nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

24
TAJUK: NASYID OBJEKTIFNYA DAKWAH ATAU HIBURAN? KOD KURSUS: CCB1012 DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD HAFFIZ BIN ANUARDI(1121468) DISEDIAKAN UNTUK : EN.HUZAIMI ZAINI

Upload: hfizz-fizz

Post on 03-Dec-2015

325 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sejarah...hiburan...dakwah...

TRANSCRIPT

Page 1: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

TAJUK:

NASYID OBJEKTIFNYA DAKWAH ATAU HIBURAN?

KOD KURSUS:

CCB1012DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD HAFFIZ BIN ANUARDI(1121468)

DISEDIAKAN UNTUK :

EN.HUZAIMI ZAINI

Page 2: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

Sekapur sirehBismillahirahmanirahim…Assalamualaikum warahmatullahiwabarikatuh dan salam sejahtera.terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah kokurikulum nasyid saya,encik huzaimi zaini kerana telah memberikan tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibubapa saya kerana telah banyak memberikan sokongan moral kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini.tidak lupa juga ribuan terima kasih saya ucapan kepada rakan saya yang telah banyak memberikan bantuan kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini.akhir kalam,berbanyak terima kasih lagi sekali saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses menjalankan dan menyiapkan tugasan ini.sekian,wasalam…

Artikel

Page 3: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?Sedarsawarsa ini,kita seringkali mendengar dan melihat dengan mata kepala kita mengenai situasi industri nasyid di tanah air kit.kita sedia maklum bahawa di era pemodenisasian ini,pelbagai teknologi moden yang telah dicipta dan berkembang pesat serta menjadi persaingan pembabitannya dalam kalangan pemuda khasnya pemuda di negara kita,malaysia.jika bercerita mengenai industri nasyid ini,timbul suatu persoalan terhadap penulis bahawa adakah kita selaku masyarakat di negara malaysia ini tahu apakah yang dimaksudkan dengan nasyid ini sebenarnya?Bagaimana pula dengan objektifnya serta penerimaannya dalam kalangan rakyat malaysia?

Nasyid adalah salah satu seni islam dalam bidang seni suara.nasyid ini merupakan nyayian yang bercorak keislaman dan mengandungi kata-kata nasihat,kisah para nabi,pujian kepada allah dan yang sejenisnya..nasyid pada asalnya didendangkan secara tidak rasmi di pekarangan rumah selepas mengaji al-quran dalam keadaan duduk di atas lantai secara berkeliling. Guru-guru

Page 4: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

mengaji, sementara murid bernasyid. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah secara peniruan (rote) dan secara berbalas-balas (call and response). Pada masa ini, nasyid dipersembahkan secara kumpulan besar, kumpulan kecil dan secara individu atau solo di atas pentas dengan cara berdiri dalam barisan berkumpulan lelaki dan/ atau perempuan. Sewaktu persembahan dalam kumpulan, biasanya terdapat penyanyi solo yang menyanyikan bahagian melodi tertentu dalam sesebuah lagu. Semasa persembahan, ada kumpulan yang langsung tidak membuat sebarang pergerakan dan ada juga yang membuat sedikit pergerakan yang tertib sesuai dengan mesej atau senikata lagu dengan tidak berlebih-lebihan atau tidak melampaui batas kesopanan. Cara berpakaian setiap ahli nasyid biasanya mencerminkan budaya islam dan menutup aurat.

Lagu-lagu nasyid biasanya berlandaskan melodi timur tengah seperti bayyati, rast, nahawand, hijaz, saba, kurd, sikah dan ‘ajim yang digunakan dalam pembacaan al-quran. Kebiasannya nada yang digunakan ialah nada minor. Walau bagaimanapun pencipta lagu nasyid pada masa ini, tidak lagi menghadkan ciptaan mereka dalam nada minor sahaja, malahan menggunakan juga nada major. Lagu-lagu nasyid lazimnya dalam bentuk aaaa, aaab, aaba dan abcd dan mempunyai tekstur monofonik. Rentak yang biasa digunakan ialah rentak masri. Kini, banyak lagu-lagu nasyid telah digubah dalam berbagai rentak supaya lebih banyak variasi dan kedengaran lebih menarik. Pada asalnya nasyid di malaysia menggunakan senikata dalam bahasa arab klasik tetapi kemudiannya berkembang dengan penggunaan bahasa melayu dan juga bahasa inggeris .

Kebiasaannya, nasyid dinyanyikan secara acappela dengan hanya diiringi dengan alatan muzik gendang.hanya alatan ini digunapakai dalam bidang kerana banyak ulama islam yang melarang penggunaan alat muzik kecuali alat muzik perkusi.pada peringkat permulaan perkembangan, nasyid dipersembahkan tanpa menggunakan muzik iringan. Perkembangan muzik sezaman kemudiannya juga turut mempengaruhi nasyid dan mula menggunakan alat-alat muzik membranofon seperti rebana dan kompang pada zaman 1940-an sebagai muzik iringan; pada tahun 1950-an nasyid diiringi oleh kumpulan ghazal atau asli; pada tahun 1960-an oleh kugiran; pada tahun 1970-an oleh orkes dan seterusnya oleh orkestra sehinggalah penggunaan sintesizer dan juga muzik ‘minus one’.Nasyid merupakan perkataan arab yang berasal daripada perkataan نشد"”,yang bermaksud senandung.kata ini mengalami penyempitan makna dari senandung secara umum kepada senandung yang bernafaskan dan bercirikan islam.Hiburan pula merujuk kepada suatu perbuatan yang bertujuan untuk memberi kesenangan dan keselesaan kepada diri dan orang lain.hiburan ini tidak terbatas kepada ……Dakwah pula adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada allah subhaanahu wa ta'ala sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan

Page 5: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

akhlak islam. Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.

Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata "ilmu" dan kata "islam", sehingga menjadi "ilmu dakwah" dan ilmu islam" atau ad-dakwah al-islamiyah.ilmu dakwah menjurus kepada suatu ilmu yang berisi cara-cara dan tuntunan untuk menarik perhatian orang lain supaya menganut, mengikuti, menyetujui atau melaksanakan suatu ideologi,agama, pendapat atau pekerjaan tertentu. Orang yang menyampaikan dakwah disebut "da'i" sedangkan yang menjadi objek dakwah disebut "mad'u". Setiap muslim yang menjalankan fungsi dakwah islam adalah "da'i".Tujuan utama dakwah ialah mewujudkan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat yang diridai oleh allah. Nabi muhammad saw mencontohkan dakwah kepada umatnya dengan berbagai cara melalui lisan, tulisan dan perbuatan. Dimulai dari istrinya, keluarganya, dan teman-teman karibnya hingga raja-raja yang berkuasa pada saat itu. Di antara raja-raja yang mendapat surat atau risalah nabi saw adalah kaisar heraklius dari byzantium, mukaukis dari mesir, kisra dari persia(iran)) dan raja najasyi dari habsyah(etophia).

Page 6: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

Jika kita kaji sedalam-dalamnya akan susur galur nasyid ini,kita akan dapati bahawa nasyid ini sebenarnya berasal daripada timur tengah iaitu tanah arab.nasyid ini dipercayai sudah wujud sejak zaman nabi muhammad saw lagi.hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan syair thola’al badru ‘alaina yang ertinya (telah muncul rembulan di tengah kami)yang kini kerap dinyanyikan oleh pasukan qasidah dan penasyid dalam majlis ilmu,contohnya adalah merupakan syair yang dinyanyikan oleh kaum muslimin iaitu aus dan khazraj sewaktu menyambut kedatangan rasullullah saw ketika pertama kali berhijrah ke kota madinah sedikit masa lalu.nasyid kemudiannya telah berkembang seiring dengan situasi dan keadaan pada masa itu.contohnya nasyid yang bergema di timur tengah banyak mengetengahkan mesej-mesej jihad mahupun penentangan terhadap imperialisme israel yang lebih banyak dipengaruhi oleh situasi politik masa itu.

Nasyid mulai menerobos ke nusantara sekitar tahun 40an-70an.sebagai permulaan kepada kemunculan nasyid di nusantara,ramai pendatang dan pedagang daripada tanah arab,iaitu timur tengah telah dating untuk berdagang dan menyebarkan dakwah islamiah.pada masa inilah bermulanya kemasukan kebudayaan nasyid ke nusantara.bermula daripada bait-bait qasidah,dzikir-dzikir dan banyak lagi.setelah berapa lama kebudayaan ini bertapak di nusantara,kemudian ianya telah berevolusi kepada nasyid yang berbentuk tradisional yang lebih kita kenali dengan nasyid yang berasaskan lagu-lagu tarannum seperti bayati,hijjaz,nahwan,rast,jiharkah dan banyak lagi dan seterusnya berubah mengikut peredaran zaman sekarang kepada nasyid yang berbentuk moden dengan penggunaan alatan muzik moden seperti piano dan penghasilan lagu yang menampakkan ciri-ciri kemodenannya daripada segi lagu dan jenis genrenya.

Page 7: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

Nasyid mulai masuk ke indonesia sekitar era tahun 80-an. Perkembangan nasyid ini pada awalnya telah dimulakan oleh para ilmuan dan aktivis-aktivis kajian islam yang mulai tumbuh di kampus-kampus institut pembelajaran pada masa itu. Pada awalnya nasyid yang hanya dinyanyikan adalah syair-syair asli yang berbahasa arab. Namun akhirnya ianya telah berkembang sehingga wujudnya nasyid berbahasa indonesia dan dengan tema yang semakin luas (tidak hanya terhad kepada tema syahid dan jihad).menurut alamsyah agus,iaitu ketua umum asosiasi nasyid nusantara,di indonesia bukan perkara baru lagi sekiranya nasyid mendapat gelaran musik 'kolakan',iaitu musik ramadhan, kerana kebiasaannya apabila bulan ramadhan menjelma,mulalah kedengaran nasyid berkumandang dikaca televisyen dan radio,padahal pada bulan yang lain situasi sebegini adalah kurang. “menjelang ramadhan barulah orang ramai dapat menyaksikan festival nasyid, lomba nasyid, parade nasyid dan kegiatan yang sejenisnya, padahal di bulan-bulan lain hampir tidak ada acara semacam ini. Biasanya segenap gegap gempita nasyid akan hilang begitu memasuki bulan syawal…”.

Page 8: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

Di tanah melayu pula,situasinya lebih kurang seperti nasyid di indonesia.kebudayaan nasyid mula bertapak di tanah melayu sekitar tahun70 an.namun terdapat pendapat yang menyatakan bahawa kebudayaan nasyid ini telah pun bertapak di tanah melayu seawal tahun 40-an,iaitu sewaktu perang dunia ke-2 lagi.tetapi pada tahun 70-80an barulah perkembangan nasyid di tanah melayu ini mula subur dan semakin berkembang dengan pesatnya.kita dapat lihat situasi ini dengan munculnya kumpulan nasyid seperti kumpulan nasyid al-jawaher yang telah berjaya merakam album nasyid mereka dengan jayanya.antara album yang telah berjaya dirakam adalah seperti album assalamualaikum,mohon padanya dan sebagainya pada tahun 80-an.perkembangan nasyid di tanah melayu mula memasuki tingkatan yang baru apabila telah berjaya memasuki alaf baru iaitu daripada nasyid tradisional kepada nasyid kontemporari,sekitar tahun 90-an.sebagai contohnya kumpulan nasyid raihan yang telah mencetuskan revolusi industri nasyid di tanah melayu dengan membawakan nasyid jenis kontemporari dan telah mengegar industri hiburan tanah melayu.

Page 9: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

Sebagaimana yang berlaku di tanah melayu dan indonesia,negara brunei darussalam juga tidak ketinggalan daripada segi perkembangan industri nasyidnya.industri nasyid di negara brunei darussalam telah pun wujud sebelum tahun 80-an lagi.namun, menurut hajah normin haji mahali, bahagian perhubungan dan kemajuan islam, kementerian hal-ehwal agama negara brunei, “perkembangan nasyid di negara brunei banyak tertumpu di sekolah- sekolah dan maktab sekitar negara brunei. Setakat ini kementerian hal-ehwal agama negara brunei tidak pernah mengendalikan festivel nasyid peringkat negara. Pertandingan nasyid lebih banyak diadakan diperingkat sekolah dan institusi pendidikan disamping peranan radio televisyen brunei (rtb) untuk menyajikan lagu nasyid kepada masyarakat brunei darussalam .[15]”.(dipetik daripada nota nasyid,encik huzaimi zaini).daripada pengalaman saya,stesen radio televisyen brunei memang banyak menyalurkan halwa telinga dengan hiburan nasyid, qasidah,zikir berbentuk nasyid dan banyak lagi.saya sendiri selalu mendengar nanyian nasyid,qasidah dan tarranum melalui corong-corong radio sewaktu melalui negara brunei untuk balik dan keluar daripada bahagian limbang sarawak.

Page 10: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

Nasyid sebagai medium hiburan

Sebagaimana yang kita ketahui,industri nasyid ini adalah sebahagian daripada media hiburan terhadap orang ramai khasnya kepada hadirin yang mendengarnya.kita sedia maklum bahawa hiburan ini merupakan satu aspek yang tidak dapat kita tinggalkan dalam kehidupan ini.menurut wikipedia bahasa melayu,hiburan ialah peristiwa, persembahan, atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, walaupun penontonnya hanya seorang.jika kita lihat situasi masyarakat sekarang,majority dalam kalangan mereka lebih berminat dan bertumpu kepada hiburan berbanding perkara yang lain.oleh itu,para da’i perlu berfikiran secara kreatif untuk memastikan mesyarakat kini tidak terlalu leka dengan hiburan semata-mata,para da’i boleh menjadikan medium hiburan sebagai wasilah untuk berdakwah dan menyampaikan risalah islamiah,memberi teguran secara halus dan seumpamanya.budaya nasyid ini juga menjadi antara medium hiburan yang diminati oleh masyarakat awam kerana cara bawaannya dan bait-baitnya yang mengandungi isi yang bermanfaat kepada pendengarnya, selain alunan lagunya yang penuh dengan keunikannya yang tersendiri.

Nasyid juga menjadi hiburan dan sebagai acara sampingan sempena pertandingan membaca al-quran peringkat negeri, kebangsaan, antarabangsa dan juga dalam majlis-majlis yang lain. Pada tahun 1990-an, nasyid mula dipertandingkan di peringkat sekolah, negeri dan juga kebangsaan.namun bagi sesetengah penggiat seni,nasyid ini hanyalah satu wadah untuk mendapatkan keuntungan.menurut alamsyah agus,terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa ramai pemuzik umum diluar genre nasyid juga memainkan syair-syair islam,iaitu nasyid islam khususnya dibulan ramadhan,sehingga menjadikan komuniti nasyid (kepincut)dan memindahkan perhatian mereka kepada group yang mengalunkan nasyid,syair islam tersebut.semakin banyak kumpulan band akan mula beralih arah genre kepada nasyid buat seketika apabila tibanya ramadhan daripada penampilan yang berbagai ragam kepada penampilan yang sopan dengan syair-syair yang menawan.ditambah lagi dengan sikap segelintir penasyid yang kurang peka untuk menampilkan sikap dan jati diri mereka .para peminat lebih cenderung kepada pasif dan tidak memberikan sokongan yang lebih mantap dan utuh bagi kumpulan nasyid yang bersusah payah hendak keluar dari lingkungan indie kepada majoriti sedikit masa yang lalu.komuniti yang merupakan pendengar nasyid menjadi komuniti yang tidak berdaya mampu untuk mengangkat martabat pasukan nasyid ke atas sehingga lebih dikenali oleh masyarakat yang luas

Setelah industri nasyid mula memasuki ke satu tapak yang lebih maju lagi,barulah industry ini mendapat sambutan yang luar biasa,bermulanya kewujudan nasyid moden iaitu kontemporari di nusantara ini khasnya di tanah melayu seperti kumpulan nasyid raihan,hijjaz now see heart, rabbani,dan banyak lagi. Generasi terbaharu dalam arena muzik "nasheed"

Page 11: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

yakni dari kalangan artis menggunakan kepelbagaian alatan muzik dalam seni nasyid mereka. Hal ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi dalam kalangan komuniti islam kerana kebanyakan dari pihak ilmuan islam berpendapat pilihan ini adalah suatu kewujudan iaitu (bidaah) ke atas muzik dalam islam. Nashid moden juga turut dilihat melangkaui kumpulan aliran utama muzik nashid seperti kumpulan outlandish, aman, dan artis nashid solo seperti dawud wharnsby ali, sami yusuf, slave of allah dan idris phillips, yang dikatakan mampu menarik hati dan pandangan banyak masyarakat muslim serta, ia mampu menjadi pemimpin kepada persembahan artis di festival kebudayaan islam, konferensi, konsert dan pertunjukan (seperti isna, celebrate eid, young muslims). Artis-artis dan organisasi lain seperti noor media pula 100% tidak menggunakan instrumen muzik dlam penerbitan album nashidnya.

Dari segi peningkatan penjualan bahan hiburan berdasarkan produk nashid pula adalah dilihat lebih didorong oleh para penerbit profesional yang dapat menghasilkan media hiburan nashid dalam bentuk klip video dan trek lagu. Sebagai contoh madinah tun-nabi oleh aashiq al-rasul al mu'allim, meditation, hasbi rabbi (semuanya oleh sami yusuf), du'a oleh seven 8 six, mercy like the rain oleh shaam & our world oleh zain bhikha.

Pada awalnya nasyid membawakan alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih berdaya saing dalam bidang seni.Selalunya nasyid lebih gemar didendangkan dengan alat muzik tanpa tanpa tali, namun mengikut beberapa pendapat ulama fiqh perkara memainkan alunan nyanyian nasyid dengan alat muzik bertali seperti gitar dan piano adalah dibenarkan.

Generasi baru artis nasyid memakai beberapa varian instrumen musik dalam seni mereka. Banyak diantara para artis baru adalah non-arab dan bernyanyi dalam bahasa yang berbeda, seperti inggris dan turki. Beberapa band nasyid telah muncul, seperti native deen, outlandish dan raihan. Artis-artis terkenal lainnya seperti yusuf islam, sami yusuf, junaid jamshed, maher zain, mesut kurtis, dawud wharnsby dan zain bhikha, serta ani, satu-satunya penyanyi pop islami berbahasa inggris.Untuk para artis nasyid arab, yang terkenal adalah seperti abu mazen, abu rateb, abu aljoud, abu dujana, abdulfattah owainat, dan banyak lagi. Beberapa band nasyid arab seperti al-rawabi, al-i`tisham, al-baraa`, al-wa`ad dan banyak lagi juga telah muncul.

Menyambut pertumbuhan muslim yang signifikan, banyak artis dan band nasyid telah tampil di depan komuniti muslim di eropah dan amerika, di konferensi, perayaan hari besar

Page 12: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

islam, konsert dan acara amal lainnya, termasuk di islamic society of north america, celebrate eid dan young muslims. Artis dan organisasi lain termasuk nasheedbay menawarkan lagu-lagu nasyid tanpa instrumen musikal, membawa arus yang berbeza pada tren masa kini dimana musik nasyid dimonopoli oleh peralatan muzik.

Nasyid sebagai medium dakwah

Sekiranya kita teliti dengan lebih mendalam lagi mengenai peranan nasyid ini,kita akan dapati bahawa peranan nasyid ini adalah bertujuan untuk menyampaikan risalah-risalah,nasihat,dan pemberi sokongan moral yang kuat dan berkesan dalam sanubari insan,khasnya masyarakat islam sendiri.dakwah ini merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim pada masa kini.kita tidak dapat memaksa seseorang untuk menganut agama islam sebagaimana firman allah yang bermaksud “tidak ada paksaan didalam agama islam”.tetapi kita boleh menyeru penganut selain pengant islam untuk memeluk agama islam dengan cara yang berhikmah.salah satu berdakwah dengan cara yang berhikmah ialah melalui hiburan nasyid.hal ini selaras dengan firman allah taala yang bermaksud “serulah kepada jalan tuhan-mu dengan penuh hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah dengan cara yang baik.”Surah al-nahl,ayat 135.

Kita dapat renungi potongan maksud ayat al-quran di atas yang menyatakan kepada kita bahawa cara berdakwah ataupun seruan yang baik adalah dengan cara yang baik dan beradab sebagaimana dengan apa yang dimaksudkan dengan perkataan hikmah.dan sekiranya kita hendak menegur seseorang,gunalah cara yang baik juga sebagaiman yang telah dianjurkan oleh syarak.daripada hasil penelitian saya,cara berdakwah melalui nasyid juga boleh dikirakan menepati syarat dan ciri dakwah melalui nasyid serta teguran sebagaimana yang telah dinyatakan didalam potongan ayat al-quran sebentar tadi.

Dakwah ini terbahagi kepada berberapa cara.antaranya adalah:

Dakwah fardiyah .dakwah fardiah merupakan metode dakwah yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain (satu orang) atau kepada beberapa orang dalam jumlah yang kecil dan terbatas.kebiasaannya dakwah fardiah berlaku tanpa ada persiapan yang matang dan tersusun secara tertib. Kategori yang termasuk dalam cara dakwah seperti ini adalah menasihati teman sekerja,memberi teguran kepada yang memerlukan, anjuran memberi contoh. Sebagai contohnya adalah mengunjungi orang sakit,kepada individu yang berjaya kit ucapkan tahniah,iaitu ucapan selamat dan sewaktu upacara kelahiran,tasmiyah.

Page 13: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

Dakwah ammah.dakwah amah ini merupakan jenis dakwah yang dilakukan oleh seseorang dengan media lisan yang ditujukan kepada orang yang banyak dengan bermaksud untuk menanamkan pengaruh kepada mereka sebagai pendengar. Media yang dipakai biasanya berbentuk khutbah (pidato).dakwah ammah ini kalau ditinjau dari segi subjeknya, ada yang dilakukan oleh perseorangan dan ada yang dilakukan oleh organisasi tertentu yang telah berkecimpung dalam soal-soal dakwah.

Dakwah bil lisan.dakwah jenis ini adalah merupakan dakwah yang kaedah penyampaian informasi atau pesan dakwahnya adalah melalui lisan iaitu ceramah atau komunikasi secara bersemuka antara subjek dan objek dakwah). Dakwah jenis ini akan menjadi efektif apabila ianya disampaikan sewaktu hari ibadah seperti khutbah jumat atau khutbah hari raya, kajian yang disampaikan merangkumi ibadah praktikal, kandungan penyampaian yang sistematik,dan disampaikan secara bersemuka dengan para hadirin..

Dakwah bil-haal. Dakwah bil al-hal adalah dakwah yang mengutamakan perbuatan nyata. Hal ini dimaksudkan agar si penerima dakwah (al-mad'ulah) mengikuti jejak dan hal ikhwal si da'i (juru dakwah). Dakwah jenis ini mempunyai pengaruh yang besar pada diri penerima dakwah.Apabila rasulullullah tiba di kota madinah buat pertama kalinya sewaktu hijrah, beliau mencontohkan dakwah bil-haal ini dengan mendirikan masjid quba, dan mempersatukan kaum anshor dan kaum muhajirin dalam ikatan ukhuwah islamiyah.

Dakwah bit-tadwin. Apabila kita telah memasuki zaman global seperti kinii, pola dakwah bit at-tadwin iaitu dakwah melalui tulisan tidak kira berdakwah dengan menerbitkan kitab-kitab, buku, majalah, internet, koran, dan tulisan-tulisan yang mengandung pesan dakwah sangat penting dan efektif.kelebihan berdakwah melalui cara dakwah ini tidak tidak akan hilang walaupun pedakwah, ataupun penulisnya sudah meninggal dunia. Apabila menyentuh mengenai dakwah bit-tadwin ini, rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, "sesungguhnya tinta para ulama adalah lebih baik dari darah para syuhada".dapat kita lihat disini bahawa peranan berdakwah melalui penulisan ini lebih baik berbanding berdakwah melalui jalan perang di medan perang.

Dakwah bil-hikmah. Dakwah bil hikmah merupakan medium penyampaikan dakwah dengan cara yang arif dan bijaksana, iaitu dengan melakukan pendekatan sedemikian rupa sehingga pihak pendakwah mampu melaksanakan dakwah atas kemahuannya sendiri, tidak merasakan ada unsur paksaan, tekanan mahupun konflik. Dengan kata lain dakwah bi al-hikmah merupakan suatu jalan pendekatan komunikasi dakwah yang dilakukan atas dasar persuasif.Dalam kitab al-hikmah fi al dakwah ilallah ta'ala oleh said bin ali bin wahif al-qathani telah di huraikan dengan lebih jelas lagi mengenai pengertian al-hikmah, antaranya:

1. Menurut bahasa: Adil, ilmu, sabar, kenabian, al-qur'an dan injil

Page 14: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

Memperbaiki (membuat manjadi lebih baik atau pas) dan terhindar dari kerusakan

Ungkapan untuk mengetahui sesuatu yang utama dengan ilmu yang utama

Obyek kebenaran(al-haq) yang didapat melalui ilmu dan akal Pengetahuan atau ma'rifat.

2. Menurut istilah syar'i: Nilai dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang sebenar

dan mengamalkannya, wara' dalam dinullah, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menjawab dengan tegas dan tepat.

Oleh yang demikian,dapatlah kita katakan bahawa nasyid ini adalah suatu seni suara yang telah berkembang pesat dan telah menjadi wasilah kepada penyebaran dakwah islam dan peringatan kepada penganut selain penganut muslim dan penganut muslim itu sendiri.berdasarkan kepada 7 cara ataupun elemen dakwah yang telah saya nyatakan sebentar tadi,dapatlah kita katakan bahawa nasyid ini merangkumi hampir kesemua cara dakwah tersebut.penyanyi nasyid akan bersemuka dengan penonton dan hadirin sewaktu menyampaikan nasyid dikhalayak ramai.melalui persembahan nasyid yang mantap,akan mampu untuk menarik minat hadirin untuk bernasyid.secara tidak langsungnya,hadirin yang minat terhadap sesebuah lagu nasyid akan menyanyikan lagu nasyid itu sebagai hiburan diri.apabila kawan kepada individu yang minat kepada lagu nasyid yang dinyanyikan oleh penasyid terdengar lagu nasyid yang di nyanyikan oleh kawannya,kadangkala terdapat sesetengah individu yang akan turut tertarik dengan lagu nasyid bekenaan.hal ini akan turut menyumbang kepada penyebaran mesej dakwah tersebut.

Bagi penulis lirik lagu nasyid pula,mereka turut memainkan peranan yang penting dalam koteks dakwah dalam karier nasyid ini.hal ni adalah kerana apa yang disampaikan oleh penasyid kepada orang ramai,semua kandungan risalah dan ilmu yang terdapat dalam lirik nasyid itu,dibuat dan ditulis serta cetusan fikiran dai penulis lirik tersebut.maka,penulis lirik yang menulis lirik lagu nasyid turut menyumbangkan tenaga yang besar dari segi kandungan mesej yang hendak disampaikan kepada pendengar dan masyarakat.jika difikirkan secara mendalam,setiap pihak yang terlibat dalam bidang nasyid ini memainkan peranan yang besar terhadap penyebaran dakwah dan boleh diiktiraf sebagai penda’i

Begitu juga dengan konsep pencegahan perkara dan perbuatan yang mungkar.nasyid ini juga dapat menjadi satu agen bagi melaksanakan “amar maaruf nahi munkar”terhadap orang ramai.bagaimana?Melalui lirik-lirik nasyid,kita dapat menghubungkaitkannya dengan suatu

Page 15: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat.melalui agen pencegahan kemungkaran seperti nasyid ini juga,kita sebenarnya telah menggunakan cara yang halus dan mencegah sesuatu kemungkaran dengan mulut iaitu tingakatan kaedah pencegah kemungkaran yang kedua,dengan cara memberikan nasihat dan teguran kepada pelaku kemungkaran tersebut.kaedah mencegah kemungkaran yang pertama adalah dengan menggunakan tangan yakni dengan menggunakan kuasa yang ada pada diri kita.kuasa yang saya maksudkan disini adalah pangkat ataupun yang seumpama dengannya yang ada pada diri kita tidak kira pangkat sebagai pihak berkuasa ataupun lain-lain.dan cara mencegah kemungkaran yang ketiga pula adalah dengab menggunakan hati,yakni membenci perbuatan kemungkaran tersebut dan mendoakan kepada pelaku kemungkaran tersebut agar mendapat hidayah allah dan bertaubat dengan sebenar taubat iaitu taubat nasuha.cara mencegah kemungkaran yang ketiga ini adalah selemah-lemah iman.berdasarkan kepada maksud hadis.

Jika kita renungi perkembangan hiburan nasyid khususnya di nusantara,sebenarnya industry nasyid ini telahpun mengalami peningkatan perkembangan yang baik.dari pada sekolah menengah dan sekolah rendah,nasyid kini telah dan masih diminati.sebagaimana situasi yang berlaku dinegara indonesia,sekolah islam di sana bersatu dan rata-rata setiap sekolah di luar bandar memiliki sekurang-kurangnya sebuah kumpulan nasyid.inikan pula di bandar-bandar yang besar situasi ini sangat ketara.terdapat lebih kurang 1500 kumpulan nasyid di seluruh indonesia.namun, hanya segelintir sahaja bilangan kumpulan nasyid yang berjaya membawa kumpulan nasyid mereka ke peringkat negara.walhal di indonesia,ragam nasyidnya cukup mantap bermula dari jenis perjuangan,fesyen dan banyak lagi tidak seperti di negara nusantara yang lain.

Bagi kumpulan nasyid di malaysia pula,situasi hampir sama.bermula pada tahun 80-an,rtm turut mula menganjurkan pertandingan festival nasyid peringkat kebangsaan buat pertama kalinya.sehinggalah tahun1991,barulah festival nasyid kebangsaan ini telah diuruseliakan oleh jakim iaitu jabatan agama kebajikan islam malaysia yang dulunya dikenali dengan bahagian hal-ehwal(bhaeis) jabatan perdana menteri.sehingga tahun 2006 sahaja,pihak jakim telahpun menguruseliakan sebanyak 17 kali festival nasyid kebangsaan disamping menguruskan festival nasyid peringkat mabims,iaitu peringkat asean.bagi sekolah rendah dan menengah pula telah diwujudkan suatu pertandingan nasyid dibawah kpm,iaitu kementerian pelajaran malaysia dimana pertandingan nasyid ini telah dimasukkan ke dalam majlis tilawah al-quran.

Terdapat berberapa faktor yang telah digariskan oleh alamsyah agus,yang merupakan ketua umum asosiasi nasyid nusantara mengenai punca industry nasyid ini sukar untuk menembusi peringkat yang lebih tinggi sedikit masa lalu:

Pertama;

Page 16: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

Kemampuan bernasyid dalam kumpulan nasyid yang masih dikira rendah.pasukan kumpulan nasyid telah diberi semangat yang berapi-api namun mereka tidak mengetahui latar belakang pemahaman bermuzik dan bernasyid yang sebetulnya.penasyid hanya memikirkan memadailah bunyi nasyid itu cantik walhal cara pelaksanaannya adalah salah.sebagai contoh,cara penghasilan bunyi vocal,tingkatan suara dan banyak lagi.sebenarnya semua ini memberi pengaruh terhadap hasil nyanyian nasyid.kesannya, hanya sedikit sahaja kumpulan nasyid yang dapat menembusi tahap yang lebih baik.

Kedua;

Terdapat banyak kumpulan nasyid yang tidak memahami maksud dan definisi nasyid yang sebenar sehingga mereka hanya terikut-ikutan terhadap kumpulan nasyid yang lain tanpa memiliki konsep yang jelas mengenai perwatakan nasyid yang disampaikan.nasyid ini bukan sekadar seni islam,tetapi ia adalah (senandung) yang menggerakkan orang yang melantunkannya serta orang yang mendengarnya.nasyid bukan hanya sekadar bagaimana cara kita membawanya,tetapi bagaimana kita mengamalkan kandungan yang terdapat dalam bait-bait nasyid itu sendiri.nasyid yang sejati adalah nasyid yang mengajak orang ramai untuk berbuat kebaikan dan menjauhi keburukkan senagaimana seorang penda’i berceramah,ceramah itu akan menjadi lebih bermakna dan bermanfaat apabila da’i itu sendiri yang mendahulukan perilaku baik tersebut dengan melakukannya dan mencontohkan semua tauladan dalam kehidupan seharian.tuntasnya,menyatakan nasyid sebaiknya sejalan dengan berpegangnya kita dengan agama islam.seorang penasyid adalah seorang penda’i dalam cara yang berbeza.

Ketiga;

Kefahaman yang kurang mencukupi daripada kebanyakan kumpulan nasyid dalam menampilkan nasyid di tengah-tengah masyarakat.keadaan ini menyebabkan nasyid yang disampaikan tidak maencapai sasaran yang dikehendaki.sebagai seni islam,nasyid bukan hanya dibawakan dalam suasana,situasi dan keadaan yang umum sahaja,bahkan nasyid sebenarnya adalah (senandung) yang berlaku dalam semua peluang umum dan khusus,ketika menayangkannya perlu berdasarkan kepada nilai etika islam dalam pergaulan,etika islam dalamberpakaian dan etika islam dalam berekspresi.oleh sebab itu,tidah boleh bagi sesebuah kumpulan nasyid mempersembahkan nasyid mereka dalam suatu majlis yang batil dari sisi syarak seperti penonton yang sedang mabuk ,pergaulan yang bercampur baur antara lelaki dan perempuan yang memakai pakaian yang tidak islami.

Keempat;

Persediaan kumpulan nasyid yang memang belum memuaskan untuk diketengahkan dalam masyarakat.

Page 17: Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?

Kelima;

Pengurus nasyid cenderung tidak ekspresif dan asertif. Peminat sesebuah kumpulan nasyid sering merasa cukup puas apabila kumpulan nasyid kesukaan mereka tampil di kaca televisyen dan dalam suatu program. Mereka tidak mencuba untuk mendorong pasukan-pasukan nasyid masuk kedalam acara-acara di stesyen televisyen, walaupun ditayangkan dalam stesyen televisyen tertentu atau memberi informasi kepada pengurus pasukan nasyid agar mereka dapat akses untuk menembusi stesyen teleyisyen nasional. Belajar daripada penggiat seni dangdut contohnya id indonesia, mereka berjaya menggabungkan seluruh elemen dalam industri musik dangdut: penyanyi, pengurus, peminat, produser, distributor, event organizer, bahkan masyarakat penggemar dangdut untuk saling bantu membantu meningkatkan citra muzik ini, sehingga ke hari ini dangdut dapat diterima di tengah-tengah masyarakat.

Nasyid adalah untuk hiburan dan medium dakwah

Oleh yang demikian ,apa yang dapat saya simpulkan disini adalah sebenarnya objektif nasyid ini adalah untuk berdakwah disamping sebagai satu hiburan yang baik dan membina kepada pendengarnya mahupun penyayinya serta semua pihak yang terlibat didalam menjayaakan sesuatu aktiviti nasyid bermula daripada penghasilan lirik sesebuah nasyid hinggalah kepada penerima hasil halwa telinga dondangan masyid itu sendiri.kita dapati bahawa kini, penerimaan industri nasyid dalam kalangan masyarakat nusantara tidak kira di Malaysia,Indonesia,brunei dan sekitarnya adalah amat menggalakkan lebih-lebih lagi terdapat artis nasyid yang bukan berasal daripada nusantara juga turut mengembangkan industry nasyid ini dalam genre yang berbeza seperti popnasyid dan sebagainyakini banyak lagu dan lirik nasyid yang telah wujud daripada pelbagai bahasa dan bangsa seperti bahasa melayu,Indonesia,china,bahasa arab dan bahasa inggeris .

Sebelum wujudnya nasyid kontemporari,penerimaan masyarakat terhadap industri nasyid adalah kurang berbanding selepas wujudnya nasyid kontemporari dan hanya lebih tertumpu kepada program-program yang kecil sahaja.walaupun tidak disangkal penerimaan nasyid dalam kalangan masyarakat pada hari kebudayaan islam adalah menggalakan sedikit masa lalu, namun pada masa kini aktiviti sebegitu mendapat sambutan tidak kira pada majlis hari kebesaran islam ataupun pada waktu selain hari majlis hari kebesaran islam.oleh itu,maka ambillah iktibar dan marilah kita bersama-sama membuka lembaran baru bagi menyampaikan risalah-risalah islam tidak kira melalui cara apasekalipun asalkan ianya tidak melanggar batasan syarak dan adab islam.