perpaduan-rph-mengajar-tahun-3-kssr.docx

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA MELAYU TAHUN 3 ________________________________________________________________ Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 3 UKM Tarikh : 13 Mac 2015 Masa : 12.05 1.05 tengah hari Bilangan pelajar : 38 orang Tema : Perpaduan Tajuk : Amalan Murni Hidup Sejahtera Fokus Utama : 3.5.1 Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan daripada pelbagai sumber. Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat: i) Mencatat maklumat yang betul dari pelbagai sumber ii) Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan daripada pelbagai sumber. Ilmu : Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam Nilai : Bekerjasama,Bertolak Ansur, Menghormati, Bantu Membantu Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir- Menjana idea, mengaitkan maklumat, mencatat maklumat, kecerdasan pelbagai- verbal linguistik, logik matematik Pengetahuan sedia ada : Murid-murid mengetahui dan mengamalkan amalan murni setiap hari di rumah dan di sekolah. Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Media/ Catatan

Upload: rashidah-zakaria

Post on 15-Nov-2015

109 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)BAHASA MELAYU TAHUN 3________________________________________________________________

Mata pelajaran: Bahasa Melayu

Tahun: 3 UKM

Tarikh: 13 Mac 2015

Masa: 12.05 1.05 tengah hari

Bilangan pelajar: 38 orang

Tema: Perpaduan

Tajuk: Amalan Murni Hidup Sejahtera

Fokus Utama: 3.5.1Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan daripada pelbagai sumber.

Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:

i) Mencatat maklumat yang betul dari pelbagai sumberii) Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan daripada pelbagai sumber.

Ilmu: Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama IslamNilai: Bekerjasama,Bertolak Ansur, Menghormati, Bantu Membantu

Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir- Menjana idea, mengaitkan maklumat, mencatat maklumat, kecerdasan pelbagai- verbal linguistik, logik matematik

Pengetahuan sedia ada: Murid-murid mengetahui dan mengamalkan amalan murni setiap hari di rumah dan di sekolah.

Langkah/Masa Isi PelajaranAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranMedia/Catatan

Set Induksi(5 minit)Amalan Murni Hidup Sejahtera

- Membantu nenek tua yang ingin melintas jalan

-Membantu kanak-kanak yang terjatuh dan lain-lain.1.Murid ditunjukkan video pendek amalan bantu membantu.

2. Murid menyatakan amalan bantu membantu yang dilihat dari video tersebut.

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran hari ini.

BBM-Video pendek

KBT- Kemahiran mengaitkan maklumat

Nilai:- Bantu membantu

Langkah 1(15 minit)

Tugasan individu:

1.Mencatat maklumat yang didengari di atas kertas.- Kita mesti saling menghormati orang lain.- Kita mesti mengamalkan sikap bertolak ansur.- Kita perlu mengamalkan sikap bekerjasama.- Aktiviti gotong-royong mengeratkan perpaduan.

2. Menulis maklumat yang didengari di papan tulis dengan betul.

1. Murid diminta mengeluarkan sekeping kertas.

2. Aktivitidimulakandengan guru membacakansebuahpetikanpendek Hidup Sejahterakepadamurid- murid.

3.Murid dikehendaki mendengar dan mencatat amalan murni dari petikan pendek yang dibacakan oleh guru.

4. Kemudian, murid dikehendaki mencatat maklumat yang ditulis diatas kertas di papan tulis.

5. Murid-muriddan guru bersama menyemak maklumat yang ditulisdan guru menekankan kepentingan amalan murni daripada petikan pendek tersebut.

BBM-Petikan Pendek

KBT-Kemahiran berfikir-Mencatat maklumat

Kecerdasan pelbagai--Kinestatik-Logik Matematik

Nilai-Bekerjasama,Bertolak AnsurMenghormati

Langkah 2(15 minit)

Tugasan Berpasangan:

Papan Gambar Cerita Semut dan Anai-Anai.Papan 1- Anai-anai, semut merah dan semut hitam berbincang ingin mendirikan rumah di kawasan tersebut.Papan 2- Anai-Anai, semut merah dan semut hitam menggali lubang dan menimbun tanah untuk mendirikan rumah.Papan 3-Pergaduhan berlaku kerana semut merah mendirikan rumah yang besar.Papan 4- Anai-anai meredakan pergaduhan dan menasihati kawan-kawannya kepentingan bertolak ansur dan tolong menolong.Papan 5- Akhirnya mereka membina sarang yang kukuh dan hidup saling bantu membantu.

1.Murid dipamerkan papan gambar di hadapan papan putih. Papan gambar tersebut mengandungi susunan cerita teladan Semut dan Anai-Anai kepada murid-murid.

2.Murid secara berpasangan dikehendaki mencatat maklumat yang betul dari papan gambar yang dilihat di papan putih di atas kertas lembaran kerja yang diberikan.

3. Kemudian murid dikehendaki membacakan maklumat yang di catat berdasarkan papan gambar yang tunjukkan.

4.Murid dan guru berbincang berdasar kan maklumat yang dinyatakan dan menerapkan nilai murni dalam perbincangan tersebut.

BBM- Papan Gambar-Lembaran kerja 1

KBT-Kontekstual

Nilai:-Tolong menolong sesama rakan-semangat kerjasama

Langkah 3(20 minit)

Tayangan Video:

Sang Tikus dan Singa1. Singa tinggal digua dan tertidur akibat terlalu lapar.2. Sang Singa terdengar bunyi tikus dan segera menangkap Sang Tikus itu.3. Sang Tikus sangat takut dan meronta-ronta minta dilepaskan.4. Sang Tikus berjanji akan menolong Singa semasa dalam kesusahan jika melepaskannya.5. Pada suatu hari Sang Singa telah terjatuh kedalam perangkap dan ia berasa amat takut.6. Sang Singa menjerit meminta tolong dan Sang Tikus terdengar jeritannya.7. Sang Tikus menggigit jaring tersebut dan menyelamatkan Sang Singa.8. Akhirnya mereka menjadi kawan baik.1.Murid ditayangkan sebuah video cerita teladan Sang Tikus dan Singa di hadapan kelas.

2. Murid dikehendaki melihat dan menghayati tayangan video tersebut.

3. Murid diedarkan dengan sekeping lembaran kerja.

4. Berdasarkan tayangan video cerita Sang Tikus dan Singa tersebut, murid dikehendaki mencatat maklumat yang betul mengikut susunan.

5. Murid dan guru berbincang jawapan yang diberikan dan guru menerapkan nilai-nilai murni dari tayangan video tersebut.BBM-Lembaran kerja 2

Kemahiran berfikir:-mengenal pasti idea utama-menyusunatur

Nilai:-Bekerjasama-Bantu Membantu

Penutup(5 minit)Rumusan:

Kita perlu mengamalkan sikap bantu membantu, bekerjasama, bertolak ansur dalam kehidupan seharian agar hidup sentiasa sejahtera.1. Murid di soal kembali amalan murni yang mereka ketahui berdasarkan cerita tadi.

2. Murid juga ditekankan kepentingan mengamalkan amalan murni untuk kesejahteraan hidup.

3. Guru memberikan aktiviti pengayaan kepada murid, rujuk Buku Teks Tahun 3 KSSR muka surat 55.

Nilai:-Bantu Membantu-Bekerjasama-bertolak ansur

Petikan Pendek

Hidup Sejahtera

Murid-murid yang saya sayangi,Kita akan hidup sejahtera jika kita baik hati dan menghormati orang lain. Kita mesti bersikap saling menghormati bukan sahaja dengan orang dewasa malahan dengan rakan sebaya.Selain itu, kita mesti mengamalkan sikap bertolak ansur terutama apabila membantu orang miskin.Amalan ini menjadikan kita sabar dan bertimbang rasa.Seterusnya, kita perlu mengamalkan sikap bekerjasama.Kita boleh menyertai kegiatan seperti bergotong-royong atau lawatan ke rumah kebajikan.Kegiatan ini dapat memupuk semangat perpaduan.Sekian, terimakasih.

Arahan: Lihatgambar di papangambardanlengkapkanmaklumat di bawah.

Arahan: Susun cerita dibawah mengikut susunan yang betul dan kemudian catatkan maklumat yang diperolehi diruangan disediakan.CeritaNombor

Sang Tikus menggigit jarring tersebut dan menyelamatkan Sang Singa.

Sang Tikus sangat takut dan meronta-ronta minta dilepaskan.

Singa tinggal digua dan tertidur akibat terlalu lapar.

Pada suatu hari Sang Singa telah terjatuh ke dalam perangkap dan ia berasa amat takut.

Sang Singa terdengar bunyi tikus dan segera menangkap Sang Tikus itu.

Sang Tikus berjanji akan menolong Singa semasa dalam kesusahan jika melepaskannya.

Akhirnya mereka menjadi kawan baik.

Sang Tikus berjanji akan menolong Singa semasa dalam kesusahan jika melepaskannya.

Sang TikusdanSinga....

Disediakan oleh,Disemak oleh,

______________ ___________________(RASHIDAH BT ZAKARIA) ( WAN FAUDZI BT ISMAIL) MENTOR

Disahkan oleh,

____________________( SABARIAH BT ADAM)GURU BESARSK PENGKALAN JAYA