persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

41
ii PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERBEZAAN KEMUDAHAN PRASARANA DALAM MEMBANTU PEMBUDAYAAN SAINS DAN TEKNOLOGI PELAJAR DI KOLEJ VOKASIONAL ZON SELATAN SITI NURHAFIZAH BINTI ANUAL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Julai 2014

Upload: ledat

Post on 31-Dec-2016

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

ii

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERBEZAAN KEMUDAHAN

PRASARANA DALAM MEMBANTU PEMBUDAYAAN SAINS DAN

TEKNOLOGI PELAJAR DI KOLEJ VOKASIONAL ZON SELATAN

SITI NURHAFIZAH BINTI ANUAL

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Julai 2014

Page 2: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

ii

ABSTRAK

Sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Sains dan

teknologi boleh menyumbang kepada perubahan dalam amalan pengajaran,inovasi

sekolah, perkhidmatan dan masyarakat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk

mengenalpasti kemudahan prasarana sains dan teknologi di kolej vokasional di Zon

Selatan. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan persepsi pelajar terhadap

kepentingan sains dan teknologi, kurikulum sains dan teknologi, serta kaedah pengajaran

dan pembelajaran sains dan teknologi di kolej vokasional. Kajian ini merupakan kajian

tinjauan yang melibatkan 520 orang pelajar dari enam buah kolej vokasional dalam Zon

Selatan. Instrumen utama kajian yang digunakan adalah soal selidik. Data yang

diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik melibatkan min dan sisihan

piawaian. Secara keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap kepentingan sains dan

teknologi, persepsi pelajar terhadap kurikulum sains dan teknologi dan persepsi pelajar

terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi berada pada tahap yang

tinggi. Namun demikian, kajian ini menunjukkan kemudahan prasarana sains dan

teknologi di kolej vokasional Zon Selatan adalah berada pada tahap yang sederhana.

Keputusan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kemudahan

prasarana sains dan teknologi yang ketara antara kolej-kolej vokasional yang terlibat.

Kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada pihak yang berkenaan dalam

menambahbaik kemudahan prasarana sains dan teknologi ke arah mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang lebih positif.

Page 3: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

iii

ABSTRACT

Science and technology play an important role in education. Science and technology can

contribute to the changes in teaching practices, school innovation, and community

services. The purpose of this study was to identify infrastructures for science and

technology in vocational colleges in the South Zone. The objectives of this study were to

identify the perceptions of vocational college students of the importance of science and

technology, science and technology curriculum, and teaching and learning methods and

aids. This study was conduct using a survey technique involving 520 students from six

vocational colleges in the South Zone. The main instrument used was a questionnaire.

Data were analyzed using statistical methods involving the mean and standard

deviation. Overall, students' perception of the importance of science and technology,

cience and technology curriculum and students' perceptions of teaching and learning of

science and technology at a high level. However, this study shows the science and

technology infrastructure in the South Zone vocational colleges were at the medium

level. The results also showed that there were no significant differences between science

and technology infrastructure and vocational colleges involved. This study is expected to

guide the relevant authorities in improving the infrastructure of science and technology

to create a more positive learning environment.

Page 4: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

iv

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

ABSTRAK ii

KANDUNGAN iv

SENARAI RAJAH viii

SENARAI JADUAL ix

SENARAI LAMPIRAN x

BAB 1 PENGENALAN 1

1. 1 Pendahuluan 1

1. 2 Latar Belakang Masalah 3

1. 3 Penyataan Masalah 5

1.4 Tujuan Kajian 6

1. 5 Objektif Kajian 6

1. 6 Persoalan Kajian 7

1.7 Hipotesis Kajian 7

1.8 Kepentingan Kajian 7

1. 9 Skop dan Limitasi Kajian 8

1.10 Kerangka Konsep 9

1.11 Definisi Istilah 10

1.12 Rumusan 13

Page 5: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

v

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Perkembangan Sains dan Teknologi 16

2.3 Karakteristik Sains dan Teknologi 18

2.4 Sains dan Teknologi dalam Pendidikan 19

2.4.1 Kepentingan Sains dan Teknologi 21

2.4.2 Masalah Sains dan Teknologi 24

2.5 Pemilihan Pengkhususan Pendidikan Vokasional

Mengikut Jantina 25

2.6 Hubungan Etnik Dalam Sistem Pendidikan

Di Malaysia 28

2.7 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sains

dan Teknologi 29

2.8 Prasarana Pendidikan Sains dan Teknologi 32

2.8.1 Peralatan Alat Bahan Bantu Mengajar

(ABBM) 33

2.8.2 Ruang-ruang 36

2.8.3 Bahan Rujukan dan Ilmiah 38

2.9 Ketaksamaan Peluang Pendidikan di Malaysia 45

2.9.1 Aspek Pembudayaan Penggunaan Sains

Dan Teknologi 46

2.9.2 Kemudahan dan Alatan Teknologi di

Sekolah Bandar dan Luar Bandar 48

2.10 Peranan Sains dan Teknologi dalam Pembangunan

Pelajar 48

2.11 Transformasi Pendidikan Vokasional 50

2.11.1 Objektif Kolej Vokasional 52

2.10.2 Konsep Kurikulum 53

2.11.3 Peruntukan Kewangan Bagi Transformasi

Pendidikan Teknikal dan Vokasional 56

2.11 Rumusan 58

Page 6: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

vi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 59

3.1 Pendahuluan 59

3.2 Rekabentuk Kajian 59

3.3 Populasi dan Persampelan kajian 60

3.4 Instrumentasi Kajian 62

3.5 Kebolehpercayaan Kajian 64

3.6 Prosedur Kajian 65

3.7 Analisis Data 68

3.8 Penganalisisan Data 69

3.8.1 Statistik Diskriptif 70

3.9 Rumusan 70

BAB 4 ANALISIS DATA 71

4.1 Pendahuluan 71

4.2 Prosedur Menganalisis Data 72

4.3 Data Demografi Responden 74

4.3.1 Jantina 74

4.3.2 Bangsa 75

4.3.3 Kursus 76

4.4 Analisa Terhadap Pembudayaan Sains dan

Teknologi 77

4.4.1 Kepentingan Sains dan Teknologi 78

4.4.2 Kurikulum Sains dan Teknologi di Sekolah 81

4.4.3 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Teknologi di Sekolah 83

4.4.4 Kemudahan Prasarana yang Disediakan bagi

Mata Pelajaran Sains dan Teknologi yang

Terdapat di Sekolah 87

4.4.5 Kemudahan Prasarana yang Disediakan di

Setiap Kolej Vokasional Zon Selatan 90

4.5 Rumusan 93

Page 7: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

vii

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 94

5.1 Pendahuluan 94

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 94

5.2.1 Maklumat Demografi Responden 95

5.2.2 Persepsi Pelajar Kepentingan Sains dan

Teknologi 96

5.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Kurikulum

Sains dan Teknologi di Sekolah 97

5.2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Teknologi di Sekolah 98

5.2.5 Kemudahan Prasarana yang Disediakan bagi

Mata Pelajaran Sains dan Teknologi yang

Terdapat di Kolej Vokasional Zon Selatan 99

5.2.6 Perbezaan Kemudahan Prasarana yang

Disediakan di Setiap Kolej Vokasional

Zon Selatan 101

5.3 Cadangan Kajian 102

5.3.1 Cadangan untuk Kementerian Pendidikan

Malaysia 103

5.3.2 Cadangan untuk Guru Kolej Vokasional 104

5.3.3 Cadangan untuk Kajian Selanjutnya 104

5.4 Rumusan 105

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 8: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

viii

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian 9

Rajah 2.1 : Domain Jati Diri yang Terkandung Dalam Konsep

Kurikulum Kolej Vokasional 51

Rajah 3.1 : Carta Alir Proses Pengumpulan Data 60

Page 9: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

ix

SENARAI JADUAL

Jadual 2.1 : Senarai Kursus yang Ditawarkan di Kolej Vokasional 53

Jadual 3.1 : Taburan Populasi dan Sampel Pelajar Kolej Vokasional 61

Jadual 3.2 : Pecahan Bahagian Soal Selidik 63

Jadual 3.3 : Tahap Persetujuan Responden 63

Jadual 3.4 : Alpha Cronbach bagi Setiap Konstruk 64

Jadual 3.5 : Jadual Tahap Kecenderungan Min 68

Jadual 3.6 : Pecahan Bahagian Analisis Data 69

Jadual 4.1 : Jumlah Taburan Responden Mengikut Lokasi 72

Jadual 4.2 : Penganalisisan Data dan Jenis-jenis Analisis 73

Jadual 4.3 : Jadual Tahap Kecenderungan Min 73

Jadual 4.4 : Bilangan Responden Mengikut Kawasan Kajian 74

Jadual 4.5 : Bilangan Responden Mengikut Bangsa 75

Jadual 4.6 : Bilangan Responden Mengikut Kursus 76

Jadual 4.7 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar

Terhadap Kepentingan Sains dan Teknologi 78

Jadual 4.8 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar

Terhadap Kepentingan Sains dan Teknologi Mengikut

Kursus 80

Jadual 4.9 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar

Terhadap Kurikulum Sains dan Teknologi 81

Jadual 4.10 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar

Terhadap Kurikulum Sains dan Teknologi Mengikut

Kursus 83

Jadual 4.11 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar

Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Teknologi 84

Page 10: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

x

Jadual 4.12 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar

Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Teknologi Mengikut Kursus 86

Jadual 4.13 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar

Mengenai Kemudahan Prasarana bagi Mata Pelajaran

Sains dan Teknologi 88

Jadual 4.14 : Ujian Normaliti Data 91

Jadual 4.15 : Ujian Statistik Friedman Kemudahan Prasarana yang

Disediakan di Setiap Kolej Vokasional Zon Selatan 92

Jadual 4.16 : Dapatan Kajian bagi Keseluruhan Persoalan Kajian 93

Page 11: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A : Soal Selidik

LAMPIRAN B : Jadual Krejie, RV dan Morgan

LAMPIRAN C1 : Data Analisis SPSS 16.0

LAMPIRAN C2 : Data Analisis Alpha Cronbach

LAMPIRAN D1 : Carta Gantt Projek Sarjana 1

LAMPIRAN D2 : Carta Gantt Projek Sarjana 2

LAMPIRAN E : Surat Kebenaran Untuk Mendapatkan Kebenaran

Maklumat Kajian Akademik

Page 12: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam era ini, sains dan teknologi telah bertukar menjadi salah satu keperluan yang

tidak dapat dielakkan daripada manusia. Kemahiran penggunaan teknologi yang

semakin meningkat telah bertukar menjadi alat yang penting untuk menghadapi

dunia yang semakin rumit. Menurut Katia dan Mary (2000), sistem pendidikan

bertanggungjawab untuk melatih generasi baru untuk menghadapi salah satu

keperluan yang paling asas dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun. Sains

dan teknologi selepas ini, bukan sahaja menjadi tulang belakang kepada masyarakat,

tetapi juga merupakan pemangkin yang penting dan alat untuk mendorong inovasi

pendidikan yang mengubah gaya pembelajaran pelajar (Zhou, 2009). Menurut Jang

(2008), peningkatan dalam evolusi teknologi dan kelajuan pengembangan maklumat

pelajar mesti terarah kepada kaedah-kaedah yang boleh mengajar mereka

menganalisis fakta-fakta saintifik supaya mereka dapat menghasilkan dan menyusun

pengetahuan baru. Teknologi berubah pada kadar yang pesat dan menyebabkan

kekeliruan mengenai bagaimana untuk menggunakan kemudahan teknologi dengan

berkesan dan cara yang bersepadu di sekolah. Integrasi teknologi perlu menyumbang

kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan teknologi perlu

menjadi satu kaedah untuk mencapai objektif pengajaran di dalam kelas.

Sebagai sebuah negara yang sedang berusaha keras untuk menjadi sebuah

negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan Malaysia khususnya melalui

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan beberapa inisiatif

Page 13: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

2

berkaitan sains dan teknologi dalam sistem pendidikan di sekolah. Sebagai contoh

sekolah bestari, MySchoolNet, kemudahan makmal komputer, televisyen pendidikan,

laman sesawang pendidikan, pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris,

pusat akses maklumat dan beberapa lagi cara yang lain adalah contoh inisiatif yang

telah dilakukan. Inisiatif-inisiatif ini telah diperkenalkan untuk meningkatkan minat,

kreativiti, kemahiran dan pengetahuan pelajar menggunakan kemudahan sains dan

teknologi.

Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan sains dan teknologi,

kerajaan telah mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara pada bulan April

1986. Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah bertujuan menggalakkan

penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi,

membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi

kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan

sosioekonomi negara (Kementerian Penerangan Malaysia, 2008). Dasar sains dan

teknologi negara memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan

berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi

dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan

saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-

lain bidang yang berkaitan (Kementerian Penerangan Malaysia, 2008).

Kini, sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam bidang yang

berbeza, Bidang pendidikan merupakan salah satu bidang yang telah mengalami

revolusi perubahan yang besar. Adalah menjadi faktor bahawa sains dan teknologi

boleh menyumbang kepada perubahan dalam amalan pengajaran, inovasi sekolah,

perkhidmatan dan masyarakat. Menurut Daniel (2005), dasar pendidikan dan

pemimpin juga perlu berfikir dari segi kombinasi faktor-faktor input yang boleh

bekerja bersama-sama untuk mempengaruhi institusi pendidikan. Sains dan teknologi

menjadi elemen penting untuk mereformasi pendidikan dan inovasi dalam

masyarakat seiring dengan bidang pendidikan yang sedang dalam usaha

membangunkan e-pendidikan (Zhu & Yan, 2001). Kepentingan penggunaan sains

dan teknologi di dalam sektor pendidikan semakin meningkat dan dapat dilihat di

banyak negara-negara membangun.

Page 14: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

3

Selain itu, kerajaan juga telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan

beberapa kursus yang berkaitan sains dan teknologi dalam organisasi sekolah. Kursus

seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Grafik Komputer, Sains

Gunaan, Pengeluaran Multimedia, Asas Pengaturcaraan, Multimedia Kreatif,

Kejuruteraan, Sistem Sokongan Komputer dan Sistem Sokongan Rangkaian sedang

ditawarkan di sekolah-sekolah untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran sains

dan teknologi, serta melatih mereka untuk menjadi lebih kompeten bagi menghadapi

hari-hari yang semakin mencabar.

Pendidikan merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang

penting dalam penyediaan tenaga kerja pakar, teknikal dan profesional. Pendidikan

juga dapat membentuk budaya dengan memupuk sikap, nilai serta set minda seperti

bersedia untuk menerima perubahan, inovasi serta penggunaan sains dan teknologi

dalam bidang kerja dan kehidupan seharian terutamanya di kalangan generasi muda.

1.2 Latarbelakang Masalah

Untuk memastikan rakyat Malaysia mampu menangani kepantasan percambahan

ilmu setiap saat, reformasi dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan dengan lebih

berkesan. Bagi mengharungi cabaran dan wawasan 2020, pembangunan pendidikan

yang dirancang perlu mengambil kira pelaksanaan dan penguasaan dalam bidang

sains dan teknologi di sekolah. Dalam konteks ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk

Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam ucapannya pernah menyatakan bahawa

"sama ada kita setuju atau tidak, proses pendidikan di negara kita menjelang abad ke-

21 tidak dapat lari daripada mendedahkan pelajar kepada sains dan teknologi.

Ledakan teknologi sedang berlaku dengan pesatnya diseluruh dunia malah negara

maju telah pun melaksanakannya dalam prasarana pembangunan sumber manusia

dengan tujuan melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berketrampilan

dalam bidang sains dan teknologi menjelang abad akan datang" (Majlis Perasmian

Persidangan “Discovery Malaysia”, 1997).

Terdapat pelbagai kajian yang berkaitan dengan penggunaan sains dan

teknologi di kalangan pelajar sekolah, di peringkat global dan di Malaysia. Menurut

kajian yang telah dijalankan oleh Aidan (2006), melaporkan bahawa terdapat empat

Page 15: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

4

penemuan utama untuk membawa teknologi inovatif ke sekolah iaitu, (i)

penambahan teknologi telah membantu pelajar menguasai asas kemahiran membaca,

menulis dan kemahiran matematik, (ii) Sains dan teknologi boleh membantu pelajar

untuk menjadi pengguna mahir teknologi, (iii) Sains dan teknologi telah membantu

dalam menyediakan pelajar untuk pencapaian kemudian di universiti dan tenaga

kerja, dan (iv) Sains dan teknologi membantu mereka untuk pencapaian tahap yang

lebih tinggi dan bermotivasi tinggi semasa berada di sekolah. Sementara itu, Normala

et al. (2005), mendapati bahawa tahap penggunaan teknologi daripada 698 responden

dari dua belas buah sekolah menengah di negeri Kedah di Malaysia adalah pada

kategori sederhana. Menurut Judin et al. (2011), secara amnya, pelajar mempunyai

sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi namun mempunyai pengetahuan

yang terhad terhadap penggunaan internet. Hamzah et al. (2009), pula telah

melaporkan kemudahan teknologi dan peralatan yang terhad, akses internet yang

bermasalah, kekangan masa dan beban pelajaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar

sekolah di Malaysia menyebabkan penguasaan pelajar terhadap penggunaan sains

dan teknologi adalah pada tahap yang sederhana.

Kajian yang dijalankan oleh Sani (2008), mendapati penyediaan internet

melalui jalur lebar seperti SchoolNet di sekolah kurang mendapat perhatian oleh

seluruh warga sekolah. Sebahagian besar warga sekolah juga tidak mengetahui

bahawa wujudnya jalur lebar SchoolNet. Mereka tidak menyedari perkhidmatan

SchoolNet membolehkan warga sekolah mengakses internet seluas mungkin

melangkaui bilik darjah. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa sikap guru

terhadap penggunaan makmal komputer adalah ditahap sederhana malah guru-guru

juga mempunyai kemahiran komputer yang paling asas iaitu Microsoft Word.

Selain itu, peranan pentadbir selaku pemimpin sains dan teknologi di sekolah

amat penting. Ini adalah kerana pengetua, selaku pemimpin dan pentadbir sekolah

disarankan supaya melaksanakan langkah yang proaktif agar segala yang telah

dirangkakan oleh Perdana Menteri menjadi realiti. Secara tidak langsung, perubahan

ke arah pembestarian sains dan teknologi di sekolah dapat direalisasikan dengan

pengetua berperanan sebagai pemimpin sains dan teknologi di sekolah. Meneliti

daripada kenyataan ini, penyelidik bidang kejuruteraan berpendapat bahawa segala

perubahan sekolah terutamanya tentang pelaksanaan sains dan teknologi di sekolah

perlu bermula daripada keprihatinan dan tindakan pentadbir sekolah itu sendiri iaitu

Page 16: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

5

pentadbir selaku pemimpin sekolah perlu merangka dan merancang segala perubahan

budaya positif yang berasaskan bidang sains dan teknologi di sekolah (Izham &

Norazah, 2007). Pandangan ini adalah selaras dengan dapatan kajian tentang

pembudayaan sains dan teknologi di sekolah oleh McLaughlin (1977), yang

mendapati bahawa kejayaan sesuatu perubahan budaya perlu bermula dengan

peranan yang dilakukan dengan jaya oleh pentadbir atau pemimpin sekolah. Namun

begitu ia juga perlu di sokong dengan prasarana yang mencukupi dan sempurna.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibincangkan di atas, jelas menunjukan

bahawa terdapat kekurangan kemudahan dan penggunaan prasarana sains dan

teknologi di sekolah. Oleh yang demikian, kajian perlu dijalankan untuk mengenal

pasti prasarana yang terdapat di sekolah, termasuk kolej vokasional dalam

membentuk pembudayaan sains dan teknologi pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Secara umumnya, pembudayaan sains dan teknologi pelajar perlu bermula dengan

pihak sekolah melengkapkan aspek perkakasan komputer, makmal komputer,

televisyen pendidikan, dan inisiatif pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi.

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Dato’ Yusof bin Harun

berpendapat, untuk menjadikan sekolah-sekolah lain sebagai bestari atau disebutkan

sebagai pembestarian, kita perlu membudayakan pelajar kepada penggunaan sains

dan teknologi semasa berada di sekolah (Berita Harian, 24/12/2007).

Walaubagaimanapun, terdapat kajian yang mendapati bahawa kekangan

utama sains dan teknologi di sekolah adalah penggunaan komputer dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Bilangan komputer adalah tidak mencukupi di sekolah

disamping bilangan makmal dan bengkel yang tidak mencukupi, komputer dan mesin

cetak di sekolah selalu rosak, sekolah kurang menganjurkan kursus dalaman

berkaitan komputer, bahan rujukan ilmiah sukar didapati dan tiadanya kemudahan

LCD di dalam kelas (Johari & Zaliza, 2009; Yusof & Sani ,2011)

Page 17: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

6

Menyedari betapa pentingnya pendidikan sains dan teknologi kepada pelajar

pada masa kini, pengkaji mengambil inisiatif untuk membuat kajian berkenaan

kemudahan prasarana yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) kepada sekolah. Diharapkan dengan kajian yang akan dijalankan ini dapat

membantu pelajar dan sekolah dalam meningkatkan pembudayaan sains dan

teknologi disekolah supaya mampu untuk menjadi penggerak kemajuan negara

dalam sektor sains dan teknologi seiring dengan Wawasan 2020.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan proses para pelajar memperolehi ilmu

pengetahuan dan kemahiran di samping mengenalpasti kemudahan prasarana yang

terdapat di kolej vokasional dalam membantu pembudayaan sains dan teknologi

dikalangan pelajar.

1.5 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini adalah :

i. Menghuraikan persepsi pelajar kolej vokasional terhadap kepentingan sains

dan teknologi.

ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kurikulum sains dan teknologi.

iii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sains

dan teknologi di kolej vokasional.

iv. Menentukan bahan bantuan dan kemudahan prasarana dalam pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

Page 18: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

7

1.6 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan yang ingin dikupas antaranya ialah :

i. Apakah persepsi pelajar kolej vokasional terhadap kepentingan sains dan

teknologi?

v. Apakah persepsi pelajar terhadap kurikulum sains dan teknologi?

vi. Apakah persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan

teknologi di kolej vokasional?

vii. Apakah bahan bantuan dan kemudahan prasarana dalam pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran yang berkaitan dengan sains dan teknologi?

viii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemudahan prasarana di

antara kolej-kolej vokasional?

1.7 Hipotesis Kajian

Antara hipotesis kajian ini adalah :

Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemudahan

prasarana dan kolej-kolej vokasional.

Ha : Terdapat perbezaan yang signifikan antara kemudahan prasarana dan

kolej-kolej vokasional.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti masalah kekurangan prasarana sekolah

dalam membentuk pembudayaan sains dan teknologi pelajar. Melalui kajian ini

diharapkan dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang sains dan teknologi.

Kebanyakan pelajar berpendapat, sains dan teknologi adalah hanya berkenaan

teknologi komunikasi dan maklumat sahaja. Melalui kajian ini, diharapkan pelajar

Page 19: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

8

dapat membuang persepsi seperti itu kerana bidang sains dan teknologi adalah satu

bidang yang cukup meluas dalam bidang pendidikan.

Menurut Yahya (2001), kaedah pembelajaran melalui pendekatan sains dan

teknologi sangat sesuai di kalangan pelajar lemah bagi meningkatkan penguasaan

pelajar dalam bidang kejuruteraan. Justeru apabila pembudayaan sains dan teknologi

di pandang serius oleh pelbagai pihak dalam bidang pendidikan, maka melalui kajian

ini diharapkan dapat meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah disamping proses

untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berwawasan dalam bidang sains

dan teknologi dapat direalisasikan.

Kajian ini diharapkan dapat membantu bagi mencapai objektif untuk

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam bidang sains dan teknologi

menjelang tahun 2020. Melalui kajian ini juga diharapkan dapat membentuk dan

melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap

bidang profesionalismenya sahaja malah bersedia untuk menerima perubahan pada

masa hadapan.

Akhir sekali diharapkan hasil kajian yang diperoleh ini dapat dimanfaatkan

oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi

memperkasakan pembudayaan sains dan teknologi pelajar di sekolah.

1.9 Skop dan Limitasi Kajian

Kajian ini hanya dilakukan di Kolej Vokasional yang terdapat di bahagian Zon

Selatan Malaysia yang terdiri daripada Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sebanyak enam buah kolej vokasional telah dipilih untuk mendapatkan data bagi

kajian ini iaitu Kolej Vokasional Ampangan, Kolej Vokasional Port Dickson, Kolej

Vokasional Melaka Tengah, Kolej Vokasional Dato’ Seri Mohd Zain, Kolej

Vokasional Batu Pahat dan Kolej Vokasional Segamat. Justifikasi kepada pemilihan

akan diterangkan dalam Bab 3.

Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajian kepada perkara-perkara

tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Menurut Najib (2003), pengkaji

tidak akan dapat mengkaji semua perkara yang berkaitan dengan masalah kajian

Page 20: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

9

yang berkaitan. Oleh itu, kajian ini terbatas kepada subjek yang dikaji dan hanya

mewakili populasi pelajar yang terdapat di kolej vokasional yang terlibat. Segala

dapatan kajian ini merupakan persepsi sampel pelajar yang terlibat sahaja. Kajian ini

juga terbatas pada kemudahan prasarana sains dan teknologi yang telah disediakan

oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kepada seluruh kolej vokasional yang

dipilih.

1.10 Kerangka Konsep

Kerangka konsep ini telah dibangunkan hasil daripada objektif dan pernyataan

masalah yang telah dikemukakan oleh pengkaji untuk memperolehi gambaran yang

jelas bagi melihat kemudahan prasarana di kolej vokasional.

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian

Kolej Vokasional Zon Selatan

Kemudahan prasarana sekolah.

Pembudayaan sains dan teknologi di sekolah

Kurikulum &ABBM Ruang, Bengkel,

Makmal

Bahan Rujukan

dan Ilmiah

Page 21: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

10

1.11 Definisi Istilah

Definisi istilah ini dibuat untuk mentakrifkan atau menerangkan istilah-istilah yang

digunakan dalam membentuk tema kajian. Istilah-istilah ini perlu dijelaskan untuk

memudahkan pemahaman terhadap kajian yang dilakukan. Antara istilah-istilah

tersebut ialah :

a) Prasarana

Prasarana membawa maksud keseluruhan perkhidmatan dan kemudahan asas

yang diperlukan bagi pembangunan dan kemajuan (Mustafa et al., 2007).

Dalam kajian ini, kemudahan prasarana bermaksud kemudahan yang telah

dibekalkan oleh pihak kerajaan terhadap pembudayaan sains dan teknologi

dalam kalangan pelajar di sekolah meliputi peralatan pengajaran (ABBM),

ruang-ruang, makmal dan bengkel dan bahan rujukan dan ilmiah.

b) Pembudayaan

Menurut Robiah et al. (2001), pembudayaan ialah proses atau cara

membudayakan sesuatu. Dalam kajian ini, pembudayaan bermaksud cara

pelajar kolej vokasional mengadaptasi sains dan teknologi yang dipelajari di

sekolah kepada kehidupan seharian.

c) Sains dan Teknologi

Menurut Rahim (2000), sains merupakan ilmu pengetahuan yg teratur dan

bersistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Dalam kajian

ini, sains merupakan salah satu matapelajaran yang berkait rapat dalam

bidang kejuruteraan yang merupakan teras asas kepada pembangunan sains

dan teknologi.

Page 22: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

11

Menurut Tinio (2010), teknologi bermaksud maklumat dan komunikasi

teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan

dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan

telekomunikasi. Teknologi juga merupakan kajian saintifik termaju seperti

penggunaan peralatan elektronik yang canggih; berteknologi tinggi. Dalam

kajian ini sains dan teknologi merupakan pendidikan berasakan sains dan

teknologi yang terdapat dalam kurikulum kolej vokasional.

d) Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)

Menurut Zuhaida (2002), ABBM merupakan bahan yang terdiri daripada alat

yang boleh menggambarkan ataupun menyampaikan pengalaman

pembelajaran kepada pelajar dengan jelas. ABBM yang dimaksudkan dalam

kajian ini ialah alatan radas, alatan ujikaji, peralatan tangan, bengkel dan

komputer yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

kolej vokasional.

e) Ruang-ruang

Menurut Selamat et al. (2004) ruang-ruang merupakan susunan fizikal

sesebuah makmal bergantung kepada faktor ruang dan peralatan yang

terdapat di dalamnya. Ruang makmal yang diperuntukkan mesti bersesuaian

dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Dalam kajian ini, ruang-ruang

merujuk kepada makmal sains, makmal komputer dan bengkel kejuruteraan.

Page 23: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

12

f) Bahan Rujukan dan Ilmiah

Menurut Tiew dan Nik Asma (2010), bahan rujukan merupakan koleksi

bahan-bahan dan penggunaan bahan yang terdapat di perpustakaan. Ilmiah

pula bermaksud bahan-bahan yang mempunyai nilai ilmu. Dalam kajian ini,

bahan rujukan dan ilmiah telah diklusterkan mewakili buku rujukan, majalah,

EDUWEBTV, Televisyen Pendidikan dan apa jua jenis pencarian maklumat

yang menggunakan internet.

g) Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran bermaksud proses memberi maklumat, pengetahuan dan

kemahiran kepada pelajar secara langsung. Pengajaran melibatkan hubungan

sehala atau dua hala, komunikasi (lisan atau bukan lisan) dan juga

pemindahan ilmu dan maklumat (Rizal, 1992). Dalam kajian ini pengajaran

bermaksud proses pemberian dan penerimaan ilmu daripada guru kepada

pelajar melalui kemudahan teknologi yang telah disediakan oleh pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada sekolah.

Menurut Gagne (1985), pembelajaran merupakan satu proses memperoleh

ilmu dan kemahiran. Dalam konteks kajian ini, pembelajaran ialah satu

proses yang melibatkan segala perubahan atau modifikasi tingkah laku akibat

daripada pengalaman yang berulang, latihan atau interaksi dengan

persekitaran.

Page 24: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

13

1.12 Rumusan

Bab ini membincangkan secara menyeluruh mengenai pengenalan, latar belakang

masalah yang ingin dikaji, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian,

kepentingan kajian serta skop dan limitasi kajian ini. Kajian ini mengkaji mengenai

kemudahan prasarana sekolah dalam pembudayaan sains dan teknologi pelajar.

Pengkaji berharap supaya dapatan kajian ini akan membantu sekolah dan

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan kemudahan prasarana yang

secukupnya dalam pembudayaan sains dan teknologi pelajar. Ini adalah kerana

institusi pendidikan merupakan tunjang utama dalam pembentukan generasi yang

celik sains dan teknologi yang semakin berkembang pesat yang juga merupakan

calon pemimpin negara ini.

Page 25: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Sains dan teknologi telah memimpin manusia menuju ke arah yang lebih maju dan

merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan dari masyarakat pada masa kini. Pada

era globalisasi kini, penguasaan sains dan teknologi merupakan pemangkin asas dalam

mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan sesuatu negara. Keupayaan kita untuk

mengejar perkembangan sains dan teknologi negara-negara yang sedang membangun di

Asia seperti Korea Selatan, China dan Jepun bukanlah sesuatu perkara yang mudah

kerana keadaan sains dan teknologinya yang sangat dipengaruhi oleh nilai-nilai

kebudayaan masayarakat setempat (Agus Dharma, 2006).

Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah mencadangkan beberapa

panduan untuk kemajuan negara Malaysia dalam abad kedua puluh satu. Untuk

mencapai objektif menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020

penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat perlu (Mahathir, 1991). Malaysia

perlu melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap

profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan.

Untuk memastikan rakyat Malaysia mampu menangani kepesatan percambahan

ilmu setiap saat, reformasi dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan dengan lebih

berkesan. Atas hasrat inilah, Tun Dr Mahathir bin Mohamad selaku mantan Perdana

Page 26: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

15

Menteri Malaysia telah melancarkan Koridor Raya Multimedia dan telah menggariskan

perkembangan sains dan teknologi antara perkara yang perlu diberi penekanan.

Pembestarian bidang pendidikan ditakrifkan sebagai institusi pembelajaran yang direka

semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan

sekolah untuk membantu pelajar-pelajar menghadapi zaman maklumat. Penggunaan

sains dan teknologi sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan jantung institusi pendidikan yang terdapat di negara ini. Pendekatan ini tidak

hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran,

malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah

dibestarikan agar pengurusan sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah

dengan lebih efektif.

Kesan sains dan teknologi telah membawa banyak perubahan dalam sistem

pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran menjadi aktiviti yang lebih menarik dan lebih

bermakna kerana sains dan teknologi menyediakan elemen interaktif yang tidak pernah

difikirkan sebelum ini. Dengan adanya kemajuan dalam bidang sains dan teknologi,

pelajar tidak perlu lagi bergantung semata-mata kepada guru sebagai pembekal

pengetahuan, kerana teknologi membolehkan mereka mengakses maklumat pada bila-

bila masa dan di mana sahaja. Di samping itu, teknologi yang diperkenalkan di pelbagai

laman rangkaian sosial, membolehkan pelajar sentiasa berhubung, berkomunikasi,

berinteraksi dan bersosial dengan orang lain tanpa mempunyai banyak kesulitan .

Menerusi pembudayaan, seseorang itu dididik menjadi manusia yang berperanan

sebagai anggota masyarakat. Jadi dari segi konsep, pembudayaan adalah lebih luas

daripada konsep pendidikan formal. Ia merangkumi proses-proses didikan awal di rumah

sehinggalah ia didedahkan kepada agensi-agensi lain semasa remaja dan dewasa.

Menurut Robiah et al. (2001), dalam situasi tertentu konsep sosialisasi atau

pembudayaan digunakan untuk merujuk kepada proses pendidikan. Secara umum,

pembudayaan itu merujuk kepada proses seseorang individu menguasai ilmu

pengetahuan, nilai-nilai, norma, sikap dan lain-lain. Dengan perkataan lain, ia merujuk

kepada proses menghayati dan menerima budaya masyarakat di sekeliling (Agus

Dharma, 2006).

Page 27: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

16

2.2 Perkembangan Sains dan Teknologi

Menurut Calder dan Ritchie (2006), sains merupakan sebuah proses ilmiah yang

bermula ketika manusia berfikir mengenai sesuatu. Pemikiran tersebut disebabkan

adanya hubungan diantara manusia dengan keadaan dunia yang menimbulkan pelbagai

permasalahan. Proses berfikir bermula apabila manusia mula menemui permasalahan

dan manusia mula mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Permasalahan yang wujud menyebabkan sains mencari jawapan berdasarkan

logik akal manusia. Menurut Suria (2006), sains bermula dengan fakta dan diakhiri juga

dengan fakta tetapi teori adalah penghubung kepada keduanya. Maksud teori di sini

adalah sesuatu pengetahuan yang abstrak dimana pendekatan secara rasional

digabungkan dengan pengalaman yang sedia ada. Secara rasionalnya, sains menyusun

pengetahuan secara konsisten dan teratur sedangkan pengetahuan sedia ada memisahkan

diantara pengetahuan yang sesuai dengan fakta yang tidak dapat dibuktikan.

Pendekatan rasional digabungkan dengan pendekatan sedia ada membentuk

langkah-langkah yang disebut sebagai kaedah ilmiah. Menurut Suria (2006), pada

dasarnya terdapat beberapa langkah yang perlu ditentukan terlebih dahulu berasaskan

kepada pemikiran logik manusia terhadap permasalahan yang timbul iaitu, (i) mengenal

pasti masalah, (ii) mengenal pasti hipotesis, (iii) membuat hipotesis, (iv) menguji

hipotesis, (v) membuat kesimpulan.

Dapatan hasil ilmiah ini banyak digunakan dan mempengaruhi sistem teknologi

yang sedang berkembang pesat pada masa kini. Bidang industri adalah bidang yang

mendapat pertumbuhan yang sangat positif seiring dengan perkembangan sains dan

teknologi. Menurut Thoby (2006), berdasarkan sejarah perkembangan sains dan

teknologi, tahap perkembangan teknologi dapat dikelompokan kepada lima bahagian

iaitu :

Page 28: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

17

a. Teknologi Alatan Tangan (Handicraft)

Tahap ini dianggap sebagai tahap awal manusia mengenal kegunaan

teknologi. Teknologi alatan tangan ini berkaitan dengan manusia yang

menggunakan peralatan tertentu untuk menyelesaikan kerja mereka

contohnya kerja pertukangan, kerja membuat tembikar, dan kerja

menganyam tikar mengkuang.

b. Teknologi Mekanik

Tahap ini dikenali sebagai teknologi yang berorientasikan kepada

penggunaan mesin. Ciri dominan teknologi ini adalah produksi industri yang

mampu menghasilkan keluaran dalam jumlah yang banyak dengan model

yang seragam dan pelbagai. Perkembangan teknologi ini dikenali sebagai

Revolusi Industri.

c. Teknologi Automotif

Pada tahap ini, satu cara baru untuk mengorganisasi dan menjalankan

peralatan melalui satu proses ke proses yang berikutnya secara berurutan.

Teknologi automotif ini diperkenalkan oleh Henry Ford dengan

membangunkan perusahaan kenderaan di Detroit, Amerika Syarikat pada

tahun 1905 sehingga 1910.

d. Teknologi Perindustrian

Tahap ini sering disebut sebagai Revolusi Industri Kedua. Dalam teknologi

ini, manusia tidak lagi menjalankan atau mengoperasi sesuatu kerja tetapi

manusia berperanan hanya untuk mengendalikan teknologi yang

menggunakan mesin dan membaikpulih sistem mesin jika terdapat sebarang

kerosakan yang berlaku kepada mesin.

Page 29: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

18

e. Teknologi Dunia Siber (Cybernetics)

Pada tahap teknologi ini segala sesuatu berjalan secara automatik dan

dikendalikan oleh komputer. Pada masa kini, komputer telah mendominasi

teknologi moden dan sedang berkembang pesat di serata dunia yang pada

tahap tertentu telah mengambil alih peranan manusia dalam bidang industri.

Sains dan teknologi merupakan salah satu bidang yang membangun dengan

begitu pantas sekali. Perkembangan sains dan teknologi dapat membantu manusia

melakukan kerja dari kerja yang sukar kepada mudah. Keperluan dan kehendak manusia

yang menginginkan teknologi yang terkini menyebabkan bidang sains dan teknologi

semakin berkembang dan dipelopori ramai seiring dengan permintaan manusia itu

sendiri.

2.3 Karakteristik Sains dan Teknologi

Menurut Kartasasmita (2006), meskipun revolusi sains dan teknologi dalam sejarah

dinyatakan terjadi sekitar empat abad yang lalu, perkembangan sains dan teknologi

secara sistematik menurut para ahli sains dan teknologi bermula pada pertengahan abad

ke-19. Contohnya, penemuan mesin wap mendahului satu abad ketika prinsip-prinsip

termodinamik diperkenalkan

Dari kacamata manusia sekarang, perkembangan teknologi pada masa lalu

adalah sangat perlahan. Setelah revolusi industri, perubahan pada kehidupan manusia

jauh lebih besar dan nampak meluas dari peradaban manusia sebelumnya. Perubahan

dan perkembangan sains dan teknologi disebabkan oleh kemajuan manusia yang

dicerminkan oleh kemajuan sains dan teknologi yang semakin pesat.

Menurut Zen (2006), kemajuan dalam penguasaan sains meningkatkan kemajuan

dalam bidang teknologi. Sebaliknya taraf penguasaan teknologi yang maju akan

meningkatkan penguasaan sains. Sains dan teknologi saling memerlukan kerana sains

tanpa teknologi bagaikan pohon tidak berbuah, sedangkan teknologi tanpa sains

Page 30: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

19

bagaikan pohon yang tidak berakar (science without technology has no fruit, technology

without science has no root)

Terdapat dua elemen utama dalam pembentukan sains iaitu pemerhatian dan

konsep. Sains berhubung dengan fakta dan bukan dengan pertimbangan nilai. Sains

adalah bersifat bebas nilai, objektif dan neutral. Lain pula halnya dengan teknologi,

walaupun pada dasarnya adalah neutral, tetapi dalam situasi tertentu ia tidak lagi neutral

kerana terdapat unsur yang boleh membaik dan merosakan potensi teknologi itu sendiri.

Hal ini adalah wajar kerana teknologi paling banyak diterapkan pada sistem industri

yang dipengaruhi oleh sistem ekonomi, politik dan sosio-budaya. Di sinilah pentingnya

penerapakan nilai-nilai moral pada sains dan teknologi yang merupakan sebahagian dari

perbuatan, falsafah dan agama. Menurut Zen (2006), hubungan antara sains dan

teknologi dengan agama ialah bahawa sains dan teknologi memerlukan bimbingan

moral. Sains tanpa agama adalah buta, agama tanpa sains adalah tidak berguna.

Menurut Sasmojo (2006), penciptaan sistem melalui keupayaan teknologi dapat

menghasilkan sistem untuk memperbaiki taraf kehidupan masyarakat, tetapi juga dapat

mencipta sistem yang mengganggu bahkan menghancurkan taraf kehidupan masyarakat.

Penyelesaian kepada satu persoalan sains dan teknologi akan membawa kepada

persoalan sains dan teknologi yang lain. Persoalan baru tersebut pasti akan memerlukan

satu penyelesaian pada suatu waktu tertentu. Penyelesaian tersebut biasanya akan

dilakukan dengan menggunakan teknologi yang lebih tinggi. Fenomena perkembangan

sains dan teknologi tersebut akan sentiasa berulang dan demikian seterusnya.

2.4 Sains dan Teknologi dalam Pendidikan.

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah

negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua

aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan

kebudayaan. Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju

hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.

Page 31: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

20

Kemajuan keupayaan sains dan teknologi adalah cabaran yang ke enam di antara

sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk

memaju dan menyelaraskan sumber-sumber sains dan teknologi yang ada dalam negara

supaya mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains

dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh,

sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi

turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa

hadapan (Kementerian Penerangan Malaysia, 2008).

Sains dan teknologi dalam pendidikan adalah untuk melahirkan modal insan

yang berkeupayaan, berinovasi dan meneroka bidang baru bagi menjana kekayaan

negara dengan penglibatan dan kerjasama kelompok pakar, perkongsian dengan sektor

awam-swasta serta penglibatan komuniti (Kementerian Penerangan Malaysia, 2008).

Pembangunan satu negara yang maju yang berasaskan kepada keupayaan menjayakan

pelaksanaan program pendidikan. Dalam melaksanakan dasar ini, Wawasan 2020 telah

mengenalpasti beberapa pernyataan dasar pendidikan dalam bidang sains dan teknologi,

antaranya ialah, (i) memastikan sains dan teknologi digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran murid kearah pembangunan modal insan berteraskan kemahiran abad ke-

21, (ii) memastikan sains dan teknologi dalam pendidikan menjadi tanggungjawab

bersama-sama sector awam, swasta dan komuniti, (iii) memastikan penggunaan sains

dan teknologi untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem

pengurusan dan pentadbiran pendidikan (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2012).

Untuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, Rancangan Malaysia Kelima

(RMK-5, 1986-1990) telah memperuntukkan sebanyak RM 4,146 juta di bawah

tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN). Majlis ini

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan anggotanya terdiri daripada wakil

agensi-agensi pusat dan juga saintis-saintis terkenal. Terdapat enam strategi

perlaksanaan sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu,

(i) menyediakan infrastruktur dan perkakasan sains dan teknologi yang mencukupi dan

terkini untuk semua peringkat institusi pendidikan, (ii) memperluas mata pelajaran sains

dan teknologi di semua institusi pendidikan, (iii) membudayakan penggunaan sains dan

Page 32: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

21

teknologi secara kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua

mata pelajaran, (iv) meningkatkan pengetahuan dan kemahiran reka bentuk pengajaran

bagi pengintegrasian sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, (v)

membangunkan dan memperluas bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk

digital dan menggalakkan perkongsian kolaboratif kelompok pakar dalam pembangunan

bahan sumber digital dan (vi) memastikan infrastruktur sains dan teknologi dan semua

aplikasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam keadaan tersedia dan berfungsi

secara optimum (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2012).

Pembangunan sektor pendidikan dalam bidang sains dan teknologi adalah unsur

akar umbi yang penting dalam hasrat negara ini mencapai taraf negara maju.

Pembudayaan sains dan teknologi merupakan perkara asas bagi membentuk ilmu,

keupayaan dan kredibiliti generasi akan datang berdepan dengan cabaran dalam bidang

sains dan teknologi. Dasar sains dan teknologi yang semakin dititik beratkan oleh

kerajaan menunjukkan minat dan responsif kepada usaha membangunkan pendidikan

dan pembudayaan sains dan teknologi ke arah mempertingkatkan sumbangannya dalam

proses melahirkan sektor pendidikan yang lebih bersifat dinamik.

2.4.1 Kepentingan Sains dan Teknologi

Penemuan dan pembaharuan menyebabkan berlakunya perkembangan peradaban

manusia. Kemajuan teknologi telah meningkatkan taraf peradaban manusia.

Peradaban yang lebih tinggi telah mendorong kepada pemikiran kreatif dan kritis

yang lebih tinggi. Bangsa yang mempunyai teknologi yang maju mempunyai

potensi untuk meningkatkan pembangunan negara berbanding bangsa yang tidak

mengikuti perkembangan sains dan teknologi. Hal ini dapat dilihat melalui

perkembangan dunia sains dan teknologi negara maju berbanding dengan

perkembangan dunia sains dan teknologi negara membangun seperti Malaysia.

Penggunaan sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

merangkumi penggunaan perisian-perisian kursus, penggunaan internet untuk

Page 33: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

22

perkongsian maklumat, penggunaan perkakasan sains dan teknologi adalah untuk

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Banyak kajian telah dijalankan khususnya di Amerika Syarikat dan

Eropah untuk mengkaji penggunaan sains dan teknologi dalam sistem

pendidikan. Hasil kajian di sekolah-sekolah di Belanda mendapati bahawa tahap

latihan dalaman dan latihan luaran, serta kefahaman pengurusan sekolah untuk

mencapai matlamat inovasi adalah faktor kritikal untuk mencapai kejayaan

pelaksanaan sains dan teknologi di sana (Visscher, 2005; Visscher & Selwood,

2007).

Penyelidik-penyelidik di Eropah, Amerika Syarikat dan Timur Tengah

turut sama mengkaji kesan integrasi sains dan teknologi dalam pentadbiran dan

pengurusan pendidikan. Kesemua kajian ini menunjukkan kesan positif integrasi

sains dan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan pendidikan (Haughey,

2003; Bozeman et.al., 2008; Telem & Buvitski, 1992). Sebagai contoh, kajian

oleh Telem (2009), mendapati bahawa sains dan teknologi secara signifikan telah

membantu pemimpin sekolah dalam menjalankan tugas seharian di samping

mengeratkan hubungan komunikasi, sesama pihak pengurusan sekolah dan guru-

guru. Guru-guru dipantau, diselia dan diberikan maklumbalas, kekerapan

mesyuarat dan proses membuat keputusan bersama turut menerima kesan positif

hasil daripada integrasi sains dan teknologi dalam pengurusan dan pentandbiran

sekolah.

Dalam kajian selanjutnya Telem (2009), mendapati bahawa integrasi

sistem maklumat di sekolah telah menyumbang kepada peningkatan keupayaan

kawalan pengetua di sekolah di samping membantu menyediakan laporan-

laporan yang terkini dan tepat apabila diperlukan. Keadaan ini meningkatkan

keupayaan mereka untuk menyelia, memantau dan menilai pencapaian pelajar

dan penyeliaan guru. Integrasi sistem maklumat ini turut menyumbang kepada

peningkatan kerjasama, semangat kerja berpasukan dan kepimpinan di sekolah.

Kajian di sekolah-sekolah di Australia turut menyokong dapatan kajian mengenai

sumbangan sains dan teknologi dalam pendidikan, termasuk dalam bidang

Page 34: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

23

pengurusan dan kepimpinan pendidikan (Gurr, 2008). Di samping itu, Scheffler

dan Logan, (2006), pula telah mengenalpasti beberapa kompetensi sains dan

teknologi yang utama di kalangan guru dan pengurusan sekolah di Amerika

Syarikat. Dapatan kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif ini seharusnya

dapat memberikan input kepada perlaksanaan sains dan teknologi di Malaysia.

Melalui penggunaan kaedah Delphi, di dapati bahawa kompetensi utama

yang perlu dikuasai oleh guru dan pengurusan sekolah adalah kompetensi untuk

mengintegrasikan sains dan teknologi dalam kurikulum dan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kompetensi dalam penggunaan

internet dan e-mail juga turut tersenarai, dan ini selaras dengan standard

technology and indicator quality oleh National Study of School Evaluation

(NSSE) dan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE)

di Amerika Syarikat.

Kajian penggunaan Personal Digital Assistants (PDA) di kalangan

pengurusan kanan dan kepimpinan sekolah oleh Perry (2003), di Amerika

Syarikat turut mendapati bahawa pengurusan dan pemimpin sekolah telah

mendapat banyak faedah daripada penggunaan alat ini di samping dapat

meningkatkan kerjasama berpasukan. Antara kaedah yang digunakan termasuk

penggunaan jadual waktu, penentuan mesyuarat, maklumat pelajar dan guru serta

laporan-laporan terkini berkaitan kehadiran pelajar dan kes salah laku. Di

samping itu, mereka juga menggunakan PDA untuk tujuan penulisan (word-

processing) dan persembahan dalam bentuk Power Point. Hasil kajian yang telah

dihuraikan di atas, diharapkan dapat memberi input dan dapat membantu kita

melaksanakan pelbagai program sains dan teknologi di Malaysia.

Page 35: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

24

2.4.2 Masalah dalam Pelaksanaan Sains dan Teknologi

Meskipun keberkesanan pengintegrasian sains dan teknologi dalam pendidikan

masih terlalu awal untuk dinilai namun terdapat beberapa kajian lepas yang

membuktikan tentang keberkesanan serta permasalahan yang dihadapi dalam

penggunaan teknologi dalam pengajaran bahasa.

Walaupun pada masa kini, masih belum terdapat lagi kajian khusus yang

mendalam tentang keberkesanan pengajaran berbantukan sains dan teknologi,

namun kita percaya bahawa melalui pengintegrasian sains dan teknologi,

pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik, bermakna dan

produktif dengan pengabung jalinan penggunaan sains dan teknologi. Hal ini

demikian kerana bahan sains dan teknologi biasanya mengabungkan teknik

suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan

persekitaran yang baru disamping kaya dengan input. Kelebihan ini tidak ada

pada bahan bantu yang lain seperti buku teks atau bahan yang lebih bersifat satu

hala. Sains dan teknologi adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan

pesat dalam bidang microelektronik dan menghasilkan pelbagai kemudahan

teknologi seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya.

Kemunculan internet juga telah meluaskan penggunaan sains dan teknologi

dengan jaringan informasi bersepadu dan diaplikasikan sebagai media

komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa permasalahan dalam

perlaksanaan sains dan teknologi. Menurut kajian yang dibuat oleh Yahya

(2006), terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam

menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah

masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran

berbantukan komputer disebabkan kekurangan latihan. Guru juga menghadapi

masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu

diberikan dalam menyediakan bahan. Komputer yang digunakan di sekolah juga

sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi. Di samping itu,

Page 36: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

RUJUKAN

Abdul Rahim & Hayazi (2010). Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABM) di

Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor

Bahru, Johor. E-prints UTM.

Abdul Razak & Saidanorlaili (2010). Penggunaan Koswer PPSMI Dalam Pengajaran

dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Matematik Di Empat

Buah Sekolah Kebangsaan Di Seremban. Eprints UTM.

Agus Dharma (2006). Peranan Sains dan Teknologi Dalam Percepatan

Pembangunan. Retrieved Julai 13, 2013, from

http://staffsite.gunadarma.ac.id/agus_dh/

Aidan Mulkeen (2006). Science and Technology in Schools : What is of Educational

Value. ( Leo Wee Hin Tan & Ramanathan Subramaniam, Ed.). Singapore :

Idea Group Reference.

Amir Hassan (2006). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru

TeknikalSekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi

Malaysia : E-Prints UTM

Anker, R. & Hein, C. (2005). Sex inequalities in urban employment in the third

world. Hampshire: Macmillan Academic and Professional Ltd.

Aziz Nordin & Ling, H.L, (2010). Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains

Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua, Johor Bahru.

E-prints UTM

Bullock, S. (2009). Women and work. London: Zed Books Ltd.

Calder & Ritchie (1955). Science in Our Life. New York : New American Library

Crompton,R & Sanderson, K. (2005). Gendered jobs and social change. London:

Unwin Hyman

Daniel A., Bob Day, Tina James, Robert B. Kozma, Jonathan Miller & Tim Unwin

(2005). Monitoring and Evaluation of ICT in Education Projects : A

Handbook for Developing Countries. United States Of America : infoDev

Publication

Fraser, B. J (1982). How strongly are attitude and achievement related?. School

Science Review, 63, 557-559

Page 37: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

108

Harlen, W (2009). The Teaching of Science in Primary School. London : David

Fulton

Ian Selwood & Adrie J. Visscher (2007). Governance and Performanve of Education

System : The Potential of School Information Systems for Enhancing School

Improvement. (pp. 269-288). Netherlands : Springer Netherlands.

International Labour Office. (2000). International Labour Conference, 60th Session

(2001). Report Vlll. Equality of opportunity and treatment for women

workers. Geneva:ILO.

Jang, S.J, (2008). Innovations in Science and Technology Education : Effects of

Integrating Technology and Team-Teaching Strategies. ScienceDirect –

Computers and Education, 51, 646-659

Johari & Nor Hafiza Azne (2010). Tahap Penggunaan TV Pendidikan dan Tahap

Kesediaan Penggunaan EDUWEBTV Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah

di Johor Bahru. E-prints UTM.

Johari & Nor Hafizah ( 2010). Penggunaan TV Pendidikan dan EDUWEBTV Dalam

Kalangan Guru Sekolah Menengah di Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Johor.

E-prints UTM.

Johari & Zaliza (2011). Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah

Menengah Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. E-prints UTM.

Kamisah (2006). What Malaysian Science Teachers Need To Improve Their Science

Instruction : A Comparison Across Gender, School Location and Area of

Specialization. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology

Education, 2, 2

Kartasasmita & Ginanjar (1996). Pembangunan Untuk Rakyat : Memadukan

Pertumbuhan dan Menerataan. Jakarta : CIDES

Katia Passerini & Mary J. Granger (2000). A developmental model for distance

learning using the Internet. Computers and Education, 34(1), 1-15

Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi

Ketiga). Putrajaya, Kuala Lumpur : Giga Wise Network Sdn. Bhd

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Retrieved Disember 16, 2013, from http://www.moe.gov.my/my/teknik-

vokasional

Page 38: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

109

Kementerian Penerangan Malaysia (2008). Dasar Sains dan Teknologi Negara.

Retreived Disember 16, 2013; from

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/247-dasar-

sains-dan-teknologi-negara.html

Krejcie, R.V. dan Morgan, D. (1970). Determining sample size for research

activities. Educational and Psychological Measurement.30, 607-616

Lesley Farmer & Alan M. Safer (2010). Developing California School Library Media

Program Standards. School Library Research, Vol 13, 1-15

Livingstone, K., & Condie, R. Evaluation of the SCHOLAR Programme. Final report

for the Scottish Executive Education Department. Edinburgh: Scottish

Executive. Retrieved from

http://www.flatprojects.org.uk/evaluations/evaluationreports/scholarreport.as

p

Lokman, Mohd Anuar, M. Al-Muzammil & Phoon Ai Ling (2010). Penilaian Guru

Sekolah rendah Terhadap Peranan Guru Besar Sebagai Pemimpin Sains dan

Teknologi. Asia Pacific Jounal of Education, Vol 25, 169-188

Mahathir Mohamed. (1991). Malaysia : Majlis Perdagangan Maaysia. Kuala Lumpur

: Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, 28 Februari 1991

Majid Konting. (2004). Pengajaran Matematik di Sekolah Menengah: Persepsi Guru

Matematik yang Berkesan Terhadap Keberkesanan Guru. Seminar on Science

and Mathematic Education. UKM. Bangi.

Malaysia, Kementerian Penerangan Malaysia. (2008). Dasar Sains dan Teknologi

Negara. Kuala Lumpur : Kementerian Penerangan Malaysia.

Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005. Putrajaya : Jabatan

Perdana Menteri.

Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Putrajaya : Jabatan

Perdana Menteri.

Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000. Putrajaya : Jabatan

Perdana Menteri.

Margaret Haughey (2003). Management Of Education in The Information Age : The

Impact of Science and Technology on The Work of School Principal. (Ian D.

Selwood, Alex C.W.Fung, Christopher D. O’neil, Ed.). (pp. 63-71). Finland :

Springer US.

Page 39: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

110

Marsh, C & Willis, G. (2007). Curriculum : Alternative Approaches, Ongoing Issues.

(Saddle River, NJ, 4th Ed). New York : Pearson / Merril Prentice Hal1

Maznah (2003). Adult and continuing education in Malaysia. Hamburg : UNESCO

Institute for Education. Kuala Lumpur : Universiti Putra Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010), Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia :

Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari, 3, 61-84

Mohini & Fatmahanim (2012). Kajian Penialaian Kurikulum Pendidikan Matematik

dan Sains Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. E-prints UTM

Mutis, Thoby & Vincent Gaspers (1994). Nuansa Menuju Perbaikan Kualiti dan

Produktiviti. Jakarta : Universiti Trisakti.

Najib Abd. Ghafar. (2006). Paradoks Pendidikan Sains. Seminar on Science and

Mathematic Education, UKM, Bangi.

Newby T., Stepich D., Lehman J., & Russell J. (2000). Instructional Technology for

Teaching and Learning Designing Instruction, Integrating Computers and

Using Media. (Jackie Halliday, Ed). Columbus : Prenctice-Hall

Norhaslini (2007). Teknologi Automotif Masa Kini. Buletin Perpustakaan Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia, Bil. 2, 3

Norlidah, Saedah, Dorothy, Mohammad Attaran, & Abu Bakar (2013). Evaluation on

the Usability of Physics Module in Secondary School in Malaysia : Students’

Retrospective. The Malaysian Online Journal of Educational Technology,

1(1), 44-53

Nurizah, Ahmad Fauzi & Norhasni ( 2011). Pesepsi Pelajar Terhadap Persekitaran

Fizikal Makmal Komputer : Perbandingan Antara Dua Makmal Komputer

Yang Berbeza Susun Atur. Journal of Techno Sosial, 3(3), 57-67

Osborne, J.(2009). Attitudes to Science : Issues and Concern. School Science

Review, 79(288), 27-46

Radio Television Malaysia (RTM) (Producer). (1997). Majlis Perasmian Persidangan

“Discovery Malaysia”. Kuala Lumpur : Radio Television Malaysia (RTM)

Ragins, B.R., & Cotton, J.L. (2011). Marginal Mentoring : The Effects of Type of

Mentor, Quality of Relationship, and Program Design on Work and Career

Attitudes. Academy of Management Journal, 43(6), 1177-1194

Robiah Juriah, Khalid & Puteh (2001). Pembudayaan Sains dan Teknologi : Kesan

Pendidikan dan Latihan di Kalangan Belia di Malaysia. Jurnal Pendidikan,

27, 35-45

Page 40: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

111

Sasmojo & Saswinadi (1995). Sains, Teknologi, Masyarakat dan Pembangunan.

Unpublish Manuscript.

Shahrom & Nur Faizah (2012). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam

Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar. E-Prints UTM.

Sharon Nelson (2014). Keistimewaan Tersendiri Pendidikan Tamil. Retrieved

Januari 13, 2014; from

http://sanskartamelayu.blogspot.com/2014/01/keistimewaan-tersendiri-

pendidikan-tamil.html

Suriasumantri & Jujun S. (1984). Filsafat Ilmu : Sebuah Pengantar Popular. Jakarta :

Sinar Harapan.

Tiew Wai Sin & Nik Asma Nik Ahmad (2010). Koleksi Sains dan Teknologi di

Pusat Sumber Sekolah : Satu Tinjauan Literatur. Unpublish Manuscript.

Victoria L. Tinio (2002). ICT in Education. (Stephen Browne, Ed). New York :

United Nations Development Programme

Walby, S. (2009). Gender transformations. London: Routledge.

Wiles, J. W. & Bondi, J. C. (2011). Curriculum Development : A Guide To Practice.

(8th Ed.). New York : Amazon

Winslade B.A.J (1979). Rancangan Pembangunan Perpustakaan Sekolah di Malaysia

: Blueprint for School Library Development in Malaysia. ( Wijasuriya, Ed).

Kuala Lumpur : Persatuan Perpustakaan Malaysia.

Yahaya (2001). Keupayaan dan Kemahiran Berfikir Dalam Penyelesaian Masalah.

Tesis Sarjana Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia

Yusof & Sani (2011). Penggunaan Makmal Kompuetr Dalam Kalangan Guru-Guru

Kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat Dalam Pengajaran dan

Pembeajaran : Satu Tinjauan. E-prints UTM.

Zaitun. & Hamiyah (2010). Penggunaan Pusat Akses Sekolah Dalam Kalangan Guru

Di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru. E-prints UTM

Zaleha & Nurhidayah (2012). Cadangan Penggunaan Realiti Maya (Desktop)

Sebagai Bahan Bantu Mengajar Dalam Matapelajaran Kalkulus II (Graf

Fungsi/Hubungan Dalam Tiga Matra) : Satu Kajian Terhadap Pelajar Tahun 2

SPT, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. E-Prints UTM.

Zanaton, Lilia & Kamisa (2006), Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar

Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi. Pertanika J. Soc, Sci & Hum,

14(2), 131-147

Page 41: persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam

112

Zen M.T (1981). Sains, Teknologi dan Hari Depan Manusia. Jakarta : PT Gramedia.

Zhou Qing (2010). Chemistry Teacher’s Attitute Towards Science and Technology

in Xian. Pocedia – Social and Behavioral Sciences, 2 (2), 4629-4537

Zhu Zhiting & Yan Hanbing (2001). ICT and Pre-Service Teacher Education :

Towards and Integrated Approach. Using ICT for teaching, Learning and

Management (pp. 67-75). Shanghai, China : East China Normal University