antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di
TRANSCRIPT
ANTARA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI HSAJB
BALAI PELAWAT :
Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru telah berjaya mewujudkansebuah bangunan penginapan yang dikenali sebagai Balai Pelawat. Mulai 5 November 2008, Balai Pelawat telah beroperasi untuk kemudahan waris pesakit yang tinggal melebihi 25 km dari Johor Bahru.
• Kemudahan Kafeteria Di Dalam Bangunan Balai Pelawat
KEMUDAHAN KANTIN
Balai Pelawat ini dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat tidur, tandas, surau, ruang istirehat dan cafeteria. Ia juga terbahagi kepada 2 jenis bilik penginapan iaitu Bilik Lelaki dan Perempuan dimana boleh menampung seramai 10 orang setiap bilik. Tempoh yang telah dihadkan untuk menginap adalah selama maksima 3 hari dengan bayaran RM 5.00 sehari.
Kemudahan ini disediakan untuk kakitangan dan pengunjung yang datang melawat. Makanan yang disediakan terdiri masakan ala melayu/kampung, masakan ala India, masakan ala Cina, minuman/buah-buahan serta dan pencuci mulut. Juga disediakan kemudahan meja, kerusi makan dan sebuah televisyen,manakala ruang makan bagi kakitangan di Bangunan Pelawat disediakan dengan kemudahan penyaman udara.
Disediakan di dalam kawasan HSAJB.
• Terletak di dalam Bangunan Poliklinik
• Di antara antara Bangunan Bakawali dan Bangunan Pejabat Carakerja
• Di Balai Pelawat. Menyediakan pelbagai pilihan menu
KEDAI SERBANEKA :
Menjual pelbagai barangan keperluan harian dan peribadi seperti makanan, minuman serta barangan kemudahan untuk bayi. Terletak dihadapan Bangunan Induk dan Bangunan L& D. Juga kedai kek dan roti yang menjual pelbagai jenis roti, kek dan kuih-muih.
KEMUDAHAN MESIN ATM
Mesin ATM BSN terletak bersebelahan surau dihadapan Blok Wad/Balai Pelawat
Mesin ATM Maybank terdapat bersebelahan kaunter bayaran dihadapan Bangunan Induk
KEMUDAHAN BALAI BACAAN SAMBIL MENUNGGU
Kemudahan ini disediakan kepada pelawat sementara pelawat menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan. Pelbagai bahan bacaan disediakan yang boleh dibaca oleh pelawat. Balai bacaan ini terletak di tingkat bawah Bangunan Poliklinik.
PUSAT PROMOSI KESIHATAN
Terletak di Bangunan Poliklinik HSAJB (bersebelahan Balai Bacaan). Ia disediakan untuk memberi maklumat kepada pelawat dan kakitangan mengenai kesihatan melalui paparan risalah, poster dan tayangan video.
KEMUDAHAN SURAU
Terletak dihadapan blok wad dan dihadapan pintu masuk bangunan induk. Ia disediakan bagi memudahkanpelawat untuk menunaikan solat
KEMUDAHAN TELEFON AWAM
Kemudahan telefon awam disediakan untuk memudahkan pelawat membuat sebarang panggilan. Kemudahan ini terdapat di aras bawah Bangunan Poliklinik (bersebelahan kafeteria), di hadapan Bangunan Induk dan berhampiran blok-blok wad di HSAJB.
KEMUDAHAN MESIN MINUMAN SEJUK DAN PANAS
Disediakan di dalam Bangunan Poliklinik, hadapan pintu masuk Bangunan Induk dan dihadapan pintu masuk blok-blok wad
TEMPAT PARKIR KAKITANGAN & PARKIR AWAMSebanyak hampir 1,000 petak parkir disediakan kepada pelawat (parkir awam) yang meliputi tempat-tempat berikut : zon F (hadapan Wad PP1), parkir hadapan Bangunan Poliklinik Pakar, parkir bersebelahan Pejabat Rekod Perubatan dan parkir berhampiran blok Bangunan Makmal Patologi dan Bangunan Bakawali. Selebihnya adalah parkir kakitangan yang menggunakan pelekat hospital
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN YANG TERDAPAT DI HSAJB :
BILIK KAUNSELING PENYUSUAN SUSU IBU: Ia terletak di hadapan pintu masuk Bangunan L&D. dibuka setiap hari Khamis dari jam 2.30 petang - 5.00 petang
SHUTTLE: Kemudahan kenderaan hospital bagi membawa pelawat ke lokasi di sekitar hospital termasuk menghantar pesakit ke Klinik Pesakit Luar, Jalan Mahmoodiah. Perkhidmatan shuttle ini disediakan setiap setengah jam bermula di Bangunan Poliklinik Pakar.
RISALAH KESIHATAN: Terdapat dikaunter pertanyaan di Bangunan Poliklinik
KEMUDAHAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK : Terdapat dihadapan bangunan L & D
SURAT KHABAR PERCUMA (THE SUN): Terdapat dikaunter pertanyaan di Poliklinik setiap hari
DEWAN KENANGA, DEWAN ROSE, FOYER II: Boleh digunakan bagi tujuan perjumpaan dan aktiviti-aktiviti di peringkat Jabatan / agensi. Ia boleh digunakan dengan membuat permohonan ke Pihak Pengurusan. Dewan Kenanga terletak di Tingkat 6, Bangunan Induk, Dewan Rose terletak di dalam Bangunan Rose, bersebelahan dengan Kolej Radiografi dan Foyer II terletak di Bangunan Poliklinik
PERPUSTAKAAN PERUBATAN: Menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan dan rujukan pembelajaran kepada semua anggota HSAJB seperti buku, majalah dan jurnal perubatan. Ia terletak di Bangunan Rose, bersebelahan dengan Kolej Radiografi. Dibuka jam 8.00 pagi - 5.00 petang waktu bekerja. Sabtu & Ahad - tutup
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN LAIN YANG TERDAPAT BERHAMPIRAN DENGAN HSAJB :
• Bangunan KWSP• Menara Tabung Haji Johor• Pejabat Pos Besar Johor Bahru• Pelbagai Pilihan Bank Perdagangan Johor Bahru• Pusat Informasi Pelancongan Negeri Johor• Bangunan Pejabat-Pejabat Kerajaan Wisma Persekutuan• Universiti Teknologi Mara, Skudai, Johor• Monash University yang terdapat di dalam kawasan HSAJB• English College ( Maktab Sultan Abu Bakar )• Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim • Sekolah Engku Tun Aminah, Johor Bahru• Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru