kajian tindakan persembahan

19
PENGAJARAN MENGGUNAKAN BAHAN MULTIMEDIA DAN MODUL SEJARAH TINGKATAN 4 : MEMBANTU GURU MENGHABISKAN SUKATAN PELAJARAN DENGAN LEBIH CEPAT : SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6 (PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA) Oleh Hayadi Bin Guliling Dan Junaidah Ahmat

Upload: zuhaini-abdullah

Post on 08-Dec-2015

261 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan persembahan

PENGAJARAN MENGGUNAKAN BAHAN MULTIMEDIA DAN MODUL SEJARAH TINGKATAN 4 : MEMBANTU GURU

MENGHABISKAN SUKATAN PELAJARAN DENGAN LEBIH CEPAT : SEJARAH

TINGKATAN 4 BAB 6 (PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM

DAN SUMBANGANNYA)  

OlehHayadi Bin Guliling

DanJunaidah Ahmat

Page 2: Kajian Tindakan persembahan

Rangka kerja teoritikal direkabentuk oleh Kemmis dan Mc Taggart (1982);

seperti kitaran dalam rajah berikut:

Page 3: Kajian Tindakan persembahan

Tinjauan Awal Dapatkan situasi dan konteks

Merancang Tindakan

Pelaksanaan TindakanPemantauan dan Penilaian

Membuat Refleksi

Page 4: Kajian Tindakan persembahan

A. Tinjauan Awal Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

kekangan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dari perpektif guru. Antaranya,  i. Menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat. waktu yang terbaik sebelum pertengahan bulan September (T4)

Tingkatan 5 bulan Ogos. membuat kelas tambahan. hanya ditumpukan kepada pelajar tingkatan 5. Tingkatan 4 terus terabai

ii. Menghasilkan pelajar yang mahu membaca buku teks sejarah dalam kuantiti yang ramai. Pelajar tidak mahu membaca buku teks yang dibekalkan secara percuma beranggapan buku teks tidak berkualiti. Lebih berminat membaca buku sejarah SPM yang dijual di pasaran terbuka (buku rujukan SPM). soalan dan jawapan yang digubal menjadikan buku teks semata-mata sebagai rujukan,  

Page 5: Kajian Tindakan persembahan

A. Tinjauan Awal Refleksi Pengajaran dan

Pembelajaran Lalu (Samb)

iii. Melahirkan pelajar yang meminati mata pelajaran sejarah. tanggapan mata pelajaran sejarah bukannya mata pelajaran penting seperti sains dan matematik. bukannya syarat penting untuk alam pekerjaan atau peluang untuk melanjutkan pelajaran. hanyalah cerita-cerita masa lalu. membosankan kerana terlalu banyak perkara yang hendak diingat.  iv. Menghasilkan semua pelajar yang mengambil mata pelajaran ini lulus sekurang-kurangnya dengan gred E. Perkara ini agak sukar untuk dicapai kerana adanya faktor tolakan dalam diri pelajar seperti yang dinyatakan dalam perkara II dan III di atas.

Page 6: Kajian Tindakan persembahan

B. Dapatkan situasi dan konteks Isu Keperihatinan

fokuskan kepada menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat. Kami mahu menyelesaikan tugasan ini pada bulan Mei atau Jun.

Ini kerana kami berpendapat bahawa  i. sebelum pelajar itu dapat memahami, menilai dan menaakul tentang sesuatu peristiwa Sejarah dia perlu terlebih dahulu mengetahui jalan

cerita peristiwa tersebut.  ii. Pelajar gagal memperolehi markah yang baik bukan kerana mereka tidak mengetahui atau memahami mata pelajaran Sejarah, tetapi ia disebabkan oleh ketidakmampuan mereka mempersembahkan jawapan yang betul dan berkualiti seperti yang dikehendaki oleh soalan.

Page 7: Kajian Tindakan persembahan

C. Merancang tindakan

Objektif Kajian

1. Objektif UmumMenghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah yang berkualiti.

2. Objektif Khususi. Memendekkan tempoh pengajaran dan pembelajaran bagi satu-satu

bab mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5.

ii. Menggunakan waktu P&P dengan maksimum. 

Kumpulan SasaranDua orang guru mata pelajaran Sejarah di Tingkatan 4 dan semua kelas

(berjumlah sembilan buah) Tingkatan 4.

Page 8: Kajian Tindakan persembahan

D. Perlaksanaan Tindakan

1. Tinjauan masalahBerdasarkan pemerhatian Buku Rekod Pengajaran Harian Guru Tahun 2010. Tumpuan diberi kepada tingkatan 4 bab 6. Dipilih kerana ia merupakan bab yang paling panjang

1.1 Dapatan pemerhatianMenunjukkan sejumlah 15 waktu P&P diperlukan untuk menghabiskan bab 6 ini. mengambil masa sehingga 5 minggu atau lebih sebulan untuk menyiapkannya, dengan jumlah waktu yang diperuntukan untuk mata pelajaran sejarah ialah 3 waktu P&P seminggu. Lihat lampiran I.

Page 9: Kajian Tindakan persembahan

Bil Tarikh WaktuPengajaran

Tajuk yang diajar

1 7/6/2010 2 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGAN8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya a. Zaman Khalifah Al-Rasyidin i. Konsep khalifah ii. Syarat dan cara pemilihan khalifahiii. Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin *Tajuk ini tidak dapat diselesaikan. Ia disambung pada kelas akan datang.

2 9/6/2010 1 iii. Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin

3 14/6/2010 2 b. Kerajaan Bani Umaiyah i. Latar belakang ii. Sumbangan *Tajuk ini tidak dapat diselesaikan. Ia disambung pada kelas akan datang.

4 14/6/2010 1 ii. Sumbangan

5 21/6/2010 2 c. Kerajaan Bani Abbasiyah i. Latar belakang ii. Sumbangan *Tajuk ini tidak dapat diselesaikan. Ia disambung pada kelas akan datang.

Page 10: Kajian Tindakan persembahan

Bil Tarikh WaktuPengajaran

Tajuk yang diajar

6 23/6/2010 1 ii. Sumbangan.

7 28/6/2010 2 d. Kerajaan Turki Uthmaniyah i. Latar belakang ii. Sumbangan iii. Faktor penyebaran Islam ke Eropah *Tajuk ini tidak dapat diselesaikan. Ia disambung pada

kelas akan datang.

8 30/6/2010 1 iii. Faktor penyebaran Islam ke Eropah

9 5/7/2010 2 e. Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.i. Cara Pertembungan = Perniagaan = Diplomatik = Kebudayaan = Pusat Pengajian = Peperangan

10 7/7/2010 1 ii. Kesan (Perluasan empayar, Perkembangan intelek, Kesenian dan kesusasteraan)

Jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran

15 waktu

Page 11: Kajian Tindakan persembahan

D. Perlaksanaan tindakan (Samb)

2. Tindakan penyelesaian masalah (kajian)Memilih dua kaedah iaitu menggunakan Bahan Multimedia dan Modul P&P Sejarah tingkatan 4. Bahan Multimedia dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2008 dan diedarkan ke sekolah-sekolah secara percuma. Antarmuka bahan ini boleh dilihat di lampiran II. Lampiran II. Manakala, Modul P&P Sejarah Tingkatan 4, kami hasilkan sendiri, yang berjaya disiapkan sepenuhnya pada bulan Mac 2011 (rujuk lampiran III).  Kaedah ini digabungkan kerana kelemahan bahan multimedia ialah ia hanya melibatkan suara dan bahan paparan persembahan berbentuk “powerpoint” tanpa rujukan bertulis/bercetak. Sementara, Modul P&P Sejarah pula, ia hanya bahan bertulis/bercetak tanpa bahan paparan persembahan yang melibatkan penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT).

Page 12: Kajian Tindakan persembahan

E. Pemantauan dan Penilaian

2.1 Analisis hasil kajianKajian tindakan ini dijalankan pada bulan Mei 2011, minggu pertama. Hasil kajian menunjukkan kami berjaya menyiapkan proses P&P bagi bab 6 sejarah tingkatan 4 hanya dalam tempoh 3 waktu P&P. Lihat Lampiran IV.  

Page 13: Kajian Tindakan persembahan

Bil Tarikh WaktuPengajaran

Tajuk yang diajar

1 5/5/2011 3 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGAN8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya a. Zaman Khalifah Al-Rasyidin i. Konsep khalifah ii. Syarat dan cara pemilihan khalifahiii. Sumbangan Khalifah Al-Rasyidinb. Kerajaan Bani Umaiyahc. Kerajaan Bani Abbasiyah i. Latar belakang ii. Sumbangan

2 12/5/2011 3 d. Kerajaan Turki Uthmaniyah i. Latar belakang ii. Sumbangan iii. Faktor penyebaran Islam ke Eropah

e. Pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.

i. Cara Pertembungan ii. Kesan

Jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran

6 waktu

Page 14: Kajian Tindakan persembahan

Dapatan ini, membuktikan bahawa sekirannya kedua-dua kaedah yang dipilih ini digunakan secara bersama-sama (gabungan), maka tempoh masa P&P bagi menyiapkan satu-satu bab mata pelajaran sejarah sama ada tingkatan 4 atau 5 akan dapat dipendekkan.

Page 15: Kajian Tindakan persembahan

F. Refleksi

Kami berpendapat bahawa keberkesanan penggunaan kaedah ini bergantung sepenuhnya kepada ketekunan guru untuk melaksanakannya. Sekiranya guru merasakan yang kerja penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) itu sesuatu yang wajib dilakukan sebelum masuk ke kelas maka kaedah ini pasti berjaya. Namun, kaedah ini akan menemui kegagalan andainya guru beranggapan yang menghasilkan BBM itu hanya kerja bermusim dan merupakan satu lagi kerja tambahan. Selain itu, kami juga mendapati yang seseorang guru perlu ada set komputer riba, projektor LCD sendiri/peribadi (bukan kepunyaan sekolah), alat pembesar suara (speaker) kecil tetapi suaranya cukup untuk didengar oleh pelajar yang ada dalam kelas bersaiz 30-40 orang. Peralatan ICT di atas sangat membantu tugas guru ketika mengajar, memudahkan guru untuk menyediakan BBM dan membantu guru dari segi kawalan kelas ketika mengajar.

Page 16: Kajian Tindakan persembahan

F. Refleksi (Samb)

Kaedah yang kami gunakan ini juga boleh digunakan untuk semua bab sejarah tingkatan 4 dan 5. Keadaan ini sudah pasti akan membantu seseorang guru sejarah tingkatan 4 dan 5 menghabiskan sukatan pelajaran (mengajar semua bab : Tingkatan 4; 10 bab dan Tingkatan 5; 9 bab) dengan lebih cepat berbanding dengan kaedah yang lazim digunakan. Sekiranya sukatan pelajaran dapat dihabiskan dengan lebih awal maka guru bolehlah memberikan fokus kepada dua perkara berikut;

i. membimbing pelajar menghasilkan jawapan kertas 2 (struktur dan esei) yang baik dan betul. Hal ini perlu dilakukan kerana kami dapati yang pelajar bukanlah tidak memahami mata pelajaran sejarah, tetapi mereka hanya tidak mengetahui cara yang baik dan betul bagi menjawab soalan. Perkara ini sangat ketara bagi soalan esei kertas 2. Lazimnya, pelajar-pelajar yang dalam kategori lemah akan mengabaikan soalan ini, dengan perkataan lain, tidak menjawab soalan. Sedangkan peruntukan markah untuk soalan esei agak besar iaitu 60 daripada 100 markah.

Page 17: Kajian Tindakan persembahan

F. Refleksi (Samb)

ii. mengulang ajar bab-bab tertentu yang diselaraskan dengan permintaan pelajar atau keperluan guru. Andainya ini dapat dilakukan maka, minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah akan bertambah, tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu peristiwa sejarah dapat ditingkatkan dan dapat memotivasikan mereka untuk terus belajar.

Page 18: Kajian Tindakan persembahan

G. Cadangan Kajian Seterusnya

Bagi tujuan meningkatkan kualiti kajian ini, kami mencadangkan agar beberapa kajian lanjut hendaklah dilakukan dengan memberi fokus kepada perkara berikut, i. apakah hubungan di antara menghabiskan sukatan pelajaran yang lebih cepat dengan markah/gred pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah peringkat SPM?

ii. apakah kaedah yang harus digunakan untuk membimbing pelajar untuk menghasilkan jawapan yang baik dan betul bagi mata pelajaran peringkat SPM, kertas 1 dan 2?

iii. bagaimana hendak memotivasikan pelajar agar mahu membaca buku teks sejarah?

Page 19: Kajian Tindakan persembahan

Sekian & Terima Kasih