permulaan proses pengajaran dan pembelajaran ialah perancangan guru menyediakan perkara yang perlu...

Upload: wong-cikgu

Post on 12-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

  • 5/21/2018 Permulaan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Ialah Perancangan Guru Menye...

    http:///reader/full/permulaan-proses-pengajaran-dan-pembelajaran-ialah-perancangan-

    Permulaan proses pengajaran dan pembelajaran ialah perancangan guru menyediakan perkara

    yang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam kurikulum atau kini

    dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum KSSR. Guru akan merancang kaedah pengajaran,

    menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan tersebut kepada

    murid dengan menggunakan pelbagai strategi, mengikut kreativiti guru.

    Guru kemudian akan mentafsir pemahaman murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran juga

    boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian

    dengan perkara yang ditaksir.

    Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen standard prestasi untuk

    melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukan oleh murid, sama ada dalam

    bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri. Bagi murid yang telah mencapai standard yang telah

    ditetapkan, guru akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran kandungan yang berikutnya dalam

    dokumen Standard Kurikulum.

    Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan

    untuk membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran berdasarkan pengalamanuntuk membantu murid.

  • 5/21/2018 Permulaan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Ialah Perancangan Guru Menye...

    http:///reader/full/permulaan-proses-pengajaran-dan-pembelajaran-ialah-perancangan-