memilih ayat yang betul

54
MEMILIH AYAT YANG BETUL Topic Pengenalan Memilih ayat yang betul biasanya melibatkan 15 skop berikut : Kesilapan Dari Segi Kata Sendi Nama Kesilapan Dari Segi Kata Perintah Kesilapan Dari Segi Hukum DM Kesilapan Dari Segi Kata Nafi Kesilapan Dari Segi Kosa Kata Kesilapan Dari Segi Kata Tanya Kesilapan Dari Segi Lewah Kesilapan Dari Segi Kata Bilangan Kesilapan Dari Segi Kata Pemeri Kesilapan Dari Segi Penjodoh Bilangan Kesilapan Dari Segi Struktur Ayat Kesilapan Dari Segi Ayat Pasif Kesilapan Dari Segi Kata Seru Kesilapan Dari Segi Kata Hubung Kesilapan Pelbagai Tatabahasa Kesilapan Dari Segi Kata Sendi Nama 1. Contoh UPSR 2006 a) Di antara acara yang akan dipertandingkan ialah catur dan congkak. b) Puan Azian yang mengajar di sekolah itu berasal daripada Sandakan. Sepatutnya: a) Antara acara yang akan dipertandingkan ialah catur dan congkak. b) Puan Azian yang mengajar di sekolah itu berasal dari Sandakan.

Upload: kumaran-krishnan

Post on 11-Apr-2017

223 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Memilih ayat yang betul

MEMILIH AYAT YANG BETUL Topic

 

Pengenalan

       Memilih ayat yang betul biasanya melibatkan 15 skop berikut :

Kesilapan Dari Segi Kata Sendi Nama

Kesilapan Dari Segi Kata Perintah

Kesilapan Dari Segi Hukum DM

Kesilapan Dari Segi Kata Nafi

Kesilapan Dari Segi Kosa Kata

Kesilapan Dari Segi Kata Tanya

Kesilapan Dari Segi Lewah

Kesilapan Dari Segi Kata Bilangan

Kesilapan Dari Segi Kata Pemeri

Kesilapan Dari Segi Penjodoh Bilangan

Kesilapan Dari Segi Struktur Ayat

Kesilapan Dari Segi Ayat Pasif

Kesilapan Dari Segi Kata Seru

Kesilapan Dari Segi Kata Hubung

Kesilapan Pelbagai Tatabahasa

Kesilapan Dari Segi Kata Sendi Nama

1. Contoh UPSR 2006 a) Di antara acara yang akan dipertandingkan ialah catur dan congkak.b) Puan Azian yang mengajar di sekolah itu berasal daripada Sandakan.

Sepatutnya: a) Antara acara yang akan dipertandingkan ialah catur dan congkak.b) Puan Azian yang mengajar di sekolah itu berasal dari Sandakan.

2. Contoh UPSR 2007 a) Saya membeli tiga kilogram tepung ke kedai itu.b) Peserta Rumah Kuning lebih pantas dari peserta Rumah Merah.

Sepatutnya:a) Saya membeli tiga kilogram tepung di kedai itu.b) Peserta Rumah Kuning lebih pantas daripada peserta Rumah Merah.

Page 2: Memilih ayat yang betul

3. Contoh UPSR 2008 a) Adik suka bermain-main di halaman rumah di waktu petang.b) Zakiah menjadi juara di dalam pertandingan deklamasi sajak.

Sepatutnya:a) Adik suka bermain-main di halaman rumah pada waktu petang.b) Zakiah menjadi juara dalam pertandingan deklamasi sajak.

4. Contoh UPSR 2011 a) Kamil akan balik kampung esok pagi.

Sepatutnya:a) Kamil akan balik ke kampung esok pagi.

Penggunaan Antara dan Di Antara

Penggunaan perkataan antara dan di antara membawa makna yang berbeza. Walau bagaimanapun, masih banyak dalam kalangan murid yang tidak dapat membezakan dari segi fungsi kedua-dua perkataan ini. Untuk membantu murid-murid, beberapa contoh penggunaan antara dan di antara disediakan sebagaimana di bawah:

1. Penggunaan kata antara Antara merujuk kepada hurian sebagaimana berikut:

a) Merujuk masa.Contoh:Hassan menunggu anaknya di stesen bas itu antara pukul 3.00 hingga 4.00 petang.

Salah jika:Hassan menunggu anaknya di stesen bas itu di antara pukul 3.00 hingga 4.00 petang.Hal ini demikian kerana antara digunakan untuk merujuk masa.

Ringkasnya: Antara + pukul 3.00 hingga 4.00 petang (merujuk masa).

b) Merujuk keadaan.Contoh:Warna dinding bangunan itu antara kuning dan hijau.

Salah jika:Warna dinding bangunan itu di antara kuning dan hijau.Hal ini demikian kerana antara digunakan untuk merujuk keadaaan.

Ringkasnya:Antara + kuning dan hijau (merujuk keadaan).

c) Merujuk pilihan.Contoh:Antara murid-murid itu, Najihah yang dipilih sebagai ketua darjah Tahun Enam Bijak. 

Page 3: Memilih ayat yang betul

Salah jika:Di antara murid-murid itu, Najihah yang dipilih sebagai ketua darjah Tahun Enam Bijak. Hal ini demikian kerana antara digunakan untuk merujuk pilihan.

Ringkasnya:Antara + murid-murid itu, Najihah yang dipilih (merujuk pilihan).

d). Merujuk perbandingan atau perbezaan.Contoh:Tidak banyak perbezaan dari segi strategi permainan antara kedua-dua pasukan bola sepak itu.

Salah jika:Tidak banyak perbezaan dari segi strategi permainan di antara kedua-dua pasukan bola sepak itu.Hal ini demikian kerana antara digunakan untuk merujuk perbandingan atau perbezaan.

Ringkasnya:Antara + strategi permainan kedua-dua pasukan bola sepak itu (merujuk perbandingan atau perbezaan)

e) Merujuk perhubungan, berkaitan atau yang melibatkan.Contoh:Perhubungan antara kedua-dua negara jiran itu sentiasa baik.     Salah jika:Perhubungan di antara kedua-dua negara jiran itu sentiasa baik.Hal ini demikian kerana antara digunakan untuk merujuk perhubungan, berkaitan atau yang melibatkan.

Ringkasnya:antara + kedua-dua negara jiran itu sentiasa baik (merujuk perhubungan, berkaitan atau yang melibatkan).

f) Dalam lingkungan.Contoh:Kanak-kanak yang berumur antara lima hingga enam tahun layak belajar di tadika itu.

Salah jika:Kanak-kanak yang berumur di antara lima hingga enam tahun layak belajar di tadika itu.Hal ini demikian kerana antara digunakan untuk merujuk dalam lingkungan.

Ringkasnya:antara + lima hingga enam tahun (merujuk dalam lingkungan).

g) Dalam kalangan atau setiap orang.Contoh:

Page 4: Memilih ayat yang betul

Semua harta itu dibahagi-bahagikan sama rata antara mereka.

Salah jika:Semua harta itu dibahagi-bahagikan sama rata di antara mereka.Hal ini demikian kerana antara digunakan untuk merujuk dalam kalangan atau setiap orang.

Ringkasnya:antara + mereka (dalam kalangan atau setiap orang).

h) Lebih kurang atau kira-kira.Contoh:Barang-barang seludup yang berjaya dirampas bernilai antara RM20,000 hingga RM25,000.

Salah jika:Barang-barang seludup yang berjaya dirampas bernilai di antara RM20,000 hingga RM25,000.Hal ini demikian kerana antara digunakan untuk merujuk lebih kurang atau kira-kira.

Ringkasnya:antara + RM20,000 hingga RM25,000 (lebih kurang atau kira-kira).

2. Penggunaan kata di antara. Di antara hanya merujuk kepada huraian tentang lingkungan yang mempunyai ruang atau jarak yang memisahkan dua atau lebih benda (objek).

Contoh A:Bangunan itu terletak di antara Bangunan Pejabat Pos dengan Bangunan Bank Rakyat.    Salah jika:Bangunan itu terletak antara Bangunan Pejabat Pos dengan Bangunan Bank Rakyat.Hal ini demikian kerana kedudukan Bangunan Pejabat Pos dengan Bangunan Bank Rakyat mempunyai ruang atau jarak.    Ringkasnya:di antara + Bangunan Pejabat Pos dengan Bangunan Bank Rakyat (mempunyai ruang atau jarak).

Contoh B:Rumah Zain terletak di antara sawah padi dengan tali air.

Salah jika:Rumah Zain terletak antara sawah padi dengan tali air.Hal ini demikian kerana kedudukan sawah padi dengan tali air mempunyai ruang atau jarak.

Ringkasnya:di antara + sawah padi dengan tali air (mempunyai ruang atau jarak).

Contoh C:

Page 5: Memilih ayat yang betul

Pokok jambu batu itu terletak di antara pokok celagi dengan pokok cermai.

Salah jika:Pokok jambu batu itu terletak antara pokok celagi dengan pokok cermai.Hal ini demikian kerana kedudukan pokok celagi dengan pokok cermai mempunyai ruang atau jarak.

Contoh D:Dusun duriannya terletak di antara dusun Pak Tam dengan dusun Pak Nik. Salah jika:Dusun duriannya terletak antara dusun Pak Tam dengan dusun Pak Nik.Hal ini demikian kerana kedudukan dusun Pak Tam dengan dusun Pak Nik mempunyai ruang atau jarak.

Contoh E:Sungai Golok ialah sungai yang memisahkan di antara Kelantan dengan Thailand.

Salah jika:Sungai Golok ialah sungai yang memisahkan antara Kelantan dengan Thailand.Hal ini demikian kerana kedudukan Kelantan dengan Thailand mempunyai ruang atau jarak.

3. Tip Zoom A a) antara + (objek tidak ada ruang atau jarak)b) di antara + (dua objek yang terpisah oleh ruang atau jarak)

Penggunaan Dalam dan Di Dalam

Penggunaan perkataan dalam dan di dalam membawa makna yang berbeza. Sungguhpun demikian, banyak murid yang keliru tentang fungsi kedua-dua perkataan ini. Beberapa contoh penggunaan dalam dan di dalam disediakan untuk membantu murid-murid.

1. Penggunaan kata dalam Dalam merujuk kepada kata nama yang bersifat mujarad atau unsur abstrak. Kata nama jenis ini tidak boleh dipegang atau di sentuh. Antara contohnya adalah sebagaimana berikut:

Contoh A:Murid-murid itu belajar bertutur dalam bahasa Inggeris.Bahasa ialah kata nama yang bersifat mujarad.

Salah jika:Murid-murid itu belajar bertutur di dalam bahasa Inggeris.

Contoh B:Hasaan begitu gembira apabila menjadi juara dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Pertandingan ialah kata nama yang bersifat mujarad.

Page 6: Memilih ayat yang betul

Salah jika:Hasaan begitu gembira apabila menjadi juara di dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.

Contoh C:Peningkatan pencapaian semua murid termasuk dalam rancangan akademik sekolah itu. Rancangan ialah kata nama yang bersifat mujarad.

Salah jika:Peningkatan pencapaian semua murid termasuk di dalam rancangan akademik sekolah itu.

Contoh D:Mereka tekun belajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.Peperiksaan ialah kata nama yang bersifat mujarad.

Salah jika:Mereka tekun belajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

Contoh E:Mahiran berdoa semoga keluarganya sentiasa dalam keadaan sihat. Keadaan ialah kata nama yang bersifat mujarad.

Salah jika:Mahiran berdoa semoga keluarganya sentiasa di dalam keadaan sihat.

2. Penggunaan kata di dalam Di dalam merujuk kepada kata nama yang bersifat konkrit. Kata nama jenis ini merujuk kepada benda yang boleh disentuh atau dipegang. Beberapa contoh kata nama am bersifat konkrit adalah seperti yang berikut:

Contoh A:Buku cerita itu terletak di dalam laci meja itu.Laci ialah kata nama yang bersifat konkrit.

Salah jika:Buku cerita itu terletak dalam laci meja itu.

Contoh B:Di dalam sungai itu terdapat banyak jenis ikan.Sungai ialah kata nama yang bersifat konkrit.

Salah jika:Dalam sungai itu terdapat banyak jenis ikan.

Contoh C:Semua pakaiannya disimpan di dalam almari itu.Pakaian ialah kata nama yang bersifat konkrit.

Page 7: Memilih ayat yang betul

Salah jika:Semua pakaiannya disimpan dalam almari itu.

Contoh D:Semua dokumen di dalam beg hitam itu penting.Dokumen ialah kata nama yang bersifat konkrit.

Salah jika:Semua dokumen dalam beg hitam itu penting.

Contoh E:Di dalam poketnya ada wang syiling.Poket ialah kata nama yang bersifat konkrit.

Salah jika:Dalam poketnya ada wang syiling.

3. Tip Zoom A a) dalam + kata nama bersifat mujarad atau abstrak.b) di dalam + kata nama bersifat konkrit.

*  Mujarad = tidak boleh disentuh atau dipegang.    Konkrit  = boleh disentuh atau dipegang.

Penggunaan Dengan

1. Kata sendi nama dengan hadir di hadapan frasa nama yang bermaksud sebagaimana berikut: 

A) bermaksud menggunakan, memakai sesuatu sebagai alat.

Contoh 1:Nabila menulis surat itu dengan pen.

Salah jika:Nabila menulis surat itu oleh pen.

Contoh 2:Dia menebang pokok rambai itu dengan sebilah kapak.

Salah jika:Dia menebang pokok rambai itu akan sebilah kapak.

Contoh 3:Pak Mud memukul ular tedung itu dengan sebatang kayu.

Salah jika:Pak Mud memukul ular tedung itu terhadap sebatang kayu.

Page 8: Memilih ayat yang betul

B) bermaksud cara sesuatu itu dilaksanakan atau dilakukan.

Contoh 1:Nasuha bercakap dengan sopan sekali.

Salah jika:Nasuha bercakap sampai sopan sekali.

Contoh 2:Mereka menyambut kedatangan kami dengan senang hati.

Salah jika:Mereka menyambut kedatangan kami bagai senang hati.

Contoh 3:Murid-murid itu memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.

Salah jika:Murid-murid itu memulakan pembelajaran umpama bacaan doa.

C) bermaksud keadaan perbandingan yang sama atau serupa.

Contoh 1:Adakah sama lalat dengan langau?

Salah jika:Adakah sama lalat antara langau?

Contoh 2:Najihah sentiasa sependapat dengan ibunya.

Salah jika:Najihah sentiasa sependapat tentang ibunya.

Contoh 3:Hukuman terhadap pesalah itu setimpal dengan kesalahannya.

Salah jika:Hukuman terhadap pesalah itu setimpal kepada kesalahannya.

D) bermaksud bersama-sama atau beserta.

Contoh 1:Nailie pergi ke sekolah dengan Fatinie.

Salah jika:Nailie pergi ke sekolah demi Fatinie.

Page 9: Memilih ayat yang betul

Contoh 2:Guru Besar sedang bermesyuarat dengan guru-gurunya.

Salah jika:Guru Besar sedang bermesyuarat laksana guru-gurunya.

Contoh 3:Faiz sentiasa menelaah pelajaran sekolahnya dengan Faris.

Salah jika:Faiz sentiasa menelaah pelajaran sekolahnya untuk Faris.

# Tip Zoom A

Kata sendi nama dengan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa bermaksud:

i. menggunakan sesuatu sebagai alat.ii. cara sesuatu itu dilakukan.iii. keadaan perbandingan yang serupa.iv. bersama-sama.

Penggunaan Tentang dan Terhadap

1. Kata sendi nama tentang

Kata sendi nama tentang digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada unsur-unsur abstrak atau mujarad, rujukan umum atau tidak tentu.

Contoh A:Mereka berbual tentang kejadian tsunami.

Salah jika:Mereka berbual terhadap kejadian tsunami.

Contoh B:Pegawai itu mengumumkan tentang kenaikan harga petroleum.

Salah jika:Pegawai itu mengumumkan terhadap kenaikan harga petroleum.

Contoh C:Guru-guru sedang bermesyuarat tentang masalah disiplin sekolah.

Salah jika:Guru-guru sedang bermesyuarat terhadap masalah disiplin sekolah.

2. Kata sendi nama terhadap

Page 10: Memilih ayat yang betul

Kata sendi nama terhadap digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang  merujuk kepada manusia, haiwan atau benda.

Contoh A:Janganlah mengkhiati terhadap harta benda awam.

Salah jika:Janganlah mengkhiati tentang harta benda awam.

Contoh B:Perasaan kasihan terhadap haiwan ialah amalan yang mulia.

Salah jika:Perasaan kasihan tentang haiwan ialah amalan yang mulia.

Contoh C:Setiap guru hendaklah bersikap adil terhadap murid-muridnya.

Salah jika:Setiap guru hendaklah bersikap adil tentang murid-muridnya.

# Tip Zoom A

A) Kata sendi nama tentang + frasa nama (unsur-unsur abstrak atau mujarad, rujukan umum atau tidak tentu).

B) Kata sendi nama terhadap + frasa nama (manusia, haiwan atau benda).

Penggunaan Demi

1. Kata sendi nama demi digunakan sebagai unsur penegas dalam ayat.

Contoh A:"Demi Allah, aku sudah insaf sekarang," kata Jamal.

Salah jika:i.  "Untuk Allah, aku sudah insaf sekarang," kata Jamal.ii. "Bagi Allah, aku sudah insaf sekarang," kata Jamal.

Contoh B:Demi Tuhan, aku akan berubah sikap sekarang juga.

Salah jika:i.  Kepada Tuhan, aku akan berubah sikap sekarang juga.ii. Untuk Tuhan, aku akan berubah sikap sekarang juga.

2. Kata sendi nama demi digunakan sebagai membawa maksud sekumpulan atau satu.

Contoh A:

Page 11: Memilih ayat yang betul

Murid-murid itu masuk ke bilik itu seorang demi seorang.

Salah jika:i.  Murid-murid masuk ke bilik itu seorang untuk seorang.ii. Murid-murid masuk ke bilik itu seorang bagi seorang.

Contoh B:Dia membelek buku itu sehelai demi sehelai.

Salah jika:i.  Dia membelek buku itu sehelai kepada sehelai.ii. Dia membelek buku itu sehelai bagi sehelai.

Contoh C:Guli itu dimasukkan ke dalam uncang satu demi satu oleh adik.

Salah jika: i.  Guli itu dimasukkan ke dalam uncang satu untuk satu oleh adik.ii. Guli itu dimasukkan ke dalam uncang satu bagi satu oleh adik.

3. Kata sendi nama demi digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang bermaksud tujuan.

Contoh A:Kakak belajar besungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang cemerlang.

Salah jika:i.  Kakak belajar besungguh-sungguh demi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.ii. Kakak belajar besungguh-sungguh demi bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.

Contoh B:Semua pekerja mesti bekerjasama demi kemajuan syarikat.

Salah jikai.  Semua pekerja mesti bekerjasama demi untuk kemajuan syarikat.ii. Semua pekerja mesti bekerjasama demi bagi kemajuan syarikat.

Contoh C:Mereka memungut derma demi membantu anak-anak yatim itu.

Salah jikai.  Mereka memungut derma demi untuk membantu anak-anak yatim itu.ii. Mereka memungut derma demi bagi membantu anak-anak yatim itu.

# Tip Zoom A

Kata sendi nama demi:

Page 12: Memilih ayat yang betul

i. sebagai unsur penegas dalam ayat.ii. membawa maksud sekumpulan atau satu.iii. membawa maksud tujuan.iv. tidak boleh + untuk atau bagi.

Penggunaan Bagi dan Untuk

1. Kata sendi nama ini digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Kata sendi nama bagi dan untuk mempunyai fungsi adalah sebagaimana yang berikut:

A) Menerangkan kegunaan sesuatu.

Contoh 1:i.  Bangunan bagi para belia di daerah itu baharu sahaja siap dibina.ii. Bangunan untuk para belia di daerah itu baharu sahaja siap dibina.Kata sendi nama bagi dan untuk dalam kedua-dua ayat di atas adalah tepat kerana kedua-dua ayat itu menerangkan kegunaan (para belia di daerah itu).

Contoh 2:i.  Buku teks bagi semua murid sekolah itu sudah diagih.ii. Buku teks untuk semua murid sekolah itu sudah diagih.Kata sendi nama bagi dan untuk dalam kedua-dua ayat di atas adalah tepat kerana kedua-dua ayat itu menerangkan kegunaan (murid sekolah itu).

Contoh 3:i.  Jadual itu bagi rujukan Guru Besar sahaja. ii. Jadual itu untuk rujukan Guru Besar sahaja.Kata sendi nama bagi dan untuk dalam kedua-dua ayat di atas adalah tepat kerana kedua-dua ayat itu menerangkan kegunaan (rujukan Guru Besar sahaja).

B) Menerangkan maksud yang diperuntukkan atau bahagian ditentukan.

Contoh 1:Surat berdaftar itu adalah untuk ibu.

Salah jika: Surat berdaftar itu adalah bagi ibu.Hal ini demikian kerana ayat di atas menerangkan maksud yang diperuntukkan (untuk ibu).

Contoh 2:Ayah membeli baju baharu itu untuk adik.

Salah jika:Ayah membeli baju baharu itu bagi adik.Hal ini demikian kerana ayat di atas menerangkan maksud yang diperuntukkan (untuk adik)

Contoh 3:Untuk siapakah hadiah di atas meja itu?

Page 13: Memilih ayat yang betul

Salah jika:Bagi siapakah hadiah di atas meja itu?Hal ini demikian kerana ayat di atas menerangkan maksud yang diperuntukkan (untuk siapakah).

# Tip Zoom A

i. Kata sendi nama bagi dan untuk boleh bertukar ganti jika menerangkan kegunaan sesuatu.

ii. Kata sendi nama bagi dan untuk tidak boleh bertukar ganti jika menerangkan maksud yang diperuntukkan atau bahagian yang ditentukan.

Penggunaan Pada dan Kepada

1. Kata sendi nama "pada"

A) Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan keterangan masa.

Contoh 1:Kami sekeluarga bersarapan pada pukul tujuh pagi.

Salah jika:Kami sekeluarga bersarapan di pukul tujuh pagi.Hal ini demikian kerana pukul tujuh pagi ialah frasa nama yang menunjukkan keterangan masa.

Contoh 2:Pada ketika itu Norizan berada di Johor Bahru.

Salah jika:Di ketika itu Norizan berada di Johor Bahru.Hal ini demikian kerana ketika itu ialah frasa nama yang menunjukkan keterangan masa.

Contoh 3:Mereka akan berpindah ke Melaka pada akhir tahun ini.

Salah jika:Mereka akan berpindah ke Melaka di akhir tahun ini.Hal ini demikian kerana akhir tahun ini ialah frasa nama yang menunjukkan keterangan masa.

B) Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang menerangkan tindakan atau perlakuan sesuatu kata kerja.

Contoh 1:Jadual perlawanan bola sepak itu ditampal pada papan kenyataan sekolah.

Salah jika:

Page 14: Memilih ayat yang betul

Jadual perlawanan bola sepak itu ditampal di papan kenyataan sekolah.Hal ini demikian kerana papan kenyataan sekolah ialah frasa nama yang menunjukkan tempat bagi ditampal yang merujuk kepada perlakuan bagi kata kerja.

Contoh 2:Layang-layang adik tersangkut pada dahan pokok rambutan itu.

Salah jika:Layang-layang adik tersangkut di dahan pokok rambutan itu.Hal ini demikian kerana dahan pokok ialah frasa nama yang menunjukkan tempat bagi tersangkut yang merujuk kepada perlakuan bagi kata kerja.

Contoh 3:Mereka tekun mengecat pada dinding bangunan yang baharu dibina itu.

Salah jika:Mereka tekun mengecat di dinding bangunan yang baharu dibina itu.Hal ini demikian kerana dinding bangunan ialah frasa nama yang menunjukkan tempat bagi mengecat yang merujuk kepada perlakuan bagi kata kerja.

C) Digunakan di hadapan atau sebelum perkataan ada. (ada + pada)

Contoh 1:Buku cerita itu ada pada Zainun. 

Salah jika:Buku cerita itu ada dengan Zainun.Hal ini demikian kerana ada + pada bukan ada + dengan.

Contoh 2:Sifat gigih dan cekal ada padanya.

Salah jika:Sifat gigih dan cekal ada kepadanya.Hal ini demikian kerana ada + pada bukan ada + kepada.

Contoh 3:Deria bau yang kuat ada pada sesetengah binatang.

Salah jika:Deria bau yang kuat ada bagi sesetengah binatang.Hal ini demikian kerana ada + pada bukan ada + bagi.

# Tip Zoom A

Kata sendi nama pada hanya boleh digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang menerangkan:

Page 15: Memilih ayat yang betul

i.   masa atau waktu.ii.  tempat bagi perbuatan kata kerja.iii. manusia atau binatang yang didahului perkataan ada. (ada + pada)

2. Kata sendi nama "kepada"

A) Digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang menunjukkan sasaran manusia atau binatang.

Contoh 1:Beberapa pucuk surat diberikannya kepada kerani sekolah itu.

Salah jika:Beberapa pucuk surat diberikannya ke kerani sekolah itu.Hal ini demikian kerana kerani sekolah itu ialah frasa nama yang menunjukkan sasaran manusia.

Contoh 2:Nabila mengirim poskad kepada sepupunya di Seremban.

Salah jika:Nabila mengirim poskad pada sepupunya di Seremban.Hal ini demikian kerana sepupunya ialah frasa nama yang menunjukkan sasaran manusia.

Contoh 3:Melukut di dalam guni itu diberikan kepada anak-anak ayamnya.

Salah jika:i.  Melukut di dalam guni itu diberikan ke anak-anak ayamnya.ii. Melukut di dalam guni itu diberikan pada anak-anak ayamnya.Hal ini demikian kerana anak-anak ayamnya ialah frasa nama yang menunjukkan sasaran binatang.

B) Digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang menunjukkan unsur abstrak (mujarad).

Contoh 1:Rakyat negara itu makin terdedah kepada dunia luar.

Salah jika:i. Rakyat negara itu makin terdedah pada dunia luar.ii. Rakyat negara itu makin terdedah dengan dunia luar.Hal ini demikian kerana dunia luar ialah frasa nama yang menunjukkan unsur abstrak.

Contoh 2:Cegahlah para remaja agar tidak terdedah kepada bahaya dadah.

Salah jika:

Page 16: Memilih ayat yang betul

i. Cegahlah para remaja agar tidak terdedah pada bahaya dadah.ii. Cegahlah para remaja agar tidak terdedah dengan bahaya dadah.Hal ini demikian kerana bahaya dadah ialah frasa nama yang menunjukkan unsur abstrak.

C) Digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang menunjukkan pecahan.

Contoh 1:Dalam bidang sukan, murid-murid sekolah itu dibahagikan kepada empat pasukan.

Salah jika:Dalam bidang sukan, murid-murid sekolah itu dibahagikan pada empat  pasukan.Hal ini demikian kerana empat pasukan ialah frasa nama yang menunjukkan pecahan.

Contoh 2: Waktu pengajian di universiti  itu dipecahkan kepada dua semester.

Salah jika:Waktu pengajian di universiti  itu dipecahkan ke dua semester.Hal ini demikian kerana dua semester ialah frasa nama yang menunjukkan pecahan.

Contoh 3:Para belia yang menyertai kursus itu dibahagikan kepada lima kumpulan.

Salah jika:Para belia yang menyertai kursus itu dibahagikan pada lima kumpulan.Hal ini demikian kerana lima kumpulan ialah frasa nama yang menunjukkan pecahan.

D) Digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang menunjukkan perubahan situasi atau keadaan.

Contoh 1:Pada musim sejuk suhu negara itu menurun kepada 2ºC.

Salah jika:i. Pada musim sejuk suhu negara itu menurun ke 2ºC.ii. Pada musim sejuk suhu negara itu menurun pada 2ºC.Hal ini demikian kerana ayat di atas terdapat perkataan "menurun" menunjukkan perubahan situasi.

Contoh 2:Pendapatannya berubah kepada tahap yang lebih baik sejak perniagaanya semakin maju.

Salah jika:i. Pendapatannya berubah ke tahap yang lebih baik sejak perniagaanya semakin maju.ii. Pendapatannya berubah pada tahap yang lebih baik sejak perniagaanya semakin maju.Hal ini demikian kerana ayat di atas terdapat perkataan "berubah" menunjukkan perubahan situasi.

Page 17: Memilih ayat yang betul

Contoh 3:Banjir di beberapa kawasan di negeri itu telah meningkat kepada tahap yang membahayakan.

Salah jika:i. Banjir di beberapa kawasan di negeri itu telah meningkat ke tahap yang membahayakan.ii. Banjir di beberapa kawasan di negeri itu telah meningkat pada tahap yang membahayakan.Hal ini demikian kerana ayat di atas terdapat perkataan "meningkat" menunjukkan perubahan situasi.

# Tip Zoom A

Kata sendi nama kepada hanya boleh digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang menerangkan:

i. sasaran manusia atau binatang.ii. unsur abstrak (mujarad).iii. pecahan. iv. perubahan situasi atau keadaan.

Penggunaan Dari dan Daripada

1. Masih banyak murid keliru tentang penggunaan kata sendi nama "dari" dan "daripada". Untuk membantu calon, huraian secara terperinci tentang penggunaan kedua-dua kata sendi nama tersebut sebagaimana berikut:

A) Kata Sendi Nama "dari"

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan frasa nama.Antaranya adalah sebagaimana berikut:

1. Menunjukkan Masa.

Contoh A:Negara itu telah maju dari abad ke-20 lagi.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + abad ke-20 (frasa nama).Hal ini demikian kerana dari abad ke-20 (menunjukkan masa).Ringkasnya dari abad ke-20.

Salah jika:Negara itu telah maju daripada abad ke-20 lagi.

Contoh B:Mereka berkumpul di situ dari waktu Asar lagi.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + waktu Asar (frasa nama).Hal ini demikian kerana dari waktu asar (menunjukkan masa).Ringkasnya dari waktu Asar.

Page 18: Memilih ayat yang betul

Salah jika:Mereka berkumpul di situ daripada waktu Asar lagi.

Contoh C: Para pemimpin persatuan itu bermesyuarat dari pukul lapan pagi hingga pukul  tiga petang.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + pukul lapan (frasa nama).Hal ini demikian kerana dari pukul lapan pagi (menunjukkan masa).Ringkasnya dari pukul lapan pagi.

Salah jika:Para pemimpin persatuan itu bermesyuarat daripada pukul lapan pagi hingga pukul  tiga petang.

2. Menunjukkan Arah.

Contoh A:Sekawan burung itu terbang dari arah tenggara.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + arah tenggara (frasa nama).Hal ini demikian kerana dari arah tenggara (menunjukkan arah).Ringkasnya dari arah tenggara.

Salah jika:Sekawan burung itu terbang daripada arah tenggara.

Contoh B:Puan Halimah memulakan kerja menyapu bilik itu dari sudut kanan.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + sudut kanan (frasa nama).Hal ini demikian kerana dari sudut kanan (menunjukkan arah).Ringkasnya dari sudut kanan.

Salah jika:Puan Halimah memulakan kerja menyapu bilik itu daripada sudut kanan.

Contoh C:Mereka bercanggah pendapat tentang tajuk itu dari segi moral. Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + segi moral (frasa nama).Hal ini demikian kerana dari segi moral (menunjukkan arah).Ringkasnya dari segi moral.

Salah jika:Mereka bercanggah pendapat tentang tajuk itu daripada segi moral. 

3. Menunjukkan Tempat.

Contoh A:Puan Azizah yang mengajar di sekolah itu berasal dari Pulau Pinang.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + Pulau Pinang (frasa nama).Ringkasnya dari Pulau Pinang. (menunjukkan tempat).

Page 19: Memilih ayat yang betul

Salah jika:Puan Azizah yang mengajar di sekolah itu berasal daripada Pulau Pinang.

Contoh B:Pemuda itu mengembara dari Jerantut ke Tampin.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + Jerantut (frasa nama).Ringkasnya dari Jerantut. (menunjukkan tempat)

Salah jika:Pemuda itu mengembara daripada Jerantut ke Tampin.

Contoh C:Pelancong itu dari Singapura.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + Singapura (frasa nama).Hal ini demikian kerana dari Singapura (menunjukkan tempat).Ringkasnya dari Singapura.

Salah jika:Pelancong itu daripada Singapura.

Contoh D:Kereta mewah itu diimport dari Jerman.Ayat di atas tepat kerana menggunakan kata sendi nama dari + Jerman (frasa nama).Hal ini demikian kerana dari Jerman (menunjukkan tempat).Ringkasnya dari Jerman.

Salah jika:Kereta mewah itu diimport daripada Jerman.

# Tip Zoom A

i. Kata sendi nama dari hanya boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menunjukkan masa, arah dan tempat.

ii. Untuk mudah mengingatinya, murid-murid boleh menggunakan akronim sebagaimana berikut:

Masa = (m)Arah = (a)Tempat  = (t)

iii. Ringkasnya kata sendi nama dari = mat (masa, arah dan tempat)

B) Kata Sendi Nama "daripada"

Kata sendi nama daripada  hanya boleh digunakan di hadapan frasa nama.

Page 20: Memilih ayat yang betul

Contoh Penggunaan Kata Sendi Nama "daripada"

1. Menunjukkan Perbandingan atau Perbezaan.

Contoh A:Dalam acara itu larian Mahiran lebih pantas daripada larian Sarimah.

Salah jika:Dalam acara itu larian Mahiran lebih pantas dari larian Sarimah.Hal ini demikian kerana ayat di atas menyatakan tentang perbandingan kepantasan larian antara larian Mahiran dengan Sarimah.

Contoh B:Lutpi lebih tinggi daripada Zain.

Salah jika:Lutpi lebih tinggi dari Zain.Hal ini demikian kerana ayat di atas membawa maksud tentang perbandingan ketinggian antara Lutpi dengan Zain.

Contoh C:Kain yang dibelinya itu lebih halus daripada kain ini.

Salah jika:Kain yang dibelinya itu lebih halus dari kain ini.Hal ini demikian kerana ayat di atas menunjukkan tentang perbandingan kehalusan antara kain yang dibelinya itu dengan kain ini.

Contoh D:Kelakuan Ain berbeza daripada kelakuan kakaknya.

Salah jika:Kelakuan Ain berbeza dari kelakuan kakaknya.Hal ini demikian kerana ayat di atas menunjukkan tentang perbezaan antara kelakuan Ain dengan kakaknya.

Contoh E:Pendapatan bulanan Encik Saiful meningkat daripada RM2 000 kepada RM3 000.

Salah jika:Pendapatan bulanan Encik Saiful meningkat dari RM2 000 kepada RM3 000.Hal ini demikian kerana ayat di atas menunjukkan tentang perbezaan pendapatan bulanan Encik Saiful.

2. Menunjukkan Asal Kejadian atau Sumber Sesuatu Benda.

Contoh A:Baju kebaya itu dibuat daripada kain sutera.

Page 21: Memilih ayat yang betul

Salah jika:Baju kebaya itu dibuat dari kain sutera.Hal ini demikian kerana ayat di atas menunjukkan baju kebaya itu asal kejadiannya, iaitu daripada  sutera.

Contoh B:Kuih bingka itu diperbuat daripada ubi kayu.

Salah jika:Kuih bingka itu diperbuat dari ubi kayu.Hal ini demikian kerana ayat di atas menunjukkan sumber kuih bingka itu diperbuat, iaitu daripada ubi kayu.

Contoh C:Permata itu berasal daripada batu di kawasan pedalaman.

Salah jika:Permata itu berasal dari batu di kawasan pedalaman.Hal ini demikian kerana ayat di atas menunjukkan asal kejadian batu permata itu, iaitu daripada batu di kawasan pedalaman.

Contoh D:Semua perabot itu daripada rotan.

Salah jika:Semua perabot itu dari rotan.Hal ini demikian kerana ayat di atas menunjukkan sumber perabot itu diperbuat, iaitu daripada rotan.

3. Menunjukkan punca

Contoh A:Ahli silap mata itu menerima bola pingpong daripada burung merpatinya.

Salah jika:Ahli silap mata itu menerima bola pingpong dari burung merpatinya Hal ini demikian kerana ayat di atas menunjukkan bola pingpong itu diterima oleh ahli silap mata itu berpunca daripada binatang, iaitu burung merpati.

Contoh B:Arahan itu daripada Pejabat Pelajaran Daerah.

Salah jika:Arahan itu dari Pejabat Pelajaran Daerah.Hal ini demikian kerana ayat di atas menunjukkan arahan itu berpunca daripada institusi, iaitu Pejabat Pelajaran Daerah.

Page 22: Memilih ayat yang betul

Contoh C (UPSR 2005):Kakak baharu menerima sepucuk surat daripada ibu.

Salah jika:Kakak baharu menerima sepucuk surat dari ibu.Hal ini demikian kerana ayat di atas menunjukkan surat yang baharu diterima oleh kakak itu berpunca daripada orang, iaitu ibu.

Contoh D:Siti baharu sahaja menerima bungkusan itu daripada abangnya.

Salah jika:Siti baharu sahaja menerima bungkusan itu dari abangnya.Hal ini demikian kerana ayat di atas menunjukkan bungkusan yang baharu sahaja diterima oleh Siti itu berpunca daripada orang, iaitu abang.

Contoh E:Pengawas sekolah itu menerima sijil pelantikkannya daripada Guru Besar.

Salah jika:Pengawas sekolah itu menerima sijil pelantikkannya dari Guru Besar.Hal ini demikian kerana ayat di atas menunjukkan sijil pelantikan yang diterima oleh pengawas itu berpunca daripada orang, iaitu Guru Besar.

Contoh F:Pencemaran itu berpunca daripada sikap orang ramai.

Salah jika:Pencemaran itu berpunca dari sikap orang ramai.Hal ini demikian kerana sikap merujuk kepada punca abstrak.

Contoh G:Semua manusia perlu menjauhkan diri daripada bahaya arak dan dadah.

Salah jika:Semua manusia perlu menjauhkan diri dari bahaya arak dan dadah. Hal ini demikian kerana bahaya merujuk kepada punca abstrak.

Contoh H:Pasukan bola sepak itu muncul juara peringkat daerah hasil daripada latihan yang sempurna.

Salah jika:Pasukan bola sepak itu muncul juara peringkat daerah hasil dari latihan yang sempurna.Hal ini demikian kerana latihan merujuk kepada punca abstrak.

# Tip Zoom A

Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang 

Page 23: Memilih ayat yang betul

menunjukkan:

i. Perbandingan atau perbezaanii. Asal kejadian atau sumberiii. Punca sesuatu

Untuk mudah mengingatinya, murid-murid boleh menggunakan akronim sebagaiamana berikut:

PERASAP

PER = Perbandingan atau perbezaanASA = Asal kejadian atau sumberP = Punca (bima)

i.   binatangii.  institusiiii. manusiaiv. abstrak

Kesilapan Dari Segi Kata Perintah

1. Contoh UPSR 2008 a) Minta makan kuih yang saya hidangkan itu.b) Sila nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya.c) Tolong jangan bersandar pada dinding itu, catnya belum kering lagi.d) Minta makan kuih yang saya hidangkan itu.

Sepatutnya:a) Sila makan kuih yang saya hidangkan itu.b) Tolong nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya.c) Harap jangan bersandar pada dinding itu, catnya belum kering lagi.d) Sila makan kuih yang saya hidangkan itu. 

2. Contoh UPSR 2009 a) Sila jangan petik bunga di taman itu.

Sepatutnya:a) Harap jangan petik bunga di taman itu.

Nota Kata Perintah

1. Kata perintah ialah perkataan tertentu yang digunakan untuk membangkitkan sesuatu tindak balas terhadap:

i) arahanii) laranganiii) perintah    iv) permintaanv) silaan

Page 24: Memilih ayat yang betul

2. Kata perintah digunakan dalam ayat perintah dan membawa maksud tertentu.

3. Terdapat juga kata perintah yang boleh digunakan dalam ayat seruan.

4. Antaranya kata perintah yang digunakan dalam ayat perintah adalah seperti berikut:

a) Kata perintah yang membawa maksud larangan.

i) Kata perintah jenis ini digunakan dalam ayat larangan. Ayat larangan bermaksud melarang atau menegah manusia supaya tidak berbuat sesuatu.ii) Antara kata perintah itu adalah sebagaimana di bawah:

a) Janganb) Usah         c) Tak usah

Contoh i:Jangan duduk di atas kerusi yang baharu dicat itu.

Betul juga jika:i. Janganlah duduk di atas kerusi yang baharu dicat itu.ii. Harap jangan duduk di atas kerusi yang baharu dicat itu.

Salah jika:i. Minta jangan duduk di atas kerusi yang baharu dicat itu.ii. Tolong janganlah duduk di atas kerusi yang baharu dicat itu.iii. Harap janganlah duduk di atas kerusi yang baharu dicat itu.

Contoh ii:Usah menangis kerana ibu akan pulang sekejap lagi.

Betul juga jika:i. Usahlah menangis kerana ibu akan pulang sekejap lagi.ii. Harap usah menangis kerana ibu akan pulang sekejap lagi.

Salah jika:i. Sila usah menangis kerana ibu akan pulang sekejap lagi.ii. Tolong usah menangis kerana ibu akan pulang sekejap lagi.iii. Harap usahlah menangis kerana ibu akan pulang sekejap lagi.

Contoh iii:Tak usah lakukan perkara yang menyakitkan hati orang.

Betul juga jika:i. Tak usahlah lakukan perkara yang menyakitkan hati orang. ii. Harap tak usah lakukan perkara yang menyakitkan hati orang.

Salah jika:i. Sila tak usah lakukan perkara yang menyakitkan hati orang.

Page 25: Memilih ayat yang betul

ii. Tolong tak usah lakukan perkara yang menyakitkan hati orang.iii. Harap tak usahlah lakukan perkara yang menyakitkan hati orang.

b) Kata perintah yang membawa maksud permintaan, pertolongan atau mengharapkan supaya terjadi sesuatu.

i) Kata perintah jenis ini digunakan dalam ayat permintaan.ii) Antara kata perintah tersebut adalah sebagaimana berikut:

a) Mintab) Tolongc) Harap

Contoh i:Minta jelaskan semua hutang yang tertunggak segera. 

Betul juga jika:i. Tolong jelaskan semua hutang yang tertunggak segera. ii. Harap jelaskan semua hutang yang tertunggak segera.

Salah jika:i. Sila minta jelaskan semua hutang yang tertunggak segera.ii. Tolong minta jelaskan semua hutang yang tertunggak segera.

Contoh ii:Tolong ambilkan pensel itu.

Betul juga jika:i. Harap ambilkan pensel itu.ii. Minta ambilkan pensel itu.

Salah jika:i. Sila tolong ambilkan pensel itu.ii. Jemput tolong ambilkan pensel itu.

Contoh iii:Harap para penonton bertenang kerana keputusan pertandingan akan diumumkan sekejap lagi.       Salah jika:i. Sila para penonton bertenang kerana keputusan pertandingan akan diumumkan sekejap lagi.  ii. Jemput para penonton bertenang kerana keputusan pertandingan akan diumumkan sekejap lagi.          iii. Harap minta para penonton bertenang kerana keputusan pertandingan akan diumumkan sekejap lagi.          iv. Harap tolong para penonton bertenang kerana keputusan pertandingan akan diumumkan sekejap lagi.

Page 26: Memilih ayat yang betul

c) Kata perintah yang membawa maksud jemputan atau silaan.

i) Kata perintah jenis ini digunakan dalam ayat silaan yang bertujuan untuk mempersilakan, mengalu-alukan, meminta dengan hormat atau menjemput seseorang supaya berbuat sesuatu.ii) Antara kata perintah tersebut adalah sebagaimana berikut:

a) Jemput    b) Sila

Contoh i:Jemput makan kuih yang terhidang itu.

Betul juga jika: Sila makan kuih yang terhidang itu.

Salah jika:i. Tolong makan kuih yang terhidang itu.ii. Minta makan kuih yang terhidang itu.iii. Harap makan kuih yang terhidang itu. iv. Sila jemput makan kuih yang terhidang itu.

Contoh ii:Sila hadir ke majlis kenduri di rumah saya esok.

Betul juga jika:Jemput hadir ke majlis kenduri di rumah saya esok.

Salah jika:i. Minta hadir ke majlis kenduri di rumah sayaii. Tolong hadir ke majlis kenduri di rumah saya esok.iii. Harap hadir ke majlis kenduri di rumah saya esok.  iv. Sila tolong hadir ke majlis kenduri di rumah saya esok. v. Sila jemput hadir ke majlis kenduri di rumah saya esok. vi. Sila harap hadir ke majlis kenduri di rumah saya esok.

# Tip Zoom A

Kata perintah yang membawa makna larangan seperti jangan, usah dan tak usah boleh menerima kata penegas -lah seperti janganlah, usahlah dan tak usahlah atau menggunakan perkataan harap seperti harap jangan, harap usah dan harap tak usah supaya lebih lembut.Kata perintah digunakan dalam ayat perintah dan dituju kepada orang kedua.Penggunaan kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah biasanya digugurkan.Kata perintah digunakan dalam:

i. ayat larangan

Page 27: Memilih ayat yang betul

ii. ayat permintaaniii. ayat silaan

Kesilapan Dari Segi Hukum DM

1. Contoh UPSR 2007 a) Fatimah akan menunggu kita di bas stesen pada petang ini.b) Pak Adam mempelawa kami supaya makan goreng ayam itu.

Sepatutnya:a) Fatimah akan menunggu kita di stesen bas pada petang ini.b) Pak Adam mempelawa kami supaya makan ayam goreng itu.

2. Contoh UPSR 2009 a) Malam tadi kami kami makan di Safuan restoran.b) Adik mengeluarkan tembikar pasu dari dalam almari itu.

Sepatutnya:a) Malam tadi kami kami makan di Restoran Safuan.b) Adik mengeluarkan pasu tembikar dari dalam almari itu.

Nota Hukum D-M

1. Hukum D-M membawa makna diterangkan D dan menerangkan (penerang) M. Unsur yang diterangkan (D) mesti hadir pada kedudukan pertama sebagai unsur inti. Unsur menerangkan (M) mesti hadir pada kedudukan kedua sebagai penerang.  Ringkasnya unsur yang diterangkan D (inti) mesti hadir di hadapan unsur menerangkan (penerang) M.

Contoh A : Hafis akan menunggu kita di bas stesen pada malam ini.

Sepatutnya:Hafis akan menunggu kita di stesen bas pada malam ini.Hal ini demikian kerana stesen merupakan inti D  dan bas sebagai menerang (penerang)    M   .

Contoh B:Mak Limah mempelawa kami supaya makan goreng cempedak itu.

Sepatutnya:Mak Limah mempelawa kami supaya makan cempedak goreng itu.Hal ini demikian kerana cempedak merupakan inti    D    dan goreng sebagai menerang (penerang)    M   .

Contoh C:Malam tadi kami makan di Aminah Restoran.

Sepatutnya:Malam tadi kami makan di Restoran Aminah.Hal ini demikian kerana Restoran merupakan inti D dan Aminah sebagai menerang (penerang)    M   .

Page 28: Memilih ayat yang betul

2. Tip Zoom A Untuk menentukan ayat itu tepat atau tidak dari segi hukum D-M ringkaskan ayat itu kepada frasa atau ayat mudah.

Contoh A:Hafis akan menunggu kita di bas stesen pada malam ini.

Ringkaskan ayat di atas menjadi:a) Hafis menunggu kita di bas.b) Hafis menunggu kita di stesen.

Situasi kedua-dua ayat di atas, stesen sepatutnya lebih mendahului bas.Jadi, stesen bas lebih tepat berbanding dengan bas stesen.

Ringkasnya:Hafis menunggu kita di stesen bas.

Contoh B:Mak Limah mempelawa kami supaya makan goreng cempedak itu.

Ringkaskan ayat di atas menjadi:a) makan gorengb) makan cempedak

Situasi kedua-dua frasa di atas, makan cempedak lebih tepat daripada makan goreng.Jadi, makan cempedak goreng lebih tepat berbanding dengan makan goreng cempedak.

Ringkasnya:makan cempedak goreng.

Contoh C:Malam tadi kami makan di Aminah Restoran.

Ringkaskan ayat di atas menjadi:a) makan di Aminahb) makan di Restoran

Jadi, makan di Restoran lebih tepat berbanding dengan makan di Aminah.

Ringkasnya:makan di Restoran Aminah.

Kesilapan Dari Segi Kata Nafi

1. Contoh UPSR 2006 a) Kasut bertumit tinggi bukan sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung.b) Telefon antik di kedai itu tidak untuk dijual tetapi untuk pameran sahaja.c) Budak bertahi lalat itu tidak adik Salman.

Page 29: Memilih ayat yang betul

Sepatutnya:a) Kasut bertumit tinggi tidak sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung.b) Telefon antik di kedai itu bukan untuk dijual tetapi untuk pameran sahaja.c) Budak bertahi lalat itu bukan adik Salman.

Penggunaan Kata Nafi

1. Kata Nafi digunakan untuk menafikan, menolak, menghalang, menyatakan tiada atau tak. Terdapat dua jenis kata nafi, iaitua) tidakb) bukan

2. Kata nafi tidak boleh digunakan di hadapan frasa kerja.

Contoh :Budin tidak menumbuk budak itu.(Tidak ialah kata nafi dan menumbuk budak itu ialah frasa kerja.)

Salah jika :Budin bukan menumbuk budak itu.

3. Kata nafi tidak boleh digunakan di hadapan frasa adjektif. 

Contoh :Pejabat Encik Abu tidak jauh dari pusat bandar itu.(Tidak ialah kata nafi dan jauh dari pusat bandar ialah frasa adjektif.)

Salah jika :Pejabat Encik Abu bukan jauh dari pusat bandar itu.

4. Kata nafi tidak boleh digunakan selepas kata pemeri adalah dan sebelum frasa adjektif.

Contoh :Kata-katanya itu adalah tidak benar.(Tidak ialah kata nafi, adalah merupakan kata pemeri dan benar ialah frasa adjektif.)(adalah + kata nafi + frasa adjektif)

Salah jika :Kata-katanya itu adalah bukan benar.

5. Kata nafi bukan boleh digunakan di hadapan frasa nama.

Contoh :Pemuda itu bukan Rosli tetapi Faizal.(Bukan ialah kata nafi dan Rosli ialah frasa nama.)

Salah jika :Pemuda itu tidak Rosli tetapi Faizal.

6. Kata nafi bukan boleh digunakan di hadapan frasa sendi nama.

Page 30: Memilih ayat yang betul

Contoh :Baju ini bukan untuk Najihah.(Bukan ialah kata nafi dan untuk Najihah ialah frasa sendi nama.)

Salah jika :Baju ini tidak untuk Najihah.

7. Kata nafi bukan boleh digunakan di hadapan frasa kerja jika bermaksud pertentangan maklumat.

Contoh :Adib bukan hendak membaca buku  tetapi hendak bermain sahaja.(Bukan ialah kata nafi, hendak membaca tergolong dalam frasa kerja dan tetapi ialah kata hubung yang membawa maksud pertentangan maklumat.)

Salah jika :Adib tidak hendak membaca buku  tetapi hendak bermain sahaja.

8. Kata nafi bukan boleh digunakan di hadapan frasa adjektif jika bermaksud pertentangan maklumat. 

Contoh :Puan Habsah bukan kaya tetapi pemurah.(Bukan ialah kata nafi, kaya tergolong dalam frasa adjektif dan tetapi ialah kata hubung yang membawa maksud pertentangan maklumat.)

Salah jika :Puan Habsah tidak kaya tetapi pemurah.

Kesilapan Dari Segi Kosa Kata

1. Contoh UPSR 2005 a) Saya tidak dapat menamatkan semua soalan.b) Beng Teong menjagakan beberapa ekor burung.c) Eddie membawa basikal barunya ke sekolah.

Sepatutnya:a) Saya tidak dapat menjawab semua soalan.b) Beng Teong memelihara beberapa ekor burung.c) Eddie menunggang basikal barunya ke sekolah.

2. Contoh UPSR 2008 a) "Jangan bercakap bila sedang makan," kata ibu kepada Amran.

Sepatutnya:a) "Jangan bercakap apabila sedang makan," kata ibu kepada Amran.

Kesilapan Dari Segi Kata Tanya

1. Contoh UPSR 2007 a) Apakah kamu dan adik pergi ke kedai semalam?

Page 31: Memilih ayat yang betul

b) Ke manakah mereka membeli tiket itu?c) Kawan kamu tidak hadir semalam mengapakah?

Sepatutnya:a) Adakah kamu dan adik pergi ke kedai semalam?b) Di manakah mereka membeli tiket itu?c) Mengapakah kawan kamu tidak hadir semalam? 

Kesilapan Dari Segi Lewah

1. Contoh UPSR 2006 a) Para tetamu yang hadir dijemput masuk ke dalam dewan itu.

Sepatutnya:a) Para tamu yang hadir dijemput masuk ke dalam dewan itu.

2. Contoh UPSR 2007 a) Abang memiliki koleksi setem-setem luar negara.

Sepatutnya:a) Abang memiliki koleksi setem luar negara.

3. Contoh UPSR 2008 a) Pelumba-pelumba basikal itu saling potong-memotong.

Sepatutnya:a) Pelumba-pelumba basikal itu saling memotong.

4. Contoh UPSR 2009 a) Para-para hadirin sekalian dipersilakan ke dewan makan untuk menjamu selera.

Sepatutnya:a) Para hadirin sekalian dipersilakan ke dewan makan untuk menjamu selera.

5. Contoh UPSR 2011 a) Alwi menyimpan di dalam stor alat perkhemahan.b) Suhaili mempunyai banyak majalah-majalah lama tentang sukan.

Sepatutnya:a) Alwi menyimpan alat perkhemahan di dalam stor.b) Suhaili mempunyai banyak majalah lama tentang sukan. atau    Suhaili mempunyai majalah-majalah lama tentang sukan.

Nota Lewah

1. Lewah membawa makna berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu. Hal ini demikian kerana pengulangan perkataan yang membawa makna yang sama dalam satu ayat sehingga ayat itu tidak gramatis lagi.

Contoh A:Atlet-atlet itu saling potong-memotong sebelum tiba di garisan penamat.

Page 32: Memilih ayat yang betul

Sepatutnya:a) Atlet-atlet itu saling memotong sebelum tiba di garisan penamat.b) Atlet-atlet itu potong-memotong sebelum tiba di garisan penamat.

Hal ini demikian kerana potong-memotong ialah kata ganda yang membawa maksud saling.Oleh sebab saling dan potong-memotong membawa makna yang sama, maka dianggap lewah.

Contoh B:Para tetamu dipersilakan masuk ke dewan.

Sepatutnya:a) Tetamu dipersilakan masuk ke dewan.b) Para tamu dipersilakan masuk ke dewan.

Hal ini demikian kerana para ialah kata bilangan yang membawa makna banyak.Tetamu pula membawa makna banyak tamu.Oleh sebab para membawa makna banyak dan tetamu bermaksud banyak tamu, maka dianggap lewah.

2. Tip Zoom A Setiap perkataan yang membawa makna banyak tidak boleh diikuti dengan perkataan lain yang juga membawa makna banyak.

Ringkasnya:Perkataan yang membawa makna banyak (jamak) + perkataan yang membawa makna banyak (jamak) dianggap lewah. (salah dari segi tatabahasa Melayu)

Contoh:a) banyak gejala-gejalab) semua murid-muridc) para-para ibud) mereka-merekae) para guru-guruf) setiap anak-anakg) seluruh negeri-negerih) segala persiapan-persiapani) sekalian perajurit-perajurit

Kesilapan Dari Segi Kata Bilangan

1. Contoh UPSR 2009 a) Sarina amat sayang akan ketiga ekor anak kucing hadiah daripada bapanya.b) Berbagai barang keperluan harian dijual di kedai yang berhampiran taman itu.

Sepatutnya:a) Sarina amat sayang akan ketiga-tiga ekor anak kucing hadiah daripada bapanya.b) Berbagai-bagai barang keperluan harian dijual di kedai yang berhampiran taman itu.

Page 33: Memilih ayat yang betul

Kesilapan Dari Segi Kata Pemeri

1. Contoh UPSR 2009 a) Amalan mengambil sarapan ialah baik untuk kesihatan.

Sepatutnya:a) Amalan mengambil sarapan adalah baik untuk kesihatan.

Penggunaan Kata Pemeri

Pengenalan

1. Terdapat dua kata pemeri sahaja dalam tatabahasa Melayu, iaitu:a) ialahb) adalah

2. Kata pemeri merupakan unsur yang menjadi perangkai atau penghubung antara subjek dengan predikat atau frasa-frasa utama dalam predikat.

3. Walau bagaimanapun, kata pemeri bukan kata hubung.

4. Subjek bermaksud  pokok ayat atau ayat utama.

5. Predikat bermaksud keterangan kepada subjek.

6. Contoh penggunaan kata pemeri sebagai penghubung antara subjek dengan predikat atau frasa-frasa utama dalam predikat sebagaimana berikut:

Contoh 1:Hassan ialah abang Aiman

Hassan -------------> subjekialah ---------------> kata pemeriabang Aiman -------> predikat

Penggunaan Kata Pemeri ialah

1. Kata pemeri ialah hanya boleh digunakan di hadapan frasa nama secara persamaan sahaja.

2. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan nama atau lebih.

Contoh 1:Kereta yang berwarna merah itu ialah kereta ayah Faris yang baharu.

Salah jika:Kereta yang berwarna merah itu adalah kereta ayah Faris yang baharu.Hal ini demikian kerana kereta merupakan kata nama.Jadi, kereta ayah Faris merupakan frasa nama.Oleh itu, kata pemeri ialah paling tepat digunakan.

Contoh 2:

Page 34: Memilih ayat yang betul

Masalah yang dihadapi oleh kilang pakaian Syarikat Budi ialah kekurangan tenaga mahir.

Salah jika:Masalah yang dihadapi oleh kilang pakaian Syarikat Budi adalah kekurangan tenaga mahir.Hal ini demikian kerana kekurangan merupakan kata nama terbitan.Jadi, kekurangan tenaga mahir merupakan frasa nama.Oleh itu, kata pemeri ialah paling tepat digunakan.

Contoh 3:Warna merah jambu ialah warna rasmi baju pengawas Sekolah Kebangsaan Sentosa.

Salah jika:Warna merah jambu adalah warna rasmi baju pengawas Sekolah Kebangsaan Sentosa.Hal ini demikian kerana warna merupakan kata nama.Jadi, warna rasmi merupakan frasa nama.Oleh itu, kata pemeri ialah paling tepat digunakan.

Contoh 4:Zoo yang paling banyak binatang ialah Zoo Negara.

Salah jika:Zoo yang paling banyak binatang adalah Zoo Negara.Hal ini demikian kerana zoo merupakan kata nama.Jadi, Zoo Negara merupakan frasa nama.Oleh itu, kata pemeri ialah paling tepat digunakan.

Contoh 5:Kanak-kanak perempuan yang berbaju kebaya itu ialah adik Nabila.

Salah jika:Kanak-kanak perempuan yang berbaju kebaya itu adalah adik Nabila.Hal ini demikian kerana adik merupakan kata nama.Jadi, adik Nabila merupakan frasa nama.Oleh itu, kata pemeri ialah paling tepat digunakan.

Penggunaan Kata Pemeri Adalah

1. Kata pemeri adalah bukan kata hubung walaupun untuk menghubung antara subjek dengan predikat secara huraian.

2. Anda juga perlu ingat bahawa frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih.

3. Penggunaan kata pemeri adalah boleh digunakan di hadapan frasa adjektif.

Contoh 1:Warna pakaiannya adalah terlalu pudar.

Salah jika:

Page 35: Memilih ayat yang betul

Warna pakaiannya ialah terlalu pudar.Hal ini demikian kerana pudar merupakan kata adjektif.Jadi, terlalu pudar merupakan frasa adjektif.Oleh itu, kata pemeri adalah paling tepat digunakan.

Contoh 2:Sumbangan yang diberikan oleh beliau adalah amat besar.

Salah jika:Sumbangan yang diberikan oleh beliau ialah amat besar.Hal ini demikian kerana besar merupakan kata adjektif.Jadi, amat besar merupakan frasa adjektif.Oleh itu, kata pemeri adalah paling tepat digunakan.

Contoh 3:Pendapat yang dikemukakan oleh Fatini adalah paling bernas berbanding dengan rakan-rakannya.

Salah jika:Pendapat yang dikemukakan oleh Fatini ialah paling bernas berbanding dengan rakan-rakannya.Hal ini demikian kerana bernas merupakan kata adjektif.Jadi, paling bernas merupakan frasa adjektif.Oleh itu, kata pemeri adalah paling tepat digunakan.

Contoh 4:Batu permata yang dipamerkan itu adalah mahal sangat.

Salah jika:Batu permata yang dipamerkan ialah mahal sangat.Hal ini demikian kerana mahal merupakan kata adjektif.Jadi, mahal sangat merupakan frasa adjektif.Oleh itu, kata pemeri adalah paling tepat digunakan.

Contoh 5:Ukiran pada dinding muzium itu adalah halus benar.

Salah jika:Ukiran pada dinding muzium itu ialah halus benar.Hal ini demikian kerana halus merupakan kata adjektif.Jadi, halus benar merupakan frasa adjektif.Oleh itu, kata pemeri adalah paling tepat digunakan.

4. Penggunaan kata pemeri adalah boleh digunakan di hadapan frasa sendi nama.

Contoh 1:Semua wang itu adalah untuk anak-anak yatim.

Page 36: Memilih ayat yang betul

Salah jika:Semua wang itu ialah untuk anak-anak yatim.Hal ini demikian kerana untuk merupakan kata sendi nama.Jadi, untuk anak-anak yatim merupakan frasa sendi nama.Oleh itu, kata pemeri adalah paling tepat digunakan.

Contoh 2:Fungsi mata adalah sebagai pancaindera untuk melihat.

Salah jika:Fungsi mata ialah sebagai pancaindera untuk melihat.Hal ini demikian kerana sebagai merupakan kata sendi nama.Jadi, sebagai pancaindera merupakan frasa sendi nama.Oleh itu, kata pemeri adalah paling tepat digunakan.

Contoh 3:Bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi itu adalah dalam bentuk makanan dan pakaian.

Salah jika:Bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi itu ialah dalam bentuk makanan dan pakaian.Hal ini demikian kerana dalam merupakan kata sendi nama.Jadi, dalam bentuk makanan merupakan frasa sendi nama.Oleh itu, kata pemeri adalah paling tepat digunakan.

Contoh 4:Ketua Pengarah dan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis itu.

Salah Jika:Ketua Pengarah dan Setiausaha Kerajaan Negeri ialah antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis itu.Hal ini demikian kerana antara merupakan kata sendi nama.Jadi, antara tetamu merupakan frasa sendi nama.Oleh itu, kata pemeri adalah paling tepat digunakan.

Contoh 5:Semua peserta yang hadir itu adalah dari kawasan luar bandar.

Salah jika:Semua peserta yang hadir itu ialah dari kawasan luar bandar.Hal ini demikian kerana dari merupakan kata sendi nama.Jadi, dari kawasan merupakan frasa sendi nama.Oleh itu, kata pemeri adalah paling tepat digunakan.

Kesilapan Penggunaan Kata Pemeri Adalah Dari Segi Tatabahasa Melayu

Page 37: Memilih ayat yang betul

1. Kata pemeri adalah tidak boleh digunakan di hadapan kata kerja atau frasa kerja.

2. Contoh kesilapan penggunaan kata pemeri adalah sebagaimana berikut:

Contoh 1:Adalah dimaklumkan bahawa pejabat ini akan ditutup selama seminggu mulai esok.

Sepatutnya:Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pejabat ini akan ditutup selama seminggu mulai esok.

Contoh 2:Adalah diisytiharkan bahawa pemenang Kuiz Kesihatan pada minggu ini akan menerima hadiah sebanyak RM1,000.00

Sepatutnya:Dengan ini diisytiharkan bahawa pemenang Kuiz Kesihatan pada minggu ini akan menerima hadiah sebanyak RM1,000.

Contoh 3:Adalah dijemput ibu bapa hadir ke majlis penyampaian hadiah pada minggu hadapan.

Sepatutnya:Ibu bapa dijemput hadir ke majlis penyampaian hadiah pada minggu hadapan.

Contoh 4:Kemalangan itu adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu kereta itu.

Sepatutnya:Kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian pemandu kereta itu. Hal ini demikian kerana disebabkan oleh merujuk kepada kata kerja pasif.

Contoh 5:Kesesakan lalu lintas itu adalah disebabkan oleh kemalangan antara sebuah bas dengan sebuah lori.

Sepatutnya:Kesesakan lalu lintas itu disebabkan oleh kemalangan antara sebuah bas dengan sebuah lori. Hal ini demikian kerana disebabkan oleh merujuk kepada kata kerja pasif.

Contoh 6:Pakaiannya basah adalah disebabkan kehujanan di jalan sebentar tadi.

Sepatutnya:Pakaiannya basah disebabkan oleh kehujanan di jalan sebentar tadi.Hal ini demikian kerana disebabkan oleh merujuk kepada kata kerja pasif.

Tip Zoom-A

Page 38: Memilih ayat yang betul

1. Kata pemeri ialah hanya boleh digunakan di hadapan frasa nama sahaja.

2. Kata pemeri adalah hanya boleh digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

3. Kata pemeri ialah dan adalah tidak boleh hadir:a) di hadapan frasa kerja.b) di hadapan ayat.

4. Penggunaan kata pemeri amat terhad dan tidak digalakan untuk membentuk semua jenis ayat dalam bahasa Melayu.

Kesilapan Dari Segi Penjodoh Bilangan

1. Contoh UPSR 2007 a) Shanti makan dua biji roti canai pagi tadi.

Sepatutnya:a) Shanti makan dua keping roti canai pagi tadi.

Kesilapan Dari Segi Struktur Ayat

1. Contoh UPSR 2005 a) Amir telah menggali di belakang rumahnya lubang.

Sepatutnya:a) Amir telah menggali lubang di belakang rumahnya. 

2. Contoh UPSR 2006 a) Antara Suzi ataupun Nani, masing-masing tidak dapat melompat parit itu.

Sepatutnya:a) Suzi dan Nani, masing-masing tidak dapat melompat parit itu.

Kesilapan Dari Segi Ayat Pasif

1. Contoh UPSR 2005 a) Kasut-kasut itu telah mereka cuci pagi tadi.

Sepatutnya:a) Kasut-kasut itu telah dicuci oleh mereka pagi tadi.

Kesilapan Dari Segi Kata Seru

1. Contoh UPSR 2005    a) Cis, besarnya kayu yang menimpa engkau!b) Aduh, kenapa sampai begini Sang Buaya!c) Wah, malang sungguh nasibku wahai Sang Buaya!

Sepatutnya:a) Amboi, besarnya kayu yang menimpa engkau!b) Eh, sampai begitu sekali nasibmu Sang Buaya!c) Aduhai, malang sungguh nasibkau wahai Sang Buaya!

Nota Kata Seru

Page 39: Memilih ayat yang betul

Kata seru ialah perkataan tertentu yang berfungsi melahirkan pelbagai keadaan perasaan. 

Antara perasaan itu adalah seperti ejekan, marah, rintihan, sakit, takjub dan sebagainya.

1. Kata seru yang digunakan untuk menyatakan perasaan apabila rasa sakit.a) aduh

Contoh:i. "Aduh, sakit sungguh kakiku ini!" kata Pak Uda.

Salah jika:i. "Aduhai, sakit sungguh kakiku ini!" kata Pak Uda.ii. "Aduh, mengapakah sakit sungguh kakiku ini!" kata Pak Uda.

2. Kata seru yang digunakan untuk melahirkan perasaan ketika rintihan, kesedihan atau keluhan.a) aduhaib) wahai

Contoh i: "Aduhai, sampai begini sekali tindakan engkau terhadap beta, Jebat!" titah Sultan Melaka.     Salah jika:i. "Aduh, sampai begini sekali tindakan engkau terhadap beta, Jebat!" titah Sultan Melaka.ii. "Aduhai mengapakah sampai begini sekali tindakan engkau terhadap beta, Jebat!" titah Sultan Melaka.

Contoh ii: "Wahai anakku, belajarlah bersungguh-sungguh demi masa hadapanmu!" kata Mak Limah kepada anaknya, Osman.

Salah jika:i. "Wah anakku, belajar bersungguh-sungguh demi masa hadapanmu!" kata Mak Limah kepada anaknya, Osman.ii. "Wahai anakku, mengapakah engkau tidak belajar bersungguh-sungguh demi masa hadapanmu!" kata Mak Limah kepada anaknya, Osman.

3. Kata seru yang digunakan untuk menyatakan perasan ketika keluhan, tidak setuju, atau hairan.a) ah

Contoh i:Ah, biarkan sahaja dia di situ!    Salah jika:i. Eh, biarkan sahaja dia di situ!ii. Hai, biarkan sahaja dia di situ!iii. Ah, mengapakah dibiarkan sahaja dia di situ!

Page 40: Memilih ayat yang betul

Contoh ii:Ah, aku tidak setuju dengan cadangannya itu!    Salah jika:i. Eh, aku tidak setuju dengan cadangannya itu!ii. Nah, aku tidak setuju dengan cadangannya itu!

4. Kata seru yang digunakan untuk menyatakan perasaan kagum atau hairan.a) amboib) wah

Contoh i:Amboi, cantik sungguh baju baharu kamu itu!     Salah jika:i. Eh, cantik sungguh baju baharu kamu itu!ii. Hai, cantik sungguh baju baharu kamu itu!

Contoh ii:Wah, tingginya bangunan itu!     Salah jika:i. Nah, tingginya bangunan itu!  ii. Cis, tingginya bangunan itu!

5. Kata seru yang digunakan untuk melahirkan perasaan marah, jijik, tidak suka, atau kekecewaan, mencemuh dan benci.    a) celakab) cih c) cis

Contoh i:"Celaka, engkaulah penderhaka kepada sultan!" kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

Salah jika:i. "Hai, engkaulah penderhaka kepada sultan!" kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.ii. "Nah, engkaulah penderhaka kepada sultan!" kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

Contoh ii:"Cih, engkau yang mencuri duit aku!" kata Din kepada Adib.      Salah jika:i. "Wah, engkau yang mencuri duit aku!" kata Din kepada Adib.ii. "Cih, adakah engkau yang mencuri duit aku!" kata Din kepada Adib.

Contoh iii:"Cis, engkaulah pengkhianat kepada negara!" kata Zain kepada Aiman.

Salah jika:

Page 41: Memilih ayat yang betul

i. "Nah, engkaulah pengkhianat kepada negara!" kata Zain kepada Aiman.ii. "Cis, mengapakah engkau pengkhianat kepada negara!" kata Zain kepada Aiman.

6. Kata seru yang digunakan untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut.a) eh

Contoh i:Eh, dia sudah sampai dahulu daripada kita!

Salah jika:i.  Aduh, dia sudah sampai dahulu daripada kita!ii. Eh, bagaimanakah dia sampai dahulu daripada kita!

7. Kata seru yang digunakan untuk menyatakan perasaan marah, simpati dan sebagainya ketika menghulurkan atau mengunjukkan sesuatu kepada seseorang.a) nah

Contoh i:Nah, ambillah semua pakaianmu ini!

Salah jika:Wah, ambillah semua pakaianmu ini!          Contoh ii:Nah, ambillah wang ini untuk beli barang-barang yang diperlukan itu!     Salah jika:Aduhai, ambilah wang ini untuk beli barang-barang yang diperlukan itu!

8. Kata seru yang digunakan untuk memelahirkan perasaan ketika merayu atau merintih.a) ohb) wahai    

Contoh i:Oh, nasibku sungguh malang hari ini!

Salah jika:i. Wah, nasibku sungguh malang hari ini!ii. Oh, mengapakah nasibku sungguh malang hari ini!     Contoh ii:Wahai Tuhanku, selamatkan semua anakku!     

Salah jika:i. Eh Tuhanku, selamatkan semua anakku!     ii. Wahai Tuhanku, bagaimanakah untuk menyelamatkan semua anakku!

9. Kata seru yang digunakan untuk melahirkan perasaan gembira kerana sudah berjaya dalam sesuatu bidang. 

Page 42: Memilih ayat yang betul

a) syabasb) syukurc) tahniah

Contoh i:Syabas, awak telah berjaya lagi dalam pertandingan itu!

Salah jika:i. Hai, awak telah berjaya lagi dalam pertandingan itu!ii. Syabas, adakah awak telah berjaya lagi dalam pertandingan itu!     Contoh ii:Syukur, kamu sudah selamat kembali!    Salah jika:i. Wahai, kamu sudah selamat kembali!ii. Syukur, bilakah kamu sudah selamat kembali!

Contoh iii:Tahniah, awak mendapat tempat pertama dalam ujian bulan ini!

Salah jika:i. Cis, awak mendapat tempat pertama dalam ujian bulan ini!ii. Tahniah, bagaimanakah awak mendapat tempat pertama dalam ujian bulan ini!

10. Kata seru yang digunakan untuk melahirkan perasaan ketika menyapa secara lembut. a) hai

Contoh:Hai Ani, saya Suzi, jiran baharu awak!

Salah jika:i. Wahai Ani, saya Suzi, jiran baharu awak!ii. Aduhai Ani, saya Suzi, jiran baharu awak!

11. Kata seru yang digunakan untuk melahirkan perasaan ketika menyapa agak kasar.a) oib) hoi

Contoh i:"Oi, singgahlah di teratak hamba sekejap"! kata Nadim kepada Jamal.

Salah jika:i. "Nah, singgahlah di teratak hamba sekejap"! kata Nadim kepada Jamal.ii. "Oi, mengapakah tidak singgah di teratak hamba sekejap"! kata Nadim kepada Jamal.

Contoh ii:"Hoi, letak semua barang itu!" sergah Pak Tua kepada budak-budak nakal itu.

Page 43: Memilih ayat yang betul

Salah jika:i. "Wah, letak semua barang itu!" sergah Pak Tua kepada budak-budak nakal itu.ii. "Hoi, mengapakah kalian mengambil semua barang itu!" sergah Pak Tua kepada budak-budak nakal itu.

# Tip Zoom-A

i. Kata seru digunakan dalam ayat seruan.ii. Selepas kata seru biasanya dibubuh tanda koma(,).iii. Ayat yang berakhir dengan tanda seru (!) dinamakan ayat seruan.iv. Dalam ayat seruan sepatutnya tiada kata tanya.

Kesilapan Dari Segi Kata Hubung

1. Contoh UPSR 2010 a) Razak mendengar muzik tatkala membuat latihan Matematik.b) Adik menangkap ikan sambil memasukkan ikan itu ke dalam akuarium.

Sepatutnya:a) Razak mendengar muzik sambil membuat latihan Matematik.b) Adik menangkap ikan lalu memasukkan ikan itu ke dalam akuarium.

Kesilapan Pelbagai Tatabahasa

1. Contoh UPSR 2011 a) Mengapa kita akan mula mengemas stor sukan?b) Yang singgah ke rumah kamu itu siapakah?

Sepatutnya:a) Bilakah kita akan mula mengemas stor sukan?b) Yang singgah di rumah kamu itu siapa?