rmic.umt.edu.myrmic.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/128/2019/... · laporan, kertas kerja atau...

Click here to load reader

Upload: vuthuy

Post on 27-Jun-2019

237 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • Penerbit UMTUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)

    21030 Kuala NerusTerengganu

    2018

  • Dasar Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Terengganu

    Hak Cipta Terpelihara @ 2018. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu.

    @2018 All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or trasmitted on any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Director, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu.

    Diterbitkan oleh/Published in Malaysia byPenerbit UMTUniversiti Malaysia Terengganu21030 Kuala Nerus,Terengganu, Malaysiahttp://penerbit.umt.edu.myE-mel: [email protected]

    Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data

    Penerbit Universiti Malaysia Terengganu DASAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ISBN XXX-XXXX-XX-X1. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu--Publishing. 2. Publisher and PublishingTerengganu.3. Education, HigherTerengganu.l. Judul.XXX.XXXXXXXXXXX

    Set in Optima

    Reka bentuk: Penerbit UMTReka letak: Penerbit UMT

  • KANDUNGAN

    BAHAGIAN 1.0 PENGENALAN 1

    Seksyen 1.1 Am 1

    Seksyen 1.2 Objektif 2

    BAHAGIAN 2.0 DEFINISI 3

    BAHAGIAN 3.0 MODAL INSAN 6

    BAHAGIAN 4.0 HASIL PENYELIDIKAN 7

    BAHAGIAN 5.0 KEWANGAN DAN SUMBER

    PENYELIDIKAN 7

    BAHAGIAN 6.0 JARINGAN USAHA SAMA 8

    BAHAGIAN 7.0 PENGANTARABANGSAAN 8

    BAHAGIAN 8.0 FASILITI PENYELIDIKAN 8

    BAHAGIAN 9.0 PERKHIDMATAN PERUNDINGAN 9

    BAHAGIAN 10.0 PENGKOMERSIALAN 9

    BAHAGIAN 11.0 HARTA INTELEK 9

    BAHAGIAN 12.0 ETIKA PENYELIDIKAN 10

    BAHAGIAN 13.0 PEMAKAIAN DASAR 10

    BAHAGIAN 14.0 RUJUKAN 11

    PENGHARGAAN 13

  • 1

    BAHAGIAN 1.0: PENGENALAN

    Seksyen 1.1: Am

    1.1.1 Mendukung visi dan misi universiti untuk

    menjadi institusi pembelajaran dan

    penyelidikan yang ulung berfokuskan

    marin dalam usaha menyumbang kepada

    pembangunan modal insan, penerokaan ilmu

    dan pembangunan negara.

    1.1.2 Menyediakan persekitaran kondusif bagi

    aktiviti intelektual seperti penyelidikan,

    pembelajaran, pengajaran dan pendidikan

    untuk berkembang. Universiti berpegang

    teguh kepada prinsip bahawa pengetahuan

    disediakan untuk manfaat seluruh masyarakat.

    1.1.3 Menyokong matlamat universiti untuk

    menyediakan pensyarah yang menjana

    ilmu demi kelestarian sejagat melalui hasil

    penyelidikan.

    1.1.4 Semua saranan projek dan hasil penyelidikan

    termasuk data, rekod, lakaran pelan dan

    manuskrip penulisan adalah hak milik

    universiti.

    1.1.5 Dasar ini hendaklah dibaca bersama

    peraturan dan garis panduan universiti dan

    kerajaan yang berkuat kuasa berserta dasar-

    dasar berkaitan iaitu punca kuasa asalnya

    adalah berasaskan Akta Universiti dan Kolej

    Universiti (AUKU) pindaan 2012.

  • 2 / Dasar Penyelidikan & Inovasi Universiti Malaysia Terengganu

    Seksyen 1.2: Objektif

    1.2.1 Mengukuhkan kedudukan UMT sebagai

    sebuah universiti berfokuskan penyelidikan

    dan pengajaran yang memberikan tumpuan

    kepada penyelidikan dan inovasi dalam

    bidang tujahan ilmu kelautan dan sumber

    akuatik.

    1.2.2 Membudayakan penyelidikan dan

    membangunkan prestasi penyelidik untuk

    terus berdaya saing di peringkat nasional dan

    antarabangsa.

    1.2.3 Memperkasa usaha sama keserakanan

    merentasi pelbagai disiplin dan bidang

    kepakaran.

    1.2.4 Mempertingkatkan jalinan usaha sama antara

    universiti, agensi kerajaan, industri dan

    komuniti untuk pemindahan ilmu.

  • 3

    BAHAGIAN 2.0: DEFINISI

    2.1 Dasar Penyelidikan dan Inovasi ini adalah dirujuk, melainkan

    jika konteksnya menghendaki makna yang lain:-

    a) Fasiliti Penyelidikan ertinya kemudahan atau prasarana

    penyelidikan yang disediakan oleh universiti bagi

    menjalankan penyelidikan dan inovasi di Universiti

    Malaysia Terengganu;

    b) Felo Penyelidik ertinya pensyarah pusat pengajian yang

    dilantik ke institut penyelidikan sebagai dual appointment

    bagi menjalankan aktiviti penyelidikan di Universiti

    Malaysia Terengganu;

    c) Felo Penyelidik Bersekutu ertinya penyelidik yang

    dilantik dalam kalangan pensyarah atau tenaga pakar

    dari luar dan dalam Universiti Malaysia Terengganu dan

    ditempatkan di institut penyelidikan bagi menjalankan

    aktiviti penyelidikan;

    d) Geran ertinya dana penyelidikan yang didaftarkan di

    bawah universiti;

    e) Hak Harta Intelek ertinya apa-apa yang termasuk

    dalam daya cipta, kerja yang mempunyai hak cipta dan

    cap dagangan harta penyelidikan yang nyata. Hak Harta

    Intelek adalah tidak terhad kepada perkara yang dilindungi

    oleh undang-undang statut atau perundingan seperti

    patent, hak cipta, rahsia perniagaan dan sijil perlindungan

    kepelbagaian tanaman, malah Hak Harta Intelek juga

    termasuklah penjelmaan fizikal usaha intelektual

    seperti kertas cadangan, model (termasuklah model

    perniagaan), mesin, peralatan, reka bentuk, perkakas,

    instrumentasi, litar, program komputer, penggambaran,

    bahan biologi, komposisi jirim dan tumbuhan;

  • 4 / Dasar Penyelidikan & Inovasi Universiti Malaysia Terengganu

    f) Inovasi ertinya satu proses transformasi pengetahuan

    kepada produk dan sesuatu yang baharu; tindakan

    menggunakan sesuatu yang baharu; yang boleh memberi

    kelebihan/manfaat kepada pengguna;

    g) Jaringan Usaha Sama ertinya aktiviti penyelidikan yang

    dijalankan bersama pihak luar;

    h) Ketua Penyelidik ertinya pensyarah/pegawai penyelidik

    yang mengetuai sesuatu projek penyelidikan/kumpulan

    penyelidikan;

    i) Mentor ertinya seseorang pensyarah yang berjawatan

    Profesor/Profesor Madya yang bertanggungjawab

    membimbing pensyarah muda yang mempunyai

    pengalaman kurang lima (5) tahun dalam penyelidikan;

    j) Pelajar Antarabangsa ertinya pelajar bukan warganegara

    Malaysia yang mengikuti pengajian siswazah di universiti;

    k) Penaja ertinya pihak yang menyumbang sejumlah

    peruntukan untuk membiayai penyelidikan;

    l) Pensyarah ertinya seseorang yang dilantik menjadi

    pensyarah di universiti dan termasuklah Profesor Kanan,

    Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan dan Pensyarah;

    m) Penyelidik ertinya individu/kumpulan yang terlibat

    dalam melaksanakan penyelidikan;

    n) Penyelidikan ertinya aktiviti bersistematik yang

    diguna pakai untuk menyelesaikan masalah yang akan

    menyumbang kepada penemuan ilmu pengetahuan,

    kemajuan manusia serta pembangunan negara;

    o) Pegawai Penyelidik ertinya pegawai yang menjalankan

    kerja-kerja berkaitan pembangunan penyelidikan;

  • 5

    p) Penyelidikan Antarabangsa ertinya geran yang diperoleh

    melalui penaja dari luar Malaysia/proses membida di

    peringkat antarabangsa;

    q) Pengkomersialan ertinya menjual, mengilangkan,

    menyerahkan hak, melesenkan, memfrancaiskan,

    memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan

    menjana pendapatan atau pulangan kewangan yang lain.

    r) Perkhidmatan Perundingan ertinya semua jenis aktiviti

    khidmat nasihat, khidmat profesional dan khidmat pakar

    yang diberikan oleh perunding atau kumpulan perunding

    kepada klien dengan upah atau yuran profesional dan

    tidak termasuk penyelidikan yang dibiayai oleh kerajaan

    yang bukan untuk tujuan keuntungan. Perkhidmatan

    perundingan boleh dalam bentuk analisis, reka bentuk,

    laporan, kertas kerja atau penghasilan produk.

    s) Penyelidikan Berkontrak ertinya semua aktiviti

    penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kerja-kerja

    berkaitan yang dijalankan atas permintaan dan dibayar oleh

    syarikat, agensi atau organisasi luar daripada universiti.

    t) Pihak Luar ertinya termasuk pihak industri tetapi tidak

    terhad dengan pihak industri bahkan agensi kerajaan dan

    swasta, badan profesional, komuniti serta pihak individu

    perseorangan sama ada dalam atau luar negara;

    u) Universiti ertinya Universiti Malaysia Terengganu.

  • 6 / Dasar Penyelidikan & Inovasi Universiti Malaysia Terengganu

    BAHAGIAN 3.0: MODAL INSAN

    3.1 Pensyarah dan pegawai penyelidik wajib menjalankan

    penyelidikan yang bersesuaian dengan bidang kepakaran

    dan keperluan strategik universiti.

    3.2 Pensyarah perlu menganggotai sekurang-kurangnya

    satu kluster penyelidikan di peringkat universiti.

    3.3 Pensyarah yang mempunyai pengalaman penyelidikan

    kurang dari 5 tahun perlu mengenal pasti seorang mentor

    sebagai pembimbing dalam penyelidikan.

    3.4 Pensyarah di pusat pengajian juga boleh dilantik menjadi felo

    penyelidik/felo penyelidik bersekutu di institut penyelidikan.

    3.5 Penyelidik luar UMT boleh dilantik sebagai felo penyelidik

    bersekutu.

    3.6 Pensyarah tidak boleh menggunakan dasar ini sebagai

    alasan untuk dikecualikan daripada tugas pengajaran dan

    tanggungjawab lain di pusat tanggungjawab.

    3.7 Penyelidikan yang bersifat aplikasi hendaklah mempunyai

    elemen pemindahan ilmu secara berkumpulan.

    BAHAGIAN 4.0: HASIL PENYELIDIKAN

    4.1 Hasil penyelidikan universiti adalah merangkumi keseluruhan

    penyelidikan tetapi tidak terhad kepada penerbitan, laporan

    penyelidikan, polisi dan garis panduan, karya kreatif,

    kertas kerja, produk, harta intelek, pengkomersialan, dana

    penyelidikan, pengiktirafan, liputan media massa dan

    penyeliaan.

    4.2 Pensyarah dan pegawai penyelidik wajib menjalankan

    penyelidikan dan menghasilkan penerbitan ilmiah yang

    bersesuaian dengan bidang kepakaran dan keperluan

    strategik universiti.

  • 7

    4.3 Hasil penyelidikan universiti merupakan indikator prestasi

    penyelidikan dan keterlihatan universiti di peringkat nasional

    dan antarabangsa.

    4.4 Universiti mempunyai hak terhadap semua hasil penyelidikan

    yang dinyatakan dalam dasar ini.

    BAHAGIAN 5.0: KEWANGAN DAN SUMBER PENYELIDIKAN

    5.1 Universiti perlu menyediakan sejumlah peruntukan untuk

    menyokong keperluan strategik penyelidikan universiti.

    5.2 Penyelidikan yang ditaja oleh dana kerajaan Malaysia adalah

    tertakluk kepada peraturan kewangan universiti dan kerajaan.

    5.3 Penyelidikan yang ditaja oleh sumber dana yang lain,

    termasuk penyelidikan berkontrak juga tertakluk kepada

    peraturan kewangan universiti dan kerajaan.

    5.4 Penggunaan sumber penyelidikan tidak boleh melibatkan

    kepentingan peribadi dan wajib mematuhi dasar, peraturan

    dan garis panduan yang berkuat kuasa.

    BAHAGIAN 6.0: JARINGAN USAHA SAMA

    6.1 Jaringan usaha sama penyelidikan bertujuan meningkatkan

    penerbitan, penyeliaan, pengkomersialan serta asimilasi ilmu

    dan teknologi.

    BAHAGIAN 7.0: PENGANTARABANGSAAN

    7.1 Pengantarabangsaan penyelidikan bertujuan memantapkan

    dan membangunkan budaya penyelidikan yang berdaya

    saing dan berinovasi di peringkat global.

  • 8 / Dasar Penyelidikan & Inovasi Universiti Malaysia Terengganu

    7.2 Penyelidikan bertaraf antarabangsa berpotensi untuk

    menyediakan rangkaian yang lebih luas kepada sumber luar,

    memanfaatkan pengetahuan baharu dan teknologi terkini,

    serta menarik penyelidik dan pelajar antarabangsa yang

    cemerlang untuk menjalankan penyelidikan di universiti.

    BAHAGIAN 8.0: FASILITI PENYELIDIKAN

    8.1 Universiti sentiasa berusaha menyediakan kemudahan fasiliti

    penyelidikan.

    8.2 Semua aset penyelidikan termasuk peralatan, perisian dan

    bahan penyelidikan yang diperoleh adalah menjadi hak

    milik universiti kecuali hak milik tersebut dituntut oleh

    pemberi dana mengikut perjanjian atau garis panduan yang

    ditetapkan.

    BAHAGIAN 9.0: PERKHIDMATAN PERUNDINGAN

    9.1 Pensyarah boleh menjalankan projek perundingan

    berdasarkan bidang kepakaran tertakluk kepada garis

    panduan perkhidmatan perundingan.

    9.2 Pengurusan kewangan hendaklah diuruskan dengan cekap

    dan telus serta akauntabiliti yang jelas.

    9.3 Bayaran perundingan hendaklah mengikut garis panduan

    perkhidmatan perundingan.

    BAHAGIAN 10.0: PENGKOMERSIALAN

    10.1 Universiti menggalakkan aktiviti pengkomersialan bagi

    menjana pendapatan menerusi harta intelek dengan merujuk

    Polisi Harta Intelek Universiti.

    10.2 Aktiviti pengkomersialan perlu diterajui oleh pereka cipta.

  • 9

    10.3 Pendapatan daripada aktiviti pengkomersialan diberi

    keutamaan kepada pereka cipta dan pihak universiti

    berpandukan Polisi Harta Intelek Universiti.

    BAHAGIAN 11.0: HARTA INTELEK

    11.1 Harta intelek merupakan hak-hak yang dilindungi oleh

    undang-undang membolehkan pemilik harta intelek tersebut

    melaksanakan kawalan eksklusif ke atas eksploitasi hak-

    hak tersebut, biasanya dikaitkan dengan tujuan keuntungan

    komersil. Kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh universiti

    adalah seperti yang digariskan dalam buku Polisi Harta

    Intelek Universiti.

    11.2 Hasil penyelidikan yang melibatkan sumber asli dan

    komoditi, budaya dan mana-mana hasil penyelidikan yang

    memberi kepentingan kepada negara perlu dilindungi melalui

    pendaftaran harta intelek dalam negara.

    BAHAGIAN 12.0: ETIKA PENYELIDIKAN

    12.1 Semua penyelidik yang menjalankan penyelidikan perlu

    berpandukan Garis Panduan Etika Penyelidikan universiti.

    BAHAGIAN 13.0: PEMAKAIAN DASAR

    13.1 Senat berhak mengubah mana-mana peruntukan dasar ini

    dari semasa ke semasa.

    13.2 Dalam keadaan di mana terdapat percanggahan di antara

    peruntukan dasar ini dengan mana-mana peruntukan Akta

    Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan universiti

    atau kaedah-kaedah Universiti Malaysia Terengganu 2009

    termasuk pindaan-pindaannya hendaklah terpakai.

    13.3 Pemakaian dasar ini berkuat kuasa dengan kelulusan

    Mesyuarat Senat bermula pada 1 Jun 2018.

  • 10 / Dasar Penyelidikan & Inovasi Universiti Malaysia Terengganu

    BAHAGIAN 14.0: RUJUKAN

    Pejabat Pendaftar. (2016). Kod Etika Ahli Akademik. 21030, Kuala

    Nerus, Terengganu, Malaysia: Universiti Malaysia Terengganu.

    Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia. (2012). Akta

    Universiti dan Kolej Universiti 1971. Kuala Lumpur, Malaysia:

    Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

    Universiti Kebangsaan Malaysia. (2011). Guide to Assessing Good

    Governance in Malaysian Universities. UKM, Bangi, Selangor

    Darul Ehsan, Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Universiti Malaya. (2012). Dasar Penyelidikan dan Inovasi. Universiti

    Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

    Universiti Malaysia Terengganu. (2009). Intellectual Property

    Policy. 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia: Pusat

    Perhubungan Universiti-Industri.

    Universiti Malaysia Terengganu. (2013). Garis Panduan Dasar

    Penerbitan Universiti Malaysia Terengganu. 21030 Kuala

    Terengganu, Terengganu, Malaysia: Penerbit UMT.

    Universiti Malaysia Terengganu. (2014). Garis Panduan Etika

    Penyelidikan. 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia:

    Penerbit UMT.

    Universiti Malaysia Terengganu. (2016). Dasar Penerbitan Universiti

    Malaysia Terengganu. 21030 Kuala Terengganu, Terengganu,

    Malaysia: Penerbit UMT.

  • PENGHARGAAN

    Penasihat

    Prof. Dato Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar

    Naib Canselor

    Pengerusi

    Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar, FASc

    Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

    Setiausaha

    Encik Zul-Atfi Hashim

    Ketua Pentadbiran, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

    Puan Che Ku Noor Fatihah Che Ku Ahmad

    Jawatankuasa 1 (Modal Insan, Kewangan & Sumber Penyelidikan

    & Fasiliti)

    1) Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar - Ketua

    2) Prof. Dr. Noraaini Hj Ali

    3) Ir. Haji Mohd Zaideen Yusoff

    4) Prof. Madya Dr. Amiza Mat Amin

    5) Prof. Madya Dr. Safiek Mokhlis

    6) Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mat Amin

    7) Encik Asrul Azani Mahmood

    8) Encik Zul Atfi Hashim

    9) Puan Nor Amalina Elias - Pencatat

    Jawatankuasa 2 (Pengantarabangsaan, Jaringan Usahasama &

    Output Penyelidikan)

    1) Prof. Dato Dr. Mohd Tajuddin Abdullah - Ketua

    2) Haji Abu Hassan Ghazali

    3) Prof. Dr. Wan Mohd Norsani Wan Nik

    4) Prof. Dr. Fadzilah @ Adibah Abdul Majid

  • 12 / Dasar Penyelidikan & Inovasi Universiti Malaysia Terengganu

    5) Prof. Madya Dr. Marinah Mohd Ariffin

    6) Dr. Nazli Aziz

    7) Dr. Mohd Nazli Mohd Nor

    8) Puan Hasmadiana Che Mohd Aasdik - Pencatat

    Jawatankuasa 3 (Pengkomersialan, Harta Intelek & Etika

    Penyelidikan)

    1) Prof. Dr. Mohd Effendy Abd. Wahid - Ketua

    2) Prof. Dato Dr. Aziz Deraman

    3) Prof. Emeritus Dr. Faizah Mohd Sharoum

    4) Prof. Dr. Hamdan Suhaimi

    5) Prof. Dr. Tengku Sifzizul Tengku Muhammad

    6) Prof. Dr. Abol Munafi Ambok Bolong

    7) Dr. Mohd Nizam Lani

    8) Puan Hazniyati Hassan - Pencatat

    Jawatankuasa 4 (Perundingan)

    1) Prof. Madya Dr. Mustafa Man - Ketua

    2) Puan Zahara Kedri

    3) Cik Roslina Ghazali

    4) Prof. Madya Dr. Aidy @ Mohamed Shawal M Muslim

    5) Prof. Madya Dr. Zalailah Salleh

    6) Dr. Hailan Salamun

    7) Puan Asniah Abdullah - Pencatat