fungsi dan peranan gabenor-jeneral british di asia tenggara

34
Fungsi dan peranan Gabenor-Jeneral (Pesuruhjaya- Jeneral) British dalam struktur pemerintahan dan politik di wilayah- Wilayah dan jajahan British di Asia Tenggara, 1945-1955. Dr.Oong Hak Ching Abstrak Barangkali nama Malcolm MacDonald telah dikenali oleh kebanyakan penuntut dan sarjana Sejarah Malaysia. Tetapi peranan, tanggunjawab dan kedudukannya dalam hiraki pemerintahan British di Asia Tenggara masih kabor. MacDonald merupakan Gabenor-Jeneral dan kemudian Pesuruhjaya-Jeneral yang pertama bagi wilayah-wilayah British di Asia Tenggara yang terdiri daripada Malayan Union (atau Persatuan Melayu)yang kemudian ditukar kepada Persekutuan Tanah Melayu), Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawakan. Asal- usul, fungsi dan peranan jawatan yang dipegang oleh MacDonald tidak banyak disinggung dalam penulisan sejarah Malaysia. Kadang-kadang nama jawatan ini diterjemahkan sebagai Pesuruhjaya Tinggi yang boleh menimbulkan kekeliruan. Jawatan Pesuruhjaya Tinggi lebih rendah taraf dan kedudukannya berbanding dengan Gabenor-Jeneral atau Pesuruhjaya-Jeneral dalam struktur politik dan perlembagaan wilayah-wilayah British ini. Dalam penulisan Sejarah Malaysia peranan Pesuruhjaya-Jeneral sering dikaitkan dengan

Upload: oong-hak-ching

Post on 08-Jun-2015

1.520 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kertaskerja yang telah dibentangkan dalam International Conference On Malaysian History, anjuran Jabatan sejarah, Fakulti Sastera dan Sain Sosial, Universiti Malaya, 23-25 Ogos 2004.

TRANSCRIPT

Page 1: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

Fungsi dan peranan Gabenor-Jeneral (Pesuruhjaya-Jeneral) British dalam struktur pemerintahan dan politik di wilayah- Wilayah dan jajahan British di Asia Tenggara, 1945-1955.

Dr.Oong Hak Ching

Abstrak

Barangkali nama Malcolm MacDonald telah dikenali oleh kebanyakan

penuntut dan sarjana Sejarah Malaysia. Tetapi peranan, tanggunjawab

dan kedudukannya dalam hiraki pemerintahan British di Asia Tenggara

masih kabor. MacDonald merupakan Gabenor-Jeneral dan kemudian

Pesuruhjaya-Jeneral yang pertama bagi wilayah-wilayah British di Asia

Tenggara yang terdiri daripada Malayan Union (atau Persatuan

Melayu)yang kemudian ditukar kepada Persekutuan Tanah Melayu),

Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawakan. Asal-usul, fungsi dan

peranan jawatan yang dipegang oleh MacDonald tidak banyak

disinggung dalam penulisan sejarah Malaysia. Kadang-kadang nama

jawatan ini diterjemahkan sebagai Pesuruhjaya Tinggi yang boleh

menimbulkan kekeliruan. Jawatan Pesuruhjaya Tinggi lebih rendah taraf

dan kedudukannya berbanding dengan Gabenor-Jeneral atau

Pesuruhjaya-Jeneral dalam struktur politik dan perlembagaan wilayah-

wilayah British ini. Dalam penulisan Sejarah Malaysia peranan

Pesuruhjaya-Jeneral sering dikaitkan dengan Jawatankuasa hubungan

kaum, Konferens Nasional dan Grand Design atau gagasan Malaysia.

Kertaskerja ini bertujuan meneliti dan meninjau fungsi dan peranan

Gabenor-Jeneral dan kemudiannya dikenali sebagai Pesuruhjaya-Jeneral

dalam struktur pemerintahan dan politik British di Asia Tenggara dalam

jangkamasa jawatan ini disandang oleh MacDonald (1945-1955).

Latarbelakang campur tangan dan pembentukan wilayah-wilayah British di Asia

Tenggara

Page 2: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

Istilah South-East Asia atau Asia Tenggara agak baru, mula diperkenalkan dan

digunakan menjelang tercetusnya Perang Dunia Kedua (1942-1945) bagi merujuk

kepada wilayah-wilayah yang terletak di timur Asia daripada semenanjung Indo-China

ke kawasan-kawasan selatan termasuk Filipina dan gugusan pulau-pulau Melayu.(Hall,

1970:3). Istilah ini juga di gunakan oleh Lord Louis Mountbatten yang menjadi Panglima

Agung tentera berikat bagi merujuk kepada wilayah-wilayah berkenaan yang terlibat

dalam peperangan di antara British dengan Jepun. Wilayah-wilayah British di Asia

Tenggara atau nama rasminya dalam bahasa Inggeris “British Colonial Territories in

South-East Asia” (CAB 98/41) pula merujuk kepada wilayah-wilayah yang dahulunya

terletak dalam empayar dan jajahan Kesultanan Melayu Melaka dan Melayu Brunei.

Wilayah-wilayah ini juga dikenali sebagai “British Malaya” atau semenanjung Tanah

Melayu dan “British Borneo.” Perlu disebutkan bahawa Burma tidak termasuk dalam

wilayah-wilayah British di Asia Tenggara kerana Burma telah mencapai taraf dominion

dan bersama-sama India diletak di bawah Setiausaha Negara Bagi Dominion India dan

Burma.

Wilayah-wilayah yang termasuk dalam “British Malaya” terdiri dari negeri-negeri

Pulau Piinang, Melaka, Kedah, Perlis, Kelantan Terangganu, Perak, Pahang, Selangor,

Negeri Sembilan, Johor dan Singapura. Wilayah-wilayah yang berasal dari empayar

Brunei pula termasuk Sarawak, Labuan dan Borneo Utara atau Sabah. Selepas Perang

Dunia Kedua wilayah-wilayah ini dibahagi kepada lima unit pentadbiran yang dikenali

sebagai Malayan Union (kemudian Persekutuan Tanah Melayu), Singapura, Borneo

Utara, Brunei dan Sarawak. Gabenor-Jeneral bagi South-East Asia sebenarnya ada lah

Gabenor-Jeneral untuk “British Colonial Territories in South-East Asia” dan terletak

dibawah Setiausaha Negara Bagi Tanahjajahan di London.

Page 3: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

Kedudukan geografi wilayah-wilayah British di Asia Tenggara atau Semenanjung

Tanah Melayu dan Borneo amat strategik, terletak di persimpangan dua jalan laut

melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan. Kedudukan begini memang sesuai bagi

kemunculan entreport-entreport dan pusat-pusat perdagangan penting dalam rangkaian

perdagangan timur-barat yang terrentang daripada Asia Barat ke China. Dalam abad ke

15 telah muncul entreport Melaka di semenanjung. Emporium Melaka terkenal di

seluruh dunia termasuk Eropah sehingga Tome Pires menganggapnya sebagai

emporium yang tiada bandingannya. Melaka menjadi pusat perdagangan,

perkembangan dan penyebaran agama Islam dan kebudayaan Melayu di

semenanjung dan gugusan pulau-pulau Melayu. Pengaroh Melaka tersebar luas

merentas Laut China selatan ke Brunei yang terletak di pantai barat Borneo.

Pada akhir abad ke15 kesultanan Islam Brunei muncul sebagai entreport yang

mewah dan penting di rantau ini, lebih-lebih lagi selepas kejatuhan Melaka ke

tangan Portugis (1511) dan kemudian Belanda. Anthony Pigafetta yang

mengikuti pelayaran Magellan telah melawat Brunei pada tahun 1521. Ia telah

meninggalkan catatan mengambarkan tentang kemewahan dan kegemilangan

entreport ini yang dikatakan mengandungi 25 ribu keluarga (Irwin, 1986: 5).

Emporium Melaka dan Brunei memang terkenal di seluruh dunia termasuk

Eropah dan menarik saudagar dan pedagang dari Barat seperti Portugis, Sepanyol,

Belanda dan Inggeris yang kemudiannya mencetuskan persaingan diplomasi dan

perebutan wilayah dan kawasan-kawasan gugusan pulau-pulau Melayu. Saudagar-

saudagar bebas dan petualang-petualang British dan Syarikat Hindia Timur British turut

serta dalam jaringan perdagangan yang terrentang dari Asia Barat, India, Melaka,

Brunei dan China. Sejak tahun 1599 saudagar-saudagar British mendapati Brunei

Page 4: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

merupakan tempat yang penoh dengan kemewahan dan kekayaan (Irwin, 1986:9).

Syarikat Hindia Timur British yang tertarik dengan perdagangan rempah telah mencari

dan membuka petempatan di Borneo tetapi tidak berjaya kerana persaingan dengan

Belanda dan kekurangan pengalaman kakitangannya. Syarikat Hindia Timur British

kemudiannya menumpukan perhatian ke semenanjung dan menglibatkan diri dalam

perdagangan the dengan China.

Dalam jangkamasa 1786 hingga 1819 British telah menguasai tiga pengkalan

perdagangan di semenanjung Tanah Melayu iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura

yang disatukan membentuk Negeri-negeri Selat. Pengambilan dan penubuhan

pengkalan-pengkalan ini terutama Singapura telah mencetuskan persaingan dan konflik

hebat di antara Inggeris dengan Belanda. Kedua-dua pihak kemudian menyelesaikan

pertikaian mereka melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang membahagikan

kawasan lingkungan pengaroh masing-masing di tanah besar dan gugusan pulau-pulau

Melayu. Kawasan-kawasan di barat Selat Melaka dan selatan Selat Singapura menjadi

kawasan pengaroh Belanda. Kawasan utara Selat Singapura pula menjadi kawasan

pengaroh Inggeris atau British.

Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda British kemudiannya menumpukan

perhatian ke Borneo bagi mendapat sebuah pengkalan yang sesuai. Saudagar-

saudagar British memerlukan sebuah pengkalan yang menghubungan laluan

perdagangan antara Singapura dengan Hongkong. Pengembara-pengembara dan

petualang-petualang British seperti James Brooke turut mencari dan mendapat wilayah-

wilayah di Borneo. Brooke melalui inisiatif dan daya usaha sendiri telah berjaya

mengambil Sarawak , wilayah kesultanan Brunei secara rasmi pada I Ogos 1841. Pada

tahun 1846 Brooke bagi pihak kerajaan British telah berjaya mendapatkan pulau

Labuan daripada kesultanan Brunei. Ia dilantik menjadi Gabenor dan juga Konsul

Page 5: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

British. Wilayah ini kemudiannya dijadikan wilayah yang khusus dalam Negeri-negeri

Selat.

Pada mulanya British berpuas hati dengan menguasai kawasan-kawasan kecil

sahaja kerana kepentingannya di rantau ini pada masa itu terbatas kepada menjaga

keselamatan dan pertahanan India dan menguasai jalan laut ke China. Kerajaan British

dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) yang memerintah dan mentadbir Negeri-Negeri

Selat tidak tertarik untuk memperluaskan kawalan ke atas Negeri-negeri Melayu atau

wilayah-wilayah yang luas kerana pengalaman mereka memperlihatkan imperialisme

boleh menimbulkan risiko yang tidak menguntungkan. Misalnya tindakan British untuk

mengambil dan memasukkan Naning menjadi wilayah Melaka telah mencetuskan

perang yang menelan belanja yang banyak dan hasil yang di perolehi dari Naning pula

sedikit benar. EIC mendapati hasil daripada Negeri-Negeri Selat bertambah kurang

berikutan dengan penghapusan hak monopoli perdagangannya dengan China selepas

1833. Campurtangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu boleh menyebabkan

pertambahan beban bagi EIC. Walaupun begitu EIC dan kerajaan British tidak menyekat

individu-individu British terutama golongan saudagar untuk campur tangan dalam hal

ehwal Negeri-negeri Melayu.

Menjelang suku terakhir kurun ke 19 kerajaan British terpaksa menilai semula

dasar tidak campurtangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu dan Borneo. Golongan

saudagar swasta dan pegawai-pegawai kolonial Negeri-Negeri Selat mendesak

kerajaan British mengubah dasar kerana mereka melihat negeri-negeri Melayu

mempunyai hasil kekayaaan terutama hasil-hasil bumi seperti bijih timah dan dipercayai

juga ada emas. Saudagar-saudagar Negeri-Negeri Selat tertarik untuk melabur dalam

bidang perlombongan terutama di Perak dan Selangor. Sejak tahun 1850an mereka

telah pun mula melabur secara kecil-kecilan. Golongan saudagar bimbang untuk

Page 6: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

melabur secara besar-besaran dan meluas kerana pentadbiran dan kestabilan politik di

negeri-negeri Melayu tidak dapat menjamin keselamatan modal mereka.

Keadaan politik peribumi di negeri-negeri Melayu terutama Perak, Selangor dan

Negeri Sembilan selalu bergolak disebabkan pertikaian di kalangan golongan kerabat di

raja kerana masalah pengantian ke atas takhta kerajaan dan perebutan

kawasan-kawasan yang dipercayai mempunyai bijih timah. Konflik di negeri-negeri

Melayu bertambah besar disebabakan terdapat persaingan di kalangan

saudagar-saudagar Cina dan kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang bertentangan.

Kekacauan yang berlaku sering melimpah ke Negeri-Negeri Selat dan kerajaan India

agak lemah untuk mengatasi keadaan ini. Ini menyebabkan saudagar-saudagar

Negeri-Negeri Selat mendesak supaya kawalan ke atas Negeri-Negeri Selat

dipindahkan daripada kerajaan India ke Pejabat Tanah Jajahan (Colonial Office) di

London. Pada tahun 1867 tuntutan ini ditunaikan dan berikutan dengan ini

saudagar-saudagar bertambah kuat mendesak kerajaan British supaya campurtangan

di negeri-negeri Melayu.

Dalam kurun ke 19 permintaan terhadap bijih timah telah meningkat akibat

perang saudara di Amerika Syarikat. Bijih timah diperlukan untuk membuat

barang-barang keperluan tentera seperti tong-tong untuk simpanan minyak dan lain-lain.

Revolusi industri di beberapa negara Eropah juga telah meningkatkan permintaan

terhadap bijih timah termasuk daripada Tanah Melayu. Faktor-faktor ini menyebabkan

berlaku persaingan yang hebat dalam perdagangan hasil-hasil keluaran negeri-negeri

Melayu. Bagi golongan saudagar jalan yang sebaik-baiknya bagi mengatasi masalah

mereka adalah dengan perluasan kawalan British ke atas negeri-negeri Melayu.

Menjelang 1870an semangat imperialisme dan perlumbaan mencari tanah

jajahan telah meningkat di kalangan negara-negara Eropah. Lord Kimberly, Setiausaha

Negara Bagi Tanah Jajahan British membayangkan kemungkinan Jerman akan

Page 7: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

campurtangan di Selangor dan ia menegaskan pendirian British yang tidak akan

membenarkan sebarang kuasa asing lain dari membentuk negeri naungan di

Semenanjung Tanah Melayu. Ia telah mengeluarkan satu arahan kepada Sir Andrew

Clarke, bakal Gabenor Negeri-Negeri Selat supaya membuat laporan kepadanya

mengenai langkah-langkah yang boleh diambil oleh Pejabat Tanah Jajahan bagi

memupuk dan memulihkan keamanan dan ketenteraman bagi melindungi perdagangan

dan perniagaan di negeri-negeri Melayu.

Pada 11 Januari 1874 satu pertemuan diadakan di Pulau Pangkor yang dihadiri

oleh pihak-pihak yang menuntut takhta Perak kecuali Raja Ismail. Turut hadir

pemimpin-pemimpin kongsi gelap Cina yang bertikai dan pegawai-pegawai kolonial

termasuk Andrew Clarke sendiri. Satu perjanjian telah ditandatangani yang dikenali

sebagai Perjanjian Pangkor yang di antara lain mengakui Raja Abdullah sebagai Sultan

Perak dan pihak istana bersetuju menerima seorang pegawai (residen) British yang

mana nasihatnya dalam semua hal mesti diminta dan dijalankan kecuali yang

menyentuh ugama dan adat istiadat Melayu. Selepas termeteri Perjanjian Pangkor

British seterusnya menegakkan kawalan ke atas Selangor, Negeri Sembilan dan

kemudian Pahang dalam tahun 1880an. Dalam tahun 1896 keempat-empat negeri ini

disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan Kuala Lumpur sebagai

pusat pentadbiran. Seorang Residen-Jeneral telah untk mengetuai pentadbiran dan

menyelia Residen-residen. Tetapi kuasa tertinggi terletak di tangan Gabenor

Negeri=negeri Selat yang bertindak sebagai Pesuruhjaya Tinggi.

Semangat imperialisme dan perlumbaan mencari dan merebut tanahjajahan juga

telah merebak ke Borneo. Pada tahun 1865 Claude Lee Moses, seorang spekulator dan

juga konsul Amerika Syarikat ke Kesultanan Brunei telah memperolehi konsesi-konsesi

tanah di Borneo Utara daripada kesultanan Brunei. Konsesi-konsesi ini berpindah milik

beberapa kali sehingga jatuh ke tangan Baron von Overbeck dari Austria dan rakan

Page 8: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

kongsinya Alfred Dent, seorang ahli perniagaan London. Dalam tahun 1877 Overbeck

dan Dent mendapat wilayah yang luas daripada sultan Brunei. Bermula dari Kuala

Kimanis sehingga Sungai Sibuko yang kini termasuk dalam wilayah Kalimantan Timur,

Indonesia. Sebahagian daripada wilayah ini yang terletak di bahagian Barat laut Borneo

Utara dituntut oleh kesultanan Sulu. Overbeck berjaya mendapat konsesi wilayah

berkenaan daripada kesultanan sulu pada tahun 1878. Pada awal tahun 1880 "British

North Borneo Provisional Association Limited” telah dibentuk untuk mengambil alih

kepentingan Dent di Borneo Utara bagi memudahkan permohonan mendapat piagam

dari kerajaan. Syarikat ini kemudian ditukar menjadi Syarikat Borneo Utara yang

dikurniakan Piagamnya di bawah Mohor Besar pada 1 November 1881 (Irwin, 1986:257)

Dengan pemberian piagam ini syarikat mendapat hak untuk mentadbir Borneo Utara

bagi pihak kerajaan British.

Pejabat Tanahjajahan dan Pejabat Luar British di London sangat bimbang

pantai Borneo yang jatoh ke tangan Jerman atau Perancis (Irwin, 1986:269). Sir

Frederick well, Gabenor Negeri-negeri Selat telah dihantar ke Brunei untuk berunding

dengan Sultan bagi meletakkan Brunei dibawah naungan dan pentadbiran British.

Brunei bersetuju menjadi negeri di bawah naungan dan menerima seorang Konsul

British. Tetapi Brunei menolak campurtangan British dalam hal-ehwal pentadbirannya

dan enggan menerima Residen British. Brunei cuma menjadi Residensi British pada

1906. Dalam tahun 1888 British telah mengistiharkan dengan rasmi negeri-negeri

Brunei, Borneo Utara dan Sarawak sebagai negeri-negeri naungan. Gabenor Negeri-

negeri Selat bertindak sebagai Pesuruhjaya Tinggi dan Konsul-Jeneral bagi negeri-

negeri berkenaan. Perluasaan kawalan British dilanjutkan ke Kedah, Kelantan,

Terangganu, Perlis dan Johor dari tahun 1909 hingga 1914.

Dengan itu dalam 1914 muncul apa yang dikenali sebagai British Malaya dan

British Borneo yang bukanlah merupakan satu unit yang homojinis tetapi berpecah

Page 9: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

kepada lima kategori. Kategori pertama dipangil Straits Settlements atau Negeri-Negeri

Selat termasuk Labuan, Dinding dan pulau Pangkor, pulau Cocos-Keeling dan

Christmas. Dinding diambil daripada Perak dan dipulangkan kepada Perak pada tahun

1935 (Ruhaida Bt Ramli,1996:111). Negeri-negeri Selat yang diperintah secara

langsung sebagai Tanah Jajahan Mahkota.

Kategori Kedua merupakan sebauh persekutuan empat buah negeri Melayu:

Perak, selangor, Negeri sembilan dan Pahang. Federated Malay States atau

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang ditadbir sebagai satu unit, berpusat di Kuala

Lumpur. Pentadbiran Negeri-negeri Melayu diketuai oleh seorang Residen-Jeneral yang

dikawalselia oleh Gabenor Negeri-negeri yang bertindak sebagai Pesuruhjaya Tinggi.

Kategori ketiga pula ada lah satu kumpulan Negeri-negeri Melayu yang ditadbir

secara berasingan. Negeri-negeri ini dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu. Kelompok ini terdiri daripada Kelantan, Terangganu, Kedah, Perlis, Brunei

dan Johor. Perlu disebutkan Brunei dianggap sama taraf negeri-negeri Melayu ya itu “…

a Malay State, subject to the terms of a treaty on the general lines of those concluded

with States in the Malay peninsula.”(CO825/42/55104/1/). Negeri-negeri ini termasuk

Brunei ditadbir oleh seorang residen atau penasihat British. Gabenor Negeri-negeri

Selat juga bertindak sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi negeri-negeri berkenaan.

Kategori keempat dan kelima ialah Borneo Utara dan Sarawak yang

campurtangan British dalam hal-ehwal negeri-negeri berkenaan sangat minima.

Sarawak diperintah dan ditadbir oleh Rajah Brooke dan Borneo Utara oleh Syarikat

Berpiagam Borneo utara. Kedua-duanya “…is under His Majesty’s protection but His

Majesty‘s Government has no right to intervene in the internal administration.”

(CO825/42/55104/1/). Gabenor Negeri-negeri bertindak sebagai Konsul-Jeneral dan

Agen British bagi neger-negeri berkenaan.

Page 10: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

Di Negeri-Negeri Selat kerajaan British mempunyai kuasa kehakiman dan boleh

meluluskan sesuatu rang undang-undang secara Order in Council di bawah Foreign

Jurisdiction Acts 1890 dan 1913. Negeri-negeri Melayu pula dari segi teori masih

merupakan negeri-negeri yang berdaulat dan British mentadbir negeri-negeri berkenaan

berasaskan beberapa siri perjanjian dengan sultan-sultan Melayu. Dalam erti kata lain

negeri-negeri berkenaan kekal sebagai negeri bagi orang Melayu dan perjanjian di

antara Sultan dengan British tidak menafikan hak sultan sebagai pemerintah berdaulat.

Perjanjian-perjanjian ini yang dianggap kudus cuma memberi hak kepada British untuk

mentadbir negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna British tidak

mempunyai kuasa. Apabila British memberi nasihat secara formal Sultan-sultan

dikehendaki patuh. Penentangan seperti yang dilakukan oleh Sultan Abdullah dan

pembesar-pembesar Perak telah dihapuskan dengan kekerasan. Sultan Abdullah telah

diturunkan daripada tatkha dan dibuang ke pulau Seychelles, Afrika. Tetapi tanpa

Sultan, British tidak mempunyai kuasa kerana kuasa cuma boleh dilaksanakan di atas

nama baginda.

Selepas Perang dunia Kedua (1942-1945) kerajaan British di London merangka

satu dasar yang bertujuan “…these territories should be to see that,…their machinery of

government , is such a character as will conduce to their social and political

development in conformity …[British] general Colonial policy.”(iCO 825/42/55104).

Penyusunan Semula Perlembagaan dan Pentadbiran Wilayah-wilayah British di

Asia Tenggara

Pada masa Pendudukan Jepun Kabinet Perang British memikir semula dan merancang

satu dasar baru untuk seluruh tanahjajahan dan wilayah-wilayah naungan British di

Tanah Melayu dan Borneo. Sebuah Jawatankuasa yang dinamakan sebagai War

Page 11: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

Cabinet Committee On Malaya And Borneo telah dibentuk dengan dipengerusikan oleh

C.R. Atlee, Timbalan Perdana Menteri Britain, selaku Lord President of the Council. Ahli-

ahli yang lain termasuk L.S. Amery (Setiausaha Negara Bagi India), Kolonel Stanley

(Setiausaha Negara Bagi Tanahjajahan), Sir James Grigg (Setiausaha Negara Bagi

Perang), Sir Donald Somervell (Peguam Negara). Jawatankuasa ini bertujuan mengkaji

persoalan dasar-dasar perlembagaan yang akan diikuti di Tanah Melayu dan wilayah-

wilayah British di Borneo (Borneo Utara, Labuan, Brunei dan Sarawak) selepas British

mengambil kembali negeri-negeri berkenaan daripada Jepun. Untuk Tanah Melayu

sebuah direktif telah dirangka oleh Pejabat Tanah Jajahan dengan Unit Perangan Tanah

Melayu. Direktif mengenai dasar masa hadapan Tanah Melayu diperlukan bagi pihak

berkuasa yang terlibat dalam perancangan hal-ehwal awam dan juga sebagai asas

kepada direktif untuk Lord Louis Mountbatten, Supreme Allied Commander (SEAC).

Untuk wilayah-wilayah Borneo yang terletak di bawah lingkungan tentera Amerika

Syarikat (S.W.Pacific) juga disediakan sebuah direktif telah disediakan oleh Unit

Perancang Borneo untuk panduan pegawai-pegawai perancangan awam British di

wilayah-wilayah berkenaan.

Cabinet Committee On Malaya And Borneo ini berpendapat pemulihan sistem

pentadbiran dan perlembagaan di Tanah Melayu dan Borneo tidak sesuai demi

kecekapan dan keselamatan dan tujuan mempromosikan prinsip berkerajaan sendiri

dan dekolonisasi sebagai termaktub dalam Piagam Atlantik Piagam Atlantik (Atlantic

Charter) yang ditandatangani oleh kuasa-kuasa besar dunia pada bulan Ogos 1941.

Sebagai langkah pertama negeri-negeri yang kecil di semenanjung Tanah Melayu perlu

disatukan. Kemudian langkah-langkah tertentu perlu diambil dengan tujuan untuk

menggalakkan dan membuka peluang-peluang penyertaan oleh penduduk daripada

semua kaum dalam aspek politik, ekonomi dan sosial tertakluk kepada pengakuan

khusus mengenai kepentingan bangsa Melayu. Mengenai wilayah-wilayah Borneo

Page 12: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

Jawatankuasa ini juga berpendapat pemulihan sistem pentadbiran dan perlembagaan

tidak sesuai untuk kepentingan keselamatan dan tujuan mempromosikan prinsip

berkerajaan sendiri dan meningkatkan kemajuan sosial, ekonomi dan politik di wilayah-

wilayah jajahan British. Bagi melaksanakan tujuan demikian British perlu mengambil

tanggung jawab secara langsung ke atas pentadbiran Borneo Utara dan menyatukannya

dengan Labuan.

Jawatankuasa Kabinet Perang Britain memutuskan bahawa bagi melaksanakan

penyusunan semula politik dan perlembagaan di wilayah-wilayah tanahjajahan dan

naungannya di Asia Tenggara kerajaan British di London harus mempunyai kuasa

jurisdiksi ke atas rantau berkenaan. Dalam erti kata lain British mengemukakan

cadangan untuk mengambil kedaulatan Raja-raja Melayu. Negeri-negeri Melayu di

semenanjung akan disatukan dibawah sebuah union atau persatuan. Neger-negeri selat

akan dibubarkan dengan Melaka dan Pulau Pinang dimasukan ke dalam Malayan

Union. Pulau-pulau Cocos-Keelig dan Christmas akan diletakkan dibawah pentadbiran

Australia. Singapura kekal sebagai unit tersendiri kerana Jawatankuasa ini beranggapan

kemasukkannya ke dalam Malayan Union “…might adversely affect the Malay attitude

towards the proposals for the Union of the States..” (CO825/42/1/). Tetapi Jawatankuasa

ini dengan tegas menyatakan “…that His Majesty ‘s Government has no desire to

preclude or prejudice in any way the fusion of Administration [Malayan and Singapore] in

a wider Union at any time should they both agree that such a course were

desirable.”(ibid).

British juga merasakan perkara yang sama harus dijalankan di Borneo. British

mengemukakan cadangan supaya Labuan disatukan dengan Borneo Utara dan

beberapa perubahan dilakukan, “…this involve the removal of the limitations inherent in

a system of Government ba a chartered Company.(CO825/42/55104/1/). British juga

merasakan perlu dipindahkan “constitutional authority” Syarikat Berpiagam Borneo Utara

Page 13: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

kepada kerajaan British. Langkah seterusnya Borneo Utara berserta Labuan diletakkan

dibawah pentadbiran seorang Gabenor dengan dibantu oleh sebuah Majlis Eksekutif

dan Perundangan tempatan.

Berhubung dengan Brunei British memiliki Jurisdiksi terbatas tetapi tidak pernah

diamalkan. Jawatankuasa ini berpendapat “…that the Sultan of Brunei (like the Rulers in

Malaya) should be invited to cede such jurisdiction to His Majesty as will enable him to

legislate for the State under Foreign Jurisdiction Act to the fullest extent.” Berhubung

dengan Sarawak pula Jawatankuasa berpendapat “…it is most desirable that His

Majesty’s Government should be placed in a position to exercise effective control over

the administration…and it proposed that the Rajah (like the Malay sultans) should be

invited to cede such jurisdiction to His Majesty as will enable him to legislate for the

State under Foreign Jurisdiction Act” (ibid.)

Di bawah penyusunan semula wilayah-wilayah ini dibahagikan kepada

lima bahagian atau unit pentadbiran: Malayan Union atau Persatuan Melayu, Sarawak,

Singapura, Borneo Utara atau Sabah dan Brunai. Tetapi kelima-lima unit ini terletak

dibawah sebuah pemerintahan. Seorang Gabenor-Jeneral akan dilantik bagi

menyelaraskan dan menentukan halatuju dasar-dasar British di wilayah-wilayah yang

dikenali sebagai wilayah-wilayah British di Asia Tenggara atau dipanggil juga sebagai

Malayan Union, Singapura dan Borneo British. Gabenor-Jeneral merupakan “ a high

British Authority …for the whole area viz Malaya and British Borneo, without any direct

administrative functions within any of the territories concerned, but with direct

supervisory control over chief officers of all those territories (CO825/42/55104/1/). Perlu

dinyatakan bahawa Gabenor-Jeneral tidak mempunyai kuasa eksekutif dan tidak

menjalankan tanggungjawab pentadbiran tetapi ia mempunyai “…the power of control

the local Authorities in Malaya and Borneo” dan “reserved powers.” Gabenor-Jeneral

boleh menggunakan otoriti ini “…to issue directions to the Governors and High

Page 14: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

Commissioner, this power was only to be exercised in the last resort and in fact no

occasion arose for its use” (CO 1030/161).

Gabenor-Jeneral akan dibantu oleh sebuah sekretariat yang mengandungi

pakar-pakar yang menjadi penasihatnya bagi menyelia perkembangan dan

pembangunan politik, ekonomi dan sosial di wilayah-wilayah Malayan Union, Singapura

dan Borneo British. Gabenor-Jeneral ini juga akan menjadi wakil kerajaan British dalam

sebarang majlis serantau yang bakal dibentuk oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

dan lain-lain. Jika berlaku sesuatu kejadian yang akan menjejaskan keselamatan

wilayah-wilayah British ini Gabenor-Jeneral bertanggungjawab “…in securing due co-

ordination on the civil side of all measures relationg to the defence of the area”

(CO825/42/55104/1/).

Singapura telah dipilih sebagai ibupejabat Gabenor–Jeneral kerana lokasinya

yang dianggap sebagai “…natural centre of communications with all the British

territories concerned and with neighbouring foreign administration ( CO

825/42/55104/1/).

Tiap-tiap wilayah atau tanahjajahan British di Asia Tenggara akan diketuai oleh

seorang Gabenor atau Pesuruhjaya Tinggi. Mereka diberi kuasa eksekutif dan

pentadbiran dalam wiliayah masing. Mereka akan dibantu oleh Majlis Eksekutif dan

Majlis Perundangan tempatan. Perlu disebutkan di sini Malayan Union yang nama

rasmi dalam bahasa Melayu sebagai Persatuan Melayu akan diketuai oleh seorang

Gabenor. Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tiap-tiap satu diketuai oleh

gabenor masing-masing. Tetapi Gabenor Borneo atau Gabenor Sarawak juga bertindak

sebagi Pesuruhjaya Tinggi bagi Brunei. Gabenor-gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi

dikehendaki menghadiri Conference Gabenor-Jeneral. Melalui mekanisme ini Gabenor-

Jeneral bertindak sebagai pengerusi Persidangan dapat menonjolkan pengarohnya ke

atas gabenor-gabenor dan pegawa-pegawai kanan. Gabenor-Jeneral juga boleh

Page 15: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

menonjol pengaroh melalui “general Liaison” (CO1030/161) dengan gabenor dan

pegawai-pegawai Britsh di Malaya dan Borneo.

Perlaksanaan Dasar Baru Di Wilayah-wilayah British Di Asia Tenggara

Selepas tamat Perang Dunia Kedua dan pengunduran Jepun darpada Asia Tenggara

British membentuk pentadbiran tentera yang bersifat sementara. British Malaya

diletakkan dibawah Lord Louis Mountbatten, Supreme Allied Commander (SEAC)

Tentera Berikat. Pihak tentera dibantu oleh pegawai-pegawai awam dari Unit Perancang

Malaya dengan diketuai oleh Ralph Hone, Ketua Hal-ehwal Awam MPU. Wwilayah-

wilayah Borneo pula diletakkan di bawah lingkungan tentera Amerika Syarikat

(S.W.Pacific) termasuk angkatan tentera Australia. Mereka dibantu oleh pegawai-

pegawai dari Unit Perancang Borneo yang diketuai oleh Macaskie, Ketua Hal Ehwal

Awam BPU. Dalam tempoh pentadbiran tentera ini British membuat persiapan bagi

melaksanakan penyusunan semula politik dan perlembagaan di wilayah-wilayahnya di

Asia Tenggara. Unit Perancang Malaya dan Unit Perancang Borneo masing-masing

menerima direktif mengenai dasar yang akan dilaksanakan. Kedua-dua direktif ini

sebenarnya tidak jauh berbeza kecuali dari segi perincian. Direktif mengenai Borneo

menyatakan bahwa “ The restoration of the pre-war constitutional and administrative

system in the four territories will be undesirable in the interests of security and our

declared purpose of promoting social, economic and political progress in colonial

territories” (CAB 98/41. Policy in Borneo.) Untuk mencapai tujuan tersebut langkah-

langkah berikut perlu diambil:

a. The direct asumption by His Majesty ‘s government of responsibility

for administration in North Boreno.

b. The intergration of Labuan with North Borneo.

Page 16: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

c. The cession to His Majesty of full jurisdiction in brunei and Sarawak.

Di bawah pentadbiran tentera British menubuhkan otoriti dan kawalan langsung

ke atas wilayah-wilayahnya di Asia Tenggara. British juga telah menghantar

wakil-wakilnya untuk membuat perjanjian baru yang akan memberikan jurisdiksi

negeri-negeri Melayu kepada kerajaan British. Rundingan juga diadakan dengan

Lembaga Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan dengan Rajah Brooke

bagi membolehkan British mendapat jurisdiksi keatas Borneo Utara dan

Sarawak.

British telah berjaya mendapat persetujuan dan menandatangani perjanjian baru

dengan Sultan-sultan di semenanjung dan juga dengan Lembaga Pegarah Syarkat

Berpiagam Borneo Utara dan Rajah Brooke.yang menyerahkan jurisdiksi negeri masing

kepada kerajaan British. Walau bagaimana pun tindakan ini telah menimbulkan

kemarahan dan tentangan yang hebat daripada penduduk-penduduk tempatan terutama

orang Melayu dan Dayak. Dalam situasi yang tegang ini British melaksanakan juga

penyusunan semula perlembagaan dan pentadbiran di wilayah-wilayahnya di Asia

Tenggara. Di antara bulan April hingga Julai1946 kerajaan awam yang telah ditubuhkan

untuk Malayan Union, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Perlu dinyakan

bahawa British tidak sempat merundingkan perjanjian baru dengan Brunei dan tidak

meneruskan rancangan mengambil jurisdiksi penoh dari Brunei. Taraf Brunei kekal tidak

berubah seperti Sebelum Perang Dunia Kedua kecuali perlantikan seorang Pesuruhjaya

tinggi untuk Brunei. Untk tujuan ini gabenor Sarawak bertindak sebagai Pesuruhjaya

Tinggi Brunei. Perlu dinyatakan mengikut perjanjian 1888 dan 1906 British sebenarnya

sudah pun mendapat kuasa yang kukoh ke atas Brunei termasuk jurisdiksi terbatas dan

hak campur tangan dalam perkara pergantian ke atas taktha Brunei. Dalam keadaan ini

kedudukan Brunei tidak lah jauh berbeza dengan wilayah-wilayah British yang lain.

Page 17: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

Malcolm John MacDonald yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang

politik, pentadbiran dan diplomasi telah dilantik sebagai Gabenor-Jeneral yang pertama

untuk Malayan Union, Singapura dan Borneo British dalam tahun 1946. MacDonald

dilahirkan di Lossiemouth pada 17 Ogos 1901. James Ramsay MacDonald, bapanya

ada lah Perdana Menteri Britain yang pertama dari Parti Buruh. Malcolm MacDonald

memulakankan persekolahannya di Bedales dan kemudian melanjutkan pelajaran ke

Queen’s College, Oxford (List of the Papers of Malcom MacDonald, 1988: 1). Dalam

tahun 1929 MacDonald terpilih sebagai Wakil Rakyat bagi kawasan Parlimen Bassetlaw

di atas tiket Parti Buruh Britain. Ia kemudian menjadi Setia-Usaha Rendah Parlimen di

Pejabat Dominion dan seterusnya menjadi Menteri Kesihatan di bawak kerajaan

campuran pimpinan Winston Churchill dalam tahun 1940. Setahun kemudian ia telah

dihantar ke Kanada sebagai Pesuruhjaya Tinggi British untuk tempoh lima tahun

sebelum dilantik menjadi Gabenor-Jeneral Malayan Union, Singapura dan Borneo

British.

Pada 16 Mei 1945, sebelum bertolak ke Singapura untuk memikul

tanggungjawab baru sebagai Gabenor-Jeneral, MacDonald telah mengadakan

perbincangan dengan George Hall, Setiausaha Rendah Parlimen yang kemudiannya

menjadi Setiausaha Negara Bagi Tanahjajahan (mulai 3 Ogos 1945). Perkara penting

yang menjadi tumpuan Hall adalah krisis di antara British dengan Sultan-sultan dan

masyarakat Melayu berkaitan dengan perlembagaan Malayan Union, penyerahan kuasa

juridiksi sultan-sultan kepada kerajaan British dan penghapusan taraf dan kedudukan

orang Melayu sebagai bumiputra. MacDonald diminta menyelesaikan isu-isu tersebut

dalam rangka kerjasama British dengan Sultan-sultan Melayu.

MacDonald tiba di Singapura pada 21 Mei dan ditabalkan menjadi Gabenor-

Jeneral dalam suasana yang muram kerana majlis pertabalannya di pulau oleh

masyarakat Melayu. MacDonald mengadakan rundingan dengan Edward Gent, Gabenor

Page 18: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

Malayan Union, Franklin Gimson, Gabenor Singapura, Ralp Hone, Setiausaha Agong

Gabenor-Jeneral dan pegawai-pegawai tinggi British yang lain termasuk Alexander

Newboult, Ketua Setiausaha Malayan Union (Lau, 1991:161). MacDonald dalam banyak

perkara menyokong pandangan dan pendirian Gent dalam menangi krisis berhubung

dengan Malayan Union termasuk keperluan membuat modifikasi terhadap

perlembagaan Malayan Union dan menghasilkan dasar Persekutuan Tanah Melayu.

Tetapi MacDonald bercangah pendapat dengan Gent dalam soal penglibatan orang

Cina atau bukan Melayu perundingan perlembagan sehingga tercetus gerakan anti-

Persekutuan dan kemudian pemberontakan Komunis 1948 (Oong, 2000: passim).

Berikutan dengan pengenalan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu nama

beberapa jawatan dalam struktur pemerintahan dan politik di wilayah-wilayah British di

Asia Tenggara telah diubah termasuk jawatan Gabenor di Tanah Melayu telah ditukar

menjadi Pesuruhjaya Tinggi. Jawatan Gabenor-Jeneral pula ditukar menjadi

Pesuruhjaya-Jeneral berikutan dengan pengabungan fungsi Gabenor-Jeneral dengan

fungsi Special Commissioner atau Pesuruhjaya Khas. Jawatan Pesuruhjaya Khas ini

dibentuk pada Mar 1946 yang tugasnya “to advise His Majesty ‘s Government and the

local colonial govenments on problems concerned with Foreign Affairs in South-East

Asia..CAB21/1955 dlm Stockwell, 1995a: 307) Dengan perubahan ini Pesuruhjaya-

Jeneral menjalankan dwi fungsi yang dahulu dijalankan oleh Gabenor-Jeneral dan

Pesuruhjaya Khas.

Pegawai-pegawai tinggi British di wilayah-wilayah Singapura, Sarawak, Tanah

Melayu, Borneo Utara dan Brunei akan bertemu dan berbicang dalam Persidangan

Gabenor-Jeneral atau Pesuruhjaya-Jeneral yang diadakan dari masa ke masa.

Persidangan ini akan dipanggil dan dipengerusikan oleh Gabenor-Jeneral atau

Pesuruhjaya-Jeneral. Misalnya pada 26 Jun 1947 satu pesidangan khas diadakan di

Pejabat Gabenor-Jeneral di Singapura untuk membincangkan masalah keselamatan

Page 19: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

yang dihadapi oleh Malayan Union dan Singapura (MSS. Ind.Ocn S-254). Antara yang

hadir termasuk Edward Gent, Gabenor Malayan Union, P.A.B MacKerron, pegawai

mentadbir Singapura, J.Dalley, Pengarah Malayan Security Services, J.A. Brazier,

Pensihat Buruh, General Sir Neil Ritchie, Commander-in-Chief General Headquater

S.E.A.L.F dan Rear-Admiral, Sir Dennis Boyd, Commander-in- Chief. B.P.F dan lain-lain.

Jika diperhatikan kedudukan dalam persidangan pegawai pemerintah tentera (military

commander) British nampaknya lebih rendah daripada Gabenor-Jeneral.

Malcolm MacDonald selaku pengerusi menjelaskan persidangan ini diadakan

untuk membincangkan perkembangan dan pengaroh komunisme khusunya di Tanah

Melayu dan Singapura. Menurut MacDonald komunis telah menjadi musuh No.1 dan

semua pihak dikehendaki berkerjasama untuk mengawas komunisme yang dijangka

akan mengancam kedudukan British di rantau ini. Sebagaimana yang telah disebutkan

Gabenor-Jeneral atau Pesuruhjaya Tinggi menggunakan kedudukan sebagai pengerusi

majlis bagi menonjol pengaroh dan kuasanya di kalangan pegawai-pegawai tinggi. Jika

pandangannya tidak diterima Gabenor-Jeneral atau Pesuruhjaya-Jeneral akan merujuk

dan berunding dengan Setiausaha Tanahjajahan di London.

Apabila Parti Komunis Malaya melancarkan pemberontakan dalam bulan Jun

1948 dan Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi mengisytiharkan darurat di bebarapa

kawasan di Perak dan Johor MacDonald bertindak menegor dan mengkritik pegawai-

pegawai tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang dianggap tidak peka terhadap ancaman

Komunis. Tegoran ini menyebabkan Gent dipanggil pulang ke London dalam keadaan

tergesa-gesa. Ia terbunuh apabila pesawat yang dinaiki terhempas di London. Pegawai-

pegawai kanan yang lain turut meletak jawatan. Dalam kes yang lain pada awal Mac

1951, MacDonald dan General Harding, Commander-in-Chief of the Far East Land

Forces mengadakan rundingan di London dengan Setiausaha Bagi Tanahjajahan

pada awal Mac 1951 berkenaan situasi keselamatan di Tanah Melayu (Oong,

Page 20: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

2000:171). Henry Gurney, Pesurujaya Tinggi British di Tanah Melayu tidak dimaklumkan

mengenai perkara ini. Ia memahami bahawa Pesuruhjaya-Jeneral sudah pun hilang

keyakinan terhadap kemampuannya untuk memerangi Komunis. Tetapi ia merayu

kepada Setiausaha Bagi Tanahjajahan supaya memberi masa kepadanya selama enam

bulan lagi untuk meneruskan usaha dan programnya dalam memenangi Darurat (ibid.).

Setelah cukup enam bulan, dalam bulan Oktober 1951 Gurney mengambil keputusan

mengambil rehat atau “membunuh diri” di Fraser Hill. Gurney diserang hendap dan

terbunuh.

MacDonald memegang jawatan Gabenor-Jeneral selama hampir 10 tahun,

paling lama dalam sejarah kolonial British di Asia Tenggara. Dalam jangkamasa ini ia

cuba menjalankan tugasnya untuk menyelaraskan dan menetukan halatuju dasar-dasar

British di Asia Tenggara terutama merapatkan hubungan Tanah Melayu Singapura dan

Borneo Utara dengan Brunei dan Sarawak yang bermatlamat menwujudkan sebuah

nasion. Ia merangka apa yang dikenali sebagai “Grand Design” atau kemudian sebagai

Gagagasan Malaysia. Untuk tujuan ini MacDonald menubuh Jawatankuasa Koordinasi

Bersama yang diwakili oleh pegawai-pegawai British dan tokoh-tokoh politik tempatan

dari Tanah Melayu dan Singapura. MacDonald menghadapi terlalu banyak rintangan

bagi merealsasi “Grand Design” yang menyebabkan Menteri-menteri kabinet Britain

meragui kemampuan untuk mengerakkan rancangan ini dengan lancar. Pada 30

September 1954 Lennox Boyd, Setiausaha Negara Bagi Tanahjajahan telah

menyatakan pandangannya kepada Anthony Eden, Setiausaha Negara Bagi Hal-ehwal

Luar mengenai masa hadapan MacDonald dan jawatan Pesuruhjaya-Jeneral.

“I do not question the continuing need for a Commissioner General in south-East Asia, and I think he should continue to be someone clearly established personally as well as by virtue of his office as standing not only apart from but also above our Ambassadors, Governors and High Commissioners in the area. But Malcolm has now been in Singapore for more than eight years and as I said , I think that his influence in the British South-East Asain territories is on wane” (Stockwell,1995:78).

Page 21: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

Dalam tahun 1955 Kerajaan British telah seorang calon yang sesuai

untuk menggantikan MacDonald sebagai Pesuruhjaya-Jeneral dan

MacDonald sendiri dilantik sebagai Pesuruhjaya-Tinggi British ke India.

Robert Heatlie Scott yang mempunyai pengalaman sebagai pentadbir dan

diplomat telah dilantik sebagai Pesuruhjaya-Jeneral pada September

1955. Sebelum dilantik ke jawatan ini ia memegang jawatan sebagai

penasihat politik kepada Lord Killearn, Pesuruhjaya Khas dan kemudian

minister di kedutaan British di Washington, Amerika Syarikat. Scott

memegang jawatan Pesuruhjaya-Jeneral hingga 1959 dan kemudia

digantikan oleh Lord Selkirk yang juga menjadi Pesuruhjaya Jeneral

hingga 1963.

Kesimpulan

Penyusunan dan perubahan politik dan perlembagaan yang diperkenalkan

oleh British di wilayah-wilayahnya di Asia Tenggara sebelum Perang Dunia

Kedua telah menimbulkan kekeliruan mengenai fungsi dan peranan beberapa

jawatan yang yang diwujudkan terutama jawatan Gabenor-Jeneral dan

Pesuruhjaya Jeneral. . Perbincangan yang berbentuk mikro atau terlalu

menumpukan perhatian kepada Malayan Union dalam Sejarah Malaysia

menambohkan kekaburan terhadap kedudukan Gabenor-Jeneral dan kemudian

Pesuruhjaya-Jeneral dalam struktur pemerintahan dan politik di wilayah-wilayah

British di Asia Tenggara. Tetapi sebaliknya berbentuk makro atau melihat

Page 22: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

Malaysia secara keseluruhan akan kelihat wilayah-wilayah British di asia

Tenggara ini telah distruktur semula menjadi lima unit yang terdiri dari Malayan

Union (atau Persatuan Melayu)yang kemudian ditukar kepada Persekutuan

Tanah Melayu), Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Gabenor-Jeneral

atau Pesuruhjaya-Jeneral merupakan pegawai British yang mempunyai

kewibawaan tinggi dan mempunyai kuasa kawalselia ke atas Gabenor-gabenor

dan Pesuruhjaya Tinggi. Malayan Union, Sarawak, Borneo Utara, Singapura

dan Brunei cuma merupakan otoriti tempatan atau unit yang bertaraf rendah

dalam struktur pemerintahan British yang berpusat di Singapura. Kajian

mengenai peranan MacDonald sebagi Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

menunjukkan hakikat ini. MacDonald ada lah Gabenor-Jeneral bagi Malayan

Union, Singapura, Borneo Untara, Brunei dan Sarawak. Wilayah-wilayah ini

mengalami penyusunan semula dan kini membentuk tiga nasion:Singapura,

Malaysia dan Brunei.

Page 23: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

Bibliografi

CAB 98/41. 1944. War Cabinet. Committes on Malaya and Borneo, “Future Constitutional Policy For British Colonial Territories In Soth-East Asia. January.

CO825/42/55104/1/

CO 1030/161 ( Commissioner-General).

FO12 Borneo: General correspondance.

Dayang Arnah Bt Haji Kahar, 1991. Dasar British Di Borneo (1880-1945). Bangi: Latihan Ilmiah, Jabatan sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Irwin, Graham. 1986. Borneo Abad Kesembilan Belas: Kajian Mengenai Persaingan Diplomatik. (Terj. Mohd Nor Ghani dan Noraini Ismail). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hall, D.G.E. 1986. A History of South-East Asia. London and Basingstoke: MacMillan and Co Ltd.

Lau, Albert.1991. The Malayan Union Controversy, 1942-1948. Singapore: Oxford Universiti Press.

Mss.Ind. Ocn-254. “Conference held under the Chairmanship of H.E. the Governor- General,” 26 Jun 1947.

Oong Hak Ching. 2000. Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy. Bangi: Penerbit UKM.

Ruhaida Bt Ramli. 1995. Sejarah Daerah Dinding (Manjung): Satu Tinjauan Umum Terhadap Sosio-ekonomi Dari Tahun 1857 Hingga Tahun 1957. Bangi: Latihan Ilmiah, Jabatan sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Stockwell, A.J. (editor) 1995. Malaya. Part I. The Malayan Union Experiment 1942-1948. London: HMSO.

----------------- 1995. Malaya. Part III. The Alliance Route To Independence

Page 24: Fungsi dan Peranan Gabenor-Jeneral British di Asia Tenggara

1953-1957. London: HMSO.