kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap · pdf filepenginapan, surau, dewan makan, padang...

21
KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ KEDIAMAN RAHMAN PUTRA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR SURIA BINTI TALIB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duonghanh

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI

KOLEJ KEDIAMAN RAHMAN PUTRA,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

SURIA BINTI TALIB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

i

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : ….……………………..

Nama Penyelia : Dr. Hamdan Bin Said

Tarikh : ………………………..

Page 3: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

ii

KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN

DI KOLEJ KEDIAMAN RAHMAN PUTRA,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

SURIA BTE TALIB

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

Page 4: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………...

Nama Penulis : Suria Bte Talib

Tarikh : …………………………….

Page 5: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

iv

DEDIKASI

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan

izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kertas laporan ini dapat disiapkan dengan

jayanya.

Teramat istimewa buat,

Ibu

Sadiah Binti Abdullah

yang melahir dan membesarkan

Ayah

Talib Bin Atan

yang memberi kekuatan

Insan Istimewa

Fairulnizam Bin Abdul Gaafar

yang memberi sokongan

Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian

sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah dari

Allah s.w.t.

Wassalam.

Page 6: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur

ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya

menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan

terima kasih buat Dr. Hamdan bin Said selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang

telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang

membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan

seperjuangan khususnya kepada pelajar 4 SPH dan tidak lupa juga kepada semua

yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek

penulisan ini.

Akhir sekali istimewa untuk keluarga yang tercinta, pengorbanan serta

dorongan yang diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan dan budi baik

kalian mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Page 7: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

vi

ABSTRAK

Tujuan kajian ini di jalankan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa-

mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej Kediaman Rahman Putra. Kepuasan

mahasiswa-mahasiswi terhadap kualiti kehidupan ini ditinjau dari tujuh aspek iaitu

persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa

mahasiswa kolej kediaman, pentadbiran pejabat, pengawasan dan keselamatan,

program dan aktiviti yang dijalankan, dan perkhidmatan makanan. Kajian deskriptif

ini menggunakan soal selidik daripada kajian terdahulu sebagai instrumen kajian dan

seramai 318 orang responden Kolej Kediaman Rahman Putra yang dipilih secara

rawak terlibat dalam kajian ini. Data dianalisa dengan menggunakan perisian

Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dinyatakan dalam

bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

mahasiswa-mahasiswi berpuashati terhadap kualiti kehidupan di Kolej Kediaman

Rahman Putra dalam semua tujuh aspek yang dikaji. Kajian ini juga memberikan

cadangan untuk menambahbaik tahap kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap

kualiti kehidupan di kolej kediaman dan cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh

dilakukan.

Page 8: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

vii

ABSTRACT

The purpose of this study intended to identify students’ satisfaction towards

the life quality of Kolej Rahman Putra. The quality of life was surveyed through

seven aspects that is college environment, facilities and services, staff and Student

Committee services, office’s administration, safety and monitoring, program and

activity conducted, and food services. This descriptive study used the previous study

questionnaire as the research instrument. There were 318 respondents of Kolej

Rahman Putra participated in this study. The data were analyzed using the Statistical

Packages for Social Science (SPSS) software and the findings were presented in the

form of frequency, percentages, and mean. The findings indicated that the students

were satisfied towards the quality of life at the Kolej Rahman Putra UTM in all

aspects surveyed. This study also proposes suggestions to improve the quality of life

at the residential college, and further study that can be carried out.

Page 9: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSRACT vii

SENARAI KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH

xiii

SENARAI LAMPIRAN

xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

1.9 Penutup 10

Page 10: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

ix

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Sejarah Penubuhan Kolej Kediaman 11

2.3 Kualiti Kehidupan 15

2.4 Kepuasan Pelanggan 16

2.5 Persekitaran Tempat Tinggal 19

2.6 Kemudahan dan Perkhidmatan di UTM 22

2.7 Layanan Staf dan AJK Mahasiswa Kolej 25

2.8 Peentadbiran pejabat Pengurusan Kolej Kediaman 27

2.9 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej Kediaman 30

2.10 Perkhidmatan Kafeteria 32

2.11 Model Kepuasan Pelanggan 33

2.12 Elemen Kepuasan Pelanggan 39

2.13 Penutup 40

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 41

3.2 Rekabentuk Kajian 41

3.3 Lokasi Kajian 42

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42

3.5 Instrumen Kajian 43

3.6 Kajian Rintis 45

3.7 Prosedur Kajian 46

3.8 Analisis Data 46

3.9 Penutup 49

Page 11: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

x

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 50

4.2 Bahagian A - Profil Latar belakang Responden 50

4.2.1 Jantina 51

4.2.2 Klasifikasi Pengajian Akademik 51

4.2.3 Jumlah Semester Menetap 52

4.2.4 Perancangan Penginapan Tahun Hadapan 52

4.2.5 Aras Bilik 53

4.3 Pernyataan Maklumbalas Responden 54

4.3.1 Persekitaran Di Kolej Rahman Putra 54

4.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan 56

di Kolej Rahman Putra

4.3.3 Kakitangan dan AJK Mahasiswa 59

Kolej Rahman Putra

4.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan 61

Kolej Rahman Putra

4.3.5 Pengawasan Dan Keselamatan 62

Kolej Rahman Putra

4.3.6 Program Dan Aktiviti-aktiviti 63

Di Kolej Rahman Putra

4.3.7 Perkhidmatan Kafeteria 65

Kolej Rahman Putra

4.4 Analisis Tahap Penerimaan 66

4.5 Rumusan 70

4.6 Kesimpulan 71

Page 12: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

xi

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Perbincangan Kajian 72

5.3 Bahagian A - Latar belakang responden 73

5.4 Bahagian B - Perbincangan Hasil Kajian berdasarkan 73

Persoalan Kajian

5.4.1 Persekitaran Kolej Rahman Putra 74

5.4.2 Kemudahan dan Perkhidmatan 76

5.4.3 Layanan Oleh Staf dan Ahli Jawatankuasa

Mahasiswa 77

5.4.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan 78

5.4.5 Pengawasan Dan Keselamatan 79

5.4.6 Program Dan Aktiviti di Kolej Rahman Putra 80

5.4.7 Perkhidmatan Makanan Kafeteria 81

5.5 Rumusan 83

5.6 Kesimpulan 83

5.7 Cadangan 84

5.7.1 Cadangan Kepada Kolej Rahman Putra 85

5.7.2 Cadangan Lanjutan 86

RUJUKAN 88

LAMPIRAN 94

Page 13: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

M/ SURAT

3.1 Senarai Item Mengikut Aspek 43 3.2 Jadual Skala Likert 44 3.3 3.4

Jadual Skala Likert Jadual Skala Binari

44 45

3.5 Jadual Pengkategorian Tahap Kualiti Kehidupan di Kolej Kediaman

47

3.6

3.7 3.8

Jadual Pengkategorian Tahap Kualiti Kehidupan di Kolej Kediaman Pemeringkatan Min Menentukan Tahap KepuasanPelajar Pemeringkatan Peratus Menentukan Tahap Kepuasan Pelajar

47 48

49 4.1 4.2

Jantina Klasifikasi Pengajian Akademik

51 51

4.3 Jumlah Semester Menetap di Kolej Rahman Putra 52 4.4 Perancangan Penginapan Tahun Hadapan 53 4.5 Aras di Kolej Rahman Putra 53 4.6 Jadual Pengkategorian Bahagian B dan C 53 4.7 4.8 4.9

Jadual Pengkategorian Bahagian D dan E Jadual Pengkategorian Bahagian F,G dan H Analisis Persekitaran

53 54 55

4.10 Analisis Kemudahan dan Perkhidmatan 57 4.11 Analisis Kakitangan dan AJK Mahasiswa 60 4.12 Analisis Pentadbiran Pejabat Pengurusan 62 4.13 Analisis Pengawasan dan Keselamatan 63 4.14 Analisis Program dan Aktiviti 64 4.15 Analisis Perkhidmatan Kafetaria 65 4.16 Analisis Tahap Penerimaan Responden Terhadap

Keseluruhan Kajian

67 4.18 Analisis Tahap Penerimaan Terhadap Keseluruhan

Kajian

68 4.20 Analisis Tahap Penerimaan Responden Terhadap

Pernyataan Ya atau Tidak

69

Page 14: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

M/ SURAT

2.1 Rajah Model Kano 34

2.2 Rajah Kepuasan Pelanggan 35

2.3

2.4

2.5

Model Kualiti Perkhidmatan

Carta Kepuasan Pelanggan

Rajah Aspek Barangan / Perkhidmatan

38

39

40

Page 15: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

xiv

LAMPIRAN SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A Borang Soal Selidik

Lampiran B Surat Kebenaran dari TNC (HEP)

Lampiran C Surat Pengesahan Kerjasama dari Kolej Rahman Putra

Page 16: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

xv

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universti Teknologi Malaysia

KTGB - Kolej Tun Ghafar Baba

SPSS - Statistical Package For Social Sciences

IPT - Institut Pengajian Tinggi

USM - Universiti Sains Malaysia

UiTM - Universiti Teknologi Mara

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

SUB - Student Union Board

HEP - Hal Ehwal Pelajar

C - Cemerlang

B - Bagus

SD - Seperti Dijangka

SPD - Sedikit Peningkatan Diperlukan

L - Lemah

S - Setuju

ST - Sangat Setuju

KS - Kurang Setuju

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

Page 17: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Setiap individu mempunyai tahap kepuasan yang berbeza-beza terhadap sesuatu

perkhidmatan atau produk. Kotler dan Clarke (1987) menyifatkan kepuasan sebagai

pernyataan yang berkaitan dengan perasaan yang dirasai oleh individu yang

menggunakan perkhidmatan atau produk. Kepuasan merupakan salah satu fungsi yang

berkaitan dengan tahap jangkaan dan juga pelaksanaannya. Jangkaan dibina berdasarkan

pengalaman yang pernah dialami dengan keadaan yang sama atau hampir sama dengan

pernyataan yang dilakukan oleh rakan-rakan, persatuan atau organisasi lain. Dalam

usaha mencari kepuasan diri, individu ini akan berusaha memenuhi keperluan dirinya.

Chickering (1969) berpendapat bahawa pembangunan diri individu yang

mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi banyak dipengaruhi oleh persekitaran

institusi tersebut. Persekitaran ini termasuklah objektif dan saiz universiti, kurikulum di

amalkan, pengajian dan penilaian yang dilaksanakan, susun atur kolej kediaman yang

terdapat dalam kampus, fakulti dan corak pentadbiran universiti, dan budaya yang cuba

diterapkan dalam kalangan siswa-siswi. Siswa-siswi yang terdedah dengan budaya

berdikari, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan menjadi idaman ramai.

Pembudayaan sebegini kerap dilakukan melalui program-program peningkatan diri

seperti ceramah keagamaan, kursus motivasi, dan bengkel pembangunan diri. Kehadiran

Page 18: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

2

ceramah, kursus, dan bengkel yang relevan sudah tentu dapat meningkatkan kepuasan

siswa-siswi untuk tinggal di kolej kediaman.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan untuk kegunaan siswa-siswi

di kolej kediaman. Semua kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ini bertujuan

untuk membantu siswa-siswi menghadapi dunia pendidikan peringkat tinggi. Di antara

kemudahan-kemudahan yang disediakan di kolej kediaman adalah blok-blok

penginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. Mahasiswa-

mahasiswi memerlukan persekitaran kolej kediaman yang kondusif untuk membolehkan

pencapaian akademik yang cemerlang dan pembangunan diri yang seimbang. Ini selari

dengan Shafie Jusoh (1994) yang berpendapat bahawa pembinaan kolej kediaman di

institusi pengajian tinggi bertujuan untuk mengumpul siswa-siswi bagi mencapai

kecemerlangan akademik.

Tinggal di kolej kediaman membawa impak yang besar bukan sahaja kepada

penghuninya tetapi juga orang yang rapat dengan penghuni kolej kediaman tersebut.

Keadaan ini pada kebiasaannya disebabkan oleh persekitaran kolej kediaman yang lebih

mendorong penghuninya untuk melibatkan diri dalam berbagai aktiviti dalam kampus.

Persekitaran yang baik ini membolehkan siswa-siswi memberikan perhatian yang lebih

terhadap pencapaian akademik mereka. Pengalaman hidup yang memuaskan hati

penghuninya sudah tentu dapat membina persepsi positif mereka terhadap iklim sosial di

kampus. Mereka akan merasa seronok dan gembira kerana persekitaran di kampus

adalah lebih akademik dan menyokong aktiviti pembelajaran. Interaksi dan hubungan

akrab antara sesama mereka sudah tentu dapat mewujudkan kematangan fikiran yang

membawa kepada pertumbuhan serta pembangunan peribadi yang baik (Blimling, 1999).

Page 19: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

3

Menyedari akan kepentingan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan

siswa-siswi dan akhirnya memberikan kepuasan kepada penghuninya pihak pengurusan

kolej kediaman dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar sesebuah universiti telah berusaha

meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan. Tindakan ini dilakukan dengan

harapan untuk memberikan keselesaan kepada para penghuni kolej kediaman. Pihak

kolej kediaman misalnya telah menyediakan perkhidmatan dobi, televisyen dan

permainan video, padang permainan, dan kemudahan permohonan pembaikan mengenai

sesuatu kerosakan atas talian.

Di sebalik usaha yang giat dilakukan ini masih kedapatan siswa-siswi UTM

misalnya yang keluar kampus hampir saban minggu. Keadaan ini diburukkan lagi

dengan adanya siswa-siswi yang keluar kampus bahkan saban hari. Keadaan ini

menimbulkan banyak persoalan kepada pihak pentadbiran universiti. Misalnya adakah

kejadian ini berlaku disebabkan oleh persekitaran kampus yang masih tidak kondusif?

Atau adakah kejadian ini disebabkan oleh masih ada kekurangan kemudahan dan

perkhidmatan asas dalam kampus? Apakah kejadian ini berlaku disebabkan siswa-siswi

tidak berpuas hati dengan persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan?

Adakah mahasiswa-mahasiswi keluar meninggalkan kampus kerana mencari tempat

yang lebih baik dan lebih selamat untuk mengulangkaji pelajaran mereka? Adakah

suasana persekitaran di kolej kediaman tidak menyenangkan sehingga memaksa mereka

mencari tempat lain yang lebih kondusif? Tindak-tanduk dan kejadian-kejadian yang

berlaku ini seolah-olah menunjukkan bahawa kedapatan aspek-aspek tertentu yang tidak

menepati kehendak pelanggan.

Temubual dengan siswa-siswi yang menghuni kolej kediaman memperlihatkan

masih terdapat lagi rungutan-rungutan yang berkaitan dengan kehidupan di kolej

kediaman. Misalnya rungutan berkaitan dengan persekitaran kolej kediaman yang tidak

menarik. Pokok-pokok hiasan terbiar tanpa penjagaan yang baik. Kedapatan juga siswi-

siswi yang merasakan kawalan yang terlalu longgar sehinggakan terlalu bebas untuk

lelaki keluar dan masuk kekawasan kediaman pada bila-bila masa. Kedapatan juga yang

merasakan tiada atau kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan siswa-siswi dalam

Page 20: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

4

menjaga kebersihan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kolej kediaman. Senario

ini dan kejadian-kejadian lain yang telah dinyatakan di atas menjadikan kajian ini perlu

dilakukan.

1.3 Pernyataan Masalah

Persekitaran yang kondusif, kemudahan dan perkhidmatan berkualiti, layanan

staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa yang profesional, pentadbiran pejabat

pengurusan yang cekap, pengawasan dan keselamatan yang tinggi mutunya, program

dan aktiviti pembangunan yang menarik dan mampu memberikan cabaran kepada siswa-

siswi, dan perkhidmatan kafeteria yang memenuhi kehendak pelanggan sudah tentu

dapat memberikan kepuasan kepada penghuni kolej. Berasaskan kepada masalah-

masalah yang dihadapi oleh siswa-siswi, pihak pengurusan Universiti Teknologi

Malaysia amnya dan pihak Hal Ehwal Pelajar khususnya ingin mengetahui kepuasan

siswa-siswi terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman. Tahap kualiti kehidupan yang

tinggi sedikit sebanyak membawa kesan positif terhadap kecemerlangan akademik dan

bukan akademik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan siswa-siswi

terhadap kualiti kehidupan di Kolej Kediaman Rahman Putra, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

i) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap persekitaran di Kolej

Kediaman Rahman Putra.

ii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap kemudahan dan

perkhidmatan di Kolej Kediaman Rahman Putra.

Page 21: KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP  · PDF filepenginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. ... meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

5

iii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap layanan staf dan Ahli

Jawatankuasa Mahasiswa di Kolej Kediaman Rahman Putra.

iv) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap pentadbiran pejabat

pengurusan di Kolej Kediaman Rahman Putra.

v) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap pengawasan dan

keselamatan di Kolej Kediaman Rahman Putra.

vi) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap program dan aktiviti

pembangunan yang dijalankan di Kolej Kediaman Rahman Putra.

vii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap perkhidmatan kafeteria

di Kolej Kediaman Rahman Putra.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan menjawab tujuh persoalan kajian berikut:

i) Apakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan persekitaran di Kolej

Kediaman Rahman Putra?

ii) Apakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan kemudahan dan

perkhidmatan di Kolej Kediaman Rahman Putra?

iii) Apakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh

staf dan ahli jawatan kuasa mahasiswa di Kolej Kediaman Rahman Putra?

iv) Apakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan pentadbiran pejabat

pengurusan di Kolej Kediaman Rahman Putra?

v) Adakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan pengawasan dan keselamatan

di Kolej Kediaman Rahman Putra?

vi) Adakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan program dan aktiviti

pembangunan yang dijalankan di Kolej Kediaman Rahman Putra?

vii) Adakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan

oleh kafeteria di Kolej Kediaman Rahman Putra?