judul : sistem penambahan tekanan udara … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan...

37
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA MELALUI PENGHASILAN ALAT WIZ PADA ENJIN KENDERAAN . SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya WAN ISZHAM BIN WAN ISHAK (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 90 B KG TIAK, 09200 DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD KUPANG, BALING KEDAH DARULAMAN. Nama penyelia Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: hamien

Post on 24-Mar-2018

246 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA MELALUI PENGHASILAN ALAT WIZ PADA ENJIN KENDERAAN.

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya WAN ISZHAM BIN WAN ISHAK (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 90 B KG TIAK, 09200 DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD

KUPANG, BALING KEDAH DARULAMAN. Nama penyelia

Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis

dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana

Muda (PSM).

Page 2: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia :

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 3: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

i

SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA MELALUI PENGHASILAN

ALAT WIZ PADA ENJIN KENDERAAN

WAN ISZHAM BIN WAN ISHAK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2008

Page 4: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

ii

“Saya akui kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : WAN ISZHAM BIN WAN ISHAK

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 5: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

iii

DEDIKASI

Kampungku,

Kau jauh menghilang rupa

Meninggalkan jejak-jejak nostalgia

Memberi erti yang sejati

Bagaimana insane perlu berbudi

Nun menghijau gunung nan rimba

Nun menguning bijian padi

Menggamit ciak-ciak galak menari

Membawa padi jauh keseberang.

Kampungku,

Sejenak ku terkenang

Nostalgia menyerkap keli dan haruan

Bagaimana memukat puyuh di hutan

Aku berlari-lari di batas-batas bendang

Menarik benang laying-layang

Yang kadang-kadang

Tersungkur ke lumpur hitam

Aku tidak jemu

Melihat kedua orang tua

Menyemai benih-benih padi

Di tanah-tanah sawah yang bertuah

Kau ku ingat sentiasa.

Kampungku,

Page 6: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

iv

Kini kau berjauhan jasadku kesepian

Aku di selatan yang kadang-kadang

Lupa pada daratan

Kau di utara yang sentiasa menggamit rasa

Hatiku terus melambai

Bak pohon nyior yang teguh pendiriannya.

Kita dari sebuah kampung,

Kampung mengajar kita erti penderitaan

Kampung mengenalkan kita tentang kebahagiaan

Kampung memberikan kita kejayaan

Kampung mengajar kita berbudi

Kampung mengenalkan kita jati diri

Kita sayangkan kampung selama-lamanya.

Ku tujukan puisi istimewa ciptaanku ini hanya untuk :

Ibu bapaku, Isteri tersayang, kakak dan adik-adik yang aku sayang sepanjang

waktu.

Buat adik-adik, jadikan kejayaan abang sebagai penyuntik semangat

untuk berjaya pada masa hadapan.

Page 7: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji

Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan

sahabatnya. Dengan Taufik Dan HidayahNya dapatlah pereka menyempurnakan

kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Dr. Muhammad Sukri Bin

Saud selaku penyelia projek ini di atas komitmen, kesabaran , bimbingan dan nasihat

yang dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan projek ini. Beliau adalah seorang

yang profesional terhadap tugasnya.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada En Zainal Abidin Bin Tukiman

selaku pembantu pensyarah yang banyak membantu memberi pendapat serta

cadangan dan berkongsi idea untuk menjalankan projek rekacipta ini. Tidak

ketinggalan juga ucapan ribuan terima kasih kepada Mohamad Rizal Bin Mohamad

Jais, Muhammad Hafizu Bin Husin, Asadul Khair Bin Rosman dan Jesmin Bt Abd

Wahad di atas kerjasama dalam membantu menyempurnakan pengujian bagi

menjayakan projek ini. Seterusnya kepada rakan-rakan di atas bantuan , dorongan

dan tunjuk ajar , sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan projek ini.

Terima kasih.

Page 8: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

vi

ABSTRAK

Penyelidikan ini merupakan satu kajian alat rekacipta iaitu wiz merupakan

sistem penambahan tekanan udara yang dicipta oleh pereka khas untuk enjin

kenderaan. Objektif kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan alat wiz pada enjin

kenderaan dapat meningkatkan kuasa kuda kenderaan, dapat membantu sistem brek

berfungsi dengan lebih efektif serta dapat mengurangkan penggunaan bahan api

ketika enjin dihidupkan. Untuk mengetahui kefungsian alat yang direka, pereka

menjalankan pengujian di bengkel automotif di N 26 Universiti Teknologi Malaysia,

manakala pengujian dynojet dynamometer ini dijalankan di bengkel automotif N 1

Racing, 68, jln PJS 11/7, Bandar Sunway,46150 Bandar Sunway Selangor, pengujian

casis dynamometer bagi sistem brek dijalankan di PUSPAKOM, Lot 219, Taman

Perindustrian Terbrau 3, 81100 Johor Bharu, Johor serta pengujian penggunaan

bahan api dijalankan di lebuhraya utara - selatan. Empat buah kenderaan yang dipilih

dijadikan sampel kajian ini. Analisis data dibuat berdasarkan kuasa kuda, peratusan,

per juta (ppm) dan dalam unit liter. Hasil daripada penganalisisan data, didapati hasil

peningkatan karbon monoksida 0.55 % (2.72 % - 3.27 %), pengurangan hidrokarbon

37 ppm (330 ppm – 293 ppm) serta pengurangan oksigen 0.14 % (1.26 % - 1.12 %).

Manakala peningkatan kuasa kuda 1.93 kk (124.92 kk – 126.85 kk) kuasa maksimum

dan 2.88 kk (135.97 kk – 138.85 kk) maksimum kuasa kilas diikuti dengan

peningkatan cengkaman pada sistem brek kenderaan sebanyak 0.52 % (51,25 % -

51.5 %) dan pengurangan penggunaan bahan api sebanyak 0.016 liter (0.077 liter -

0.061 liter). Hasil analisis mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam

pengujian ini telah membuktikan keberkesanan rekacipta alat “ wiz “ ini.

Page 9: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

vii

ABSTRACT

This is a research of an invented tool name wiz which is an air compressor

addition system designed by special designer for vehicles engine. The objectives are

to see the effectiveness of wiz to increase the horse power of transport, to help the

brake system to be functioning effectively and also to reduce the used of fuel when

the engine is started. In order to make sure that the product is functioning well, the

designer has undergo some testing at an automotive workshop of N 26 University

Technology Malaysia, whilst the dynojet dynamometer testing is being done at

automotive workshop of N 1 Racing, 68 jln PJS 11/7, Bandar Sunway, 46150 Bandar

Sunway Selangor, and chasis dynamometer for brake system testing at PUSPAKOM,

Lot 219, Taman Perindustrian Terbrau 3, 81100 Johor Bharu, Johor. The fuel

consumptions testing is being done at Lebuhraya Utara-Selatan. Four vehicles are

selected to be the sample in this research. Analysis of data is being made according

to the horse power, percentage per million (ppm) and in litre unit. From the analysis,

there is 0.55% (2.72% - 3.27%) increase of carbon monocside, 37 ppm (330 ppm –

293 ppm) reduction of hydrocarbon and 0.14% (1.26% - 1.12%) oxygen reduction.

An increasing of horse power about 1.93 hp (124.92 hp – 126.85 hp) maximum

power and 2.88 hp (135.97 hp – 138.85 hp) maximum torque followed by a better

grip for the brake system which is about 0.52 % (51,25 % - 51.5 %) and a reduction

of 0.016 (0.077 litre - 0.061 litre) litre fuel consumptions.The result founds that there

are significantly different in the testing and shows the effectiveness of wiz.

Page 10: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PEMBIMBING

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI GRAF xvii

SENARAI CARTA xviii

SENARAI SINGKATAN xix

SENARAI LAMPIRAN xx

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan Am 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Matlamat Kajian 7

1.6 Objektif Kajian 7

Page 11: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

ix

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Skop Kajian 8

1.9 Definisi/Istilah 9

1.9.1 Sistem 9

1.9.2 Penambahan 10

1.9.3 Tekanan 10

1.9.4 Udara 10

1.9.5 Wiz 11

1.9.5 Paip Besi Tahan Karat 11

1.9.6 Soket Besi Tahan Karat 11

1.9.7 Hos Getah/Salur Getah 12

1.9.8 Penyambung ‘T’ 12

1.9.9 Peyambung ’Y’ 13

1.9.10 Kepingan besi Tahan Karat 13

1.9.11 Pengikat besi 13

1.9.12 Kelip 14

1.9.13 Skru dan Nat 14

1.10 Kesimpulan 15

BAB II SOROTAN PENULIS 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Reka Bentuk Produk 20

2.3 Asas Perjalanan Sesebuah Enjin Kenderaan 22

2.3.1 Sistem Asas perjalanan enjin 22

2.3.1.1 Enjin Petrol Empat Lejang 23

2.3.1.2 Lejang masukan 23

2.3.1.3 Lejang Mampatan 24

2.3.1.4 Lejang Kuasa 24

2.3.1.5 Lejang Ekzos 24

2.3.2 Sistem pengambilan udara pada enjin kereta 25

2.3.2.1 Sistem pengambilan Udara 25

2.3.2.2 Salur kerja pengambilan udara 26

2.3.2.3 Pancarongga pengambilan 28

2.3.3 Sistem bahan api dan udara 33

Page 12: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

x

2.3.4 Sistem brek 35

2.4 Kesimpulan 37

BAB III METODOLOGI KAJIAN 38

3.1 Pengenalan 38

3.2 Pengumpulan maklumat dan data 39

3.2.1 Pemerhatian 39

3.2.2 Pengalaman sendiri 39

3.2.3 Temu bual 40

3.2.4 Pengujian 40

3.3 Analisis masalah 41

3.4 Membuat keputusan 41

3.5 Pemilihan idea baru 42

3.6 Lakaran projek 42

3.6.1 Sketsa / Lakaran 43

3.6.2 Lukisan Kerja 43

3.7 Pemilihan reka bentuk 44

3.7.1 Model 44

3.7.2 Perancangan pembinaan model atau prototaip 45

3.8 Kos projek 47

3.8.1 Kos bahan 48

3.8.2 Kos upah 48

3.8.3 Kos sampingan 48

3.9 Kos pengeluaran 48

3.9.1 Kos bahan mentah 49

3.9.2 Kos upah 49

3.9.3 Kos sampingan 50

3.9.4 Kos pengeluaran seunit 50

3.10 Pembinaan model atau prototaip 50

3.11 Prosedur kerja menghasilkan projek 52

3.12 Proses penghasilan projek 53

3.13 Pengujian dan penilaian model berfungsi atau

prototaip 55

3.13.1 Ujian makmal 56

3.13.2 Ujian parameter 56

Page 13: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

xi

3.14 Kesimpulan 56

BAB IV PENGUJIAN DAN ANALISIS DATA 58

4.1 Pengenalan 58

4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan 59

4.2.1 Dapatan Analisis Proses Pembakaran Pada 60

Enjin Kenderaan

4.3 Pengujian Peningkatan Kuasa Kuda Pada 62

Enjin Kenderaan

4.3.1 Dapatan Analisis Pengujian Peningkatan 63

Kuasa Kuda Pada Enjin Kenderaan

4.4 Pengujian Sistem Brek Kenderaan 66

4.4.1 Dapatan Analisis Pengujian Sistem Brek 67

4.5 Pengujian Penggunaan Bahan Api 68

4.5.1 Dapatan Analisis Pengujian 68

Penggunaan Bahan Api

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 72

5.1 Pengenalan 72

5.2 Perbincangan Kajian 72

5.2.1 Proses pembakaran pada enjin kenderaan 73

5.2.2 Peningkatan kuasa kuda pada enjin kenderaan 74

5.2.3 Sistem brek kenderaan 76

5.2.4 Penggunaan bahan api 78

5.3 Rumusan 79

5.4 Cadangan 81

5.5 Kesimpulan 82

BIBLIOGRAFI 83

LAMPIRAN

Page 14: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

xii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

3.9.1 Menunjukkan kos bahan bagi menghasilkan

alat Wiz. 49

3.11.1 Prosedur kerja menghasilkan projek. 52

3.13.1 Proses penghasilan projek. 53

4.2.1 Tahap Pemancaran Sesebuah Kenderaan

(sumber dari puspakom, 1996). 59

4.2.1.1 Analisis proses pembakaran sebelum dan

selepas pemasangan alat Wiz pada enjin

kenderaan. 60

4.3.1.1 Analisis pengujian peningkatan kuasa kuda

sebelum dan selepas pemasangan alat Wiz

pada enjin kenderaan. 63

4.4.1 Piawaian sistem brek sesebuah kenderaan

(sumber dari puspakom, 1996). 66

Page 15: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

xiii

4.4.1.1 Analisis pengujian sistem brek sebelum dan

selepas pemasangan alat Wiz pada kenderaan. 67

4.5.1.1 Analisis pengujian pengunaan bahan api

sebelum dan selepas pemasangan alat Wiz

pada enjin kenderaan. 69

Page 16: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

xiv

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

2.3.1 Menunjukkan asas perjalanan enjin empat lejang

(Dipetik daripada enjin kereta: Rosli Hussin,

1996). 23

2.3.2 Sistem pengambilan udara dalam enjin suntikan

bahan api (Dipetik daripada Automotif

Mekanikal: Jamil Hashim, 2007). 26

2.3.3 Sistem aruhan udara untuk enjin yang dilengkapi

dengan karburetor (Dipetik daripada Automotif

Mekanikal: Jamil Hashim, 20007). 27

2.3.4 Pasangan pembersih udara atau dalam salur kerja

ke pasangan badan (Dipetik daripada Teknologi

Automotif: Mohd Bahaman Mohd Rajuli, 2006) 27

2.3.5 Enjin sebaris mempunyai dua pancarongga di sisi

enjin (Dipetik daripada Masalah dan Cara

Menyenggara Kereta: Joseph Beron, 2003). 28

2.3.6 Enjin enam selinder dengan pancarongga

Page 17: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

xv

pengambilan kembar siam (Dipetik daripada

Teknologi Automotif: Mohd Bahaman Mohd

Rajuli, 2006). 29

2.3.7 Pancarongga pengambilan enjin V6 dengan

peralatan tambah pengambilan dan deria (Dipetik

daripada Teknologi Automotif: Mohd Bahaman

Mohd Rajuli, 2006). 31

2.3.8 Pancarongga pengambilan panjang boleh ubah

(Dipetik daripada Teknologi Automotif: Mohd

Bahaman Mohd Rajuli, 2006). 32

2.3.9 Pancarongga pengambilan V8 dengan laluan

besar (Dipetik daripada Teknologi Automotif:

Mohd Bahaman Mohd Rajuli, 2006). 33

2.3.10 Menunjukkan sistem bahan api dan udara

(Dipetik daripada Pembakaran Semburan Bahan

Api Cecair: Alan Williams, 1998). 34

2.3.11 Menunjukkan sistem brek (Dipetik daripada Enjin

Kereta: Rusli Hussin, 1996). 35

2.3.12 Contoh sistem brek antikekunci (Dipetik daripada

Teknologi Automotif: Mohd Bahaman Mohd

Rajuli, 2006). 36

3.12.1 Menunjukkan projek yang telah siap dihasilkan. 54

3.13.1 Menunjukkan alat yang di pasang pada enjin

kenderaan bagi tujuan pengujian. 55

Page 18: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

xvi

4.2.1 Pengujian proses pembakaran (a) dan (b) pada

sebuah kenderaan model iswara 1.3. 60

4.3.1 Kereta wira yang diuji dengan menggunakan

dynojet dynamometer untuk mengetahui prestasi

kuasa kuda. 63

4.5.1 Pengujian penggunaan bahan api yang dijalankan

pada sebuah kenderaan model wira 1.5 auto

sebelum dan selepas pemasangan alat yang

dicipta. 69

Page 19: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

xvii

SENARAI GRAF

NO.

GRAF

TAJUK MUKA

SURAT

1.2.1 Menunjukkan kadar tahunan harga petrol di

Malaysia (sumber dari internet:

_http//www.fuelsaver2u.com/default.asp). 3

4.3.1.1 Menunjukkan analisis pengujian dynojet

dynamometer sebelum dan selepas pemasangan

alat Wiz bagi memperlihatkan peningkatan

kuasa kuda serta menunjukkan nisbah campuran

udara dan bahan api 65

Page 20: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

xviii

SENARAI CARTA

NO. CARTA TAJUK MUKA

SURAT

3.10.1 Pembinaan prototaip dijalankan mengikut

carta aliran kerja. 51

Page 21: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

xix

SENARAI SINGKATAN

ABS - Sistem brek antikekunci

CC - Anjakan enjin

CO - Karbon monoksida

CO² - Karbon dioksida

EGR - Sistem edaran semula gas ekzos

HC - Hidrokarbon

IAFM - Integrated air feul module technology

KK - Kuasa kuda

KM/J - Kilometer per jam

KM - Kilometer

L - Liter

MAP - Penderia tekanan mutlak pancarongga

O² - Oksigen

PBE - Pancitan bahan api elektronik

PCM - Modul kawalan rangkaian kuasa

PMT - Preventive maintenance technology

PSM - Putaran seminit

PUSPAKOM - Pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer

PPM - Bahagian per juta (percentage per million)

Page 22: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

xx

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Lukisan kerja 85 – 90

B Pengujian proses pembakaran enjin 91 – 92

C Pengujian peningkatan kuasa kuda 93

D Laporan pemeriksaan kenderaan untuk

sistem brek kenderaan

94 – 95

E Pengujian penggunaan bahan api 96 – 97

F Surat akuan pelajar daripada Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

98

Page 23: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Am

Sejak kenderaan direka pada penghujung abad ke 18, pelbagai perubahan

teknologi telah dilakukan bagi memastikan kenderaan dapat beroperasi dengan lebih

cekap, enjin lebih berkuasa dan mempunyai kelajuan yang maksimum. Teknologi

kejuruteraan automotif kian berubah kepada yang lebih canggih sejajar dengan

peredaran masa. Pada awalnya sebuah kenderaan hanya dapat bergerak dengan kuasa

yang terhad tetapi setelah beberapa tahun kemudiannya, saiz serta keupayaan enjin

kian bertambah untuk memberi kepuasan dan keselesaan kepada pengguna

kenderaan.

Enjin yang dulunya dipasangkan dengan karburetor kini diubah kepada enjin

yang menggunakan teknologi baru iaitu sistem pancitan bahan api elektronik (PBE).

Menurut Jamil Hashim (2007) sistem ini menggunakan meter aliran udara atau

pendikit yang beroperasi melalui penderia elektronik dan mikrokomputer. Fungsinya

adalah untuk memastikan enjin beroperasi dengan penggunaan bahan api yang lebih

ekonomi dan kuasa pecutan yang optimum. Jumlah penggunaan injap masuk yang

pada awalnya hanya menggunakan satu injap masing-masing untuk saluran masuk

Page 24: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

2

dan saluran ekzos kini ditambahkan kepada dua atau tiga injap masuk pada setiap

selinder.

Sesetengah kenderaan, pada selinder tersebut dipasangkan juga pengecas

turbo semata-mata untuk menambahkan lagi kuasa sedutan angin masuk dan

mempercepatkan pembakaran di dalam kebuk pembakaran enjin dan meningkatkan

lagi kuasa pecutan kenderaan. Menurut Jamil Hashim (2007) teknologi kejuruteraan

automobil yang terkini yang digunakan pada enjin yang baru memasuki pasaran

dunia ialah teknologi sistem pencucuhan tanpa pengagih (Distributorless Ignition-

System) atau lebih dkenali sebagai D.I.S). Pengagih digantikan dengan gegelung

voltan tinggi. Sistem ini mempunyai kelebihan mengeluarkan voltan percikan api

yang jauh lebih tinggi daripada biasa.

Berikutan industri automotif kian berkembang mengikut peredaran masa dan

semakin banyak jenis rekaan dicapai di bahagian dalam kenderaan ataupun pada

enjin untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan supaya perjalanan dapat

dinikmati sepenuhnya oleh pemilik, pemandu mahupun penumpang kenderaan. Oleh

yang demikian, pengguna perlu sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi

automotif pada masa kini.

Perkembangan teknologi dibidang industri automotif menunjukkan negara

kini sudah menjelang ke arah kemajuan yang sejajar dengan negara-negara yang

maju. Hari ini negara Malaysia telah membuktikan bahawa teknologi automotif telah

maju mengikut teknologi terkini apabila mengeluarkan proton saga baru yang

mempunyai sistem Integrated Air Fuel Module (IAFM) technology iaitu dapat

menjimatkan penggunaan bahan api. Teknologi yang dihasilkan ini memberikan satu

gambaran bahawa negara Malaysia dapat membuktikan bahawa teknologi yang

digunakannya semakin canggih mengikut perkembangan dunia.

Page 25: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Dengan semakin bertambahnya kenderaan di jalan raya setiap hari

menggambarkan kenderaan merupakan salah satu keperluan bagi setiap pengguna.

Dengan adanya kenderaan, pengguna dapat bergerak serta dapat menjalankan tugas

dengan lebih cepat. Menurut Joseph Beron (2003) kenderaan merupakan satu

keperluan untuk manusia meneruskan aktiviti harian terutamanya untuk bergerak dari

satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Bagaimanapun, sebagai pengguna

kenderaan sama ada pemandu atau penumpang, perlu peka akan perkembangan

teknologi automotif masa kini.

Walaupun perkembangan teknologi automotif terkini semakin canggih akan

tetapi kenaikan harga bahan api yang sentiasa naik dari tahun ke tahun membuatkan

ramai pengguna kenderaan mengambil berat tentang penggunaan bahan api untuk

kenderaan mereka. Masing-masing mula berkira tentang kadar penggunaan bahan api

untuk kenderaan mereka. Menurut Zikri Fuad Pengarah Eksekutif yang dipetik dari

Harian Metro 2 Disember 2006 berkata peningkatan harga bahan api di pasaran

menyebabkan pengguna sentiasa mencari inisiatif memastikan perbelanjaan dapat

dijimatkan. Oleh itu, teknologi untuk menghasilkan produk yang dapat menjimatkan

penggunaan bahan api serta peningkatan kuasa pecutan amat menggalakkan sama

ada di dalam dan luar negara bagi membantu masalah pengguna pada hari ini.

Graf palang 1.2.1 : Menunjukkan kadar tahunan harga petrol di Malaysia (sumber

dari internet: http://www.fuelsaver2u.com/default.asp).

Page 26: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

4

Graf palang 1.2.1 menunjukkan kadar tahunan harga petrol di Malaysia yang

meningkat dari tahun ke tahun. Seawal tahun 1990 harga bahan api ialah sebanyak

RM 0.90 sen bagi setiap liter. Manakala pada tahun 1991 hingga 1999 peningkatan

harga bahan api meningkat sebanyak RM 0.30 sen iaitu dari RM 0.90 sen hingga RM

1.20 sen bagi setiap liter. Pada tahun 2000 hingga 2001 harga bahan api meningkat

sebanyak RM 0.20 sen bagi setiap liter. Peningkatan ini menunjukkan harga bahan

api pada tahun 2000 hingga 2001 ialah sebanyak RM 1.40 sen seliter. Diikuti pula

pada tahun 2002 harga bahan api meningkat sebanyak RM 0.10 sen iaitu dari RM

1.40 sen mencecah RM 1.50 sen seliter. Manakala pada tahun 2003 hingga 2004

kadar harga bahan api semakin meningkat dari RM 1.50 sen hingga RM 1.60 sen

seliter. Pada tahun 2005 kenaikan harga bahan api meningkat kepada RM 1.70 sen

seliter. Berikutan pada tahun 2006 hingga 2007 kenaikan harga bahan api mencecah

hampir RM 2.00 seliter iaitu RM 1.90 sen seliter.

Dengan kenaikan harga bahan api dari tahun ke tahun menyebabkan

pengguna kini mencari inisiatif untuk menggunakan apa jua teknologi yang boleh

menjimatkan penggunaan bahan api bagi kenderaan mereka. Ini kerana kenderaan

merupakan satu keperluan untuk pengguna menjalankan aktiviti harian mereka.

Apatah lagi memandangkan kos sara hidup sekarang semakin meningkat

menyebabkan pengguna menanggung pelbagai masalah untuk menampung

kehidupan mereka. Selain itu juga, pengguna kenderaan sering merungut kenderaan

mereka menggunakan bahan api yang banyak ketika memandu serta tahap kuasa

kenderaan mereka tidak memuaskan ketika hendak memotong kenderaan lain.

Berasaskan pengalaman sendiri juga, ia membuktikan masalah yang dihadapi oleh

pengguna kenderaan sama seperti yang difikirkan.

Walaupun demikian, pereka kenderaan membina kenderaan yang dapat

menjimatkan penggunaan bahan api, lebih selesa, lebih fleksibel dan lebih tahan

lama. Oleh itu, dalam tahun-tahun kebelakangan ini syarikat-syarikat besar di dunia

permotoran telah mengeluarkan pelbagai teknologi yang dapat menjimatkan

penggunaan bahan api disamping memberi kuasa pecutan yang maksimum pada

kenderaan. Sebagai contoh syarikat Chemplex Automotive Group, Inc. dari negara

Amerika Syarikat yang menghasilkan Dyno - Tab Power Booster yang berbentuk

tablet dicampurkan ke dalam tangki bahan api kenderaan bagi meningkatkan kuasa

Page 27: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

5

pecutan disamping menjimatkan penggunaan bahan api kenderaan. Begitu juga,

syarikat H2OIL Corporation yang menggunakan teknologi NANO yang dihasilkan

oleh negara Amerika Syarikat yang berkaitan dengan peningkatan kuasa pecutan dan

penjimatan bahan api iaitu FuelSaver2u Enhancer (FSE) yang merupakan sejenis

minyak yang boleh membantu perjalanan enjin lebih lancar.

Petikan Harian Metro 2 Disember 2006 mengenai penjimat minyak

Neomagnet yang menggunakan ZFAS Technology, pengeluar produk jimat minyak

yang dikeluarkan hasil gabungan teknologi Eropah dan Jepun. Ia menggunakan

magnet Neodymium (NdfEB) yang dipasang pada hos bahan api bagi membantu

pemecahan molekul hidrokarbon (bahan api) yang lebih cekap dan efektif bagi

membantu mengurangkan penggunaan bahan api serta meningkatkan kuasa enjin.

Menurut Alan Williams (1998) semua kenderaan setelah melalui jarak

perjalanan akan mengalami pembentukkan karbon di dalam saluran bahan api,

combustion chamber, injap, piston, selinder dan sebagainya. Oleh itu, Dcarbo dengan

teknologi dari jerman akan bertindak sebagai pencuci karbon yang efektif.

Pembersihan karbon akan mengoptimumkan prestasi enjin dan enjin tersebut akan

berada dalam keadaan seperti baru. Teknologi baru ini dikenali sebagai Preventive

Maintenance Technology (PMT).

Walaupun produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat besar dari luar

negara menunjukkan teknologi mereka mampu menjimatkan penggunaan bahan api

dan memberi peningkatan kuasa pecutan pada kenderaan akan tetapi produk yang

dihasilkan akan habis setiap kali digunakan. Oleh itu, pengguna terpaksa

membelanjakan wang setiap masa sekiranya inginkan penjimatan bahan api dan

peningkatan kuasa pecutan pada kenderaan.

Dengan ini diharapkan sistem penambahan tekanan udara melalui

penghasilan alat Wiz pada enjin kenderaan dapat membantu masalah pengguna pada

masa kini dengan hanya berbelanja sekali dapat memberi peningkatan kuasa pecutan

pada enjin kenderaan, penjimatan penggunaan bahan api serta membantu sistem brek

dengan lebih efektif.

Page 28: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

6

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pada latar belakang masalah yang tertera di atas, jelas

menunjukkan bahawa pengguna masih lagi menghadapi masalah dengan kenaikan

harga bahan api yang semakin meningkat dari semasa ke semasa yang menyebabkan

perbelanjaan penggunaan bahan api pada kenderaan semakin membebankan.

Walaupun pengguna terdedah dengan pelbagai produk yang boleh menjimatkan

penggunaan bahan api pada enjin kenderaan mereka, akan tetapi pengguna terpaksa

membelanjakan wang berulang kali untuk mendapatkan produk sekiranya habis

digunakan. Oleh itu, penyelidik mencipta Wiz yang direka mempunyai ciri-ciri

tersendiri serta selamat digunakan oleh pengguna kenderaan bagi mengatasi masalah

pengguna pada masa kini.

1.4 Persoalan Kajian

Secara amnya, persoalan kajian ini melibatkan sistem penambahan tekanan

udara melalui penghasilan alat Wiz pada enjin kenderaan boleh membantu

mempercepatkan pembakaran, meningkatkan kuasa pecutan, sistem brek lebih efektif

disamping mengurangkan penggunaan bahan api. Persoalan khusus kajian ini

menjurus kepada aspek-aspek berikut :

1.4.1 Adakah dengan menggunakan alat Wiz pada enjin kenderaan dapat

meningkatkan kuasa kuda kenderaan ?

1.4.2 Adakah dengan menggunakan alat Wiz pada enjin kenderaan dapat

membantu sistem brek berfungsi dengan lebih efektif?

1.4.3 Adakah dengan menggunakan alat Wiz pada enjin kenderaan dapat

mengurangkan penggunaan bahan api ketika enjin dihidupkan?

Page 29: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

7

1.5 Matlamat Kajian

Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan dengan

menghasilkan satu produk Wiz berkonsepkan sistem penambahan tekanan udara

pada enjin kenderaan dapat membantu mempercepatkan pembakaran , menambah

kuasa kuda, membantu sistem brek berfungsi dengan lebih efektif dan disamping

mengurangkan penggunaan bahan api setanding dengan dunia permotoran.

1.6 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut iaitu :

1.6.1 Membangun dan mengkaji sistem penambahan tekanan udara Wiz pada enjin

kenderaan dapat meningkatkan kuasa kuda kenderaan.

1.6.2 Membangun dan mengkaji sistem penambahan tekanan udara Wiz pada enjin

kenderaan dapat membantu sistem brek berfungsi dengan lebih efektif.

1.6.3 Membangun dan mengkaji sistem penambahan tekanan udara Wiz pada enjin

kenderaan dapat mengurangkan penggunaan bahan api ketika enjin

dihidupkan.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian yang dilaksanakan ini akan dapat mengenalpasti adakah dengan

menggunakan alat Wiz pada enjin kenderaan dapat membantu mempercepatkan

pembakaran, menambahkan kuasa kuda pada enjin kenderaan, membantu sistem brek

Page 30: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

8

berfungsi dengan lebih efektif disamping mengurangkan penggunaan bahan api

ketika enjin dihidupkan.

Kajian ini juga, dapat mengetahui dengan menggunakan alat Wiz, enjin

kenderaan dapat beroperasi ketika enjin kenderaan dihidupkan. Udara yang

ditambahkan adalah berdasarkan saiz alat Wiz. Alat ini disambungkan pada hos pam

induk brek iaitu pada penggalak brek kuasa dan disambung pada hos masuk ke

pancarongga pengambilan udara.

1.8 Skop Kajian

Bagi mencipta alat Wiz, pereka mengambil beberapa buah kenderaan untuk

diuji kaji. Kajian ini dijalankan di bengkel automotif dengan melakukan pengujian

analisis ekzos, pengujian dynojet dynamometer, casis dynamometer serta pengujian

memandu kenderaan untuk menentukan keberkesanan alat Wiz bagi penggunaan

bahan api.

Berdasarkan kepada tajuk yang dipilih, skop akan lebih menjurus kepada

analisis mengenai sistem penambahan tekanan udara melalui penghasilan alat Wiz

pada enjin kenderaan yang dapat meningkatkan kuasa kuda, membantu sistem brek

lebih efektif dan disamping mengurangkan penggunaan bahan api ketika enjin

dihidupkan.

Page 31: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

9

1.9 Definisi/Istilah

Dalam merekacipta sistem penambahan tekanan udara melalui penghasilan

alat Wiz pada enjin kenderaan, pereka telah menggunakan beberapa istilah seperti di

bawah.

1.9.1 Sistem

Menurut Kamus Dewan (1993) sistem mekanik yang membenarkan proses

lesapan berlaku. Manakala menurut Kamus Fizik Mekanik (1989) sistem yang

apabila kerja dilakukan untuk memindahkan zarah-zarah dari satu konfigurasi ke

konfigurasi yang lain hanya bersandar pada konfigurasi asal dan konfigurasi akhir

zarah-zarah itu.

Dalam penghasilan alat Wiz, pereka menggunakan perkataan sistem adalah

bertujuan untuk menggambarkan sesuatu aliran yang menunjukkan pemprosesan

yang dilalui untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut Mohd Gomenan Bin Su

(1989) sistem merupakan satu kumpulan jisim di dalam satu lingkungan sempadan

atau satu kawasan di ruang angkasa yang mempunyai jisim diasingkan dari

sekeliling.

Page 32: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

10

1.9.2 Penambahan

Penambahan menggambarkan tindakan menokokan satu kuantiti udara pada

satu kuantiti bagi memberikan hasil jumlahnya bertambah daripada jumlah yang

sedia ada (Kamus Dewan, 1993). Penambahan yang dimaksudkan oleh pereka dalam

menghasilkan alat Wiz ialah membekalkan udara pada enjin kenderaan

1.9.3 Tekanan

Hassan Bin Asran (1989) tekanan adalah menunjukkan satu proses

pengambilan udara atmosfera yang dimampatkan di dalam enjin kenderaan agar

enjin dapat beroperasi apabila enjin kenderaan dihidupkan. Manakala menurut

Kamus Fizik Mekanik (1989) tekanan atmosfera yang disebabkan oleh berat udara

pada mana-mana titik di permukaan bumi.

1.9.4 Udara

Udara ialah salah satu hal yang akan diselidiki yang mana udara tersebut

selalu berada sekeliling dan tidak dapat dilihat. Akan ketahui bahawa udara adalah

faktor utama yang berhubung dengan operasi enjin kenderaan (E.Karyanto, 1989).

Udara yang dimaksudkan oleh pereka di sini ialah campuran berbagai-bagai gas di

atmosfera yang disedut oleh karburetor atau pemancit bahan api masuk ke dalam

enjin kenderaan bagi melengkapkan pembakaran di dalam kebuk pembakaran enjin

kenderaan.

Page 33: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

11

1.9.5 Wiz

Wiz adalah merupakan nama yang diberi untuk alat yang dicipta khas

berbentuk selinder bagi membekalkan kuantiti udara yang ditambahkan pada enjin

kenderaan.

1.9.5 Paip Besi Tahan Karat

Menurut Zainal Abidin Ahmad (1999) paip besi tahan karat merupakan aloi

rendah dengan kandungan kromium yang tinggi iaitu tidak kurang daripada 10.5 %.

Sifatnya merintangi karat atau kakisan itu wujud disebabkan berlakunya lapisan

oksida kromium di permukaan logam. Paip besi yang dimaksudkan oleh pereka ialah

paip yang mempunyai ketahanan daripada berkarat yang digunakan untuk

membekalkan udara pada pada enjin kenderaan melalui penghasilan alat Wiz.

1.9.6 Soket Besi Tahan Karat

Menurut Kamus Dewan, Edisi Baru (1997) soket ialah lubang pada sesuatu

bahagian alat tempat melekat sesuatu. Manakala menurut Zainal Abidin Ahmad

(1999) paip besi tahan karat merupakan aloi rendah dengan kandungan kromium

yang tinggi iaitu tidak kurang daripada 10.5 %. Sifatnya merintangi karat atau

kakisan itu wujud disebabkan berlakunya lapisan oksida kromium di permukaan

logam. Pereka menggunakan soket ini adalah untuk menghubungkan di antara paip

besi dengan hos getah agar dapat memberi laluan udara yang hendak dibekalkan.

Page 34: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

12

1.9.7 Hos Getah/Salur Getah

Iaitu hos yang diplih khas yang mempunyai daya ketahanan yang kuat

terhadap haba daripada enjin kenderaan. Menurut Kamus Dewan (1993) haba

merupakan kesan bahang yang dapat dirasai dari sesuatu benda yang panas. Hos

yang digunakan oleh pereka mempunyai dua lapisan dan terdapat satu lapisan jaring

di tengah di antara lapisan luar dan lapisan dalam hos. Tujuan hos ini digunakan

adalah untuk menyambungkan alat Wiz pada hos penggalak brek kuasa dan

pancarongga masukkan bagi membekalkan udara yang ditambah pada enjin

kenderaan.

1.9.8 Penyambung ‘T’

Menurut Hassan Bin Asran (1989) penyambungan merupakan satu proses

penyambungan dua atau lebih dari satu punca ke satu punca yang lain. Manakala

menurut Ibrahim Che Muda dan N. Ramudaram (1990) tembaga ialah bahan pengalir

haba dan pengalir elektrik yang terbaik. Tembaga lebih kuat daripada aluminium

kerana ia sangat mulur dan tidak mudah berkarat. Penyambung ‘T’ yang

dimaksudkan oleh pereka ialah penyambung yang diperbuat daripada tembaga untuk

disambung pada salur getah/hos bagi menyambungkan alat Wiz dengan bahagian

enjin kenderaan.

Page 35: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

13

1.9.9 Penyambung ’Y’

Penyambung ‘Y’ yang diperbuat daripada tembaga disambung pada salur

getah/hos untuk menyambungkan alat Wiz dengan pancarongga pengambilan serta

penutup atas bahagian enjin kenderaan. Menurut Joseph Beron (2003) pancarongga

pengambilan direka bentuk untuk sistem suntikan bahan api atau karburetor yang

ditugaskan untuk mengangihkan udara bersih atau campuran udara dan bahan api

sekata mungkin ke setiap selinder enjin.

1.9.10 Kepingan Besi Tahan Karat

Kepingan besi dipotong bulat mengikut diameter paip yang bertujuan untuk

dijadikan penutup supaya udara dapat diperangkapkan di dalam alat Wiz yang

hendak dijadikan sebagai tempat membekalkan udara. Cantuman ini dikimpal

dengan menggunakan mesin TIG.

1.9.11 Pengikat Besi

Pengikat besi yang dimaksudkan oleh pereka ialah kepingan besi yang

digunakan untuk mengikat alat Wiz supaya memudahkan ia dipasang pada

kenderaan. Menurut Ibrahim Che Muda dan N. Ramudaram (1990) alat pengikat dan

pengunci merupakan alat yang digunakan untuk mengikat dua atau lebih bahagian

supaya ia lebih kukuh.

Page 36: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

14

1.9.12 Klip

Menurut Kamus Dewan (1993) klip adalah alat daripada logam dan lain-lain

untuk mengepit sesuatu benda. Manakala menurut Ibrahim Che Muda dan N.

Ramadaram (1990) klip digolongkan sebagai pengikat bandungan. Menurutnya klip

terdapat dalam bentuk asas iaitu :

i. Klip lengkung luar.

ii. Klip lengkung dalam.

Kedua-dua klip ini dipasangkan pada alur di bahagian luar aci atau alur di

bahagian dalam lubang. Pereka menggunakan klip untuk mengikat hos pada

bahagian-bahagian yang disambung dari alat Wiz dengan bahagian enjin kenderaan.

1.9.13 Skru dan Nat

Pereka menggunakan skru dan nat untuk mengunci pengikat besi dengan Alat

Wiz bagi kedudukan tertentu supaya alat yang dipasang pada enjin kenderaan berada

dalam keadaan selamat dan tidak mengganggu komponen lain. Menurut Ibrahim Che

Muda dan N. Ramudaram (1990) skru dan nat merupakan alat yang digunakan untuk

mencantum dua atu lebih kepingan logam bagi membolehkan ia berfungsi. Manakala

menurut Kamus Dewan (1993) nat ialah gegelang besi yang bahagian dalamnya

berbenang dan dapat diputarkan pada skru atau pada bol.

Page 37: JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA … atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis ... 4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan

15

1.10 Kesimpulan

Dalam merekacipta sesuatu produk atau sesuatu peralatan untuk enjin

kenderaan banyak perkara yang perlu diperhalusi agar alat yang dicipta dapat

berfungsi dengan baik serta dapat menarik minat pengguna dari segi reka bentuk

produk dan memberi keuntungan kepada pengeluar. Oleh itu, pereka hendaklah

berfikiran secara kreatif dan inovatif terhadap penghasilan sesuatu produk yang

hendak dihasilkan.

Melihat kepada permasalahan yang timbul pada hari ini, kenaikan harga

minyak menjadikan satu isu yang membebankan para pengguna yang menggunakan

kenderaan sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja atau ke destinasi yang

hendak dituju. Oleh itu, sesuatu produk yang hendak dicipta adalah berlandaskan

kepada masalah yang timbul bagi memenuhi kehendak pengguna serta secara tidak

langsung memenuhi permintaan pasaran.

Berdasarkan daripada pengalaman dan pemerhatian pereka terhadap masalah

yang timbul yang membebankan pengguna dari semasa ke semasa maka masalah ini

dapat membantu pereka dalam merekacipta sesuatu alat yang boleh digunakan pada

enjin kenderaan bagi tujuan untuk memberi kepuasan ketika memandu kenderaan

serta dapat mengatasi masalah penggunaan bahan api.