persediaan ubatan

5
Pemberian ubatan melalui kaedah oral Alatan 1) Rekod ubatan di dalam Kardex ubat 2) Troli ubatan 3) Kunci Troli ubatan 4) Bekas ubat 5) Air masak 6) Cawan N o Prosedur Dilaku kan 1 Buka laci pada troli ubat. Pastikan nama dan nombor pendaftaran pesakit yang tertera pada lebel pada laci adalah sama dengan nama dan nombor pendaftaran pesakit pada Kardex ubat. 2 Periksa ubatan di dalam Kardex ubat. Mulakan pada bahagian atas Kardex ubat,periksa senarai ubatan berdasarkan ubatan yang terdapat di dalam stok laci. Pastikan kesemua ubatan di dalam stok laci mencukupi bagi shift anda. Bahagian Pharmacy akan menambah semula stok ubatan setiap 24 jam. Rasional : Jika terdapat dose ubatan yang tidak mencukupi, atau terdapat dose ubatan yang berlebihan bagi sesuatu shift, periksa semula rekod pemberian ubatan bagi kemungkinan terdapat kesilapan dalam pemberian ubatan. 3 Periksa setiap ubatan dan rekod pemberian ubatan bagi dos, masa, dan tempat pemberian. 4 Lihat semula ubat yang di pesan oleh pegawai perubatan bagi memastikan tiada kekeliruan di antara rekod ubatan dan pakej ubat. 5 Bawa troli ubatan ke bilik pesakit 6 Basuh tangan 7 Bermula dari bahagian atas rekod ubatan, cari setiap ubatan yang ingin diberikan pada masa tersebut. Lihat lebel ubatan dengan rekod ubatan. Rasional : Sebagai langkah keselamatan bagi memastikan ubatan yang tepat diberikan. 8 Letakkan sampul ubatan di dalam bekas ubatan. Jangan keluarkan dahulu ubatan daripada sampul ubatan. Rasional : Supaya ubatan tidak dibazirkan dan tidak dikontaminasi jika tidak digunakan. Lihat lebel ubatan dengan rekod ubatan. Rasional : Sebagai langkah keselamatan kedua bagi memastikan ubatan yang tepat diberikan.

Upload: rafique-sumardi

Post on 26-Jun-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persediaan ubatan

Pemberian ubatan melalui kaedah oral

Alatan

1) Rekod ubatan di dalam Kardex ubat2) Troli ubatan3) Kunci Troli ubatan4) Bekas ubat5) Air masak6) Cawan

No Prosedur Dilakukan1 Buka laci pada troli ubat. Pastikan nama dan nombor pendaftaran pesakit yang tertera

pada lebel pada laci adalah sama dengan nama dan nombor pendaftaran pesakit pada Kardex ubat.

2 Periksa ubatan di dalam Kardex ubat. Mulakan pada bahagian atas Kardex ubat,periksa senarai ubatan berdasarkan ubatan yang terdapat di dalam stok laci. Pastikan kesemua ubatan di dalam stok laci mencukupi bagi shift anda. Bahagian Pharmacy akan menambah semula stok ubatan setiap 24 jam. Rasional : Jika terdapat dose ubatan yang tidak mencukupi, atau terdapat dose ubatan yang berlebihan bagi sesuatu shift, periksa semula rekod pemberian ubatan bagi kemungkinan terdapat kesilapan dalam pemberian ubatan.

3 Periksa setiap ubatan dan rekod pemberian ubatan bagi dos, masa, dan tempat pemberian.

4 Lihat semula ubat yang di pesan oleh pegawai perubatan bagi memastikan tiada kekeliruan di antara rekod ubatan dan pakej ubat.

5 Bawa troli ubatan ke bilik pesakit6 Basuh tangan 7 Bermula dari bahagian atas rekod ubatan, cari setiap ubatan yang ingin diberikan pada

masa tersebut. Lihat lebel ubatan dengan rekod ubatan. Rasional : Sebagai langkah keselamatan bagi memastikan ubatan yang tepat diberikan.

8 Letakkan sampul ubatan di dalam bekas ubatan. Jangan keluarkan dahulu ubatan daripada sampul ubatan. Rasional : Supaya ubatan tidak dibazirkan dan tidak dikontaminasi jika tidak digunakan. Lihat lebel ubatan dengan rekod ubatan. Rasional : Sebagai langkah keselamatan kedua bagi memastikan ubatan yang tepat diberikan.

9 Periksa nombor bilik pesakit/nombor katil pesakit yang terdapat pada rekod ubatan. Kunci troli ubatan sebelum memasuki bilik pesakit. Rasional : Langkah mengunci troli ubatan adalah merupakan langkah keselamatan bagi mengelakkan kecurian ubatan disebabkan troli ubatan selalunya ditinggalkan semasa pemberian ubatan.

10 Periksa nombor pendaftaran pesakit pada gelang indentiti dan minta pesakit menyatakan namanya sendiri.

11 Lihat semula nama ubatan dan dos ubatan pada pakej ubat sebelum mengeluarkan ubatan dan meletakkannya di dalam bekas ubat. Rasional : Sebagai langkah keselamatan bagi memastikan dos dan ubat yang tepat diberikan pada pesakit.

12 Terangkan mengenai nama ubat, tujuan pemberian ubat,dan jawab sebarang pertanyaan daripada pesakit. Rasional : Merupakan satu legal dan etika perawatan serta memudahkan kerjasama pesakit.

Page 2: Persediaan ubatan

13 Minta kebenaran pesakit sebelum pemberian ubat. Rasional : Merupakan satu legal dan etika perawatan serta menghormati hak pesakit.

14 Bantu pesakit duduk. Berikan bekas ubat dan secawan air masak kepada pesakit.15 Pastikan pesakit menelan ubatan tersebut.16 Letakkan pesakit pada kedudukan yang selesa17 Buang sampul ubat yang kosong.18 Basuh tangan19 Catat nama jururawat,masa pemberian ubatan, tarikh pemberian ubatan,dan

tandatangan pada rekod pemberian ubatan.20 Bawa troli ubatan kepada bilik pesakit yang lain

Aktiviti 1: En Hamidon menghidapi Chronic Cardiac Failure. Beliau dipreskripsikan dengan ubatan seperti berikut:

1) Preskripsi :Tablet Lasix 40 mg bdTablet Paracetamol 450 mg prnTablet Enalapril 100 mg tdsCapsule Amoxicillin 10 mg tds

Stok :

Tablet Furosamide 20 mgTablet Panadol 450 mgTablet Enalapril 50 mgCapsule Amoxicillin 10 mg

1) Pelajar dapat memberikan ubatan oral bagi ubatan yang disenaraikan dan melakukan prosedur pemberian ubatan seperti yang disenaraikan.

2) Pelajar perlu memahami maksud abreviasi ubatan bagi ubatan yang dipreskripsikan dengan memberikan ubatan pada masa yang tepat.

3) Pelajar perlu membezakan nama generic (generic name) dan nama jualan (trade name) ubatan tersebut dengan memilih ubatan yang sesuai.

Page 3: Persediaan ubatan

Pemberian ubatan melalui kaedah parenteral

Alatan

1) Rekod ubatan di dalam Kardex ubat2) Troli ubatan3) Kunci Troli ubatan4) Vail/ampule5) Syringe6) Needle7) Injection Tray8) Kidney Dish kecil9) Kidney dish besar10) Alcohol swab11) Swab kering12) Sharp bin

No Prosedur Dilakukan1 Buka laci pada troli ubat. Pastikan nama dan nombor pendaftaran pesakit yang tertera

pada lebel pada laci adalah sama dengan nama dan nombor pendaftaran pesakit pada Kardex ubat.

2 Periksa ubatan di dalam Kardex ubat. Mulakan pada bahagian atas Kardex ubat,periksa senarai ubatan berdasarkan ubatan yang terdapat di dalam stok laci. Pastikan kesemua ubatan di dalam stok laci mencukupi bagi shift anda. Bahagian Pharmacy akan menambah semula stok ubatan setiap 24 jam. Rasional : Jika terdapat dose ubatan yang tidak mencukupi, atau terdapat dose ubatan yang berlebihan bagi sesuatu shift, periksa semula rekod pemberian ubatan bagi kemungkinan terdapat kesilapan dalam pemberian ubatan.

3 Periksa setiap ubatan dan rekod pemberian ubatan bagi dos, masa, dan tempat pemberian.

4 Lihat semula ubat yang di pesan oleh pegawai perubatan bagi memastikan tiada kekeliruan di antara rekod ubatan dan pakej ubat.

5 Bawa troli ubatan ke bilik pesakit6 Basuh tangan 7 Sediakan ubatan parenteral mengikut prosedur yang ditetapkan.8 Letakkan syringe dan alcohol swab di atas tray. Lihat lebel ubatan dengan rekod

ubatan. Rasional : Sebagai langkah keselamatan kedua bagi memastikan ubatan yang tepat diberikan.

9 Periksa nombor bilik pesakit/nombor katil pesakit yang terdapat pada rekod ubatan. Kunci troli ubatan sebelum memasuki bilik pesakit. Rasional : Langkah mengunci troli ubatan adalah merupakan langkah keselamatan bagi mengelakkan kecurian ubatan disebabkan troli ubatan selalunya ditinggalkan semasa pemberian ubatan.

10 Periksa nombor pendaftaran pesakit pada gelang indentiti dan minta pesakit menyatakan namanya sendiri.

Page 4: Persediaan ubatan

11 Terangkan mengenai nama ubat, tujuan pemberian ubat,dan jawab sebarang pertanyaan daripada pesakit. Rasional : Merupakan satu legal dan etika perawatan serta memudahkan kerjasama pesakit.

12 Minta kebenaran pesakit sebelum pemberian ubat. Rasional : Merupakan satu legal dan etika perawatan serta menghormati hak pesakit.

13 Sediakan privacy pada pesakit. Posisikan pesakit pada posisi yang sepatutnya. 14 Beritahu pesakit bahawa semasa pemberian ubatan melalui kaedah perenteral ,pesakit

akan merasa sedikit kurang selesa. Rasional : supaya pesakit dapat bersedia. Berikan ubatan mengikut tatacara yang betul.

15 Letakkan pesakit pada kedudukan yang selesa16 Buang syringe yang digunakan kedalam sharp bin atau receiver.17 Basuh tangan18 Catat nama jururawat,masa pemberian ubatan, tarikh pemberian ubatan,dan

tandatangan pada rekod pemberian ubatan.19 Bawa troli ubatan kepada bilik pesakit yang lain