persidangan kebangsaan pendidikan teknikal dan kerjaya …
TRANSCRIPT
i i Persidangan ini dianjurkan oleh
Jabatan Matematik Sains dan
Komputer (JMSK) PJB
bertujuan untuk menghayati
perkhidmatan pendidikan dan
pemberian latihan yang
berkesan bagi meningkatkan
kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu
juga membincangkan isu–isu
utama berkaitan dengan
pendidikan dan pemberian
latihan teknikal dan kerjaya di
Institusi Pengajian Tinggi
Malaysia.
Persidangan selama sehari ini
diadakan bermula seawal jam
7.30 pagi, pada 21 Mei 2011
yang bertempat di Hotel Selesa,
Pasir Gudang, Johor. Program
ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk
Hj Ab. Rahim bin Md Nor, Ketua
Setiausaha, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
Seramai 42 orang pembentang,
33 kertas kerja dan 136 orang
peserta yang terdiri daripada
pensyarah–pensyarah daripada
Universiti Malaysia Sabah,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Malaysia Pahang,
Politeknik-politeknik Malaysia
dan Kolej- kolej Komuniti telah
menyertai persidangan ini.
Kebanyakan pembentang dan
peserta yang menyertai
persidangan ini berpuashati
dengan perjalanan program ini
dan mengharapkan persidangan
KONTINJEN KARATE MALAYSIA RAIH 9 EMAS Tahniah diucapkan kepada En.
Chok Kong Yu, pensyarah dari
Politeknik Premier Johor Bahru
selaku Pengurus Pasukan
Malaysia kerana berjaya
membawa kontinjen Malaysia
hingga berjaya meraih
sembilan (9) pingat emas
dalam Kejohanan Karate
Terbuka Singapura Kali
Pertama.
Persekutuan Karate Malaysia
dan Majlis Sukan Negara
Malaysia telah menghantar
satu pasukan terdiri daripada 1
pegawai, 2 jurulatih dan 16 atlit
ke Kejohanan Karate Terbuka
Singapura Kali Pertama di
Politeknik Republik Singapura,
pada 25 – 27 Mac 2011.
Pasukan yang bertanding terdiri
daripada sembilan Negara
termasuk Malaysia, dan 55
acara telah dipertandingkan.
Negara kita telah berjaya
meraih 9 pingat emas, 2 pingat
perak dan 5 pingat gangsa dan
berada di tangga yang ke-2 daripada
sembilan negara yang mengambil
bahagian.
ISU 1 / 2011
KANDUNGAN:
Perutusan Pengarah PJB
2
PJB Juara Rekabentuk 1 Inovasi
2
“1MG 1MC” 3
Persidangan Teknikal dan Kerjaya
4
Staf PJB Pengadil Kejohanan Karate Indonesia 2011
5
Lawatan ke Teknik Janakuasa Sdn Bhd.
6
PJB Naib Juara Pertandingan Mural
6
Bidang Tujahan Senireka
7
“Politeknik Mentransformasi Kehidupan”
P U N C A K J A Y A B E R W A W A S A N P U N C A K J A Y A B E R W A W A S A N
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN
TEKNIKAL DAN KERJAYA PJB 2011
Ucapan Perasmian oleh Datuk Ab. Rahim Bin Md Nor, Ketua Setiausaha KPTM.
Ucaptama Ketua Pengarah JPP Mejar (K) Hj Md. Nor bin Yusof
ini diteruskan lagi di masa akan datang kerana ini merupakan salah
satu platform bagi pendidik mengembangkan dan berkongsi ilmu serta
menangani isu dan cabaran global pendidikan teknikal masa kini.
Lagi gambar di mukasurat 4
Urusetia Persidangan
Pegawai dan atlit kontinjen Karate Malaysia bergambar di akhir kejohanan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Syukur alhamdulillah kerana Unit Penerbitan, Politeknik Premier Johor Bahru telah berjaya menerbitkan
Buletin Premier buat pertama kali. Penerbitan buletin ini adalah bertujuan memuatkan dan
menghebahkan segala aktiviti yang telah dilaksanakan oleh warga politeknik samada staf atau pelajar.
Ianya diharap menjadi penghubung maklumat di antara politeknik dengan masyarakat luar.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Kualiti serta
semua warga PJB atas komitmen yang tinggi dan berterusan, PJB telah dianugerahkan dengan
Persijilan MS ISO 9001:2008 sehingga Tahun 2014.
Di samping itu, saya mengucapkan tahniah kepada 44 orang staf Politeknik Premier Johor Bahru yang
dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2010. Semoga ianya
menjadi pendorong kepada semua penerima anugerah APC agar dapat memberi perkhidmatan yang
lebih cemerlang pada tahun-tahun yang akan datang.
Akhir kata, marilah kita meneruskan tanggungjawab dan amanah bagi meningkatkan kecemerlangan
politeknik sekaligus memartabatkan Sektor Pendidikan Tinggi Negara. Walaupun pelbagai halangan
dan rintangan, matlamat kita adalah kecemerlangan.
Sekian, terima kasih.
PERUTUSAN PENGARAH
PJB JUARA REKABENTUK 1 INOVASI
2011, yang bertempat di Hotel
New York Johor Bahru dan
disertai oleh semua IPTA &
IPTS di Negeri Johor.
Dua orang pelajar Jabatan
Kejuruteraan Elektrik (JKE)
telah meraih kemenangan
dengan menduduki tempat
pertama yang membawa
pulang sebuah plak, wang tunai
sebanyak RM1,000 beserta sijil
bagi setiap peserta. Projek
yang bertajuk Appliances
Pertandingan Rekabentuk 1
Inovasi sempena Minggu
Sains, Teknologi & Inovasi,
Institusi Pengajian Tinggi
Awam & Swasta peringkat
Negeri Johor yang
dianjurkan oleh Bahagian
Hal Ehwal Pelajar,
Kumpulan Pendidikan YPJ
dengan kerjasama KPTM,
MOSTI dan Perbadanan
Perpustakaan Awam Johor.
Pertandingan ini telah
diadakan pada 10 dan 11 Mei
Mukasurat 2
Penyampaian hadiah dari kiri En.
Omar Bin Ali, Pengarah Hal Ehwal
Pelajar, Kumpulan Pendidikan
YPJ, Tuan Abdul A‟Lim Bin Abd.
Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif,
Kumpulan Pendidikan YPJ,
Muhamad Hanif Bin Muhd Yusof ,
Muhamad Afif Bin Ahmed dan Tn
Hj. Mohd Yusof Bin Sulaiman,
Penasihat Projek.
Dua orang pelajar Jabatan
Kejuruteraan Elektrik telah
meraih kemenangan
dengan menduduki tempat
pertama dengan membawa
pulang sebuah plak, wang
tunai sebanyak RM1,000
beserta sijil bagi setiap
peserta.
ISU 1 / 2011
Switching by Internet
dihasilkan oleh Muhamad
Hanif Bin Muhd Yusof dan
Muhamad Afif bin Ahmed
adalah di bawah seliaan Tn.
Hj. Mohamad Yusof Bin
Sulaiman selaku Penasihat
Projek.
Barisan pelajar dan pensyarah
pengiring daripada Politeknik Premier
Johor Bahru bersama hadiah dan sijil
yang telah dimenangi.
EN. SHABUDIN BIN MAN
PENGARAH
POLITEKNIK PREMIER JOHOR BAHRU
PERTANDINGAN MENGHIAS KEK
atas. Kesemua peserta diberi
masa selama satu jam sahaja
untuk menghias kek yang
disediakan mengikut kreativiti
dan dekorasi masing-masing.
Dengan adanya pertandingan
seperti ini, para peserta dapat
menambah pengalaman dan
memberi peluang kerjaya
yang lebih baik dalam bidang
seni kulinari. Dua orang wakil
dari Politeknik Premier Johor
Bahru telah diumumkan
Pada 26 Mac 2011 Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti
telah menghantar lapan
orang pelajar semester akhir
Diploma Hotel dan Katering
(DHK 6B) untuk menyertai
pertandingan menghias kek
yang bertempat di Kompleks
Pusat Bandar, Pasir Gudang.
Pertandingan ini terbuka
kepada semua warganegara
Malaysia, lelaki dan wanita
yang berusia 18 tahun ke
sebagai pemenang tempat
kedua dan ketiga. Ini
membuktikan bahawa para
peserta juga mempunyai
kepercayaan diri yang tinggi
dan mampu bersaing dalam
bidang yang diceburi.
PROGRAM KEMASYARAKATAN “1 MALAYSIA GREEN
1 MALAYSIA CLEAN” (1MG1MC)
Mukasurat 3
Peserta PJB yang memenangi tempat
kedua dan ketiga
Politeknik Premier Johor
Bahru (PJB) telah melibatkan
diri dalam satu program
kemasyarakatan “1Malaysia
Green Tourism, 1Malaysia
Clean” (1MG1MC) yang
bertujuan untuk memupuk
semangat cintakan keindahan
dan kebersihan di kalangan
rakyat Malaysia, khususnya di
tempat-tempat yang sentiasa
menjadi tarikan pelancong
tempatan dan luar Negara.
Program ini telah dilaksana-
kan pada 24 Mei 2011 yang
bertempat di Desaru Fruit
Farm Kota Tinggi, Johor
merupakan anjuran
Kementerian Pelancongan
Malaysia Johor (MOTOUR).
Seramai 39 orang pensyarah
Jabatan Pelancongan dan
Hospitaliti, Jabatan
Kejuruteraan Elektrik dan
Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal telah bekerjasama
bagi memastikan kejayaan
program ini.
Program yang dirasmikan
oleh Y.B. Hoo Seong Chang
(EXCO Pelancongan Negeri
Johor) dan telah dijayakan
bersama badan NGO lain dan
Politeknik Premier Johor
Bahru, program ini
dilaksanakan adalah bagi
meningkatkan kesedaran
tentang implikasi ke atas
industri pelancongan dan
membuka minda setiap rakyat
Malaysia agar sama-sama
menjaga kebersihan dan
memastikan negara sentiasa
bersih dan indah.
Antara aktiviti yang diadakan
sepanjang program ini ialah
membuat „Mud Ball‟, pameran
dari para peserta, dan gotong
royong menanam pokok
beramai-ramai disekitar
Desaru Fruit Farm.
Bersama mengerah keringat untuk
menjayakan program 1MG1MC
Seramai 39 orang pensyarah Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan
Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal telah bekerjasama bagi memastikan
program ini berjaya.
ISU 1 / 2011
Mukasurat 4
Penerangan gambar: 1. Penyampaian cenderahati dan
sijil kepada KSU dan peserta. 2. Sebahagian para peserta yang
hadir. 3. Barisan Jawatankuasa
Pengurusan Tertinggi bergambar kenangan bersama KSU KPTM dan KP JPP
4. Sebahagian AJK yang terlibat menjayakan hari persidangan.
5. YBhg. Datuk Hj Ab. Rahim bin Md. Noor, Ketua Setiausaha, KPTM
6. Mejar (K) Haji Md. Nor Bin Yusof, Ketua Pengarah JPP.
7. Peserta khusyuk mendengar pembentangan.
ISU 1 / 2011
GAMBAR SEKITAR HARI PERSIDANGAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KERJAYA
1 2
3 4
5
7
6
Menyingkap pada program yang lalu,
didapati hasilnya memuaskan dan
memberi kesan yang positif kepada
pelajar yang terlibat. Selain daripada
perubahan sikap, disiplin dan sahsiah, ia
juga memberikan impak yang besar
kepada prestasi para pelajar.
Oleh yang demikian, pihak jawatankuasa
pelaksana JKM berhasrat untuk
Program lawatan ilmiah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
(JKM) Sesi Januari 2011 adalah rentetan daripada program
aktiviti-aktiviti kecemerlangan pelajar yang telah
dilaksanakan oleh JKM sebelum ini. Cadangan untuk terus
mengadakan program seperti ini adalah bagi memacu
usaha berterusan JKM untuk mencapai matlamat
melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdaya saing.
Pemilihan ke Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) adalah berdasarkan kepada status
universiti ini yang sinonim dengan jurusan kejuruteraan
khususnya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Adalah
juga dirasakan bahawa dengan adanya program
seumpama ini, pelajar-pelajar yang berketrampilan dapat
dibimbing untuk terus berjaya dan bertindak sebagai
seorang mahasiswa yang cemerlang.
meneruskan program ini,
diharapkan ia dapat membantu
dan membimbing pelajar –
pelajar ke arah menjadi insan
yang seimbang dari pelbagai
aspek seperti jasmani, emosi,
rohani dan intelek serta sumber
modal insan yang akan
menggarap kesinambungan
kecemerlangan negara.
Mukasurat 5
ISU 1 / 2011
LAWATAN ILMIAH KE UTHM
PENGADIL KEJOHANAN KARATE INDONESIA 2011 KALI KE-3 menghantar empat orang
pengadil untuk turut serta
dalam kejohanan ini.
Malaysia telah mendapat tiga
(3) Pingat Emas dalam
kejohanan ini.
En. Chok Kong Yu juga telah
menghadiri Seminar Pengadil
Peringkat Antarabangsa ke-4,
Jakarta, Indonesia yang
berlangsung dari 29 – 31 Mei
2011. Penceramah Seminar
ini ialah Mr. Con Cassis dari
Australia yang merupakan
Ketua Pengadil dari Majlis
Pengadil Karate Sedunia.
En. Chok Kong Yu, dari
Politeknik Premier Johor
Bahru merupakan salah
seorang daripada empat
orang pengadil dalam
Kejohanan Karate Indonesia
2011 ke-3, Jakarta,
Indonesia. Kontinjen Malaysia
telah menghantar pasukan
untuk mengambil bahagian
dalam kejohanan ini yang
telah berlangsung di Stadium
Tertutup Tenis Senayan di
Jakarta, Indonesia (Bakal
Lokasi bagi Kejohanan
Karate Sukan SEA 2011)
pada 1 – 3 Jun 2011.
Kontinjen Malaysia telah
Rombongan dari PJB ke UTHM
Para peserta bergambar kenangan di Hutan Rekreasi Batu Maloi
Lawatan sambil belajar ini
merupakan salah satu
strategi dan usaha untuk
mengalakkan pelajar lebih
memahami kaitan kursus
dalam bidang akademik yang
dipelajari dengan peluang-
peluang kerjaya selepas
menamatkan pengajian di
Politeknik Premier Johor
Bahru.
Secara tidak langsung,
hubungan baik di antara
Politeknik Premier Johor
Bahru dengan agensi luar
juga dapat dijalinkan.
Dengan itu, pelajar semester
6 Diploma Kejuruteraan
Elektronik (kawalan) serta
pensyarah kursus, Jabatan
Kejuruteraan Elektrik telah
menjalani lawatan sambil
belajar bertempat di Teknik
Janakuasa Sdn.Bhd. Tanjung
Bin Power Plant, Pontian
Johor pada 23 Mac 2011.
Program lawatan telah
berjaya dilaksanakan dengan
sempurna di mana lawatan ini
telah dapat memberikan
pengalaman dan membantu
pelajar dalam menghadapi
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TEKNIK JANAKUASA SDN. BHD.
Bergambar di Teknik Janakuasa Sdn. Bhd. Tanjung Bin Power Plant,
Pontian, Johor.
Mukasurat 6
ISU 1 / 2011
Dari kiri, Wan Nurfazrin, Song Yong
dan Nurashikin menerima replika cek
bernilai RM4,000 yang disampaikan
oleh Penganjur Pertandingan Mural,
En. Ghazali Abdul Karim
pembelajaran semasa sesi pengajian. Lawatan ini juga memberikan
peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih mendalam
tentang dunia pekerjaan yang bakal diceburi kelak.
Kursus Pemantapan Keteguhan Jati Diri adalah rentetan daripada program
-program kecemerlangan pelajar yang telah dilaksanakan oleh Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal sebelum ini. Matlamat program ini adalah untuk
melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdaya saing. Di samping itu,
program seumpama ini dapat membimbing pelajar-pelajar yang
berketrampilan untuk terus berjaya dan bertindak sebagai pembimbing
rakan sebaya. Menyingkap program yang lalu , didapati hasilnya
memuaskan dan memberi kesan yang positif kepada pelajar yang terlibat.
Selain dari perubahan sikap, disiplin dan sahsiah, ia juga memberikan
impak yang besar kepada prestasi para pelajar.
Oleh yang demikian, pihak jawatankuasa pelaksana Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal berhasrat untuk meneruskan program ini, diharapkan ia dapat
membantu dan membimbing para pelajar ke arah menjadi insan yang
seimbang dari pelbagai aspek seperti jasmani, emosi ,
rohani dan intelek serta sumber modal insan yang akan
menggarap kesinambungan kecemerlangan negara.
KURSUS PEMANTAPAN KETEGUHAN JATI DIRI
PJB NAIB JUARA PERTANDINGAN MURAL
Tiga pelajar wakil daripada
Politeknik Premier Johor
Bahru (PJB) telah berjaya
mendapat tempat kedua
dalam Pertandingan Mural
yang berlangsung di The Zon,
Stulang Laut pada 27
Februari 2011.
Para peserta terdiri daripada
pelajar semester lima
Diploma Rekabentuk dan
Komunikasi Visual, iaitu Wan
Nurfazrin Wan Mustaffa, Tan
Song Yong dan Nurashikin
Said. Pertandingan ini juga
mendapat pengiktirafan
“Malaysia Book of Records”
sebagai “The Longest 1
Malaysia Mural” yang
bertemakan “Colors of 1
Malaysia in Nature”.
Wakil dari PJB telah
berjaya membawa
pulang wang tunai
berjumlah RM4,000
dan sijil penghargaan
daripada “Malaysia Book of
Records”.
Barisan pelajar dan pensyarah JRKV yang
menyertai pertandingan 1 Mural Painting
Competition Malaysia Book of Record
Landskap baharu dunia dalam era ekonomi global menuntut satu transformasi pendidikan
dan latihan di politeknik. Justeru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan
Transformasi Politeknik selaras dengan inisiatif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
(PSPTN). Salah satu inisiatif besar Transformasi Politeknik ialah penubuhan politeknik
premier. Objektif khusus politeknik premier adalah; melahirkan graduan yang lebih berdaya
saing dan berkualiti bagi memenuhi pasaran modal insan negara;
memartabatkan politeknik sebagai peneraju pendidikan serta latihan teknik dan
vokasional di peringkat serantau; menjadikan politeknik sebagai institusi rujukan
kecemerlangan teknologi antarabangsa; serta merangsang idea dan inovasi
baharu bagi menyokong pembangunan industri setempat.
Bagi mencapai objektif khusus politeknik premier yang disasarkan, beberapa
dimensi baharu diperkenalkan antaranya pemerkasaan peranan industri dalam
pendidikan dan latihan politeknik melalui pewujudan Pusat Kecemerlangan (COE
-Centre of Excellence) atau Pusat Teknologi (COT – Centre of Technology) yang
menjadi tapak kekuatan politeknik premier. Pewujudan COT/COE bermula
dengan pengenalpastian bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan
politeknik masing-masing serta dibangunkan sejajar dengan roadmap
politeknik. Justeru itu, kemudahan dan fasiliti politeknik perlu dimanfaatkan
sepenuhnya melalui projek bersama pihak industri dalam bidang tujahan
tertentu yang akhirnya menjadi bidang unggul (distinct) politeknik tersebut.
Seni reka kreatif merupakan bidang tujahan yang menjadi fokus di Politeknik
Premier Johor Bahru di mana bidang tersebut terdapat di Jabatan Reka
Bentuk dan Komunikasi Visual. Beberapa perkara menjadi keutamaan dalam memperkasa
bidang tujahan ini selaras dengan teras Transformasi Politeknik antaranya; peningkatan
program diploma berbanding sijil, penubuhan unit penyelidikan, inovasi dan keusahawanan,
kolaborasi program pengajian serta penyelidikan dengan industri. Penawaran bidang
pengajian yang berorientasikan perkhidmatan seperti teknologi kreatif dan grafik, reka bentuk
fesyen dan pakaian serta reka bentuk dalam bidang industri akan terus diperkukuh bagi
menarik minat lepasan sekolah yang berbakat serta kurang cenderung kepada program yang
bersifat akademik menjadi salah satu inisiatif khusus di bawah teras ke-2 Transformasi
Politeknik.
Jabatan Rekabentuk
Komunikasi & Visual (JRKV)
adalah jabatan yang pertama
di dalam Sistem Politeknik
Malaysia. Pada awal
penubuhannya ia dikenali
sebagai Jabatan Rekabentuk
sahaja. Ia menawarkan
beberapa Program yang
berteraskan kepada kreativiti
dan penciptaan iaitu Program
Rekabentuk Grafik, Program
Rekabentuk Industri dan
JABATAN REKABENTUK KOMUNIKASI & VISUAL
Mukasurat 7
ISU 1 / 2011
Pewujudan COT/COE
bermula dengan
pengenalpastian bidang
tujahan yang
bertunjangkan kekuatan
politeknik masing-masing
serta dibangunkan
bersama sejajar
roadmap politeknik.
Program Rekabentuk Fesyen & Pakaian.
Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi
Visual menawarkan program
pengajian sepenuh masa di peringkat sijil
dan diploma dalam bidang-bidang
berikut :
:: Diploma Rekabentuk Grafik
:: Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian
:: Diploma Rekabentuk Industri
:: Sijil Kemahiran Khas (Rekabentuk Fesyen dan
Pakaian)
:: Sijil Kemahiran Khas (Rekabentuk Grafik)
Lakaran awal cadangan bangunan CCDI yang akan
dibangunkan di PJB
bersambung di mukasurat 8
Lakaran awal cadangan bangunan CCDI yang akan
dibangunkan di PJB
LATAR BELAKANG BIDANG TUJAHAN SENI REKA
SIDANG REDAKSI
Pengerusi
En Shabudin bin Man
Timbalan Pengerusi
En Sahul Hamed bin Abdul Wahab
Ketua Editor
En Mohd Ali bin Jasmi
Penolong Ketua Editor
Pn Umi Kalthom binti Ramin
Editor
Pn Norihan binti Mahmood
Pn Sy Hannan binti Sy Abd Rahman
Cik Norashikin binti Awang Kechik
Rekabentuk
Pn Syarifah Hana binti Syed Zubin
Wakil Jabatan/Unit
En Mohd Fauzi bin Mohd Yunus (JKM)
Pn Zubydah bin Mustafa (JKE)
Pn Ismalyza bt Mt Arif (JRKV)
Cik Nur Fadillah bt Mat Ariffin (JPH)
En. Yeow Chee Keong (JPA)
En. Rozainudin bin Mohd Lazim (JHHP)
En. Hamdan bin Samdim (Asrama)
Pn Rohamiah bt Muda (Pruf)
Pn Ainoor Mahfuzah bt Ahmad (Pruf)
ISU 1 / 2011
sambungan dari mukasurat 7
Matlamat penubuhan Centre For Creative Design & Innovation (CCDI) menjadi cabaran
kepada jabatan untuk membekalkan kepakaran dalam reka bentuk fesyen dan tekstil,
reka bentuk grafik dan reka bentuk industri. Ia juga bertujuan membangunkan suasana
kerja positif dengan membekalkan perkhidmatan sokongan perniagaan kepada individu,
agensi kerajaan, institusi pendidikan, syarikat swasta dan komuniti setempat melalui
inkubator perniagaan yang terancang. Penubuhan pusat kecemerlangan ini juga
menawarkan perkhidmatan dalam inovasi rekaan, pemindahan pengetahuan, kajian
rekaan serta pembangunan produk baru untuk pasaran yang lebih luas. Penubuhan
CCDI juga bertujuan untuk menyatukan kepakaran tempatan dalam bidang seni reka
kreatif dalam satu bentuk perkongsian pintar dan pendekatan kolaborasi ke tahap
profesionalisme dalam membekalkan latihan berkualiti, selain membawa peluang-
peluang pembelajaran yang baru dalam mencipta kesan persekitaran, ekonomi dan
sosial yang positif.
Dalam dunia global dan ekonomi yang kreatif, rekaan dan inovasi memainkan peranan
penting serta menjadi faktor utama kejayaan. CCDI digerakkan melalui penyediaan
kemudahan dan keperluan fizikal yang sesuai dengan perkembangan teknologi yang
membolehkan pelanggan lebih dekat dengan teknologi rekaan dan membolehkan idea
sampai kepada pasaran melalui pelbagai inisiatif dalam kerjasama dan hubungan yang
lebih luas dengan industri berkaitan seni reka kreatif. Strategi yang disusun menyokong
hasrat kerajaan bagi mengarusperdanakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional
bagi memastikan keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi dapat dihasilkan untuk
pembangunan ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreativiti serta dapat memberi
sumbangan kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Jawatankuasa
yang akan ditubuhkan adalah Jawatankuasa Penjenamaan untuk melonjakkan visibility
politeknik.
P encapaian demi pencapaian Politeknik Premier Johor Bahru
telah kecapi. Oleh yang sedemikian, PJB telah memilih satu bidang
tujahan yang sesuai di semua peringkat. PJB mempunyai satu
bidang tujahan yang telah dikenal pasti iaitu seni reka kreatif. Ia juga
selaras dengan salah satu objektif Transformasi Politeknik iaitu
menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan
graduan berkualiti dan berdaya usahawan (entrepreneur),
berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing.
Satu daripada objektif utama bidang tujahan PJB adalah
menumpukan usaha-usaha dalam memperkasakan bidang seni reka
kreatif. Matlamat bidang tujahan ini adalah untuk memberi khidmat
kepakaran kepada pihak industri dan komuniti. Berdasarkan kaedah
ini, PJB lebih mudah mencapai KPI yang telah ditetapkan di bawah
Politeknik Premier.
PENCAPAIAN BIDANG TUJAHAN
(NICHE AREA); SENIREKA KREATIF