persembahan multimedia (sebelum)

10

Upload: farish-farisha

Post on 20-Jul-2015

915 views

Category:

Technology


2 download

TRANSCRIPT

Jalan Kereta Api

1.Perkhidmatan kereta api digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan pukal seperti bijih timah dan kayu balak.

2.Perkhidmatan kereta api diuruskan oleh Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB).

3.Terminal kereta api yang utama ialah Tumpat, Gemas dan Kuala Lumpur Sentral.

4.Kereta api ekspress diperkenalkan untuk menghubungkan bandar-bandar utama:•Ekspress Antarabangsa menghubungkan Bangkok, Kuala Lumpur dan Singapura•Ekspress Sinaran dan Ekspress Langkawi menghubungkan utara-selatan•Ekspress Kenali dan Ekspress Wau menghubungkan dengan pantai timur

5.Di Kuala Lumpur, sistem kereta api dibaik pulih dan disediakan perkhidmatan bersepadu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, memendekkan masa perjalanan dan mengurangkan pencemaran udara:•PUTRA-LRT•KL Monorel•STAR-LRT•ERL

1. Terdapat lapangan terbang antarabangsa dan dalam negeri.

2. Pembinaan lapangan terbang ini dapat memajukan industri pelancongan.

3. Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang membolehkan perhubungan dengan negara lain menjadi lebih senang.

4. Pengangkutan udara di kawasan pedalaman juga dipertingkatkan seperti Sabah dan Sarawak yang berhutan tebal.

1. Pencemaran udara akibat daripada asap kenderaan. Gas-gas seperti karbon monoksida

dikeluarkan dari ekzos kenderaan. Suhu di bandar akan meningkat.

2. Pencemaran bunyi di pusat bandar seperti di Jalan Tun Razak, Jalan Kuching dan Jalan

Ipoh.

3. Pembinaan lebuh raya akan mengakibatkan perubahan bentuk muka bumi kerana

kawasan tanah tinggi dan hutan terpaksa ditebang dan ia akan membawa masalah

hakisan tanah.

KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR

1. Menggalakkan pemasangan alat catalytic converter pada ekzos kenderaan

2. Menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam di bandar seperti bas, LRT,

Monorel dan Komuter.

3. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang supaya kualiti udara terpelihara.

4. Kempen menggunakan petrol tanpa plumbum.

5. Menanam rumput, membina tembok dan membina longkang supaya masalah hakisan

tanah dapat dielakkan.

LANGKAH MENGATASI MASALAH SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR

PERBANDINGAN KEPENTINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN NEGARA MALAYSIA DENGAN KANADA

MALAYSIA KANADA

1. Sistem pengangkutan darat Malaysia sangat cekap, terdapat Lebuhraya Utara-Selatan dari utara ke selatan

2. Jambatan dibina untuk menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar Semenanjung

3. Jaringan jalan kereta api dibina untuk menghubungkan kawasan pedalaman dan mengangkut hasil pertanian

4. Terdapat banyak pelabuhan pesisiran pantai, perikanan dan kontena untuk kemudahan perdagangan.

1. Sistem pengangkutan darat maju, terdapat lebuh raya - Trans Canada Highway

2. Sebuah jambatan dibina untuk menghubungkan New Brunswick dengan tanah besar iaitu Jambatan New Brunswick

3. Jaringan landasan kereta api sangat luas, kereta api digunakan untuk mengangkut barangan pukal seperti gandum di Prairie

4. Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan kawasan tanaman gandum

PERBANDINGAN KEPENTINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN NEGARA MALAYSIA DENGAN KANADA

MALAYSIA KANADA

5. Di Sabah, terdapat Sungai Kinabatangan dan di Sarawak terdapat Sungai Rajang untuk menghubungkan kawasan pedalaman

6. Pengangkutan udara membawa penumpang, mengangkut barangan dan menggalakkan pelancongan serta menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar

5. Jalan Air St. Lawrence menggalakkan lahirnya industri baru di Tanah Pamah St. Lawrence dan bandar-bandar baru wujud di Montreal, Quebec dan Ottawa

6. Pengangkutan udara digunakan untuk mengesan dan mengawal kejadian kebakaran, menghubungkan kawasan pedalaman, membawa penumpang dan mengangkut barangan.