa lembayung mengorak

tingkah;ilmu baru setampuk pinang,

kenapa gunung hendak dilangkah.

Pemilihan perkataan dibuat dengan teliti.

Pembayang menggambarkan isi Ada kesinambungan cerita Rima yang jelas.( awal, tengah,

hujung.)

Terlerai teratai bebunga rumput,menyapa pawana hiasan berkarang;

tertubuhnya koperasi memudah umat,mengapa wahana berhati curang.

Tidak memahami maksud 'wahana' Tiada keindahan dalam pembayang Tiada kaitan antara pembayang

pertama dan kedua Rima akhir tidak sama ( 1 & 3 )

Tuai padi antara masak,esok jangan layu - layuan;

intai kami antara nampak,esok jangan rindu - rinduan.

Maksud benar - benar dibayangkan oleh baris pembayang.

Susunan rimanya sungguh tepat Ada hubungan cerita antara baris

pertama dan kedua. Isinya jelas.

8383

Page 16: 4.2Panduan Kejurulatihan Pesta Pantun Rendah_ms69-84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH PANDUAN KEJURULATIHAN

PANTUN PELARIAN

CONTOH - CONTOH PANTUN PENJELASAN JAWAPAN PANTUN

Bersirih gaharu cermai berhikmat,Indah diberi lembut pawana;

Berjerih guru menyemai maklumat,ilmu dituai, buahnya di mana?

Ulasan Prof Mohd Taib Osman [BH:8/7/97]

Bayu membuai tetap bertuah,gerimis hujan biru hiasan;

ilmu dituai tetap bertuah,pewaris intelek tuju wawasan.

1. sebaris soalan dijadikan jawapan2. jawapan pengukuh

baris pertama tepat membayangkan maksud baris ketiga

Pantun yang samailmu dituai, buahnya di mana?

Bayu membuai tetap bertuah,gerimis hujan biru hiasan;

jawapan tuan bicaranya mudah,kiranya kita ada pertemuan.

Pelarian yang jelas kerana tidak menjawab soalan

Pantun yang samailmu dituai. buahnya di mana?

Bayu membuai tetap bertuah.gerimis hujan biru hiasan;

jawapan saudara tidak kugundah.yakinkan diri kuatkan iman

Pelarian yang jelas kerana tidak menjawab soa/an

Pantun yang samailmu dituai, buahnya di mana?

Bayu membuai tetap bertuahgerimis hujan biru hiasan;

perkasa ilmu tidaklah mudah,warga yakin harungi wawasan.

Jawapan disediakan lebih awal berasaskan tema

Tidak menjawab soalan

Pantun yang samailmu dituai, buahnya di mana?

Bayu membuai tetap bertuah,gerimis hujan biru hiasan;

budaya ilmu wargakan pasrah,harungi cabaran penuh wawasan.

Jawapan disediakan lebih awal berasaskun tema.

Tidak menjawab soalan.

84

84