persembahan ngoncong hiburan dan perubatan …

24
PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERU BATAN BIDAYUH SALAKO DI KAMPUNG BIAWAK, LUNDU Adlyn Anak Amat Daud Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Drama dan Teater) 2018

Upload: others

Post on 25-Nov-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN BIDAYUH SALAKO DI KAMPUNG BIAWAK, LUNDU

Adlyn Anak Amat Daud

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Drama dan Teater)

2018

Page 2: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN

BIDAYUH SALAKO DI KAMPUN G BIAWAK, LUNDU

ADLYN ANAKAMATDA UD

Kajian ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda

Seni Gunaan Dengan Kepujian

(Drama dan Teater)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERS lTI MALA YS IA SARAWAK

20 18

Page 3: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade:

Please tick (..J)

Final Year Project Report

Mas lers

DECLARATlON OF ORIGINAL WORK

ThIS declaration is made on the 7,h day of J une 2018.

Student's D eclaration:

I Adlyn Anak Amat Daud, 54461, Faculty of Applied And Creative Arts hereby decla re tha t the work entitled , Persembahan Ngoncong Hiburan Dap Perubatan Bidayuh Salako Di Kampung Biawak, Lundu is my ori gi nal work. I ha ve not copied from any other students' work or from a ny other sources except where due re ference or acknowledgement IS made explicitly in the text, nor h as a ny p a rt been wntten for me by another person.

Date submItted ADLYN ANAK AMAT D AUD

(54461)

Supervisor's Declaration:

I, Abdul Walid Bin Ali hereby certifies t hat the work entitled, Persembahan Ngoncong l-liburan dan Perubatan Bidayuh Salako Di Kampung Biawak, Lundu. wa s prepared by t he above named s tudent,and was s ubnlltted to the "FACU LTY" as a • partiaUfull fulfillm e nt for Ihe confe rme nt of Bachelor Of Applied Arts With Honours (Drama and Theatre) , a nd the afore mentioned work, to t he best of my knowledge, is the said s tudent's work.

R.ecelved [01' exa mination by: Date:

(ABDUL WALID BIN ALI)

Page 4: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

_____

I decla re thi s Project/Thesis ' s classified as (Please tick (~)):

DCONFIDENTIAL (Contains confidenllal mformation under the Offi cia l Secret Act 1972)*

DRESTRI CTED (Contains restricted information as specified by the organisation where

research was done)*

JZ] OPEN ACCESS

I declare this Project/Thesis is to be subm,tted to the Centre for Acade mi c Informalion Services and

upload ed into UNIMAS InstitutlOnal Repository (UNIMr\S IR) (Please tIck (Y)):

J2]VES

DNO

Validation of Project/Thesis

I hereby duly affirmed w,th fl'ee consent and willingness declared tha t this sa Id Pro)ect/Thesls shall

be placed officlall y 10 the Centre for Academic Inform a tion Se rvIces wit h the abide inte rest a nd

ri ghts a s follow s :

• This Pro)ecLiThesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sa rawak (UN lMAS).

• The Centre for Academic InformatlOn ServIces has the lawful r igh t to make copies of the

Project/Thesis for academic and research purposes only and nol; for other purposes.

• The Ce n tre for Acade mic Information Services has the lawful nght to digitize the co ntent

to be uploa ded Into Local Content Database.

• The Ce nlre for Academic Information Services has the lawfu l right to make copies of the

Project/ThesIs if required for use by other parties for academIc purposes or by other Higher Learning In,stitutes.

• No dispute or any claim shall anse from the student him se lf / herse lf n either a third

pa rty on this ProJ ect/Thesis once it becomes the sole property ofUNlMAS.

• This Project/Thesis or a ny material, data and information related to it sha ll not be

distributed , published or disclosed to any party by the s tude nt hlmse l ~hrS~)Wlt~~t fIrst obta inin ~ ppron l fronll)- 1.IMAS.

7 bpJ'~11"" Student's s ignature -.::t ou~ -J I r Supervi sol" S s ignature: _~>L _

.I U ,./(7'" June 2018) (7, b June 2018)

Current Add ress: No.7 Kamp u ng Judin, 94500 Lundu , Sa rawa k.

Notes: * If t he Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRJ CTED, please a ttach together as

annex ure a le tte r from the orga nisa tion wi th the date of restrictIOn indicated, a nd the reasons for the

confide nti a li ty a nd restriction .

[The instrume nt wa s prepa red by The Centre for Academ lc InformatlOn SerVices]

Page 5: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

PENGESAHAN

Projek bertajuk Persembahan Ngoncong Hiburan dan Perubatan Bidayuh Salako

di Kampung Biawak, Lundu telah disediakan oleh Adlyn Anak Amat Daud (54461) dan

telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Drama dan Teater).

Diterima dan diperiksa oleh:

Encik Abdul Walid Bin Ali (Penyelia)

Tarikh:

Page 6: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

PENGAKUAN

Adalah ini diakui bahawa saya, Adlyn Anak Amat Daud disertai penulisan yang

bertajuk Persembahan Ngoncong Hiburan dan Perubatan Bidayuh Salako di Kampung

Biawak, Lundu sebagai sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni

Gunaan denga n Kepujian (Drama dan Teater) . Saya mengaku bahawa ti ada bahagian dalam

penyelidikan ini telah digunakan sebagai sokongan untuk sesuatu ij azah ata u mana-mana

kedudukan, sama ada kepada uni versiti atau institusi pengaj ian tinggi yang lain .

Dised iakan

oleh :

Adlyn anak Amat Daud (5446 1)

Tarikh:

Page 7: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

PENGHARGAAN

Syukur dan terima kasih diatas berkat_Nya kerana kajian ini telah berjaya disiapkan.

Ribuan terima kasih pengkaji ucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat atas ban tuan

yang diberikan sehingga pengkaji berjaya menyiapkan kajian ini. Terlebih dahulu,

pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Program

Drama dan Teater khususnya penyelia saya iaitu Encik Abdu l Walid Bin Al i di atas

bimbingan dan tunjuk ajar yang telah beliau berikan sepanjang kajian Projek Tahun

Akhir ini dijalankan.

Pengkaji juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada informan­

informan yang telah ditemubual khususnya penduduk masyarakat Salako di Daerah

Lundu kerana sudi mengongsikan makJumat berkaitan dengan persembahan

Ngoncong kepada pengkaji.

Tidak dilupakan juga untuk keluarga saya kerana senti asa memberikan dorongan dan

sokongan khususnya kepada kedua-dua ibu bapa saya. Tanpa bantuan dan berkat doa

daripada kalian kajian ini tidak mungkin berjaya dilaksanakan.

Akhir sekali, bagi pihak yang turut terlibat secara langsung ataupun tiJak langsung

terima kasih pengkaj i ucapkan di atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan.

Semoga melalui pertolongan daripada kalian itu nanti , dapatlah kita bersama-sama

memartabatkan seni warisan Ngoncong agar tidak ditelan oleh arus permodenan.

Page 8: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

lSI KANDUNGAN

Pengbargaan

lsi Kandungan

Abstrak

Abstract

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang

1.3 Pemyataan Masa1ah

14 Skop Kajian

1.5 ObjektifKaj ian

1.6 Persoalan Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Limitasi Kaji an

1.8.1 Sumber rujukan

1.8.2 Kekangan masa

1.8.3 Masyarakat kurang membuat persembahan

Ngoncong

1.9 Kerangka Konsep

1.10 Kesimpulan

MUKA SURAT

II-I V

V

VI

1-5

5

5-6

6

7

7

8

8

8

8

9

10

ii

Page 9: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

BAB 2 • TINJ UAN LlTERATUR I I

2.1 Pendahuluan II

2.2 Persembahan tradisi dan ritual 11-17

2.3 Masyarakat Bidayuh 17-24

BAB 3. KAHAN METODOLOGI 25

3. 1 Pendahuluan 25

3.2 Instrument Kajian 25

3.2. 1 Temubual 25

3.2.2 Kajian Perpustakaan 26

3.2.3 Pemerhatian 26

BAB 4. DAPATAN KAJlA 27

4.1 Pendahuluan 27

4.2 Sejarah persembahan Ngoncong 27-30

4.3 Proses persembahan Ngoncong 31

4.3.1 Persembahan Ngoncong perubatan 31-32

4 .3.2 Persembahan Ngoncong hiburan 32-35

4.4 Banding beza Ngoncong hiburan dan perubatan 35

4.4.1 Persamaan 35

"'

Page 10: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

35-36 Persediaan Persembahan

Alat Muzik

Set dan pentas

Ko reografi

Pantun Ngoncong

4.4.2 Perbezaan

Tujuan persembahan Ngoncong

Upacara Nyangahant

Struktur persembahan moden

Pantang larang Ngoncong berubat

BAB 5 • KESlMPULAN DAN CADANGAN

BlBLIOGRAFI

LAMPIRAN

37-38

38

38-40

41

42

42

42-46

46-47

47-48

49-5\

52-53

54-60

IV

Page 11: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

ABSTRAK

Persembahan Ngoncong merupakan salah satu amalan masyarakat Bidayuh

Salako yang merupakan persembahan perubatan yang kini menjadi hiburan.

Masyarakat jarang membuat persembahan Ngoncong perubatan kerana tiada pelapis

yang dapat menjalankan persembahan Ngoncong perubatan. Kajian ini memfokuskan

sejarah kedatangan Ngoncong dan kajian banding beza antara kedua-dua persembahan

tersebut.

v

Page 12: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

ABSTRACT

Ngoncong is one of Bidayuh Salako traditions and originally presented for

healing Today, Ngoncong mostly per/armed as enzertainment during festivals or

special occasions. This tradition is rarely pe/formed as medical means due to rejeLlion

ofyoLll1ger generation who do not want to continue the ritual. This research willjocus

on the history ofNgoncong and the differences between hoth performances.

vi

Page 13: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

PENGHARGAAN

Syukur dan terima kasih diatas berkat_Nya kerana kajian ini telah berja ya di siapkan

Ribuan terima kasih pengkaji ucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat at as bantuan

yang diberikan sehingga pengkaji berjaya menyiapkan kajian ini. Terlebih dahulu,

pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kepada pensya rah-pensyarah Program

Drama dan Teater khususnya penyelia saya iaitu Encik Abdul Walid Bin Ali di at as

bimbingan dan tunjuk ajar yang telah beliau berikan sepanjang kajian Projek Tahun

Akhir ini dijalankan.

Pengkaji juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada infonnan­

infonnan yang telah ditemubual khususnya penduduk masyarakat Salako di Daerah

Lundu kerana sudi berkongsi maklumat berkaitan dengan persembahan Ngoncong

kepada pengkaji.

Tidak dilupakan juga untuk keluarga saya kerana sentiasa memberikan dorongan dan

sokongan khususnya kepada kedua-dua ibu bapa saya. Tanpa bantuan dan berkat doa

daripada kalian kajian ini tidak mungkin berjaya dilaksanakan .

Akhir seka li , bagi pihak yang turnt terlibat secara langsung ataupun tidak langsung

terima kas ih pengkaji ucapkan di atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan.

Semoga m elalui pertolongan daripada kalian itu nanti , dapatlah kita bersama-sama

memartabatkan seni warisan Ngoncong agar tidak ditel an oleh arus pennodenan.

Page 14: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab ini secara keseluruhannya akan menerangkan tentang bagaimana proses

kajian ini dibuat. Pengkaji juga telah menghuraikan topik -topik yang akan

dibincangkan dalam kajian ini. Antara topik yang dikaji adalah pemyataan masalah

yang terdapat dalam kajian, latar belakang kajian, skop kajia n, obj ektif, persoalan

kajian serta kerangka konsep yang digunakan oleh pengkaji.

1.2 Latar Belakang Kajian

Persembahan Ngoncong merupakan persembahan tradisional bagi masyarakat

etnik Bidayuh Salako yang terdapat di Daerah Lundu, Sarawak. Secara tradi si,

persembahan Ngoncong dahulunya digunakan sebagai aktiviti perubatan tradi sional

dimana ianya digunakan untuk mengubat i orang-orang yang saki!. Ngo ncong atau

turut di sebut sebagai Koncong dan persembahan ini hanyalah dipersembahkan o leh

masyarakat Bidayuh Salako sahaja.

Dalam persembahan Ngoncong, mereka yang menjadi bomoh dikenali sebagai

pangoncong, pangoncong ini hanyalah arif dengan persembahan Ngoncong perubatan

dan hiburan sahaja ini kerana mereka yang boleh mengubati penyakit melalui upacara

Ngoncong hanyalah mereka yang telah mewarisi ilmu Ngoncong daripada keluarga

mereka sendiri.

Ngoncong juga merupakan persembahan masyarakat Salako yang sangat

terkenal pada suatu ketika dahulu dalam mengubati penyakit dan sebagai medium

Page 15: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

hiburan. Melalui persembahan Ngoncong, masyarakat Salako dapat dikenali dari segi

adat dan budaya mereka yang tersendiri. Se!ain persembahan Ngoncong, seni

persembahan lain masyarakat Bidayuh Salako ialah persembahan tarian Wek Jonggan

iaitu muzik dan tarian yang dimainkan sangat sinonim dengan kehidupan masyarakat

Salako. Seni gerak tari persembahan Wek Jonggan mencerita masyarakat kampung

yang sedang tekun menuai padi di sawah. Kehidupan masyarakat Salako yang lebih

tertumpu kepada sektor pertanian menyebabkan kebanyakkan seni budaya dan juga

adat pantang larang yang dibuat pada zaman dahulu sang at berkait rap at dengan alam

semulajadi.

Persembahan Ngoncong perubatan dimulakan dengan ritual penyembahan roh

dan upacara penyembahan tersebut dikenali sebagai nyangahant. Upacara nyangahanl

iaitu mantera penyembahan kepada roh yang disembah dan dikenali sebagai baiean 'I.

Bagi Ngoncong perubatan penyembahan kepada baiean '( wajib dilakukan iaitu

penyembahan kepada roh halus ataupun hantu dimana roh ini akan membantu

pangoncong untuk mengubati pesakit dan penyembahan kepada baiean'l tidak

dilakukan dalam Ngoncong hiburan. Mantera nyangahanl ini turut dibuat dalam setiap

majlis yang disambut seperti majlis kesyukuran, Gawai padi, majlis perkahwinan dan

sebagainya. Namun begitu, mantera yang digunakan tidak sama seperti dalam upacara

Ngoncong perubatan dan gawai kesyukuran. Ini kerana nyangahant dibuat dalam

upacara seperti berikut adalah ditujukan kepada Tuhan yang disembah yang dikenali

sebagai Jubala. Melalui penyembahan ini masyarakat Bidayuh Salako percaya bahawa

kesemua keberkatan dan kelancaran sesuatu majlis serta hasil tanaman yang dibuat dan

diperoleh adalah hasil daripada izin Tuhan yang disembah. Tanpa adanya berkat

2

Page 16: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

daripada Tuhan, segala hasil tuaian dan juga tanaman mungkin kurang membuahkan

hasi!.

Oleh itu , dalam upacara nyangahan '[ bagi Ngoncong terdapat tiga buah talam

yang di sediakan semasa persembahan Ngo ncong dan akan digunakan untuk

meletakkan barangan makanan dan alatan untuk dipersembahkan. Talam yang

seterusnya pula digunakan untuk meletakkan dana yang dikutip daripada penonton

pada akhi r persembahan.

Dalam persembahan Ngoncong perubatan, terdapat seorang pembantu

pangoncong ataupun dipanggil panadek oleh masyarakat Bidayuh Selako. Pembantu

pangoncong ini nanti akan membantu si pangoncong tersebut dalam upacara perubatan

beliau juga akan men yedarkan pangoncong tersebut sekiran ya beli au berada dalam

keadaan separuh. Beliau dikatakan akan dikuasa i roh halus sewaktu sedang

menjalankan upacara Ngoncong kerana pada ketika itu pangoncong dikatakan sedang

bertarung dengan roh halus untuk mendapatkan kembali seman gat pesakit tersebut.

(Midel Demang, 2018)

Bagi menjalankan upacara ini nanti, antara barang-barang yang diperlukan

ialah talam ataupun dipanggil talam apar yang akan digunakan untllk meletakkan

beras, telur, si rih , ayam, mangkuk, air tawar, kemenyan dan beras kuning. Kemenyan

dan beras kuning turut diletakkan didalam mangkuk semasa berlakunya upacara

persembahan dan mangkuk tersebut seterusnya dil etakkan diatas apar. Persembahan

Ngoncong se\a\un ya dibuat di ruang tamu ata upun serambi rumah yang boleh

menempatkan ramai orang. Orang ramai akan datang bertandang untuk menyaksikan

upacara tersebut serta menziarahi pesakit. Bomoh melilitkan kain di kepalanya

3

Page 17: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

sebelum memulakan upacara dan pakaian bomoh adalah bebas dimana bomoh

selalunya menggunakan seluar panjang hitam dan berbaju t-shirt putih.

Persembahan Ngoncong pembatan akan diiringi dengan tarian Ngoncong

seramai tiga orang penari . Kesemua penari ini menggunakan baju kebaya dan berkain

batik. Setiap penari masing-masing memegang sehelai sapu tangan ketika menari yang

digunakan sebagai prop dalam persembahan. Selepas selesainya persembahan

Ngoncong, pesakit ataupun ahli keluarga pesakit akan membuat bayaran yang

dipanggil tampas kepada bomoh. Bayaran ini tennasuklah duit mengikut kemampuan

keluarga tersebut, seekor ayam serta bekal dimana adanya lemang, kuih penyaram

yang dipanggil lump/Ie dan bon/ongle iaitu nasi yang dimasak didalam daun ya ng

merupakan makanan tradisional masyarakat Bidayuh Salako.

Bagi Ngoncong hibuaran pula ianya tennasuk dalam kategori membayar niat

atas sembuh dari penyakit, membuat rumah baru, membuat majlis kenduri kahwin

serta ban yak Jagi majlis kesyukuran. Tarian ini tumt ditarikan oleh tiga orang penari

ataupun lebih dari tiga, penari menari sambal mengikuti bunyi gesekkan biola serta

tarian tumt diringan dendangan dendangan pantun. Ketiga-tiga wanita tersebut akan

berdiri sebaris dan setiap diantara mereka membawa sehelai sapu tangan di sebelah

tangan kanan mereka. Penari akan menari dalam bentuk bulatan dan terdapat talam

makanan yang akan dikelilingi sambil sebelah kaki dipusing-pusingkan dan tangan

mereka digerak-gerakkan kedepan seolah-olah menyerupai gaya burung yang sedang

terbang.

Orang ramai yang datang dan dikenali sebagai panyondole akan meletakkan

duit di talam yang disediakan, sebagai ganjaran kepada penari. Upacara ini selalunya

4

Page 18: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

diadakan selama satu malam sahaja. Alatan muzik yang digunakan dalam upacara

tari an ini ialah gong, biola, rebana dan juga gendang. Tarian Ngoncong ini selalunya

ditarikan oleh pelbagai peringkat umur dan tarian ini boleh ditarikan oieh remaja dan

juga orang dewasa.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dibuat bagi mengkaji seni persembahan Ngoncong masyarakat

Bidayuh Salako. Seni persembahan Ngoncong merupakan satu upacara ritual. Pada

asa lnya persembahan Ngo ncong dipersembahkan untuk mengubati orang sakit serta

ritual memohon restu dan membuat penyembahan kepada roh. Persembahan

Ngoncong pada masa kini lebih dipersembahkan dalam bentuk hiburan masyarakat

semakin kurang mengamalkan perubatan. secara tradi sional disebabkan 13nya

bertentangan dengan kepercayaan serta wujudnya teknologi mod en dalam sektor

perubatan. Terdapat perbezaan dan persamaan Ngoncong hiburan dan juga Ngoncong

perubatan.

1.4 S ko p Kajian

,•

Rajah 1 : Peta lokasi kaJIan

5

Page 19: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

Lokasi pilth untuk membuat kajian ini di KampungBiawak

yang terletak di Daerah Lundu. Pengkaji memilih kampung Biawak sebagai kawasan

kajian kerana masyarakat di sini masih aktifmenjalankan persembahan Ngoncong hal

ini kerana, Kampung Biawak bersempadan dengan Indonesia dan masyarakat

Indonesia turnt masih mengadakan persembahan Ngoncong.

Masyarakat di Kampung Biawak Juga masih mempunyai beberapa orang

pangoncong masih bergiat aktif dalam persembahan Ngoncong begitu juga

dengan hphp·", orang penari yang akti f sCJak remaja sehingga mencecah umur

hngkungan 60 tahun. Di Kampung Biawak juga masih terdapat rnmah-rumah ada!

lama bagi masyarakat yang masih mcngamalkan adat lama dan agama pagan untuk

membuat persembahan ritual ketlka hari perayaan Gawai dan sebagaillya.

Lokasi kawasan kajian pengkaji juga bersempadan dengan negara Indonesia.

Malaysia mempunyai persllangan budaya yang 5ama dimana terdapat persamaan

budaya dan Juga adat yang dipersembahkan. lnfonnan, Konsil anak Bidin merupakan

warga roa berpengalaman daJam upacara persembahan Ngoncong. Pengkaji

memilih Konsi! aoak Bidin untuk ditemubual kerana beliau merupakan salah seorang

penduduk aktif dan sangat meminati persembahan Ngoncong.

1.5 Objektif

1. Mengenalpasti sejarah dan proses persembahan Ngoncong.

2. Mengkaji banding beza Ngoncong hiburan dan Juga perubatan.

6

Page 20: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

1.6 Persoalan Kaj ian

I . Bagaimanakah Persembahan Ngoncong mula dipersembahkan oleh

masyarakat Bidayuh Salako?

2. Apakah proses persembahan Ngoocong?

3. Apakah perbezaao aotara Ngoocong hiburao deogao perubatan?

1.7 Kcpentingan kajian

I. Meoambah pendokumeotasi yang berkaitan dengan seni Persembahao

Ngoocong Bidayuh Salako.

2. Dapat memartabatkan seoi warisan tradi sional Ngoncong agar dapat

diketahui olell geoerasi pada masa akan datang.

3. Memupuk nilai-nilai mumi dalam dilj masyarakat dengan menghormati adat

dan budaya yang ada .

7

Page 21: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

1.8 Limitasi Kajian

1.8.1 Sumber rujukan

Peogkaji meoghadapi kekaogao dalam meodapatkan sumber ruJukan

sangat terhad berkaitan dengan tajuk yang dib]i oleh pengkaJi. Kehanyakan sumber

buku yang pengkaJi gunakan adalah lebih tertumpu kepada adat dan budaya

masyarakat Bidayuh yang lain seperti Bidayuh Jagoi, Seriatl, Scrt3 Padawan. Pengkaji

telah menggunakan sumber rujukan melalui ]umal yang berkaitan dengan upacara

perubatan tradisional masyarakat lain yang turut mempunyai hubung kait dengan

kaJian pengkaji.

1.8.2 Kekangan masa yang terhad

Pengkaji mempunyai kekangan masa dalam menemubual infonnan Terdapat

inforrnan yang penting untuk pengkaji mendapatkan maklumat tidak dapat ditemui

pacta masa yang telah yang ditetapkan discbabkan oleh kesibukan yang dihadapi oleh

infonnan terse but.

1.8.3 Masyarakat kurang membuat persembahan :"igoncong

Masyarakat Bidayuh Salako tidak mempersembahkan upacara Ngoncong

perubatan kerana hada pe1apis yang boleh mempersembahkan Ngoneong tersebut.

Persembahan Ngoncong perubatan yang memerlukan penyembahan roh juga antara

yang menyebabkan faktor masyarakat jarang mcngadakan pcrsembahan Ngoncong.

Selain Hu, adanya medJa hiburan yang lebih moden menyebabkan masyarakat kurang

berminat dcngan Ngoneong.

8

Page 22: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

1.9 Kerangka Konsep

Sejarah dan Banding beza proses Ngoncong

pcrscmhahan hiburan dan Ngoncong perubatan

Kerangka konsep menunjukkan ringkasan kepada kajian yang dibuat oleh

pengkaji. Pengkaji akan mengkaji sejarah persembahan Ngoncong. Pengkaji akan

mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sejarah awal kedatangan

persembahan Ngoncong. Dalam kajian ini, pengkaji juga membandingkan sejarah

persembahan Ngoncong dengan persembahan-persembahan tradisional masyarakat

Bidayuh Salako yang lain bagi mencari persamaan dari segi persembahan dan juga

sejarah kewujudan. Kepercayaan masyarakat Bidayuh pada alam sekeliling dan juga

haiwan seperti burung memungkirikan persembahan ini berkait rapat dengan pengaruh

disekeliling masyarakat pada suatu ketika dahulu.

Selain itu, pengkaji juga akan mengkaji banding beza dianlara Ngoncong

hiburan dengan perubatan. Perbandingan dari segi persamaan dan juga perbezaan

dalam persembahan N goncong akan dapat membantu pengkaji perbezaan untuk

kedua-dua persembahan tersebut. Hal ini kerana, kedua-dua persembahan Ngoncong

tersebut terdapat perbezaan dari pelbagai aspek.

9

Page 23: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

1.10 Kesimpuian

Sen; perscmbahan l\goncong mcrupakan salah satu simbol ident;ti bagi

masyarakat BidaylJh Salako yang terdapat di Daerah Lundu. ldentiti kaum itu

bagi menunjukkan identiti kaum kepada masyarakat luar

Persembahan Ngoncong juga mcrupakan wansan turun-temurun dimana tanya

mempunyai unsur seni dan tradisional yang sanga! unik serta merupakan salah satu

khazanah yang perlu dipelihara daripada terus dllupakan dan hilang ditelan zaman.

to

Page 24: PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN …

BAB DUA

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bab ini menerangkan tentang teori yang menyokong kepada penyelidikan

pengkaji . Penerangan ten tang tinjauan literature pengkaji yang dibahagikan kepada

dua SUbtopic iaitu persembahan tradisi dan ritual dan masyarakat Bidayuh.

2.2 Persembahan Tradisi dan Ritual

Mohd. Kipli A.R (2009) menyatakan sebelum gamelan dimainkan , beberapa

komunikasi mistikal akan ditujukan kepada mahluk halus tertentu perlu diaplikasikan.

Kod-kod yang terlibat adalah dengan mel)gasapkan kemenyan ke atas perala tan

gamelan sambil diiringi pemberian kepada mahluk hal us. Kipli turut menjelaskan

lagu- Iagu tertentu daripada irama gamelan dianggap memiliki kekuatan magis yang

boleh mengundang mahluk halus menghadiri persembahan tersebut.

Seseorang yang pemah mempelajari persembahan Kuda Kepang Mistik

lazimnya bo leh mengalami mabuk hanya dengan mendengnr muzik gamelan tanpa

perlu menari terlebih dahulu. Sekiranya peralatan gamelan tersebut berada jauh

dat;padanya, dia akan berlari ke arah datangnya bunyi tersebut dan apabila sampai

sahaja ke tempat peralatan game!an, dia akan tumt menari bersama penari -penari yag

membuat persembahan.

Hal ini tumt berlaku sama dalam persembahan Ngoncong dimana penari yang

pemah mempelajari persembahan Ngoncong akan terpengamh apab il a mendengar

II