perutusan gabenor · 2014-12-10 · masa yang sama, pertumbuhan instrumen kewangan yang kompleks...

4
Industri insurans Malaysia mengekalkan pertumbuhan positif pada tahun 2005 meskipun keadaan pelaburan adalah lebih mencabar. Penentu pertumbuhan telah diambil alih oleh sektor insurans am ekoran jualan insurans motor yang lebih tinggi, nilai yang diinsuranskan yang meningkat dan keadaan penentuan harga yang lebih baik. Dalam sektor hayat, keadaan permintaan pada tahun ini kekal positif dengan kesedaran risiko yang bertambah baik dan kemewahan penduduk yang semakin meningkat. Secara keseluruhan, hasil kendalian yang memberangsangkan terus tercapai, didorong oleh hasil pengunderaitan yang bertambah baik dan peningkatan kecekapan yang diraih daripada ekonomi ikut bidangan serta penggunaan modal yang lebih cekap. Ini seterusnya mengukuhkan kedudukan kesolvenan industri insurans. Pencapaian ini seterusnya menyediakan persekitaran yang sesuai untuk melaksanakan inisiatif pengawalan dan penyeliaan bagi mempertingkatkan daya tahan industri dan memperbaik keadaan pasaran di samping melonjak pembangunan industri ke tahap yang baru. Struktur industri insurans yang kompetitif dipertingkatkan pada tahun 2005 dengan pelulusan undang-undang yang membenarkan pengenalan penasihat kewangan dan penembusan menerusi saluran agihan langsung yang lebih agresif serta pengembangan bankasurans yang berterusan, yang meningkatkan peluang penanggung insurans yang lebih kecil untuk lebih terbabit dalam pasaran. Pasaran yang lebih kompetitif juga telah muncul dalam sektor hayat dan insurans semula dengan penamatan perjanjian pasaran secara beransur-ansur yang sebelum ini merupakan faktor yang menghalang persaingan. Perkembangan ini diiringi dengan peningkatan dalam inovasi dan tahap pembezaan dalam pasaran, yang menawarkan pengguna produk dan perkhidmatan yang lebih pelbagai. Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing, penanggung insurans juga telah mula menawarkan produk pendidikan dan produk berkaitan pelaburan dalam denominasi asing. Ini telah menyumbang selanjutnya ke arah penggalakkan inovasi yang berterusan dalam pasaran bagi memenuhi jangkaan pengguna yang lebih pelbagai dan lebih nyata. Bank Negara Malaysia terus memberi tumpuan ke arah pendekatan pengawalseliaan yang lebih seimbang dan fleksibel berdasarkan penilaian risiko yang mantap. Penerimapakaian pendekatan rangka kerja penyeliaan berasaskan risiko, yang kini sudah memasuki tahun kedua pelaksanaannya, terus diperhalusi bagi memberi lebih tumpuan kepada risiko khusus institusi dalam proses penilaian dan penarafan penyeliaan. Bank juga mengeluarkan kertas konsep kedua mengenai rangka kerja modal berasaskan risiko baru yang akan dilaksanakan pada tahun 2008. Ia menghuraikan butir-butir asas bagi penentuan kesolvenan pada masa depan, serta rangka kerja sokongan pengurusan risiko keinstitusian dan tadbir urus yang penanggung insurans perlu sediakan. Langkah selanjutnya telah dilaksanakan bagi menggantikan preskripsi berasaskan peraturan dengan peraturan berasaskan prinsip yang Perutusan Gabenor

Upload: others

Post on 28-Dec-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Industri insurans Malaysia mengekalkan pertumbuhan positif pada tahun 2005 meskipun keadaan pelaburan adalah lebih mencabar. Penentu pertumbuhan telah diambil alih oleh sektor insurans am ekoran jualan insurans motor yang lebih tinggi, nilai yang diinsuranskan yang meningkat dan keadaan penentuan harga yang lebih baik. Dalam sektor hayat, keadaan permintaan pada tahun ini kekal positif dengan kesedaran risiko yang bertambah baik dan kemewahan penduduk yang semakin meningkat. Secara keseluruhan, hasil kendalian yang memberangsangkan terus tercapai, didorong oleh hasil pengunderaitan yang bertambah baik dan peningkatan kecekapan yang diraih daripada ekonomi ikut bidangan serta penggunaan modal yang lebih cekap. Ini seterusnya mengukuhkan kedudukan kesolvenan industri insurans. Pencapaian ini seterusnya menyediakan persekitaran yang sesuai untuk melaksanakan inisiatif pengawalan dan penyeliaan bagi mempertingkatkan daya tahan industri dan memperbaik keadaan pasaran di samping melonjak pembangunan industri ke tahap yang baru.

Struktur industri insurans yang kompetitif dipertingkatkan pada tahun 2005 dengan pelulusan undang-undang yang membenarkan pengenalan penasihat kewangan dan penembusan menerusi saluran agihan langsung yang lebih agresif serta pengembangan bankasurans yang berterusan, yang meningkatkan peluang penanggung insurans yang lebih kecil untuk lebih terbabit dalam pasaran. Pasaran yang lebih kompetitif juga telah muncul dalam sektor hayat dan insurans semula dengan penamatan perjanjian pasaran secara beransur-ansur yang sebelum ini merupakan faktor yang menghalang persaingan. Perkembangan ini diiringi dengan peningkatan dalam inovasi dan tahap pembezaan dalam pasaran, yang menawarkan pengguna produk dan perkhidmatan yang lebih pelbagai. Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing, penanggung insurans juga telah mula menawarkan produk pendidikan dan produk berkaitan pelaburan dalam denominasi asing. Ini telah menyumbang selanjutnya ke arah penggalakkan inovasi yang berterusan dalam pasaran bagi memenuhi jangkaan pengguna yang lebih pelbagai dan lebih nyata.

Bank Negara Malaysia terus memberi tumpuan ke arah pendekatan pengawalseliaan yang lebih seimbang dan fl eksibel berdasarkan penilaian risiko yang mantap. Penerimapakaian pendekatan rangka kerja penyeliaan berasaskan risiko, yang kini sudah memasuki tahun kedua pelaksanaannya, terus diperhalusi bagi memberi lebih tumpuan kepada risiko khusus institusi dalam proses penilaian dan penarafan penyeliaan. Bank juga mengeluarkan kertas konsep kedua mengenai rangka kerja modal berasaskan risiko baru yang akan dilaksanakan pada tahun 2008. Ia menghuraikan butir-butir asas bagi penentuan kesolvenan pada masa depan, serta rangka kerja sokongan pengurusan risiko keinstitusian dan tadbir urus yang penanggung insurans perlu sediakan. Langkah selanjutnya telah dilaksanakan bagi menggantikan preskripsi berasaskan peraturan dengan peraturan berasaskan prinsip yang

Perutusan Gabenor

lebih fl eksibel, sementara memperkukuh keupayaan penguatkuasaan Bank untuk memastikan institusi insurans dapat memainkan peranan mengikut satu set prinsip amalan terbaik pada tahap yang tinggi. Kemajuan dalam bidang ini akhirnya bertujuan mewujudkan rejim pengawalan dan penyeliaan yang kukuh, yang memudahkan pendekatan yang berbeza-beza bagi menangani ciri khusus bagi institusi yang berlainan, sementara mengekalkan pandangan dan pengendalian risiko yang konsisten.

Pembaharuan pengawalseliaan ini juga sedang dilaksanakan bersesuaian dalam suasana apabila dimensi risiko yang mempengaruhi operasi penanggung insurans menjadi lebih mencabar. Risiko yang berkaitan dengan bencana alam dan wabak di peringkat global yang semakin meningkat telah menyebabkan kitaran premium yang ternyata lebih pendek dalam industri insurans am. Pada masa yang sama, pertumbuhan instrumen kewangan yang kompleks dan seringkali tak cair, memberi cabaran baru kepada pengurusan risiko tradisional, penilaian serta pendekatan, dan disiplin pelaporan. Kapasiti teknologi yang lebih besar berserta struktur organisasi dalaman dan keinstitusian yang semakin kompleks juga menyebabkan penanggung insurans lebih mudah terdedah kepada risiko kendalian dan jenayah kewangan.

Berlatarbelakangkan keadaan ini, tumpuan terhadap bina upaya keinstitusian bagi memastikan penanggung insurans bersedia untuk menghadapi cabaran ekoran persekitaran yang berubah-ubah tetap menjadi keutamaan yang tinggi bagi Bank. Penekanan terus diberikan kepada tadbir urus korporat yang berkesan yang diterajui oleh lembaga pengarah, menggalakkan budaya pengurusan risiko dan kawalan dalaman yang kukuh di kalangan penanggung insurans, dan mengukuhkan kebertanggungjawaban juruaudit dan aktuari bagi menyokong amalan penentuan harga dan peruntukan rizab serta proses pelaporan dan penilaian yang mantap. Keutamaan ini telahpun menjadi teras penting dalam proses pengawalan dan penyeliaan Bank – termasuk pelantikan pengarah dan ketua eksekutif, kajian semula pengemukaan produk serta proses pengawasan kewangan. Dalam membangunkan kepakaran teknikal, tumpuan khusus juga diberikan bagi mengukuhkan keupayaan pengurusan pelaburan penanggung insurans seiring dengan persekitaran pelaburan yang semakin fl eksibel – yang akhirnya membawa kepada penghapusan sekatan pelaburan di bawah rejim modal berasaskan risiko, yang diberikan kepada penanggung insurans untuk mempertingkatkan prestasi pelaburan dan menambah baik struktur aset-liabiliti.

Industri insurans terus melaksanakan fungsi sosioekonomi yang semakin penting dalam ekonomi. Penembusan pasaran dan perbelanjaan per kapita bagi insurans meningkat lagi pada tahun 2005. Pengamatan penting ialah peningkatan yang lebih pesat dalam tahap perlindungan insurans baru yang dibeli pada tahun tersebut menggambarkan usaha warganegara Malaysia yang lebih proaktif untuk mengurus dan menyara keperluan kewangan semasa dan masa hadapan mereka dengan lebih baik. Yang ketara, tahap perlindungan

insurans yang lebih tinggi diperhatikan bagi pelan insurans perubatan dan kesihatan dan kredit pengguna, yang dengan itu memberi kemudahan yang lebih baik untuk mendapatkan penjagaan kesihatan dan pengurusan hutang sektor isi rumah yang lebih baik. Bagi menyokong pengembangan selanjutnya dalam perlindungan insurans perubatan dan kesihatan, garis panduan yang disemak bagi perniagaan insurans perubatan dan kesihatan telah dikeluarkan untuk mencapai terma dan syarat yang lebih saksama bagi pengguna. Walau bagaimanapun, masih ramai individu yang tidak mempunyai sumber simpanan yang mencukupi bagi membiayai keperluan persaraan mereka. Ini merupakan cabaran yang besar kepada dasar Kerajaan, industri dan penduduk secara amnya, terutamanya kerana perubahan demografi jangka panjang ke arah penduduk yang semakin berumur. Data mortaliti terkini yang disiarkan dalam Laporan ini mengesahkan perkara ini.

Inisiatif dalam bidang pengendalian pasaran ditumpukan pada tiga elemen utama – mempertingkatkan kemampuan kewangan pengguna supaya dapat mengendalikan keputusan dan pilihan kewangan yang lebih kompleks, menambah baik pendedahan mengenai produk, dan meningkatkan penguatkuasaan. Di bawah program pendidikan pengguna InfoInsurans, usaha yang lebih giat telah dijalankan untuk meningkatkan penonjolan dan jangkauan program ini. Respons orang ramai terhadap Bank Negara Malaysia LINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat), satu pusat khidmat pelanggan sehenti di Bank dan Biro Pengantaraan Kewangan yang kini beroperasi secara aktif, juga memberangsangkan dengan lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Bagi memastikan penguatkuasaan yang efektif terhadap amalan pasaran yang betul, Bank kini sedang mengkaji semula tumpuan dan orientasi penyeliaan pengendalian pasaran untuk mewujudkan rejim yang akan memperkukuh perubahan positif jangka panjang dalam gelagat pasaran. Di peringkat antarabangsa, Bank terus terlibat secara aktif dalam forum serantau dan antarabangsa untuk memupuk kerjasama insurans yang lebih erat di kalangan pengawalselia-pengawalselia. Dalam konteks ini, hubungan luar bertujuan mempermudahkan proses integrasi antara pengawalan dan penyeliaan domestik dengan amalan terbaik global. Selain itu, usaha akan terus ditumpukan ke arah kerjasama dengan komuniti penyeliaan antarabangsa untuk menggalakkan pendekatan global yang lebih konsisten dalam pengawalseliaan insurans. Oleh yang demikian, usaha Bank untuk mengekalkan sistem pengawalan dan penyeliaan yang teguh yang bersesuaian dengan keadaan dan keupayaan pasaran domestik, di samping memenuhi matlamat bagi menggalakkan kecekapan dan kestabilan pasaran serantau dan global.

Kerjasama serantau ditumpukan pada bina upaya, dengan peningkatan yang nyata dalam permintaan terhadap sokongan latihan. Bank terus

memberi sokongan penuh kepada agenda bina upaya serantau, secara dua hala dan pelbagai hala. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi bantuan teknikal, Bank membangunkan dan menyediakan program latihan komprehensif mengenai pengawalan dan penyeliaan insurans bagi penyelia peringkat pertengahan. Inisiatif ini telah menarik penyertaan yang luas di kalangan pengawal selia di rantau ini. Program ini telah dipertingkatkan untuk menjadi kursus perdana yang ditawarkan setiap tahun kepada negara peserta menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia. Kerjasama dalam bidang ini mempunyai potensi untuk meningkatkan dengan ketara prospek kestabilan serantau bagi jangka panjang dan meraih manfaat ekoran integrasi ekonomi dan kewangan serantau yang lebih besar.

Meninjau ke hadapan, dengan lebih banyak perubahan pengawalseliaan penting untuk dilaksanakan, dan keadaan pasaran terus berkembang bagi mencerminkan persaingan yang lebih meluas dan dimensi risiko yang pelbagai, Bank akan meningkatkan pemantauannya terhadap tahap kesediaan industri untuk berhadapan dengan persekitaran yang berubah-ubah. Peralihan yang teratur bagi pelarasan yang didorong oleh pasaran adalah penting bagi memastikan bahawa pelarasan itu tidak akan menjejaskan kestabilan pasaran atau melemahkan keyakinan orang ramai. Untuk mencapai hasrat tersebut, usaha akan terus ditumpukan ke arah pembinaan keupayaan keinstitusian dan menyediakan infrastruktur kewangan sokongan yang perlu bagi menyediakan asas yang kukuh bagi perubahan yang teratur. Inisiatif dalam bidang pendidikan kewangan bagi pengguna akan dipergiatkan lagi bagi memperluaskan liputannya selain daripada tujuan untuk menggalakkan layanan saksama kepada pengguna. Keupayaan sumber dalaman dan sistem kami untuk menyokong penilaian yang lebih lengkap mengenai risiko yang dihadapi oleh industri juga akan diperkukuh secara berterusan. Kami juga akan terus mempergunakan hubungan serantau dan antarabangsa kami untuk memacu perubahan positif dalam bidang yang masih mempunyai kelemahan. Sesungguhnya, Bank akan tetap cekal dengan komitmennya terhadap kesemua usaha ini.

Zeti Akhtar AzizGabenor

19 April 2006