persepsi guru sains dan matematik terhadap … filejutaan terima kasih juga ditujukan kepada...

21

Upload: trinhmien

Post on 30-Jul-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,
Page 2: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,
Page 3: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP PENGGUNAAN

KOMPUTER DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERSING,

JOHOR – SATU TINJAUAN

NORHISHAM BIN SHAMAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Oktober 2003

Page 4: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,
Page 5: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

iii

Istimewa untuk

Ayah dan ibu yang dikasihi,

Shamat bin madi,

Aminah Bt Tumin,

keluarga yang tersayang,

serta teman-teman

Pengorbanan dan galakan yang diberikan oleh kalian

yang tidak jemu-jemu

menjadi perangsang untuk aku

lebih maju kehadapan.

Jasamu tidak akan terbalas walaupun

Kuhidup seribu tahun

Page 6: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Alhamdulillah, syukur kehadirat Ilahi kerana dengan lipah kurnianya dapat

saya menyempurnakan penulisan ini dengan jayanya.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada En. Md. Yusup B. Kayat selaku pembimbing Projek Srjana Muda ini di atas

segala tunjuk ajar, dorongan dan galakan yang diberikan kepada saya sepanjang

tempoh penghasilan kertas projek ini.

Penghargaan ini juga ditujukan penilai Projek Sarjana Muda yang telah

memberi komen dan cadangan yang membina dalam menyempurnakan penulisan ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru

sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing, Johor di atas

kerjasama yang diberikan dalam menjawab soal selidik yang diedarkan

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada

sesiapa yang terlibat dalam menjayakan penulisan ini sama ada secara langsung atau

tidak langsung.

Page 7: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

v

ABSTRAK

Pada masa ini penggunaan komputer di dalam bidang pendidikan sama ada di

peringkat pengajian tinggi mahupun di peringkat sekolah semakin meningkat. Kajian

ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan guru-guru sains dan matematik terhadap

penggunaan komputer. Beberapa aspek yang dikaji adalah berkaitan dengan

pengetahuan, kemahiran, sikap dan kemudahan komputer di sekolah. Responden

yang terlibat adalah dari kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains dan

matematik di semua sekolah-sekolah menengah daerah Mersing. Alat kajian yang

digunakan berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu latar

belakang responden dan penyataan. Pernyataan dibuat dengan menggunakan skala

likert lima matra. Analisis dibuat berdasarkan peratusan dan min bagi setiap item

SPSS (Versi 11.5). Pada keseluruhannya, kajian ini menunjukkan aspek pengetahuan

dan kemahiran berada pada tahap sederhana manakala aspek sikap dan kemudahan

berada pada tahap yang tinggi dan rendah setiap satunya. Beberapa cadangan dibuat

untuk pengetahuan dan tindakan kepada mereka yang terlibat. Kerjasama daripada

semua pihak adalah diharapkan bagi meningkatkan lagi penggunaan komputer di

kalangan pendidik.

Page 8: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

vi

ABSTRACT

Computers are vastly used in the field of education nowadays whether in

the higher level as well as in school. The purpose of study is to look at the perception

of computer being used among science and mathematic teachers. Some aspects to be

look are knowledge, skill, attitude and facilities in schools. All respondents

participated in study are the teaching of science and mathematic subjects within the

district of Mersing. Questionnaire had been used as research tool divided into two

parts as respondent’s background and items. Analysis had been done by a using

frequency and percents of SPSS (version 11.5). In the all study shower that

knowledge and skills aspect were in medium level but attitude and facilities aspect

ware in high and low level every one. Results of the research, some suggestions are

given for the purpose of giving awareness and to see some action taken by the

responsible parties. Cooperation by all parties are involved highly needed to improve

the level of computer as teaching tool among teachers.

Page 9: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

Page 10: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

viii

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.9 Penutup 14

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Sejarah Penggunaan Komputer Di Sekolah 16

2.3 Kepentingan Komputer 17

2.3.1 Komputer Dalam Pendidikan. 18

2.3.2 Komputer Dalam Sains Dan Teknologi. 20

2.3.3 Komputer Dalam Perniagaan. 20

2.3.4 Komputer Dalam Industri 22

2.3.5 Komputer Dalam Perubatan. 23

2.3.6 Komputer Dalam Teknologi

Telekomunikasi. 24

2.3.7 Komputer Di Pejabat. 25

2.4 Pengetahuan Tentang Penggunaan

Komputer 26

2.5 Kemahiran Menggunakan Komputer 29

2.6 Sikap Guru Terhadap Komputer 31

2.7 Kemudahan Infrastruktur Di Sekolah 33

2.8 Penutup 35

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Jenis Kajian 36

Page 11: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

ix

3.3 Tempat Kajian 37

3.4 Populasi Kajian 37

3.5 Insrumen Kajian 38

3.6 Kajian Rintis 39

3.7 Prosedur Kajian 41

3.8 Kedah Pengumpulan Data 41

3.9 Kaedah Analisis Data 42

3.10 Penutup 43

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisa Data Berkaitan Dengan

Latar Belakang Responden 45

4.2.1 Jantina 45

4.2.2 Keturunan 46

4.2.3 Agama 46

4.2.4 Kelulusan Akademik 47

4.2.5 Mata Pelajaran Yang Diajar Di

Sekolah 48

4.2.6 Bilangan Waktu Mengajar 48

4.2.7 Pengalaman Mengajar 49

4.2.8 Pemilikan Komputer Peribadi Sendiri 50

4.3 Analisa Data Berkaitan Dengan

Aspek Kajian. 50

4.3.1 Aspek Pengetahuan 51

4.3.2 Aspek Kemahiran 53

4.3.3 Aspek Sikap 55

4.3.4 Aspek Kemudahan 58

4.4 Penutup 60

Page 12: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Perbincangan 62

5.2.1 Pengetahuan Guru Sains Dan

Matematik Terhadap Penggunaan

Komputer 62

5.2.2 Kemahiran Guru Sains Dan

Matematik Terhadap Penggunaan

Komputer 63

5.2.3 Sikap Guru Sains Dan

Matematik Terhadap Penggunaan

Komputer 65

5.2.4 Kemudahan Di Sekolah yang

Digunakan Oleh Guru Sains dan

Matematik Bagi Proses Pengajaran

dan Pembelajaran. 66

5.3 Rumusan 67

5.4 Cadangan 68

5.4.1 Guru 69

5.4.2 Sekolah 69

5.4.3 Jabatan Pendidikan Negeri dan

Kementerian Pendidikan 70

5.4.4 Persatuan Ibu Bapa dan Guru 70

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.6 Penutup 71

BIBLIOGRAFI 72

LAMPIRAN 76

Page 13: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan populasi kajian mengikut sekolah 38

3.2 Item-item kajian mengikut aspek kajian 39

3.3 Hasil dapatan kajian rintis 40

4.1 Taburan responden mengikut keturunan 46

4.2 Taburan responden mengikut agama 46

4.3 Taburan responden mengikut bilangan

waktu mengajar 49

4.4 Taburan responden mengikut pengalaman

mengajar 49

4.5 Data analisa frekuensi dan peratusan responden

bagi aspek pengetahuan 52

4.6 Data analisa frekuensi dan peratusan responden

bagi aspek kemahiran 54

4.7 Data analisa frekuensi dan peratusan responden

bagi aspek sikap 56

4.8 Data analisa frekuensi dan peratusan responden

bagi aspek kemudahan 59

Page 14: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan responden mengikut jantina 45

4.2 Taburan responden mengikut

kelulusan akademik 47

4.3 Taburan responden mengikut mata

pelajaran yang diajar di sekolah 48

4.4 Taburan responden mengikut

pemilikan komputer 50

Page 15: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

xiii

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan dasar

Pendidikan

IT - Information Technology

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KDP - Kursus Dalam Perkhidmatan

PPK - Pusat Perkembangan Komputer

PBK - Pembelajaran Berbantu Komputer

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for Social Science

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Page 16: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 76

B Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia. 82

C Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan Negeri

Johor 84

Page 17: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang mencerminkan nilai-nilai,

norma-norma, aspirasi dan falsafah sesuatu masyarakat. Oleh yang demikian,

masyarakat yang bertamadun mengadakan sekolah adalah memberi peluang kepada

generasi yang baru untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang dipilih dan

difikirkan penting bagi meningkatkan perkembangan masyarakat. Keberkesanan

sesebuah sekolah bukan sahaja diukur melalui fungsinya sebagai memberi

pendidikan kepada pelajar-pelajar sekolah tetapi juga meliputi pelbagai aspek. Oleh

yang demikian, jika ditinjau secara menyeluruh, usaha yang dijalankan oleh pihak

kerajaan bagi menjadikan ia sebagai sebuah organisasi yang boleh memberi kesan

yang positif kepada pelajar, guru dan masyarakat sentiasa berjalan secara berterusan.

Sejajar dengan kehendak negara menjelang tahun 2020, sains dan teknologi

merupakan satu agenda yang penting. Oleh yang demikian, penekanan terhadap

penguasaan teknologi maklumat di kalangan rakyat Malaysia amat dititikberatkan

khususnya dalam bidang pendidikan. Komitmen untuk menjadikan semua sekolah di

Malaysia sebagai sekolah bestari menjelang tahun 2010 memberikan satu gambaran

yang luas tentang arus perubahan besar yang berlaku di dalam sistem pendidikan

Page 18: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

2

negara. Perkembangan ini sejajar dengan aspirasi negara untuk muncul sebagai

sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti.

Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super

Corridor merupakan salah satu strategi ke arah mencapai matlamat bagi mewujudkan

sebuah masyarakat bermaklumat di mana telah menetapkan sekolah bestari sebagai

salah satu dari lapan aplikasi. Selain penggunaan teknologi maklumat dalam aspek

pengurusan dan pentadbiran pendidikan terutamanya di sekolah, gagasan sekolah

bestari juga ini difokuskan kepada penggunaan teknologi maklumat dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu juga, berbagai-bagai usaha kerajaan bagi menyedarkan

masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat. Perdana Menteri Malaysia,

Dato’ Seri Mahathir Bin Mohamad menyarankan agar seluruh rakyat Malaysia tidak

kira tua atau muda, di bandar mahu pun di kampung supaya menyokong usaha

kerajaan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan penggunaan teknologi

maklumat. Kesedaran tentang pentingnya teknologi maklumat mendapat sambutan

dari pihak akhbar dengan tersiarnya makalah ‘Computimes’ yang dikeluarkan oleh

‘The News Sraits Times’ dan ‘Megabait' pula dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.

Lagu IT juga sering berkumandang di stesen-stesen radio dan telivisyen.

1.2 Latar Belakang Masalah

Usaha untuk memperkenalkan penggunaan komputer ke dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah membayangkan perubahan yang

dramatik di kalangan guru-guru. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan dan

meningkatkan mutu penyampaian isi pelajaran dalam pengajaran. Oleh yang

demikian penggunaan media komputer masih menjadi suatu matlamat yang elusif

bagi kebanyakan guru-guru.

Page 19: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

3

Pedagogi semata-mata tidak boleh mewujudkan sekolah yang cemerlang

dalam IT seperti yang diwar-warkan dewasa ini. Teknologi memainkan peranan yang

penting bukan sahaja dari segi kemudahan pengajaran dan pembelajaran tetapi juga

membantu pengurusan sekolah (Ee Ah Meng, 1998). Namun begitu menurut

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa

kekurangan guru yang terlatih dalam bidang komputer adalah diantara kelemahan

dan kekurangan yang dikenal pasti oleh kerajaan sebagai mengekang kemajuan sains

dan teknologi di negara ini. Kekurangan alat-alat komputer dan pendidikan teknologi

maklumat di peringkat sekolah serta penduduk luar bandar menyebabkan

ketidakmampuan menyalurkan segala maklumat yang diperlukan (Utusan Malaysia,

21 Jun 2002).

Dengan adanya teknologi maklumat di setiap sekolah, proses pengajaran dan

pembelajaran akan menjadikan lebih konkrit dan difahami oleh pelajar. Oleh yang

demikian, menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Samsudin,

matlamat dalam pendidikan untuk menjadikan pentadbiran serta kakitangan

sokongan sekolah yang mahir menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi

tidak dapat dicapai dalam jangka masa yang pendek disebabkan kekangan kewangan

yang merupakan cabaran paling utama yang dihadapi oleh negara membangun di

dunia (Utusan Malaysia, 26 September 2000).

Kerajaan telah merangka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan

membangun menjelang tahun 2020 nanti. Sehubungan dengan itu, sebuah

masyarakat Malaysia yang progresif dan sainstifik perlu diwujudkan selari dengan

status negara maju tersebut. Walaubagaimanapun hasil kajian yang dibuat oleh Pusat

Maklumat Sains Dan Teknologi Malaysia (Mastic) tentang kesedaran orang awam

tentang sains dan teknologi yang melibatkan 5055 orang dari pelbagai etnik dan

peringkat umur, pada tahun 1996 sehingga kini masih lagi menimbulkan tanda tanya.

Hasil kajian yang diumumkan pada Mei 1997, menunjukkan bahawa hanya

31.2 peratus daripada responden tidak tahu bidang sains dan teknologi. Manakala

32.6 peratus lagi pula mengakui mempunyai pengetahuan am sahaja (Dewan

Masyarakat, September 1999). Walaupun kajian ini dibuat menggunakan sampel

yang kecil berbanding dengan penduduk Malaysia, namun statistik ini boleh

Page 20: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

4

dijadikan barometer kepada kita untuk membuat penilaian dan perancangan semula

bagi membina sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju tetapi celik IT.

Di sekolah, Pengetua atau Guru Besar memainkan peranan yang penting

dalam membentuk budaya dan masa depan sesebuah sekolah. Kewibawaan dan

kecekapan Pengetua atau Guru Besar yang tidak berbelah bagi pasti akan mendapat

hasil yang dijangkakan. Namuan yang demikian, satu kajian yang dijalankan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap 79 orang pengetua yang

menghadiri Mesyuarat Persediaan Perlaksanaan Sekolah Bestari (Pengetua Sekolah)

pada 23 Jun hingga 6 Ogos 1998 merumuskan hanya 3 peratus daripada mereka

mempunyai kemahiran IT yang baik (Utusan Malaysia, 2 November 1998). Ini

bermakna 97 peratus pengetua yang lain menyatakan mereka langsung tidak

berkemahiran menggunakan teknologi ini. Walaupun mempunyai kemahiran, tetapi

masih lagi di dalam tahap yang terhad. Jika ini berlaku bagaimanakah sesebuah

sekolah dapat melahirkan guru-guru dan pelajar yang celik IT ?

1.3 Penyataan Masalah

Teknologi maklumat atau komputer merupakan alat untuk membantu

manusia khususnya para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer

hanya boleh mengajar manusia tetapi tidak boleh mendidik. Kerja mendidik dan

membimbing memerlukan hubungan kemanusiaan yang tidak ada pada mesin seperti

komputer. Maka dengan sebab itulah di zaman teknologi maklumat pada masa ini,

peranan guru semakin mencabar bukan sahaja perlu ilmu yang tinggi dan kemahiran

mengajar malah mesti juga menguasai teknologi ini dengan sebaik mungkin.

Disebabkan kurang pendedahan dan pengetahuan terhadap penggunaan komputer,

dengan ini satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti persepsi guru-guru sains dan

matematik di sekolah-sekolah menengah daerah Mersing.

Page 21: PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP … fileJutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing,

5

1.4 Persoalan kajian

1.4.1 Adakah pengetahuan guru-guru sains dan matematik terhadap penggunaan

komputer membantu proses pengajaran dan pembelajaran?

1.4.2 Adakah guru-guru sains dan matematik berkemahiran menggunakan

komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran?

1.4.3 Adakah sikap guru-guru dalam penggunaan komputer bagi menyediakan

latihan dan aktiviti dalam pengajaran sains dan metematik?

1.4.4 Adakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah dapat dimanfaatkan

bagi proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik?

1.5 Objektif kajian

1.5.1 Mengenalpasti pengetahuan guru-guru sains dan matematik terhadap

penggunaan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.5.2 Mengenalpasti kemahiran guru-guru sains dan matematik menggunakan

komputer di dalam menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar.

1.5.3 Mengenalpasti sikap guru-guru sains dan matematik terhadap penggunaan

komputer bagi menyediakan latihan dan aktiviti dalam pengajaran sains dan

metematik.

1.5.4 Mengenalpasti kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah bagi

kemudahan guru-guru sains dan matematik semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.