persatuan wushu

29
1 PENGENALAN Tujuan saya membuat kertas kerja ini adalah membantu guru dan rakan-rakan saya mengetahui halatuju pembangunan sukan di Negara Brunei Darussalam. Kertas kerja ini dibuat adalah ingin mengetahui dan mengkaji serba sedikit mengenai kemajuan persatuan/ kelab/ badan sukan di Negara Brunei Darussalam ini sama ada berkembang, mundur atau tiada kemajuan langsung yang dapat diungkapkan seperti ‘Yang Unggul Dipertahankan’, ‘Yang Rebah Dibangunkan’, dan ‘Yang Terlena Dikejutkan’. Pengarang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Haji Mohammad Tajuddin Haji Tengah atas memberi nasihat dan tunjuk ajar, rakan sebaya dan atlet-atlet yang berkesudian ditemubual dan memberi galakan dalam membantu usaha menjayakan pengkajian tajuk ini. Semoga rakan-rakan saya dalam bidang Pendidikan Jasmani akan mencapai dan mendapat rujukan yang berfaedah dari usaha sederhana ini.

Upload: silvia-li

Post on 01-Jul-2015

382 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persatuan Wushu

1

PENGENALAN

Tujuan saya membuat kertas kerja ini adalah membantu guru dan rakan-rakan saya

mengetahui halatuju pembangunan sukan di Negara Brunei Darussalam.

Kertas kerja ini dibuat adalah ingin mengetahui dan mengkaji serba sedikit mengenai

kemajuan persatuan/ kelab/ badan sukan di Negara Brunei Darussalam ini sama ada

berkembang, mundur atau tiada kemajuan langsung yang dapat diungkapkan seperti ‘Yang

Unggul Dipertahankan’, ‘Yang Rebah Dibangunkan’, dan ‘Yang Terlena Dikejutkan’.

Pengarang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Cikgu Haji Mohammad Tajuddin Haji Tengah atas memberi nasihat dan tunjuk ajar,

rakan sebaya dan atlet-atlet yang berkesudian ditemubual dan memberi galakan dalam

membantu usaha menjayakan pengkajian tajuk ini.

Semoga rakan-rakan saya dalam bidang Pendidikan Jasmani akan mencapai dan

mendapat rujukan yang berfaedah dari usaha sederhana ini.

Sekian terima kasih dan selamat bertugas.

Page 2: Persatuan Wushu

2

ABSTRAK

Menurut kajian yang dijalankan, halatuju pembangunan sukan di Negara Brunei

Darussalam kini sangat mengecewakan. Adapun persatuan ini pada dasarnya berjaya dan

mampu menghasilkan pencapaian yang memuaskan bagi negara, namun setelah dipisi-pisi,

persatuan ini dalam kesulitan dan pihak yang berwajib bagi membangun persatuan ini perlu

dikejutkan. Persatuan yang dimaksudkan ialah Persatuan Wushu Negara Brunei Darussalam.

Persatuan ini dikatakan mampu merealisasilan harapan selepas berusaha gigih dengan

membekalkan semangat kental dan harapan mendapat peluang untuk menyertai kejohanan

serantau dan antarabangsa kelak, tetapi kata-kata itu hanya kata-kata kosong. Huraian

selanjutnya akan dibincangkan lebih lanjut.

Page 3: Persatuan Wushu

3

KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang sukan di Negara Brunei Darussalam.

4

1.2 Faktor-faktor yang menjana kepada menurunnya prestasi

sukan di Negara Brunei Darussalam. 5

2.0 Persatuan Wushu Negara Brunei Darussalam.

2.1 Pengenalan penubuhan. 6

2.2 Perkembangan Persatuan Wushu.

7

2.2.1 Latihan yang digubal. 8

2.3 Masalah yang dihadapi dalam Persatuan Wushu

9

3.0 Saranan yang perlu diubah untuk menjadikan Persatuan Wushu

lebih baik. 10

3.1 Konsep pengurusan sukan

10

3.1.1 Pengendalian 11

3.1.2 Perlaksanaan 12

3.1.3 Prosidur disiplin 13

3.1.4 Publisiti 14

3.1.5 Keselamatan 14

3.1.6 Ganjaran 15

4.0 Pandangan orang awam mengenai sukan wushu 16

4.1 Pandangan Jurulatih Li Hui 17

4.2 Temubual 18

5.0 Kesimpulan 18

Gambar 19

Rujukan 22

Page 4: Persatuan Wushu

4

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang sukan di Negara Brunei Darussalam.

Aktiviti sukan dan rekreasi telah sekian lama menjadi sebahagian

daripada cara hidup rakyat dan penduduk negara ini. Terdapat banyak

persatuan, pertubuhan, kelab-kelab dan badan-badan sukan ditubuhkan

mengikut kemunculan atlet-atlet yang berbakat aktif dalam membangun

suatu pertubuhan. Ini dapat di lihat dalam Persatuan Olahraga Amatur

Brunei yang muncul ditubuhkan pada tahun 1953 dan Persatuan Bolasepak

Amatur Brunei pada tahun 1956. Kegemilangannya mengikut peredaran dan

penerimaan oleh masyarakat di Brunei. Kini kira-kira 32 jenis sukan

mempunyai Persatuan Sukan Kebangsaan dan lebih daripada 150

pertubuhan kelab sukan dan belia menjalankan aktiviti sukan. Majlis Sukan

Brunei yang telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan dibubarkan pada tahun

1987 bertujuan menggabung dan menyelaraskan Persatuan-Persatuan

Sukan Kebangsaan. Peranannya di ambil alih oleh Majlis Olimpik Kebangsaan

Negara Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada tahun 1984. Majlis ini

menjadi anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan mewakili Negara

dalam temasya, kejohanan anjuran dan naungannya.

Di pihak Kerajaan, usaha memimpin dan menyelaras aktiviti sukan

bermula secara rasmi pada tahun 1974 dengan penubuhan Jabatan

Kebajikan, Belia dan Sukan dengan tugas mengawasi, mengatur langkah-

langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan

Page 5: Persatuan Wushu

5

mengenai dengan kebajikan, belia dan sukan. Selain itu, merancang dan

memajukan sukan secara terpimpin dan terkawal dengan tujuan supaya

dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatu padu bukan saja dari

segi tubuh badan ahli-ahli masyarakat itu tetapi dari segi pendirian dan

semangat mereka sesuai dengan kehendak masyarakat Negara Brunei

Darussalam.

Pada tahun 1984 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah

ditubuhkan untuk memperkukuhkan lagi kepimpinan, pelaksanaan dasar

penyelarasan program. Pada keseluruhannya penyertaan masyarakat dalam

sukan dan rekreasi semakin bertambah melalui berbagai-bagai rancangan

dan kemudahan sukan yang disediakan dalam proses pembinaan dan

perancangan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

1.2 Faktor-faktor yang menjana kepada menurunnya prestasi sukan

di Negara Brunei Darussalam.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-

Pertuan Negara Brunei Darussalam sangat menitikberatkan masyarakat mengamalkan budaya

sukan supaya rakyat tidak tertekan akan keadaan sekeliling serta menggalakan rakyat

mengamalkan gaya hidup sihat. Sukan merupakan sebahagian aktiviti yang diamalkan oleh

penduduk yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan perhubungan antarabangsa.

Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan kelemahan sukan ialah

ketiadaan tapak yang kukuh bagi persatuan, kelab dan badan-badan yang

menyebabkan kurangnya penyertaan atau penglibatan yang aktif di

kalangan masyarakat dan penaburan (distribution) kemudahan-kemudahan

sukan, terutama bagi sektor "Sukan Untuk Masyarakat”. Ini jelas nampak

berpuluh-puluh persatuan ditubuhkan namun tapak yang dikhaskan kurang

atau tidak ada sama sekali contohnya dewan bagi sukan bola tampar, bola

tangkis, silat, taekwando, wushu dan banyak lagi.

Page 6: Persatuan Wushu

6

Selain dari itu, kurang keberkesanan kepimpinan dan kelemahan

pengurusan terutama dikalangan pertubuhan dan persatuan sukan

kebangsaan. Antara puncanya ialah ketidaksefahaman dikalangan ahli yang

menyebabkan bertindih peranan dan tanggungjawab masing-masing,

perkhidmatan juga tidak teratur dan tidak sepenuh masa. Kelemahan

program kejurulatihan dari segi bilangan jurulatih juga faktor yang

melemahkan keunggulan sukan selain dari kelayakan dan pengalaman

jurulatih yang hanya bertugas secara sambilan.

Ini juga antara yang menyundang kepada kebangkitan sukan di Negara

Brunei Darussalam iaitu kekurangan perancangan pembangunan yang

saintifik tanpa kesinambungan antara satu sektor program dengan yang lain,

termasuklah perancangan tiap-tiap jenis sukan, dan tanpa penyelarasan

yang berkesan. Di samping itu, kekurangan sumber kewangan di setiap

pertubuhan dan persatuan sukan kebangsaan untuk pengurusan dan

pelaksanaan program tanpa usaha mendapatkannya sendiri.

Faktor-faktor yang dihuraikan di atas ini sangat mengecewakan kerana

tidak diendahkan sama sekali oleh pihak yang berwajib. Ini seakan-akan

bahawa kerajaan brunei tidak mampun untuk mengurus dan membangun

semula sukan Negara sedangkan sukan diadakan adalah menggalakkan

pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui penyertaan dan

sumbangan di kalangan belia dan sukan.

2.0 Persatuan Wushu Negara Brunei Darussalam

2.1 Pengenalan penubuhan

Persatuan Wushu Negara Brunei Darussalam ini mula ditubuhkan pada

tahun 2002 atas inisiatif atlet-atlet sukan Wushu. Mereka juga bersepakat

Page 7: Persatuan Wushu

7

bagi memilih Ang Swee Guan, pemilih Hotel River View sebagai Presiden

Persatuan Wushu ini dan hingga sekarang, beliau masih memegang jawatan

tersebut. Pada asalnya ahli-ahli dalam persatuan ini terdiri dari golongan

belia sahaja dan hanya 12 orang sahaja yang giat aktif memajukan sukan

Wushu tersebut. Setelah tertubuhnya persatuan ini, beberapa orang atlet

telah dihantar ke acara sukan yang diadakan di Genting Highland pada bulan

Mac. Mereka telah menjuarai pingat emas yang dibawa pulang oleh Isa bin

Bismi. Ini adalah pencapaian pertama Persatuan Wushu. Setelah setahun

kemudian barulah Persatuan Wushu diiktiraf secara rasminya sebagai

persatuan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kemudian

nama Persatuan Wushu meningkat tahun demi tahun dan dalam tahun 2003,

atlet wushu telah mendapat pendedahan dengan menyertai beberapa

kejohanan di Republik Rakyat China dalam Kejohanan Open Asia Wushu di

Macau. Pada tahun 2005 pula, persatuan ini menyertai Kejohanan Wushu

Asia di Yangon, Myanmar.

Semua usaha yang dikutip oleh para atlet Wushu ini adalah hasil dari

bimbingan dan tunjuk ajar jurulatih mereka iaitu sifu Chen Nam Eh. Beliau

adalah ahli Wushu Tradisional iaitu seni bela diri yang hanya mengikut

rentak tradisional. Dalam kata lain, Wushu Tradisional ini tidak memerlukan

gaya acrobatic sepertimana dalam Wushu moden sekarang ini. Menurut

mereka dengan bimbingan sifu Chen Nam Eh, mereka banyak mempelajari

pelbagai teknik dan memperbaiki beberapa kelemahan melalui sesi latihan

yang dijalankan. Isa bin Bismi menjelaskan:

“Setakat ini nampaknya kami berjaya perbaiki beberapa kelemahan dan

melalui latihan harian dan latihan pendedahan di China Julai lepas, prestasi

kami semakin meningkat”.

Pada tahun 2005, para atlet Wushu dikatakan telah menggalas

cabaran negara dalam temasya Sukan SEA Ke-XXIII 2005 di Republik Filipina.

Page 8: Persatuan Wushu

8

Ini adalah kali pertama negara menghantar kontinjen bagi mewakili negara

dalam acara Wushu. Tiga orang atlet yang mewakili acara ini terdiri dari

pasangan adik-beradik iaitu Isa Bismi dan Ismi Bismi dan Tan Peng Horng

dengan menyertai kategori Nan Quan dan Tai Chi Quen serta Tai Chi Jian

(Pedang). Dalam temasya itu, mereka telah berusaha dalam mempamerkan

persembahan yang terbaik.

2.2 Perkembangan Persatuan Wushu

Menjelang tahun 2007, Persatuan Wushu ini telah di ambil alih oleh

jurulatih baru dari Republik Rakyat China iaitu Li Hui. Setelah beliau

memegang jawatan jurulatih, persatuan ini kian berkembang dan banyak

berubahan dibuat antaranya ialah dari segi latihan termasuk teknik,

pemanasan badan, masa dan tempat. Bilangan ahli juga bertambah setiap

minggu yang terdiri dari golongan kanak-kanak dan remaja. Oleh yang

demikian, perubahan yang dibuat oleh Li Hui jelas telah mendatangkan

kemajuan yang ketara dan ini dapat di lihat dalam beberapa kejohanan yang

dianjurkan di luar negara. Persatuan Wushu juga telah dikenali oleh

masyarakat terutama golongan anak sekolah. Sekarang jumlah ahli kian

meningkat sehingga mencacah jumlah kira-kira 30 orang.

Persatuan ini tidak mengambil sebarang bayaran atau yuran

kemasukan untuk menjadi ahli dalam persatuan ini. Ini adalah salah satu

tarikan dan kelebihan supaya orang ramai tertarik untuk mempelajari seni

bela diri ini. Sebelumnya pada tahun 2003, setiap kemasukan ahli dikenakan

bayaran dua ratus ringgit untuk menampung pembelanjaan diri mereka

selama berada dalam persatuan ini. Namun kutipan derma juga akan dikutip

jika wang saku persatuan berkurangan. Oleh yang demikian, sangat

beruntung ahli-ahli baru yang mengikuti persatuan ini kerana kemasukan

percuma. Sekarang kebanyakkan ahli terdiri dari kanak-kanak dan remaja

yang berusia 5 hingga 17 tahun.

Page 9: Persatuan Wushu

9

2.2.1 Latihan yang digubal

Perubahan yang ketara setelah Li Hui memegang jawatan jurulatih

persatuan ini nampak pada perubahan latihan. Sebelumnya latihan yang

dibuat tidak teratur dan tidak mengikut pada jadual yang dirancang. Namun

sekarang Persatuan Wushu ini mengadakan latihan enam kali seminggu iaitu

pada hari Isnin hingga Rabu dan Jumaat, mereka mula berlatih dari jam 5

hingga 8 malam manakala hari Kamis dan Sabtu mereka mengadakan

latihan gimnasium. Li Hui ini seorang yang sangat tegas dan berdisiplin.

Beliau sangat menitikberatkan latihan yang dirancang mengikut waktunya.

Misalnya mereka tiada tempat untuk berlatih, mereka tetap akan

melanjutkan latihan di luar dewan.

Selain dari itu, sebelum latihan mereka akan memulakan dengan

pemanasan badan beramai-ramai. Tidak seperti sebelumnya, mereka terus

sahaja membuat latihan praktikal mereka tanpa pemanasan badan. Jika atlet

itu ingin membuat pemanasan badan mereka akan melakukan dengan

sendiri-sendiri dan ini menyebabkan mereka ketinggalan sesi latihan.

2.3 Masalah yang dihadapi dalam Persatuan Wushu

Menurut temubual bersama beberapa orang atlet dan jurulatih Li Hui,

mereka memberikan jawapan yang sama mengenai masalah yang dihadapi

dalam persatuan ini iaitu mengenai tempat dan peralatan mereka. Peratuan

ini sudah berusaha sedaya mungkin meminta pertimbangan dari Jabatan

Belia dan Sukan untuk menyediakan tempat yang dikhaskan untuk sukan

Wushu, namun masih belum diungkayahkan. Maka dengan ini mereka masih

dalam kesulitan bagi mengadakan sesi latihan jika dewan penempatan

mereka sekarang digunakan bagi acara-acara sukan. Dewan Serbaguna

Stadium Hassanal Bolkiah adalah penempatan bagi persatuan ini. Kita sudah

Page 10: Persatuan Wushu

10

maklum bahawa dewan ini sering digunakan bagi acara-acara perlawanan

sukan. Adalah tidak mustahil persatuan ini akan tergendala membuat latihan

mereka nanti semasa Pesta Sukan Kebangsaan berlangsung.

Selain masalah tempat, sudah tentu peralatan lainnya juga

kekurangan iaitu kapit khas bagi Wushu. Sekarang mereka menggunakan

kapit bagi gimnastik yang hanya setebal satu inci. Kapit yang disediakan itu

tidak sesuai bagi sukan Wushu yang menyebabkan mereka dalam kesakitan

jika terhempas ke lantai. Walaupun demikian, mereka tetap menjalani

latihan walau sesakit apapun mereka. Ahli-ahli persatuan ini tidak putus asa

menanti akan pertimbangan yang dilemparkan.

Beralih kepada masalah kewangan, memandangkan kemasukan

persatuan ini percuma, semua ahli bersepakat untuk mengeluarkan wang

saku sendiri jika memerlukan keperluan lain seperti peralatan pedang,

pakaian, perubatan dan sebagainya. Namun mereka tidak merungut akan

hal kewangan mereka kerana tidak selalu mereka membeli keperluan

tersebut. Lagi pula segala peralatan Wushu hanya ada dijual di luar Negara

seperti di China. Kasut mereka juga tidak ada dijual disini, hanya ahli lama

sahaja yang terdapat kasut khas Wushu. Ahli-ahli baru hanya digalakkan

memakai kasut getah yang lembut dan selesa.

3.0 Saranan yang perlu diubah untuk menjadikan Persatuan Wushu

lebih baik.

Setelah mengetahui akan perkembangan dan permasalahn yang

dihadapi oleh persatuan ini, adalah perlu dikejutkan pihak-pihak berkenaan

bagi membangun dan menyerlahkan lagi sukan Wushu di Negara Brunei

Darussalam. Sukan Wushu ini jika diamat-amati tidaklah terkenal daripada

sukan yang lain, namun begitu, sedangkan di Negara serantau boleh kenapa

tidak Negara Brunei Darussalam juga boleh memajukan lagi sukan Wushu ini

Page 11: Persatuan Wushu

11

supaya menjadi terkenal sama sepeti Silat dan Taekwando. Pihak Jabatan

Belia dan Sukan perlu mengambil tidakan bagi memajukan lagi sukan Wushu

ini sebagaimana kita tahu sukan Wushu ini sangat memberi impak bagi

mengharumkan lagi nama negara. Sukan Wushu ini adalah sukan yang

susah dipelajari jika seseorang itu tidak mempunyai kelebihan dalam diri

iaitu dari segi kelembutan badan. Wushu adalah sukan yang berpeluang

besar untuk membawa pulang pingat dari luar negara. Dari mula

penubuhannya hingga sekarang, sukan Wushu mendapat banyak pingat

hampir tiap-tiap kejohanan. Pengabaian Persatuan Wushu ini sangatlah

mengecawakan sedangkan sukan Wushulah yang boleh mengharumkan

nama Negara Brunei Darussalam. Dalam kata lain persatuan ini bolehlah

dikatakan menurut rangkai kata ‘Yang Terlena Dikejutkan’ atas sebab-sebab

tertentu yang akan dihuraikan nanti.

3.1 Konsep pengurusan sukan

Dengan adanya penglibatan negara dalam bidang sukan, ini bermakna

pihak kerajaan turut memberi sokongan padu dan kukuh terhadap konsep

semangat kesukanan yang tulen. Dengan sendirinya negara menggalakkan

masyarakat supaya melibatkan diri dalam bidang sukan dan mematuhi

segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan untuk

mewujudkan keadilan dalam masyarakat. Dengan adanya semangat

kesukanan juga, tidak mustahil hidup masyarakat akan dalam keadaan sihat

dan terhindar dari sebarang penyakit terutama stress dan penyakit jantung.

Pengurusan sukan yang bersistematik dan boleh mempertahankan nama

persatuan, kelab atau badan-badan sukan harus ada strategi yang teratur.

Strategi pengurusan sukan yang dimaksudkan ialah adanya pengendalian

yang baik, cara perlaksanaan suatu persatuan, prosedur disiplin, publisiti,

keselamatan dan akhir sekali ialah ganjaran.

3.1.1 Pengendalian

Page 12: Persatuan Wushu

12

Pengelolaan dan penyeliaan program sukan hendaklah melibatkan

semua kakitangan persatuan supaya tanggungjawab dan kesilapan dalam

mentadbir program persatuan akan diterima dengan baik, teratur, teliti dan

tersusun kemas tanpa adanya kekeliruan yang boleh meruntuhkan

persatuan tersebut. Selain dari itu, carta organisasi dalam pentadbiran

hendaklah dipersiapkan supaya pengendalian persatuan berjalan dengan

licin dan terancang di samping tidak menjejaskan kedudukan dan tugas

kakitangan.

Dalam Persatuan Wushu ini didapati pengendaliannya tidak teratur

dan tidak kemas yang menyebabkan tiadanya program-program yang

dirancang oleh ahli jawatankuasa tertinggi untuk ahli-ahli bawahannya

termasuklah para atlet. Oleh kerana tiadanya pengendalian teratur telah

menyebabkan ahli-ahli berkerja sendiri dengan menampung segala

pembelanjaan dan keperluan bagi meneruskan sukan Wushu tersebut

seperti pencarian tempat latihan, peralatan juga tidak lengkap iaitu kapit,

pedang, kasut dan sebagainya. Begitu juga dengan pertandingan dan

kejohanan yang diadakan di dalam mahupun di luar negara semuanya telah

diuruskan oleh jurulatih sendiri. Hal ini sangat memalukan dan meruntuhkan

moral keMelayuan yang bersikap lepas tangan, tambahan jurulatih yang

memegang persatuan Wushu ini berasal dari negeri China dan baru dilantik

pada 2007.

Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab harus bangun dan

sedar akan tanggungjawab masing-masing kerana sukan Wushu ini adalah

sukan yang sangat memberi impak besar bagi menghidupkan semangat

kesukanan Martial Arts di negara ini.

3.1.2 Perlaksanaan

Page 13: Persatuan Wushu

13

Dalam sebuah persatuan, semua ahli sukan harus terlibat aktif dalam

pelbagai jenis gerak kerja sukan yang dirancang. Penglibatan mereka ini

sangat penting bagi menghidupkan suasana persatuan dan mengeratkan

lagi hubungan sesama ahli serta memupuk semangat kerjasama di kalangan

masyarakat. Perlaksanaan program sukan hendaklah melibatkan semua

pegawai, penyelaras, jurulatih, atlet dan masyarakat. Di samping itu,

pengagihan tugas yang diberikan kepada mereka biasanya berpandukan

kepada kelayakan, bakat, kebolehan, keperluan, minat, kesesuaian dan

kesaksamaan. Setiap ahli sukan hendaklah memegang tidak lebih dari dua

jawatan penting dalam persatuan sukan agar tidak menjejaskan prestasi

kerjaya dan pengkajian mereka. Jawatan yang dipegang itu termasuklah

jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan

Bendahari. Mereka harus merancang segala kegiatan sukan dengan

menetapkan matlamat yang hendak dicapai dalam projek yang telah

ditetapkan.

Dalam perlaksanaan suatu program, pegawai yang bertanggungjawab

harus mencatat dan meneliti segala aktiviti dan kemajuan yang telah dicapai

secara berterusan. Pihak persatuan sukan harus memberi penghargaan

kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang dijalankan. Lain

pula halnya dalam Persatuan Wushu, persatuan ini sama sekali tidak ada

perancangan dan perlaksanaan suatu program. Ini adalah suatu kesilapan

yang dibuat oleh ahli jawatankuasa persatuan kerana masih terlena akan

kepentingan hidup berpersatuan. Kegiatan dan aktiviti yang dilakukan

selama ahli berada dalam persatuan ini penuh dengan latihan dan mengikuti

acara-acara yang diadakan di luar negara. Persatuan Wushu ini hanya

menunggu panggilan jika berlangsung suatu majlis seperti Tahun Baru Cina,

jemputan dari kerabat-kerabat dan persembahan di sekolah-sekolah.

3.1.3 Prosidur disiplin

Page 14: Persatuan Wushu

14

Pegawai-pegawai harus mendapatkan kerjasama sepenuhnya dari

pengurus pemain atau atlet. Mereka digalakkan melaporkan bantahan

kepada pegawai yang bertugas bagi mengelakkan berlakunya masalah

disiplin dan keganasan. Bantahan dibenarkan bagi keadaan apabila berlaku

salah tafsiran peraturan dan undang-undang. Keputusan pengadil adalah

muktamad dan tidak boleh dibuat bantahan tetapi kegagalan pegawai

menggunakan peraturan dan undang-undang terhadap sesuatu keadaan

boleh dibuat bantahan.

Selain dari hal tersebut, pegawai-pegawai atasan persatuan juga harus

mempunyai disiplin diri supaya ahli bawahan juga turut mengamalkan

disiplin yang ditunjukkan. Sekiranya pegawai atasan tiada disiplin dalam

menjalani tugas yang dipertanggungjawabkan, maka demikian juga halnya

kurangnya disiplin ahli-ahli dalam mendisiplinkan diri dalam senuah

persatuan.

Dalam hal ini, perkaitan dengan Persatuan Wushu juga mustahak bagi

mencegah dari sebarang masalah yang tidak diingini. Hal ini memang sudah

di ambil berat oleh jurulatih persatuan dan juga sukan Wushu ini juga

sekaligus mendidik supaya menanamkan disiplin diri. Tambahan harus di

ambil perhatian mengenai penggunaan peralatan seperti pedang dan

senjata yang digunakan dalam persembahan dinasihatkan supaya

menyimpannya ditempat selamat bagi menghindari sebarang bahaya.

Dalam kata lain, setiap ahli-ahli dalam sebuah persatuan harus

mengamalkan tatatertib disiplin diri bagi mewujudkan kehidupan harmoni

dan kesejahteraan sebuah persatuan. Persatuan Wushu ini juga tidak kurang

lemahnya dalam mengamalkan disiplin diri di kalangan pegawai-pegawai

atasan yang hanya sambil lewa sahaja. Dengan disiplin nescaya sebuah

persatuan itu akan berjalan dengan lancar dari sebarang kekacauan.

Page 15: Persatuan Wushu

15

3.1.4 Publisiti

Publisiti bukan sahaja dapat meluaskan penyebaran berita sukan tetapi

menjadikan penggerak kepada imej program yang dijalankan ke arah lebih

popular dan digemari oleh ahli-ahli persatuan sukan yang lain. Dengan

adanya publisiti juga dapat menghidupkan suasana dan menanamkan

konsep sukan bahawa program yang disediakan adalah bertujuan memberi

faedah dan kegembiraan kepada peserta dan bukan berhasrat untuk

membeban dan menyusahkan mereka.

Kekurangan usaha menyebarluaskan iklan-iklan mengenai kejayaan

dalam persatuan ini telah menurunkan prestasi para atlet terutama kepada

atlet-atlet muda. Pihak publisiti harus mengambil tindakan bagi

meningkatkan usaha para atlet supa mereka terasa dihargai hasil dari susah

payah mereka bertarung usaha dengan atlet-atlet luar negara. Dengan

adanya publisiti juga akan dapat menarik lagi masyarakat dalam mengikuti

persatuan ini dan mengetahui akan perkembangan sukan Wushu. Oleh yang

demikian, pihak pengiklanan harus mengambil inisiatif dalam

menyebarluaskan segala kegiatan-kegiatan dan kejohanan-kejohanan yang

disertai oleh ahli dalam persatuan kerana tanpa adanya publisiti ini,

Persatuan Wushu ini tidak akan bangkit dan dikenali oleh masyarakat.

3.1.5 Keselamatan

Dalam sesebuah badan, kelab atau persatuaan sukan harus

mnegutamakan keselamatan para atlet. Oleh itu, pengawasan dan

pemantauan sentiasa dilakukan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini

berlaku. Bimbingan dan tunjukcara sentiasa diberikan oleh jurulatih dengan

menggunakan kaedah yang betul. Apabila sesuatu gerak kerja yang

dijalankan di luar kawasan bangunan persatuan dengan melibatkan

perjalanan ke sebuah tempat, jurulatih hendaklah melaksanakan tugas

Page 16: Persatuan Wushu

16

mereka dengan mengikuti prosidur yang betul. Di peringkat persekolahan

pula, borang kebenaran ibu bapa harus diperolehi dan diisi dan

ditandatangani terlebih dahulu supaya menghindari dari perkara yang tidak

diingini berlaku. Tidak ketinggalan juga kesihatan para atlet juga dijaga

dengan penyediaan ubat dan minyak jika berlaku sebarang kecederaan.

Lain pula halnya dengan persatuan ini, keselamatan mereka kurang di

ambil berat. Penyediaan kotak perubatan tidak ada sama sekali lebih-lebih

lagi semasa menjalani latihan. Pihak atasan juga kurang mengambil tindakan

mengenai hal ini. Para atlet telah membuat inisiatif sendiri dalam

menyediakan minyak-minyak urat untuk kegunaan sendiri. Ibu bapa atlet

juga turut menolong anak-anak mereka jika berlaku kecederaan seliuh kaki

dan sakit belakang akibat hentakan ke lantai. Oleh itu, para ibu bapa sangat

risau akan keselamatan anak-anak mereka dan mereka tidak jemu untuk

menunggu anak-anak mereka hingga selesai sesi latihan.

3.1.6 Ganjaran

Ganjaran adalah perlu dianugerahkan dalam apa jua aktiviti yang

dianjurkan oleh persatuan sukan. Begitu juga dengan program sukan,

galakan hendaklah diberikan untuk menjayakan sebarang program. Pihak

persatuan sukan memainkan peranan penting dalam usaha memberi

ganjaran dari awal hingga akhir aktiviti sukan yang dijalankan itu dengan

menarik minat lebih ramai para peserta supaya menceburi diri dalam

kegiatan sukan. Persatuan sukan harus dapat membantu ahli-ahli mereka

agar melibatkan diri dalam lapangan sukan sepanjang tahun.

Dalam hubungan ini adalah mustahak untuk melengkapkan mereka

dengan kemahiran asas dan seterusnya meningkatkan prestasi sukan. Pihak

persatuan hendaklah menyediakan kemudahan dan peralatan yang sesuai

agar peserta dapat menjalankan latihan ke peringkat maksimum. Jurulatih

Page 17: Persatuan Wushu

17

yang dilantik harus menunjukkan minat waktu menjalankan aktiviti sukan.

Pencapaian prestasi ahli sukan kerap kali dinilai agar mereka mengetahui

dan seterusnya berazam untuk mencapai matlamat persatuan mereka.

Pihak persatuan perlu mengiktiraf segala kejayaan yang telah dicapai

oleh para ahlinya dalam kegiatan sukan. Ganjaran juga diberikan dalam

bentuk piala pusingan, cenderamata, biasiswa, sijil kejayaan dan

penyertaan, warna, pakaian sukan dan seragam. Hadiah akademik juga

diberikan kepada mereka yang cemerlang dalam bidang sukan.

Kejayaan ahli-ahli persatuan harus dimasukkan ke dalam Berita Sukan

atau Majalan persatuan di samping mengadakan jamuan keramaian kepada

ahli yang berjaya. Pengistiharan olahragawan dan olahragawati perlu

diadakan sekali setiap tahun dalam majlis yang gilang-gemilang. Pihak

persatuan sukan juga sentiasa memberikan penghargaan kepada pegawai,

jurulatih dan penyelaras berkenaan dalam bentuk ucapan, jamuan dan

cenderamata.

Dalam persatuan Wushu ini, selepas bertemubual bersama atlet

kebangsaan iaitu Isa bin Bismi, beliau telah mendapat anugerah PIKB iaitu

Pingat Indah Kerja Baik dari kurniaan ABDB atas kejayaan yang diraih.

Malangnya tiada pula anugerah atau ganjaran yang diberikan dari persatuan

ini kepada atlet-atlet yang berjaya dalam suatu kejohanan. Beliau sangat

bersyukur atas anugerah yang diberikan oleh pihak ABDB kerana

menghargai penat lelah beliau.

Hal sedemikian harus di ambil tindakan supaya persatuan ini akan

lebih terkendali dengan baik dan digemari oleh ahli-ahli yang ada pada

masa sekarang. Pihak Jabatan Belia dan Sukan perlu bangun dan memikirkan

akibat dari ketiadaan tindakan seumpama itu.

Page 18: Persatuan Wushu

18

4.0 Pandangan orang awam mengenai sukan wushu

Sebelum membuat temubual bersama atlet dan jurulatih persatuan ini,

saya telah melakukan temubual bersama beberapa orang luar termasuklah

ibu bapa para atlet dan para mahasiswa mahasiswi Universiti Brunei

Darussalam.

Pertama sekali, kebanyakan mahasiswa-mahasiswi Universiti Brunei

Darussalam tidak mengenali akan sukan Wushu berserta dengan

perkembangannya di Brunei. Sejujurnya mereka hanya mengetahui dari

perkataan Wushu itu iaitu suatu Martial Arts dan juga berupa Tai Chi, namun

mereka tidak mengetahui bentuk dan cara persembahan Wushu dimainkan.

Oleh yang demikian adalah pihak-pihak berkenaan seperti kelab-kelab atau

badan-badan Martial Arts mempromosikan bentuk dan rupa persembahan

Wushu serta mengembangluaskan lagi sukan Wushu di Universiti-universiti

di Negara Brunei Darussalam.

4.1 Pandangan Jurulatih Li Hui

Beliau mengemukakan pandangan mengenai Persatuan Wushu di

Negara Brunei Darussalam ini perlu diperbaiki dengan adanya kerjasama

dengan pihak atasan. Bagi mengembangkan lagi Persatuan dan Sukan

Wushu ini adalah memerlukan sokongan dari masyarakat dan pihak kerajaan

dalam menyebarkan lagi hal-hal berkaitan dengan Wushu. Ini dapatlah

diungkayahkan melalui pendidikan di sekolah-sekolah sama ada dimasukkan

ke dalam kegiatan kurikulum sekolah atau sebagainya. Namun perlu juga

ada pendidik yang cergas dan berkelayakan untuk mengajarkan Wushu ini

kepada kanak-kanak belia di sekolah. Di sini masyarakat memainkan

peranan penting dalam mengenali dan memahami lagi konsep sukan Wushu

ini.

Page 19: Persatuan Wushu

19

Beliau juga mneyatakan bahawa masyarakat di Brunei ini rajin dan

mahu mencuba dan berusaha untuk membentuk sesuatu sukan, namun

masalah yang dihadapi hanyalah kewangan yang tidak mencukupi. Dengan

adanya keyakinan dan ingin mahu maju nescaya sesuatu impian akan

tercapai walau menampung banyak dugaan. Beliau yakin bahawa ahli-ahli

dan atlet-atlet Wushu ini akan dapat memperolehi banyak pingat jika

meneruskan usaha yang gigih dalam membuat latihan yang diajarkan. Di

samping itu kemahuan dan minat seseorang amat diperlukan dalam

memajukan persatuan Wushu ini. Setakat ini beliau berpuas hati dengan

pencapaian yang diperolehi oleh atlet-atlet muda sekarang dan berharap

akan dapat mengekalkan prestasi mereka itu.

4.2 Temubual

Beralih kepada temubual bersama salah seorang orang tua atlet muda

iaitu ibu Faustina Woo Wai Sii. Beliau menyatakan bahawa sukan Wushu

yang diikuti oleh anak-anaknya ini sangat mendatangkan kebaikan dan

beruntung untuk menjamin keselamatan dan juga kesihatan mereka.

Dengan Wushu anak-anak mereka lebih berdisiplin dan menjaga tatatertib

pergaulan. Ibu Faustina juga memberitahu bahawa kedua-dua anaknya ini

berinisiatif sendiri mengikuti persatuan Wushu ini. Sebagai orang tua hanya

perlu mendukung akan minat mereka. Faustina Woo Wai Sii berumur 18

tahun bersama adik lelakinya berumur 10 tahun, generasi muda yang ingin

meneruskan lagi mengembangkan sukan Wushu di masa akan datang.

Faustina mula mengikuti persatuan ini semasa berumur 13 tahun manakala

adik lelakinya semasa berumur 7 tahun lagi. Sekarang mereka aktif dan

banyak ilmu pengetahuan mengenai Wushu mereka dapati seperti

pergerakan dan kelembutan badan.

Mengenai permasalahan yang bangkit dalam persatuan ini ialah

mengenai kapit untuk latihan. Mereka terpaksa menahan sakit dan kadang-

kadang badan mereka bengkak akibat terjatuh ke lantai. Walaupun

Page 20: Persatuan Wushu

20

demikian, mereka tetap seronok melakukan latihan bersama rakan yang

lain.

5.0 Kesimpulan

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri

Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah selaku Presiden

Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) bersabda

bahawa penyertaan para atlet tahun lalu telah melalui proses penilaian dan

pemilihan yang agak ketat jika dibandingkan dengan penyertaan yang

sudah-sudah. Perkara ini sabda Duli Yang Teramat Mulia, dilaksanakan bagi

memastikan atlet yang bakal mewakili negara merupakan altet yang benar-

benar layak dan mampu menunjukkan mutu pencapaian yang baik di

sepanjang tempoh mereka menjalani latihan dan penyertaan dibeberapa

kejohanan yang disertai sebelum ini, di samping faktor seperti tahap

kecergasan yang tinggi dan disiplin merupakan kriteria yang sangat penting.

Dengan harapan Duli Yang Teramat Mulia, Persatuan Wushu telah

mengekalkan prestasi mereka yang telah mereka raih dalam Piala

Qingchunbao Zhejiang International Wushu Tournament 2005 yang mana

wakil atlet dari persatuan Wushu ini iaitu Lim Ee Tyng telah meraih pingat

emas dalam dua acara iaiatu Tai Ji Jian dan Tai Chi Chuan, manakala Isa bin

Bismi meraih pingat emas dalam acara bukan-pedang, Bismi bin Ismi

memenangi pingat perak dalam acara Nanquan dan Haji Zurairi Dato Hj Talib

meraih pingat emas dalam siri shaolin. Dengan kejayaan mereka ini Duli

Yang Teramat Mulia yakin bahawa atlet wushu ini akan dapat menandingi

negara-negara luar dalam sukan antarabangsa kelak.

Duli Yang Teramat Mulia juga telah berpesan kepada para atlet yang

ingin mewakili acara sukan di luar negara supaya menjaga disiplin, nama

baik negara dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan

Page 21: Persatuan Wushu

21

oleh negara penganjur. Begitu juga halnya dengan para pegawai kontinjen,

pengurus-pengurus pasukan dan juga jurulatih supaya memberikan

sokongan dan bantuan sepenuhnya kepada para atlet negara bagi

memastikan para atlet dapat menumpukan seluruh tenaga dan konsentrasi

semasa bertanding. Sokongan padu tersebut sabda Duli Yang Teramat Mulia

boleh menaikkan keyakinan dan rasa 'BRUNEI YAKIN' di kalangan para altet

negara.

Oleh yang demikian, secara tidak langsung Persatuan Wushu kini

masih tergantung untuk dikenalpasti akan kepentingan dan kewujudannya

dalam mengharumi nama negara. Pihak yang berwajib masih ‘terlena’ akan

keistemewaan Persatuan Wushu ini kerana tiadanya usaha dalam

meningkatkan taraf persatuan ini.

Gambar

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja

Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah bergambar bersama atlet-atlet

sukan Wushu. Sebelah kiri:Isa bin Bismi, Lee Ying Shi, Faustina Woo Wai Sii,

Page 22: Persatuan Wushu

22

di sebelah kiri Duli Yang Teramat Mulia ialah jurulatih Li Hui, Ismi bin Bismi

dan di akhir sekali ialah Adli bin Perancis.

Semasa menjalani latihan menggunakan pedang atau senjata. Di situ juga

nampak kapit getah gimnastik yang digunakan semasa menjalani latihan.

Peralatan yang digunakan dalam acara bersenjata

Ahli-ahli muda yang mengikuti Persatuan Wushu pada masa sekarang.

Kebanyakan mereka adalah pasangan adik beradik. Majoriti mereka adalah

berbangsa Melayu dan hanya tiga orang saja berbangsa Cina.

Page 23: Persatuan Wushu

23

Latihan aksi Sholin, Adli dipantau oleh jurulatih.