perubahan berat badan untuk p sakit kansr payu ara

33

Upload: others

Post on 23-Oct-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara
Page 2: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk Pesakit

Kanser Payudara

Zalilah Mohd Shariff Zalina Abu Zaid

Mirnalini Kandiah

Page 3: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk Pesakit

Kanser Payudara

Page 4: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Perubahan Berat Badan untuk Pesakit Kanser Payudara Versi Online 2021 © Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE), Penulis. Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Cornell University-Universiti Putra Malaysia, d/a Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Zalilah Mohd Shariff Perubahan berat badan : untuk pesakit kanser payudara / Zalilah Mohd Shariff,

Zalina Abu Zaid, Mirnalini Kandiah. ISBN 978-983-44361-5-5 1. Body weight. 2. Weight loss. I. Zalina Abu Zaid. II. Mirnalini Kandiah. III. Judul. 616.398

Page 5: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Penerbitan ini ialah usaha sama Cancer Education and Research

(CaEd) Laboratory, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM;

Cornell University; dan Persatuan Penterjemah Malaysia di bawah

Pusat Sumber, Pendidikan & Sokongan Kanser (CaRE).

Penulis

Zalilah Mohd Shariff

Zalina Abu Zaid

Mirnalini Kandiah

Penyelaras

Othman Omar

Reka Letak oleh

Norsidawati Abdul Gani

Ili Safuraa Abu Bakar

Editor

Ramlah Muhamad,

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM)

Page 6: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

B uku kecil ini menjelaskan tentang perubahan berat badan untuk

pesakit kanser payudara sebelum, semasa dan selepas rawatan.

Buku ini turut memberikan sedikit maklumat mengenai beberapa topik

termasuk bagaimana mengukur indeks jisim tubuh dan ukuran lilit

pinggang, sebab-sebab pertambahan dan penurunan berat badan

serta tips untuk mengekalkan, menambahkan dan menurunkan berat

badan. Buku kecil ini adalah salah satu daripada judul dalam Siri Buku

Pemakanan untuk Pesakit Kanser Payudara.

Tanda Keterangan

Tanda ini memberikan maklumat penting untuk pesakit.

Tanda ini merupakan maklumat penting antara anda dan doktor.

ditebalkan

Untuk setiap perkataan yang ditebalkan (bold)dengan warna hitam, sila rujuk bahagian Glosari untuk maksud perkataan tersebut.

Page 7: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Kandungan

Bahagian 1: Pengenalan 1

Bagaimana mengetahui anda berlebihan atau kekurangan berat badan?

Apakah indeks jisim tubuh? Pengelasan indeks jisim tubuh (kg/m2) Apakah ukuran lilit pinggang? Kategori ukuran lilit pinggang

1

2 3 4 4

Bahagian 2: Penurunan berat badan Apakah sebab-sebab penurunan berat badan?

6

7

Bahagian 3: Pertambahan berat badan Apakah sebab-sebab pertambahan berat badan?

8

9

Bahagian 4: Mengekalkan berat badan 10

Bahagian 5: Cara menambah berat badan 12

Bahagian 6: Cara mengurangkan dan mengekalkan berat badan

15

Sumber 20

Glosari 24

Page 8: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Perubahan berat badan biasa berlaku dalam kalangan pesakit

kanser payudara.

Pertambahan atau kekurangan berat badan perlu ditangani segera

kerana ia akan mengganggu kesihatan anda.

1

1

Bagaimana untuk mengetahui anda berlebihan atau kekurangan berat badan?

1. Indeks Jisim Tubuh (IJT)

2. Ukuran Lilit Pinggang

Pengenalan

Page 9: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Indeks Jisim Tubuh (IJT) adalah satu petunjuk

yang digunakan untuk menentukan sama ada

berat anda bersesuaian dengan ketinggian

anda.

Cara kiraan IJT ialah membahagikan berat badan (dalam kg)

dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua.

berat badan(kg)

tinggi (m) x tinggi (m)

2

Apakah Indeks Jisim Tubuh (kg/m2)?

IJT =

Page 10: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Pengelasan IJT(kg/m2)

Individu yang mempunyai berat badan yang sesuai dengan

ketinggian mempunyai IJT di antara 18.5-24.9 (kg/m2).

3

Sumber: World Health Organization (1995)

IJT PENGELASAN

Kurang daripada 18.5 Kekurangan berat badan

Antara 18.5-24.9 Berat badan normal

Antara 25.0-29.9 Berlebihan berat badan

30.0 dan ke atas Kegemukan/obes

Page 11: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Apakah Ukuran Lilit Pinggang?

Ukuran lilit pinggang menentukan sama ada lemak

badan berlebihan di bahagian pinggang.

Kategori ukuran lilit pinggang

Lelaki Perempuan Kategori

< 102 cm (< 40 inci) < 88 cm (< 35 inci) Normal

94 – 102 cm 80 – 88 cm Berjaga-jaga

> 102 cm (> 40 inci) > 88 cm (> 35 inci) Risiko tinggi

4

Page 12: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Ukuran lilit pinggang bagi wanita mestilah tidak melebihi 88

sentimeter (35 inci) dan lelaki pula tidak melebihi 102

sentimeter (40 inci).

5

Page 13: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Kanser dan rawatan kanser boleh menyebabkan anda kehilangan

berat badan.

Penurunan berat badan selalunya disertai dengan kehilangan otot-

otot yang berguna dan keadaan ini perlulah dikawal dengan

segera.

Pastikan berat badan anda sihat kerana ini akan memudahkan

anda menjalani rawatan. Diet yang sihat boleh membantu anda

mengekalkan berat badan yang sihat.

2

6

Penurunan Berat Badan

Page 14: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

7

Apakah sebab-sebab penurunan berat badan ?

Hilang selera makan

Keperluan tenaga meningkat

Sukar untuk makan seperti biasa kerana

pembedahan

Kesan rawatan

Kegelisahan dan tekanan

Page 15: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Pertambahan berat badan juga merupakan masalah besar yang

dihadapi oleh pesakit kanser payudara.

Pertambahan berat badan juga boleh mengakibatkan penyakit

yang serius seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit

jantung.

Pertambahan berat badan yang banyak sewaktu dan selepas

rawatan kanser boleh meningkatkan risiko kanser berulang.

3

8

Pertambahan Berat Badan

Page 16: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

9

Apakah sebab-sebab pertambahan berat badan ?

Makan secara berlebihan disebabkan gelisah

atau rawatan yang dijalani

Kurang aktif

Perubahan kadar metabolik tubuh

Penggunaan ubat semasa rawatan kemoterapi

seperti kortikosteroid

Pra-menopaus

Page 17: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

4

Cara mengekalkan berat badan sihat adalah dengan

mengimbangkan pengambilan tenaga (pengambilan

makanan dan minuman) dengan pengeluaran tenaga (aktiviti

fizikal).

PENGELUARAN

TENAGA PENGAMBILAN

TENAGA

KESEIMBANGAN TENAGA

10

Mengekalkan Berat Badan

Page 18: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Penurunan berat badan boleh dilakukan dengan mengurangkan

pengambilan tenaga daripada makanan dan minuman serta

meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam.

Pemantauan dalam pengambilan makanan dan peningkatan

dalam aktiviti fizikal menunjukkan kesan yang mujarab dalam

pengurusan berat badan.

11

Sebagai contoh :

Penurunan 50-100 kalori/hari boleh mencegah pertambahan berat badan dan

merupakan sasaran objektif dalam program penurunan berat badan.

ATAU

Mengurangkan pengambilan tosai atau roti canai (sekeping mengandungi 50-100 kalori) daripada sekeping setiap hari kepada 1 atau 2 keping sahaja seminggu.

Page 19: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Pastikan makanan kegemaran anda sentiasa

tersedia.

Semasa menjamu selera, makan

makanan yang kaya dengan protein

terlebih dahulu. Contohnya kekacang,

tauhu, ayam, ikan, tairu dan telur.

Makan setiap kali anda berasa lapar.

Makan sekerap yang boleh. Jangan

hadkan waktu makan anda kepada hanya

tiga (3) kali sehari.

5

12

Cara Menambah Berat Badan

Page 20: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Cuba berjalan-jalan sebentar sebelum waktu makan. Ini akan

merangsang selera makan anda.

Cuba masak resepi yang baru atau

makan di restoran untuk menukar

selera.

Makan dengan perlahan-lahan.

Rasa setiap jenis makanan yang

dihidangkan kepada anda.

Minum minuman bermalt di antara waktu

makan, bukan semasa waktu makan.

Minuman seperti jus buah-buahan,

susu ataupun jus buah yang

ditambah dengan tairu boleh

diminum pada siang hari.

13

Page 21: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Minum air dengan banyak dan kurangkan minuman yang

mengandungi kafein.

14

Doktor atau Pegawai Dietetik boleh mencadangkan

suplemen diet yang kaya dengan protein dan

bersesuaian untuk anda.

Page 22: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

6

Pilih makanan yang sihat terutama yang berasaskan tumbuhan

seperti pelbagai jenis sayuran, buah-buahan, bijirin penuh dan

kekacang. Makanan ini kurang kalori tetapi kaya dengan pelbagai

nutrien.

Kurangkan pengambilan lemak dalam diet terutamanya lemak

haiwan.

15

Cara Mengurangkan

dan Mengekalkan Berat Badan

Page 23: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Baca label makanan supaya anda lebih tahu saiz sajian anda seperti

Jadual 1.

Jadual 1: Contoh label makanan

16

Page 24: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Sentiasa bandingkan makanan anda dengan saiz sajian seperti

Jadual 2. Ini akan membantu anda menganggar jumlah pengambilan

makanan.

Jadual 2: Contoh saiz satu sajian

Buah-buahan

1 biji epal, pisang, oren bersaiz sederhana

½ cawan buah-buahan yang dipotong, dimasak dan ditinkan

½ cawan 100% jus buah

Sayuran

1 cawan sayuran hijau mentah ½ cawan sayuran yang dimasak atau mentah; dipotong ½ cawan 100% jus sayuran

Bijirin

1 keping roti ½ cawan nasi (putih atau perang) 3 keping biskut krim kraker

Kacang dan kekacang

½ cawan kekacang/kacang 2 sudu makan mentega kacang 1 keping tempe

Produk susu dan telur

1 cawan susu atau yogut atau dadih 1 keping keju 1 biji telur

Daging

1 ketul peha ayam bersaiz sederhana 1 ekor ikan kembung bersaiz sederhana 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak

mancis 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala

17

Page 25: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Makan hanya jika anda berasa

lapar. Makan secara berlebihan

tidak akan membantu anda.

Elakkan pengambilan alkohol yang berlebihan.

Bersenam sekurang-kurangnya 5 kali

seminggu atau lebih, selama 30 minit

setiap kali.

18

Sekiranya pertambahan berat badan terlampau

banyak dan mendadak, sila berjumpa dengan

doktor anda. Beliau boleh mencadangkan ubat yang

dapat membantu anda.

Page 26: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Makan makanan yang tinggi kalori dalam saiz hidangan yang kecil.

Gantikan makanan yang tinggi kalori seperti aiskrim, kek, coklat dan

kuih-muih dengan pengambilan buah-buahan dan sayuran serta

makanan rendah kalori.

Sekiranya anda makan di luar, pilihlah makanan yang rendah kalori,

rendah lemak, kurang gula, kurang minyak dan cuba elakkan

mengambil makanan dalam saiz hidangan yang besar.

19

Page 27: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

SUMBER Pusat Sumber & Pendidikan Kanser Tingkat 7, Blok Makmal A Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan Telefon : 1-800-38-2233/ +603 9769 1011 Faks : +603 9769 2706 Emel : [email protected] Laman web : http://www.care.upm.edu.my Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan (KanWork) Blok B 5-1-2, Apartment Putra Permai Jalan Putra Permai 2, Taman Equine 43300 Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan Telefon : +603 8940 8672 Emel : [email protected] Laman web : http://www.kanwork.org/v2/ Institut Kanser Negara No. 4, Jalan P7, Presint 7 62250 Wilayah Persekutuan Putrajaya Telefon : +603 8892 5555 Emel : [email protected] Laman web : https://nci.moh.gov.my/ Breast Cancer Awareness & Research Unit (BestARi) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu Kelantan Telefon : +609 767 4056 Emel : [email protected] Laman web : https://h.usm.my/bestari/index.php/ms/

20

Page 28: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

21

Pusat Payudara IIUM Jabatan Radiologi Aras Bawah IIUM Medical Centre Jln Sultan Ahmad Shah Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan, Pahang Tel : +609 591 2649 Emel : [email protected] /[email protected] Majlis Kanser Nasional (MAKNA) BG 03A & 05, Ground Floor, Megan Ambassy No. 225, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur Cancer Helpline : 1-800-88-62562/03 2162 9178 Emel : [email protected] Laman web : https://makna.org.my/ Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 16 Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya Tel : +603 7954 0133 Faks : +603 7954 0122 Emel : [email protected] Laman web : https://www.breastcancer.org.my/ Pusat Sumber dan Kesihatan Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) 66 Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur Tel : +603 2698 7300 / 1-800-88-1000 Faks : +603 2698 4300 Emel : [email protected] Laman web : www.cancer.org.my

Page 29: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Kolej Radiologi Akademi Perubatan Malaysia Unit 2.4 (Suite 1) Enterprise 3B, Jalan Innovasi 1, Technology Park Malaysia, Lebuhraya Puchong-Sungei Besi, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Tel : +603 8994 2808 Faks : +603 8994 1808 Emel : [email protected] Laman web : https://www.radiologymalaysia.org/ American Cancer Society (ACS) Laman web: www.cancer.org National Cancer Institute (NCI) Laman web: www.cancer.gov Cancer Council Victoria (CCV) Laman web: www.cancervic.org.au Breastcancer.org Laman web: www.breastcancer.org The Cancer Nutrition Center Laman web:www.cancernutrition.com

22

Page 30: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Glosari Diet: makanan/minuman yang biasanya diambil oleh seseorang

Kafein: bahan kimia yang boleh ditemui dalam biji kopi, daun teh

dan biji koko

Kalori: unit bagi tenaga dan dihasilkan oleh makanan.

Label: kepingan kecil kertas (kad dll.) yang dilekatkan atau

ditampalkan pada sesuatu (spt. botol, beg, dll.) untuk memberikan

sedikit keterangan (misalnya nama, jenis, kandungan, harga, dll.)

Metabolik: perubahan biokimia yang dialami oleh tubuh.

Nutrien: zat makanan atau suatu bahan yang harus diambil

sebagai sebahagian daripada diet untuk membekalkan tenaga, serta

memenuhi keperluan tumbesaran, perkembangan dan kesihatan

tubuh.

Suplemen diet: produk yang mengandungi satu atau lebih bahan

yang berikut: vitamin, mineral, herba, tumbuhan, asid amino dan

makanan.

23

Page 31: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

Sila berikan maklumbalas dengan tanda (/) pada ruangan 1. Saya dapat memahami isi kandungan buku ini dengan mudah. 2. Maklumat yang disampaikan di dalam buku ini menepati kehendak saya 3. Visual (gambar, simbol, jadual) yang digunakan menarik minat saya untuk terus

membaca 4. Visual yang digunakan membantu saya untuk memahami isi kandungan buku 5. Adakah buku ini berguna dalam membantu menguruskan kesihatan anda? 6. Buku ini merupakan buku yang:

7. Buku ini akan menjadi lebih menarik dan bermakna jika………………………………. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 8. Tajuk buku :________________________________________________________

Sangat setuju Sangat tidak setuju

Sangat setuju Sangat tidak setuju

Sangat setuju Sangat tidak setuju

Sangat setuju Sangat tidak setuju

Sangat berguna Sangat tidak berguna

Borang Maklumbalas:

Informatif (memberi pengetahuan) Tidak relevan Mesra pembaca Mengelirukan Lain-lain: nyatakan…………………..… Berguna

Page 32: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara

17 tahun ke bawah 18-30 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun 51-60 tahun 61 tahun ke atas

9. Saya tahu mengenai buku ini melalui: Laman web: nyatakan………………………………………………………………… Pusat Sumber Kanser: nyatakan……………………………………………………. Program pendidikan kanser: nyatakan…………………………………………….. Surat khabar: nyatakan………………………………………………………………. Radio: nyatakan………………………………………………………………………. Lain-lain: nyatakan…………………………………………………………………….

Nama .…………………………………………………………………….. Alamat .…………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………... No. Telefon .…………………………………………………………………….. Emel .…………………………………………………………………….. Saya berumur:

Saya ialah:

Saya berkelulusan:

Pesakit kanser/survivor kanser Pakar perubatan/doktor Ahli keluarga/penjaga/rakan pesakit Jururawat

Lain-lain: nyatakan………………………………….

Sekolah rendah Sekolah menengah Sijil/STPM Universiti/IPT Lain-lain: nyatakan………………………………..

Terima kasih atas kesudian anda menjawab borang maklumbalas ini

Untuk maklumat dan sokongan mengenai kanser, sila hubungi talian bebas tol:

1-800-38-2233

Page 33: PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk P sakit Kansr Payu ara