persatuan bulan sabit merah

Upload: fizah-izan

Post on 07-Jul-2015

406 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Persatuan Bulan Sabit Merah Bulan Sabit Merah atau dikenali sebagai Persatuan Palang Merah ditubuhkan oleh Henry Dunant, seorang berbangsa Switzerland. Beliau mendapat ilham penubuhan persatuan ini apabila beliau melihat peperangan yang berlaku di antara Perancis dengan Austria pada tahun 1859. Dalam peperangan tersebut, ramai askar terbunuh serta mengalami kecederaan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa diberi rawatan. Henry mencadangkan supaya menubuhkan pasukan penyelamat yang berfungsi untuk member rawatan kepada mangsa kecederaan semasa peperangan tanpa mengira kumpulan. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia dinamakan Bulan Sabit Merah Malaysia bawah Akta 1975 (Pertukaran Nama) dengan kelulusan Parlimen.

2. Prinsip-Prinsip Bulan Sabit Merah Kemanusiaan Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan, melindungi nyawa dan kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, kesahabatan, kerjasama dan kedamaian yang kekal antara manusia. Saksama Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan mengutamakan bantuan. Berkecuali Untuk mempertahankan kepercayaan yang terletak padanya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. Kebebasan Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negaranya. Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan.

Khidmat Sukerala Badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan. Bersatu Hanya ada satu sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. Kesejagatan Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. Semua persatuan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama iaitu membantu satu sama lain.

1) Termometer 2) Mangkuk Enamel 3) Ubat Cium 4) Asprin 5) Panadol 6) Ubat Melepuh 7) Kain Pembalut Luka 8) Kain Tekap 9) Kapas 10) Gunting

11) Kain Kapas 12) Pin Semat 13) Elastoplast 14) Ubat Luka 15) Papan Tuap 16) Kain Segitiga 17) Ubat Cuci Mata 18) Pembalut Berelastik 19) Pembalut Pembebat 20) Pembalut Terbuka 21) Adesif Lekat Sendiri

1) Balutan Luka Tangan

2.

Balutan Luka Siku

3.

Balutan Luka Dada

4.

Balutan Luka Lutut

5.

Balutan Bahu dan Tangan

6. Balutan Kaki

7. Balutan Peha