laporan persembahan muzikal

6
LAPORAN PERSEMBAHAN MUZIKAL PUISI TRADISIONAL MELAYU 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Kursus Bahasa Melayu 2 Akademik (PM2312 P) telah menjalankan satu aktiviti persembahan Muzikal Puisi Tradisional untuk pelajar PPISMP semester dua. Aktiviti ini bertujuan mendedahkan pelajar tentang seni warisan yang diamalkan oleh orang Melayu pada zaman kini. 1.2 Aktiviti yang dijalankan dapat membantu pelajar mempraktikkan apa yang telah dipelajari di dalam kelas dan meyakinkan pelajar untuk membuat persembahan dihadapan para hadirin tanpa rasa gugup. Aktiviti ini juga sebenarnya sebagai aktiviti terakhir dalam melengkapkan kerja kursus pendek untuk mata pelajaran Bahasa Melayu 2 ini. 1.3 Aktiviti telah dijalankan pada 5 Ogos 2012.Aktiviti dijalankan di Balai Kerapatan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Aktiviti ini bermula pada pukul 11.00 pagi. Semua ahli unit telah mengambil bahagian dalam persembahan ini dan mendapat bimbingan daripada pensyarah mata pelajaran iaitu Pn Amanah Bt Mohd Noor. Persembahan ini telah disaksikan oleh pelajar-pelajar dan pensyarah- pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu. Persembahan Muzikal ini menunjukkan adat kaum Melayu iaitu ‘Majlis Cukur Jambul’. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Tujuan aktiviti persembahan Muzikal Puisi Tradisional adalah untuk melengkapkan tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu 2 Akademik bagi pelajar PPISMP Bahasa Melayu semester 2.

Upload: huda-hairi

Post on 31-Jul-2015

102 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PERSEMBAHAN MUZIKAL

LAPORAN PERSEMBAHAN MUZIKAL

PUISI TRADISIONAL MELAYU

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Kursus Bahasa Melayu 2 Akademik (PM2312 P) telah menjalankan satu aktiviti persembahan Muzikal Puisi Tradisional untuk pelajar PPISMP semester dua. Aktiviti ini bertujuan mendedahkan pelajar tentang seni warisan yang diamalkan oleh orang Melayu pada zaman kini.

1.2 Aktiviti yang dijalankan dapat membantu pelajar mempraktikkan apa yang telah dipelajari di dalam kelas dan meyakinkan pelajar untuk membuat persembahan dihadapan para hadirin tanpa rasa gugup. Aktiviti ini juga sebenarnya sebagai aktiviti terakhir dalam melengkapkan kerja kursus pendek untuk mata pelajaran Bahasa Melayu 2 ini.

1.3 Aktiviti telah dijalankan pada 5 Ogos 2012.Aktiviti dijalankan di Balai Kerapatan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Aktiviti ini bermula pada pukul 11.00 pagi. Semua ahli unit telah mengambil bahagian dalam persembahan ini dan mendapat bimbingan daripada pensyarah mata pelajaran iaitu Pn Amanah Bt Mohd Noor. Persembahan ini telah disaksikan oleh pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu. Persembahan Muzikal ini menunjukkan adat kaum Melayu iaitu ‘Majlis Cukur Jambul’.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Tujuan aktiviti persembahan Muzikal Puisi Tradisional adalah untuk melengkapkan

tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu 2 Akademik bagi pelajar PPISMP Bahasa

Melayu semester 2.

2.2 Persembahan ini juga bertujuan menyuntik semangat pelajar untuk mempraktikkan

apa yang telah dipelajari di dalam kelas dengan penuh yakin di masa akan datang.

2.3 Persembahan ini juga bertujuan memperkenalkan puisi-puisi Melayu tradisional

kepada umum. Disamping itu, dapat membantu pelajar mendendangkan dan

mendeklamasikan puisi-puisi Melayu tradisional dengan betul.

Page 2: LAPORAN PERSEMBAHAN MUZIKAL

2.4 Tujuan persembahan ini diadakan juga adalah untuk menonjolkan bakat yang

terpendam, serta merapatkan hubungan silaturrahim dan juga dapat memupuk

semangat kerjasama.

3.0 TENTATIF PROGRAM

Program dimulakan dengan kehadiran para tetamu bermula jam 11.00 pagi.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis yang memperkenalkan

tentang persembahan yang bakal dilaksanakan. Selepas itu, bacaan doa oleh Ketua

Unit PPISMP BM Semester 2 iaitu Rahim Bin Mohd Said. Persembahan dimulakan pada

12.00 tengah hari dengan didahului oleh persembahan berbalas pantun oleh makcik-

makcik yang datang untuk ‘merewang’. Selepas itu majlis diserikan dengan seloka

antara anak-anak gadis dan anak-anak terunayang bertajuk ‘Seloka Usik Mengusik’.

Selepas berseloka, bermulalah upacara utama iaitu bernazam dan berendoi. Nazam

yang didendangkan ialah ‘Nazam Kasih Ayah dan Ibu’. Selain itu, bagi menceriakan

majlis, terdapat persembahan syair dan bongai.

Selepas persembahan, majlis telah menjemput Ketua Jabatan Pengajian Melayu

untuk memberikan sedikit kata-kata perangsang. Majlis diteruskan dengan jamuan

makan tengah hari untuk semua pensyarah yang hadir dan peserta.

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, persembahan ini telah dilaksanakan dengan jayanya

dan telah mendapat pujian daripada pensyarah. Objektif persembahan muzikal ini juga

telah dapat dicapai dengan baik.

Page 3: LAPORAN PERSEMBAHAN MUZIKAL

LAMPIRAN

Gambar 1

Makcik-makcik sedang berbalas pantun.

Gambar 2

Anak-anak gadis dan teruna sedang berseloka.

Page 4: LAPORAN PERSEMBAHAN MUZIKAL

Gambar 3

Nazam ‘Kasih Ibu dan Ayah’ didendangkan.

Gambar 4

Bongai didendangkan.

Page 5: LAPORAN PERSEMBAHAN MUZIKAL